You are on page 1of 18

KERTAS KERJA

PROGRAM
PERKHEMAHAN PERSATUAN
PENGAKAP
TAHUN 2011
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
BATU PAHAT, JOHOR.

TARIKH TENTATIF:
4 SEPTEMBER 2011 – 6 SEPTEMBER 2011

ANJURAN:

ANJURAN PERSATUAN PENGAKAP,


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
BATU PAHAT, JOHOR.

1
1.0 PENDAHULUAN
Persatuan Pengakap telah ditubuhkan di Intitut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Tun Hussein Onn bagi memantapkan lagi penglibatan pasukan unit-unit
beruniform yang telah sedia ada. Pelaksaan Persatuan Pengakap mempunyai
keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini
daripada pasukan pakaian seragam yang lain. Disebabkan pasukan ini dapat
menjadi pencetus dan seterusnya dapat memberi semangat kepada ahli-ahlinya,
pelbagai aktiviti dilaksanakan agar terus aktif pada masa akan datang. Bagi
mengisi tuntutan ke arah Negara maju, kita perlu menyediakan golongan guru
pelatih yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah
yang seimbang dari segi JERI iaitu jasmani, emosi , rohani dan intelek.

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
Persatuan Pengakap untuk Tahun 2011 hasil dari idea pensyarah pembimbing
Persatuan Pengakap – En Mohd Ashraff bin Arif. Perkhemahan Persatuan
Pengakap ini adalah dianjur oleh Opsyen Pendidikan Jasmani dan Opsyen
Pendidikan Seni Visual dari PISMP Semester 4 2011. Ia akan diadakan di Teluk
Gorek, Mersing pada 4 hingga 6 Sept 2011. Selari dengan perkembangan
semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang guru pelatih
tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para
guru pelatih juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan
era grobalisasi.

Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai


permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, seseorang guru pelatih itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka
dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang
ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini akan bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila mereka mengadakan aktiviti perkhemahan untuk anak-anak murid
mereka kelak.

2
Umum mengetahui bahawa aktiviti perkhemahan amat sinonim dengan
kegiatan unit beruniform di peringkat sekolah rendah, menengah sehinggalah
universiti atau institut perguruan. Oleh demikian, Persatuan Pengakap berhasrat
untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama semua warga IPG Kampus
Tun Hussein Onn sama ada pihak pentadbiran institut, pensyarah-pensyarah,
mahupun para guru pelatih sendiri. Program ini dirasakan bertepatan sebagai
langkah untuk memantapkan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit
beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya
di kalangan guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn.

2.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti perkhemahan ini ialah untuk melahirkan golongan
pendidik yang mempunyai sifat berani menghadapi cabaran, meningkatkan
ketahanan fizikal sebagai persediaan mengajar pendalaman, memupuk
kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan
masyarakat atau komuniti setempat. Selain itu, program ini juga memberi
peluang kepada ahli-ahli unit beruniform mempatrikan segala kemahiran dan
kecekapan yang dipelajari Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Guru
pelatih juga boleh mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang
diperolehi melalui program ini semasa mengajar anak-anak murid di sekolah
pada masa hadapan kelak. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar
sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti
kerohanian untuk memberi pendedahan kepada ahli mengenai aktiviti luar dan
memupuk kesedaran dalam aspek kerohanian dan penhayatan terhadap maha
pencipta untuk melahirkan guru pelatih yang berkepimpinan serta menjadikan
IPG Kampus Tun Hussein Onn sebagai contoh untuk merealisasikan cabaran
pembentukan masyarakat yang bersemangat.

3
3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat:
3.1 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara guru pelatih
dengan masyarakat serta mewujudkan semangat berpasukan dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.
3.2 Memberi kesedaran kepada bakal guru akan cabaran yang akan mereka lalui
sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pendidik kelak lebih-lebih lagi
semasa di pendalaman.
3.3 Memantapkan mental bakal-bakal guru dari perspektif ketahanan fizikal,
kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.
3.4 Melahirkan guru pelatih yang bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
3.5 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli pengakap
tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
3.6 Melahirkan guru pelatih yang berdaya tahan, bermotivasi dan mampu
menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.7 Memupuk semangat berdikari, kerjasama dan setiakawan dengan kaedah
ikhtiar hidup seperti berada di dalam hutan.
3.8 Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar
kepada kehidupan manusia.
3.9 Mewujudkan sikap memelihara dan memulihara flora dan fauna.
3.10 Melahirkan para guru pelatih yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.11 Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bermuafakat serta
berintergrasi semua kaum.
3.12 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan
kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

4
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 4 Sept-6 Sept 2011 iaitu pada hari Ahad
sehingga hari Selasa.
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 2

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)


Rasional pemilihan tempat di Teluk Gorek, Mersing, Johor.
5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi persisiran pantai.
5.2 Keadaan pantai yang landai dan ombak yang sederhana.
5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.
5.4 Terdapat kawasan bukit untuk aktiviti “Jungle Trekking”.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : Puan Hjh. Zaleha Binti Onn, Pengarah Institut
Penasihat : En Mohd Ashraff bin Arif
Ketua Fasilitatior : Cik Masrah Bt Yusof
Fasilitator : (i) Pn. Sariya A/P Doriasamy
(ii) Cik. Annie Mumin
(iii) En. Lim Zhi Yong
(iv) En. Mohd Fauzil Kaimah

5
JAWATAN PELAKSANA:
Pengerusi : Abd Muhaimin Bin Zulkefli
Naib Pengerusi : Catherine Donald
Setiausaha : Anastassia Binti Titus
Bendahari : Liow See Yeng

AHLI JAWATANKUASA
Kem Komandan : En. Rozlan Bin Razleen
Tim. Kem Komandan : En. Razalie Bin Sahimin
Pendaftaran : Yong Shyuk Huew
Disiplin dan Keselamatan : Zakaria Bin Mohd Zain
Juruteknik dan Peralatan : Sivajothi A/L Arumugam
Kerohanian : Khoo Jing Tian
Siti Sara Bt Arshad
Makanan dan Sajian :Fatin Alilah Bt Jamil
Doris Albert
Pengangkutan :Rizuan Bin Mohd Yassin
Pengurusan Perkhemahan :Tay Vun Kenn
Senamrobik : Othmar Bin Salehmar
Soeharto A/L Kertosudiro
Persembahan Kumpulan : Laila Binti Luqman
Hayati Bt Mahdzir
Persiapan Dewan : Cheng Li Yun
Nurulain Binti Hj. Joher
Tugas-Tugas Khas : Chong Wai Lip
Urusetia dan Jemputan : Ellery anak Berlley
Dokumentasi : Mohd. Hanif Bin Zinaldin
Penyelaras Aktiviti : Mumtazah Binti Zamil
Cenderamata/Sijil/Hadiah : Goh Kae Vei

6
7.0 BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA

7.1 PENAUNG:
7.1.1 Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn sebagai Penaung akan
memberi sokongan terhadap apa jua penambahbaikan supaya
program ini mencapaI matlamatnya.
7.1.2 Beliau juga akan membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai
pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya
selaras dengan peraturan dan undang-undang KPM.

7.2 PENASIHAT:
7.2.1 Pensyarah Pembimbing Persatuan Pengakap sebagai Penasihat akan
memberi kata putus ataupun idea terhadap perjalanan program sama
ada dari segi perlaksanaan, jawatankuasa ataupun apa jua yang
dirasakan perlu.
7.2.2 Beliau juga akan membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai
pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya
selaras dengan peraturan dan undang-undang KPM.
7.2.3 Antara peranannya ialah memberi panduan, nasihat, bimbingan dan
sebagainya kepada jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan
melaksanakan aktiviti.

7.3 PENGERUSI:
7.3.1 Pengerusi bertindak menguruskan perjalanan program mesyuarat pra
program, pemantauan dan lain-lain.
7.3.2 Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.

7.4 NAIB PENGERUSI:


7.4.1 Naib Pengerusi yang dipilih akan membantu tugas Pengerusi.

7
7.4.2 Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi
apabila ketiadaan pengerusi.

7.5 SETIAUSAHA:
7.5.1 Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dengan badan luar
pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan.
7.5.2 Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumat-
maklumat program dan hal-hal yang berkaitan dengan kesetiausaha.

7.6 BENDAHARI:
7.7.1 Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan
program seperti kutipan yuran, bayaran dan lain-lain.
7.7.2 Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.
7.8 KEM KOMANDAN :
7.8.1 Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada semua ahli unit berunitform

7.9 TIMB. KEM KOMANDAN:


7.9.1 Membantu Kem Komandan.
7.9.2 Menjadi Komandan dan menjalankan tugas Komandan apabila
ketiadaan Komandan

7.10 PENDAFTARAN:
7.10.1 Mengambil kedatangan peserta pada masa yang tepat dan
mengedarkan jadual aktiviti dan peraturan perkhemahan.

7.11 DISIPLIN & KESELAMATAN:


7.11.1 Menyediakan peraturan-peraturan program seperti peraturan tapak
perkhemahan, peraturan pakaian dan sebagainya di samping
memastikan tahap disiplin para peserta sentiasa terkawal.

8
7.12 JURUTEKNIK & PERALATAN:
7.12.1 Menyediakan segala jenis peralatan yang diperlukan untuk keperluan
sepanjang program.

7.13 KEROHANIAN:
7.13.1 Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian kepada para
peserta sama ada yang beragama Islam atau pun yang bukan
beragama Islam.

7.14 MAKANAN:
7.14.1 Menguruskan makanan dan minuman untuk para guru, staf dan
peserta program dengan mematuhi jadual aktiviti.

7.15 PENGANGKUTAN:
7.15.1 Menyediakan pengangkutan pergi dan balik dan menyediakan
pengangkutan untuk pergerakan ke tempat aktiviti di luar tapak
perkhemahan utama.

7.16 PENGURUSAN PERKHEMAHAN:


7.16.1 Menetapkan tempat perkhemahan dan menyelia apabila khemah
dipasang.
7.16.2 Perlu mendapatkan khemah sebanyak 13 buah untuk 50 orang
peserta.

7.17 SENAMROBIK:
7.17.1 Menyediakan alatan yang perlu untuk senamrobik serta lagu Negara
Ku, lagu Negeri Johor, Kami Guru Malaysia dan lagu IPG Kampus Tun
Hussein Onn.

7.18 PERSIAPAN DEWAN:


7.18.1 Menyiapkan hiasan dewan bagi tujuan majlis perasmian program dan
juga aktiviti –aktiviti sepanjang program

7.19 PERSEMBAHAN KUMPULAN:

9
7.19.1 Menetapkan jenis persembahan yang selama 5 minit , sesuai dan
bermoral.

7.20 TUGAS-TUGAS KHAS:


7.20.1 Menjaga kebajikan para peserta seperti hal kecemasan, kesihatan dan
lain-lain seperti kemudahan ampaian dan tandas para peserta.

7.21 URUSETIA & JEMPUTAN:


7.21.1 Membantu setiausaha dan juga menyediakan surat jemputan kepada
para tetamu jemputan program.

7.22 DOKUMENTASI:
7.22.1 Merakam gambar serta video sepanjang program berjalan dan
menyediakan aktiviti (bergambar) selepas program tamat.
7.22.2 Selepas itu, mendokumentasikan program dan menyerahkan kepada
urus setia.

7.23 PENYELARAS AKTIVITI:


7.23.1 Memastikan setiap aktiviti diselaraskan mengikut jadual program dan
memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

7.24 CENDERAMATA/SIJIL/HADIAH:
7.24.1 Mencari penaja atau penderma, menguruskan cenderamata untuk para
tetamu jemputan serta sijil dan hadiah untuk peserta-peserta.

8.0 PENYERTAAN/ KUMPULAN SASARAN


8.1 Jumlah peserta: 50 orang ahli-ahli Persatuan Pengakap dari Opsyen
Pendidkan Jasmani dan Opsyen Pendidikan Seni Visual (senarai nama
peserta adalah seperti Lampiran 1)
8.2 Jumlah fasilitator: 4 orang

10
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


Alat Tulis 50 orang x RM5 250.00
1 Baju Perkhemahan B 50 orang x RM 20 1000.00
Hadiah 5 buah x RM15 75.00
Makanan 55 orang x RM30 1650.00
BBQ 55 orang x RM5 275.00
Aktiviti Iktiar Hidup 50 orang x RM3 150.00
 Telur, kentang, tepung

Pengangkutan 55 orang x RM25 1375.00


Sewa tempat dan peralatan 50 orang x RM30 1500.00
Cenderamata 55 orang x RM3 165.00
Kos Luar Jangka 55 orang x RM3 165.00
JUMLAH 6605.00

 Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini
ialah sebanyak RM 85.00. (Jumlah= RM4250.00)

 Sumber Kewangan lain daripada Persatuan Pengakap sejumlah RM1000.00,


Unit Ko-kurikulum IPG Kampus Tun Hussein On sejumlah RM500.00 (Jumlah
= RM5750.00)

 Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet
yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam
melaksanakan Program Perkhemahan Pengakap ini.

11
10.0 TENTATIF PROGRAM
Sila merujuk Lampiran 2

11.0 PELAN PERKHEMAHAN


Sila merujuk Lampiran 3

12.0 KEPERLUAN PESERTA


Sila merujuk Lampiran 4 dan 5

13.0 PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN


13.1 ARAHAN UMUM
13.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh.
Peraturan dikeluarkan bertujuan untuk memastikan kelicinan dan
keberkesanan aktiviti di sepanjang program perkhemahan ini.
13.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan/ Timbalan Kem
Komandan/ Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau
berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.
13.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah
ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai ataupun
tamat perkhemahan.
13.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengurus
Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas.
13.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan
masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan
kebenaran ataupun arahan dan pihak urusetia.
13.1.6 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan supaya
sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk
aktiviti kerohanian.
13.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan
panggilan hormat diutamakan.
13.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.

12
13.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu
sama lain di sepanjang perkhemahan.
13.1.10 Laporkan sebarang kemalangan kepada urusetia dengan
segera.

13.2 KESELAMATAN
13.2.1 keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
13.2.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan
berterusan serta diikuti dengan arahan/ arahan pergerakan.
13.2.3 Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan
atau pengawasan dan mendapatkan kebenaran daripada pihak
berkenaan.
13.2.4 Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
13.2.5 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran
daripada pihak penganjur.
13.2.6 Pastikan wisel dibawa pada bila-bila masa sahaja.
13.2.7 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan
dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
13.2.8 PERHATIAN: Patuhi arahan yang telah ditetapkan.

13.3 KETETAPAN DAN KETEPATAN MASA/ PERGERAKAN ANGGOTA


13.3.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa
aktiviti yang telah ditetapkan.
13.3.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan.
13.3.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan sekurang-
kurangnya 2 orang dalam satu kumpulan.
13.3.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan
kem.
13.3.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas
11 jam malam sehingga 5 pagi kecuali terdapat sebarang kecemasan
atau diiringi oleh guru.

13
13.4 PERATURAN KEBERSIHAN
13.4.1 kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan
teratur.
13.4.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.
13.4.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh pensyarah.
13.4.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang telah disediakan.
13.4.5 Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai
selipar atau kain pelikat sama ada ke kantin atau keluar daripada
kawasan perkhemahan
13.4.6 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di
kawasan perkhemahan atau sekitarnya.
13.4.7 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun.
13.4.8 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan
dan teratur sebelum solat bermula.
13.4.9 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia
adalah untuk kegunaan ramai dan bersama.
13.4.10 Bagi kaum wanita-sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu
sebelum dibuang di tempat yang sepatutnya.

13.5 PERATURAN KELUAR MASUK


13.5.1 semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen/
dicatatkan dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada
urusetia.
13.5.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk
dari kawasan perkhemahan.
13.5.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai
dokumen dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing.

14
14.0 PENUTUP

Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Persatuan


Pengakap dan Unit Ko-kurikulum IPG Kampus Tun Hussein Onn pada tahun ini,
tetapi objektif utamanya ialah untuk meningkatkan pengalaman guru yang bakal
menjadi pendidik di sekolah. Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada
para peserta program ini. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan di
dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka untuk membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi
diri guru pelatih dalam masyarakat. Justeru itu diharap semua warga IPG Kampus
Tun Hussein Onn dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan
Program Perkhemahan Persatuan Pengakap Tahun 2011 ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


………………………….. …………………………….
(ANASTASSIA BINTI TITUS) (ABD. MUHAIMIN BIN ZULKEFLI)
Setiausaha, Pengerusi,
Program Perkhemahan Program Perkhemahan
Persatuan Pengakap 2011, Persatuan Pengakap 2011,
IPG Kampus Tun Hussein Onn, IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor Batu Pahat, Johor

Disahkan oleh,

………………………………..

(PN. HJH. ZALEHA BINTI ONN)

Pengarah

IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Batu Pahat, Johor.

15
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN PENGAKAP

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

BATU PAHAT, JOHOR

N NAMA PESERTA N NAMA PESERTA


O O
1 Abd Muhaimin Bin Zulkefli 26 Mohamad Fareez Bin Hj Mazlan
2 Alice Anthony 27 Mohd Hanif Bin Zinaldin
3 Amritamozhi A/P Mohanasamy 28 Mohd Syahrul Zaim Bin Zahari
4 Arina Binti Abdul Ghani 29 Muhamad Ghazali Bin Talib
5 Benny Ak Bernard 30 Mumtazah Binti Zamil
6 Catherine Donald 31 Nur Azira Binti Azuani
7 Chin Wui Li 32 Nurulain Binti Hj. Joher
8 Cheng Li Yun 33 Othmar Bin Salehmar
9 Chong Wai Lip 34 Patrick Zabulun
10 Danny Tang Kai Shan 35 Phang Zheng Hwa
11 Doris Albert 36 Rizuan Bin Mohd Yassin
12 Ellery Berlley 37 Rubini A/P Sellapan
13 Elaine George 38 Siti Nashuha Binti Che Shukor
14 Esther Pang Da Xin 39 Siti Sara Bt Arshad
15 Goh Kae Vei 40 Sivajothi A/L Arumugam
16 Govinda A/P Madhurithony 41 Soeharto A/L Kertosudiro
17 Hassin Bin Yaacob 42 Tan Yuk Ting
18 Hasrina Binti Mohamed. Anas 43 Tay Vun Kenn
19 Jeganraj A/L Periasamy 44 Thurga A/P Ganesh
20 Kelly Crackson 45 Tommy Vanness
21 Khoo Jing Tian 46 Vesudewa A/P Shakuntala
22 Kurmar A/L Sharjeelsamy 47 William Adrian
23 Lee Chong Wei 48 Yong Shyuk Huew
24 Liaw Zi Tong 49 Zakaria Bin Mohd Zain
25 Laila Binti Luqman 50 Zulkifli Bin Mohd. Manap

LAMPIRAN 4
SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA)

PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN PENGAKAP 2011

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

BIL PERKARA KETERANGAN CATATAN


1 Pakaian Uniform Lengkap

16
T-shirt Berkolar

Pakaian Sukan (baju berkolar,


seluar sukan panjang, stoking,
kasut sukan dan Topi)

Pakaian solat (baju melayu, Untuk guru pelatih


kain sarung, telekung dan lain- Islam sahaja.
lain)

Sleeping Bag

Untuk aktiviti
Pakaian Basah keyakinan di air.

2 Peralatan Aktiviti Pen, Pensel, Buku Catatan


dan lain-lain

Tali, Kain Anduh, Lampu


Suluh, Wisel dan sebagainya

3 Peralatan Mandi Selipar , Tuala Mandi dan


Sabun Mandi

Berus Gigi dan Ubat Gigi

Barang Peribadi yang lain

4 Makanan Air Minum, Biskut dan roti Jika perlu.

5 Ubat-ubatan Jika ada.

LAMPIRAN 5
SENARAI PERALATAN

PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN PENGAKAP 2011

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

BIL PERKARA KETERANGAN

17
1 Peralatan Aktiviti Walkie-talkie

PA System

Tali nylon, mancis

Kompas

Gergaji, cangkul, tali, parang


dan yang berkaitan

2 Peralatan Khemah Generator

Khemah

3 Bendera Bendera Malaysia

Bendera IPG

3 Makanan Buah-buahan, roti, telur, sayur-


sayuran, daging, bawang,
bahan untuk memasak seperti
gula, minyak dan sebagainya

4 Ubat-ubatan Peti Pertolongan Cemas

18

You might also like