MAKALAH SISTEM PENDIDIKAN MENURUT IBNU SINA I.PENDAHULUAN.

Pada zaman kebangkitan Islam dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan rata -rata para sarjana Islam, ilmu tidak berasa cukup dengan hanya satu cabang ilmu sahaja malahan sebaliknya, mereka sedaya mungkin cuba menguasai kebanyakan bidang ilmu yang ada pada waktu itu, kecenderungan ini boleh dikatakan sebagai hasil daripada dasar dan pandangan Islam sendiri terhadap ilmu. Sebagaimana dimaklumi, Islam mempunyai pandangan yang komprehensif terhadap hidup, hasilnya ilmu pada pandangan Islam, bersifat bersepadu, dan sebaik-baik ulama ialah orang yang dapat menguasai sebanyak mungkin cabang-cabang ilmu tersebut. Antara orang yang paling berjaya dalam menguasai cabang-cabang ilmu yang banyak ini termasuklah Ibnu Sina , beliau bukan sahaja merupakan seorang ahli perubatan kelas pertama tapi juga ahli sains dan falsafah, di samping itu Ibnu Sina juga merupakan ahli politik yang lincah dan ahli kemasyarakatan yang berkaliber. Dan dikenali di Eropah sebagai Avienna ³ was greatest Muslim thinker and the last of the Muslim philoshopher in the East. 2. BIOGRAFI IBNU SINA. Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibnu Sina, yang lahir pada tahun 980 M / 370 H di sebuah kampung bernama Afsahan, di daerah Kahrmisan Bukhara, yang merupakan seorang anak yang bertuah pada masa kecilnya kerana dapat hidup dalam sebuah keluarga yang kaya raya, di Bukharalah juga beliau menumpukan dalam bidang bahasa dan sastera dan hidupnya diabadikan dalam dunia ilmu pengetahuan. sejak kecil mempelajari ilmu, seperti : Filsafah, geometri, ilmu hisab, feqih, logik, perubatan dll. Beliau langsung dibimbing oleh bapaknya sendiri, yang bernama Abdullah.dan lain-lain guru yang dipilih oleh keluarganya sendiri. Bapanya seorang yang ada kecenderungan Isma¶iliyyah dari Mesir, juga peminat falsafah kumpulan Ikhwan al-Safa. Dari perbincangan-perbincangan akademik yang keluarga adakan saban hari Ibnu sina mula beri perhatian terhadap falsafah dan segala bidangnya. Dari mereka, ia melaporkan ³ I was well as my brother, heard the account of the soul and the intellect in the special manner in which they speak about it and know it. Sometimes they used to discuss this among themselves while I was listening to them and understanding what they were saying, but my soul would not accept it, and so they began appeling to me to do it ( meant to accept the Ismaili doctrines ). Kemudian bermula dari itu, tetamu-tetamu dari Egypt aliran Ismailiyyah yang datang ke Bukhara, telah dijemput tinggal dengan keluarganya. Ibnu Sina mengambil kesempatan itu untuk mempelajari beberapa subjek penting seperti ³ philosophy, logic, greek and Indian mathematics´. Tetapi tokoh yang banyak berjasa pada Ibnu Sina ialah seorang sarjana falsafah Abu µ abdullah al-Natali. Selepas mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang sastera dan bahasa sewaktu berusia dua puluh tahu, beliau mulai berminat dengan ilmu-ilmu akal, kemudian memulakan pengajian dalam bidang tersebut dengan mempelajari logik, geometri dan buku Almagest daripada Abu Abdullah al-Natali, seorang rakan bapanya. Dalam bidang perubatan, Ibnu Sina telah mencapai satu tahap pencapaian yang amat tinggi. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjadikan sebagai kerjaya untuk mencari rezeki. Sebaliknya, beliau mengajar ilmu tersebut kepada para doktor bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang tersebut, pada suatu waktu, apabila beliau berjaya menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Putera Nuh Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh para doktor lain.

Ibnu Sina menggunakan dua cara dalam menulis kitab-kitabnya. Inilah yang disebut mazhab tertutup. manakala bahagian kedua disebut Falsafah praktikal ( Morewedge. risalah dalam berbagai bidang. ada kitab orang yang khusus atau untuk dirinya dan orang yang dekat kepadanya. dan menjaganya daripada hati yang membangkang´ ( Ibn Abi Usaibah. Inilah yang klita namakan mazhab yang terkenal. Beliau berpesan agar hikmat ini disembunyikan kepada orang ramai. Ibnu Sina menyatakan terus terang bahawa ia memasukkan falsafah dalam kitab sebagaimana sebenar tampa segan-segan menentang falsafah yang terkenal di kalangan orang kebanyakan. Menghasilkan lebih kurang 276 tulisan dan buku. Melalui perpustakaan tersebut. maknanya ³ berlakunya kepercayaan yang diyakini tentang hal-hal wujud´ ( Ibnu Sina.Syaikh al-Ra¶is). Semua benda ini tertakluk wujudnya kepada perbuatan dan kemahuan kita. Menyembunyikan mazhab soal biasa pada filsuf-filsuf dahulu kala ( Madkour. Malah buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin dengan tajuk Sufficientioa yang merupakan ³ The Longest encyclopedia of knowlwdge. di langit. Ever written by one man ( nasr. beliau percaya kepada ketahanan tubuh itu sendiri dalam menolak penyakit. iaitu yang tidak tertakluk wujudnya pada perbuatan dan kemahuan kita disebut Falsafah Teoritikal. beliau berpendapat. KARYA PENULISAN. Jadi tidaklah patut kita menyimpanya kecuali dalam jiwa yang hidup. Dengan demikian. tidaklah cukup kita mengetahui apakah kebaikan itu. Dalam kitab-kitab lain. ubat adalah tidak berfaedah. ³ Qanun fi¶l-Tibb¶ (Undang-undang dalam perubatan) dan al-Shifa¶ ( sembuh daripada kesalahan) Tidak dapat dinafikan bahawa karya Ibnu Sina yang membincangkan panjang lebar tentang falsafah pengetahuan dalam al-syifa. Maknanya beliau tidaklah menyalahi falsafah mashsaiyah peripatetic) yang dikenal orang. Antara lain. kemudian senyap. Contoh bahagian pertama adalah benda -benda di bumi. 1973 : 145 ) Seperti juga Aristotle. tingkah laku akhlak dan menciptanya. bilangan dan zat Tuhan. 1934 ). 1953).Ibnu Sina telah mendapat penghormatan yang besar daripada putera tersebut. tidak rosak dan kotor. komentar. Kemasyhuran dan kepakaran Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ini kemudiannya telah melayakkan beliau untuk diberi gelaran Mahaguru Pertama (al. namun yang terkenal dengan dua buah karyanya . 3. Kita juga boleh meninggalkannya. falsafah teoritikal bertujuan menyempurnakan jiwa (nafs) dengan mengetahui. beliau kemudiannya memperoleh ilmu yang banyak. tetapi kita harus . kita harus membersihkannya dari pada kulit yang mati. Oleh itu mengetahui perkara-perkara bahagian pertama. 1965) Sebelum Ibnu Sina membahagikan hikmat itu. beliau telah dibenarkan untuk menggunakan perpustakaan istana yang banyak mempunyai buku -buku yang sukar didapati. Kemudian dibahagikan hikmat itu mengikut benda-benda yang wujud. tanpa ketahanan yang cukup dalam tubuh. ditentukannya tujuan. 1969). Buku ini dianggap buku yang terpenting dalam falsafah pengetahuan di timur dan di barat. misalnya. ada kitab yang ditulisnya untuk orang awam atau sebahagian besar penuntut hikmat. begitu juga dengan pelbagai seni dan pertukangan. bentuk-bentuk geometri. tujuaan falsafah pratikal pula bukan sekadar menyempurnakan jiwa dengan pengetahuan teapi menyesesuaikan dengan kehendak pengetahuan itu. Dalam akhlak. Sesetengah benda itu wujudnya tidak bergantung pada perbuatan dan kemahuan kita. ubat hanya boleh merangsang ketahanan itu. iaitu mencari hakikat sesuatu sesuai dengan kesanggupan manusia. Tetapi susunsn politik. Socrotes pernah berkata : ³ Hikmat adalah benda suci.

seperti markah yang tinggi. Sebagai alat menapis calon-calon yang ingin mendapat tempat yang tertentu dalam peperiksaan. selanjutnya ke jinjang berikutnya dan begitulah seterusnya sehingga puncak kebahagiaan abadi yang di tujunya ( Ibnu Sina. Penggunaan penilaian mengikut pengertian iniu banyak didapai dalam bukunya berjudul al-siyasah terutanma berkenaan cara membimbing kanak-kanak. beliau selalu bicara tentang kebahagian sama ada di dunia atau di akhirat. tetapi haruslah sesuai dengan bakat dan tabiatnya ( Ibnu Sina. yang bermula pada jinjang pertama mendorong ke jinjang kedua. keluaraga. kebahgian itu berlaku pada peringkat diri ( akhlak. Dalam karangan ±karangan Ibnu Sina adakah kita menemui beliau menggunakan kata-kata atau konsep-konsep yang mengandung kedua maksud di atas itu ? jawabannya ³ ya´ ada. Klau kita gunakan ujian memendu kereta. seperti sebahagian karangannya yang terakhir yang berkenaan falsafah Isragiyah ( Illumination phiosophy). Misalnya kalau seorang kanak-kanak belajar bahasa. yang sekarang terkenal dengan nama bakat-bakat (apptitude) dan kebolehan (abilities) dengan istilah yang digunakan oleh p[sikologi moden. Barangkali yang disebut oleh Ibnu Sina iaitu sebab-sebab yang kabur dan faktor-faktor yang tersembunyi boleh dikembalikan kepada faktor-faktor psikologi. maka kita menilai sama ada pengetahuan amnya tyentang aturan-aturan lalu lintas telah dihafaz dan segala amalan memandu kereta telah dapat dilaksanakan atau belum. walaupun tidak persis seperti yang digambarkan itu. kerana perbezaan manusia dalam memilih ilmu dan pekerjaan : ³ ada sebab-sebab yang kabur dan faktor yang tersembunyi yang sukar difahami oleh manusia dan susah diukur dan dimengerti (Ibnu Sina. Dalam pendidikan moden pun penilaian sebagai peneguhan berfungsi serupa itu. Tentang cara memilih pekerjaan pula Ibnu Sina berkata bahawa sekadar mengikut kemahuan si anak. Ada dua fungsi yang menonjol dalam penilaian ini. atau boleh sekedar puji-pujian sahaja. Kalau ia lulus semuanya. penilaian juga sangat berguna. Tentang penilaian sebagai peneguhan. misalnya. teori dan praktik. 911).menyesesuaikan dengan kita ketahui. Kata penilaian tidak pernah digunakan oleh Ibnu Sina . dan ilmu tertutup ( mastur) untuk orang-arang Khas. 1911 : 14 ). Dengan kata lain ada peringkat-pringkat kebahagian itu. misalnya jenis D. Ibnu Sina juga menggunakan kroteria ini untuk membahagikan ilmu kepada ilmu terbuka ( masyhur) untuk orang bayak. Dengan kata lain penilaian digunakan sebagai alat untuk menentukan sama da tujuan pendidikan dicapai atau tidak. Dari di\sini difahami bahawa Ibnu sina memberi perhatian pada faktor-faktor . misalnya kelulusan pada sekolah rendah mendorong untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan lulus di sekolah menengah mendoriong untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan begitulah seterusnya. Oleh itu tujuan falsafah teoritikal adalah kebenaran sedangkan tujuan falsafah pratikal adalah kebaikan. tetapi apakah sebenarnya penilaian itu ?. mak ia diberi lesen memandu kereta jenis tertentu. maka apabila jawapanya betul haruslah diberi ganjaran. Pertama sebagai suatu peneguhan terhadap suatu tingkah laku yang ingin dikekalkan. Sudah tentu tentu peringkat-peringkat yang di gambarkan disini merupakan peneguhan untuk mendorong seseorang pengejar kepada peringkat selanjutnya. Pokoknya kanak-kanak itu akan merasa senang setelah memberi jawapan itu dan seterusnya akan berbuat demikian pada masa akan datang dalam suasana yang sama. dalam karangan-karangan yang bersangkutan dengan falsafah pratikal. Sebagai alat untuk menyaring.1908 : 150 ). masyarakat ataupun umat manusia seluruhnya ( Ilmu Nabi ) dan juga selepas jiwa berpisah daripada badan pada hari ma¶ad.

selain yang kita saksikan pada Aristotle. yang dipanggilnya yang paling bawah. 2. Rasa¶il Ibnu Sina yang mengandungi hasil sastera kreatif beliau. 1. Aristotle hanya membahagikan kepada materi dan bentuk. cara wahyu turun sehingga dapat didengar dan dilihat. ilmu sihir ( tilsam) ilmu tafsir mimpi. Falsafah pratikal juga terbahagi kepada tiga bahagian ilmu iaitu : 1. khabar ghaib. beliau mempercayai bahawa setiap tubuh terdiri daripada empat unsur iaitu : tanah. yang mengkaji tentang cara-cara pengurusan tingkah laku se seorang manusia atau kesucian dirinya. kepimpinan dan masyrakat yang luhur dan hina. Bandingannya ialah seperti ilmu tatabahasa yang tidak diperlukan oleh individu yang secara semula jadi. Demikian juga ahli-ahli falsafah Yunani. memikul berat. yakni dari peringkat Malaikat ( Ibnu Sina. beliau berpendapat . Ibnu Sina membahagikan falsafah teoritikal kepada tiga bahagian ilmu mengikut darjat penglibatan tajuk-tajuknya dengan materi dan gerakan atau kebebasannya daripada gerakan dan materi itu. yankni mengkaji tentang hubungan antara lelaki dan isterinya. dan hubungan pelbagai negara. gerakan dan perubahan. Ilmu ketuhanan.. sebaliknya bagi orang-orang yang memiliki kemampuan semula jadi tersebut. ilham bagi orang-orang takwa yang menyerupai wahyu. astrologi. Juga dibicarakan ialah roh amin dan roh quds. timbangan. yang dipanggilnya ilmu paling tinggi. yang mengkaji tentang hubungan-hubungan awam dalam suatu bandar. hubungan di antara pelbagai bandar. Tetapi Ibnu Sina memperluasnya dengan menambahkan pelbagai cabang bagi setiap ilmu tersebut. bijak berbahasa. mukjizat. 1908 :114 ). wujud dan kehancuran. Ilmu matematik. Ilmu akhlak. Ilmu pengurusan rumah tangga. masalah pe-ngaturan rezeki dan kehidupan keluarga. yang dipanggilnya ilmu pertengahan. Terhadap ilmu ketuhanan ( ilahiyat) ditambahkannya cabang-cabang berikut : cara turunnya wahyu. jauhar rohani yang membawa wahyu. hanya diperlukan oleh mereka yang tidak mempunyai kebolehan berfikir dengan betul secara semula ajdi.psikologi. sebagai engantar bagi falsafah. api dan angin. ank-anaknya dan pembantu-pembantunya. tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan jiwa. sebagai alat yang sangat berguna. 3. 1908 : 110-111). Ilmu politik. termasuklah ilmu logik antara pendapat beliau termasuklah ilmu logik. air. Ibnu Sina berpendapat. dan risalah-risalah lain lagi tentang erbagai-bagai bidang ilmu. ilmu kimia. dan memindah air (Ibnu Sina. 3. ilmu firasat. dan keramat yang menyerupai wahyu. ilmu tersebut boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Ilmu itu adalah . Ilmu matematik pula ditambahkannya cabang-cabang ilmu berikut : ruang. Ilmu tabii. Roh amin termasuk dalam peringkat kedua jauhar rohani. Berkenaan matematika. seperti bakat dan kebolehan. bayang begerak. iaitu mengikut derajat kebebasan daripada materi ( Ibnu sina 1908) Pembahagian serupa ini juga kita dapati pada Aristotle. menambahkan ilmu-ilmu berikut kepada ilmu tabii : perubatan . walau bagaimanapun. 2. pandangan dan cermin. Ibnu Sina misalnya. politik. ilmu logik tidak diperlukan. Dan antara hasil penulisan beliau lagi termasuklah kumpulah risalah yang berjudul Tis Rasa¶il yang mengandungi berbagai-bagai tajuk dalam berbagai-bagai bidang ilmu . sedangkan roh quds termasuk dalam dalam jauhar rohani peringkat pertama.

misalnya tujuan pelajaran kimia sebagai berikut : -1. dan tahap awal ini pendidiakan bermula dengan akhlak. 4. 1976 : 337 ). tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan dapat dilihat dalam tiga perangkat. Apabila digunakan dalam kurikulum maka tiga peringkat tujuan ini masing-masing membincangkan aspek tertentu tujuan itu. ketika melengkapkan setiap . Ibnu Sina meletak tanggung jawab besar di bahu ibubapa untuk menyempurnakan anak-anak. maka akan berkaitan dengan tujuan hidup manusia yang kerapkali lebih tepat disebut sebagai tujuan terakhir ( Ultimate aims) Dalam sistem dan falsafah pendidikan Ibnu Sina terdapat berapa bahagian yang sangat penting 4. panas. Sebelum kita berbincang tentang sistem dan falsafah pendidikan. SISTEM DAN FALSAFAH PE NDIDIKAN.campuran unsur-unsur ini yang berupa lembab. Keluhuran ( fadhilah) dan keburukan (razila ). Sehingga sesiapa yang sanggup mengendalikan dirinya dengan sebaik-baiknya.Murid-murid akan menguasai pribsip-prisip ilmu kimia ( tujuan khas) -2. Tujuannya adalah nilai. dan jika dipandang bernilai. Dalam akhlak.itu banyak. tujuan itu bukan hanya menentukan haluan yang dituju tetapi juga sekaligus memberinya rangsangan. Bilalah proses pendidikan bermula ? Ibnu Sina menegaskan Pendidikan selepas sahaja kanak kanak itu tamat penyusuannya ( al-rodo¶at).1. Dan akhir sekali. tentulah akan mendorong pelajar mengeluarkan tenaga yang diperlukan untuk mencapainya. Justeru itu adalah lebih berfaedah kepada mereka sendiri supaya senantiasa berjauhan dari bentuk-bentuk berkenaan. Ini sesudah tentu dalam kontek pergaulan dengan rakan sebaya dan lain-lain.Murid-murid akan mencapai perwujudan kendiri ( tujuan akhir ) Kalau dilanjutkan lagi. sebagai contoh : unsur pemilihan nama bagi anak-anak kerena ada faedah dan inplikasi tertentu tehadap pemilihan nama ini. Tetapi di atas tiga macam keluruhan ini. terdapat keluruhan yang disebut keadilan. Kedua. tidak akan susah mengatur suatu bandar. 4. Pendidikan Akhlak. sentiasa bergantung pada unsur yang lain dalam alam nyata. malah suatu negara ( al-Ardh. Inilah pendekatan definsif yang ditekankan oleh Ibnu Sina pada tahap awal ini.Murid-murid akan sanggup berfikir secara kritis ( tujuan am ) -3. paling mulia dan paling perlu mendapat perhatian.2. kerana dirinya itulah yang terdekat kepadanya. tujuan am (goals) dan tujuan akhir (aims). Ibnu Sina menggunakan istilah Ta¶dib bagi menjelaskan kepentingan pendidikan akhlak yang bersifat definsif iaitu sebelum kanak-kanak ini berhadapan dengan tingkahlaku yang tidak baik dan kecenderungan yang buruk ( al-akhlak al-laimah ). sejuk. iaitu yang menghimpunkan segala macam keluruhan itu. tujuan itu mempunyai fungsi untuk menjadi kriteria dalam meniulai proses pendidikan. iaitu tujuan khas ( obyectives). ghadhab ( marah ) dan akal. Malah mengendalikan diri itu lebih susah dari mana-mana bimbingan. Itulah tiga kehinaan ( razilah) . dan jika diingini. Pertama. tetapi itu dapat di bahagikan. haruslah terlebih dahulu dapat membimbing dirinya sendiri. tujuan itu menentukan haluan bagi proses pendidikan. Mereka juga katanya belum tahu tentang nilai dan perbezaan baik-buruk dan belum tahu untuk mengelak darinya.. iaitu syahwat.Yang utama sekali. mengikut kekuatan jiwa yang tiga. Ibnu Sina berpendapat bahawa sesipa yang akan membimbing orang lain. Alasan Ibnu Sina dalam kontek ini ialah biasanya kanak-kanak itu cepat boleh terpengaruh dengan bentuk-bentuk akhlak yang buruk atau tabiat yang tidak baik. Ibnu Sina menerangkan tujuan dari pendidikan yang memiliki tiga fungsi yang kesemuanya bersifat normatif.

dan lain boleh Kejuruteraan sementara yang lain lagi boleh belajar perubatan (al tibb) - . ghadab dan tiada ghadab sama sekali. kasar cakap. qosidah. Dan induk segala keluruhan ini adalah keadilan adalah ) yang mengikut Ibnu Sina adalah kesimbangan semua keluruhan itu sehingga yang satu tidak melebihi orang lain. pemerhatian perlu dibuat terhadapnya tentang kursus-kursus yang sesuai dengannya serta masa depannya dan pekerjaannya di hari muka. Setelah mempelajari Al-Qur¶an dan agama serta mengingati asas-asas bahasa. 4. menipu dan takabur. Selanjutnya.1908 : 145 ) Bagaimana kita untuk mencapai ta¶dib yang berkesan ? Ibnu Sina menerangkan beberapa pendekatan pratikal untuk digunakan . dipuji pada hal-hal yang sesuai. sentiasa praktis akhlak yang baik dan ada minat untuk menolong kanak atau pelajar. syahwat yang berlebihan dan berkurangan. 4. pengasih (rahmah). Disini ia mesti mula dengan puisi kerana ia lebih senang untuk diingati justeru ia ringkas dan mudah bentuknya. Apabila kanak-kanak membesar. Pengajian Agama dan Kesusteraan. Tujuan pukulan hanyalah untuk merasakan sedikit kesakitan kepada mereka justeru untuk memberikan pengajaran. Ibnu Sina membayangkan bahawa setiap tahun didapati ada kelebihannya. menyintai ilmu pengetahuan dan elak kebodohan. supaya boleh bercakap dan mendengar dengan baik. Jika ia minat lain-lain subyek. Pengajian Lanjutan. marah. mudah mestra. Keluruhan akal ( al-Quwah al. tegas ( hazm ). puisi. amanah. tidak menepati janji. setia (wafa). Pengajian Tinggi.4. Jika perlu kekerasan . Minat juga perlu diperhatikan. Penyesuaian perlu kepada pelajar.kumpulan itu dengan cabang-cabngnya sebagai unsur yang membentuknya (Ibnu Sina. 1908 : 149 ). Tujuan pengajian ini ditahap ini Ibnu Sina ialah kerana ingin untuk mendapatkan kebaikan adab (fadlul adab). dan menjurus hidup dan tidak mengurus sama sekali ( Ibnu Sina. 4. Manakala kebaikan daripada semua itu disebut kehinaan (razilah ) dan benruknya bermacam-macam seperti busuk hati. kebenaran (sidq). bersih. pemurah (Sakha¶)danberpuas diri ( qana¶ah).3.5. mempunyai adab. memilhara janji (husnul asd walmu hafazah) dan merendah diri (tawadu¶). 1908 : 152).( Ibnu Sina. berbicara dan bersosial. malu (haya). maka ia perlu belajar dan menghapal Al-Qur¶an. Isi puisi itu pula hendaklah ada gesaan supaya menghormati ibubapa (Bir al Walidain) mengamalkan tingkah laku yang mulia ( Istina¶ al. Pelajaran kesusasteraan ini pun bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan semua boleh belajarnya. keaslian (asalah al ray ) . mempelajari huruf alphabet dan agama. Oleh itu keadilan sebenarnya tidak lain daripada jiwa yang mengetengahkan pelbagai akhlak yang bertentangan. Misalnya suci diri (iffah). yang termasuk dalam keluruhan syahwat. makan-minum.Ma¶ruf) dan memuliakan tetamu ( qira al-daif ) dan lain-lain ciri akhlak mulia (makarim al-akhlak) Disini Ibnu Sina juga tidak lupa menerangkan kuliti seorang guru yang baik: guru yang bijak dan beragama. Jika minat kepada tulisan ( alkitabah ). penulisan dan retorika. pelajar boleh ilmu mate-matika (alhisab). Ia juga perlu mempelajari mate-matika (al-hisab) dan pengumpulan puisi-puisi. memberi semangat. keras kemahuan (izamul himmah). rendah cita-cita. ia perlu belajar bahasa. cerdik ( fathonah ). kesabaran (sabr). Antaranya ialah dengan menjadikan mereka merasa takut sambil menggalakkan anak itu belajar. Ibnu Sina menerangkan tahap yang lebih tinggi. Manakala keluruhan ghadab adalah keberanian (syaja¶ah). penyayang (hilm) dan lapang dada ( rahh al baa).Natiqah ) adalah bijaksana ( hikmat ) bay an. Ibnu Sina menggesa supaya hal ini diambil kira.

Obyektif akhir di atas sesuai dinisbahkan sebagai pelajaran di tahap ijazah pertama yang dapat membawa pelajar ke alam pekerjaan. Dalam hal ini Dr.Pendidikan dan perkembangan Intelek. Akhlak. Sesungguhnya bidang-bidang ini tidak boleh dipisahkan. dengan erti untuk semkua lapisan rakyat. Subyek-subyek ini menurut Ibnu Sina adalah punca dari skima pendidikannya yang telah dimulakan sejak selepas tamat penyusuan tadi. 4. Pilihan yang akhir ini hanya sesuai untuk kumpulan ³gurdian´. Setiap tahap umur disesuaikan dengan pelajaran dan ilmu pengetahuan. Semua usaha-usaha ini boleh membentuk kehidupannya yang berbeza dari sebelumnya. lalu anak / pelajar perlu menikmati upah atau gaji dan dari itu ia boleh membina kehidupan dan keluarga serta tidak bergantung dan terpisah dari orang-tuanya. # Ulasan yang dapat pahami tentang skima dan falsafah Ibnu Sina : bahawa pendidikan adalah tanggung jawab nasional. Mereka memilih jalan sendiri dengan melakukan pengorbanan sendiri. Apa yang beliau sarankan itu lebih bersifat rasional.Pendidikan Agama. dalam hal ini. 3. kemudia bolehlah ia betulkan niat dan keazaman kepada alam pekerjaan. Kemudian dituruti oleh pengajian al-Qur¶an dan agama serta kecintaan terhadap ilmu yang diwakilkan oleh bidang kesusasteraan. bukan fizikal. al-Qur¶an. Untuk tujuan ini penyucian jiwa melalui pembinaan akhlak dan intelek yang baik sangat diperlukan sebab itulah Ibnu sina memberi fokus kepada akhlak dan intelek. Namun katanya ada juga orang-orang yang terpelajar tidak menuruti skima itu. Ini boleh membantu pelajar menentukan masa depannya. Ini juga memberi makna bahawa para ibubapa bertanggungjawab membuktikan amalan nilai-nilai akhlak yang mulia. pihak berkuasa perlu membentuk undang-undang supaya ibubapa memberi perhatian yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak. anak-anak dapat meniru terus-menerus bentuk-bentuk akhlak tersebut. guru-guru perlu perhatian tabiat.lam sistem pendidikan yang diajukan Ibnu sina ini tidaklah detil kalau dibandingkan dengan Plato dan Aristotle dalam tradisi Greek.Yusof Qardhawi memetik Mahatma Gandhi sebgai berkata : Sesungguhnya agama dan budi pekerti keduanya bersatu. Kecendrungan ini memperlihatkan sikap Ibnu Sina yang mementingkan akhlak dan pembangunan intelek. tidak dapat dipisahkan antara satu . Dan usia mereka ditahap ini menurut Ibnu Sina ialah lapan belas tahun. setelah belajar kemudian mendapatkan kerja dan mahir. ini dijelaskan oleh Ibnu sina dalam kitab Al ±Shifa . Kumpulan ini menurutnya pada akhirnya tidak mampu untuk mencapai apa yang dicita-citakan. agama serta cinta ilmu menduduki peringkat atas dalam pembentukan insan yang baik. Sepanjang skima ini didapati Ibnu Sina telah mengenepikan pendidikan jasmani.Pendidikan Akhlak. Apakah obyektif pendidikan menurut Ibnu Sina ? berpadukan kepada huraian diatas. 2. Dari tahap awal lagi Ibnu Sina telah memberi tumpuan khusus kepada akhjlak dimana ibubapa dan keluarga adalah gurtu serta sekolah yang pertama.Penekanan terhadap kecintaan terhadap ilmu dan hikmah. kank-kanak perempuan dan lakilaki mestilah dijuruskan dalam pelajaran yang sesuai dengan jantina mereka . Guru-guru adalah agen penting kemajuan para pelajar. namun da. kita dapat kenal pasti obyektif yang mahu didapatkan seperti ringkasan iaitu : 1. minat serta kecerdikan pelajar dan sesuikan ilmu yang dipelajari dengan pekerjaan. Ibnu Sina mahukan kesempurnaan dalam kehidupan yang boleh membawa manusia kepada kebahagian (al sa¶adah).beginilah yang terjadi tiap-tiap tahap hingga sempurna.

Perkahwinan boleh membawa kepada penerusan generasi. perubatan dan sebaginya. kaedah dan aspek-aspek lain yang boleh disebut sebagai pelaksaan itu. baik pakaiannya atau pun keselamatannya. menumbuhkan dan menyuburkannya. justeru itu ia perlu diurus di bawah penentuan undang-undang negara. Anak-anak perempuan hendaklah dijuruskan dalam bidang-bidang yang sesuai dengan´nature´ mereka ( fi ma yakhussuha ) sementara lelaki dibidang-bidang untuk mencari nafkah hidup (ai-nafaqa) . yang pembahagiannya kepada ilmu teoritikal dan ilmu pratikal. Kitab ini karangan Ibnu Sina. Tujuan ilmu ini adalah kebaikan. Unsur defensif ini akan bertindak menjaga dan mengawal individu pabila berhadapan dengan dengan anika pengaruh. Perlaksaan berkait rapat dan takrif ilmu . Kaum wanita mestilah dijaga dan diawasi. Ahli-ahli filsafat Islam seperti al-farabi dan Ibnu Sina memandang sangat penting institusi keluarga. Dari segi penulisan kitab as-siyasah bukanlah sebuah hasil karya falsafah yang benar dan berpengaruh seperti al-syifa¶ al-Isharat wa al-tanbihat dan lain-lain. politik. sebagaimana air memberi makan kepada tanam-tanaman menumbuhkan dan menyuburkannya. pelaksanaan memang melibatkan perancangan. Ibnu Sina kelihatan mahu menjelaskan bahawa pembentukan ³Kekuatan dalam diri atau daya tahan´ perlu dimulakan sejak awal lagi sebelum ³ rebung bertukar menjadi buluh´. sedangkan tujuan ilmu teorikal adalah kebenaran. maka Ibnu Sina merakamkan bahawa semua upacara dalam perkahwinan itu mestilah mengikut norma-norma agama. terbhagi empat bahagian ilmu iaitu : akhlak. pengurusan bandar. Menurut Ibnu Sina dalam pelaksanaan pendidikan disini tidak terhad kepada perancancangan (planing) dan pelaksanaan (Implementation). pengurusan keluarga dan ilmu Nabi. 5. Kepada mereka perkahwinan itu sendiri adalah tiang atau µplatform¶ yang utuh kearah pembentukan masyarakatdan bandar. Dengan perkataan lain. INSTITUSI KELUARGA. dalam huraian tersebut Ibnu Sina menekankan fungsi ³Master´ atau tuan rumah yakni suami yang memiliki tanggung jawab menyeluruh dan wanita sebagai istri adalah ³rakan kongsi hidup sejati´ bagi suami. Pengurusan . tetapi juga lebih luas daripada itu. Selain faedah dari segi akhlak. seperti yang kita lihat. Oleh itu ilmu yang dikaitkan dengan amalan dan kemahuan kita disebut ilmu pratikal .Dan istri menghadapi peranan yang bertambah apabila suami bertugas di luar ialah menjaga dan mengurus harta dan rumah tangga serta menyempurnakan pendidikan anak-anak. keluarga. kejuruteraan. Disini juga ada dijelaskan bahawa ibubapa mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. dan itulah yang kita maksudkan dengan pelaksanaan. Keduanya tidak boleh bercerai dan tidak dapat dibahagi-bahagikan. pentadbiran. takrif ilmu pratikal menurut Ibnu sina adalah pengetahuan terhadap perkara-perkara yang wujudnya bergantung pada perbuatan dan kemahuan kita. skima ini juga telah meletakan bahawa batu asas ilmu pengetahuan dan pendidikan itu boleh mempelajari matematik.serta mengatur pendapatan keluarga. syariat. pengajaran.sama lain. yang mengemukakan suatu analisa umum tentang teori teori yang menyangkut pengurusan rumah tangga. Justeru itu Ibnu Sina dalam bahagian akhir kitabnya ³alSyifa menekannkan betapa perlunya pentadbir negara menerangkan undang -undang perkahwinan. seperti akhlak. Agama menjadi jiwa bagi budi pekerti dan budi pekerti menjadi udara bagi jiwa. cara membelanjakannya. Ada buku khas tentang akhlak yang berjudul al-akhlaq ( Al-Ardh 1967 : 337 ). Untuk mengelak lahirnya gejala-gejala yang kurang sihat dalam masyarakat. agama memberi makanan kepada budi pekerti. Falsafah pratikal ini menurut Ibnu Sina.

iaitu pada hujung abad ke ±19 bermula dengan mazhab pragmatisme oleh dua orang filsuf Amerika. . Kedua-duanya mempengaruhi pendidikan barat. Falsafah-falsafah di balik alam ( other-worldly philosophies ) yang terbahagi Kepada dua golongan besar iaitu falsafah yang berasal daripada agama dan falsafah yang berasal dari Athena kuno. Falsafah-falsafah berpusatkan bumi (Earth-centered philosophies) yang juga terbahagi kepada dua golongan besar. Falsafah-falsafah berpusatjkan manusia ( mancenterd philosophies) yang baru saja muncul. disebut juga namus atau syariah. Manakala ilmu Nabi dihuraikan dalam buku berjudul itbbat alNubuwah ( Ibnu Sina. timbulah pertanyaan berikut : di manakah letaknya Ibnu Sina di antara filsuf-filsuf pengetahuan ( philosophers of epitemology ) seperti yang dikenal oleh pakar pendidikan belakangan ini. 2. kerana Beliau sangat sedar akan konsepsi Islam tentang hubungan Tuhan dan alam semesta dan selalu berusaha membuktikan bahawa yang dicipta ini . Paragmatisme dan Existennsialime banyak mempengaruhi pendidikan di barat sejak kebelakangan ini. Pakar-pakar pendidikan. Falsafah-falsafah alam jagat ini selalu bergerak dan tidak tetap. Falsafah-falsafah berpusatkan bumi ini walaupun sudah agak tua. iaitu Charles S. Tambahan-tambahan itu berdasar pada pengalamannya sendiri. 1908 : 394) dan juga dalam kitab al-najat ( The Book of Deliverance) yang sebenarnya merupakan ringkasan dari pada kitab berjudul al-Syifa. 1911 :303) yang terkenal itu. iaitu ilmu Kulli. begitu juga falsafah pratikal diberinya satu bahagian baru.Bandar (politik) dan pengurusan rumah tangga dihuraikan dalam buku berjudul al-siyasah ( Ibnu Sina. terutama pakar-pakar kurikulum. Pierce (1839-1914) dan William James (1842-1910). Ibnu Sina bukan hanya mengikut kepada Aristotle. iaitu semenjak zaman Aristotle tetapi dalam zaman pertengahan di Eropah. Sumber lain adalah mazhab existensialisme yang dipelopori oleh filsuf Denmark Soren Kirkgard (1813-1855). iaitu falsafah-falsafah yang beranggapan bahawa alam jagat ini diam tidak bergerak ( static universe) dan falsafah yang berpendapat bahawa alam jagat ini selalu bergerak dan tidak tetap. pada zaman pembaharuan di eropah barulah falsafah-falsafah ini mendapat pengaruh dan mendorong kebangkitan sains dan membawa revolusi saintifik. 1968 ) dan telah dicetak dalam sembilan surat ( Its¶ rasai l) ( Ibnu Sina. tetapi apabila dikaji dengan lebih mendalam.1938 ) Setelah kita berbincang panjang lebar tentang Ibnu Sina. Ilmu Tidak kekal Kekal abadi ( hikmat ) Sebagai Tujuan Sebagai alt : Logik Teoritikal Pratikal ‡ Ilmu Tabii *Ilmu akhlak ‡ Ilmu Matematik *Ilmu Pengurusan Rumah ‡ Ilmu Metafizik ( ketuhanan) *Ilmu Pengurusan Bandar ‡ Ilmu Kully ( Universal ) *Ilmu Nabi ( Syariat) Rajah : 3 1 Klasifikasi Ilmu menurut Ibnu Sina Sumber Al-Ardh ( 1967 ) I. (Ibnu sina. malah dalam falsafah teoritikal itu diciptakannya suatu bahagian barru sehingga menjadi empat. falsafah-falsafah tidak mendapat tempat malah banyak mendapat pengaruh di dunia Islam seperti kita lihat pada Ibnu Sina. Sekali imbas Ibnu Sina adalah filsuf berpusatkan bumi kerana beliau pengikut aristotle. 5. iaitu ilmu Nabi. dan falsafah pratikal. tetapi menambahkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan kepada tiga bahagian ilmu dalam falsafah teoritikal. biasanya menjeniskan falsafah pengetahuan ( epistemology) ini kepada tiga kategori besar mengikut punca pengetahuan.

haruslah Nabi mengingatkan mereka bahawa amalan-amalan seperti ini akan mendekatkan merekan dengan Allah dan membawa kebaikan dan keuntungan bagi mereka ( Ibnu Sina. institusi. tulisan-tulisanya mengenai akhlak dan politik (siasah) memberi kesan seakan-akan . Tujuan-tujuan (aims) dalam pendidikan . ekonomi dan lain-lain. Daripada segi lain pula. selain dakwah yang bertujuan memberi petunjuk dan kefahaman. tetapi lebih tepat disebut¶ Ibn Sinaisme¶. itu satu pendapat lain adalah Aristotle dan Plato yang tidak bertentangan dengan Islam. Pengetahuan ( knowledge) dalam pendidikan. Ini yang mengaitkannya dengan sistem falsafah di sebalik alam (earth-woridly philosophy) dan juga falsafah berpusatkan bumi ( earth-centered philosophy) kerana syariat pun mengatur hubungan manusia dengan persikitarannya. atau beliu berusaha mendamaikan pendapat kedua-dua orang filsuf Yunani itu. Jiwa dalam konteks orang lain adalah sivik. Mengenai akhlak ini dikaitkannya dengan jiwa ( nafs ) dalam konteks dirinya sendiri dan jiwa dalam konteksorang lain. 4. puasa. baik sebagai perseorangan mahupun sebagai masyarakat. 6.ah cara yang harus diikutui dalam muamalat. manakala keadilan menyeimbangkan di antara cara itu sehingga yang satu tidak melebihi yangb lain. haji dan sebagainya. yang difahami kepada dua kategori besar : Falsafah pratikal dan teoritikal. Perlaksanaan ( practice ) termasuklah disini kaedah ( methology ). Ini bermakna bahawa harus ada seseorang yang membuat aturan dan menjalankannya dan harus ada pencipta keadilan yang menciptakan keadilanitu. pembiayaan dan hubungan dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan politik. Penilaian iaitu kriteria yang digunakan untuk mengetahui tercapai atau tidak tujuan-tujuan . KESIMPULAN. 1969 : 311). karyanya dalam falsafah teoritikal menempatkan beliau sebgai filsuf Pendidikan yang tidak ada taranya dalam sejarah pendidikan. salah satu cabang ilmu pratikal yang hanya ada pada Ibnu sina dan tidak ada pada Aristotle. Beliau seorang filsuf berpusatkan manusia ( man. Peraturan itu adalah sejuml. Dan tepat jika idea-idea Ibnu Sina dalam pendidikan dfijeniskan kategori-kategori beikut : Blog dengan ID 26250 Tidak ada 1. 1938 : 306 ) Dengan demikian Ibnu Sina sekaligus adalah Filsuf di sebalik alam dan filsuf berpusatkan bumi. Di samping itu ia haruslah seorang seperti manusia seperti mereka. Seperti kita lihat di pengurusan bandar dan pengurusan keluarga. Tulisan ini telah berusaha meninjau karya-karya Ibnu Sina dari sistem pendidikan dan filsafat.centered philosopher). yang tidak dapat dikatakan Aristotle atau Platonisme. malah haruslah orang yang semacam ini sanggup memerintah manusia dan mewajibkjan mereka mengikuti undang-0undang yang dibawanya. Tetapi semua ini tidak lepas daripada hubungan syariat. Plato dan muridnya Aristotle. 3. atau boleh orang berkata Ibnu Sina adalah pengikut Aristotle dan neo-palatonism sekaligus. 2. Tentang ilmu Nabi. haruslah ia membuat dakwah yang bertujuan mengajar manusia mendirikan amal ibadat. oleh itu Beliau tetap setia kepada prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam (Nasr. semuanya berkaitan manusia. Ibnu Sina menyatakan bahawa setiap masyarakat memerlukan peraturan dan keadilan. Malah orang seperti ini sanggup memerintah dan mewajibkanmereka mengikuti undang-undang yang dibawanya. sehingga muncullah mazhab Ibnu Sina yang berdiri sendiri. jihad. Dalam usahanya mengajar manusia mengerjakan ibadat ini. seperti sembahyang.bergantung kepada pencipta.

intelektual. 2. p.H.falsafah pendidioan yang berkaitan dengan tujuan dan matlamat pendidikan. Rosenthal. pentadbiran dan lain-lain 4. 2.p. ³ Preface´. walaupun Ibnu Sina kurang memberikan tumpuan dalam kemajuan jasmani justeru perhatiannya lebih dalam perbagai rasional. kemahiran.Wynne dalam bukunya Theories of Education menerangkan bahawa kemajuan-kemajuan fizikal boleh menjadi penghalang kepada pembangunan mental . 1995. William E. 1973.. 4. 7. Kualu lumpur. 1990. or to be tolerated as a necessary relief rather then encouraged for its own sake´. imaginasi. Muhammad Ashraf.J. lihat juga L. 3. rohani dan lain imaginasi. 142. Dan konsep penilaian yang digunakan adalah luas dan menyeluruh. Lahore : S. Pendidikan Islam dan peralihan paradigma. the Elements of Islamic philosophy.61.. Oleh itu unsur ³ pysical development´ ini boleh dicapai dengan hanya berasaskan kepada kegiatan-kegiatan seperti sukan dan riadah sahaja. 61. Sarjana-sarjana kesarjanaan sains Islam. Cambridge h. 6.Gohlman. Amir A. Mahmood Zuhdi AB. The Elements of Islamic Philososphy. Rahman. Setengah -setengah tulisan zaman moden tentang pendidikan seperti John P. Kula lumpur . sama seperti penekanan Ibnu Sina diatas : ³Pysical development is typically neglected andphysical Activityi is considerd an obstacle to mental development either to be eliminated insofar as possible.teori-teori pengetahuan (epistemology) 3. Ali Mahdi Khan. memori. The Life of Ibnu Sina. memori.pendidikan. Ali Mahdi Khan. Majid. obyektif pendidikan bermatlamatkan untuk mencapai dan memajukan pelbagai aktifiti. Juga asas dan tujuan utama pendidikan menurut Ibnu Sina ialah memanusiakan manusia maksudnya manusia sentiasa ada potensi untuk membuat kemajuan bagi diri sendiri baik kalau dihalusi kepasa aspek-aspek yang lebih detil.pelaksanaan yang mengandungi perkaedahan. Erwin I. Pengantar Tamadun Islam. Mungkin hal ini ada kebenarannya. bukan disusun bersama dalam suatu sistem pendidikan yang µstandard¶. Political Thought in Medieval Islam : An Introductory Outline. sekoah ataui universiti kita: Persepsi. London and New York.E. persepsi. rasional kemahuan atau rohani. 5. Hasan langgulung. 1968. institusi. 19. intelektual.2000. menyangkut dunia dan akhirat. Ada empat kawasan utama dalam pendidikan menurut Ibnu Sina yang mempunyai pengaruh besar ialah : 1. . Goodman Avicenna. Routledge. kerana kriteria yang digunakan adalah kebahagian sebagai peneguhan dan kebahagiaan hanya bernakna kalau dikaitkan dengan kebahagiaan akhirat sebagai tujuan akhir.48-51 8.Penilaian. Kuala Lumpur. Dafftar Pustaka Makalah Sistem Pendidikan Menurut Ibnu Sina 1.