You are on page 1of 34

2010/05/28

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan 'rondaan dalam


internet' menerusi Bahagian Cyber Crime (Jenayah Siber) Bukit Aman bagi
membanteras perbuatan menyalahi undang-undang, termasuk cubaan
menjejaskan keselamatan negara melalui laman sosial yang semakin berleluasa.

Difahamkan, Bahagian Cyber Crime Bukit Aman yang mirip peranan Cyber Cops
(Polis Siber) di Amerika Syarikat itu, turut ditugaskan memantau blog dan web,
perkhidmatan dalam talian serta jaringan komunikasi dan multimedia lain,
termasuk menangani penipuan terhadap pengguna internet.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata usaha itu dilakukan bagi
menangani pelbagai jenayah di internet di samping membendung trend ugutan
berbaur ancaman dalam laman sosial, Facebook yang semakin meningkat
sejajar perkembangan pantas teknologi maklumat.

Beliau berkata, Bukit Aman juga sentiasa meningkatkan hubungan kerjasama


dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security
Malaysia bagi memantau pelbagai aktiviti di internet yang boleh dikategorikan
sebagai jenayah siber.

“Pemantauan sentiasa ditingkatkan menerusi Bahagian Cyber Crime Bukit


Aman. Bagaimanapun, mereka yang menerima ugutan melalui laman sosial
serta menjadi mangsa salah laku di internet perlu tampil membuat laporan polis
supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjalankan siasatan dan mengesan
pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan pengguna internet, termasuk


remaja yang menyalahgunakan kemudahan itu terutama menerusi laman sosial
dan blog untuk menabur fitnah serta membuat ancaman berbaur ugutan
terhadap pelbagai pihak.

Sebelum ini, pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat dua laporan polis kerana mendakwa
menerima ugutan bunuh menerusi Facebook. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik
Aziz Nik Mat turut menerima ancaman sama.
Malah, ada juga pengguna internet menggunakan laman blog bagi menghina
institusi Raja, selain menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Selain
itu, kegiatan mencuri identiti pengguna internet serta kes penipuan dan
pelaburan haram juga dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini.

Sementara itu, Musa meminta pengguna laman sosial dan pengendali blog serta
web supaya menggunakan kemudahan itu dengan berhemah dan tidak
menyalahgunakannya sehingga mencetuskan rasa kurang senang pengguna
internet di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 19

Pelajar sekalian,

Isu hangat pada masa ini ialah peningkatan jenayah siber.

Anda dikehendaki mencari artikel dalam internet tentang hal ini dan tampalkan
pautan tersebut di dalam forum ini untuk rujukan rakan-rakan anda.

Carilah artikel yang memnpunyai kandungan tentang ha-hal berikut:

a. Apa itu jenayah siber?


b. Apakah punca-punca tersebarnya jenayah siber
c. Bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh menangani masalah jenayah siber
tersebut.

Selamat Maju Jaya

Pn Leela

PnLeela
Admin
Posts: 351
Join date: 2008-01-03







Re: Jenayah siber


  ChanLM on Tue Feb 05, 2008 4:55 pm

1. Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer


dalam internet seperti mengeluarkan duit akaun orang lain, membuat
jualan atas talian yang palsu, menceroboh sistem syarikat dan lain-lain.

2. Masyarakat sekarang yang suka mudah dan pantas menyebabkan


jenayah siber tersebar. Banyak orang membeli barang, jelaskan bil, kirim
wang melalui internet. Ini menyebabkan orang yang pandai dalam
komputer giat dalam jenayah ini. Selain itu, komputer yang senang diguna
setelah banyak perubahan dilakukan ke atasnya juga menyebabkan
jenayah siber tersebar. Banyak kemudahan telah ditambah dalam
komputer. Ini mendorong ramai orang giat dalam belajar guna komputer
sama akan guna ilmu pengetahuan komputer dalam perkara bermanfaat
atau jahat.

3. Setiap lapisan masyarakat patut ada pengetahuan komputer yang


sepatutnya. Ini membolehkan mereka membezakan antara maklumat yang
betul atau salah. Selain itu, pihak yang menjalankan perniagaan melalui
internet patut sentiasa memastikan tiada pihak lain yang menggunakan
nama syarikat mereka menjalankan jenayah.
ChanLM

Posts: 8
Join date: 2008-01-13







JENAYAH SIBER
  sim on Tue Feb 05, 2008 7:12 pm

1.Jenayah siber adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan


dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan
mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian
dan berterusan.

2.Punca utama adalah penjenayah sukar dikenalpastikan,umumnya


penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun
profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor
atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi
mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak
tertentu contohnya.Selain itu,sikap manusia juga salah satu punca
jenayah siber tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh
manusia yang mempunyai attitude negetif.Mereka menyerang sistem
hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka
pelajari.Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam
lengkongan 20 an.Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar
diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat
jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan
teknologi gagal mengenal pasti penceroboh.
3.Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi
kita dari ancaman jenayah komputer.Walau bagaimanapun kita kena
mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri.
Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita
boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di
pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan
apa saja perisian keselamatan yang lain.

sim

Posts: 49
Join date: 2008-01-29







Bacaan tambahan di internet


  PnLeela on Tue Feb 05, 2008 9:33 pm

Hi semua,

Jika anda dapat bacaan tambahan seperti ini, sila tampalkan di


fourm ini.
Cthnya seperti ini:

1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
2. http://www.kempen.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=72&Itemid=107&lang=malay
Sila baca bahan-bahan tersebut dan jawab soalan berkaitan

Jumpa lagi

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts: 351
Join date: 2008-01-03







Re: Jenayah siber


  vinclam1314 on Wed Feb 06, 2008
9:31 am

a) Jenayah Siber ialah Jenayah yang dijalankan oleh


seseorang untuk menderita atau merugikan orang lain
malalui komputer.

B) Sifat Manusia yang tamat dan cepat menguntungi


merupakan salah satu punca berlakunya jenayah
siber.Seseorang akan cuba mendapat keuntungan dengan
masa yang singkat melalui jenayah siber.Selain itu,
kekurangan ilmu tentang komputer orang ramai juga
menyumbang kepada jenayah siber. Orang yang bermahir
tentang komputer akan cuba menggunakan ilmunya untuk
merugikan atau menderita orang lain yang kekurangan ilmu
tentang komputer.

c)Kerajaan harus menjalan pengajaran komputer kepada


pelajar di sekolah. Dengan inilah, pelajar dapat tahu lebih
banyak ilmu tentang komputer supaya mereka tidak mudah
dijadikan mangsa jenayah siber. Selain itu, pihak polis
haruslah menubuhkan satu kumpulan polis untuk
menentang jenayah siber dengan ahlinya mahir dengan
ilmu pengetahuan komputer. Dengan penubuhan kumpulan
anti-jenayah siber, jenayah siber tentu dapat dikurangkan
dan dibentangkan dengan lebih efficient.

Selamat Tahun Baru Cina.. makan banyak banyak tikus


supaya badan sihat, otak cergas..

link kepada cara tangani jenayah siber:


cara tangani jenayah siber

Last edited by on Thu Feb 14, 2008 1:38 am; edited 1 time in total

vinclam1314

Posts: 344
Join date: 2008-01-11
Age: 22
Location: Streamx








Re: Jenayah siber
  siewMei on Sun Feb 10,
2008 11:19 pm

a)Jenayah siber adalah kegiatan-kegiatan melanggar undang-undang yang


dilakukan melalui komputer dan perkhidmatan internet.
b)Antara punca utamanya adalah sifat ketamakan manusia dan keinginan untuk
menjadi kaya dalam masa yang cepat dengan menggunakan kaedah alternatif.
Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil
peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup
melakukan jenayah siber semata-mata ingin mendapatkan hasil dengan cepat.
Selain itu,kekurangan perlindungan dari pihak berkuasa terhadap golongan
penjenayah siber ini. Kebanyakan penjenayah siber ini lebih mahir dan berilmu
dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Namun demikian,ilmu
pengetahuan orang ramai tentang pengedalian komputer yang cetek juga
merupakan salah satu punca.mereka sering menjadi sasaran golongan
penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara mengelak daripada
ancaman jenayah siber dan boleh dikatakan mereka mudah terpedaya.
c)Undang-undang dikuatkuasakan,hukuman dan dendaan yang dikenakan
ditambah berat. Kerajaan juga boleh mewajibkan pengajaran penggunaan
komputer di kalangan pelajar. Semua pelajar tidak kira umurnya harus
menghadiri kelas komputer ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber
ini. Selain itu,menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai
kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka
boleh tingkatkan keselamatan mereka.

siewMei

Posts: 171
Join date: 2008-01-14
Age: 21







Jenayah Siber
  lim siew yuen on Tue
Feb 12, 2008 10:37 am

(a)Jenayah Siber merupakan jenayah yang


dilakukan melalui internet atau melalui bahan-
bahan telekomunikasi.

(b)Bagi saya ibu bapa merupakan punca utama


berlakunya jenayah siber.Mereka tidak
mengambil masa untuk menemani anak mereka
melayari internet dan tidak menyemak mesej-
mesej yang diterima atau dihantar oleh anak
mereka dengan alasan tidak mahir dlm teknologi
ini........ Selain daripada ini,mereka juga tidak
menjalankan tanggungjawab ibu bapa dengan
sempurna.Mereka hanya tahu beri kekayaan kpd
anak mereka tetapi telah mengabaikan kefikiran
mereka.Mereka yang tidak dapat mengambil
perhatian daripada ibu bapanya dan tidak
terdapat orang yang boleh bercakap
dengannya,barulah mereka melakukan jenayah
melalui bahan-bahan telekomunikasi.Dengan
fikiran mental yang tidak matang dan
kekurangan kefahaman tentang kesilapan yang
telah dilakukan,seorang mangsa terancam oleh
jenayah siber lagi.................

(c)Untuk menangani jenayah siber ibu bapa


perlulah menemani anak mereka semasa mereka
melayari internet bukan sahaja mengawasi
mereka dan juga mengelakan mereka daripada
dibuli oleh pembuli siber!ibu bapa juga
memainkan peranan mengajar anak mereka
mengamalkan kehidupan sebenar perlu
digunakan dalam talian siber kerana mereka
perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa
yang mereka lakukan.

lim siew yuen

Posts: 40
Join date: 2008-01-13







RE : JENAYAH SIBER
  NCH CHEAN on
Wed Feb 13,
2008 11:15 pm

1) Jenayah siber ialah perbuatan kriminal


yang dilakukan melalui komputer dalam
internet untuk mendapat keuntungan
dengan menderitakan serta merugikan
mangsa yang terperangkap.

2) Kebijaksanaan pencuri maklumat


mendapat maklumat daripada kejuruteraan
sosial tanpa disedari oleh mereka untuk
memperoleh maklumat peribadi mangsa
untuk menjalankan penipuan telah
mennyebarkan lagi jenayah siber .Di
samping itu , kelonggaran undang-undang
telah menyebabkan penjenayah siber
menjalankan aktiviti mereka dengan
sewenang-wenangnya . Masyarakat kini
yang mudah tertarik atau dipengaruhi oleh
tawaran dan pujukan menyebabkan
penjenayah siber menjalankan aktiviti
mereka dengan lancar dan memperolehi
keuntungan yang besar.Dengan ini ,
jenayah siber mudah disebarkan demi
memperoleh keuntungan yang banyak .

3) Pihak kerajaan harus menguatkuasakan


undang-undang untuk mengawal masalah
jenayah siber agar penjenayah siber tidak
berani menjalankan perbuatan kriminal
yang menderitakan mangsa . Selain itu ,
masyarakat juga harus mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam
komputer supaya tidak mudah ditipu oleh
pihak lain melalui layaran internet.

NCH CHEAN

Posts: 39
Join date: 2008-01-15







Jenayah siber
  yuweilim
on Tue Feb
19, 2008
1:55 pm

a) Jenayah siber merangkumi sebarang


bentuk ancaman dan serangan yang
boleh dikenakan terhadap seseorang
pengguna internet melalui pesanan
teks,gambar menerusi e-
mel,blog,telefon bimbit serta rangkaian
web bagi menganggu,memalukan, dan
mengugut.

b) Punca-punca berlakunya jenayah


siber ialah kemunculan Internet
sebagai alat komunikasi terkini
menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu
dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa
yang dapat mengawal perjalanan
maklumat di dunia siber, berjuta-juta
laman web telah dihidupkan.
Bermacam-macam maklumat tidak kira
sama ada benar atau salah, idea,
ideologi, propaganda dan tidak kurang
juga pornografi disebarkan melalui
Internet.Pada masa yang sama,
kebebasan maklumat yang dijanjikan
oleh dunia siber ini menimbulkan rasa
gerun bagi pihak pentadbir sesetengah
negara yang selama ini mahu
mengongkong kebebasan bersuara,
berfikir dan berpendapat penduduk
mereka.

c) Bagi menangani masalah ini, pihak


bank harus mamastikan segala urusan
yang disediakan dijamin mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti
sijil digital.Sijil ini mampu memastikan
setiap pemalsuan laman web dikenal
pasti dengan serta-merta.Individu pula
perlu ada tahap kesedaran yang tinggi
tentang risiko dari ancaman siber ini,
terutamanya ketika menggunakan
komputer masing-masing.Kita perlu
ada rasa tanggungjawab untuk
menentukan komputer kita terjamin
selamat dan tidak mengandungi virus
dan trojan yang boleh mengancam
keselamatan maklumat orang lain.Di
pihak kerajaan pula, kerajaan perlu
mengadakan dan menentukan
prasarana ICT yang selamat dengan
melaksanakan polisi-polisi yang efektif,
terkini dan praktikal.
Undang-undang siber dan yang
berkaitan dengannya perlu dikaji dari
masa ke semasa mengikut tahap
ancaman global yang selalu berubah-
ubah.

yuweilim

Posts: 10
Join date: 2008-01-11







Jenayah siber
  Je
nnif
er
Ong
on
Tue
Feb
19,
200
8
9:3
0
pm

1) Jenayah siber merujuk kepada


penyalahgunaan pengetahuan
dalam komputer dan internet
untuk mencuri, menipu harta
benda,
pemalsuan, peras ugut,
mengubah data-data syarikat dan
lain-lain yang mengakibatkan
kerugian dan penderitaan
mangsa-mangsa
jenayah siber.

2) Jenayah siber berlaku kerana


munculnya Internet sebagai
telekomunikasi sedunia di mana
maklumat-maklumat yang
dipaparkan di berjuta-juta laman
web tidak dapat dikawal oleh
sesiapa pun. Tambahan pula,
dengan kemudahan ini,
penjenayah siber yang tamak
ataupun yang berdendam akan
melakukan pencurian, pemalsuan
data, meletakkan virus dan
sebagainya untuk mendapatkan
apa-apa sahaja yang mereka
ingini. Kesalahan jenayah ini
dimudahkan lagi dengan ramai
pengguna internetyang tidak celik
komputer dan tidak berhati-hati
apabila memberi
maklumat peribadi mereka di
internet.

3) Setiap bank harus mempunyai


sijil digital sebagai jaminan
keselamatan kerana ia mampu
memastikan setiap pemalsuan
laman web
dikenal pasti dengan serta merta.
Selain itu, kerajaan haruslah
menguatkuasakan undang-
undang jeneyah siber yang sedia
ada serta memberi hukuman yang
lebih berat lagi ke atas
penjenayah siber. Di samping itu,
satu unit khas yang celik
komputer dan berpengetahuan
tinggi dalam dunia siber haruslah
ditubuhkan untuk menangani
penularan jenayah siber dengan
lebih berkesan. Kelas komputer
juga haruslah diwajibkan di
semua sekolah untuk mengajar
pelajar tentang pengetahuan
komputer serta internet di
samping menjelaskan langkah
untuk mengelakkan diri pelajar
daripada menjadi mangsa
jenayah siber.

Jennifer Ong

Posts: 60
Join date: 2008-01-12
 







Re: Jenayah siber


 
 
w
o
n
d
e
r
f
o
o
_
9
9

o
n

W
e
d

F
e
b

2
0
,
2
0
0
8

2
:
3
8

p
m

1.Jenayah siber ialah


seseorang melakukan
sesuatu perkara yang
melanggar undang-undang
di internet.
2.Punca-punca tersebarnya
jenayah siber adalah
pengaruhi media
massa.Contoh,filem-filem
yang mengandungi
kandungan yang melakuan
jenayah siber. Justeru,
kandungan itu dipelajari oleh
penonton. Selain itu, ibu
bapa yang kurang prihatin
terhadap anaknya
mengakibatkan berlakunya
jenayah siber.
3. Kerajaan harus menetap
kan undang-undang untuk
menangani jenayah siber.
Disamping itu, ibu bapa
memeriksa anaknya dan
mendidik anak-anaknya agar
tidak melakukan jenayah
siber.

wonderfoo_99
Posts: 111
Join date: 2008-01-11







Re: Jenayah siber


 
 
A
n
g
3
l
a
W
o
n
g

o
n

W
e
d

F
e
b

2
0
,

2
0
0
8

4
:
2
6

p
m

1. Jenayah siber adalah


sesuatu perkara yang
sesiapa saja organisasi
kerajaan, swasta serta
individu melanggarkan
undang undang di
internet,contohnya
phishing, mencuri
maklumat, dan
kebocoran data.

2. punca jenayah siber


adalah manusia yang
tidak sedar apa yang
dibuat itu salah atau
tidak begitu berfikir
secara rasional sebelum
berbuat sesuatu.
Hakikatnya manusia
juga mudah membuat
penilaian tanpa apa-apa
bukti, tanpa usul
periksa. Selain
itu,jenayah siber juga
berpunca daripada
budaya yang begitu
lama tertanam dalam
masyarakat kita.

3. Langkah
pertamanya,kerajaan
harus mengadakan
kempen sedar diri
terhadap jenayah
siber.Langkah kedua
adalah anggota polis
perlu kuasai ICT supaya
mereka boleh
membendung jenayah
di negara ini.

Ang3laWong

Posts: 36
Join date: 2008-01-11







Maklumat
mengenai
jenayah siber
 
 
w
e
n
z
e

o
n

W
e
d

F
e
b

2
7
,

2
0
0
8

2
:
0
7

p
m

Kepada rakan sekalian,maklumat ini adalah didapati daripada internet:~

Klasifikasi Jenayah siber


Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan
dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau
peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data,
operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk
tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk
jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang
ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan
tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang
dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"

Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya


Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana
jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain
senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata ,
penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali
penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber
dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang
sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.
Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun
profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau
siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka
sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu
contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau
bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah
profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas
pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan
komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang
di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang
canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September.
Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang
memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain
secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan
telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan
terhadap New York dan Washington.

Berbeza takrifan jenayah


Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber
ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu
sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan,
pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan
segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras
ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.
Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh
Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan
keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau
menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang
mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan
menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan,
kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan
bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana
pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk
merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber
antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex
adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya
di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography
kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada
keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat
dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low,
copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan
sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk
dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji
tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

wenze
Posts: 7
Join date: 2008-01-14







Jenayah
Siber
 
 
l
i
n
g
w
e
i

o
n

T
h
u

M
a
r

2
0
,

2
0
0
8

4
:
4
0

p
m

1. Jenayah siber meliputi penggunaan peralatan teknologi maklumat seperti


komputer,komunikasi atau rangkaian IP dan multimedia dengan melibatkan
kegiatan mencuri identiti penduduk Malaysia(passport & kad
pengenalan),transaksi kewangan(mata wang & cek),dan maklumat-maklumat
projek-projek pembangunan negara yang menyebabkan pengguna mengalami
kerugian yang banyak terutama daripada transaksi kewangan oleh institusi
kewangan.

2. Punca-punca tersebarnya jenayah siber adalah disebabkan penawaran


perkhidmatan melalui Internet yang semakin bertambah.Yang diketahui,pihak
bank berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan On-line atau lebih dikenali
sebagai perbankan Internet dan mendapat sambutan hangat daripada
pengguna.Walaupun pihak bank berkali-kali mengatakan keselamatan menjadi
keutamaan mereka,hakikatnya masih ada pengguna yang mengadu kehilangan
wang menerusi transaksi yang dijalankan tanpa disedari atas kesilapan yang
dilakukan oleh pihak bank.
Selain itu,sikap pengguna yang bersikap malas kini lebih mengutamakan
kemudahan atau kepantasan gemar melakukan perkhidmatan melalui
Internet.Dengan ini,mereka dapat menjelaskan pelbagai bil,menjalankan
pembelian atau menjalankan transaksi wang tanpa keluar dari rumah mereka
telah memberi peluang keemasan kepada orang ramai untuk melibatkan diri
dalam jenayah siber demi mengaut keuntungan.Oleh itu,laman-laman web kini
telah dicipta seolah-olah untuk menghalalkan penipuan.

3. Pihak-pihak tertentu boleh menangani masalah jenayah siber ini dengan


memberi perlindungan kepada komputer.Ini membolehkan mekanisma kata
laluan terjamin dan menukarkan kata laluan lebih kerap dengan memberi kata
laluan yang unik serta cuba elakkan dari menggunakan kata laluan yang
menggunakan nama awal dan akhir atau initial.Selain itu,penubuhan dasar dan
peraturan keselamatan tapak web juga digalakkan.Dengan ini,dasar
keselamatan bertulis disediakan untuk menentukan siapa yang dibenarkan
menggunakan sistem ,menentukan tahap pengguna sistem,dan menyediakan
prosedur tertentu.Justeru,penggunaan piawaian keselamatan IT demi
menyediakan dasar keselamatan IT di mana Jawatankuasa Standard
Keselamatan IT Kerajaan(JKSKITK)yang telah ditubuhkan pada 3 Feb 1999
sebagai sumber rujukan untuk piawaian keselamatan IT.

lingwei

Posts: 3
Join date: 2008-03-20







Jenay
ah
Siber
 
 
I
c
e

o
n

T
h
u
M
a
r

2
0
,

2
0
0
8

9
:
1
4

p
m

1.
Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti
kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan
jenayah.Aktiviti ini dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat
keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap.
2. Masyarakat kini suka mudah dan pantas untuk menjelaskan bil,membeli
barang akan menyebabkan jenayah siber tersebar.Contohnya,sebahagian orang
biasa menempah barang-barang melalui internet,ia mungkin ditipu oleh orang
yang cuba menipu melalui internet. Sifat manusia yang tamak dan ingin mencari
keuntungan dalam masa yang singkat merupakan salah satu punca berlakunya
jenayah siber.Seseorang akan cuba mendapat keuntungan yang lebih banyak
melalui internet.Selain itu,pihak-pihak yang tertentu tidak mengamalkan sikap
jujur juga ialah salah satu punca daripadanya.Ibu bapa yang sibuk dalam
kerjanya akan menyebabkan anaknya kekurangan kasih sayang,oleh
itu,anaknya mungkin menyertai kegiatan jenayah siber.
3. Pihak kerajaan boleh meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan
menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang
ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran.Selain itu, masyarakat kena
mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan
diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem
komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall,
pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

Ice

Posts: 10
Join date: 2008-02-03
Age: 21

Jenayah siber
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam
maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan
rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong
kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1 Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi


 2 Perlukah internet dikawal selia
 3 Klasifikasi Jenayah siber
 4 Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
 5 Kepentingan ekonomi
 6 Berbeza takrifan jenayah
 7 Kepentingan ketenteraan
 8 Sikap manusia
 9 Kesimpulan
 10 Lihat juga
[sunting] Kecanggihan Internet -
kemampuannya mengatasi sempadan
geografi
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada
sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam
media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan
media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini
membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara
mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan
permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan
Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972
membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan
surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan.
Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.

Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah
satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik
dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi
dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

[sunting] Perlukah internet dikawal


selia
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara
membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah
tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.

Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia
siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia
dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta
tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan
kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif.
Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau
separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi
kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada
maklumat dan perkembangan dunia terkini.

Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin
merosakkan fikiran orang awam.

Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika
adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan
Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih
ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan
rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai
akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain.
Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada
masyarakat dan tamadun ?

[sunting] Klasifikasi Jenayah siber


Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah.
Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya.
Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan
teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar

1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus

dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras
dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah
berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara
beberapa faktor yang dikenal pasti ialah

1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya


2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"

[sunting] Sukar dikenalpasti siapakah


penjenayahnya
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan?
Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak
tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana
mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan
ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa,
bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah
golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin
profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau
intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.

Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank
serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti
menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa
pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.

Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk
membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal
mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang
perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain
secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan
menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.

[sunting] Kepentingan ekonomi


E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang
sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam
urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K-
ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat
terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar.
Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan
seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat
teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh
aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada
sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian
pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.

Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah
senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah
tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama
contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis
internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan
bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang
jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber
Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan
mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998,
Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut
Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan
kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan
komunikasi internet.

[sunting] Berbeza takrifan jenayah


Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu
marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud
aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan
segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala
aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B.
Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International
di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan
yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan
mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah
komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi
komputer digunakan untuk merealisasikannya.

Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi
negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan
jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh
hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada
keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan
dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker
dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk
dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis
internet terpaksa merelakan jenayah ini.

[sunting] Kepentingan ketenteraan


Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan
keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian
maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan
isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of
Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti
Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah
teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September
kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat
yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan
ancaman lain.

“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun
keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa
ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan
sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan
dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.

Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan
fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan
menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan
berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang
diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang
balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh
sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker
ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang
undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila
masaalah ini akan selesai.

[sunting] Sikap manusia


Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan
seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh
manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-
suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja
ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga
tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan
golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.”
Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat
menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari
1997.

Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan
teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000,
pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan
sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya
di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat
mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil
dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.

Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka
ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi
dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk
menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang
semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.

"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata


Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu,
teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan
penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar
dijejak."

Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif
dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.

[sunting] Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi
kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan
beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita
sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita
kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita
dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan
perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa
saja perisian keselamatan yang lain.

[sunting] Lihat juga


 

  

You might also like