You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA

30020 IPOH

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU KECERGASAN

TARIKH
SEPANJANG BULAN JULAI

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA

TEMA
BERSAMA MENGIMARAHKAN RAMADHAN

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2010

PENGENALAN

Program Bulan Kecergasan 2010 yang diadakan pada kali ini


merupakan kesinambungan daripada sambutan Bulan Kecergasan 2009.
Pelaksanaan program ini didorong oleh hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan masyarakat
Malaysia daripada pelbagai lapisan untuk menyertai aktiviti-aktiviti
kecergasan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan
untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Program ini juga adalah
selaras dengan hasrat PIPP untuk melahirkan modal insan yang holistik dan
produktif untuk pembangunan Negara. Bagi menjamin kecemerlangan modal
insan amalan gaya hidup yang sihat amat ditekankan dalam sektor
pendidikan. Justeru, amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi
meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri. Oleh sebab itu, Minggu
Kecergasan yang dijalankan ini merupakan antara suatu program yang
terpenting untuk cara hidup sihat. Warga pelajar Sekolah Kebangsaan Manjoi
Dua disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan
diri.

RASIONAL

Tahap kecergasan murid-murid dapat dicapai melalui gaya hidup sihat


dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kecergasan
seperti aktiviti senam robik dan sukan yang lain secara teratur dan berkesan.
Para pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan yang berkesan denga
kesihatan diri mereka seterusnya meningkatkan perkembangan dari segi
emosi, social, fizikal dan jasmani. Program ini juga secara tidak langsung
menjadikan murid-murid cergas, cerdas dan ceria.

MATLAMAT

Program ini adalah bertujuan untuk menyemai dan meyuburkan


persepsi masyarakat yang bukan sahaja melihat sukan sebagai unsure bagi
menjana kesihatan secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan
sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan tetapi juga untuk
menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

(i) Penyertaan pelajar dalam aktiviti senamrobik, pertandingan melukis


poster dan kuiz kesihatan.

ii) Menarik minat dan menyediakan peluang serta menggalakkan


kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas
dan sihat.

(ii) Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada


masyarakat khususnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat
dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena Minggu Kecergasan
dan bagaimana nilai-nilai ini boleh membantu ke arah melahirkan
masyarakat yang sihat dan cergas.

(iii) Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan


memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pelajar ke arah
melahirkan insan yang bersemangat kesukanan tinggi melalui aktiviti
yang dianjurkan.
TARIKH DAN LOKASI YANG DICADANGKAN

Sambutan dan pelaksanaan Minggu Kecergasan ini akan berlangsung


sepanjang Bulan Julai 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua,
Ipoh, Perak.

KUMPULAN SASARAN

Program Minggu Kecergasan ini akan disertai oleh semua warga sekolah
khususnya para pelajar Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua.

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Kharuddin Bin Omar

Pengerusi : Pn. Noriah Binti Sibon

Timbalan pengerusi : Pn. Salmah Binti Osman

Naib Pengerusi 1 : Pn. Zaleha Binti Ramli

Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor Aini Binti Sidik

Penyelaras : Cik Anis Qhairunnisa Binti Azmi

Penolong Penyelaras : Cik Ainul Syariha Binti Azhar

Setiausaha : Cik Najihah Binti Md Muhtar

Bendahari : Cik Nurulhudha Binti Mohd Yussoff


JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA TUGAS

Jawatankuasa Peralatan/Siaraya
En. Abdul Ghani B. Pie - menyediakan peralatan keperluan untuk kuiz
kesihatan, melukis poster dan mewarna.
En. Mohd Azaini B. Mohd Zain
- menyediakan siaraya untuk senamseni dan
pertandingan akhir kuiz kesihatan.

Jawatankuasa Hadiah/ Sijil


- menyediakan hadiah untuk para peserta.
Cik Najihah Bt. Md Muhtar
- menyelaras upacara penyampaian hadiah.
Cik Sathiavaty
- Mengenal pasti penerima hadiah / sijil

Dokumentasi
- Mengambil gambar sepanjang program
Ustaz Noor Hisham B. Mokhtar
diadakan.
- Menyerahkan salinan gambar kepada S/U
program.

Juruacara
- Mengacara majlis perasmian / penutupan
Cik Ainul Syariha Bt. Azhar
bersama JK Hadiah.
- Memastikan kelancaran aturcara majlis.

Program Senam seni


- Mengelola dan menyelaras senam seni pada
Cik Anis Qhairunnisa Bt. Azmi
hari Selasa.
Cik Nurulhudha Bt. Mohd Yussoff - Menyediakan lagu serta langkah senamseni.

Pn Norhaini Bt Ishak
Buku Program
- Menyediakan buku program dan
Cik Ainul Syariha Bt. Azhar
mengedarkan kepada guru-guru.

Hakim Pertandingan
- Mendapatkan borang pemarkahan daripada
Mewarna Tahap 1:
S/U program.
Pn. Aliza Bt. Lod - Mengadili pertandingan berdasarkan syarat
yang ditetapkan
En Jamzuri B. Abdul Rashid
- Menyerahkan keputusan / hasil pemarkahan
kepada S/U program.
Melukis Tahap 2:

Pn. Maryati Bt. Yaakob


Pn. Penner Slvam a/p Panjarvernam

Persiapan Tempat
- Menentukan tempat dan membuat persiapan
En. Ahmad Bakri B. Razali
tempat untuk pertandingan melukis poster
(kelas tahun 4 dan 5), kuiz kesihatan(dataran
Pn. Lailatul Munirah Bt. Dzambrah perhimpunan) dan mewarna (kelas tahun 1, 2,
dan 3).

Pendaftaran
- Membuat pendaftaran peserta.
Pn Suhaila Bt. Shaari
- Memastikan kehadiran murid mengikut unit
uniform dan kelas masing-masing

Disiplin
- Memastikan ketenteraman program
En Mohd Kamal B. Japlawi
- Mengawal disiplin murid semasa program
En Mohd Akmal B. Rashidi berlangsung.

Pn Faridah Bt. Mohd Dali

Pn Kalsom Bt. Mat Saat


Pn Zuraidah Bt. Abdul Hadi

SUMBER KEWANGAN:

Sumbangan Individu

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Kuantiti Jumlah

JUMLAH
JADUAL / TENTATIF PROGRAM

19 JULAI 2010 (Isnin)

7.30 pg : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak, dan Lagu Sekolah serta
Bacaan Doa

7.45 pg : Laporan Guru Bertugas

8.00 pg : Perasmian Minggu Kecergasan Peringkat Sekolah oleh


En. Kharuddin Bin Omar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Manjoi Dua

9.50 pg – 11.50 pg : Pertandingan melukis poster (Tahun 4 & 5)

11.50 pg : P&P berjalan seperti biasa

20 JULAI 2010 (Selasa)

7.30 pg : Senamrobik / Senam seni

8.30 pg : P&P berjalan seperti biasa

1.30 ptg – 2.00 ptg : Pusingan Saringan Kuiz Kecergasan Tahap 2

4.20 ptg : Pertandingan Mewarna Tahap 1

5.40 ptg : P&P berjalan seperti biasa

21 JULAI 2010 (Rabu)

12.50 tgh/hari : Peringkat Akhir Kuiz Kecergasan Tahap 2 antara unit


Uniform

1.50 ptg : Bersurai

22 JULAI 2010 (Khamis)

7.30 pg : Kata-kata Aluan

7.40 pg : Ucapan Penyelaras Program


7.50 pg : Ucapan Guru Besar dan Perasmian Penutup

8.00 pg : Penyampaian Sijil & Hadiah kepada pemenang

8.00 pg : P&P berjalan seperti biasa


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

SYARAT PENYERTAAN :

1. Penyertaan dibuka kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4,5, dan 6).

2. Poster adalah bertemakan “Kecergasan Membina Satu Malaysia”.


Masa yang diperuntukan ialah 2 jam.

3. Peserta hanya dibenarkan menggunakan pensel warna dan warna


crayon sahaja.

4. Hasil lukisan yang paling kreatif, kemas, bersih dan menarik dikira
sebagai pemenang.

5. Hanya tiga lukisan yang berjaya mengumpul markah tertinggi


berdasarkan ciri-ciri di atas dikira sebagai pemenang.

PERTANDINGAN KUIZ KECERGASAN

SYARAT PENYERTAAN :

1. Pertandingan terbuka kepada murid Tahun 4 dan 5.

2. Penyertaan adalah mengikut Persatuan/Unit Uniform masing-


masing : Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri
Islam, Pandu Puteri Tunas, dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

3. Setiap Persatuan/Unit Uniform perlu menghantar 3 orang wakil untuk


menyertai pertandingan bagi peringkat saringan.

4. Pendaftaran penyertaan perlu dibuat melalui Guru Penasihat


Persatuan/Unit Uniform masing-masing.
5. Tiga Persatuan/Unit Uniform yang berjaya mengumpul markah
tertinggi layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada hari
Rabu (21/7/2010).

6. Tiga Persatuan/Unit Uniform yang berjaya ke peringkat akhir akan


bertanding semula untuk menentukan juara pada hari Rabu
(21/7/2010).

7. Semua peserta yang menyertai pertandingan Kuiz Kecergasan akan


diberi sijil penyertaan.

PERTANDINGAN MEWARNA

SYARAT PENYERTAAN :

1. Pertandingan terbuka kepada semua murid Tahap Satu.

2. Peserta diberi tempoh satu jam untuk mewarna.

3. Pemenang ditetapkan berdasarkan hasil lukisan yang paling menarik,


kreatif dan menyerlah.

4. Hanya tiga orang pemenang sahaja untuk setiap tahun.

PELAN LANTAI MAJLIS PERASMIAN MINGGU KECERGASAN


PERINGKAT SEKOLAH 2010

Sila rujuk Lampiran I

PELAN LANTAI PERINGKAT AKHIR KUIZ KESIHATAN ANTARA UNIT


BERUNOFORM

Sila rujuk Lampiran II


PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada

murid-murid mengenai kepentingan menjaga kesihatan di samping

mengekalkan kecergasan fizikal dan kecedasan otak supaya dapat menjalani

persekolahan dan belajar dalam keadaan yang sihat dan lancar. Kesihatan

adalah kunci kepada tubuh badan kerana dengan keadaan fizikal dan mental

yang sihat, segala kerja dapat dilaksanakn dengan lancar.


Disediakan oleh :

NAJIHAH BT. MD MUHTAR


Setiausaha

Disemak oleh :

PN. NORIAH BT. SIBON


Penolong Kanan Ko-kurikulum

Disahkan Oleh :

EN. KHARUDDIN B. OMAR


Guru Besar

You might also like