You are on page 1of 36

1.

0 PENGENALAN

Umumnya, Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian.


Menurut J.S.Furnivall (1948), di Burma perkara yang awal menarik hati seorang
pelawat ialah campuran kumpulan manusia iaitu terdiri daripada orang Eropah,
Cina, India dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi
tidak bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa,
pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu, mereka bergaul tetapi
hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang
terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan
dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi wujud
pembahagian tugas mengikut garis perkauman. Selain itu, ciri dari segi politik
Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan tiada azam sosial
bersama

Pluraliti di Alam Melayu terdiri daripada masyarakat Asia Tenggara secara


semula jadinya hidup dalam bermasyarakat. Bahkan, Asia Tenggara menjadi
tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Namun, ciri pluraliti
ini kemudian musnah dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah.
Mereka memperkenalkan sistem-sistem kerajaan mereka dan membahagikan
wilayah ini kepada satu komuniti masyarakat plural.

Pembentukan masyarakat berubah kepada bercirikan pemaksaan dan


perbezaan. Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yang dipaksa
datang dan dipaksa bergaul dengan masyarakat. Masyarakat migran itu pula datang
dari pelbagai tamadun iaitu China dan India yang dibawa masuk untuk menjadi
buruh. Kemuncak Pluraliti semasa Zaman Kesultanan Melaka kerana Kehebatan
Empayar Melaka yang menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui
sehingga digelar “The Venice of the East’.

1
2.0 PETA MINDA KONSEP MASYARAKAT PLURALISTIK

Konsep Masyarakat Pluralistik

Pluralism: Pluraliti :

Idealogi yang menyamaratakan Wujudnya kepelbagaian bangsa,


kepercayaan dan pegangan yang agama di suatu tempat pada suatu
berbeza dalam masyarakat. masa secara semula jadi.

Pluralistik: Masyarakat Plural:

Wujudnya kepelbagaian bangsa, Terbentuk selepas zaman


agama di suatu tempat pada suatu kedatangan orang-orang Eropah.
masa secara terancang dan Penjajah membawa masuk
dipaksakan oleh orang- orang pendatang asing dari China dan India
tertentu yang berkepentingan. ke Asia Tenggara untuk kepentingan
ekonomi. Dasar penjajah
menyebabkan mereka gagal
berasimilasi dengan penduduk, alam
sekitar dan sistem sosial-politik-
agama yang wujud di Asia Tenggara

Kesan:

wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok


yang lain walaupun tinggal di tempat yg sama

2
3.0 PETA MINDA UNSUR-UNSUR MASYARAKAT PLURALISTIK

Unsur-unsur Masyarakat Pluralistik

Politik

Perlembagaan

Pendidikan

Ekonomi

Politik

Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan


raya umum pertama tahun 1955 iaitu tiga kumpulan etnik utama, iaitu
Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan

Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik.


Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah
berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan
Nasional 1974.

Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur


telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia

3
Perlembagaan

Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik dan


mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.

Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding,pembentukan


parti-parti politik etnik dan “coalition” sebagai model permuafakatan politik (Parti
Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif).

Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.
 Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling
menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling
menghormati ini diistilahkan sebagai wa’ad.
 Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat
dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan

Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba
mewakili raja atau pemerintah.

Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah
Melayu:
 Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan
Melayu
 Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang
Melayu

Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba
mewakili raja atau pemerintah.

4
. Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah
Melayu:
 Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan
Melayu
 Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang
Melayu

Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai
persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai.

Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison Committee/Perhubungan


Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.

Pendidikan

Semasa penjajahan dibahagikan kepada 3 Sistem pendidikan kebangsaan


peringkat: telah dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum,
 Pendidikan British rendah dan menengah
sukatan mata pelajaran dan
 Sekolah Melayu peringkat rendah
orientasi.
Terdapat juga sekolah agama/Quran
 Sekolah vernakular Cina dan India.  Laporan Razak 1956
 Laporan Rahman Talib
1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk
menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa
Melayu (Wan Hashim, 1983).

5
Ekonomi

Sistem ekonomi dualisme ini Isu yang berkaitan dengan


merujuk kepada dua orientasi ekonomi memerlukan iltizam
dan tumpuan yang berbeza yang kuat daripada semua pihak
namun bergerak seiringan untuk merapatkan jurang yang
dengan garis etnik sedia ada.

Keperluan untuk Ketidakseimbangan kedudukan


memperbetulkan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga
dimensi ekonomi ini amat harus diatasi kerana ia dapat
mendesak kerana ia menjadi menjadi sumber pencetus konflik
sebagai salah satu asas utama (contoh peristiwa 13 Mei 1969).
dalam memupuk kerjasama
antara etnik.

Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai
masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi
negara dibahagikan kepada empat peringkat:

 Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan


Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu
Pertama (1956-1960)
 Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan
Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan
Malaysia Pertama (1966-1970)
 Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.
 Dasar Pembangunan Negara hingga.

6
4.0 CARTA GARIS MASA PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI
MALAYSIA

Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan


masyarakat plural yang ada pada hari ini. Masyarakat pluralistik terbentuk dengan
bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Ini berbeza engan konsep masyarakat plura
dimana masyarakat pluralistik bermula apabila kuasa penjajah telah membawa masuk
imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan. Ini mewujudkan masalah
polarisasi etnik dan kegagalan asimilasi yang disebabkan oleh politik kolonial Inggeris
yang menjalankan dasar pecah dan perintah. Penjajahan British membawa bersama-
sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu
pengetahuan. Di samping itu, prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam
pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di alam Melayu pada
zaman sebelum kolonialisme. Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi
pemisahan di antara negara dan agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan
negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah
pengawasan sultan Melayu.

Setiap etnik dilayan, dibayar dan diberi kemudahan berasingan dan berbeza.
Sebagai contoh, semasa zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, orang Melayu
diasingkan di kampung-kampung dan mereka hanya dibenarkan menjalankan aktiviti
pertanian, manakala orang Cina memonopoli perniagaan bijih timah di bandar dan
orang India pula ditempatkan di estet dengan menoreh getah dan menguruskan ladang.
Ini terus mewujudkan jurang antara mereka apabila sistem pendidikan juga diasingkan
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini berlarutan sehinggalah Tanah Melayu
ditadbir sendiri oleh orang Melayu dan seterusnya kemerdekaan dicapai dengan
kejayaan masyarakat Tanah Melayu bersatu padu menegakkan kemerdekaan negara.

Berikut merupakan carta garis masa menunjukkan sejarah pembentukan


masyarakat pluralistik daripada zaman kolonialisme oleh Portugis di Melaka pada 1511
sehingga penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

7
- Kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan
1511 mengekploitasi hasil bumi dan menyebarkan fahaman
serta ideolisme mereka dengan menggunakan slogan
Gold, Gospel dan Glory.

- Menawan dan menduduki Melaka selama lebih


kurang 130 tahun.

- Wujud masyarakat Serani yang beragama Kristian


kesan daripada perkahwinan orang Portugis dengan
masyarakat tempatan.

- Penguasaan Belanda ke atas Melaka.


1641
- Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan
1824
sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh
British dan Belanda. Negeri-negeri Selat ( Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura ) menjadi milik
Inggeris.

- Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di


bawah pengaruh British dan Belanda.

- Perjanjian Pangkor - Campur tangan Inggeris di


1874 Negeri-negeri Melayu.

- Pengenalan Sistem Residen di negeri-negeri


Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu.

- Perang Perak 1875


1875
- Perang Negeri Sembilan 1875.
1891

- Pemberontakan Pahang 1891.

- Inggeris membawa masuk tentera dari India dan


Hong Kong.
- Bermula dengan suku-suku Melayu di nusantara,
Cina dan India.

8
- Proses penghijrahan disebabkan oleh faktor
1891 ekonomi, politik, sosial dan fizikal, kedekatan lokasi,
kemiskinan, pengangguran, peluang perdagangan,
penindasan, perbalahan, perselisihan, perkhidmatan,
rekreasi dan migrasi.
- Tertumpu di lombong bijih timah di Perak, Negeri
Sembilan dan Selangor.

- Penghijrahan pesat oleh kerana pembukaan


lombong-lombong milik pengusaha Eropah atau Cina
1880-1914
- Faktor-faktor penarik : pembukaan ladang dan
lombong.
- Faktor-faktor penolak : penderitaan atau
kemiskinan, kekacauan (pemberontakan), bencana
alam, kegiatan jenayah.
- Selain daripada sebagai pelombong dan petani,
penghijrahan orang Cina telah menukar corak
pekerjaan asal mereka dengan menjadi pedagang dan
peniaga – kawasan bandar.

- Para penghijrah baru dinamakan singkeh (selepas


bebas dinamakan laukeh).

- Orang Cina ditadbir oleh Kapitan Cina mentadbir hal


ehwal ekonomi dan undang-undang di kawasan
lombong-lombong di Kuala Lumpur. Mereka juga
menjadi pelindung dan penjamin keselamatan ahli-
ahlinya.

- British menubuhkan Jabatan Perlindungan Cina di


1877
Singapura bagi mengawal kegiatan orang Cina secara
langsung.

9
- Pada zaman penjajahan kedatangan orang India
1900 telah berlaku secara perlahan dan sistematik.

- Daripada Madras, Utara dan Selatan Arcot, Salem,


Coimbatore, Trichinopoly, Madura, Ramnadpuram,
Chinglepet, Tanjore dan Tinnevelly.

- Bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu

- Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani


buruh bebas.
1907
- Tenaga kerja dari India generasi kedua lebih
banyak sebagai kerani, pengetua sekolah dan
pentadbiran.

- Faktor-faktor kedatangan: adat resam dan kasta,


lebihan penduduk, pengangguran dan kemiskinan,
cukai tanah tinggi, kebuluran.

- Faktor-faktor penarik : perkembangan perusahaan


getah, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.

- Jepun memberi layanan yang baik pada orang India


1907
kerana perlukan kerjasama mereka untuk
melaksanakan dasarnya memerangi Inggeris di India.

1937 - Pada awalnya, Jepun mengambil sikap yang keras


terhadap orang Cina sejak Perang Jepun-China 1937.
Kemudian menukar sikap kerana perlukan sokongan
ekonomi.

10
Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Sabah dan Sarawak

- Kedatangan orang Cina ke Sabah didorong oleh


galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat
1880an tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara
British.

- Ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan


hampir kesemua tenaga buruh yang digunakan dibawa
masuk dari negara China. 

1880an - Penglibatan orang India dalam aktiviti ekonomi di


Sabah lebih tertumpu pada beberapa sektor tertentu
seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal. 

- Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan,


Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah
jabatan seperti Jabatan Audit, Jabatan Pelabuhan,
Jabatan Pos dan Telegrafi, Jabatan Keselamatan dan
Jabatan Polis dan Penjara.

1880an
- Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga
Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina
untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan
pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah
meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun
1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.

11
- Orang India merupakan kelompok kecil dalam
1880an kalangan masyarakat bukan bumiputera di Sarawak.
Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjab yang
dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja
sebagai anggota polis.

- Di samping orang Sikh dan Punjab terdapat


sebilangan kecil orang India berketurunan India-
Muslim yang bekerja sebagai peniaga kain dan
pedagang.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik Era Kemerdekaan

- Terbentuk Communities Liason Committee


(CLC).
1948 Setiap kaum yg terbesar di Tanah Melayu iaitu
Melayu, Cina dan India menghantar wakil masing-
masing untuk membincangkan kontrak sosial yang
hendak dipersetujui.

- CLC merupakan acuan atau model kepada


penggabungan parti-parti politik seterusnya sama
ada yang mewakili pemerintah atau pembangkang.

- Kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah


secara pakatan dgn parti2 lain
Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu
hidup secara individu

12
- Tiga etnik utama Melayu, Cina dan India telah
1955
bersatu untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan.

- Pilihan raya umum pertama diadakan.

- Tiga buah parti politik mewakili bangsa Melayu,


Cina dan India bersetuju menubuhkan satu perikatan
dan menghadapi pilihan raya .

- Kemerdekaan diperolehi pada 1957 dengan


1957
mengkaji beberapa perkara seperti isu status,
bahasa, agama dan keistimewaan orang Melayu dan
Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial antara
kaum ditetapkan.

1957 - Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk


berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasi.

– Laporan Razak 1956

– Laporan Rahman Talib 1960.

- Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-


dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-
kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu
bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan
Hashim, 1983).

- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan


dalam Perlembagaan 1957, Bahasa Inggeris masih
bahasa rasmi.

13
1957 - Sistem ekonomi berasaskan laissez faire iaitu
sistem ekonomi pasaran bebas
- Rancangan ekonomi yang mempunyai 4 peringkat
iaitu Rancangan pramerdeka, Rancangan selepas
merdeka, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar-Dasar
Pembangunan Negara.

- Pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sabah


1963 dan Sarawak serta Singapura. Malangnya pada
September 1965 Singapura berpisah daripada
Malaysia atas sebab-sebab fahaman politik.

14
5.0 MASYARAKAT PLURALISTIK

5.1 Definisi Masyarakat Pluralistik

Terlebih dahulu istilah plural itu membawa maksud masyarakat pelbagai bangsa
di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah iaitu Eropah yang terbentuk
melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
Terdapat perbezaan definisi bagi istilah pluralisme, pluraliti, dan pluralistik. Pluralisme
membawa maksud ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang
berbeza dalam masyarakat manakala pluraliti membawa maksud wujudnya
kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi
contohnya masyarakat Melaka. Pluralistik pula membawa maksud wujudnya
kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang atau
dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan misalnya era penjajah
British. Namun begitu, fokus lebih diberikan kepada masyarakat pluralistik kerana
kesannya terdapat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini.

 Apabila mendalami lebih dalam apakah sebenarnya masyarakat Pluralistik, kita


dapat mengetahui bagaimana ia boleh memberis kesan kepada masyarakat Malaysia
sekarang. Masyarakat pluralistik pula terbentuk selepas zaman kedatangan orang-
orang  Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing  dari China dan India ke
Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan  mereka
gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang
wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok  masyarakat yang hidup
terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama yang
dikenali sebagai masyarakat majmuk. Sememangnya penjajah barat menjadi titik
pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.  Pluraliti alam Melayu boleh dikaji
berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar. Maksud Pluraliti sosial dapat dilihat
berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada. Manakala, Pluraliti alam sekitar
merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah
berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

15
5.2 Pembentukan Masyarakat Pluralistik

Bagaimanakah pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia? Hubungan


dengan China dan India telah menjadi titik permulaan kepada pembentukan masyarakat
pluralistik. Faktor perdagangan di Tanah Melayu menjadi persinggahan para pedagang
dari kedua-dua benua tersebut. Abad ke-7 Masihi, kewujudan institusi pengajian agama
di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai
pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan. Melalui perdagangan antara Tanah
Melayu dan India-China telah tersebar agama Hinduisme dan Buddhisme. Menurut
salah seorang tokoh ilmuan, Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar
dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam. Buktinya, tidak terdapat
kitab-kitab yang membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dan lain-
lain yang berasaskan Hinduisme dan Buddhisme di alam Melayu, tetapi yang ada cuma
kitab-kitab yang bersifat kesenian. Lagipun, Hinduisme dan Buddhisme diterima baik
dalam kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme
mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan
menerusi candi-candi yang didirikan.

Sesungguhnya masyarakat pluralistik terbentuk daripada penjajahan, terutamanya


penjajahan British. Ia juga berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi
Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Pihak British telah
menyebabkan migrasi orang Cina ke Tanah Melayu. Mereka berasal dari Kwangtung
dan Fukien dan dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara
berkumpulan dan persendirian. Menurut kajian, pada tahun 1895-1927 lebih daripada 6
juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Manakala, pada tahun 1931, 34% daripada
penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak pula, org Cina lebih bertumpu di
kawasan bandar Sibu, Miri dan Bintulu. Manakala, di Sabah, Syarikat Borneo Utara
British (SBUB) membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan
Jepun. Mereka dikerah untuk bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan
dan pemeliharaan mutiara. Migrasi orang India juga turut berlaku pada masa itu.
Mereka dibawa dari India Selatan dan dibawa melalui system Kangani. Situasi ini
bermula pada tahun 1880-an dan berlaku pesat pada abad ke-20. Menurut satu kajian,

16
pada tahun 1911 sebanyak 10% daripada penduduk Tanah Melayu dan meningkat
kepada 15% pada tahun 1921. Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan
dan kerja raya. Tambahan pula, terdapat juga migrasi penduduk Melayu dari Indonesia,
Jawa dan Sumatera. Mereka kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian dan
tinggal di luar bandar. Migrasi lain yang terdapat pada masa itu ialah migrasi penduduk
Arab-Parsi dan Ceylon. Terbuktilah bahawa migrasi menjadi salah satu faktor kepada
terbentuknya masyarakat pluralistik.

5.3 Kesan dan Kepentingan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Salah satu kesan dan kepentingan masyarakat pluralistik dapat dilihat dari segi
aspek politik. Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan
sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar
terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan
etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selepas era 1960-an perjalanan
politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti
pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, contohnya penubuhan
Barisan Nasional 1974. Tambahan pula, dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan
etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat
di Malaysia.

Seterusnya kesan dan kepentingan terhadap perlembagaan juga turut berlaku


atas nama masyarakat pluralistik. Perlembagaan merupakan panduan asas kepada
perlaksanaan sistem politik di negara ini. Dengan perlembagaan juga dapat
mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini seterusnya
dijadikan sebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.
Kontrak social ini dibahagikan kepada dua iaitu berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji
taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling
menghormati ini diistilahkan sebagai wa’ad. Satu lagi ialah berlaku dalam konteks
masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan

17
kemerdekaan kepada Malaysia. Ini menunjukkan perlembagaan menjadi asas kepada
masyarakat negara kita Malaysia.

Selain itu, sistem pendidikan juga memberi kesan kepada masyarakat Malaysia.
Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan dibahagikan kepada tiga.
Pertamanyanya ialah pendidikan British rendah dan menengah dikenali sebagai elit
MCI. Keduanya, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British, untuk
menjadi ‘petani yang pandai sikit’ serta terdapat juga sekolah agama didirikan.
Ketiganya, sekolah vernakular Cina dan India ditubuhkan. Oleh itu, sistem pendidikan
kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasi serta Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960
dibentuk. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah
untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu
bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan
1957, tetapi Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi. Kemudiannya, pucuk pimpinan parti
Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta
Pendidikan 1957 di atas beberapa prinsip. Satunya, sekolah berbagai aliran dibenarkan
dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Kedua, Bahasa
Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib
mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran. Ketiga,
pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain
mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.
Maka sistem pendidikan dapat diseimbangkan dengan baik mengikut kepentingan
semua.

Aspek ekonomi juga menjadi salah satu kesan dan memberi kepentingan
daripada masyarakat pluralistik. Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha
untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan
pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat. Pertamanya,
rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).

18
Kedua, perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah
Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama
(1966-1970). Ketiga, perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru dan keempat Dasar
Pembangunan Negara. Di samping itu juga, sistem ekonomi dualisme merujuk kepada
dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik.
Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi
pengeluaran contohnya getah dan bijih timah. Kedua, sistem ekonomi tradisional yang
diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan
perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah
didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar. Namun begitu, isu yang
berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk
merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan
dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama
dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi
berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik
contohnya peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimpulannya, memahami pluraliti adalah asas penting ke arah memahami


pembentukan masyarakat pluralistik. Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu dan
ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu.
Walaubagaimanapun, pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar
negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.

19
6.0 KONTRAK SOSIAL

Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan


apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang
memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa
parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia
didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut
dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa
daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media. Datuk Seri Lim
Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa
bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun, beliau telah memohon
maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat
mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui
semasa negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga, Kabinet pada
17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut
dihentikan.

6.1 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak Sosial?

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam


kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili,
UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu
persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau
kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana
yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu
memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan
musyawarah. Bagi memahami lebih terperinci tentang kontrak sosial,definisi kedua-dua
istilah tersebut perlu difahami dengan baik.

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai

20
satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini
bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk
memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-
syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan
dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila
diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan
yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan
ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara


kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat
dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak
sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam
sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita
dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan
watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam
perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan
politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu
dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.
Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa
rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

21
6.2 Elemen-elemen Kontrak Sosial Menurut Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai


antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu
bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali
mendapat sesuatu. Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman, “Orang
Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan
Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada
bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi
sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan
hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali
mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai
kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu
masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan
bukan Melayu.”

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa


elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para
penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar- menawar
pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan
tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di
Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan
menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam
masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua
pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada
perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan

22
bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke
dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka.

6.2.1 Kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan


beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia.
Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya
mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan
British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi
mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka
dipaksa menerima beberapa syarat dengan British untuk menerima penasihat British.
Akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja
diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep
demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri
asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi
sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu
mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan
menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan
sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi


kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda
dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh
jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan
perundangan persekutuan iaitu parlimen. Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan
Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi,
memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan disisi Perlembagaan
bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan
dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung

23
dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan
sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada
undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Selain itu, Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu
dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong yang dipilih daripada
kalangan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga
adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak
akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan raja. Perlembagaan
memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa
jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Negara ini masih bernasib baik dengan
mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2)
merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua
agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

6.2.2 Hak keistimewaan orang melayu

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara


153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam
beberapa perlembagaan negeri. Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah
seseorang yang memenuhi tiga syarat asas iaitu menganuti agama Islam, secara lazim
bercakap Melayu dan menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Seseorang yang
mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di
Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa
dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura
sebelum merdeka. Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati
Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang
termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang
di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa

24
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,
agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan
oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Selain itu, kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan
Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada
undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini
seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua
warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum
bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin
mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan
kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang
kemerdekaan. Namun begitu, kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia
diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah
hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan
dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak
untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat
layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini
juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

6.2.3 Kedudukan Islam sebagai agama rasmi

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang


penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoriti penduduk
orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: “Agama
Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

25
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Orang Melayu
sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara
160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam,
yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Maka
dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan
bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah
dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British
masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama
Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan
Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi
Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“.
Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak masing-masing.

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka


kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan
untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau
penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan
ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan
untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen
perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran
agama Islam dan undang-undangnya.

6.2.4 Bahasa Melayu

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah
negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan
bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal
keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Isu bahasa merupakan
salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses

26
pembentukannya. Namun, isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara
kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat
diselesaikan, “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan
bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid
sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan
mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila
dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan
eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan
Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Maka bahasa Melayu
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain.
Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah
menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa
Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas
berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya
tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan,
kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial
mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British
ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak
kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara
demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.

27
7.0 RUMUSAN

Malaysia sedang menuju ke arah negara maju sebagaimana digariskan oleh


pucuk pimpinan negara. Pada tahun 2020, Malaysia akan muncul berdiri sama tegak
dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Antara elemen utama
mencapai cita-cita tersebut ialah perpaduan di antara bangsa yang terdapat di
Malaysia. Justeru, pemimpin kita ingin mewujudkan konsep satu bangsa satu negara.
Konsep satu bangsa satu negara bermakna semua bangsa yang terdapat di negara ini
hanya dikenali sebagai bangsa. Konsep Satu Malaysia telah digagaskan oleh Perdana
Menteri yang keenam iaitu Dato Sri Najib Tun Abd Razak yang mahu melihat rakyat
berada dalam satu negara yang saling memerlukan dan membantu. Tanpa mengubah
anutan atau kepercayaan, bangsa Malaysia diharapkan menjadi lambang kepada
negara Malaysia yang bersatu. Apabila ini menjadi kenyataan diharapkan tiada lagi
masalah perkauman yang timbul. Semua warga Malaysia merasakan diri mereka sama
dari segala segi tanpa melihat setiap kaum dengan pandangan yang pelbagai.

Pada awalnya, pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme,


Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) telah berinteraksi di
antara mereka sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-
budaya besar tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam
Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.

Secara tuntasnya, dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan
ciri Alam Melayu ialah Pluralisme dan masyarakat pluralistik. Kedua-dua konsep ini
merupakan konstruksi saintifik sosial yang terhasil daripada kajian empirikal yang
dilakukan di wilayah ini. Pluralisme bererti suatu kerangka interaksi yg mana setiap
kelompok menampilkan rasa hormat dan toleransi diantara satu sama lain dan
berinteraksi tanpa konflik. Masyarakat pluralistik pula adalah masyarakat yang berbilang
kaum yang hidup saling kerjasama diantara satu sama lain.

28
8.0 REFLEKSI KENDIRI

Nama : Muhammad Shafiq bin Mohhammad Azmi

No Kad Pengenalan : 900507-07-5567

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan


keredhaan-Nya dapat saya siapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pelbagai
impak positif mahupun negatif yang diperolehi sepanjang melakukan kerja kursus ini.
Tidak terkecuali pelbagai rintangan dan halangan terpaksa saya lalui dalam
menyiapkan tugasan ini. Kerja kursus ini memberi 1001 makna dalam melangkah untuk
menjadi seorang bakal guru nanti. InsyaAllah.

Ketika diberi kertas tugasan ini, saya dan bersama-sama rakan saya iaitu
Naikhalik bin Mohd Yaacob serta Nur Fateha binti Abd Jalil telah membahagikan tugas
dalam tugaan ini. Pada mulanya kami tidak memahami lagi arahan tugasan. Selepas
diberi penerangan, barulah saya faham apa yang dikehendaki kertas projek ini. Apabila
saya faham barulah saya dapat mengambil langkah seterusnya iaitu mengumpul
bahan.

Umumnya, sebelum menyiapkan tugasan ini, saya perlu mengetahui dan


menguasai bidang pluralistik dalam Hubungan Etnik. Masalah utama yang dihadapi
ialah kekurangan sumber rujukan. Perkhidmatan di perpustakaan dalam penyediaan

29
buku ilmiah amatlah terhad. Trend ‘siapa cepat dia dapat’ amatlah merungsingkan.
Kerungsingan ini ditambah lagi dengan kemudahan ‘wireless’ yang lambat dan sering
putus perkhidmatannya. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyulitkan proses
pencarian maklumat. Masalah ini akhirnya dapat diatasi setelah mendapat inisiatif
untuk merizab dulu buku-buku yang berkaitan daripada teman sekelas yang
membelinya. Manfaat ini kami sesama rakan tidak sia-siakan.

Saya terus mencari maklumat di perpustakaan mengenai tajuk yang diberikan.


Mencari buku-buku mengenai konsep masyarakat pluralistik. Kami juga telah
berbincang untuk peta minda untuk konsep dan unsur-unsur masyarakat pluralistik.
Dalam membuat tugasan Hubungan Etnik , saya meneliti dan bertanya kepada rakan
tentang maklumat yang saya tidak faham. Seterusnya membuat draf, tajuk carta garis
masa yang saya perlu cari ialah sejarah pembentukan masyarakat pluralistik sehingga
penubuhan Malaysia. Maklumat yang telah diperolehi, hendaklah dihuraikan dalam
bentuk esei. Saya tidak menangguhkan kerja tersebut kerana merasakan banyak lagi
tugasan mata pelajaran lain yang diberikan sama waktunya dengan mata pelajaran ini.
Saya terpaksa menyediakan jadual bagi menyelesaikan semua tugasan yang telah
diberikan.

Masalah lain adalah dari segi masa. Wujudnya lambakan kerja kursus dalam
satu masa sekaligus amatlah memenatkan. Tarikh hantar kerja-kerja kursus tersebut
juga berdekatan. Masalah ini dapat diatasi dengan menyiapkan kerja yang tarikhnya
perlu dihantar dahulu kemudian barulah diikuti dengan kerja kursus lain. Proses
menyiapkan setiap tugasan dilakukan secara beransur-ansur. Alhamdulillah akhirnya,
tugasan ini terhasil jua dalam masa yang ditetapkan.

Seterusnya saya dan beberapa rakan membincang kontrak sosial kerana perlu
diteliti dan difahami sebelum membuat draf yang terdapat dalam buku yang telah kami
perolehi. Saya mula menaip apa yang dikehendaki menurut kertas tugasan. Setiap
pekerjaan pasti ada masalahnya yang tersendiri. Antara masalah yang kami hadapi
ialah kekurangan sumber bahan. Tetapi segala masalah dapat kami atasinya dengan
baik.

30
Kerja kursus ini telah menambah pengetahuan saya dalam Hubungan Etnik.
Kekecualian yang wujud juga telah menarik minat saya untuk mengkaji dengan lebih
mendalam tentang pengelasannya. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih berdisiplin
dan berdikari dalam memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Peruntukan masa
yang terhad membuatkan saya lebih akur dan patuh dalam menyiapkan tugasan.

Secara tuntas, terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian
mahupun dugaan yang harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar.
Ibarat ungkapan sebuah kata-kata hikmat ‘bukan senang hendak senang, bukan susah
hendak senang.’

31
Nama : Nur Fateha bt Ab Jalil

No Kad Pengenalan : 901102-06-5402

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah subjek Hubungan Etnik
(WAJ 3106) kerana telah memberikan tugasan ini dan Alhamdulillah sejuta kesyukuran
kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Tugasan
pada kali ini adalah tugasan berkumpulan dan saya bersama rakan-rakan yang lain iaitu
Naikhalik bin Mohd Yaacob dan Muhammad Shafiq bin Mohhammad Azmi bekerjasama
bagi memastikan tugasan ini dapat dilakukan dengan baik.

Sebaik sahaja saya menerima tugasan ini, saya cuba meneliti serta memahami
kehendak soalan agar mudah untuk saya memulakan tugasan ini. Setelah itu saya cuba
mencari bahan-bahan berkaitan dengan tugasan ini seperti yang diminta sama ada
melalui internet, majalah, dan bahan-bahan bacaan yang lain. Memandangkan tugasan
ini adalah tugasan berkumpulan, kami telah membahagikan tugasan kepada tiga.
Walaupun tugasan ini memakan masa yang lama untuk disiapkan tapi saya bersyukur
juga kerana berkat dan bantuan daripada semua pihak yang membantu akhirnya
tugasan ini dapat diselesaikan juga.

Walaupun tugasan ini tampak sukar, namun, dengan bimbingan pensyarah kami,
Tuan Hj Megat S’adan bin Megat Salleh memberi peluang kepada kami menyediakan

32
tugasan dengan penuh informasi-informasi berguna. Sekalung budi saya dan rakan-
rakan zahirkan kepada beliau.

Selain itu, tugasan ini membolehkan saya untuk memahami secara menyeluruh
berkaitan dengan konsep, unsur-unsur dan sejarah pembentukan masyarakat pluralistik
daripada zaman kolonialisme lampau sehinggalah pembentukan masyarakat majmuk
pada hari ini. Di samping itu, topik menarik ini memberi pengajaran berguna buat saya
untuk saya kenangi bagaimana nenek moyang kita pada masa dahulu menjalani
kehidupan dalam era kolonialisme.

Ini juga dapat membantu saya dalam proses mengulangkaji sebagai persediaan
awal untuk menghadapi peperiksaan. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati
ianya agak mudah untuk disiapkan. Lebih-lebih lagi banyak sumber yang boleh saya
gunakan sebagai bahan rujukan.

Saya berharap agar pada masa hadapan tugasan sebegini dapat diberikan lagi
supaya saya dapat meluaskan pengetahuan dan belajar lebih terperinci berkaitan mata
pelajaran ini.

33
Nama : Naikhalik bin Mohd Yaacob

No Kad Pengenalan : 890911-03-5819

Sebelum 1 April 2011 saya dan rakan sekumpulan telah membuat tugasan salah
satu topik dalam subjek Pendidikan Hubungan Etnik (WAJ 3106). Topik yang kami perlu
lakukan ialah masyarakat Pluralistik dan Kontrak Sosial negara Malaysia. Sebelum itu,
saya ingin kenalkan rakan kumpulan saya. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri
iaitu Naikhalik Bin Mohd Yaacob, Muhammad Shafiq Bin Mohammad Azmi dan Nur
Fateha Binti Abd Jalil. Dalam menyiapkan tugasan tersebut, kami berkerjasama dengan
jayanya.

Tugasan pada kali ini memerlukan kami membina peta minda, membuat carta
garis dan menghuraikan tentang topik tersebut. Pertama sekali, kami telah
membahagikan tugasan masing-masing sebelum membuat tugasan tersebut. Setelah
dibahagikan tugasan-tugasan, saya dikehendaki membuat esei tentang topik tersebut.
Untuk menyiapkan tugasan tersebut, saya banyak membuat rujukan di internet dan
buku. Di dalam internet terdapat banyak maklumat berkaitan tugasan yang saya
lakukan. Namun begitu, saya perlu memilih dan meneliti terlebih dahulu maklumat-
maklumat sama ada berkaitan ataupun tidak. Buku juga menjadi rujukan saya dalam
menyiapkan tugasan tersebut. Sememanynya buku ini lengkap dengan maklumat-
maklumat yang diperlukan. Banyak maklumat yang saya perolehi daripada buku
tersebut.

34
Namun begitu, saya tidak nafikan bahawa banyak juga maklumat yang saya
perolehi daripada internet. Sememangnya penggunaan internet boleh membantu saya
menyelesaikan tugasan tersebut. Terdapat banyak maklumat semasa saya melayari
internet. Ini menyebabkan saya terpaksa memilih maklumat-maklumat yang berkaitan
sahaja. Kelebihan menggunakan internet yang saya dapat rasai ialah mencari
maklumat hanya di hujung jari saya. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan masa dan
tenaga. Tanpa internet amatlah sukar bagi saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa
juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan saya yang banyak
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Kami saling berbincang jika terdapat
sebarang keraguan semasa menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan rakan-rakan
sememangnya dapat menghasilkan satu tugasan yang kemas dan baik untuk
dihasilkan.

Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah dalam


memahami pengertian sebenar perkataan pluralistik dan kontrak sosial. Ini
membuatkan keraguan dalam diri saya. Oleh yang demikian, cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut ialah dengan membuat rujukan di dalam buku dan internet.
Tambahan rujukan yang saya lakukan ialah menanyakan kepada pensyarah
pembimbing. Setelah membuat rujukan, saya telah memahami dengan baik berkenaan
masalah tersebut serta dapat menanganinya. Pengajaran yang saya dapat ketika ini
ialah kita mestilah membuat rujukan ataupun bertanyakan kepada orang yang lebih
mengetahui. Nescaya, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sempurna.
Bak kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”.

Seterusnya, masalah lain yang saya hadapi ialah untuk memahami hubungan
etnik masyarakat dengan kontrak sosial. Untuk memahami dan menyelesaikan masalah
itu, saya dan rakan kumpulan berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apabila berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut, barulah mudah untuk saya
sediakan tugasan ini. Dengan ini memudahkan lagi saya untuk menyediakan satu
tugasan yang baik. Terbuktilah bahawa teknik perbincangan amat penting dalam
membuat sebarang keputusan. Dengan perbincangan juga kita dapat mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang ada semasa melakukan sesuatu kerja.

35
Setelah tugasan yang diberikan siap saya lakukan, maka proses
menggabungkan tugasan dibuat. Tugasan dijalankan dengan lancar dan tiada masalah
daripada kami mahupun teknikal. Semasa saya menjalankan tugasan yang diberi, saya
berasa berbesar hati kerana dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Rakan kumpulan
juga memberi komitmen yang baik semasa tugasan dijalankan. Saya menyediakan
tugasan ini dengan sebaik mungkin agar rakan kumpulan dapat memahami dan
menerima input yang berguna daripada tugasan itu. Selepas menyiapkan tugasan itu,
sesi moderasi diadakan bersama rakan kumpulan. Beberapa soalan diajukan kepada
saya berkaitan tugasan yang saya sediakan. Dengan maklumat yang diperolehi, saya
dapat menjawab dengan baik dan jelas agar dapat menyelesaikan persoalan yang
timbul dalam kalangan rakan kumpulan. Rakan sekumpulan yang lain juga mengalami
situasi yang sama seperti saya. Setelah tugasan digabungkan, kami membuat semakan
balik jikalau terdapat sebarang kesalahan. Apabila semakan dibuat, kesalahan ketara
tidak dijumpai tetapi kesalahan biasa misalnya ejaan telah kami perbetulkan. Untuk
tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan menyediakan satu tugasan yang terbaik.

Terdapat banyak input dan pengajaran yang saya perolehi daripada hasil
tugasan yang dilakukan. Salah satunya saya dapat mendalami ilmu tentang sejarah
pembentukan negara Malaysia dengan baik. Sedikit sebanyak saya dapat menguasai
topik berkenaan. Saya juga dapat belajar bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat
jika ingin melakukan sesuatu kerja. Sememangnya maklumat dapat diperolehi dimana
sahaja asalkan kita berusaha mencarinya. Teknik perbincangan dalam kumpulan juga
sangat penting kerana kita dapat menggunakan banyak idea apabila melakukan
sesuatu tugasan. Melalui memahami definisi pluralistik dan kontrak sosial pula, saya
dapat melatih untuk lebih kritis dan dapat menyampaikan input ini kepada orang lain.
Dengan ini secara automatiknya keyakinan dalam diri saya tersemai dan membantu
saya untuk kristis dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan yang saya sediakan ini
banyak memberi manfaat dan input yang berguna kepada saya. Malah, dapat
menambahkan keyakinan dalam diri saya untuk melakukan tugasan yang lain pada
masa akan datang dengan daya fikiran yang lebih kritis dan inovatif.

36

You might also like