You are on page 1of 116

Definisi

• Frasa sendi nama merupakan gabungan kata


sendi dengan frasa nama.
Abdullah Hassan.
• Satu kata sendi nama bergabung dengan frasa
nama dalam ayat.
Frasa Sendi Nama

Sendi Nama Frasa Sendi


di jambatan
ke sekolah rendah
dari Johor Baharu
kepada Ibu saya
pada waktu itu
Untuk pelajar-pelajar baharu
dengan kebijaksanaannya
sampai subuh
Frasa Sendi nama
Frasa nama
Sendi nama Kata nama arah Frasa nama
di belakang rumah
di - rumah
ke dalam bilik
ke - bilik
dari dalam hatinya
dari - hatinya
dengan belakang parang
dengan - parang
untuk dalam negeri
untuk - negeri
• Sendi nama wujud dalam satu binaan yang
frasa nama pelengkapnya boleh diikuti oleh
ayat komplemen , yang merupakan unsur
pilihan.
Frasa Sendi Nama
Frasa Nama
Sendi nama Ayat komplemen
Kata nama Frasa Nama
arah
ke dalam hutan untuk mengejar penjahat itu.
ke dalam hutan -
ke - hutan untuk mengejar penjahat itu.

di atas meja supaya cepat kering


di atas meja -
di - meja supaya cepat kering
• Satu lagi binaan sendi nama terbentuk apabila
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada
sendi nam itu diikuti keterangan.
• Seperti ayat komplemen , unsur keterangan
hadir secara pilihan.
Frasa Sendi Nama
Frasa nama
Sendi Nama Kata nama Frasa nama Keterangan
arah
ke utara negeri jepun pada tahun lalu
ke utara negeri jepun -
Ke - negeri jepun pada tahun lalu

dari selatan Johor dengan bapanya


dari selatan Johor -
dari - Johor dengan bapanya
Kedudukan frasa sendi nama
dalam ayat
• Frasa sendi nama boleh hadir sebagai
predikat dalam pola ayat dasar dan
sebagai unsur keterangan dalam ayat-
ayat yang lain.

Predikat frasa Sendi nama

Frasa sendi nama sebagai keterangan


Predikat frasa Sendi nama
• Predikat frasa sendi nama ialah konstituen
yang hadir selepas subjek dalam ayat yang
mempunyai susunan yang biasa.Contohnya :
1) Mereka ke sawah setiap pagi.
2) Hadiah itu untuknya.
3) Surat itu daripada ibunya.
4) Rumahnya di bandar.
Predikat frasa Sendi nama

frasa kerja

Frasa sendi nama


frasa adjektif
keterangan

Frasa Nama
Frasa sendi nama keterangan frasa kerja
• Frasa sendi nama yang menjadi kepada frasa
kerja boleh mendukung makna antaranya
keterangan masa , tempat , bandingan ,
tujuan , hal , penyertaan , dan alat.

Contoh
Masa : Keretapi bertolak pada pukul lima.

Hal : Dia berbicara tentang perkara itu.

Tempat : Budak-budak itu berehat di bawah


pokok.
Penyertaan : Saya datang dengan isteri

Alat : Bapanya memukul ular itu dengan kayu.

Bandingan : Pembahas itu bercakap seperti


murai .
Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif
• Frasa jenis ini dapat mendukung makna
antaranya keterangan bandingan ,hal , masa
dan tujuan .

Contoh :
Bandingan : Budak itu kurus seperti galah .

Hal : Pelajar itu bijak dalam semua mata


pelajaran .

Bandingan : Rumah itu cantik seperti


mahligai.
Hal : Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya .

Masa : Mereka bingung pada mulanya .

Masa : Bayi itu lapar pada waktu pagi .


Frasa sendi nama keterangan Frasa Nama
• Frasa sendi nama yang menjadi unsur
keterangan bagi frasa nama mendukung
makna antaranya keterangan tempat ,
pembuat , sumber , masa , asal dan tujuan .

Contoh :
Tempat : Rumah-rumah di bandar tidak
semuanya besar .

Tempat : Kampung Getting ialah kampung di


seberang muara Sungai Golok.

Tempat : Wang pada saya ini ialah wang wang


baki simpanannya.
Tujuan : Panggilan telefon untuk ayah itu
datang dari singapura .

Masa : Itu ialah sejenis pakaian pada zaman


Kesultanan Melayu Melaka.

Asal : Kain daripada sutera mahal harganya .


Penggunaan sendi nama secara umum
• Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama
dalam ayat , dua sendi nama serupa boleh
digabungkan dalam bentuk setara dengan
menggunakan kata hubung seperti dan , atau ,
dan tetapi .
• Kecuali dalam penggabungan frasa sendi
nama yang menggunakan kata hubung tetapi ,
kata nafi bukan digunakan sebelum sendi
nama pertama.

Contoh :
Serangan itu datang dari dalam dan dari luar
kota .

Cahaya itu menuju ke kiri atau ke kanan


banggunan?
Hadiah ini untuk ayah dan untuk ibu .

Ia makan dengan Ali atau dengan Ahmad ?


• Dalam penggabungan frasa sendi nama
dengan kata hubung dan dan atau , kata sendi
nama pada unsur kedua secara pilihan boleh
digugurkan .
• Bagaimanapun, sendi nama pada unsur kedua
tidak boleh digugurkan kalau sendi nama
dalam bentuk setara itu ialah ke .
Ia berjalan ke hulu ke hilir .
Ia berjalan ke hulu hilir .

Tuan hendak pergi ke Melaka atau ke muar ?


Tuan hendak pergi ke Melaka atau muar ?
Katakanlah , ke bulan atau ke bintang ?
Katakanlah , ke bulan atau bintang ?

Ayah pergi ke Kedah atau ke Perlis ?


Ayah pergi ke Kedah atau Perlis ?
• Sendi nama pada kedudukan unsur yang
kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa
sendi nama setara yang tidak menggunakan
kata hubung .

Contoh :
Ia berjalan ke hulu ke hilir .
Ia berjalan ke hulu hilir

Keluarga itu berpindah dari bandar ke desa.


Keluarga itu berpindah dari bandar desa.
Matanya bergerak-gerak ke atas ke bawah .
Matanya bergerak-gerak ke atas bawah .

Saya berjalan kaki dari rumah ke pekan .


Saya berjalan kaki dari rumah pekan .
• Binaan frasa sendi mengandungi frasa nama
dengan bentuk se- mempunyai peraturan
yang berikut .
• Binaan frasa sendi nama yang demikian yang
menggunakan sendi nama dari dan ke tidak
membenarkan pengguguran bentuk se- secara
berasingan.
• Sekiranya pengguguran se- dilakukan pada
satu bahagian frasa sendi nama, maka
pengguguran bentuk yang sama hendaklah
dilakukan juga pada frasa sendi nama yang
kedua untuk keseimbangan .

Contoh :
• Perkara itu akan diteliti dari semasa ke semasa .
• Perkara itu akan diteliti dari masa ke masa.
• Perkara itu akan diteliti dari semasa ke masa .
• Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa .
• Warna itu berubah dari sedetik ke sedetik .
• Warna itu berubah dari detik ke detik .
• Warna itu berubah dari sedetik ke detik .
• Warna itu berubah dari detik ke sedetik .
• Kekayaannya bertambah dari setahun ke
setahun .
• Kekayaannya bertambah dari tahun ke tahun .
• Kekayaannya bertambah dari tahun ke
setahun .
• Kekayaannya bertambah dari setahun ke
tahun .
Penggunaan sendi nama secara khusus
• Walaupun semua sendi nama hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama , namun
tiap-tiap satu mempunyai tugas serta fungsi
yang berbeza , dan penggunaannya
ditentukan oleh peraturan-peraturan yang
rapi , yang akan dijelaskan seterusnya .

Contoh :
Sendi nama “di”

Sendi nama “ke”

Sendi nama “pada”

Sendi nama “kepada”

Sendi nama “dari”

Sendi nama “daripada”

Sendi nama “akan”


Sendi nama “di”
• Sendi nama “ di “ khusus digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat atau arah.
• Sendi nama ini ditulis terpisah daripada
kata nama atau frasa yang mengikutinya.

Contoh :
Emak ali berjaja kuih di sekolah itu .

Kami sesat di kota besar itu .

Bukunya terletak di atas meja .


Orang itu berdiri di tebing sungai .

Mereka bersembunyi di dal bilik .

Tempat kerja anda di mana ?


• Sendi nama “di” tidak boleh digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan waktu atau masa .

Contoh :
Di ketika itu .( pada ketika itu )

Di tahun lalu.( pada tahun lalu)

Di kala senja.( pda ketika itu )


Di pukul lima.( pada pukul lima )

Di kurun ke -20.( pada kurun ke-20)

Di masa ini.( pada masa ini)


Sendi nama “ke”
• Sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat , arah , atau tempat yang dituju , dan
adakalanya menunjukkan waktu dan masa.
• Sebagaimana “di” , sendi nama “ ke” sebagai
kata depan juga dieja sebagai satu kata yang
berasingan daripada bentuk kata yang
mengikutinya

Contoh :
Mereka akan mudik ke hulu sungai .

Angin bertiup ke selatan .

Kami dipersilakan naik ke rumah .


Lembaga itu masuk ke bilik gelap .

Tiang itu bergoyang ke kiri dan ke kanan .

Aku berada di sisi hingga ke saat terakhir .


• Penggunaan sendi nama “ke” pada
perkataan –perkataan yang membawa
maksud manusia tidak tidak dianggap
gramatis .

Contoh :
Penyakit itu menjangkit daripada Ali ke Husin.
(kepada Husin)

Berita itu harus sampai ke orang atasan .


(kepada orang atasan)
Jangan serahkan barang ini ke dia.
(kepada dia)

Nasib malangnya berlanjutan hingga ke anak isteri.


(kepada anak isteri)
• Daripada penjelasan di atas , kita dapati ada
perbezaan dalam penggunaan sendi nama di
dan ke .
• Sendi nama di yang digunakan mendahului
perkataan yang menyatakan tempat
membawa maksud berada di sesuatu tempat.
• Sendi nama ke yang mendahului perkataan
menyatakan tempat membawa maksud arah
ke sesuatu tempat.
• Sndi nama ke dapat juga dilihat sebagai
lawan atau padanan kepada sendi nama
dari .
• Oleh itu , satu cara untuk memastikan
bahawa ke merupakan sendi nama adalah
dengan diimbangi oleh dari .
Sendi nama “pada”
• Sendi nama pada hendaklah dibezakan
penggunaannya daripada sendi nama
kepada.
• Dalam ayat-ayat berikut , penggunaan
sendi nama pada kurang tepat .
Pada siapa hendak kuserahkan barang ini ?
(kepada siapa)

Berikan surat ini pada Ali.


(kepada Ali)
Serahkan wangmu padaku .
(kepadaku)

Perkara ini mesti dilaporkan pada polis.


(kepada polis)
• Sendi nama pada digunakan dalam
beberapa situasi yang berikut :

Untuk menandakan ketarangan waktu apabila


mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau
masa.

Sebagai kata depan kepada kata nama yang


menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
.
Untuk menandakan ketarangan waktu apabila
mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau
masa.

Keretapi berlepas pada pukul dua petang .

Peperiksaan bermula pada hari isnin.

Pada saat itu kamu sedang tidur .


Perkahwinan berlangsung pada akhir tahun ini .

Negara akan lebih maju pada kurun akan datang .


• Apabila didahului perkataan ada , sendi nama
pada menjadi sendi nama kepada kata nama
yang menyatakan atau membawa maksud
benda-benda yang bernyawa .
Barang itu pada ayah .

Kekayaan itu ada pada beberapa orang sahaja .

Bakat serta minat ada padanya .


Surat itu ada pada Ali.

Rantai itu ada pada leher anjingnya.


Sebagai kata depan kepada kata nama yang
menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata
kerja .

Lembu itu ditambat pada sebatang pokok .

Tuliskan namamu pada kertas ini .

Penjahat ini diikat pada tiang kayu .


Layang-layang tersangkut pada bumbung rumah .

Setem terlekat pada sampul surat ini .


Sendi nama “kepada”
• Sendi nama kepada digunakan dengan
maksud arah dan letaknya mendahului kata
nama atau frasa nama yang merujuk pada
benda bernyawa .
• Kerana sifatnya sebagai penanda arah , maka
sendi nama kepada tidak boleh ditukar ganti
dengan sendi nama pada yang bersifat
sebagai kata depan statik .
Serahkan wangmu kepadaku .
(padaku)

Ayah berkirim surat kepada kakak.


(pada kakak)

Ia melaporkan kejadian itu kepada polis.


(pada polis)
Mereka bersedekah kepada anak-anak yatim.
(pada anak-anaka yatim)

Berikan restu dan hidayat kepadaku.


(padaku)
• Sendi nama kepada sering juga berpadanan
dengan sendi nama daripada yang letaknya di
hadapan kata nama atau frasa nama yang
merujuk kepada manusia.

Daripada Ali kepada Ahmad.

Daripada ayah kepada anak.


• Penggunaan padanan tersebut berlaku juga
pada kata nama bukan manusia , apabila kata
nama itu merujuk pada institusi yang ada
kaitannya dengan manusia .

Daripada Kementerian Pendidikan kepada Kementerian


Penerangan

Daripada bahagian kewangan kepada bahagian


pentadbiran.
Sendi nama “dari”
• Sendi nama dari digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menyatakan
arah ,tempat , waktu dan sifat ini
membezakan daripada sendi nama daripada
yang hanya mengambil kata nama atau frasa
nama yang menyatakan manusia .
Anda datang dari mana ?
(daripada mana)

Ayah dan ibu baru sampai dari Johor .


(daripada Johor)

Dari saat ini , ubahlah kelakuanmu.


(Daripada saat ini )
Sendi nama “daripada”
• Sendi nama daripada dapat digunakan
untuk menghasilkan berbagai-bagai
makna .
• Frasa sendi nama ini diletakkan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan manusia ,unsur abstrak
,perbandingan , sumber atau asal
sesuatu benda.
Sebagai kata depan kepada bentuk kata yang
menyatakan manusia , dengan unsur manusia sebagai
punca datang sesuatu.

Hadiah ini daripada gurunya.

Daripada ibukah surat ini?

Amaran itu datang daripada ketuanya.


Saya memerlukan jawapan dengan segera .

Tanyakan rahsianya daripada Ali.


• Dalam hubungan ini,perlu ditegaskan bahawa
penggunaan sendi nama daripada bagi
maksud punca atau tempat yang sebenar
hanya terhad kepada manusia.
• Penggunaan sendi nama tersebut bagi maksud
punca atau tempat seperti
negeri,bandar,kampung dan sebagainya
tidaklah dibenarkan.

Contoh :
Ibu baru pulang daripada Perlis.
(dari Perlis)

Buah-buahan ini adalah daripada negeri China.


(dari negeri china)

Daripada mana orang itu berasal?


(dari mana)
Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menyatakan sesuatu unsur yang
abstrak.

Ambillah teladan dari pemerintahan yang lalu.


(daripada pemerintahan)

Keturunannya dari keluarga kaya.


(daripada keluarga)

Kita menerima maklumat dari kerajaan.


(daripada kerajaan)
Menunjukkan perbandingan atau taraf yang didahulukan
dan dikemudiankan.

Ali lebih tinggi dari ayahnya.


(daripada ayahnya)

Dari akar lebih baik rotan.


(daripada akar)

Saya bukan lewat darinya.


(daripadanya)
Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama yang
menyatakan maksud sumber atau asal.

Ukiran itu dibuat dari kayu.


(daripada kayu)

Dari gambar itu saya mendapat ilham.


(daripada gambar)

Dari getah kita mendapat susunya.


(daripada getah)
Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Benda itu kelihatan lain dari yang lain.


(daripada yang lain)

Perbezaaanya dari barang itu amat nyata.


(daripada barang)

Dari dia ,lebih baik adiknya.


(daripada dia)
Sendi nama “akan”
• Biasanya sendi nama akan digunakan di
hadapan perkataan untuk manusia dan
penggunaannya terhad kepada jenis adjektif
yang bersifat emotif .

Contoh :
Dia amat rindu akan kekasihnya.

Semua orang benci akan dia.

Aminah kasih akan ibunya.


kesimpulan
• Sebagai kesimpulan,frasa sendi nama ialah
satu binaan yang dapat digambarkan seperti
berikut :

Kata Bantu + Sendi nama + (Kata Nama Arah)


+Frasa Nama + (Ayat komplemen/Ayat
keterangan)
Latihan
Soalan 1
Apakah maksud frasa sendi nama ?

______________________________________
______________________________________
___________________________________
Soalan 2
Berikan satu contoh binaan frasa sendi nama.

_____________________________________
Soalan 3
Berikan 4 contoh sendi nama.

______________________________________
______________________________________
___________________________________
Soalan 4
Bina 1 ayat daripada setiap kata sendi berikut.

1)di: ___________________________________

2)dari
_____________________________________
3) daripada :
_____________________________________

4)pada
_____________________________________
Soalan 5
Bina 1 ayat yang menggabungkan kata sendi
nama dari dan kata sendi nama ke.

______________________________________
____________________________________
Sekian,terima kasih.

• Se

You might also like