You are on page 1of 59

ZZZT 2113

SEJARAH ROKOK
AMYRA ADIBAH RABAQIAH BT. ABD. JABBAR GA00827
AMIRAH BINTI SHAHRANI GA00826
HASTINA BINTI HADNAN GA00830
MUMTAZAH BINTI AHMAD GA00842
NADIAH BINTI MUHAMMAD ALI GA00843
SALMA BINTI ABDUL AZIZ GA00859
SITI AISYAH BINTI ARSHAD GA00861
NURHAZRINA BINTI HASHIM GA00851
NURHASLINA BINTI MAT YASIN GA00846
NUR FARAHIN BINTI SUHAIMI GA00847
ISI KANDUNGAN

1) PENGHARGAAN................................................................................................4

2) PENDAHULUAN................................................................................................5

3) OBJEKTIF............................................................................................................6

4) BAB 1...................................................................................................................7
1.1) PENGENALAN ROKOK..................................................................8
1.1.1) APA ITU ROKOK.................................................................8
1.1.2) JENIS-JENIS ROKOK..........................................................8-10
1.1.3) PRODUK-PRODUK TEMBAKAU YANG
LAIN......................................................................................10-11

1.2) KESAN MEROKOK.........................................................................12


1.2.1) KESAN KEPADA KESIHATAN...........................................12-13
1.2.2) KESAN KEPADA ALAM SEKITAR....................................13-14
1.2.3) KESAN KEPADA SOSIAL....................................................15
1.2.4) KESAN KEPADA EKONOMI...............................................15-16

1.3) JENIS-JENIS ROKOK.......................................................................17-20


1.3.1) PROSES PEMBUATAN ROKOK MENGGUNAKAN
TANGAN..................................................................................20-21
1.3.2) PROSES PEMBUATAN ROKOK MENGGUNAKAN
MESIN......................................................................................22-24

5) BAB 2....................................................................................................................25
2.1) SEJARAH PEKEMBANGAN ROKOK............................................26
2.1.1) TEORI MENGENAI PENEMUAN AWAL
ROKOK....................................................................................26-28
2.1.2) SEJARAH PERKEMBANGAN ROKOK DAN SYARIKAT
PENGELUARAN ROKOK.....................................................28-34

6) BAB 3....................................................................................................................35
3.1) HUKUM BERKENAAN ROKOK DARI SUDUT PANDANGAN
ISLAM................................................................................................36-37
3.1.1) HUKUM MENGHISAP ROKOK...........................................38
3.1.2) HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID.......38-39
3.1.3) HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA
MEMBACA AL-QURAN........................................................39
3.1.4) HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH
MENDATANGKAN MUDHARAT........................................39-41

3.2) FATWA TENTANG HUKUM ROKOK............................................42

2
3.3) KESAN PERKEMBANGAN ROKOK KEPADA EKONOMI
GLOBAL..............................................................................................42-46

3.4) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN


UNTUK MENGATASI GEJALA MEROKOK..................................46-55

7) RUMUSAN........................................................................................56-57

8) LAMPIRAN.......................................................................................58

9) RUJUKAN.........................................................................................59

3
PENGHARGAAN

Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian bagi Allah kerana dengan limpah dan kurnia Nya

akhirnya dapat juga kami sempurnakan kertas kerja yang telah diamanahkan kepada kami.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada

penaja kami Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

kerana tanpanya kami pasti menghadapi kesulitan dalam menjalani kehidupan dan telah

memberi kami peluang untuk menuntut ilmu di perantauan.

Kepada pihak Universitas Padjadjaran, kami juga ucapkan terima kasih kerana telah

menyediakan tempat bagi kami belajar dan menetap di Jatinangor, Bandung ini.

Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa, keluarga dan rakan taulan

di atas segala sokongan dan galakan yang diberikan. Tanpa mereka, siapalah kami.

Hatur Nuhun..

4
PENDAHULUAN

Pada tanggal 15 dan 16 Januari 2011 yang lalu, kami telah menghadiri ceramah

tentang sejarah pemikiran yang telah disampaikan oleh Dr Zulkifli Mohamad dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah selesai ceramah, beliau telah memberi taklimat

mengenai tugasan yang perlu kami laksanakan. Dalam tugasan ini, kami telah dibahagikan

kepada beberapa kumpulan dan tajuk kajian tertentu yang telah disediakan.

Kumpulan kami terdiri daripada sepuluh orang ahli, dan diketuai oleh Amyra Adibah

Rabaqiah binti Abdul Jabbar. Kami telah memilih tajuk Sejarah Rokok sebagai tajuk kajian

kami. Beberapa aspek telah kami tekankan dalam kajian ini. Antaranya ialah definisi rokok,

sejarah pembuatan, hukum berkenaan rokok dari sudut Islam, kesan secara keseluruhan dan

langkah mengatasi penggunaan rokok.

5
OBJEKTIF

1. Mempelajari maksud rokok dan jenis rokok

2. Mengkaji sejarah penemuan rokok serta perkembangan rokok

3. Mempelajari proses pembuatan rokok

4. Mendalami hukum-hukum berkenaan rokok

5. Mengkaji kesan rokok secara keseluruhan dari segi fizikal, ekonomi dan sosial

6. Mempelajari langkah-langkah kerajaan mengatasi penggunaan rokok

6
BAB 1

7
1.1) Pengenalan rokok

1.1.1) Apa itu rokok?

Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada

daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran

antara 70mm hinnga 120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara. Rokok

dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup

melalui mulut pada hujung yang lain.

1.1.2) Jenis – jenis rokok

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis.

Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik pada bahagian batang rokok

yang akan dihisap berfungsi sebagai penyaring nikotin. Rokok bertapis mempunyai

kandungan tar dan nikotin yang lebih rendah berbanding rokok yang tidak bertapis iaitu

memiliki sekitar 14-15 mg tar dan 5 mg nikotin. Rokok bertapis juga dikenali sebagai rokok

„mild‟ ataupun „light‟ kerana kandungan tar dan nikotinnya yang lebih rendah berbanding

rokok lain. Pengolahan lebih lanjut dilakukan terhadap tembakau sebelum dicacah halus

sehingga menjadi separuh serbuk dengan menggunakan teknologi yang dirahsiakan oleh

pengusaha terbukti berkesan untuk mengurangkan kandungan nikotin dan tar. Contohnya

seperti LA Light, Marlboro light dan juga lain-lain.rokok jenis „mild‟ juga disebut sebagai

rokok putih kerana kebiasaanyan pembalut kertas silindernya bewarna putih (contoh :

Marlboro)

Rokok yang tidak bertapis adalah sebaliknya. Ia mengandungi kandungan tar dan nikotin

yang tinggi iaitu sekitar 20 miligram tar dan 4-5 miligram nikotin. Kandungan bahan kimia

yang tinggi menjadikan rokok jenis ini lebih bahaya dan menjadikan risiko yang sangat tinggi

8
untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan

sebagainya. Antara rokok tidak bertapis ialah rokok keretek, rokok daun, bidis dan juga cerut.

Rokok keretek atau cigarettes cengkih ialah rokok yang mengandungi

60% tembakau asli yang dikeringkan dan dipadukan dengan 40%

cengkeh. Ia dikenali sebagai rokok keretek kerana apabila dihisap

bunyi suara kretek-kretek yang terhasil kesan daripada kertas dan

cacahan tembakau yang agak kasar terbakar yang menjadi simbol kenikmatan penikmat

rokok. Berbeza dengan rokok yang menggunakan tembakau buatan, cengkeh mengeluarkan

suatu aroma yang kuat dan dikatakan lebih harum sehingga menutup bahaya tembakau.

Cengkih juga mengeluarkan satu zat yang dinamakan eugenol yang boleh mempengaruhi

sistem saraf otak yang menyebabkan ketagihan yang kuat kepada perokok. Rokok keretek

umumnya lebih popular di Indonesia. Statistik menunjukkan sebanyak 94 peratus perokok

Indonesia menghisap rokok keretek dan hanya 11 peratus yang memilih rokok putih. Contoh

rokok keretek adalah Djarum Black, Djarum Black Slimz dan juga Gudang Garam.

Rokok daun pula ialah tembakau yang dibalut dengan daun nipah atau daun jagung. Daun

Rokok daun juga dikenali sebagai rokok Roll- your-own (RYO).

Kini,berlakunya peningkatan penggunaan rokok Roll- your-own (RYO)

Cigerrates adalah disebabkan faktor budaya dan juga faktor ekonomi. Persediaan untuk

rokok daun jauh lebih murah berbanding rokok lain kerana daun pembalutnya yang mudah

didapati dan proses pembuatannya tidak memerlukan teknologi yang khusus.

Seterusnya, Bidis merupakan small-hand rolled cigarettes yang berasal dari India dan

beberapa negara Asia Tenggara. Ukuran bidis lebih kecil berbanding rokok biasa dan

tembakaunya dibungkus menggunakan daun atendu atau temburni leaf

(Diospyros Melanoxylon). Walaubagaimanapun, kajian mendapati

9
kadar kematian dan risiko penyakit kronik dalam kalangan pengguna bidis adalah lebih tinggi

berbanding perokok biasa. Hal ini disebabkan kadar sedutan tar dan nikotin bidis dua hingga

tiga kali lebih tinggi berbanding rokok biasa. Bidis juga unik kerana mempunya pelbagai

perisa seperti mangga, cokelat dan juga ceri. Pada saat ini, Bidis telah dieksport ke serata

dunia sebagai produk eksotik dan tidak berbahaya.

Cerut pula ialah sejenis rokok yang diperbuat daripada tembakau yang

digulung dalam daun tembakau kering. Kandungan tembakau cerut lebih

banyak jika dibandingkan dengan rokok. Seringkali juga cerut hanya

mengandungi tembakau sahaja. Cerut mempunyai pelbagai saiz dan

biasanya lebih besar berbanding rokok. Kandungan tembakau yang tinggi menyebabkan cerut

sangat berbahaya dan mempunyai kadar racun yang lebih tinggi yang boleh membawa

kepada pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru dan juga kanser mulut. Racun yang

terkandung dalam cerut boleh memberikan kesan negatif kepada mulut jika ia diletakkan

didalam mulut walaupun tidak dibakar. Hal ini terjadi kerana sifat cerut yang lebih beralkali

memudahkan nikotin meresap masuk ke dalam kapilari darah.

1.1.3) Produk-produk tembakau yang lain

Selain rokok, terdapat juga produk berasaskan tembakau yang lain seperti shisha, paip

tembakau kunyah dan sebagainya.

Shisha atau turut dikenali dengan nama lain seperti hukah, paip air, ghalyan, dan okka adalah

perangkat yang terdiri dari paip dengan selang panjang dan botol

kaca, dan prinsip kerjanya adalah tembakau yang dipanaskan akan

menghasilkan wap yang akan disaring oleh air sebelum dihirup

melalui proses penyaringan. Shisha menggunakan tembakau

dengan pelbagai rasa buah-buahan menjadikan ia lebih unik dan lebih mahal berbanding

10
produk tembakau yang lain. Shisha terkenal di negara Asia Tenggara dan negara Timur

Tengah dengan tanggapan bahawa ia adalah lebih selamat. Shisha dihidangkan kepada

pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar. Baru-baru ini,

Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam

satu kenyataan menegaskan shisha adalah tidak selamat untuk

digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Pengguna hukah pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap

tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.

Bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau

arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran

menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam

dan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, perbuatan berkongsi paip penyedut

juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan

hepatitis .

Paip pula ialah satu alat yang mnyerupai tiub panjang yang digunakan untuk menghisap

tembakau. Tembakau diletakkan pada hujung yang mempunyai satu lubang dan dinyalakan

dengan api manakala hujung yang lain digunakan untuk menyedut asap tembakau. Asap

yang dihasilkan lebih beralkali dan memberi impak yang buruk terhadap kesihatan walaupun

tidak menghisap secara langsung.

Tembakau kunyah merupakan satu bentuk sediaan tembakau secara oral. Tembakau akan

dipotong halus lalu dimasukkan ke dalam mulut dan tempohnya sesuai dengan keinginan

setiap individu. Selain itu, tembakau juga dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun

sireh dan kapur lalu dikunyah atau diletakkkan di celah gusi. Ini menyebabkan gigi menjadi

kuning dan berbau. Pengamal tembakau kunyah berisiko untuk mendapat kanser mulut dan

mengalami kerosakan gigi yang teruk.

11
Seterusnya, tembakau juga diletakkan di hidung dan dihidu baunya. Kandungan nikotin

dalam tembakau boleh mnyebabkan ketagihan. Contohnya seperti snuff tobacco.

Secara keseluruhan, rokok dan produk tembakau yang lain telah berkembang pesat dan

akibatnya pelbagai masalah kesihatan terpaksa ditanggung oleh mereka yang menjadi mangsa

ketagihan tembakau. Kini,perkembangan industri pembuatan memberikan ruang kepada

industri rokok untuk menghasilkan pelbagai produk rokok yang lebih selamat seperti

ultralight cigarettes dan juga yang terbaru ialah rokok elektrik. Walaubagaimapun, produk-

produk ini masih belum mampu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan yang sejahtera.

Justeru langkah yang terbaik adalah dengan mencegah diri masing-masing dari terjebak

dengan gejala merokok dan penggunaan tembakau. Hidup sihat tanpa rokok!!

1.2) KESAN MEROKOK

1.2.1) Dari segi kesihatan :

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh

bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua

iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok

atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung

melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan

kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.

Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh

pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.

Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana

mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya

12
mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi

menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan

mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.

Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakan

kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh

mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin

yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara

berulangkali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.

Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-

paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit

strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma

dan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru). Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung

adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab

utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok

juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui

merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya

ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu

Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberi

kesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu

asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.

Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti

asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQ

rendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung

juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti

melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan. Mengikut jurnal

13
'Pediatrics (1994)', sindrom kematian bayi secara tiba-tiba dikatakan tiga kali lebih tinggi di

kalangan wanita perokok sama ada semasa atau selepas mengandung. Si ibu pula akan lebih

terdedah kepada kanser. Oleh itu, ibu bapa yang merokok dinasihati supaya berhenti merokok

demi menjaga kesihatan keluarga.

1.2.2) Dari segi alam sekitar :

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.

Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok

yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk

mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang

merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat

yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah

kesihatan yang lain seperti demam denggi.

Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya

masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,

bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25

peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa

tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.

Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbon

monoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas

dan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan

manusia sendiri.

14
1.2.3) Dari segi sosial :

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti

ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan

najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh

digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak

mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan

meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat.

Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh

Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga

15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat

sehingga 20 peratus. Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari

identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak

berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan

ingin mencuba yang tinggi.

Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk

merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa

keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang

bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yang

dilakukan oleh ibubapa mereka.

1.2.4) Dari segi ekonomi :

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya

digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang

tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik

15
seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi

negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran

harta.

Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan

perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak

merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksa

menanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang

merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan

terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara

tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan

taraf ekonomi negara.

Secara konklusinya, ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa merokok membawa nilai

yang positif seperti dapat mengurangkan tekanan emosi, meningkatkan prestasi kerja,

mencari idea malah rokok mempunyai nikmat yang tersendiri. Tetapi apa yang kita dapat

lihat di sini, merokok lebih banyak memberi kesan yang negatif terhadap individu,

masyarakat sekeliliing dan juga negara berbanding kebaikan yang kurang jelas.

16
1.3) Jenis rokok

Rokok dibezakan kepada beberapa jenis. Perbezaan ini didasarkan atas bahan pembungkus

rokok, bahan baku atau isi rokok, proses pembuatan rokok, dan penggunaan filter pada rokok.

Rokok berdasarkan bahan pembungkus.

Klobot: rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun jagung.

Kawung: rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun aren.

Sigaret: rokok yang bahan pembungkusnya berupa kertas.

Cerutu: rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun tembakau.

Rokok berdasarkan bahan baku atau isi.

Rokok Putih: rokok yang bahan baku atau isinya hanya daun tembakau yang diberi saus

untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.

Rokok Kretek: rokok yang bahan baku atau isinya berupa daun tembakau dan cengkeh yang

diberi saus untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.

Rokok Klembak: rokok yang bahan baku atau isinya berupa daun tembakau, cengkeh, dan

kemenyan yang diberi saus untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.

Rokok berdasarkan proses pembuatannya.

Sigaret Kretek Tangan (SKT): rokok yang proses pembuatannya dengan cara digiling atau

dilinting dengan menggunakan tangan dan atau alat bantu sederhana.

Sigaret Kretek Mesin (SKM): rokok yang proses pembuatannya menggunakan mesin. Cara-

caranya, material rokok dimasukkan ke dalam mesin pembuat rokok. Keluaran yang

17
dihasilkan mesin pembuat rokok berupa rokok batangan. Saat ini mesin pembuat rokok telah

mampu menghasilkan keluaran sekitar enam ribu sampai lapan ribu batang rokok per minit.

Mesin pembuat rokok, biasanya, dihubungkan dengan mesin pembungkus rokok sehingga

keluaran yang dihasilkan bukan lagi berupa rokok batangan namun telah dalam bentuk pek.

Ada pula mesin pembungkus rokok yang mampu menghasilkan keluaran berupa rokok dalam

pres, satu pres berisi 10 pak. Sayangnya, belum ditemukan mesin yang mampu menghasilkan

SKT karena terdapat perbedaan diameter pangkal dengan diameter hujung SKT. Pada SKM,

lingkar pangkal rokok dan lingkar hujung rokok sama besar.

Sigaret Kretek Mesin sendiri dapat dikategorikan kedalam 2 bahagian :

Sigaret Kretek Mesin Full Flavor (SKM FF): rokok yang dalam proses pembuatannya

ditambahkan aroma rasa yang khas. Contoh: Gudang Garam Filter Internasional, Djarum

Super, dll.

Sigaret Kretek Mesin Light Mild (SKM LM): rokok mesin yang menggunakan kandungan tar

dan nikotin yang rendah. Rokok jenis ini jarang menggunakan aroma yang khas. Contoh: A

Mild, Clas Mild, Star Mild, U Mild, LA Light, Surya Slim, dll.

Rokok berdasarkan penggunaan filter.

Rokok Filter (RF): rokok yang pada bagian pangkalnya terdapat gabus.

Rokok Non Filter (RNF): rokok yang pada bagian pangkalnya tidak terdapat gabus.

18
Secara General~~~~~~~~~~

Dalam garis besarnya, proses pengeluaran merokok dibahagi dalam

3 (tiga) tahap kegiatan utama, iaitu:

Pra-produksi

Setelah melalui proses pemilihan yang ketat pada masa pembelian.

Bahan baku utama yang telah diproses kemudian dicampur dengan sos sehingga

siap dibuat menjadi merokok.

Produksi

Pengeluaran Rokok yang dihasilkan ada tiga jenis utama, iaitu klobot dan Sigaret

Kretek Tangan (SKT) sebagai hasil pembuatan tangan-tangan wanita yang trampil dengan

menggunakan alat giling dari kayu serta

Sigaret Kretek Mesin (SKM) yang diproses dengan mesin-mesin

automatik berkelajuan tinggi.

Pengepakan

Batangan-batangan rokok yang telah jadi, memerlukan beberapa lapis bungkusan dengan

berbagai ukuran sesuai jenis produk, isi

serta keperluan distribusinya. Fungsi pembungkusan di sini selain berguna

untuk mempertahankan kualiti merokok, juga untuk memberikan citra terhadap produk.

Proses pembungkusan merokok menjalani beberapa peringkat

pembungkusan secara berlapis. Kemasan lapisan pertama adalah kertas kaca untuk jenis

rokok SKT dan kertas yang berlapis

alluminium foil untuk jenis merokok SKM. Lapisan kedua adalah pembungkus (etiket) yang

19
telah mengalami proses cetak terlebih

dahulu. Pengemasan ketiga dalam bentuk press atau slof,

bungkusan keempat dalam bentuk bal (corrugated).

1.3.1) Proses Pembuatan Rokok Menggunakan Tangan

Proses pembuatan rokok di jelaskan di bawah mulai dari tahap pembuatan pertama sampai

tahap pembuatan terkini yakni:

1. Dalam pemprosesan tembakau tahap terakhirnya adalah: tahap penapaian, setelah tahap

penapaian para pekerja pengecam menaruh tembakau yang sudah ditapai di tong, pada setiap

tempat pekerja pembuat merokok, penaruhan tembakau dilaksanakan saat pukul 06.00 pagi,

saat pekerja belum berangkat ke kilang, kerana kilang dibuka pukul 07.30 pagi.

2. Pukul 07.30 pagi, tukang giling dan tukang gunting sudah siap di tempat meja kerjanya,

tukang gunting memuat Ambri pada mandor sesuai yang akan dikerjakan, yang paling rendah

yakni 1000 - 5000 ambi. Jumlah Ambri yang dihasilkan bergantung kepada kemampuan /

kekuatan penggiling dan penggunting merokok.

3. setelah turun Ambri, tukang gunting memuat gam, dan pengisar Linting di gudang

peralatan.

4. Lalu pengisar Linting ditaruk di atas meja penggiling. Dan tukang giling mulai proses

Linting, langkah pertama turun tembakau dari tong dengan takaan 1.5 gram lalu diletakkan

pada lubang pengisar Linting yang berbentuk seperti rokok dengan diameter 1 cm dan

panjang 9 cm, setelah itu untuk memasukkan (memenuhkan) tembakau pada lubang pengisar

20
secara rata dan penuh. Maka caranya adalah empat jari tangan pada tangan kanan, kecuali ibu

jari, menekan ke bawah pada tembakau yang di lubang pengisar.Setelah itu apabila di lubang

pengisar sudah penuh maka kayu penarik pada pengisar Linting, ditarik perlahan-

perlahan. Jarak dari penarik dengan lidah penggiling kurang lebih satu jengkal tangan orang

dewasa, lalu di diberhentikan sementara.

5. Tukang giling selanjutnya memuat Ambri seratus helai, dan diberi gam pada panjang

Ambri dengan lebar gam iaitu 0.5 cm, lalu ditaruk di atas lidah penggiling (Linting) dengan

posisi tidur.

6. Selanjutnya tangan kanan menarik dan tangan kiri yang ibu jari memegang kertas Ambri di

lidah penggilingan dan tangan kanan menarik pelan-pelan hingga menindas kertas Ambri

sampai hujung kertas Ambri, biarkan rokok jatuh dengan sendirinya. Proses ini dibuat

sehingga selesai.

7. Lalu para tukang gunting mulai merapikan tembakau yang berada di luar Ambri agar

kelihatan rapi.

8. Dan proses pembuatan rokokpun selesai.

21
1.3.2) Proses Pembuatan Rokok Menggunakan Mesin

Rokok yang diproses secara komersial adalah objek yang terdiri daripada campuran

tembakau, kertas, gam PVA untuk melekatkan lapisan luar kertas dan sering juga

mengandungi cellulose acetate(penapis). Disebabkan oleh proses pembuatan rokok adalah

sangat mudah, fokus banyak diberikan kepada pembuatan setiap komponen yang terdapat di

dalam sebatang rokok. Dalam campuran tembakau yang tertentu, campuran tembakau

tersebut mungkin mengandungi lebih 600 bahan. Kebanyakan daripada bahan-bahan tersebut

adalah agen penyedap untuk tembakau. Bahan utama yang membuat rokok lebih adiktif

adalah tembakau yang dimasukkan kembali di mana tembakau tersebut telah ditambah

dengan bahan penagih yang akan membuatkan nikotin lebih meruap apabila rokok dicucuh

dengan api.

Kertas

Kertas untuk memegang tembakau campuran boleh berubah-ubah dalam porositas untuk

membolehkan pengudaraan daripada bara pembakaran atau mengandungi bahan yang

mengawal kadar pembakaran rokok dan kestabilan abu rokok yang dihasilkan. Kertas yang

digunakan untuk membentuk hujung rokok (membentuk corong) dan di sekitar penapis akan

menstabilkan corong turas daripada air liur dan pembakaran rokok secara sederhana serta

penyampaian asap dengan kehadiran satu atau dua baris kecil liang udara yang ditebuk

menggunakan laser.

Menurut Simon Chapman, seorang professor Public Health di Universiti Sydney, agen

pembakaran dalam sebatang rokok bertanggungjawab dalam api yang dihasilkan dan dengan

mengurangkan jumlahnya akan mengurangkan nyalaan rokok secara teratur. Sejak 1980,

pengusaha kilang rokok yang terkenal seperti Philip Morris dan R.J. Reynolds ada membuat

22
rokok yang dapat mengurangkan kadar pembakaran tetapi rokok jenis ini tidak pernah

dipasarkan.

Campuran Tembakau

Proses mengisar akan memberikan hasil produk rasa yang konsisten daripada tembakau yang

membesar di kawasan yang berbeza di dalam sesebuah negara di mana ianya mungkin akan

mengubah rasa asli tembakau tersebut disebabkan oleh pengaruh persekitaran.

Rokok moden mula dihasilkan pada tahun 1950-an, walaupun terdiri dari daun tembakau

yang diparut, digunakan dalam jumlah tertentu lebihan daripada pemprosesan tembakau ke

dalam campuran. Setiap tembakau campauran yang berada di dalam sebatang rokok dibuat

daripada terutamanya daun brightleaf cerobong-sembuh, tembakau Burley, dan tembakau

oriental. Daun ini dipilih, diproses, dan diperam sebelum dikisar dan diisi. Pengolahan

tembakau brightleaf dan Burley untuk daun tembakau "jalur" menghasilkan beberapa produk

sampingan seperti batang daun, debu tembakau, dan potongan daun tembakau ("kepingan

kecil"). Untuk meningkatkan ekonomi menghasilkan rokok, produk sampingan ini diproses

secara berasingan dalam bentuk di mana mereka kemudian mungkin dapat ditambah kembali

ke merokok campuran tanpa perubahan yang nyata atau menjejaskan kualiti rokok itu.

Bahan Tambahan

Bahan kimia yang ditambah ke dalam rokok adalah untuk tujuan organoleptik. 599 aditif

telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan pada bulan April

1994 untuk digunakan dalam pembuatan rokok. Tidak satu pun daripada bahan tambahan

mesti disenaraikan sebagai bahan pada pembungkus rokok. Senarai undang-undang bahan

aditif pada rokok dicipta oleh lima syarikat merokok besar Amerika. Semua bahan yang juga

23
diluluskan sebagai aditif untuk makanan, tetapi tidak satu pun daripada mereka diuji setelah

menjadi asap selama pembakaran.

Bahan kima, ammonia yang disebut dalam senarai sangat berguna kerana membantu

menukarkan molekul terikat nikotin dalam asap rokok menjadi molekul nikotin bebas. Proses

ini dikenali sebagai freebasing yang meningkatkan kesan nikotin pada perokok.

24
BAB 2

25
2.1) Sejarah Perkembangan Rokok

2.1.1) Terdapat beberapa teori mengenai penemuan awal rokok

a) Pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam

upacara keagamaan mereka sebelum kelahiran Nabi Isa a.s lagi. Dalam upacara tersebut,

mereka menggunakan satu jenis paip untuk meniup asap rokok ke arah matahari dan ke

arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapan mereka, asap rokok mempunyai sejenis

kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubung dengan 'tuhan-tuhan' mereka.

Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaum-kaum lain di Mexico,

terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluh kecil sebagai

paip rokok.

b) Dr. Yusuf al-Qardawi dalam „Fatawa Mu‟asarah‟ dan juga Syeikh al-Akbar Mesir, Jad

al-Haq Ali Jad al-Haq dalam fatwanya mengatakan tembakau dan rokok masuk ke bumi

umat Islam lewat ke-11 Hijrah, khususnya di Maghribi, Sudan, kemudian berkembang ke

negeri-negeri lain. Ertinya, selama 100 tahun umat Islam tidak mempunyai apa-apa

hubungan dengan tembakau, apatah lagi rokok.

c) Orang-orang Indian Merah (Red Indian) di benua Amerika itu juga mempercayai bahawa

tembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kira-kira pada tahun 1492, penjajah Kristian

berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Christopher Columbus telah menemui kaum Red

Indian ini di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka telah dihadiahkan

dengan daun-daun tembakau kering oleh kaum Red Indian. Kemudian Columbus dan

rakan-rakannya telah membawa balik benih-benih tembakau tersebut pulang ke Eropah

dan dengan itu bermulalah sejarah rokok di dunia.

26
d) Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat

besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan

rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol

dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia.

Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah,

terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip

pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti

ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara. Akibatnya,

fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17.

Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan

Afrika. Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke

Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke

dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka.

e) En. Mohd Fakri bin Mohd Noor, PRO Lembaga Tembakau Negara, Kota Bharu Kelantan

yang telah berkhidmat hampir 20 tahun berkata tembakau bukan tumbuhan asal rantau

ini. Tumbuhan tembakau seperti juga getah dibawa masuk ke Tanah Melayu seringi

penjajahan Inggeris.

Sumber Lembaga Tembakau Negara melaporkan industri tembakau di Malaysia bermula

dengan tembakau cerut yang ditanam secara meluas di Sabah sejak awal abad kesembilan

belas, setelah didapati penanamannya berjaya diusahakan pada tahun 1883. Pada satu

27
ketika ianya menarik minat lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai

nilai eksport sebanyak RM2 juta pada tahun 1902.

Selepas perang dunia kedua, khususnya di tahun 1959 usaha meningkatkan tanaman

tembakau telah dilaksanakan secara serius. Di pertengahan 1970-an pula penanaman

tembakau berkembang maju di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan lain-

lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Berdasarkan fakta di atas menunjukkan industri tembakau dan rokok mempunyai

hubungan yang erat dengan gerakan penjajahan barat ke atas bumi umat Islam,

khususnya Yahudi melalui dasar kapitalisme.

2.1.2) Sejarah perkembangan rokok dan syarikat pengeluaran rokok

Pada awalnya,

Tembakau adalah tanaman yang tumbuh asli di Amerika Utara dan Selatan. Tembakau

berasal dari keluarga yang sama dengan kentang, lada dan nightshade beracun, iaitu tanaman

yang sangat berbahaya.

Benih dari tanaman tembakau adalah sangat kecil. Contohnya, 1 ons mengandungi sekitar

300.000 biji. Hal ini diyakini bahawa tembakau mula berkembang di Amerika sekitar 6,000

SM!

Pada awal 1 SM, orang Indian Amerika mula menggunakan tembakau dalam pelbagai cara,

seperti dalam amalan keagamaan dan ubat.

28
Tembakau diyakini dapat menyembuhkan segala penyakit, dan digunakan untuk mengubati

luka, serta ubat taha sakit. Mengunyah tembakau diyakini mengurangkan rasa sakit yang

disebabkan oleh sakit gigi.

Dunia Baru Ditemukan

Pada tarikh 15 Oktober 1492, Christopher Columbus ditawarkan daun kering pokok

tembakau sebagai hadiah daripada orang Indian Amerika yang beliau temui.

Sejurus selepas itu, pelaut dari Eropah membawa tembakau kembali ke Eropah, dan pokok

tembakau banyak ditanam di seluruh Eropah.

Alasan utama tanaman tembakau menjadi popular di Eropah adalah kerana sifat

penyembuhannya. Penduduk Eropah percaya bahawa tembakau dapat menyembuhkan

hampir apa saja, daripada mulut berbau hingga ke kanser.

Pada tahun 1571, Seorang doktor Sepanyol bernama Nicolas Monardes menulis sebuah buku

tentang sejarah tanaman ubat dari dunia baru. Dalam hal ini beliau menyatakan bahawa

tembakau boleh menyembuhkan 36 masalah kesihatan.

Pada 1588, seorang warga Virginia bernama Thomas Harriet mempromosikan bahawa

merokok tembakau adalah cara yang efektif untuk mendapatkan dosis harian tembakau.

Malangnya, beliau meninggal kerana kanser hidung (kerana popular dan untuk bernafas asap

keluar melalui hidung).

Sepanjang 1600-an tembakau adalah begitu popular itu sehinnga ia sering digunakan sebagai

wang dan dianggap seperti emas.

29
Namun yang demikian, pada ketika ini juga, ada segelintir individu telah menyedari bahawa

merokok telah membawa beberapa kesan yang merbahaya. Pada tahun 1610, Sir Francis

Bacon menyedari bahawa ia adalah amat sukar bagi seseorang untuk berhenti merokok.

Pada tahun 1632, 12 tahun selepas Mayflower tiba di Plymouth Rock, undang-undang yang

tidak membenarkan sesiapa merokok di tempat-tempat awam di Massachusetts telah

ditubuhkan. Ini lebih berkaitan dengan keyakinan moral hari, daripada masalah kesihatan

tentang merokok tembakau.

Pada 1760, Pierre Lorillard membentuk sebuah syarikat di New York City untuk memproses

tembakau dan cerut. Hari ini, P. Lorillard merupakan syarikat tembakau tertua di AS.

Tembakau: Sebuah Perkembangan Industri

Selama bertahun-tahun, semakin ramai saintis mula memahami bahan kimia dalam tembakau,

serta merokok menghasilkan kesan yang berbahaya kepada kesihatan.

Pada tahun 1826, nikotin yang asli telah ditemui. Tidak lama selepas itu, para saintis

membuat kesimpulan bahawa nikotin merupakan racun yang berbahaya.

Pada tahun 1836, New Englander Samuel Green menyatakan bahawa tembakau adalah

insektisida, racun, dan boleh membunuh manusia.

Pada 1847, Phillip Morris yang terkenal telah ditubuhkan. Sejurus selepas itu, pada tahun

1849, JE Liggett dan Bruder telah ditubuhkan di St Louis, Mo (Syarikat yang telah bankrupt

akibat tuntutan besar baru-baru ini).

30
Rokok di AS kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan sisa semasa pengeluaran

produk tembakau yang lain, terutama tembakau kunyah. Mengunyah tembakau menjadi

cukup popular saat ini dengan "koboi" dari barat Amerika.

Pada 1875, R.J. Reynolds Tobacco Company (lebih dikenali dengan Reynolds Wrap

Aluminium Foil) ditubuhkan untuk menghasilkan tembakau kunyah.

Mulai tahun 1900-an, rokok menjadi produk tembakau utama yang dibuat dan dijual.

Pada tahun 1902, Inggeris Phillip Morris mendirikan sebuah pejabat pusat New York untuk

pasaran merokok, termasuk jenama Marlboro yang terkenal sehingga sekarang.

Seiring dengan populariti merokok, bagaimanapun, ada juga beberapa kempen anti-tembakau

telah dijalankan dan ada juga beberapa negara mencadangkan pengharaman tembakau.

Namun yang demikian, permintaan pasaran rokok masih meningkat dan pada tahun 1913, RJ

Reynolds mulai memasarkan jenama rokok yang disebut Camel.

Perang & Rokok: A Deadly Combo

Global rokok meletup semasa Perang Dunia I (1914-1918), di mana rokok disebut "asap

askar".

Pada 1923, Camel mengawal 45% daripada pasaran AS! Pada tahun 1924, Phillip Morris

mulai pasaran Marlboro, rokok untuk wanita yang merupakan "Mild as May"!

American Tobacco Company, pembuat jenama Lucky Strike, mulai pasaran merokok untuk

wanita dan keuntungan 38% dari pasaran untuk bersaing dengan Phillip Morris. Kadar gejala

31
merokok di kalangan remaja perempuan meningkat 3 kali ganda pada tahun antara 1925-

1935.

Pada tahun 1939, American Tobacco Company memperkenalkan jenama baru, Pall Mall,

yang membolehkan Amerika untuk menjadi sebuah syarikat rokok terbesar di Amerika

Syarikat!

Selama Perang Dunia II (1939-1945), kadar jualan rokok adalah paling tinggi. Rokok

termasuk dalam ransum bagi askar (seperti makanan!). Syarikat tembakau menghantar

berjuta-juta rokok kepada askar secara percuma, dan ketika para askar ini pulang, syarikat

mempunyai aliran pelanggan yang setia.

Pada 1950-an, lebih banyak bukti menunjukkan bahawa rokok berkait rapat dengan kanser

paru-paru. Walaupun industri tembakau tidak bersetuju malah, mereka mempromosikan

produk baru yang "selamat", seperti menghasilkan rokok yang mengandungi tar yang lebih

rendah dan ditapis.

Pada 1953, Dr Ernst L. Wynders mendapati bahawa apabila tar rokok diletakkan di punggung

tikus boleh menyebabkan tumor.

Pada tahun 1954, RJ Reynolds Winston memperkenalkan jenama yang rokonya telah ditapis.

Pada tahun 1956 Reynolds memperkenalkan jenama Salem, yang merupakan rokok menthol

yang ditapis buat pertama kalinya.

32
Bahaya Kesihatan Terungkap!

Pada tahun 1964, laporan Surgeon General tentang "Merokok dan Kesihatan" keluar.

Laporan ini membantu membolehkan kerajaan untuk menetapkan iklan dan penjualan rokok.

Pada tahun 1965, iklan rokok di televisyen diberhentikan di Inggeris.

Pada tahun 1966, amaran kesihatan pada bungkusan rokok mula dipaparkan.

Disebabkan paparan negatif di akhbar-akhbar tentang merokok, syarikat rokok yang besar-

besar mula menghasilkan kepelbagaian dalam produk mereka. Phillip Morris membeli

syarikat Miller Brewing, pembuat Miller Beer, Miller Lite, dan Red Dog Beer. RJ Reynolds

Tobacco Company menjatuhkan "Tobacco Company" dalam namanya, dan menggantikannya

dengan RJ Reynolds Industries. American Tobacco Company juga tidak menggunakan nama

"Tembakau" lagi, dan menjadi American Brands, Inc

Pada tahun 1971, iklan rokok di televisyen diberhentikan dari ke udara AS, namun masih

merupakan produk yang paling banyak diiklankan kedua untuk kereta!

Pada tahun 1977, pertama kalinya kempen Great American nasional “bebas asap” berlaku.

Masa Lalu Terbaru

Selama 1980-an ada banyak tuntutan difailkan terhadap industri tembakau kerana kesan

berbahaya daripada produknya.

Pada tahun 1982, Surgeon General melaporkan bahawa asap rokok boleh menyebabkan

kanser paru-paru. Merokok di tempat umum adalah dilarang, terutama di tempat kerja.

33
Pada tahun 1985, kanser paru-paru menjadi pembunuh # 1 bagi perempuan, mengalahkan

kanser payudara.

Pada tahun 1987, Kongres menyekat kebenaran untuk merokok untuk semua penerbangan

domestik yang berlangsung kurang dari 2 jam. Pada tahun 1990, merokok dilarang di semua

penerbangan domestik, kecuali yang ke Alaska dan Hawaii.

Selama 80-an dan 90-an, industri tembakau mulai membuat pemasaran di daerah-daerah di

luar AS, khususnya negara-negara membangun di Asia. Marlboro dianggap jenama no.1 yang

paling berharga dari setiap produk dengan nilai $ 30 bilion! Selama tempoh ini, ada

pertempuran antara Coca Cola dan Marlboro sebagai jenama no.1 di dunia!

Sehingga kini, banyak bukti telah menunjukkan bahawa industri penghasilan rokok

membawa banyak masalah kesihatan, namun, masih dipasarkan. Ada juga bukti bahawa

mereka tahu nikotin menyebabkan adiktif, namun, pengetahuan ini disembunyikan untuk

mendapatkan berjuta-juta manusia terjerumus dalam gejala yang merbahaya ini!

34
BAB 3

35
3.1)HUKUM BERKENAAN ROKOK DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

PANDANGAN ILMUAN ISLAM MENGENAI HUKUM MEROKOK

Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Fatawa Muasirah berkata, “Dari penjelasan yang diberikan,

saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali.

Malah, pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan

hukum: makruh ataupun haram.

Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan

hujahnya.” Sesungguhnya Islam telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan dhorar

(memudharatkan orang lain) dan dhiror (membalas perbuatan orang lain dengan

kemudharatan). Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak

membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok

tersebut.

“...Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok diputuskan

sebagai haram...” Sheikh Abdul-Aziz Abdullah Bin Bazz, Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi.

“...Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan menjalankan

perniagaan di dalamnya...” Ulama Al-Azhar Lujnah fatwa di Al-Azhar mengeluarkan fatwa

mengenai menghisap rokok (ad-dukhan).

“...menghisap rokok adalah haram dalam Islam...” Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir, Dr. Nasr

Farid Wasil

36
“..Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan

merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai

penyakit. Justeru itu, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan...” Sheikh

Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid Al-Azhar

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk mengkaji semula fatwa

hukum menghisap rokok yang telah dibuat dalam tahun 1987.

Hukum-hukum tersebut adalah melibatkan persoalan :

3.1.1) Hukum menghisap rokok

3.1.2) Hukum menghisap rokok di dalam Masjid

3.1.3) Hukum menghisap rokok semasa membaca Al-Quran

3.1.4) Hukum menghisap rokok yang boleh mendatangkan mudarat

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengambil

keputusan berkenaan hukum perkara di atas.

Keputusan:

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di

atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan

taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.

Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :

37
3.1.1) " HUKUM MENGHISAP ROKOK "

Hukum menghisap rokok adalah makruh mengikut Mazhab kita Syafieah, tersebut dalam

kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah",

Maksudnya :

Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghisap rokok,

maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala

perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata

setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan

mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak

ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi,

menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa

menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci

oleh orang lain, sedangkan di masjid orang ramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-

himpit lazimnya.

3.1.2) " HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID "

Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah haram. Hukum ini dibuktikan dengan

Nasnya iaitu :

Maksudnya :

Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A.

bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau

bawang putih atau kucai, maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasanya

38
malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama'

fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada

persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

3.1.3) " HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN "

Hukumnya adalah haram. Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut

Ertinya :

Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang

mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai

menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan

membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak

ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

3.1.4) "HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN

MUDHARAT”

Hukumnya adalah haram : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang

dinyatakan di bawah iaitu :

Firman Allah Taala, ertinya ;

“Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.”

Firman Allah Taala, maksudnya ;

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :

39
"Kehidupan Sosial Dalam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat haram

bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud

sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya

disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan

anggota jasmani kepada kerosakan.

Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan

"Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari

penghisapan apa sahaja, umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang

dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut

qadar bahaya dan tempohnya "

Contoh hujah yang dikemukakan oleh para mufti di Malaysia dalam menetapkan hukum

berkenaan rokok;

 Hujah Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato‟ Hj. Hassan bin Hj. Ahmad dalam

menetapkan hukum berkenaan rokok.

Islam melarang pengambilan sesuatu yang keji yang boleh mendatangkan kemudaratan dan

merokok adalah termasuk di dalam kategori tersebut. Allah, berfirman;

“..Dan Dia (Rasul) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi

mereka segala yang buruk..” (Surah Al-A’raf: Ayat 157)

Imam Syafie mentafsirkan „buruk‟ itu sebagai „sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah

syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji....‟ Rokok dengan mengandungi 4,000 bahan

kimia beracunnya adalah termasuk dalam kategori kotor dan keji ini. Merokok boleh

melemahkan umat Islam dan membawa mereka kepada maut. Umat yang tidak mampu

memperjuangkan maruah agama. Allah berfirman;

40
“..Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih pada mu”

(Surah An-Nisa’ : ayat 29)

Di dalam sebuah Hadis, Ummu Salamah berkata, “Rasulullah melarang mengambil setiap

bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudarat orang lain. Nabi Muhammad

bersabda, “Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin

atau menipunya” (Riwayat Tarmizi).

Merokok mendatangkan kemudaratan kepada orang lain melalui asapnya. Pembaziran

ditegah oleh agama. Allah berfirman;

“Sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu

sangat ingkar kepada tuhannya” (Surah Al-Israk: Ayat 27)

Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha

dakwah dan jihad di jalan Allah SWT.

41
3.2) FATWA TENTANG HUKUM MEROKOK

Keputusan:

No. Warta: Pg. P.U. 25.

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran

Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Mufti bagi Negeri Pulau Pinang

membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

1. Merokok adalah haram.

2. Bagi maksud fatwa ini, “rokok” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun

nipah atau selainnya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut:

(i) Melahirkan sikap serta tabiat yang buruk.

(ii) Mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan.

(iii) Pembaziran yang amat ditegah oleh agama.

3. Oleh yang demikian, adalah HARAM bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa

jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal

yang berkaitan dengan rokok.

3.3) KESAN PERKEMBANGAN ROKOK KEPADA EKONOMI GLOBAL

Rokok merupakan sumber signifikan dari pendapatan cukai di banyak daerah. Fakta ini

menjadi halangan bagi kumpulan-kumpulan kesihatan berusaha mencegah merokok, kerana

kerajaan berusaha untuk memaksimumkan pendapatan cukai.

Di Amerika Syarikat, merokok adalah cukai secara substansial, tetapi negara-negara adalah

penentu utama dari jumlah keseluruhan kadar cukai. Umumnya, negara yang bergantung

42
kepada tembakau sebagai produk pertanian yang signifikan selalunya mempunyai kadar cukai

pada tahap yang rendah bagi rokok.

Setiap 10 peratus kenaikan harga rokok mengurangkan perokok muda sekitar tujuh peratus

dan pengambilan rokok secara keseluruhan sekitar empat peratus. Dengan demikian

meningkatkan cukai merokok dicadangkan sebagai alat untuk mengurangkan merokok.

MALAYSIA

Lambakan rokok seludup dan rokok haram pelbagai jenama yang dijual secara berleluasa di

pasaran tempatan pada harga diskaun lebih 50 peratus sekotak sudah mencapai tahap yang

membimbangkan. Bukan saja tahap penguatkuasaan lemah, kadar penembusannya hampir 40

peratus pasaran rokok tempatan atau hampir tiga juta rakyat Malaysia membeli rokok haram

menggambarkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Lebih malang, setiap tahun

kerajaan kerugian RM1 bilion kerana pengeluarnya terlepas daripada membayar duti eksais

dan cukai jualan. Oleh itu, sudah sampai masa kerajaan mencari jalan untuk mengatasi

masalah ini kerana ia bukan saja memberi mudarat kepada perokok, malah merugikan negara

kerana tidak dapat mengutip cukai.

Sewajarnya, Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan lebih tegas dalam menangani

gejala rokok seludup dan rokok haram ini, termasuk mengenakan tindakan keras ke atas

orang ramai yang didapati membeli, memiliki dan menggunakan bahan itu. Pada masa sama,

kementerian perlu menimbang mengharamkan pengimportan rokok yang jenamanya sering

ditemui di pasaran sebagai rokok yang dibawa masuk secara haram dan bekerjasama dengan

pihak berkuasa tempatan untuk menarik balik atau membatalkan lesen peniaga atau pengilang

rokok yang didapati menjual rokok haram.

43
Ketika ini, rokok haram dijual RM3.50 sekotak untuk 20 batang, iaitu 50 peratus lebih murah

daripada harga minimum RM7 yang ditetapkan kerajaan. Ia dipercayai mengandungi nikotin

sehingga dua miligram bagi setiap batang rokok, manakala kandungan tar mencecah 30

miligram sebatang. Mengikut Akta Makanan 1983, paras nikotin bagi setiap batang rokok

tidak boleh melebihi 1.5 miligram, manakala tar pula tidak boleh melebihi paras 20 miligram

sebatang.

Pakar perubatan mengakui punca utama menyebabkan seseorang individu terdedah kepada

penyakit jantung adalah rokok atau tembakau yang mengandungi lebih 4,000 bahan kimia

termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida. Pelbagai pendekatan digunakan kerajaan,

termasuk di Malaysia untuk menggalakkan orang ramai berhenti merokok, termasuk

menyebarkan fakta menakutkan mengenai rokok, antaranya mengaitkannya dengan kanser.

Namun, trend merokok semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menjangkakan jumlah perokok di negara

ini akan meningkat kepada 3.8 juta orang pada 2015 dengan lebih 10,000 kes kematian dalam

kalangan perokok direkodkan setiap tahun. Kita percaya lambakan rokok haram yang murah

dan mudah dibeli menjadi antara punca arah aliran ini terus meningkat. Malah, Menteri

Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui penjualan secara berleluasa rokok haram

akan membantutkan usaha kerajaan untuk mengekang keupayaan membeli rokok, terutama

remaja dan pelajar berumur 18 tahun ke bawah. Dari segi ekonomi, negara turut kehilangan

pendapatan berikutan lambakan rokok haram jenama tempatan yang menyebabkan jualan

rokok import menurun 30 peratus akhir-akhir ini.

44
Firma penyelidikan OSK Research berkata, sektor tembakau dijangka terjejas disebabkan

peningkatan cukai rokok, sekali gus menyebabkan berlaku semakan harga barangan itu.

Cukai rokok telah meningkat sebanyak tiga sen sebatang atau 60 sen sekotak.

''Susulan harga rokok yang dinaikkan kepada RM10 sekotak akan mengakibatkan jumlah

pembelian rokok jatuh dan penyeludupan rokok meningkat,'' katanya dalam nota

penyelidikannya.

Jika tidak dibendung segera, kita percaya ramai peniaga akan beralih menjual rokok haram

kerana ia tidak memerlukan modal besar berbanding modal membeli rokok import. Pada

masa sama, pihak berkuasa, terutama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) perlu memberi

keutamaan dalam soal membanteras pengedaran rokok haram ini sehingga ke akar umbi. Ia

bukan saja menjejaskan hasil cukai negara, malah memberi gambaran seolah-olah kita tidak

bersungguh-sungguh atau berkemampuan untuk membendung kemasukan rokok seludup dan

pengedaran rokok haram di pasaran tempatan.

Amalan merokok juga secara tidak langsung akan menggugat ekonomi perokok itu

sendiri.Banyak wang yang terpaksa dibelanjakan untuk membeli rokok.Perokok mungkin

terpengaruh oleh iklan yang disiarkan di media massa yang menunjukkan keunggulan dan

gaya eksklusif seseorang yang merokok.Sebagai contoh,sekiranya seorang individu

membelanjakan RM5.00 sehari bagi sekotak rokok maka dalam sebulan dia akan

membelanjakan sejumlah RM150 dan RM1800 setahun. Bagaimanaka pula jika ketagihan ini

berterusan sehingga puluhan tahun? Perokok sebenarnya telah membazirkan wangnya ke

jalan yang tidak berfaedah.

45
INDONESIA.

Menurut Departemen Kesehatan Dalam Gizi dan Promosi Masyarakat, Indonesia merupakan

salah satu negara berkembang yang memiliki tingkat penggunaan rokok dan produksi rokok

yang sangat tinggi. Variasi produk dan harga rokok di Indonesia telah menyebabkan

Indonesia menjadi salah satu produser sekaligus konsumer rokok terbesar di dunia. Banyak

perokok yang akan terus menjadi perokok seumur hidupnya, walaupun apabila mereka

mempunyai keinginan yang kuat untuk berhenti, mereka menghadapi kesukaran untuk

menghentikan ketagihan mereka terhadap rokok. Salah satu hal lain yang turut menjadi

keprihatinan adalah jumlah perokok yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, hal ini

bererti bahwa terdapat pertambahan perokok baru setiap saat yang kemungkinan besar akan

terus menjadi perokok aktif seumur hidupnya. Perokok baru tersebut sebagaian besar adalah

anak-anak & remaja.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh

negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih

penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos

rawatan dan kehilangan produktiviti.

3.4) LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DALAM

MENGATASI GEJALA MEROKOK

INFOLINE BERHENTI MEROKOK

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan talian bantuan untuk

membantu perokok berhenti merokok bermula Januari 2007. Talian bantuan ini dikenali

Infoline Berhenti Merokok dan menggunakan nombor 03-88834400. Ia beroperasi setiap hari

46
pada waktu bekerja. Setiap panggilan di luar waktu pejabat akan direkodkan pemanggil dan

akan dihubungi semula dalam tempoh 24 jam hari bekerja. Infoline Berhenti Merokok

dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Kementerian Kesihatan

Malaysia.Waktu beroperasi : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat (hari

bekerja sahaja)

Perkhidmatan yang ditawarkan:

1. Khidmat nasihat berhenti merokok

2. Tip berhenti merokok

3. Khidmat Klinik Berhenti Merokok

MENUBUHKAN 12 M UNTUK PANDUAN BERHENTI MEROKOK

Dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Januari 2007.

1. Melengah-lengahkan : Tunggu 5minit atau katakan nanti sebentar

2. Menarik nafas panjang : Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3. Minum air : Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4. Menyibukkan diri : Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran untuk melupakan rokok

5. Menjauhkan diri : Dari tempat orang merokok

6. Mengelakkan diri : Daripada suasana atau tempat orang merokok

7. Mengunhyah sesuatu : Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8. Membasuh tangan

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot : Lakukan apabila rasa mengantuk

11. Meditasi

47
12. Memohon doa : Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

KEMPEN TAK NAK! MEROKOK

Kempen anti merokok sebegini yang dijalankan oleh kerajaan harus dipuji kerana kerajaan

bekerja keras untuk membanteras rokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras

negatif orang yang merokok untuk menakutkan golongan remaja yang terjebak dalam tabiat

merokok. Paru-paru menjadi hitam, kering dan sungguh menakutkan.

Antara kebaikan kempen anti merokok :

1.Mengelakkan pergantungan fizikal dan mental

2.Memupuk semangat positif boleh berhenti merokok

3.Menanam rasa takut dalam jiwa perokok

4.Mengurangkan jumlah perokok terutamanya golongan remaja

5. Tersebar secara meluas dalam pelbagai media.

MALAYSIA ELECTRONIC CIGARETTE

1. Lebih jimat

2. Kurang membahayakan kesihatan

3. Dapat menigkatkan ekonomi negara

4. Filter yang berkualiti tinggi

48
MENINGGIKAN CUKAI ROKOK

Setiap tahun harga benda perosak ni akan dinaikkan dan peraturan pemasarannya akan

digubal serta dipantau.

Harga rokok naik lagi, kenyataan terbaru Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga

menyatakan akan melarang setiap promosi harga yang ditawarkan oleh setiap syarikat

tembakau atau pengeluar rokok. Setiap tahun harga benda perosak ni akan dinaikkan dan

peraturan pemasarannya akan digubal serta dipantau.

Objektif utama :

untuk memberi kekangan agar impak dari kenaikan harga ini akan dapat mengurangkan

keupayaan kadar kuasa beli disasarkan terutama kepada kanak kanak, remaja dan golongan

berpendapatan rendah.

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA PADA 31 MEI 2008

Objektif kempen :

Untuk tidak merokok pada hari ini dan berharap berterusan

Menurut sumber disunting dari Utusan Malaysia mengenai isu ini amatlah membimbangkan.

Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC, Bahagian Kawalan Penyakit,

Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Zarihah Mohd. Zain menjelaskan maklumat terkini

menunjukkan Malaysia kini mempunyai kira-kira 2.73 juta perokok.

49
KEMPEN WAY OF HEALTH ATAU GAYA HIDUP SIHAT

Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang

memudaratkan kesihatan.

-Komponen Gaya Hidup Sihat

Makanan seimbang Kebersihan diri Tidak salahguna bahan Rehat yg cukup

Senaman

-Amalan Makanan Seimbang

Nutrien diambil mengikut hiraki keperluan

Karbohidrat Vitamin Protein Lemak

-Tidak salahguna bahan

Hindari tabiat yang sia-sia seperti

1) MENUBUHKAN HOTEL BEBAS ROKOK

Tiada satu pun bekas habuk rokok di The Gardens Kuala Lumpur

SEKALI pandang, The Gardens Hotel & Residences yang terletak di Mid Valley City, Kuala

Lumpur sama seperti hotel lain. Namun tidak ramai yang tahu hotel ini adalah yang pertama

di Malaysia dan mungkin di dunia bebas daripada rokok.

Sesuai dengan namanya yang bertemakan alam sekitar, hotel bertaraf lima bintang ini secara

rasmi dibuka pada 25 Jun lalu dan bakal membuka dimensi baru suasana udara bersih tanpa

pencemaran asap rokok.

50
Wartawan AMREE AHMAD menemu ramah Pengurus Besar, Jesse Chevrez yang ternyata

komited memastikan persekitaran hotel itu tidak dicemari sebarang produk tembakau

Difahamkan hotel ini agak unik kerana ia bebas rokok, apa yang hebatnya tentang idea itu?

Bagi bukan perokok, anda mungkin tidak sedar tetapi hakikatnya jika anda „kaki rokok‟,

barangkali anda perasan di hotel ini tidak ada walau satu pun bekas habuk rokok diletakkan

termasuk di dalam tandas.

Inilah kelebihan hotel ini dan kami bukan seperti hotel lain yang ada menyediakan ruangan

khas untuk perokok seperti di bahagian restoran. Malah hotel ini direka bentuk khas dari awal

memang tidak „mesra rokok‟.

Jika masih lagi ketagih rokok, anda terpaksa keluar daripada hotel ini dan hisap bebas di

seberang jalan sana tetapi tidak di sini. Malah pengawal keselamatan akan sedia mengiringi

anda keluar jika didapati cuba merokok.

Bagaimana kalau masih ada tetamu yang berdegil untuk menghisap rokok?

Semasa hotel ini dibuka secara tidak rasmi, memang ada berlaku sedikit kekeliruan terutama

di kalangan para pelancong dari negara-negara Asia Timur yang agak terkenal sebagai kuat

merokok.

Saya sendiri menegur secara hormat dan bersyukur mereka pada mulanya terkejut, tetapi

setelah diterangkan dengan baik, mereka dapat menerima dan memohon maaf. Setiap bilik

juga ada makluman kepada setiap pelanggan khasnya perokok tegar.

51
Jika dikesan ada asap rokok, petugas akan segera datang ke bilik bagi memaklumkan

larangan ini dan hasilnya positif, ada pelanggan yang terpaksa menggunakan tisu untuk

menyembunyikan asap rokok yang dihisap secara curi-curi.

Kebetulan kita mempunyai Hari Dunia Tanpa Tembakau yang disambut 31 Mei sejak tahun

1988 lagi ekoran kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai angka maut

akibat rokok yang mencecah 5.4 juta nyawa setahun di seluruh dunia.

Ini bermakna seorang mati kerana rokok atau berkaitannya setiap 6.5 saat. Di Malaysia saja,

hampir 8,000 orang yang purata belum berusia 50 tahun mati akibat gejala rokok ini.

Adakah anda tidak bimbang kehilangan ramai pelanggan?

Saya tidak fikir begitu malah kajian menunjukkan pelanggan lebih suka suasana bebas rokok

daripada terpaksa menghidu produk tembakau itu yang dilepaskan oleh orang lain. Inilah

kelebihan sebenar hotel ini.

Bahkan jika terus berdegil, saya akan mengesyorkan mereka berpindah ke hotel rangkaian

kami, Cititel yang terletak bersebelahan sahaja dengan kos dan nilai penginapan masih lagi

sama serta situasi menang-menang.

Setakat ini belum ada lagi pelanggan yang marah malah saya sendiri menunjukkan teladan

yang baik kerana saya memang tidak suka merokok kecuali menghisap cerut kegemaran saya

iaitu jenis Monte Christo No. 3. Itu pun selepas seharian saya habis penat bekerja.

Apakah harapan anda dengan konsep unik hotel ini?

52
Saya harap lebih banyak hotel di bawah rangkaian Cititel yang bakal dibuka kelak iaitu di

Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu dan lain-lain yang bebas daripada asap rokok selain

dicontohi oleh hotel-hotel lain.

Begitupun saya tidak mengharapkan apa-apa pujian malah saya tidak terfikir disenaraikan

dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi hotel pertama mempelopori konsep suasana

antirokok.

2) KENAIKAN HARGA ROKOK

PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi

satu pek 20 batang rokok.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga

RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga

tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun

sebanyak 10 peratus.

53
3) LARANGAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM

Kementerian Kesihatan mempunyai akta bagi mencegah orang ramai menghisap rokok di 19

kawasan larangan termasuk di hospital, sekolah, pejabat, tempat awam seperti stesen bas,

lapangan terbang dan restoran tertutup.

Mengikut Akta Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, mereka yang merokok di tempat

larangan itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM500 bagi orang dewasa, manakala

remaja di bawah 18 tahun dikenakan kompaun RM50, katanya.

“Bagaimanapun, jika mereka enggan membayar kompaun, mereka boleh dihadapkan ke

mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dua tahun

penjara,” kata Dr Nordiyanah.

Di Terengganu, beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga bulan lalu, sebanyak 26 kes

dikenakan kompaun berjumlah RM6,300 manakala 91 kes lagi akan dibawa ke mahkamah

untuk dibicarakan.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Kesihatan menjalankan pelbagai usaha

termasuk mengadakan ceramah serta Klinik Berhenti Merokok untuk memastikan rakyat di

negeri ini berhenti merokok. - Bernama

54
55
RUMUSAN

Sebagai rumusan, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui tentang

rokok. Ianya bertujuan supaya kita lebih mengetahui akan baik buruk rokok itu sebenarnya

dan juga tentang relavan pembuatannya. Terdapat pelbagai jenis rokok seperti rokok keretek,

rokok daun, bidis dan cerut. Selain itu, ada juga produk berasaskan tembakau yang termasuk

shisha dan paip tembakau kunyah. Di samping itu, maklumat tentang sejarah, cara

pembuatan, hukum, kesan rokok itu sendiri perlu kita ketahui. Seperti yang kita sedia

maklum, rokok memang membawa keburukan dan bahaya pada diri kita dan juga masyarakat

sekeliling.

Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai usaha dijalankan

untuk membendung gejala merokok ini daripada terus mempengaruhi masyarakat terutama

para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah mengakui bahawa mereka

merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya. Sikap terikut-ikut dengan tabiat tidak

sihat ini seterusnya akan menghanyutkan mereka sehingga merasakan bahawa merokok itu

bukanlah sesuatu yang buruk atau menyalahi etika hidup.

Di Malaysia mahupun Indonesia, rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli

walaupun hanya sebatang. Keadaan ini menjadikan tabiat merokok semakin berleluasa kerana

dengan harga serendah empat puluh sen, pelajar sekolah sudah boleh membeli rokok.

Memandangkan longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan rokok, kerajaan mestilah

mengambil langkah-langkah pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi.

Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih bergaya dan

kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah kerana merokok

sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya mengundang ketagihan yang

berpanjangan.

56
Kejadian merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di

kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis hari ini. Masalah ini tidak

pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi hamparan majalah atau

menghiasi dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan tentang masalah merokok ini

dijadikan agenda penting untuk diselesaikan. Fenomena ini dapat memberikan satu persepsi

kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh,

membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok ini masih bermaharajalela di

negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan

visi wawasan 2020.

Konklusinya, remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri

daripada terus dibayangi oleh kegiatan merokok. Natijah daripada senario-senario ini,

kerjasama yang erat, dan persefahaman yang wujud adalah penting dalam menentukan

kecerahan dan kelengkapan masa depan negara. Ingatlah remaja yang bakal memimpin

negara ini merupakan tonggak dan harapan negara bagi mencorakkan haluan negara demi

menzahirkan wawasan 2020.

57
LAMPIRAN

58
RUJUKAN

Buku :

1. Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam : Punca dan Penyelesaian

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd

Terbitan Pertama 2003

2. Artikel “Reformasi Fatwa Rokok: Dulu Khilaf Kini Ijmak” ditulis oleh Mohd Azhar

bin Abdullah Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias)

3. Al – Quran

4. Hadis Rasulullah

Internet :

1. http://sites.google.com/site/rokokmembahayakankesihatan/

2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=651.0

3. www.pulihdadah.com/bahayamerokok.html

4. www.scribd.com/doc/8590549/Bahaya-Merokok

5. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menghisap-rokok

6. http://www.prn.usm.my/poster_b/tobacco_p/fatwa.pdf

7. http://www.infosihat.gov.my/media/risalah/Ris_MerokokHaram/Ris_MerokokHara

m.pdf

59

You might also like