You are on page 1of 20

.

'

11

"Kreativiti dan Inovasi


dalam Dunia Semasa:
Pendekatan Islami"
9 - 10 November2010/2 - 3 Zulhijjah 1431 H

SesiV

Inovasi dalam Organisasi


Oleh
elK NOR HARTINI SAARI
Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM

Anjuran
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (DUM)

~ Bertempat di
DEWAN DESAR. IKIM.
KUALA LUMPUR
;:

INOV ASI DALAM ORGANISASI


Oleh: Nor Hartini Saari
Pegawai Penyelidik
Pusat Kajian Ekonomi Dan Kemasyarakatan, IKIM

1. PENGENALAN

Dalam era globalisasi setiap organisasi terpaksa menghadapi persaingan sengit. Dalam

menghadapi persaingan ini sesebuah organisasi memerlukan kepada satu pembaharuan dalam

mengurus, mencipta dan menghasilkan produk dan perkhidmatan baru yang berkualiti setanding

dengan negara maju. Sehubungan itu, dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan ini

penerokaan dalam pelbagai bidang perlu dilakukan menerusi inovasi.

Penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti terutama di peringkat nasional amat

penting kerana ia menggalakkan daya saing negara. Di sini peranan modal insan sebagai

pemangkin dalam mengeksploitasikan inovasi adalah penting terutama untuk menghasilkan idea

baru dalam organisasi. Sejajar dengan itu, organisasi juga perlu bergerak pantas menghasilkan

produk lebih bemilai tambah serta efisyen dalam memenuhi kehendak pasaran. Produk

berinovasi yang dihasilkan tidak bermakna sekiranya tidak dikomersialkan dan tidak memenuhi

kehendak pasaran. Memenuhi kehendak pasaran adalah dilihat penting untuk memaksimumkan

keuntungan kepada organisasi.

Barangkali ada yang tidak di sedar di pasaran hari ini kemunculan produk seperti iPhone,

Blackberry, Netbook, Windows 7 serta kebangkitan PC skrin sentuh adalah hasil cetusan idea

inovatif masyarakat Barat dan antara sepuluh produk inovatif bagi tahun 2009 yang telah

menukar cara penggunaan media dan berkomunikasi hari ini. Justeru, pendekatan inovasi ini

1
penting dalam memenuhi keperluan Wawasan 2020 dan membolehkan Malaysia meletakkan

dirinya secara strategik dan sebaris dengan negara lain yang lebih maju.

2. MEMAHAMI INOV ASI DALAM ORGANISASI

Jika kita menyelak lembaran Kamus Dewan, inovasi merujuk kepada sesuatu yang baru

diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Elemen yang penting dikaitkan dengan

inovasi adalah kreativiti dan dua istilah ini sentiasa berganding bersama. Menurut Spencer

(1994) inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama. Inovasijuga

boleh ditakrifkan sebagai satu pembaharuan, modifikasi atau memperbaiki idea, benda, ilmu dan

ciptaan seni tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa

dan pasaran tertentu (Sufean, 2007). Inovasi ini akan menjurus kepada penambahbaikan dan

penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada sehingga memberi nilai tambah yang boleh

diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang

boleh dikomersialkan (Zaini Ujang, 2010).

Selain itu, perkataan inovasi juga merupakan satu pembaharuan organisasi yang mewakili

sesuatu yang baru yang merangkumi idea, kaedah, alat yang bertujuan mencapai satu agenda

barn dalam menghasilkan keputusan yang baik di samping inovasi dapat mempercepatkan

sesuatu proses. (Siddiquee, 2008). Inovasi ini hadir melalui pengalaman, pemerhatian, ilmu

pengetahuan, pembacaan, perbincangan dan kadang kala inovasi hadir secara spontan atau tidak

sedar melalui pemerhatian lahirlah idea kreatif dan inovatif. Daripada pengertian di atas

dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-

• Penghasilan barn

• Berdasarkan proses penyusunan semula

2
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada

• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bemilai sehingga boleh dikomersialkan

Organisasi pula merupakan satu sistem yang wujud di mana terdapat beberapa bahagian

di dalamnya dan persekitarannya saling berkait di antara satu sarna lain untuk mencapai sesuatu

tujuan. Robbins (1992) mendefinisikan organisasi sebagai satu aktiviti kolektif yang dirancang

oleh dua atau lebih yang mengandungi pembahagian buruh dan autoriti berhirarki untuk

mencapai matlarnat secara bersarna. Organisasi tidak boleh bergerak jika hanya terdapat seorang

sahaja ahli di dalamnya. Di peringkat organisasi, inovasi adalah ciri penting sesebuah organisasi

yang dinarnik, terbuka, iaitu organisasi yang dapat berhubung secara aktif dan prospektif dengan

persekitaran. Maknanya di sini prospektif ialah sifat yang dapat mencari peluang barn untuk

menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan secara maksimum. Organisasi yang baik dapat

membuat prospektif tentang keadaan semasa dan masa hadapan dengan lebih st rategik dan

berwawasan.

Narnun begitu, inovasi dalarn organisasi dilihat tidak tetap, tidak statik tetapi inovasi ini

dianggap sebagai satu proses yang boleh berkembang. Menurut satu kajian inovasi dalarn

organisasi boleh dilaksanakan dengan baikjika beberapa sifat tersebut terhasil (Nicoll, 1983):

1. Kesesuaian - inovasi yang baik tidak menimbulkan kontroversi dari segi pemikiran dan

cara hidup orang lain. Maksudnya, inovasi mudah diterima oleh orang sebagai satu yang

perlu dan baik untuk diri dan organisasi.

11. Mudah difahami - inovasi yang baik meringkaskan perkara yang kompleks menjadi

mudah difaharni dan seterusnya mudah dilaksanakan oleh orang lain.

iii. Mudah diuji - idea inovasi yang baik mudah diuji perlaksanaannya.

3
IV. Mudah dilihat faedahnya-inovasi yang memerlukan masa yang panjang dan sukar dilihat

faedahnya akan menyebabkan orang menolaknya. Oleh itu sesuati inovasi itu perlu

mudah untuk dilihat hasilnya dan hanya mengambil masa yang pendek.

Terdapat beberapa elemen asas yang perlu dilihat dalam organisasi. Kelly & Littman

(2000) menggariskan beberapa ciri asas dalam inovasi antaranya: inovasi bermula dengan

kepekaan terhadap benda dan perkara di persekitaran, khususnya tentang perkara yang disukai

dan digemari oleh manusia, inovasi yang dibuat adalah untuk meningkatkan keselesaan kualiti

apa jua perkara dan benda yang digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah

kepada pengguna, kewajaran inovasi itu juga berlaku melalui sesi permuafakatan dan

perbincangan tentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, masyarakat dan

persekitaran melalui pemerhatian, soal selidik dan kumpulan fokus.

Di samping itu, inovasi juga memerlukan keupayaan untuk mengatasi rintangan (barrier

jumping) dan keberanian untuk mencuba sesuatu lain daripada yang lain atau unik. Jika perkara

ini dapat dicapai maka inovasi dikatakan telah berjaya dalam organisasi tersebut dan inovasi juga

memerlukan jangkaan tentang keadaan mas a hadapan. Daripada huraian tersebut bolehlah

disimpulkan di sini bahawa inovasi pada peringkat organisasi adalah satu konsep yang kompleks

yang melibatkan kumpulan manusia untuk menjayakannya bukan hanya sekadar bergantung

kepada teknologi semata-mata sebagai terasnya.

3. KEPENTINGAN
.
Kepentmgan
..
INOV ASI DALAM ORGANISASI

movasi boleh
..
dilihat
..
apabila ra dapat
?J
menghasilkan
~L/~i!!;PYDcJ>·)
produk atau
_

perkhidmatan yang baru bagi pengguna. Ini kerana tanpa adanya inovasi maka kaedah, cara dan

amalan yang ada dalam organisasi akan kekal tanpa ada sebarang kemajuan. Tidak ada

4
kemajuan di sini bennakna tidak ada sesuatu yang baru untuk dicipta atau untuk dibanggakan.

Sedangkan reka cipta terbaru dalam apa sahaja bidang amat diperlukan bagi mencapai negara

mencapai status negara berpendapatan tinggi. Melalui inovasi ia dapat mendatangkan kemajuan

yang progresif sifatnya kepada organisasi untuk terus berkembang. Inovasi memberi satu

harapan yang besar kepada organisasi kerana ia membawa perubahan yang positif. Melalui

inovasi sesebuah organisasi itu juga dikatakan dapat mengoptimumkan penggunaan bahan

mentah dan sumber. Dalam masa yang sama juga ia dapat menjimatkan kos dalam jangka masa

pendek dan jangka masa panjang seterusnya memberikan impak yang baik kepada organisasi

untuk terus berkembang.

Kepentingan inovasi dalam Islam juga adalah sangat penting. Islam seringkali menuntut

untuk kita berinovasi. Jika kita menyorot kembali sejarah Islam terdahulu, bagaimana kita dapat

melihat ilmu sains, perubatan, matematik dan algebra dapat berkembang maju yang datangnya

daripada kelompok cendekiawan yang berinovasi. Begitulah hari ini kita sebagai umat Islam

harus mengembangkan inovasi kerana tanpa inovasi perubahan tidak akan sama sekali berlaku.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jarir Ibn Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa membuat inovasi yang baik dalam Islam akan mendapat pahala dan juga pahala mereka

yang mengamalkan dengannya sehingga hari pembalasan tanpa mengurangi sedikit pun pahala

yang mengamalkannya. Sesiapa membuat inovasi yang menyesatkan, akan mendapat dosa dan

juga dosa mereka yang mengamalkannya sehingga hari pembalasan tanpa mengurangi sedikit

pun dosa yang mengamalkannya. Sabda Rasulullah itu merujuk kepada semua inovasi baik yang

tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadis adalah digalakkan malah inovasi baik ini akan

meningkatkan lagi kekuatan serta perpaduan umat Islam.

5
Kepentingan inovasi juga dilihat untuk bersaing di pasaran terutama apabila berlaku

penghasilan inovasi baru dalam pasaran. Menurut Drucker (1991) inovasi dicetuskan daripada

beberapa sebab. Antaranya disebabkan perkembangan global semasa, keperluan untuk merebut

peluang persaingan dan mengatasi masalah ketidaktentuan dalam pasaran.

4. BAGAIMANA INOV ASI DAPAT DIMANFAA TKAN?

Kita sering melihat banyak menara gading menghasilkan teknologi berinovasi. Tetapi

kita jarang melihat inovasi yang ada dalam menara gading tersebut sampai dan berjaya di

pasaraan. Kenapa ia tidak berkembang dan tidak boleh dikomersialkan? Kejayaan universiti

menghasilkan inovasi hanya sekadar menjadi bahan rujukan, bahan akademik, ilmiah, penulisan

dan sebagainya. Ini kerana sebilangan besar inovasi yang dihasilkan tersebut tidak menepati

kehendak pasaran. Berbeza dengan apa yang dihasilkan oleh menara gading di Barat. Di sana

sebagai contoh, inovasi yang dilakukan adalah mengikut kehendak pasaran. Apabila inovasi

tersebut dijalankan mengikut pasaran, maka inovasi yang dihasilkan boleh dipasarkan bagi

memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu kita hari ini perlu mencari altematif bagaimana produk

inovasi negara dapat dimanfaatkan dengan bergabung bersama-sama para penyelidik di

universiti-universiti tempatan untuk menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

Inovasi adalah satu harta intelek yang perlu dilindungi dan mempunyai nilai yang cukup

besar. Di Barat ada intellectual property (IP) yang melindungi idea daripada inovasi dicerobohi

atau melindungi hak cipta diciplak atau dicerobohi oleh orang lain. IP dapat melindungi

kepentingan kita menghasilkan idea tersebut. Namun demikian, terdapat hambatan yang mana

pendaftrana IP itu dikatakan terlalu mahal. Jadi, bagaimana kita boleh memanfaatkan inovasi

6
jika terdapat halangan yuran paten yang mahal dan proses pendaftaran IP yang mengambil masa

yang lama dan sebagainya.

Selain itu, inovasi dalam organisasi boleh dimanfaatkan jika kita berkerjasama dangan

bersepadu. Sesuatu produk tidak boleh dihasilkan oleh seorang manusia. Namun, ia memerlukan

kerjasama banyak pihak, bergabung dengan tanggungjawab masing- masing dalam menghasilkan

produk yang cukup baik. Dalam masa yang sama perlu ada semangat jihad juga dalam

organisasi. Semangat jihad di sini bermakna perlu membuat sesuatu bersungguh-sungguh untuk

menghasilkan produk yang berkualiti dan boleh dipasarkan. Justeru itu, hari ini organisasi perlu

mencari mana-mana organisasi lain seperti universiti yang boleh dimanfaatkan untuk

bekerjasama. Namun demikian, bagaiman cara atau pendekatan untuk mendekati orgamsasi

berkenaan, itu yang perlu diperhalusi.

5. STRATEGI - STRA TEGI MENDORONG INOV ASI ORGANISASI

i. Wujud Matlamat Yang Jelas

Matlamat yang jelas melalui misi dan visi organisasi adalah penting dalam mencapai apa yang

dikehendaki dalam organisasi. Tanpa adanya matlamat ini pastinya kegagalan dalam merencana

aspek inovasi tersebut. Sebagai contoh, Di dalam syarikat-syarikat Jepun, pasukan-pasukan

projek kreatif berfungsi dengan berkesan kerana beberapa faktor. Pertama, pasukan- pasukan itu

diberi matlamat yang jelas dan tepat berkenaan apa yang mesti mereka cipta atau hasilkan.

Kedua, mereka diberi autonomi untuk mencapai matlamat bagi tugas yang dijalankan. Ketiga,

anggota pasukan-pasukan itu dipilih sendiri oleh pucuk pimpinan syarikat. Di Jepun, inovasi

dihasilkan oleh pasukan-pasukan projek kreatif yang dianggotai oleh para pengurus pertengahan.

7
Mereka terdiri daripada para jurutera, para pengurus pengeluaran, para jurujual dan pengurus

kualiti yang bekerja bersarna-sarna sejak mula hingga akhir dalarn proses penciptaan inovasi.

Di sarnping itu, dalarn mencapai matlarnat syarikat tersebut, sebagai contoh Syarikat

Sharp, mereka menubuhkan pasukan-pasukan khas yang ditubuhkan untuk projek-projek

mendesak atas arahan pemimpin. Apabila sesuatu projek itu disebut sebagai projek strategik

yang penting, setiap anggota pasukan projek berkenaan diberi lencana emas untuk dipakai.

Apabila ada mana-mana kakitangan syarikat itu diminta oleh pemakai lencana emas supaya

membuat sesuatu tugas yang susah, orang itu akan cepat- cepat dan bermati-matian melakukan

kerja sebab mereka ada matlarnat. Untuk menerangkan perkara ini, satu contoh dapat digunakan.

Syarikat Matsushita Electric dulu lebih dikenal dengan gelaran maneshita, yang be rmaksud

"tukang tiru". Walaupun ia sebuah syarikat yang besar dan berjaya ia bukan sebuah syarikat

inovasi. Tetapi, sejak ia berjaya mencipta sebuah mesin pembuat roti automatik yang pertarna di

dunia dan diberi jenarna Home Bakery, budaya syarikat itu bertukar sarna sekali . Semenjak itu

budaya korporat matsushita electric berubah daripada budaya meniru kepada budaya inovasi.

Di Malaysia, pula inovasi boleh dilihat dalarn organisasi HP A. HP A adalah sebuah

syarikat bumiputera yang berjaya dianugerahkan Anugerah Inovasi Jaya bersempena Hari

Peladang, Pentemak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2009. Bermula secara kecil

kecilan sebagai perubatan tradisioanl yang dikenali sebagai Al Wahida dan seterusnya, syarikat

ini terus berkembang dengan pelbagai produk berasaskan herba sehingga berjaya menubuhkan

HPA industries Sdn. Bhd.

Syarikat ini mempunyai matlarnat yang jelas melalui misinya untuk berjaya memimpin

industri herb a di Malaysia dari pengeluaran yang inovatif dan berdaya maju. HP A dikatakan

sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini.

8
HPA merupakan seratus peratus milik bumiputera muslim yang telah 20 tahun berada dalam

industri herba. Melihat kepada kejayaan syarikat ini, HP A Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat

pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan

mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam

tempoh lima tahun akan datang.

Begitulah kejayaan atas daya inisiatif dan inovasi hingga kini HPA industries telah

memiliki tujuh buah kilang yang bertaraf GMP yang serba moden dalam mengusahakan ladang-

ladang herba roselle, pegaga, misai kucing dan sebagainya. Keyakinan itu bersandarkan HPA

yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum

dinaikkan taraf kepada cawangan, Halal Mart dan terbaru HP A Halal Mall. Kejayaannya juga

disebabkan latihan keusahawanan yang turut diberikan kepada semua ahli yang menjalankan

pemiagaan MLM syariah HP A. Satu latihan keusahawan dijalankan oleh pemimpin - pemimpin

HPA yang telah berjaya yang dikenali sebagai Program perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

bagi memberi tunjuk ajar dalam menjalankan pemiagaan tersebut.

Inovasi dan kreativiti sememangnya dijalankan oleh syarikat ini bermula dengan dalam

organisasi menumpukan kepada perlaksanaan produk kesihatan berasaskan herb a kini HPA

membangun dengan peningkatan inovasi melalui inovatif kepada keperluan semasa seperti

kepelbagaian produk ayam, minuman, barangan kesihatan sehinggalah munculnya perkhidmatan

dobi. Kejayaan ini juga banyak dicetuskan oleh kepimpinan yang tidak jemu-jemu untuk

bertindak sebagai kumpulan inovatif dalam syarikat berkenaan terutama dalam memberi

sokongan dan dorongan padu.

9
ii. Kepimpinan berhubungkait dengan Inovasi

Tenaga penggerak inovasi dalam organisasi sang at bergantung kepada corak pengurusan dan

kepimpinan. Inovasi sangat bergantung kepada kewibawaan pemimpinnya yang menjadi tonggak

penggerak kepada inovasi. Malah dikatakan juga, struktur organisasi yang baik perlu ditunjangi

oleh seorang pemimpin yang juga baik dan cekap. Satu kajian yang bertajuk Innovative

Behavior In The Workplace menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor

kepimpinan dengan dorongan membuat inovasi (Subramaniam, 2007). Kajian tersebut menyebut

kepimpinan merupakan satu dorongan dan galakan kepada ahlinya untuk terus berkhidmat dan

memberikan motivasi untuk terus melakukan inovasi. Maka di sini peranan pemimpin adalah

sangat penting.

Setiap pemimpin mempunyai kuasa dalam menggerakkan dan memajukan organisasi.

Peribahasa ada mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana pemimpin begitulah

rakyatnya. Kegigihan pemimpin memajukan organisasi akan menjadi contoh kepada pekerja lalu

menukar cara bekerja organisasi berkaitan supaya lebih tekun dan efektif dalam melaksanakan

tugas yang diamanahkan. Kerjasama antara pemimpin dan pekerja dalam organisasi akan

menjadikan sikap positif mereka terhadap kerja sekaligus dapat membudayakan amalan inovasi

dan kreativiti di tempat kerja. Selain itu, pengurusan dan kepimpinan perlu mengamalkan dasar

terbuka bagi membolehkan usaha memperbaiki struktur organisasi. Sikap keterbukaan pemimpin

di sini dapat menggalakkan perkongsian ilmu dan percambahan fikiran seterusnya dapat

memperoleh keputusan yang baik. Pemimpin yang mempunyai sikap terbuka akan dilihat sedia

menerima dan memberi pendapat dengan baik dalam kalangan ahlinya.

Sebaliknya, tanpa adanya pemimpin yang cekap sebenarnya boleh menggugat pencapaian

organisasi untuk berkembang. Sebagai contoh, persaingan di dalam industri kalkulator, pihak

10
pengurusan pertengahan Canon yang berjaya mencipta inovasi terhadap kalkulator kecil yang

pertama di dunia. Kemudian mereka telah mengemukakan kertas cadangan kepada pihak

pengurusan atasan tetapi pihak pengurusan atasan telah menolak cadangan supaya penemuan itu

dikomersialkan akhirnya Canon telah dikalahkan oleh pesaingnya daripada Casio dan Sharp.

Hanya selepas Canon melihat pihak Casio mengaut keuntungan yang banyak barulah mereka

cuba memasuki pasaran tetapi itu pun dalam keadaan tergesa-gesa dan akhimya mereka tewas

dan mengalami kerugian.Tni jelas menunjukkan komitmen pihak atasan dalam menentukan

keseluruhan operasi organisasi amat penting dalam menentukan kejayaan inovasi itu berkembang

dalam organisasi.

iii. Meningkatkan kesedaran mengenai R&D

Selain itu, elemen yang juga tidak kurang pentingnya dalam menjayakan inovasi ialah melalui

pembangunan dan penyelidikan (R&D). Peranan dan sumbangan R&D untuk pembangunan

inovasi perlu diperluas dalam semua bidang bagi mendapat idea produk atau idea yang tinggi

kualitinya bagi memenuhi cita rasa pengguna. Justeru, usaha dan komitmen yang berterusan

perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi pelaburan dalam R&D seterusnya dapat meningkatkan

inovasi dan daya cipta untuk kepentingan besar pembangunan negara melalui geran penyelidikan

yang diberi kepada mereka yang ingin menjalankan penyelidikan secara individu mahupun

berkumpulan.

Kemudahan untuk mendapatkan geran penyelidikan dari mana-mana kementerian atau

jabatan akan menggalakkan lagi proses R&D. Oleh itu disarankan agar setiap kementerian

mempunyai peruntukan terutama dalam R&D dalam membantu merangsang inovasi dalam

kalangan pekerja atau merentasi organisasi. Meningkatkan kerjasama antara industri, kerajaan

dan institusi penyelidikan bagi memastikan hasil R&D ini dapat dimajukan hingga ke peringkat

11
pengkomersialan. Selain itu, kemudahan melalui sumber pembiayaan melalui dana

Intensification of Research in Priority Areas (IRP A) yang kini dikenali sebagai ScienceFund dan

TechnoFund, adalah dianggap penting bagi memudahkan permohonan geran-geran pembiayaan

R&D ini akan menggalakkan lagi inovasi.

Selain itu, program khas seperti 'Brain Gain' merupakan program yang memberikan

penekanan kepada pakar-pakar dari luar negara untuk datang dan menyumbang pengetahuan

kepada Malaysia. Di bawah program ini para pekerja boleh dihantar untuk mengikuti latihan

yang spesifik bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing.

iv. Pembangunan Modal Insan Pendorong Inovasi

Dalam rangka persediaan membudayakan inovasi struktur organisasi perlu disesuaikan dengan

perancangan atau strategi yang telah disusun atur. Tiada guna jika strategi disusun rapi dan

cantik tetapi struktur organisasi tidak mampu untuk melaksanakannya. Jika struktur organisasi

disusun dengan baik menepati bidang tugas masing-masing maka ia secara tidak langsung dapat

menghasilkan banyak idea yang mendorong melincinkan lagi perjalanan dan matlamat

orgamsasi.

Justeru modal insan dalam sesebuah organisasi merupakan agen perubahan besar dalam

mencapai matlamat organisasi (Sufean, 2007). Pendekatan kepada modal ini turut menjadi

penggerak utama dalam inovasi dalam organisasi ini. Dalam mencorakkan pembangunan

organisasi ini kekuatan modal insan ini dilihat amat penting dititiberatkan. Ini kerana dalam

mencapai inovasi organisasi memerlukan modal ins an yang berkualiti. Modal insan yang

berkualiti merujuk kepada pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan individu yang

berilmu, berkeyakinan, berdisiplin, inovatif dan dinamik serta berdaya saing. Tanpa sumber

manusia berkualiti, sesebuah organisasi akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang

12
menjadi pencetus idea baru serta pelaksana dalam kegiatan sosio ekonominya. Dalam

menerapkan inovasi organisasi modal insan/tenaga kerja ini perlu mempunyai kemahiran dan

pendidikan yang secukupnya.

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa perkara utama yang menghalang inovasi

ialah faktor manusia, bukannya prasarana teknologi. Sikap negatif dan keyakinan rendah dalam

kalangan pekerja tentang manfaat inovasi menjadi faktor kritikal yang akan menjadi hambatan

pada inovasi.

Selain itu, faktor perpindahan tenaga buruh mahir Malaysia juga perlu dibendung jika

tidak inovasi dalam organisasi juga akan terbantut. lni kerana tenaga buruh mahir ini

mempunyai kemahiran tinggi yang dapat merangsang inovasi untuk berdaya saing. Sumbangan

paling penting dapat dilihat apabila golongan ini banyak menyumbang kepada pembangunan dan

penyelidikan (R&D). Oleh itu, fenomena perpindahan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi

perlu dibendung melalui usaha-usaha seperti pemberian insentif kepada pekerja mahir Malaysia

yang menetap di luar negara, dalam bentuk pengecualian dan lepasan cukai, dan juga usaha

melibatkan pemberian status penduduk tetap secara segera kepada pasangan dan anak bukan

rakyat Malaysia dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menarik golongan tersebut kembali ke

Malaysia seterusnya agar keperluan inovasi organisasi dapat dipenuhi melalui R&D (Zulkifly

Osman, 2010).

v. Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (leT)

leT merupakan salah satu lagi keperluan inovasi yang dianggap penting dalam organisasi. lni

kerana dengan adanya teknologi K'T ia boleh merangsang perubahan baru untuk menjadikan

organisasi berkembang. Perkembangan leT kini secara langsung dapat mengubah cara bekerja

13
dalam organisasi dengan cepat dan pantas seterusnya dapat merancakkan lagi inovasi untuk

berkembang.

6. PERKARA YANG MENGHALANG INOVASI BERKEMBANG

Seperti yang kita maklum, inovasi tentang sesuatu produk atau proses memerlukan penyelidikan

dan pembangunan (R&D). Proses R&D ini biasanya memakan mas a yang panjang dan

memerlukan modal yang besar serta memerlukan kerjasama antara organisasi atau satu pusat

dengan pusat yang lain. Selain itu, sikap negatif pekerja, kekurangan prasarana, dan kekeliruan

peranan turut menyurnbang kepada halangan untuk berinovasi.

Huber (1985) dalam kajiannya menggariskan terdapat lima perkara yang menghalang inovasi ini

1. konflik kuasa antara pihak pengurusan tertinggi, jabatan, pusat, dan staf

11. masalah perbincangan yang panjang dan dikatakan cerewet serta memakan masa yang

lama yang melibatkan staf pada pelbagai peringkat pengurusan

111. kelembapan proses perlaksanan inovasi akibat duplikasi kerja.

IV. Membuat inovasi dalam banyak bidang. Dalam membangunkan inovasi sememangnya

dituntut untuk mempelbagaikan pemiagaan, tetapi bukan mempelbagaikan inovasi. Jika

seseorang yang major d alam sesuatu bidang, maka dia perlu berkarya untuk bidang

terse but. Sebagai contoh, Thomas Edison seorang inventor yang memiliki lebih daripada

seribu paten, hanya berkarya dalam bidang elektrik sahaja.

Selain itu, isu berkaitan yuran paten yang dikatakan terlalu mahal oleh sesetengah

usahawan atau organisasi turut menjadi hambatan kepada organisasi untuk berkembang maju.

Dalam membudayakan inovasi saya melihat paten terutama proses pendaftaran sehingga

mendapat kelulusan paten adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. Hal ini seringkali

14
menjadi penghalang kepada pihak industri untuk melindungi harta intelek mereka. Proses

kelulusan paten perlu dipermudahkan untuk menggalakkan lebih ramai para pencipta

menghasilkan inovasi dan seterusnya mengkomersialkan hasil inovasi mereka.

7. CADANGAN DAN LANGKAH MENGATASI

i. Inovasi sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dan di IPT


--------------------------------------
Salah satu cara untuk menanam budaya dan nilai inovasi dalam kalangan masyarakat muda

adalah dengan menjadikan inovasi sebagai salah satu mala pelajaran dalam kurikulum sekolah -t
~

dan juga di peringkat institusi pengajian tinggi. (IPT). Apabila inovasi ini diangkat sebagai satu

mata pelajaran maka budaya inovasi tersebut dilihat sebagai satu yang lebih bernilai dan D
')

berharga. Sehubungan itu, untuk menerapkan budaya inovasi ini, seawal mungkin kementerian-

kementerian yang terlibat boleh menjadikan ianya sebagai satu mata pelajaran atau diangkat

sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum melalui berpersatuan, kelab dan sebagainya.

Apabila mata pelajaran tersebut diserapkan dalam kurikulum sekolah atau dalam aktiviti ko-

kurikulum sebagai sebahagian daripada subjek mahupun aktiviti pelajar, maka anak-anak muda

dilihat lebih peka untuk terus berinovasi.

ii. Kerajaan perlu menyokong pembangunan inovasi

Sebagai tanda sokongan padu daripada kerajaan, kerajaan boleh membeli hasil produk tertentu

yang dihasilkan oleh rakyat tempatan. Apabila produk yang dihasilkan oleh syarikat tempatan

dibeli oleh kerajaan ini menunjukkan tanda sokongan serta dorongan kepada organisasi untuk

meneruskan budaya inovasi dalam kalangan ahlinya. Ini akan menggalakkan budaya inovasi

untuk terus berkembang di samping, dapat menunjukkan kerajaan menyokong penuh produk

yang dikeluarkan oleh rakyat tempatan.

15

u
iii. Meningkatkan organisasi pembelajaran

Demi membudayakan inovasi, organisasi perlu menekankan aspek pembelajaran yang berterusan

kepada pekerjanya. lni adalah penting sebagai platform yang berkesan bagi memupuk budaya

perkongsian ilmu. Budaya perkongsian ini dilihat dapat memudahkan penjanaan idea dan

penghasilan inovasi yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga organisasi.

iv. Pengikhtirafan

Dalam us aha membentuk inovasi dalam kalangan pekerja, organisasi juga boleh bertindak

dengan memberi pengiktirafan dalam bentuk insentif kepada individu atau kumpulan yang

berjaya menghasilkan inovasi. Dengan memberikan pengikhtirafan tersebut dapatlah para

pekerja meningkatkan us aha dan dorongan kepada mereka untuk terus berinovasi. Pengiktirafan

tersebut boleh disampaikan pada Hari Inovasi dan sebagainya.

8. KESIMPULAN

Pembudayaan inovasi dalam organisasi adalah penentu utama bagi mewujudkan

pembaharuan seterusnya untuk terus bergerak maju kehadapan di samping melonjakkan negara

ke peringkat lebih tinggi supaya dapat bersaing dengan negara maju. Ianya bukan sekadar

slogan, tetapi pengertian inovasi amat luas dan perlu diterjemahkan dalam seluruh aspek

kehidupan yang membawa kesejahteraan dan kemakmuran. Oleh sebab itu, sebagai seorang

Muslim kita yang patut mendominasi dunia inovasi hari ini bukannya orang lain.

Dalam memastikan matlamat ini tercapai dengan jayanya, setiap organisasi perlulah

bersatu padu dan bekerjasama terutama syarikat, universiti, institut penyelidik, komuniti dan

masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing terutama menjayakan pembangunan

16
inovasi yang berkesan. Ini penting bagi membolehkan Malaysia meningkatkan kadar

pengkomersialan harta intelek dan seterusnya menjana pendapatan. Biarlah hari ini organisasi

kita dikenali sebagai pencipta inovasi dan bukan sekadar pengguna kepada produk inovasi

semata-mata. Dengan itu barulah Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang berdaya saing

dalam pasaran global menjelang 2020.

17
RUJUKAN

Azman Che omar (2001) Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Drucker, P.F (1991) The Discipline Of Innovation. London: Sage

Huber, G.P ..Ed. (1985). Frontier In Creative And Innovation Management. Cambridge: Ballinegr
Publishing

Kelly,T.&Littman,J. (2000). The Art OfInnovation. New York: Random

Medina,C. et al (2002) Exploring Characteristic Of Innovative Companies: A Case Study In


Spain.

Mumford M.D (1997), Creativity In The Workplace: People, Problems And Structures, The
Journal Of Creative Behavior, Vol.31 No1, pp.l-6.

Mumford M.D, Whetzel & Palmon (1997). Thinking Creativity At Work Organization
Influences On Creative Problem Solving: The Journal Of Creative Behavior, Vol.31 No 1,
pp.7-17.

Nicolls A. (1983). Managing Educational Innovations. London: George Allen & Uwen

Siddiquee, N.A. (2008), Service Delivery Innovations And Governance: The Malaysian
Experience, International Journal of Public Sector Management, Vol.2 No.3, pp.194-213.

Subramaniam Indra Devi (2007) Determinant Of Innovative Behavior In The Workplace: A


Case Study Of A Malaysian Public Sector Organisation. European Journal Of Social
Sciences Vol.lO No.3. Pp 96-108.

18
Sufean Hussin (2007) Inovasi Dasar Pendidikan: Perspektif Sistem Dan Organ isas i. Kuala
Lumpur. Universiti Malaya

Wan Liz Ozrnan Wan Omar (1996) Pengurusan Islam Abad ke-21. Kuala Lumpur: Utusan
Publicatiosn & Distributions Sdn Bhd

Wong, S.Y. and Chin, K.S., (2007), Organizational Innovation Management an organization-
Wide Perspective, The Asian Journal on Quality, VoLlO No.9, pp. 1315-1290.

YusofIsmail (1996). Mengurus secara Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn Bhd.

Zaini Ujang (2010) Budaya Inovasi Prsyarat Model Baru Ekonomi. Johor. Press Universiti
Teknologi Malaysia

Zulkifly Osman (2010) Perpindahan Buruh dan Brain Drain Serta Kaedah Menanganinya Kertas
Pembentangan Sempena Seminar Model Barn Ekonomi: Tinjauan Dari PerspektifIslam di
IKIM.

19

You might also like