You are on page 1of 64

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

Folio Pendidikan Seni Visual;

Nama Pelajar : Muhamad Zahid Bin Ahmad Sarkawi.

No I/C : 900101-10-5607

Kumpulan : F 1 B ( PPISMP Ambilan Julai 2008 )

Nama Pensyarah : Uthayakumaran A/L Kandasamy

Tarikh Hantar : 21 September 2008


PENGHARGAAN

Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya

melaksanakan kerja kursus berasaskan ilmu dengan teratur dan jayanya.Kerja kursus berasaskan ilmu adalah satu

sistem pelaksanaan kerja secara berstuktur yang bertujuan untuk mentafsir penguasaan dan pencapaian pelajar dalam

aspek pemerolehan ilmu, pengusaan ilmu dan kemahiran pemindahan pembelajaran,amalan kalaborasi serta

penghayatan nilai dan sahsiah keguruan.

Melalui kerja kursus berasakan ilmu ini,pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat rujukan dan

mengakses maklumat daripada pelbagai sumber,memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara

sistematik dan bermakna.Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih

kepada pihak pusat sumber Institut Perguruan Sultan Abdul Halim kerana telah menyediakan bahan-bahan dan sumber

maklumat kepada saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini.Tidak dilupa juga kepada pensyarah subjek ini iaitu

Othayakumaran A/L Kandasamy dan rakan-rakan yang membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya.

Akhir kata,semoga segala ilmu dan maklumat yang saya melalui tugasan ini dapat saya manfaatkan dalam diri

saya dan masyarakat,sekian terima kasih.


ISI KANDUNGAN
Muka surat
Pendahuluan
Muka surat
Isi kandungan

Pengenalan Pendidikan Seni Visual

 Definisi  Warna

 Matlamat dan objektif  Ruang


Prinsip rekaan
 Pandangan tokoh
.
 Peranan Seni Visual .  Kontra

 Psikologi  Penegasan

 sosiologi  Imbangan

Unsur-unsur seni .  Irama dan pergerakan


 Garisan
 Kepelbagaian
 Jalinan
 Kesatuan
 Rupa
 Harmoni
 Bentuk
Rumusan .
Bibliografi .
PENGENALAN

Pendidikan Seni adalah program pendidikan bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi
keperluan individu. Keperluan individu ini dapat dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran
mengenai nproses, teknik dan media serta pembentukan nilai. Feldmen (1996) memberi definisi pendidikan seni sebagai
satu usaha yang melibatkan pengaajaran dan pembelajaran, membuat dan memahami seni disamping mengetahui
tentang dunia dan diri kita sendiri.
Seni yang dimaksudkan adalah seni visual yang meliputi catan, arca, seni bina, kraft, reka bentuk industri, fotografi
filem, televisyen, dan seni komputer. Disiplin ini mengkaji fungsi dan bentuk setiap objek yang kita hasilkan. Pendidikan
sini visual merangkumi pelbagai kaedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajari sejarah dan antropologi
seni, membezakan makna seni, dan melihat nilai hasil individu. Hal ini dapat menjelaskan betapa menyeluruhnya
pendidikan seni visual.
PENGERTIAN SENI

Membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, menggubah dan sebagainya. Ia juga boleh ditakrifkan
sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988), “Seni barmaksud kecil sekali,
halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuaangt sesuatu yang indah-indah.

Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1966:453), Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera
manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran”.

Oxford Student Dictionary Of Current English For KBSM, Fajar Bakti (1989:33) menyatakan “Art : the creation or
expression of what is beautiful especially in visual form : great skill or ability in such expression”.

Mengikut Ibnu Khaldun “seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung cirri-ciri
estetika dan logika”.

Fine Art In Islamic Civilization Imam Al-Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan keindahan
dan kecantikan.
SENI VISUAL

Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Kita sebagai manusia menggunakn deria mata untuk melihat atau
nampak akan sesuatu.
 Visual merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.
 Wujud atau terbit daripada idea atau pengalaman atau rangsangan individu untuk melahirkan daya cipta yang
indah serta dapat dinilai serta dilihat menggunakan mata manusia.
 Seni visual dapat dinilai keindahannya daripada pengalaman estetik.
 Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.
 Unsur seni reka ialah garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang.
 Prinsip seni reka ialah penegasan, kontra, imbangan, kepelbagaian, harmoni, irama, dan pergerakan serta
kesatuan.

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL.

 Membentuk keperibadian yang celik budaya


 Mempunyai nilai-nilai estetikm yang tinggi, imaginative, kritis, kreatif inovatif dan inventif.
 Meningkatkan rasa kesyukuran nterhadap tuhan.
 Menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

 Menunjukkan semangat bina jati diri kea rah pembentukan Negara bangsa.
 Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.
 Menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
 Membuat diskripsi analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
 Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.
PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT TENTANG SENI VISUAL.

Plato (427/428 sebelum masihi – 347 sebelum masihi)

Sumber ;http;//www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html

Pendapat Plato (347 SM) – lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran .Seni dan pendidikan perlu dipandukan
kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikaitkan juga dengan perlakuan, akhlak,
nilai dan moral. Pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya.
Plato membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya, dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato
membandingkan lukisan dengan kebenaran iaitu ;
 Pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.
 Tukang pembuat objek meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu.
 Idea atau konsep objek tukang pembuat itu meniru konsep sebenar objek itu yang diberi tuhan.
Aristotle (384 sebelum masihi – 322 sebelum masihi)

Pendapat Aristotle pelukis sebenarnya meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda
alam dan pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk
dalam cerita puisi itu.

 Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada pokok. Dengan sruktur
bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok.
 Dengan struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu.

Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang yang baik. Aristotle memberi penekanan kepada bentuk dan
struktur sesuatu hasil ataun karya.
Pestalozzi ( 1746 – 1827 )
 kanak-kanak patut diberi peluang belajar seni sama ada berbakat atau tidak.
 Memberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan.
 Selain itu beliau berpendapat seni ialah kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep pendidikan sepanjang
hayat (life long ) terhadap aktiviti bercorak praktikal.

Frank Cizek (1865 – 1946 )


 Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan.
 Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tak hilang kreativiti dan sifat
keperibadian diri.
 mewujudkan suasana gembira, suka riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

John Dewey (1859 – 1952)


 Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.
 Memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman.
 Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intlektual
(kecerdasan fikiran) melalui seni.
PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI VISUAL.

MUSLIM
Muslim dalam Kitab Al.Imam menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dengan objek alam
semulajadi akan dapat mencipta suatu karya atau sekurang-kurangnya menghargai objek tersebut.

Menurut Al-Ghazali
 seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah.
 Seni menuju kepada “Al-Falah”, untuk keredhaan Allah dan menghindarkan perkara-perkara yang dilarang oleh
Allah, dan
 Seni dijadikan sebagai pemangkin untuk nketakwaan. Melalui karya seni, sifat tawaduk akan lebih tertampildan
lebih beriman kepada Allah.

Menurut Al-Ghazalba
 Seni tidak ekses ( melampaui batas-batas kesusilaan )
 Seni untuk Islam bertunjangkan dari Allah untuk Allah
 Keindahan yang dihasilkan dari ilham seni seniman bertunjangkan kepada “mardatillah” dan
 Seni membentuk peribadi muslim kea rah yang lebih mantap dan beriman.
PERANAN SENI VISUAL

Peranan Psikologi ;
Berasal daripada perkataan Greek, iaitu psyche yang membawa maksud jiwa, minda dan semangat atau roh dan logos
yang membawa maksud perbincangan atau bidang kajian. Psikologi membawa maksud perbincangan atau kajian ke atas
keseluruhan tingkah laku manusia secara saintifik. Perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada
perkembangan sensitivity, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitivity
Merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik.
 Pengkarya mempunyai kebolehan untuk merasa, peka, dan menghayati
 Sensitiviti melatih pengkarya menyatakan ekspresi secara jujur.

Emosi
Keupayaan melahirkan idea, rasa hati, membuat pertimbangan dan pernyataan diri.

Terbahagi kepada dua :


 Emosi sensori
Ialah emosi kesan dari[pada rangsangan dari luar tubuh seperti rasa dingin, kenyang, letih dan lapar.
 Emosi psikik
Ialah emosi yang mempunytai alas an kejiwaan seperti kasih sayang, simpati, persaudaraan dan perasaan benci.
Kreativiti
Kamus Dewan - kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif.
Ahli psikologi - sesuatu yang asli dan berdaya cipta

 Kreativiti dalam seni visual lebih kepada sesuatu teknik yang merujuk kepada penglibatan dalam menghasilkan
pelbagai kualiti kerja yang lebih menarik.
 Kreatif ialah sejenis pemikiran yang spontan, berimaginasi, berani dan penemuan saintifik dan rekaan mekanikal.
(a) Kreativiti ekspresif
(b) Kreativiti teknikal
(c) Kreativiti inovatif
(d) Kreativiti inventif
(e) Kreativiti emergenitif

Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan membuat dan mencipta, menjadikan individu
lebih imaginative dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi
Tindak balas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat, peristiwa dan
benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan,curahan idea, gambaran pemikiran
dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu ia juga
dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
Peranan sosiologi ;
Merupakan kajian sistematik tentang masyarakat dan tingkah laku sosial. Menurut ahli falsafaah Perancic, Auguste
Comte yang digelar Bapa Sosiologi Dunia, sosiologi adalah sains kehidupan sosial yang melibatkan kesan tindak balas
sesama manusia. Ahli sosiologi, R.M Maciver (1972) mengatakan bahawa masyarakat adalah makhluk-makhluk sosial
yang melahirkan sifat-sifat mereka dengan mencipta satu organisasi yang memandu dan mengawal dan mengawal
kelaakuan mereka dalam pelbagai cara

Nasionalisme
Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkitkan nilai, semangat dan
perasaan melalui SV. Pembelajaran SV dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan cintakan Negara. Contoh hasil
karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin.

Propaganda
SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebarkan idea, hasrat, atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada Dunia (1990)
Persekitaran
Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV dapat mengukuhkan
kepekaan dan sensitivity terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Contohnya Rumah
Rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foong Mooi, reka bentuk lanskap dan
hiasan dalaman. Rumah Rakit – Kuala Lipis.

Ritual / upacara
SV dalam melaksanakan ritual / upacara sesuatu budaya dan adapt resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat.
Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung
penyembahan orang-orang asli Pahang dan Selangor.

Spiritual
Ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan
dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air dan Udara karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran
Hasil seni SV berasaskan kepada factor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV dapat menghasilkan
mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur
pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.
Pemujukan
Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan


Pembelajaran SV dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Contohnya
seperti bidang pembungkusan.

PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran. Terbahagi kepada

Pengalaman intelektual
Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan
produk seni. Kebanyakan yang terlibat ialah pengkritik, penggiat seni, dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang
perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.

Pengalaman langsung
Melalui proses membuat atau memproses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah
pelukis, pengarca pandai tukang dan sebagainya.
UNSUR SENI

Unsur seni merupakan eleman asas dalam penghasilan sesebuah karya seni.setiap karya seni mempunyai satu atau
lebih elemen yang dinyatakan itu.

GARISAN

RUANG WARNA

UNSUR SENI

JALINAN RUPA

BENTUK
GARISAN
Merupakan satu titik yang bergerak dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam satu ruang.
• Garisan mungkin berupa pinggir, satu pertemuan kawasan, kontur, perubahan satah, atau paksi visual. Sesuatu
garis mempunyai sifat fizikal, keupayaan fungsi, kualiti bahan, emosi dan makna.
• Garisan dapat dihasilkan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan.
• Garisan terdiri dari pelbagai sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti garisan.
Sifat garisan
Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta.
Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza dalam penghasilan
karya.

Lembut Kasar Berserabut Berduri Tegas Berbulu Licin Menggerutu

Jenis garisan
Melintang Menegak Nipis Titik Berputar Melengkung Berpancar Zig-zag
Mengenali garisan dengan beberapa kategori.

• Ketagori pertama ialah jenis garisan.


Garisan mungkin lurus, melengkung, beralun, bersegi atau sendeng

• Ketagori kedua ialah arah garisan.


Arah garisan menerangkan hubungkait garisan dengan muka surat Garisan melintang bergerak merentasi
mukasurat, dari timur ke barat atau dari barat ke timur. Garisan menegak bergerak dari atas atau dari bawah
mukasurat, samada dari utara ke selatan atau dari selatan ke utara. Garisan diognal kelihatan menyendeng dalam
perbandingan pada sudut mukasurat.

• Ketagori ketiga ialah kualiti garisan.


Garisan dihasilkan berseni atau ‘bold’ seperti tebal, lembut, nipis, sederhana, putus-putus dan berubah-ubah.

• Garisan boleh jadi tebal, nipis, lembut, aktif, kemas, atau spontan.
Kualiti atau mutu garisan
• Pelbagai mutu bentuk garisan dari tebal ke nipis, daripada nilai yang gelap ke terang dan juga garisan yang
membengkok dan lurus.
• Garisan seperti ini akan menunjukan kontor dan bentuk satu alam benda dan sifatnya.
• Dalam alam semulajadi terdapat berbagai jenis garisan yang menggambarkan keadaan atau sifat benda tersebut.

Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusa visual ruang pada sesuatu imej yang digambarkan. Contohnya garisan bagi
ruang paling hadapan sesuatu benda yang dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Ia bertujuan untuk
menimbulkan ruang visual pada benda tersebut.

Garisan melambangkan ruang


• Garisan boleh digunakan sebagai rujukan visual bagi menunjukkan dan membahagikan kawasan ruang, sama ada
dalam ruang dua dimensi atau tiga dimensi. Kawasan ruang yang ditunjukkan oleh garisan boleh terdiri daripada
rupa yang tersusun atau tidak tersusun.

Garisan melambangkan arah

• Garisan dari segi visual dapat memberikan satu suasana pergerakan dinamik seperti dalam ilustrasi figura
disebelah.
Garisan juga boleh digelar sebagai statik, aktif atau dinamik. Ini bergantung kepada kedudukan dan orientasi diantara
satu format dua atau tiga dimensi

Garisan menerangkan rupa


 
• Garisan boleh mempersembahkan kontor rupa atau pinggir bagi satah bagi bentuk dua atau tiga dimensi. Garisan
boleh mempersembahkan figura yang tersusun atau yang tidak tersusun, abstrak atau nyata.

Garisan mempersembahkan sifat permukaan


 
• Garisan boleh ditambah kepada ciri-ciri figura atau bentuk dan rupa. Kontor rupa, ton, dan jalinan boleh ditentukan
dengan menggunakan teknik lukisan garisan yang menghasilkan tarikan dan makna visual.

Garisan membentuk corak/ jalinan


 
Garisan juga boleh digunakan dalam kebanyakan objek buatan manusia, bahan dan struktur binaan di dalam
persekitaran. Di dalam kajian visual, corak boleh disusun daripada satu set garisan kepada tatarajah

Teknik lain yang membolehkan corak dihasilkan ialah pemecahan dari kestabilan kepada corak yang tersusun.
Perubahan di dalam ketebalan garisan boleh menghasilkan ilusi kedalaman dan pergerakan
Garisan sebagai sistem simbol
 
• Garisan juga boleh digunakan tidak hanya pada lukisan figura dan bentuk, tetapi juga bagi mewakili fakta teknikal,
bilangan, ringkasan ekspresi atau simbol kod.

Garisan dibentuk daripada bentuk huruf skrip dan taipografi


 
• Elemen taipografi boleh disusun untuk membentuk garisan dan menghasilkan imej serta komposisi.

Garisan sebagai makna visual bagi ekspressi


Garisan juga boleh digunakan sebagai peranti visual yang dinamaik untuk menterjemahkan idea dan suasana. Garisan
mempunyai makna grafik dan keupayaan bagi mengekspresikan kegembiraan, kesedihan, kesepontanan, keceriaan,
keberanian atau perasaan

Garisan menghasilkan ilusi ukuran, kedalaman dan pergerakan


• Garisan juga boleh digunakan secara efektif untuk menghasilkan ilusi bagi ukuran, kedalaman, dan pergerakan
dalam satu format dua dimensi.

• Berbagai ketebalan garisan, ruang, arah yang sebanding dan tindanan adalah teknik yang digunakan dalam
komposisi garisan untuk menghasilkan ilusi kedalaman dan jarak.

Garisan menghasilkan ton


• Garisan boleh digunakan untuk menghasilkan ton. Kesan visual ini boleh dicapai dengan menggunakan ketebalan
garisan yang berbeza atau sama dan ruang diantaranya.
Nilai kecerahan dan kegelapan garisan ini dapat dihasilkan melalui teknik ini bagi menghasilkan ilusi kedalaman, ciri-ciri
permukaan dan pergerakan

Garisan di dalam persekitaran semulajadi  


Garisan juga didapati dalam bentuk persekitaran semulajadi sebagai hasil dari bentuk atau pengaruh daripada
persekitaran

Garisan di dalam produk, bentuk dan persekitaran buatan manusia.


• Garisan juga terdapat dalam bentuk buatan manusia dan persekitaran hasil dari pembahagian ruang, kualiti
semulajadi objek, penggunaan bahan dan sebagainya.

Kualiti emosi dan pengertian bagi garisan.


• Kualiti emosi tertentu boleh dinyatakan oleh jurureka apabila menghasilkan garisan. Emosi ini akan mewujudkan
tindakbalas daripada pemerhati.
• Garisan boleh digunakan bagi mengubahsuai mood dan kadarbanding bagi sesuatu rekabentuk.
Walaupun jenis garisan tertentu biasanya menimbulkan perasaan tertentu, ia merupakan penilaian yang subjektif

Aplikasi garisan di dalam rekabentuk grafik


• Didalam rekaletak, garisan boleh diatur untuk memisahkan bahagian-bahagian penting dalam rekaletak. Disini
garisan digunakan untuk menghasilkan lajur yang berbeza-beza. Contoh fungsi garisan dalam rekaletak iaitu:

1. Menyusun maklumat (cetakan garisan diantara ruang nombor-nombor di dalam laporan kewangan).
2. Menegaskan perkataan yang penting.
3. Menghubungkan unit maklumat.

• Garisan banyak digunakan dalam rekaletak atau rekabentuk grafik. Garisan digunakan bagi mengawal:
 Arah
 Pembahagian
 Emosi
 Rentak
Lukisan yang menunjukan sifat permukaan bagi
tumbuhan

Garisan dan arah


Garisan mempersembahkan sifat permukaan
Garisan menerangkan rupa Garisan membentuk corak/ jalinan
Lukisan kuda belang menggunakan garisan untuk menghasilkan
corak.
Susunan garisan dalam pelbagai ketebalan
menghasilkan pergerakan. Garisan dibentuk daripada bentuk huruf skrip dan taipografi
 
`

Garisan sebagai sistem simbol Garisan sebagai makna visual bagi ekspresi
Peta jalan Contoh garisan yang mempersembahkan ekspressi dan pergerakan.
Garisan menghasilkan ilusi ukuran, Garisan menghasilkan ton
kedalaman dan pergerakan

Garisan bertindih menghasilkan


Kedalaman dan dimensi
 
Garisan dalam persekitaran semula jadi

Garisan yang menghasilkan pergerakan garisan pada permukaan tanah


Garisan di dalam produk, bentuk dan Aplikasi garisan di dalam rekabentuk grafik
persekitaran buatan manusia. Menyusun maklumat (cetakan garisan diantara
ruang nombor-nombor di dalam laporan kewangan

Garisan yang terdapat persekitaran manusia


Kualiti emosi dan pengertian bagi garisan.

JALINAN

Jalinan adalah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia.
• Jalinan boleh diterangkan dengan sesetengah perkataan seperti kasar, licin, berbongol, beralun, bersegi-segi,
bergaris, tumpul dan berkilat.
• Deria rasa dapat membantu kita memahami suasana jalinan dipersekitaran.
Jalinan adalah permukaan yang sebenar, rasa pada permukaan bergantung kepada tahap dimana ia dapat dipisahkan
melalui komposisinya. Ini menentukan apa yang dilihat dan apa yang kita rasa.

Penghasilan karya menggunakan beberapa jenis jalinan.

 Jalinan sebenar
Jalinan yang digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asal
Pada benda yang ditiru.
 Jalinan tiruan
Jalinan yang ditiru atau dihasilkan oleh manusia manusia sama ada jalinan sentuh atau jalinan tampak. Contohnya
jalinan kayu menggunakan pelbagai media atau teknik. Contohnya teknik simen ferro, gambar pokok pada ilutrasi
komik dam olahan imej manusia pada catan cat minyak.
 Jalinan abstrak
Sifat atau rupa bentuk jalinan yang diolah dalam karya. Jalinan dipermudahkan atau dimujarabkan mengikut
kehendak pengkarya serta mengikut fungsi karya.
 Jalinan rekaan
Jalinan rekaan ialah jalinan yang direka oleh manusia atau dipermudahkan daripada jalinan yang sedia ada.

• Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:

1. Jalinan sentuh
Adalah jalinan yang sebenar dan boleh dirasa permukaannya menggunakan jari.

Jalinan pada kain kasar sejenis jalinan sentuh – dapat dirasa


2. Jalinan tampak
Ialah jalinan ilusi, nilai jalinannya tidak dapat dirasai oleh deria sentuhan

Jalinan pada batu mar-mar adalah jalinan tampak – hanya dapat dilihat

Memerhatikan jalinan dari jarak dekat

Jalinan boleh dinyatakan dengan perkataan seperti kasar, lembut, pudar dan bersinar. Faktor seperti nilai kontras,
pigmen warna, corak jalinan, arah bagi sumber cahaya, pembalikan pada permukaan, dan jarak daripada pelihat memberi
kesan kepada persepsi dan persembahan jalinan
Jalinan kasar

Jalinan lembut

Mempersembahkan jalinan melalui lukisan.

• Kebanyakan jalinan yang menarik boleh dipersembahkan dengan menggabungkan berbagai media lukisan dan
teknik.
• Jalinan boleh dihasilkan melalui catan, lukisan, gosokan, tenunan, lipatan dan tebukan. Ini mungkin terdiri daripada
jalinan sentuh atau jalianan tampak yang realistik.
• Untuk menghasilkan jalinan tiruan, artis, arkitek dan jurureka juga menggunakan ton dan warna melalui penggunan
pelbagai media.

Jalinan yang dihasilkan secara ilusi pada sebuah lukisan

Jalinan abstrak dan dekoratif boleh dihasilkan dengan menggunakan pengulangan pada corak, garisan, dan satah
rupa. Jalinan sentuh boleh dipersembahkan melalui teknik kolaj, tenunan atau tebukan pada permukaan kertas. Tatarajah
keseluruhan jalinan ini boleh digunakan untu menghasilkan komposisi rupa yang besar atau figura.
Robert Mazur menggunakan arkilik polimer dan pasir silica untuk menghasilkan lukisan

Aplikasi jalinan di dalam rekabentuk grafik


 
• Jalinan adalah penyumbang utama kepada nilai keupayaan dan dimensi rekaletak.
• Corak adalah sebahagian dari jalinan tampak yang membentuk ilusi jalinan.
• Jalinan juga dapat digunakan bagi menghasilkan penekanan. Kemahiran menggunakan jalinan boleh membuat
rekabentuk kelihatan menarik.
Jalinan boleh diletakan di mana-mana sahaja yang dirasai perlu oleh jurureka untuk mencapai kesan yang diingini.
Jurureka mungkin memerlukan
Kerja –kerja perletakkan jalinan pada objek dalam grafik komputer

Didalam rekabentuk grafik penggunaan jalinan amat meluas yang merupakan salah satu elemen yang penting. Beberapa
contoh penggunaan jalinan ialah seperti berikut: menghubungkan imej dengan latarbelakang, memberikan mood atau
identity kepada hasil kerja, dan menghasilkan kontras yang menarik.

Contoh dimana jurureka menggunakan jalinan bitmap kepada


latarbelakang untuk memberikan nilai estetika atau mood kepada skrin
RUPA

Bermaksud garisan luar sesuatu benda. Garisan luar sesuatu benda akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama.
• Ciri-ciri bagi satu satah dan ditentukan oleh konfigurasi kontor garisan
• Rupa merupakan hasil pertemuan penghujungnya garisan dengan titik permulaanya. Bila garisan menutupi sesuatu kawasan
maka lahirlah rupa.
• Dengan kata lain rupa adalah sifat bagi pengenalan terhadap satah dan ditetapkan oleh tatarajah kontor garisan atau pinggir
satu satah. Ini bermakna cara bagaimana figura dan bentuk dikenalpasti.
• Kebanyakan rupa mempunyai nama yang berdasarkan kepada pinggir kontor, ciri-ciri fizikal dan kesatuan.

• Rupa terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu:

1. Rupa geometri
Mempunyai sudut-sudut yang tepat. Rupanya kukuh dan kelihatan kasar.

Contoh rupa geometrik seperti hexagon, tigasegi, empatsegi dan bulatan

2. Rupa organik
Mempunyai rupa yang lebih bebas dan tidak mempunyai sudut yang tepat. Ia lebih berseni dan lembut.

Contoh rupa organik, tidak mempunyai sudut yang tepat


Poligon
 
• Dari segi teori, poligon adalah susunan titik, bahagian garisan, dan satah ruangan dalaman. Setiap titik
mempersembahkan penjuru atau vertex. Bahagian garisan adalah sebahagian daripada poligon berdasarkan titik
dan bahagian menyebabkan terjadinya rupa yang khusus.

Kombinasi antara segmen garisan dengan rupa tertentu menghasilkan poligon

PARALLELOGRAMS

Rombus Romboid Trapezoid Trapezium Segi empat tepat Segi empat sama

POLYGON BIASA

Segi tiga Pentagon Heksagon Heptagon octagon Segi empat

Membahagikan imej dan objek ke dalam rupa akromatik.


 
• Artis, arkitek dan jurureka kerapkali menggunakan teknik visual bagi membahagikan imej kepada nilai yang rata
menggunakan fotograf atau ilustrasi.
• Teknik ini menghasilkan penggayaan, abstraksi, tetapi menetapkan ilusi kedalaman dengan nilai ton akromatik dan
kromatik.

Imej Albert Einstein menggunakan titik, garisan, dan rupa menghasilkan ton

Tranformasi rupa
 
• Kemampuan untuk melakukan tranformasi pada rupa adalah kemahiran yang penting di dalam rekabentuk. Ia
adalah satu pendekatan kreatif yang dapat menyelesaikan beberapa masalah visual.
• Tranformasi ini dilakukan menggunakan samada kaedah penambahan ataupun pengurangan. Proses transformasi
ini kerapkali digunakan di dalam bidang rekabentuk produk, hasil seni dan struktur senibina.

Contoh tranfomasi rupa


Rupa menetapkan struktur rekabentuk senibina dan pembahagian ruang dalaman.
Dalam senibina dan rekabentuk ruang dalaman, rupa digunakan untuk menentukan pinggir bagi ruang tiga dimensi,
membentuk siling, dinding dan lantai bagi banggunan dan bilik-bilik di dalam bangunan

Ruang yang ditentukan oleh rupa yang boleh dilihat di bahagian siling, lantai dan dinding.

Rupa positif dan rupa negetif


 Rupa boleh diolah dalam bentuk positif atau negatif.
a) Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
b) Rupa negatif ialah ruang di keliling rupa sesuatu objek.

Positif negetif

Rupa dan lambang


 Cuba perhatikan lambang-lambang pada bendera negara kita. Terdapat dua rupa yang menjadi lambing kepada negara kita.
Rupa itu ialah rupa bulan dan bintang.

Rupa dan muka taip


 Mukataip ialah jenis-jenis reka bentuk huruf.

 Huruf boleh dilukis dalam pelbagai rupa untuk pelbagai tujuan.

 Pada asasnya, rupa muka taip ini dibuat untuk menjadi daya penarik dan menyampaikan mesej.

Contohnya :

Menggambarkan Menggambarkan
kekuatan kelucuan
BENTUK

 Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa.


 Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisimdan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada stu
permukaan.
 Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk.
 Bentuk terbahagi kepada dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
 Bentuk terhasil akibat perbezaan dari segi ton, warna, garisan, jalinan, saiz atau bahan.
 Contohnya garisan dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk. Disamping itu bentuk juga mempunyai
perhubungan yang rapat kesan bayangan dan cahaya.

Bentuk asas geometric


Bentuk dua dimensi
 Bentuk dua dimensi merujuk kepada gambar atu visual dua dimensi. Ia dapat dilihat pada permukaan 180
darjah.
 Bentuk dua dimensi hanya wujud dalam gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya.
 Contoh bentuk dua dimensi ialah catan, foto, dan reka bentuk grafik.

Bentuk tiga dimensi


 Bentuk tiga dimensi merujuk pada yang wujud pada ruangan yang sebenar atau rata. Ia mempunyai isipadu,
jisim dan dapat dirasa serta disentuh.
 Contoh karya seni visual yang mempunyai bentuk tiga dimensi ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu.
 Bentuk tiga dimensi terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang dapat dilihat dari pelbagai sudut iaitu 360
darjah dan bentuk timbul (relief)
 Contoh bentuk yang dapat dilihat pada sudut 360 darjah ialah arca, bangunan dan tembikar labu saying.
 Contoh bentuk timbul boleh didapati daripada arca yang dilekatkan pada dinding seperti ukiran kayu dan
arca simen.

Bentuk pelbagai dimensi


 Bentuk pelbagai dimensi biasanya dipersembahkan melalui media baru dan dipersembahkan melalui
teknologi digital. Contohnya melalui paparan multimedia.
 Bentuk pelbagai dimensi disampaikan dalam gabungan bentuk tiga dimensi dan
bentuk dua dimensi.
 Ia juga dipersembahkan dalam gabungan dimensi contohnya dalam olahan visual ilusi maya.
• Bentuk boleh dihuraikan dari segi fungsi, strukturnya, bahan, kaedah menghasilkannya, kualiti emosi dan gaya.
Bentuk ada yang nampak berat dan ringan, ada yang mempunyai rupa tertentu dan ada yang bebas.

Bentuk sebuah kereta

Bentuk padu (konkrit)


 
• Bentuk padu mempunyai tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan dalam, seperti dalam ilustrasi di sebelah

Keratan rentas ilustrasi baseball yang menunjukan tiga dimensi isipadu iaitu panjang, lebar dan dalam
Persembahan bentuk pada format dua dimensi (bentuk ilusi)
• Ilusi bentuk pada satahgambar dua dimensi boleh dihasilkan menggunakan sistem lukisan binaan, jalinan, ton atau
warna

Lukisan selari bagi bentuk padu menghasilkan ilusi bentuk

Perhubungan diantara rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.


 
• Asas bagi menghasilkan bentuk tiga dimensi bermula dengan penggunaan satah rupa dua dimensi yang dipanggil
poligon. Daripada poligon, bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan melalui proses tessellations dan jaringan satah.

Contoh dimana polyhedron dilakukan lipatan bagi menghasilkan bentuk tiga dimensi.
Penggunaan konfigurasi garisan untuk menghasilkan bentuk
 
• Bagi arkitek dan jurureka rekabentuk dalaman dan jurureka produk struktur garisan boleh digunakan untuk
menghasilkan berbagai aplikasi. Ilustrasi dalam figura di muka surat sebelah menunjukkan beberapa contoh
bagaimana bingkai garisan digunakan bagi menghasilkan rekabentuk yang berasakan bentuk.

Struktur garisan yang menghasilkan bentuk

2.7.3 Bentuk dan rupa


 
• Sebagai sebahagian dari satah, rupa juga adalah sebahagian daripada sifat bentuk. Terdapat satu panduan
diantara bentuk padu dan objek, produk dan struktur di dalam persekitaran.

Teknik lukisan menggunakan ton dan jalinan digunakan untuk menghasilkan ilusi bentuk.

WARNA
 Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan yang penting dalam penghasilan karya dan kehidupan
harian.
 Warna adalah tindak balas visual terhadap gelombang cahaya yang dikenal pasti sebagai merah, biru, hijau
dan lain-lain.
 Warna, merupakan komponen cahaya, yang mempengaruhi pemikiran, mood, tindakbalas dan juga
kesihatan kita.
 Ahli psikologi, dan juga jurureka mempunyai pengetahuan mengenai warna yang boleh mempengaruhi
sikap dan pemikiran manusia. Malah warna juga mampu mempengaruhi tahap kesihatan seseorang itu.
 Pemilihan warna untuk pakaian juga mempengaruhi peluahan perasaan seseorang. Pereka-pereka yang
mereka pakaian, kereta dan hiasan dalaman juga mengetahui kepentingan warna di dalam sesuatu rekaan.
Untuk itu, mereka memperuntukan masa yang panjang untuk memikirkan tentang pemilahan warna

Warna terbahagi kepada tiga kategori

 Warna asas (primary colour)


 Warna sekunder (secondary colour)
 Warna tertier (tertiary colour)

Warna utama
• Warna utama terdiri dari tiga warna-warna asas. Warna utama ini tidak boleh dihasilkan dari campuran sebarang
warna. Warna utama ialah biru, kuning dan merah.
• Ia tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna lain.
• Campuran warna asa dapat menghasilkan pelbagai warna.
• Antara jenis warna yang dapat dihasilkan melalui campuran warna asas ialah warna skunder dan warna tertier.

Biru Merah Kuning

Warna utama terhasil dari pemisahan warna spektrum. Gabungan tiga warna ini dapat menghasilkan berbagai
hue.

Warna sekunder

 Warna sekunder terhasil daripada campuran dua warna asas.

CAMPURAN
DAN WARNA KEPUTUSAN WARNA
ASAS
BIRU + KUNING HIJAU
MERAH + BIRU UNGU
MERAH OREN/JINGGA
+KUNING
Warna tertiar

 Warna tertiar terhasil daripada campuran warna asas dan warna sekunder.
 Warna asas yang dicampur ialah warna yang ada di bersebelahan roda warna.
 Campuran warna daripada warna asas dapat menghasilkan berbagai-bagai warna. Campuran warna amat penting
dalam penghasilan karya terutamanya dalam penghasilan catan.
 Ia juga dikenali juga sebagai warna penggenap (complementary colour). Ia terhasil daripada campuran satu warna
asas dan satu awrna sekunder.
Suhu warna

 Suhu warna dapat dirasai melalui deria penglihatan seseorang.


 Ia juga dapat dirasai melalui perasaan seseorang yang melihat warna tersebut.
 Suhu warna tidak dapat dirasai melalui deria sentuhan.
 Suhu warna terdiri daripada warna panas dan warna sejuk.

Warna panas
 Terdiri daripada warna yang menimbulkan suasana yang bertenaga seperti susunan kemewaha, peperangan,
kemeriahan dan keceriaan.
 Wujud daripada benda panas seperti api yang sedang marak dan matahari yang sedang bersinar.
 Warna panas adalah warna yang tergolong dalam kumpulan warna yang mempunyai intensiti yang tinggi seperti
merah, kuning dan oren. Ianya melambangkan kekuatan, aktif dan kukuh.

Warna sejuk

 Warna sejuk ialah warna yang tergolong didalam warna yang mempunyai intensity yang rendah. Ianya
melambangkan ketenganan, nyaman, suram dan stabil.
 Contoh warna sejuk adalah seperti Biru, Hijau, dan Ungu
 Terdiri daripada warna yang menimbulkan suasana yang menimbulkan perasaan aman, tenteram, dingin dan
damai. Contohnya suasana yang menimbulkan perasaan tersebut ialah warna yang terdapat pada air laut, air
sungai, hutan dan bukit bukau.

CONTOH WARNA SEJUK DAN WARNA PANAS


Warna sejuk warna panas
Warna sejuk memberi inspirasi yang lebih tenang
dan nyaman pada persepsi mata.

Nilai warna
 Nilai warna ialah ukuran kekuatan warna. Contohnya kecerahan atau kegelapan sesuatu warna.
 Nilai warna terdiri daripada ton warna warna kroma.

Ton warna

 Kesan pancaran terang atau gelap warna.


 Dihasilkan melalui campuran warna hitam atau putih mengikut kadar tertentu.
 Jika sesuatu warna dicampur dengan warna putih ia akan menjadi lebih terang dan jika dicampur warna hitam
warna tersebut akan menjadi lebih gelap.
 Penggunaan ton warna dalam karya seni dapat mencipta ruang.

Warna kroma

 Warna kroma ialah nilai ukuran warna.


 Campuran warna dengan penggenap akan menghasilkan nilai ukuran sesuatu warna. Nisbah campuran warna
akan menentukan kadar nilai kuasa sesuatu warna.
 Nilai ukuran dapat dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar.
 Warna kroma akan memberikan kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.

Skema warna

 Skema warna ialah rangkaian kombinasi warna-warna yang harmoni.


 Kesesuaindan padanan warna yang dipilih akan menghasilkan warna yang menimbulkan pelbagai tema atau
suasana. Seperti hiasan dalaman,rekaan grafik, pakaiaan atau catan.
 Kombinasi warna dan skema warna dapat menimbulkan tema atau suasana yang menyagarkan, hangat, eksklusif
dan ceria.
 Kombinasi warna diperlukan sebagai panduan dalam menyesuaikan warna-warna yang berbeza dalam sesatu
karya.
Nilai warna Ton warna

Ton warna boleh dijelaskan dengan kepudaran warna hitamkepada putih.

RUANG
 Ruang bermaksud kawasan yang kosong disekeliling sesuatu objek,jarak, di antara dua objek ataupun
rongga yang terdapat dalam sesuatu objek
 Ruang kelihatan timbul dan tenggelam mengikut susunan dan tindakan warna yang tertentu
 Perbezaan saiz dapat menimbulkan ruang dekat atau jauh.

Ruang terbahagi kepada dua


Ruang ilusi
 Berbentuk dua dimensi. Kita dapat merasai kedalaman ruang ilusi tetapi hanya dapat melihat pada
permukaan 180 darjah. Contohnya ruang ilusi yang terdapat pada catan cat air dan fotografi.
Ruang konkrit
 Terdapat dalam ruang sebenar. Kita boleh merasai kedalaman ruang kongkrit contohnya ruang dalm
bangunan, perabot dan arca. Ia berbentuk tiga dimensi.

Jarak diantara atau sekeliling objek


• Ruang melibatkan pesepsi jarak dalam persekitaran dan perkaitannya pada kerja seni, senibina dan rekabentuk.

• Ruang melibatkan pesepsi pada kedudukan dua dimensi dan tiga dimensi.
• Rupa 2 dimensi atau 3 dimensi ditakrifkan sebagai elemen visual yang tidak mempunyai sempadan dan
sambungan yang tidak terbatas dari ruang kawasan sesuatu objek.
• Ruang digunakan sebagai suatu cara untuk menerangkan bahagian dalaman atau jarak diantara suatu titik yang
belum begitu pasti.
• Ruang mempunyai ketebalan, kedalaman dan juga panjang serta lebar.
• Ruang tidak boleh ditafsir, ruang digunakan untuk mengisi kekosongan. Ia bersambung, pasti dan sentiasa terkini.
• Visual kadang kala dirujuk sebagai ruang seni kerana kebanyakan seni jenis ini disusun dalam ruang.
• Ruang boleh dikategorikan kepada jenis yang berbeza:
1. Ruang dua dimensi
 Kita mendefinasikan ruang dua dimensi sebagai permukaan yang rata dan hanya mempunyai lebar dan
panjang sahaja.
 Satu plan yang menggunakan panjang dan lebar, juga dikenali sebagai format plan
.

2. Ruang tiga dimensi


 Makanisma ini digambarkan oleh penglihatan dua belah mata dalam keadaan sebenar (binocular)

Ruang dan persprktif


 Objek yang sama saiz kelihatan lebih besar ditempat dekat tetapi lebih kecil di tempat jauh.
 Garisan grid perspektif menimbulkan ruang dan illusi tiga dimensi dalam kerja dua dimensi
 Sesuatu objek dapat dilihat dari sudut yang berlainan
 Contoh:sudut hadapan,sudut tepi,sudut atas,sudut bawah
 Kedudukan garisan perspektif bergantung kepada kedudukan aras mata seseorang.
 Lukisan perspektif pandangan sesuatu objek berubah dari segi saiz,ketinggian,dan kelebaran mengikut jarak yang
tertentu.
 Aras mata ialah kedudukan mata seseorang apabila melihat sesuatu objek. Perbezaan aras mata mewujudkan
perbezaan sudut pandangan.
 Aras mata menentukan kedudukan kaki langit pemisah antara awan dan bumi atau dua bahagian atas dan bawah.
 Jika dicantumkan, garisan perspektif pada sesuatu objek atau persekitaran akan kelihatan seolah-olah bertemu
pada suatu titik yang dinamakan titik lenyap.
PRINSIP REKAAN

Kontra
 Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai cirri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam
sesuatu gubahan.
 Kontra juga berkaitan dengan focus kerana cirri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan.
 Kesan kontra dapt ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melalui
a) Penggunaan dan pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan.
b) Pengolahan teknik dan dan gaya yang berbeza-beza.
c) Penggunaan bahan yang berlainan.
 Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni kerana aplikasi ini dapat,
a) Member penegasan dantumpuan.
b) Mengelak kebosanan.
c) Menghasilkan hasil seni berpelbagai lebih menarik.

Penegasan
 Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsure yang menonjol di dalamnya.
 Penegasan ialah satu teknik yang berkesan untuk menimbulkan focus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara
atau objek.
 Dalam proses penghasilan karya seni visual, cirri penegasan dapat dicapai melalui cara-cara berikut ;
a) Menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra.
b) Mengasingkan elemen yang harus ditegaskan
c) Meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid berpancaran.
 Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dapat,
a) Menimbulkan focus atau tumpuan.
b) Menarik perhatian.
c) Mengelakkan kebosanan.
Imbangan
 Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan perhatian.
 Terdapat dua jenis imbangan.
a) Imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan
bawah. Garisan ‘axis’ dilukis ditengah-tengah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai
kesamaan.
b) Imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada gubahan tidak sama tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya.
 Dalam ciptaan seni, hasil yang bersimetri mempunyai cirri-ciri berikut ;
a) Penegasan yang biasanya berpusat di bahagian tengah.
b) Daya tarikan sederhana atau tiada tarikan langsung.
c) Hasil kelihatan dirancang dengan teliti dan terkawal mengikut grid yang tertentu.

Irama dan pergerakan


 Pergerakan ialah keadaan yang bergerak,bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar dan
sebagainya.
 Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan
cara dan teknik yang tertentu.
 Irama dan pergerakan bertujuan untuk membolehkan nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak
dua dimensi, menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistik, justeru menjadikan gambar kelihatan lebih menarik.
 Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat,
a) Menghasilkan irama dan Susana tertentu.
b) Menjadikan gambar lebih menarik.
c) Menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik.
d) Menimbulkan kesan visual yang lebih hidup dan realistic.

Kepelbagaian
 Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan.
 Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, perlanjutan, dan kontra.
 Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat member gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan
bagi gubahan itu.

Kesatuan
 Kesatuan wujud pada suatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema yang
sama dan menyeluruh.
 Penggunaan unsur-unsur seni,pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada
sesuatu gubahan seni visual.
 Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,teratur,, dan
sempurnadisamping menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan yang selesa.

Harmoni
 Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. Harmoni tidak
akan muncul jika terdapat cirri-ciri yang bercanggah.
 Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentik, jalinan, dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau
berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni.
 Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubungkait antara satu sama lain jyga menimbulkan
gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan, seperti warna sejuk, warna panas, gubahan warna sewarna, gubahan
warna harmoni, dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain.
 Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam, dan selesa pada
pandangan.

RUMUSAN
Rumusan yang dapat dibuat daripada tugasan seni visual ini ialah mata pelajaran ini memainkan peranan

penting dalam mematangkan keperibadian masyarakat pada zaman ini kerana seni visual ini mendekatkan diri kita

kepada keindahan alam ciptaan tuhan.Seni visual ini juga banyak memberi kesedaran kepda kita untuk menghargai alam

sekitar.

Disamping itu juga mata pelajaran ini diselitkan dengan tajuk unsur-unsur seni iaitu garisan,rupa,bentuk,jalinan

,ruang dan warna.Daripada gabungan kesemua unsur-unsur seni ini ia dapat menghasilkan lukisan yang menarik.

Selain itu,prinsip rekaan juga memainkan peranan pentig dalam penghasilan sesuatu karya supaya dapat

memberi memberi kesan yang menarik kepada karya yang dihasilkan.

Melalui tugasan ini dapatlah kita mengetahui tentang topik-topik yang sangat penting dalam seni visual.

BIBLIOGRAFI
Hassan Mohd Ghazali (2007). Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. Perak: Creative Enterprise Sdn.Bhd.

Katheleen Chee (2006) SPM FOKUS U Pendidikan Seni Visual.Pelangi Sdn.Bhd

Kathleen Chee (2003).Kunci Misteri Pendididkan Seni Visual.Selangor.Pelangi Sdn.Bhd.

Marhanim A.Razak Mohd. Shahrizal Dolah (2007).Ace Ahead Seni Visual . Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd

You might also like