You are on page 1of 4

REFLEKTIF JURNAL

NAMA : MOHAMAD ZULKIFLI BIN MOHD NOR

NO K/P : 910603-03-5265

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya
dan ahli kumpulan saya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)
Children’s Learning in Science. Saya dan kumpulan saya bersyukur kerana dapat
menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Walaupun terdapat kekangan-
kekangan yang mungkin melumpuhkan semangat kami untuk menyiapkan tugasan
ini, namun kami mengaggap ia adalah salah satu cabaran kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan kerjasama antara kumpulan yang
mana setiap ahli kumpulan mestilah memainkan peranan masing-masing dalam
usaha menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja, setiap orang daripada ahli
kumpulan juga mestilah duduk bersama-sama berbincang untuk menghasilkan
tugasan yang baik.

Kami diminta untuk menyiapkan dan menghantar tugasan ini bertarikh 14 april
2011. Semasa kami menerima tugasan ini, terdapat pelbagai perasaan yang
bercampur baur. Contohnya sata dan kumpulan saya begitu teruja untuk membuta
tugasan ini kerana saya dan kumpulan saya perlu melakukan tugasan ini di sekolah
masing-masing. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Jelor, manakala tiga
orang kawan saya lagi memili untuk melakukan tugasan di Sekolah Kebangsaan
Pendek dan Sekolah Kebangsaan Balok. Bukan itu sahaja, sifat ingin tahu tiba-tiba
terbit di dalam diri saya apabila menerima tugasan ini kerana tugasan ini
memerlukan pembacaan yang teliti dari iaitu topic berkaitan dengan Children’s
Learning in Science dan topic konstuktivisme. Justeru itu, sifat sama ada saya dapat
melakukan tugasan ini ataupun tudak menjadi pembakar semangat untuk
menyiapkan tugasan ini. Beliau begitu tekun menunjukkan cara-cara untuk
memudahkan tugasan ini. Kami begitu bersyukur dengan kerjasam yang telah
diberikan oleh beliau terhadap kumpulan kami.
Setelah mendapat penerangan daripada Encik Azman Bin Omar, saya dan
ahli kumpulan saya memulakan beberapa pembacaan daripada bahan-bahan ilmiah
yang lain untuk mengukuhkan lagi kefahaman saya terhadap topic konstruktivis ini.
Jadi apabila melakukan pembacaan yang teliti, tugasan yang kami lakukan tersebut
tidak keluar daripada landasan yang sepatutnya. Apabila sudah membuat
pembacaan yang teliti, kami diminta oleh pensyarah kami, Encik Azman Bin Omar
untuk menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tugasan bagi
menemuramah guru Sains sekolah rendah. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan pembelajaran Sains oleh kanak-kanak sekolah rendah.

Justeru itu, setiap orang daripada ahli kumpulan kami mestilah membina
sebanyak tidak kurang daripada lima soalan untuk dikumpulkan bersama dengan
ahli kumpulan lain. Tetapi sebelum itu, kami haruslah menunjukkan soalan-soalan
kami kepada pensyarah kami. Setiap orang daripada kami menunjukkan soalan-
soalan yang dibina kepada Encik Azman Bin Omar untuk diluluskan ataupun tidak.
Ini amat penting bagi memudahkan guru-guru tersebut dapat menjawab soalan ini
dengan mudah. Setelah diluluskan, kami dapat mengumpulkan sebanyak sebelas
soalan untuk ditanya kepadaa guru-guru apabila pergi ke sekolah nanti.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) diadakan selama lima iaitu bermula


pada 20 Mac 2011 dan berakhir pada 24 Mac 2011. Saya telah memilih sekolah
lama saya bagi melakukan PBS kerana bekas guru-guru saya masih terdapat di
sana. Ini akan memudahkan saya untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat
daripada guru-guru sekolah terbabit. Sepanjang saya pergi ke sekolah, saya berasa
bermotivasi untuk menjalankan tugasan ini. Ini kerana tugasan ini membabitkan
kanak-kanak. Oleh kerana saya seorang yang sukakan kanak-kanak, maka tugasan
ini membuatkan saya teruja untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebelum saya menemuramah guru, saya telah membuat temu janji dahulu
dengan guru Sains tersebut supaya saya tidak mengganggu masa pengajaran dan
pembelajaran beliau. Jadi saya telah menemuramah beliau pada hari Rabu pada
pukul 9 pagi. Sebelum saya beliau, saya memberitahu beliau supaya membuat
persediaan dan mengigat kembali apa yang telah dipelajari. Beliau bersetuju untuk
ditemuramah bagi tugasan ini. Guru yang telah ditemuramah oleh saya adalah Puan
Susilawati Binti Ibrahim iaitu bekas guru saya dahulu. Puan Susilawati adalah
seorang guru Sains. Beliau begitu tekun untuk menjawab semua soalan yang
ditanya oleh saya. Durasi masa bagi temuramah tersebut adalah lebih kurang 15-20
minit. Sesi temu ramah berjalan dengan lancar. Namun saya agak terkilan kerana
tidak dapat merakam sesi temuramah bersama Puan Susilawati binti Ibrahim kerana
hanya saya seorang sahaja yang melakukan PBS dan saya melakukanya secar
berseorangan. Jadi, rakaman semasa sesi temuramah tidak dapat dirakam.

Setalah menamatkan sesi temuaramh, saya begitu tidak saba untuk


menyiapkan tugsan ini. Namun pada masa yang sama, saya agak sedih kerana
Pengalam Berasaskan Sekolah (PBS) hampir tamat. Saya merasakan banyak lagi
maklumat-maklumat yang begitu berguna kepada saya tidak dapat diambil. Namun
perkara ini tidak mematkan semangat untu menjadi seorang guru yang berjiwa
pendidik.

Akhirnya, PBS telah tamat. Saya dan ahli kumpulan saya telah kembali
semula ke kampus. Setelah kembali ke kampus, kami masing-masing berkumpul
dan berbincang bagi menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, setiap orang daripada
kami akan mengeluarkan jawapan-jawapan yang telah dijawab oleh guru masing-
masing. Setelah mengumpulkan semua jawapan, kami telah membuat ‘scripting’
bagi mengumpulkan semua jawapan yang telah dikumpulkan. ‘Scripting’ amat
penting bagi melihat semua jawapan yang diberikan tersusun dengan teratur. Setiap
orang daripada kami akan membacakan semua jawapan yang telah dijawab.
Setelah ‘scriting’ disiapkan, kami telah pergi berkolaborasi dengan Encik
Azman Bin Omar. Di sana, saya dan ahli kumpulan saya menunjukkan ‘scripting’
yang telah dibuat oleh kumpulan kami. Beliau telah berpuas hati dengan ‘scripting’
yang telah dibuat dan beliau meminta saya dan ahli kumpulan meneruskan proses
seterusnya iaitu ‘extracting key factors’ ataupun mencari kata kunci bagi setiap
jawapan. Tanpa melengahkan masa, saya dan ahli kumpulan telah berkumpul bagi
mencari setiap kata kunci yang terdapat di dalam jawapan. Kami dengan tekun
duduk berkumpul untuk membincangkan tugasan ini. Setelah berbincang, kami
begitu bersyukur ke hadrat Illahi kerana kata kunci bagi setiap jawapan dapat
dijumpai. Tanpa melengahkan masa yang semakin suntuk ini, kami menaip kata
kunci untuk dibentangkan pada hari kuliah. Kami bersyukur kerana dapat
menyiapkan pembentangan tersebut. Secara keseluruhannya, pensyarah kami agak
berpuas hati dengan pembentangan kami tetapi perlu membuat penambahbaikan.

Setelah setiap perkara yang di dalam tugasan ini contohnya seperti


perbincangan dan analisis data, saya berasa amat gembira kerana tugasan ini dapat
juga di siapkan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja,
ukhuwah antara saya dan ahli kumpulan saya semakin rapat. Kerjasama antara ahli
kumpulan saya begitu kuat sekali. Walaupun terdapat kekangan, namun semangat
untuk menyiapkan ini begitu kuat.

Kesimpulannya, tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) banyak


membantu saya dan ahli kumpulan dalam membentuk sahsiah guru-guru sains yang
kreatif dan kritis.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

.................................................................

(MOHAMAD ZULKIFLI BIN MOHD NOR)

You might also like