P. 1
PANTUN

PANTUN

4.5

|Views: 3,019|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
pantun
HISSAM BIN MOSLI
falsafah dan logika melayu
pantun
HISSAM BIN MOSLI

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Aug 30, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2013

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM PANTUN NAMA : HISSAM BIN

MOSLI NO. MATRIK : JEA080024 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM PANTUN PENDAHULUAN Pantun merupakan suatu kebudayaan lama yang disebarkan oleh masyarakat melayu tradisional yang masih kekal sehingga kini walaupun mengalami perubahan globalisasi yang begitu pesat. Pantun memainkan peranan penting bagi

menyampaikan nilai falsafah dan pemikiran masyarakat melayu yang disebarkan secara lisan dan biasanya disampaikan dari turun temurun. Pantun tidak hanya dicipta tertumpu kepada suatu kelompok masyarakat sahaja sebaliknya tersebar luas untuk dihayati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Kita akan dapat melihat jalan pemikiran melayu sekiranya sesebuah pantun dianalisis secara mendalam dari segi isi dan maksud yang ingin disampaikan. Pantun dicipta mengikut kesesuaian umur dari aspek makna dan tujuannya iaitu bagi kanak-kanak bentuk pantun mudah difahami, berbentuk nasihat dan mempunyai unsur nasihat bagi golongan dewasa pantun biasanya menyentuh tentang perasaan misalnya percintaan, kasih sayang, perpisahan dan sebagainya. Pantun juga diselitkan dengan nasihat sebagai panduan untuk mengawal perasaan agar tidak terpesong daripada hidup bermasyarakat untuk golongan tua pula pantun lebih menyentuh tentang aspekaspek agama, adat dan nasihat. Golongan inilah yang jadi penentu bagi menentukan hala tuju hidup bermasyarakat. Menerusi pantun masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang baik yang berlandaskan nilai ataupun syariah islam. Oleh itu nilai budi dalam pandangan orang melayu meliputi secara keseluruhan cara hidup dalam bermasyarakat melayu. Oleh itu,islam telah mengubah pandangan orang melayu daripada mempercayai unsurunsur dewa-dewi mahupun animisme kepada Tuhan Yang Maha Esa. Lantaran itu,walaupun pantun lahir secara spontan namun hubungannya dengan kehidupan masyarakat melayu sangat rapat.

PANTUN BUDI SUATU PENGENALAN

Budi berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud asas-hikmah. Budi boleh diibaratkan sebagai pelita yang menyinari jalan yang ditempuhi oleh manusia (R.Paryana Suryadiputra;1993:176-177). Bukhari al Jauhari menterjemahkan konsep ulul abab yang beliau petik dari Al-Quran, Surah Al Maidah, ayat 100, sebagai “… segala orang yang berbudi…” Zainal Kling(1995) menyatakan bahawa manusia Melayu melihat rupa dan paras jiwa itu berbentuk budi merujuk kepada suatu peribadi yang mengandungi akal dan rasa. Konsep budi melambangkan alam jiwa yang terdapat dalam budidaya yang mewakili sebagai gerak laku fizikal. Budi ialah struktur dalaman Melayu atau batiniah Melayu yang terpancar dari satu hikmah yang tertinggi(Allah). Budi bukan sahaja merangkumi konsep dalaman manusia bahkan meliputi hubungan sosial manusia (social-relation dan social-interaction) mereka. Budi mengandungi gugusan yang bersiratan misalnya akal-budi, hati-budi, budibicara, budi-bahasa dan budi-pekerti. Gugusan budi(budi complex) pula terbahagi kepada dua yang saling berkaitan ibarat isi dengan kulit, luar-dalam, lahir-batin dan jasmani-rohani. Isi, dalam, batin dan rohani merupakan simbol kepada struktur dalaman(deep structure) iaitu persoalan tentang akal-budi, hati-budi dan budi-bicara. Kulit, luar,lahir dan jasmani pula melambangkan struktur luaran(surface structure) yang meliputi persoalan budi-pekerti dan budi-bahasa. Gugusan budi tersebut dapat dikenalpasti menerusi kehadiran manusia, masyarakat dan budaya. Oleh itu, budi merupakan suatu komponen orientasi nilai disamping keimanan(ketauhidan) yang mana perlaksanaanya tidak boleh terlepas daripada keseluruhan proses interaksi manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Oleh yang demikian,

budi dapat dimanifestasikan dalam satu hubungan sosio-budaya dan spiritual yang meliputi berbudi kepada Tuhan(Allah), berbudi kepada bangsa dan tanah air, berbudi kepada alam, berbudi kepada masyarakat dan budaya, berbudi kepada keluarga dan berbudi kepada diri sendiri.

CONTOH PANTUN BUDI Tegak rumah kerana sendi Runtuh sendi rumah binasa Sendi bangsa adalah budi Runtuh budi runtuhlah bangsa

Cahaya redup menyegar padi Ayam berkokok mengikat buah Jikalau hidup tidak berbudi Umpama pokok tidak berbuah

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Ramai orang di kuala sawah

Masak nasi jangan hangit Sedikit budi bukannya mudah Sekerat bumi diantara langit

Pohon pandan pohon berduri Dipandang amat sedap Hidup di dunia bahasa dan budi Serta jua tertib beradat

Disana padi disini padi Itulah nama sawah dan bendang Disana budi disini budi Barulah sempurna menjadi orang

Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa

Bunga raya kembang tak jadi Sebab musabab hairan sekali Hidup kita hanya sekali Budi bahasa tak di jual beli

Kalau berladang menanam padi Keladi di bawa ke tanah seberang Kalau dagang pandi berbudi Sampai mati dikenang orang

PANTUN BUDI SEBAGAI SUATU FALSAFAH Masyarakat Melayu tidak hanya mencipta pantun untuk memaparkan kemahiran masyarakt Melayu mencipta pantun mahupun menunjukkan keindahan pada sesuatu pantun bahkan ia lebih daripada itu. Setiap genre pantun yang dicipta oleh masyarakat Melayu datang dengan mesej atau falsafah yang ingin disampaikan kepada keseluruhan masyarakat Melayu tanpa mengira peringkat umur mahupun darjat. Dalam pantun budi misalnya, terdapat pelbagai mesej atau falsafah yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkara pokok utama iaitu falsafah mengenai budi. Dalam pantun budi perkara utama yang ditekankan adalah mengenai budi itu sendiri. Konsep budi ini pula boleh diterjemahkan kepada beberapa asas budi yang perlu difahami, dihayati dan dipraktikkan oleh keseluruhan masyarakat Melayu. Berbudi kepada Allah s.w.t merupakan salah satu perkara yang ingin disampaikan. Berbudi disini merujuk kepada tanggungjawab manusia kepada Allah s.w.t. Dalam pantun budi terdapat satu baris rangkap pantun iaitu ‘budi dibawa mati’ yang bukan sahaja membawa maksud budi bahasa dan budi pekerti sahaja bahkan keseluruhan konsep budi yang berpaksikan ketuhanan keran budi itu merupakan pancaran batiniah. Dalam konteks ini apa yang disampaikan menerusi pantun adalah manusia(mikrokosmos)

dianggap sebagai hamba Allah yang dicipta olehNya sebagai khalifah di muka bumi. Oleh yang demikian, manusia perlu menunaikan segala perintah Allah mengikut apa yang telah ditetapkan. Budi yang dimaksudkan di sini bukan sahaja mentadbir muka bumi sesuai dengan konsep khalifah itu sendiri bahkan konsep utama yang ingin ditekankan adalah mengenai keimanan manusia itu sendiri kepada Allah s.w.t dengan menunaikan segala tanggungjawab terhadap segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia dan meninggalkan segala laranganNya “amar ma’aruf nahi mungkar” yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniah.

Manusia perlu mempercayai bahawa dunia adalah bersifat sementara oleh yang demikian, manusia perlu mempersiapkan diri dengan amal ibadat sebagai persiapan menghadapi kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Perkara inilah yang ingin disampaikan menerusi pantun bagi membentuk manusia sebagai insan “kamil” Pantun budi juga cuba mengungkapkan persoalan dari aspek kekuasaan. Dalam konteks ini persoalan yang berlawanan(dichotomous) turut dipaparkan sebagai tatapan masyarakat. Perkara yang ingin ditelusuri di sini adalah mengenai orang yang mempunyai kuasa dan bertindak sebagai pemimpin masyarakat. Walaupun golongan ini berasal dari kelas atasan namun konsep budi tidak mempunyai batasan terhadap golongan tersebut. Oleh itu, mereka yang mempunyai kuasa juga perlu budi pekerti, akal budi hati budi dan budi bicara yang baik sesuai dengan kedudukan mereka sebagai golongan atasan dan selaras dengan tuntutan sebagai pemimpin masyarakat. Hal ini kerana pemimpin bertanggungjawab menyeru golongan masyarakat kearah kebaikan dan segala tindak

tanduk pemimpin akan mendapat perhatian masyarakat. Oleh itu, golongan pemimpin menjadi contoh kepada golongan masyarakat.

Pantun budi juga cuba mengetengahkan dari aspek nilai dan harganya walaupun bukan dinilai dari sudut wang ringgit mahupun emas. Nilai yang dimaksudkan adalah terhadap orang yang berbudi dan juga kesannya ke atas masyarakat. Nilai budi adalah lebih bernilai daripada wang ringgit mahupun emas. Hal ini kerana wang adalah bersifat sementara iaitu hanya untuk kepentingan di dunia sahaja sebaliknya, budi mendatangkan kebaikan di dunia mahupun sebagai bekalan sebelum kembali kepada Allah s.w.t. Budi tidak boleh dibayar dengan wang mahupun emas sebaliknya akan kekal diingati sampai bila-bila sehingga akhir hayat. Setiap budi akan dinilai atau dihitung di akhirul alam(akhirat). ‘Sekerat bumi di antara langit’ dalam baris patun merujuk kepada hari akhirat. Perkara yang ingin disampaikan dalam pantun tersebut adalah segala pekerjaan baik yang telah dilakukan akan dimizan atau di nilai di akhirat. Setiap budi akan mendapat ganjaran di syurga kerana berbudi adalah satu kerja yang baik,suatu ibadat dan amal jariah. Walaupun material dan materialisme(index materialism) itu perlu dalam kehidupan tapi janganlah sampai melalaikan kita sehingga melupakan asas penting dalam kehidupan kita iaitu budi walaupun ia bukan bersifat(index non materialism)

Budi membawa kesan yang cukup besar dalam kehidupan manusia. Kehidupan manusia boleh dinilai atau dilambangkan melalui budi pekerti, budi bahasa, budi bicara

dan lain-lain yang mereka lakukan sepanjang kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana aspek yang disebutkan di atas mencerminkan amalan hidup seseorang yang dinilai tinggi oleh masyarakat. Misalnya dalam konteks budi bahasa pencernaan budi dapat dilihat dalam pemilihan kata-kata yang sesuai dengan pertuturan dalam kehidupan seharian mereka. Dari segi budi pekerti masyarakat melihat kepada perlakuan atau tingkah laku yang dinilai dari sudut yang baik mahupun buruk kerana dan lazimnya perlakuan yang baik dapat dilihat menerusi adab seseorang terhadap orang di sekelilingnya walaupun berada di mana sahaja. Oleh itu hubungan sosial bukan sahaja dapat dibentuk melalui hubungan tertentu sahaja bahkan melalui budi juga. Pantun budi jika ditelusuri dengan lebih mendalam akan memaparkan kepada kita persoalan bahawa hidup ini berpasangan atau saling melengkapi(binary complimentaring) dan saling berlawanan(binary opposing). Maksud disini adalah wujudnya hubungan di dalam pantun-pantun tersebut yang menjelaskan fenomena sosial dalam masyarakat Melayu. Budi juga merupakan suatu struktur yang membimbing dan menghubungkan setiap anggota masyarakat, bangsa dan negara misalnya, melaui rangkap baris pantun ‘runtuh budi runtuhlah bangsa’ yang memaparkan budi adalah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa, tanpa orientasi nilai atau bebas nilai(value free) keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh. Budi amat penting dalam social relaction dan interaction. Oleh yang demikian pantun budi berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu.

KESIMPULAN Pantun yang dicipta oleh masyarakat Melayu bukan sekadar untuk hiburan sematamata sebaliknya ia mempunyai mesej atau maksud yang tersirat di sebalik keindahan

pantun itu sendiri. Masyarakat Melayu mencipta pelbagai genre pantun yang setiapnya mempunyai falsafah atau pemikiran yang tersendiri yang ingin disampaikan. Dalam pantunbudi misalnya terdapat pelbagai falsafah yang ingin dipaparkan kepada golongan masyarakat dari segenap lapisan tanpa mengira darjat, pangkat mahupun usia. Falsafah atau mesej dikupas dari segala perspektif masyarakat Melayu.Perkara pokok yang menjadi persoalan adalah mengenai budi itu sendiri yang yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa ini. Dalam konteks yang lebih dalam budi bolehlah dianggap sebagai suatu wacana yang membentuk ciri-ciri keperibadian yang baik dalam diri seseorang sekaligus mampu membentuk masyarakat yang saling berhubungan dalam melakukan apa sahaj tindakan melalui kerjasama yang padu daripada seluruh anggota masyarakat. Perkara penting yang perlu difahami oleh masyarakat melalui pantun budi adalah berpaksikan ketuhanan di mana setiap masyarakat Melayu perlu menghayati sepenuhnya hubungan antara manusia dengan Maha Pencipta(Allah s.w.t) di mana manusia perlu mempersiapkan diri dengan amal ibadat dan amal jariah sebelum kembali kepadaNya. Oleh itu, konsep falsafah budi yang ingin disampaikan adalah bersifat menyeluruh dalam prospek kehidupan dan perlu diamalkan sampai bila-bila.

BIBLIOGRAFI 1. Wan Abdul Kadir Yusuf (1996) Pantun Manifestasi Minda Masyarakat, APM Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur

2. Alias Yunus, Pantun Melayu Sastera Rakyat, Federal Berhad. A.W.Hamilton, (1959), Malay Pantun Eastern Universiti Press, Singapura

3. Zainal Abidin Bakar(Penyelenggara) (1983), Kumpulan Pantun Melayu, DBP, Kuala Lumpur

4. Muhammad Haji Salleh (1986) Cermin Diri, Fajar Bakti Petaling Jaya

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->