You are on page 1of 54

LOMPAT TINGGI

KUMPULAN 4 :
MOHD. AKHIRUDEEN B. YAHYA
NURZURANIZA BINTI RAMLI
SITI AZLIN BINTI IRIS 1
SEJARAH OLAHRAGA
• Olahraga merupakan sukan tertua di dunia
• Pada peringkat awal, olahraga hanya dikenali
sebagai satu bidang seni (bukan bidang sukan)
• 776 sebelum masihi, sukan olahraga dalam
tamadun manusia bermula iaitu di Greece
Kuno dalam Sukan Olimpik Kuno

2
SEJARAH OLAHRAGA
• 1896,Sukan Olimpik Moden diperkenalkan di
Greece dan di sini olahraga telah menjadi
acara wajib.
• Sukan olahraga menjadi terkenal dalam sukan
serantau seperti Sukan Sea, Sukan Asia dll

3
SEJARAH LOMPAT TINGGI
• Lompat tinggi merupakan acara padang dalam sukan
olahraga.
• Atlet lompat tinggi bebas memilih gaya lompatan
yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri.
• Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan
Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali
dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan
Heptathlon.

4
SEJARAH LOMPAT TINGGI
• Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula abad ke-
19 dan mula terkenal pada abad-20.
• Pada abad ke-20, pasir longgokan di tempat mendapat
diperkenalkan
• Keadaan ini telah mengurangkan risiko kecederaan
kepada peserta.
• Keadaan inilah yang menyebabkab acara ini menjadi
terkenal pada abad ke-20.

5
SEJARAH ACARA
• Tidak dapat dipastikan, lompat tinggi tersenarai dalam sukan
Olimpik Kuno seperti mana lompat jauh.
• Terdapat pihak yang berpendapat kemungkinan lompat tinggi
pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut.
• Catatan paling awal tentang lompat tinggi adalah pada abad ke-19
di England dan Scotland
• England, apabila suatu pertandingan diadakan untuk menentukan
golongan profesinal di England yang mampu melompat tinggi.
• Dalam pertandingan itu, William Tivedale berjaya melompat
setinggi 1.83 meter ataupun dengan kata lain setinggi enam kaki.

6
SEJARAH ACARA
• Scotland, dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece.
• Rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland
pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh
peserta pada masa itu.
• Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting.
• Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali (Kaki bersilang diatas
palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan
“duduk berlunjur”)

7
SEJARAH ACARA
• Namun pada sekitar abad ke-20 gaya gunting telah
dimodenkan oleh warga Irish-America, M.F. Sweeney.
• Gaya yang dimodenkan ini dikenali sebagai gaya timur.
• Gaya ini seakan-akan gaya Gunting, tetapi bahagian
belakang mendatar semasa melompat melepasi palang.
• Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekesan
dan mencipta rekod pada 1895 dengan ketinggian 1.97
m.

8
SEJARAH ACARA
• Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang
Timur atau Asia.
• Sebenarnya, inilah gaya pertama diguna oleh Sweeney yang
mendorong kebanyakan orang Pantai Timur Amerika
menggunakannya.
• Kemudian, pada tahun 1912, gaya barat diperkenalkan oleh
seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine.
• Gaya ini dikatakan lebih efisyen berbanding sebelumnya.
• Menerusi gaya ini, M.F. Horine berjaya melompat setinggi 6
kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh
semua peserta-peserta Amerika Barat.
9
SEJARAH OLAHRAGA
• Kemudian, pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan
gaya pelana yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang
lain.
• Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular
dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh
beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain.
• Buktinya, dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun
1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari
17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana.

10
SEJARAH OLAHRAGA
• Kemudian, pada Sukan Olimpik 1968, di Mexico Dick
Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan
satu teknik lompatan gaya baru dalam bidang lompat
tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas.
• Gaya ini telah popular dan dikenali sebagai gaya
Fosbury (atau gaya lentang)
– di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang
(bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan
hampir dengan bahagian tengkuk.

11
SEJARAH OLAHRAGA
• Bagi rekod dunia acara lompat tinggi, rekod tertinggi bagi atlet lelaki
dipegang oleh Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45 m
pada 27 Julai 1993 di Salamanca, Sepanyol
• Manakala wanita pula dipegang oleh Stefka Konstadinova dari
Bulgaria dengan ketinggian 2.09m pada 30 Ogos 1981 di Rome, Itali.
• Bagi rekod kebangsaan acara lompat tinggi kategori lelaki dipegang
olehLoh Kum Zee dengan ketinggian 2.24 m pada 14 Disember 1995
di Chiang Mai, Thailand
• Manakala bagi kategori wanita pula dipegang oleh Nor Aishah Ismail
dengan ketinggian 1.77 m pada 15 Julai 1990 di Kuala Lumpur.
• Antara jaguh-jaguh lompat tinggi Malaysia yang lain adalah seperti
Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, Glady Chai Ng Mei
dan Shabana Khanum.
12
• Pada peringkat awal sukan Olimpik gaya yang
digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak.
• Gaya pelana pula mula digunakan oleh peserta Eropah
• Manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta
Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling
diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi
Amerika ketika itu.
• Gaya gunting pula banyak digunakan oleh peserta
lompat tinggi dari Asia yang mula diperkenalkan pada
tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
13
Kesimpulan
• Berdasarkan sejarah di atas, jelas menunjukkan
bahawa cara dan teknik lompat tinggi mengalami
perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan
flop
• Oleh sebab itu, atlet yang mengambil bahagian
dalam acara lompat tinggi kebanyakannya
mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi
lampai.
• Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara
bahagian padang dalam sukan olahraga.
14
LOMPAT TINGGI

15
FASA LOMPATAN
• Fasa penujuan dimana anda perlu membuat
larian ke arah palang.
• Fasa lonjakan yang akan menentukan pergerakan
kaki untuk menaikkan badan.
• Fasa layangan gaya dan kedudukan badan ketika
berasa di udara dan di atas palang.
• Fasa pendaratan adalah fasa akhir dimana
bahagian badan akan menyentuh tempat
mendarat.
16
GAYA
LOMPATAN

17
Gaya Gunting
• Pelompat perlu berlari menuju ke palang
secara bersudut dan mencuba untuk melonjak
menggunakan kaki yang sedang berada di luar
dari kawasan palang.
• Ketika sedang melepasi palang, anda perlu
berada dalam posisi duduk melunjur.

18
a) Penujuan
• Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-
kira 30 darjah.
• Pelompat menggunakan 7-9 langkah.
• Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan
berlari dari sebelah kiri, memulakan larian
dengan kaki kanan.
• Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan
berlari dari sebelah kakan, memulakan larian
dengan kaki kiri.
19
b) Lonjakan
• Anda perlu melonjak dengan menggunakan
kaki luar.
• Ketika lonjakan dibuat, pastikan kaki yang
digunakan untuk melonjak berada di depan
pinggul dan pinggul bahagian hadapan bahu
untuk mencondongkan badan semasa
membuat lonjakan.

20
c) Layangan
• Kaki yang tidak digunakan untuk lonjakan atau
bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan
palang.
• Bahu berhampiran palang kekal dan tidak
condong ke arah palang.
• Kemudian diikuti kaki lonjakan yang
kemudiannya dihayun ke atas.

21
d) Pendaratan
• Anda perlu mendarat di atas punggung atau
menggunakan kedua- dua belah kaki.

22
23
Gaya Timur
• Ketika penujuan dibuat ke arah palang anda
perlu berada lurus dari hadapan (90’).
• Ketika fasa lonjakan dibuat, hayunkan kaki
bebas secara tegak ke bahagian hadapan
badan dan ketika sedang melepasi palang
posisi anda dalam keadaan mengiring.

24
25
Gaya Guling Barat
• Gaya ini memiliki persamaan dengan gaya gunting
dimana anda perlu menuju ke arah palang secara
bersudut.
• Anda perlu cuba melonjak dengan menggunakan
kaki yang paling hampir dengan palang.
• Pastikan ketika ini kaki lonjakan anda berada
dalam keadaan bengkok semasa sedang
“berguling” selari dengan palang untuk
pelepasan.

26
27
Gaya Pelana
• Terdapat persamaan dalam gaya ini dimana
ianya mirip dengan gaya guling barat.
• Penujuan ke palang juga perlu dibuat secara
bersudut.
• Ketika telah melepasi palang pastikan muka
anda sedang memandang ke arah bawah dan
kedudukan posisi badan seperti sedang
meniarap di atas palang.

28
29
30
Latihan Ansur Maju Gaya Pelana
a)Berdiri dengan kaki bebas di belakang.
Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan
tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang
melonjak menolak badan ke atas. Tujuan
latihan ini ialah untuk melatih pelompat
supaya dapat menendang kaki bebas ke atas
dan melonjak.

31
b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil
menghayun kedua- dua belah tangan. Latihan ini dapat
membantu agar lonjakan, tindakan kaki, bebas dan hayunan
tangan dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi
secara automatik.
c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk langkah dari tali itu.
Berjalan tiga langkah (mulakan dengan kaki lonjak) dan
tendang kaki bebas ke atas aras tali.
d)Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat
secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di
dalam latihan (b).
e) Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh
perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat
lompatan.
32
• Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan
ulangi latihan (c,d,e).
• Selepas melonjak dan badan berada di atas
aras tali, pusingkan badan dengan
merendahkan bahu supaya bergolek di atas
tempat mendarat atau tangan dan kaki bebas
mencecah kawasan mendarat.
• Latihan ini akan membantu pelompat
melepasi palang atau tali dan semasa
membuat pendaratan.

33
• Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari
sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu
lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat
mendarat dengan baik. Latihan ini
merangkumi kesemua fasa lompatan.
• Latihan lompat tinggi gaya pelana
menggunakan alatan yang sebenarnya serta
membuat lima atau tujuh langkah larian yang
pantas.

34
Gaya Fosbury Flop
• Gaya ini mula diperkenalkan dalam tahun
1968 oleh Dick Fosbury.
• Gaya yang diperkenalkan ini memerlukan anda
melepasi palang menggunakan bahagian
belakang bahu terlebih dahulu dan diikuti fasa
pendaratan yang menggunakan belakang
badan serta hampir dengan bahagian tengkuk.

35
a) Penujuan
• Dalam gaya ini ianya memerlukan anda
bersedia untuk mengambil langkah dalam
kiraan 7-9 langkah dimana langkah larian yang
3 terakhir dilakukan dalam bentuk lengkungan.
• Rasional larian secara lengkungan ini dapat
membantu menyediakan anda melepasi
palang pada bahagian belakang terlebih
dahulu.

36
b) Lonjakan
• Lonjakan yang dibuat perlu pantas dan cepat
dimana setelah anda mengakhiri larian
melengkung tindakan seterusnya ialah
melonjak dengan menggukankan kaki luar dan
apabila menghampiri tanda pemijak lonjakan
perlu dilakukan hampir selari dengan palang.

37
• Selepas itu pastikan kedua- dua belah tangan
anda dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki
bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut
juga dibengkokkan.
• Lutut anda perlu dilaraskan secara melintang
bagi membantu pusingan badan yang baik ketika
berada di udara.
• Tujuan utama lutut dilintangkan adalah bagi
memastikan bahu menjadi selari dengan palang.
38
c)Layangan
• Ketika sedang berada di udara, anda perlu memalingkan
muka ke arah belakang dan memandang ke arah palang
sambil melentikkan badannya.
• Lentikan badan ini pula akan membantu bahagian
punggung anda untuk melepasi palang.
• Setelah anda telah melepasi bahagian palang pastikan
kedua- dua belah kaki anda telah diluruskan serta diangkat
secara menegak ke atas.
• Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memastikan kaki
tidak tersangkut pada palang dan telah bersedia untuk
mendarat.
39
d) Pendaratan
• Kaki yang diangkat lurus dan tegak
kemudiannya akan diikuti dengan tindakan
pantas anda menarik kepala dan dada ke arah
kaki.
• Dalam masa yang sama pastikan juga kedua-
dua belah tangan anda telah dihayunkan ke
atas dan kemudian mendarat sepenuhnya
dengan bahagian belakang badan.

40
41
Menentukan penujuan gaya Fosbury Flop
( contoh bagi pelompat kaki kiri)

42
Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya
Fosbury Flop
Latihan 1
- Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke
hadapan dan kemudian melengkok beberapa
langkah ke kiri. Sekiranya pelompat melonjak
dengan kaki kanan, dia haruslah melengkok ke
kanan. Latihan ini hendaklah dibuat ulang- ulang.
- Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar
supaya dapat berlari lurus dan bengkok.

43
Latihan 2
• Apabila pelompat melangkah tandaan di
bahagian melengkung, dia mestilah melonjak
dengan serta merta ke atas.
• Kemudian, kedua- dua belah tangannya
dihayunkan ke atas dan badan dipusingkan di
udara dengan lutut kaki bebas menyilang
badan.
• Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil
menghadap tempat permulaan.
44
Latihan 3
• Pelompat melonjak ke atas dan melentikkan
badan.
• Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk
menyentuh palang yang tergantung.
• Latihan ini bertujuan untuk melentikkan
badan.

45
Latihan 4
• Pelompat berdiri membelakangkan tali atau
palang yang direntangkan.
• Pelompat melonjak dengan kedua- dua belah
kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan
melepasi tali.
• Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau
belakang badan.
• Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan,
melepasi halangan dan mendarat.
46
Latihan 5
• Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah
dan terus melompat dengan gaya Fosbury
Flop.
• Latihan ini merupakan latihan berlari pantas
dan menentukan tempat yang sesuai untuk
melonjak.

47
Peraturan Asas dalam Acara Lompat Tinggi

• Peserta mesti melonjak dengan menggunakan


sebelah kaki.
• Peserta boleh mula melompat dari mana- mana
ketinggian permulaan yang disukainya.
• Jika anda telah menyentuh palang dan tidak
melompat, menjatuhkan palang ketika lompatan
ataupun telah menyentuh kawasan tempat
mendarat semasa lompatan yang tidak berjaya
maka kesemua keadaan yang disedari ini akan
menyebabkan lompatan anda terbatal.
48
• Jika anda gagal untuk melompat dan melintasi
palang sebanyak tiga kali berturut- turut maka
ini bermakna anda telah terkeluar daripada
pertandingan.
• Anda berhak meneruskan lompatan
( walaupun setelah semua peserta yang lain
gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya
lagi mengikut peraturan.
• Pengukuran ketinggian lompatan dibuat secara
menegak bermula dari paras tanah hingga ke
bahagian tengah di sebelah atas palang.

49
50
Peraturan 171
• Peserta perlu mencabut undi untuk
menentukan giliran lompatan.
• Sebelum pertandingan bermula, Ketua Hakim
mengumumkan ketinggian permulaan dan
kenaikan seterusnya.
• Pelompat boleh memilih untuk memulakan
lompatan pada ketinggian yang telah
ditetapkan.Ini bermakna bahawa pelompat
boleh memilih untuk tidak melompat.
51
• Selepas gagal percubaan kedua atau ketiga
( selepas gagal percubaan pertama atau kedua)
dan masih lagi layak melompat pada
ketinggian yang berikutnya.

52
• Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau
lebih sehingga keadaan berikut:
- Sehingga seorang pelompat tertinggal
- Terdapat seri pada kedudukan pertama
• Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki
sahaja.

53
• Kegagalan melompat adalah kerana keadaan
berikut:
- Palang jatuh.
- Sebelum pelompat melepasi palang, semua
kawasan sebelah hadapan tiang disentuh.
- Gagal melepasi palang tiga kali berturut- turut.
• Landasan larian seharusnya tidak kurang
daripada15m.
54

You might also like