You are on page 1of 7

APA ITU STRESS?

Stress adalah istilah payong yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan,
ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya.
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari
keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.
Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan
melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan
individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan
hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan
lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri.
Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress,
bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah
bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga
penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu
subjektif.
Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada
seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu
boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan
seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat
merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan
disebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia
melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.
Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima diri
sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk oleh kita
sendiri. Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam
kesukaran kehidupan, ada orang yang menggelak, ada yang terus hidup bergelumang
dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf,
sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri.
STRESS YANG MEMBANTU

Stress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi diri.
Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon adrenalin dan rangkaian hormon-
hormon lain merangsang tubuh untuk bersedia samada untuk melawan atau lari.
Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh memotivasikan dan
menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber,dan potensi diri untuk
kejayaan di luar keupayaan biasanya. Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupan
memerlukan penekanan pada diri. Rahsia kejayaan adalah membentuk imbangan supaya
kita tidak terlampau menekan diri dan tidak terlampau leka. Tampa kesedaran ini tekanan
kreatif boleh bertukar menjadi stress yang memudaratkan. Jadi reaksi stress itu tidak
boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi kepada
stress dan mengendalikannya untuk menentukan samada ia menjadi dorongan yang
kreatif atau musuh yang merosakkan diri.
STRESS YANG MEMUDARATKAN

Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan seseorang
kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang
tidak tenteram.
Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yang
membentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapan
mengendalikan stress. Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akan
terjejas.
Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai
atau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap
ditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bill
kerana terpaksa menunggu lama.
Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung
kepadanya tampa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-tahun
berlalu. Di sini anxieti, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah menifastasi
stress yang terus bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress seperti ini ialah
perasaan keciwa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad dengki dalam diri
kita.
Belajar bertenang, melepaskan dan merelakan adalah penting untuk keharmonian dalam
diri, kebahagian dan kesihatan.
CARA KITA BEREAKSI KEPADA PUNCA STRESS BIASANYA ADALAH LEBIH
MEMUDARATKAN DARI PUNCA STRESS ITU.

Harmoni dalam diri adalah penting untuk pemikiran yang kreatif, pengamatan yang jelas
dan tepat, membuat keputusan yang baik, dan menyelesaikan masalah. Jika tiada harmoni
dalam diri pengamatan juga akan gagal, kerana mata kita mematuhi aksi minda.
Contohnya jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa hilang
daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang daya maka bukit akan
kelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas dan sedalam lautan; kehilangan daya ini juga
akan membuat kita gagal melihat kepada sumber atau potensi yang sebenarnya ada pada
diri.
"Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yang berlaku tetapi oleh pendapat kita
tentang apa yang berlaku" Jadi untuk memulihkan harmoni dalam diri kita mestilah
belajar mengenali dan membaiki pengamatan, sikap dan kepercayaan pada diri. Hidup
dengan baik dalam diri dan kita dan kita akan belajar hidup dengan baik dengan dunia
sekeliling kita.
Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormon-hormon adrenalin
dan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalin membuatkan diri cepat marah,
penat dan gelisah. Terlampau banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan dan
memudahkan diri mendapat penyakit. Tampa rihat, rekreasi dan masa untuk pulih dari
ketegangan akan menyebabkan stress bertindih di atas stress yang sebelumnya dan ini
akan memudaratkan badan. Pertahan yang paling baik ialah imbangan.
KEKUATAN DALAMAN:-
KEBERANIAN

"Orang bijak yang terperangkap dalam ribut tidak berdoa supaya diselamatkan dari
bahaya, tetapi berdoa supaya disisihkan dari ketakutan. Sebenarnya ribut dalam diri yang
membahayakan dirinya, dan bukan ribut diluar".
Stress beganding erat dengan ketakutan.Takut kegagalan, takut dalam pengharapan, takut
perubahan, takut keseorangan, takut imag diri yang tidak baik, takut kejayaan, takut
akan tidak dapat melakukan sesuatu adalah di antara bermacam-macam jenis takut.
Takut tidak dapat melakukan sesuatu ada kalanya menghalang seseorang itu memulakan
sebarang usaha. Penawar paling baik kepada takut tidak dapat melakukan sesuatu ialah
dengan terus melakukannya.
Takut seperti juga stress ada positif dan ada negetifnya. Langkah pertama kepada
pengawalan stress ialah keberanian, berani untuk menerima perasaan takut dan mengawal
atau menakluki ketakutan itu. Bila berhadapan dengan ketakutan adalah lebih wajar
mengambil kira hakikat/realiti dan bukan dogengan atau kebimbangan yang tidak
realistik.
PENERIMAAN

Banyak orang telah mengalami stress tetapi terus dengan cara kehidupan yang sama
dengan menggunakan penafian. Seseorang itu akan menggunaka mekanisma minda untuk
mempertahankan diri dari sedar akan keadaannya yang sebenar.Antaranya ialah
menidakkan atau merationalisasi perbuatannya itu mempunyai sebab-sebab yang boleh
diterimanya. Contohnya seorang perokok itu menidakkan keadaan paru-parunya yang
tidak sihat dan mengatakan merokok itu baginya melegakan stress. Mekanisma
mempertahankan diri ini agak sesuai dalam mengendalikan diri semasa berhadapan
dengan stress yang besar tetapi bukan cara yang baik untuk megatasi masalah atau stress
yang berpanjangan.
Pengawalan stress yang berjaya ialah dengan bersikap "Apa yang boleh dilakukan" dan
tidak "Kalaulah………" Dengan penerimaan dan bertindak melegakan stress yang
memudaratkan akan membantu diri kita hidup dalam keadaan sihat dan cergas.
PERASAAN

Adakalanya bukanlah sangat sesuatu yang berlaku yang mencetuskan stress tetapi
perasaan yang terbangkit oleh peristiwa tersebut yang mendatangkan stress kepada
seseorang.
MENDENGAR DAN MEMERHATI KEADAAN BADAN

Dengar dan memerhati diri dan bahasa badan.Kebanyakan masanya kita mengabaikan
petanda-petanda awal akan keadaan diri yang tegang. Contohnya seseorang itu akan terus
hisap rokok walaupun kerap batuk dan sesak nafas, terus mengambil lebih banyak kerja
walaupun badan mengalami keletihan dan perasaan mudah terganggu. Ada kalanya stress
lebih meningkat kerana kita megabaikan signal-signal awal yang dikeluarkan oleh tubuh
kita.
EXPRESSI

Kawan yang paling bernilai adalah mereka yang boleh mendengar dengan baik.
Memendam rasa dan kebimbangan akan menyuburkan lagi stress. Dengan melahirkan
kebimbangan atau ketakutan adalah langkah pertama membolehkan diri berhadapan
dengan stress, mengawalnya dan seterusnya melepaskan stress tersebut.
Berhadapanlah dengan stress, dengan becakap, menulis, menyayikannya, ketawa,
menangis dan lain-lain lagi. Cara ini membantu kerana dengan melahirkannya, akan
menjelaskan dan meletakkannya sesuatu konflik kepada perpektif yang lebih objektif.
Ekspresi menggalakan penyembuhan.
Menulisnya boleh membuatkan yang subjektif lebih objektif, yang tak sedar di bawa
kepada kesedaran dan yang tak terlahir kepada yang dilahirkan. Tulis tampa tapisan,
bebas, berterusan dan tampa kritikan. Selepas itu simpan kertas itu ditempat yang
selamat, dan analisanya secara objektif tampa terlalu beremosi, 1 jam, sehari atau
seminggu selepas itu.
Satu lagi cara ialah dengan menulis diari stress setiap hari. Dengan cara ini kita akan lebih
peka akan pertalian pemikiran dan perasaan kita dan seterusnya dapat memperbaiki
bentuk-bentuk pemikiran dan perasaan yang negatif.
SAHABAT

Perkongsian masalah dengan sahabat akan menggandakan keseronokkan dan


mengurangkan penderitaan. Setiap kita mengalami kesukaran kehidupan yang
membolehkan kita berkongsi cara-cara penyelesaian. Hujan tidak menimpa ke atas
bumbung rumah kita seorang sahaja. Pengasingan dan kesunyian boleh menukar
perpektif keatas masalah menyebabkan masalah itu dirasai lebih berat.
SOKONGAN

"Seseorang itu merasa sunyi kerana ia cenderung membina pagar dari membina
jambatan". Sokongan dari keluarga, kawan-kawan, ahli komuniti, profesional dan
pertubuhan kebajikan boleh meringankan stress yang terhasil dari krisis kehidupan yang
besar.
KUMPULAN PENGURUSAN STRESS

Adakalanya menyertai kumpulan-kumpulan pengurusan stress yang profesional boleh


membantu menguruskan diri dan mempelajari cara-cara menggunakan stress untuk
kebaikan dan mengawalnya dari menekan diri sehingga kemudaratan.
ADAKAH STRESS ITU SAYA PUNYA?
Sikap dan penyakit orang lain mudah berjangkit. Manusia ada tabiat untuk mengalihkan
stressnya kepada orang lain. Pernah anda merasa tertekan dengan kemarahan dan
kelakuan negatif dari ketua, ibu-bapa atau pasangan anda?. Agak senang bereaksi kepada
mood orang lain dan adakalanya tampa kita sedari kita telah menyerapi stress yang
diluahkan oleh orang lain .
Langkah terbaik ialah dengan menerima perasaan orang lain, dengar kepada masalahnya,
beri simpati, nasihat atau maklumbalas, tetapi jangan mengizinkan orang lain
menanamkan stressnya ke dalam diri kita. Kita perlu sedar tentang identiti diri sendiri.
BERTINDAK

Kita hanya mendapat imbuhan dalam hidup ini dengan bertindak. Pengalaman stress
memerlukan reaksi. Dalam banyak hal reaksi ini ialah "lawan atau lari". Dengan lain
perkataan kita mengatasi masalah dengan tektik lawan iat itu berkonfrontasi, bersikap
asertif dan positif, atau dengan mengunakan taktik lari iaitu mengelak, relak dan tidak
mengindahkannya. Selain dari lawan dan lari reaksi ketiga yang mungkin terjadi ialah
terus kaku. Reaksi kaku yang biasa dimanifestasikan ialah panik, anxieti, keraguan,
melenggahkan kerja, dan bersikap "kalau lah.....".
Jadi bila berdepan dengan stress, dari terus berada dalam keadaan gelisah dan
kebimbangan, adalah lebih baik mengarah diri untuk memikirkan "Apakah yang boleh
saya lakukan sekarang ini untuk mengurangkan stress?" Dan kita akan sedar bahawa
selepas 15 min melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan, kita akan makin hampir
dengan penyelesaian. Dengan melenggahkan penyelesaian beban stress akan terkumpul
dan adakalanya menjadi kronik.
LANGKAH DEMI LANGKAH

Semasa mengalami stress perkara yang perlu dikerjakan akan dirasai begitu besar dan
sukar. Jika kita memikirkan secara keseluruhannya maka kita mungkin sukar untuk
memulakan usaha kita. Begitu juga dengan seorang yang bakal menjadi seorang jutawan,
dia perlu belajar mengutip wang sen sebelum mengutip wang ringgit. Jadi rancangkan
tugas dan tanggungjawab anda kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan serta
bereskan satu persatu. Ingat, perjalanan yang jauh itu bermula dengan langkah yang
pertama.
Buatkan senarai mengikut kepentingan kerja dan buat satu persatu mengikut kadar yang
kita mampu. Mungkin untuk setiap senarai kerja yang kita mampu bereskan kita boleh
menghadiahkan diri kita dengan sesuatu yang kita idam-idamkan. Langkah ini adalah
baik untuk terus menggalakkan usaha kerana ia akan mengukuhkan semangat kita untuk
mengulangi kejayaan yang sama atau yang lebih baik.
MENUKAR PERSPEKTIF

Sesuatu masalah ada lebih dari satu penyelesaian. Cari pendapat baru, sudut baru,
pemerhatian yang lebih teliti, mejauhkan diri dengan cara melihat masalah kita itu dari
kedudukan orang lain adalah di antara permainan minda yang boleh membantu mengawal
stress. Ketawa, relaks, senaman, meditasi,sembahyang, komunikasi, hiburan, persahabatan
adalah cara-cara praktikal untuk mengurangkan stress.
FILOSOFI KEHIDUPAN

Stress begitu merbahaya apabila ia sampai keperingkat di mana kita hilang keupayaan
melihat sesuatu dalam perpektif yang sebenarnya. Peribahasa Parsi, "Saya meratapi
ketiadaan kasut, sehinggalah saya menemui seorang yang ketiadaan kaki". Sesungguhnya
kita ada contoh dikalangan masyarakat kita sendiri iaitu "Tuah", Tokoh Maal Hijrah yang
lalu. Menyelami penderitaan yang dipaparkan oleh orang yang lebih tidak bernasib baik,
sepatutnya membolehkan diri kita berdepan dengan masalah peribadi yang kita alami.
Selain dari membandingkan diri dengan orang yang lebih tidak bernasib baik, kita juga
boleh membandingkan masalah sekarang dengan masalah-masalah lalu yang telah kita
atasi dengan jayanya. Latihan ini membolehkan diri kita mengigati yang kita ada
kekuatan dan kebolehan.
PEMIKIRAN POSITIF

Peribahasa Cina mengatakan "Lebih baik menyalakan lilin dari menyumpah akan
kegelapan". Semasa mengalami stress ada kalanya minda kita seolah-olah diprogramkan
supaya hanya melihat dan memikirkan perkara yang negatif sahaja. Rasa tidak terdaya,
rasa di singkir, rasa tidak disayangi, rasa tiada harapan dan lain-lain.
Dikala berfikiran negatif ada kalanya baik kita memikirkan:
1. Apakah kekuatan saya? Kenalpasti kemahiran, kebolehan dan bakat yang ada.
Sedarkan diri kepada apa yang kita boleh buat. Jangan hiraukan apabila minda cuba
mengatakan "TIADA atau TIDAK".
2. Tanya pada diri "Apakah pengajaran yang tersirat dalam stress ini?" Berhenti dari
mencari kesalahan orang lain, dan buat perubahan yang perlu pada diri. Dengan hanya
melihat kepada salah orang lain dan mencuba menukar sikap orang lain, kita hanya
menambahkan stress kepada diri sendiri.
3. "Apakah peluang yang ada dalam stress ini" Berhenti dari terus memberi fokus kepada
jalan mati atau sesuatu yang tidak dapat diubah.
4. "Apakah perkara positif dan perkara yang mesti dilakukan untuk membuat perubahan
ke arah yang lebih positif?
REAKSI DALAMAN

Adakalanya kita tidak dapat menghindarkan sesuatu yang tidak baik dari terjadi pada
diri, walaubagaimanapun kita boleh memilih cara kita bereaksi kepadanya. Pilih reaksi
merelakan dan meredakan jika sesuatu keadaan itu sudah pasti tidak dapat diubah lagi.
KESYUKURAN

Stress yang merbahaya boleh terhasil kerana kepercayaan kita - iaitu kepercayaan yang
kehidupan ini penuh dengan beban dan masalah. Jika ini kepercayaan kita maka kita
mudah lupa untuk bersyukur ke atas sesuatu yang baik yang ada pada diri kita. Hilang
kesyukuran bermakna kekurang kekuatan dalam diri.
Banyak masanya kita lupa erti kebolehan melihat, bernyawa, mendengar, membaca,
berdiri, bercakap, merasa, dan lain-lain lagi. Mungkin jika kita sudah kehilangannya
barulah kita dapat menghargai bertapa indah dan nikmatnya keupayaan-keupayaan
tersebut.
MENGELUARKAN PELUH

Bersenam adalah cara yang sangat penting dalam melegakan stress yang terkumpul.
Pernahkah kita fikirkan kenapa stress begitu mengancam di kehidupan zaman moden ini.
Pada zaman dahulu kala, aktiviti memcari rezeki setiap hari adalah jauh lebih bahaya
daripada kita yang hidup di alam serba moden ini. Walaupun begitu orang dahulu kala
tidaklah mengalami kemudaratan yang dipanggil stress. Ini adalah kerana corak hidup
orang dahulu banyak menggunakan tenaga fizikal mereka dan ini bukan sahaja
mengunakan hormon-hormon yang dikeluarkan semasa dalam keadaan tertekan tetapi
juga meningkatkan daya kardiovaskular mereka.
Aktivit fizikal juga dalam kadar yang berat dan sederhana berat akan membuat badan
kita mengeluarkan hormon endorfin, yang seakan sama dengan morfin. Oleh kerana ia
dikeluarkan dari dalam badan dengan kadar yang terkawal dan bersesuaian maka ia
banyak mendatangkan rasa kelegaan dan akan mengukuhkan semangat seseorang untuk
meneruskan aktiviti fizikalnya itu.

Setiap orang perlu meluangkan masa untuk melakukan sesuatu atau tampa melakukan
sesuatu dengan bersendirian. Masa sebegini adalah teramat penting bagi seseorang itu
mengrefleksi keatas pengalaman kehidupannya. Masa berseorangan ini adalah baik dalam
mendatangkan kepekaan pada diri sendiri. Mungkin anda seorang ibu atau bapa yang
begitu sibuk dengan tugas seharian dan hanya memikirkan masalah-masalah dan
kehidupan orang lain. Masa sebegini amat baik jika dilalui dalam keadaan bermeditasi
atau berelaksasi.
KHIDMAT

Selain dari bersendirian, khidmat kepada orang lain juga mendatangkan lebih makna
dalam kehidupan. Ini amat penting jika seseorang itu begitu banyak masa terluang,
kerana berada dalam keadaan bosan juga adalah merupakan satu bentuk stress.
Gunakanlah masa sebaik-baiknya dan masa yang terluang paling baik jika dihabiskan ke
jalan kebaikan kepada orang lain.
Dalam melakukan kerja resmi juga kita sepatutnya memasukkan semangat dan keinginan
untuk memberi khidmat dan bantuan yang sebaik-baiknya. Contoh yang paling senang
ialah dengan menampilkan wajah dan senyuman yang mesra bila berhadapan dengan
mereka yang memerlukan khidmat anda. Sesungguhnya banyak sumbangan yang boleh
kita berikan tampa melibatkan sumber luar dan wang ringgit.Kelakuan yang cergas dan
perilaku yang ceria akan dapat menukar perasaan ke arah yang lebih ceria juga.

This page is created to offer advice on ways to reduce one's stress. Most of the suggestions are
targeted at one's mind, i.e changing one's thought, attitude and perspective in life. Subsequent
to this I will add on the types of psychiatric disorders that may be precipitated by life stressors.

You might also like