Professional Documents
Culture Documents
JXEA 11O4
ALKISAH, maka tersebutlah perkataan raja benua Siam; daripada zaman dahulukala,
negeri Siam itu Syahru’n Nuwi namanya disebut orang. Syahadan segala raja-raja di
bawah angina ini, semuanya takluk kepadanya; Bubunnya nama rajanya. Setelah
didengar oleh benua Siam bahawa Melaka negeri besar, tiada takluk ke Siam, maka
Paduka Bubunnya pun menyuruhlah ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka
Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka raja benua
Siam pun terlalu marah, serta menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi
Cakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu banyak, tiada terpermanai lagi.
Maka dipersembahkan orang ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah, bahawa raja
terlalu banyak tiada terpermanai, berjalan darat serta terus ke hulu Pahang.
membawa orang Kelang dengan segala anak bininya sekali. Maka orang Kelang pun
“Tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya mengadap dengan lelaki juga,
Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar sembah orang Kelang itu, maka
titiah baginda pada seorang bentara, Seri Amerta gelarnya, “Jikalau datang Tun
Perak kelak ke balairung mengadap, katakan oleh Seri Amerta sembah orang Kelang
Adapun akan Seri Amerta itu asalnya daripada orang Pasai, Tun Semendera
namanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara,
digelar Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda suatu bangku betul di bawah lutut
raja.
Pada suatu hari, maka Tun Perak pun datang mengadap raja, duduk di tanah
sama orang yang banyak. Maka kata Seri Amerta pada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,
segala orang Kelang ini mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, adapun
orang teluk rantau yang lain semuanya mengadap lelaki juga, akan orang Kelang
mengapa maka Tun Perak bawa dengan perempuannya sekali? Mengapa demikian
fiil tuan?”
Maka tidak disahuti oleh Tun Perak tanya Seri Amerta itu. Maka sekali lagi
Seri Amerta berkata-kata, tiada juga disahuti oleh Tun Perak. Setelah genap tiga kali
Seri Amerta berkata, maka baharulah disahut oleh Tun Perak.Katanya:”Hei Seri
Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-
baik peliharakan, jangan diberi berkarat; akan pekerjaan kami, orang bekerja ini,
dimana tuan hamba tahu? Akan sekarang, Duli Yang Dipertuan dalam negeri ini
dengan anak isteri baginda, dan dengan segala alat takhta kerajaan; maka
benarkah pada pendapat tuan hamba, kami sekalian datang dengan berlelaki juga
dengan jauh tempat Selat Kelang? Jikalau barang sesuatu hal negeri ini, apa
disebutkannya akan kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini
hamba bawa dengan segala anak perempuannya sekali. Jikalau dia berperang
kata-kata Tun Perak itu, maka baginda pun tersenyum; maka titah baginda,
“Benarlah seperti kat Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih daripada puan,
disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda pula kepada Tun Perak,
bahawa Tun Perak tiada patutdiam di Kelang lagi, baiklah Tun Perak duduk di negeri.
Hatta maka orang Siam pun datanglah, lalu berperang dengan orang Melaka
terlalu ramai. Ada berapa lamanya berperang, maka rakyat Siam pun banyak mati,
hal Melaka pun tiada alah; maka Siam pun kembalilah. Maka seraya ia pulang itu,
segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka
rotan itu tumbuh, maka itulah dinamai orang “rotan Siam”; dan pasungan kayu ara
itu pun tumbuh, ad sekarang di hulu Muar; jeluk dan tumang Siam tempatnya
Setelah Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau masing-masing
kembalilah ke tempatnya. Maka hanya Tun Perak tiada ia diberi raja pulang lagi ke
Kelang, dijadikan baginda bentara. Maka ada seorang Keling diam di Kelang,
mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak; maka Keling itu persembahkan ke
bawah duli Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda memberi titah kepada Seri Amerta,
menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka pada masa itu pun Tun Perak datang
mengadap; maka Bentara Seri Amerta kepada Tun Perak; “Tuan Tun Perak, bahawa
mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak, mengapatah maka pekerti tuan?”
Maka Tun Perak pun diam, tiada disahutinyakata Seri Amerta itu. Setelah tiga
kali Seri Amerta berkata, baharu disahuti Tun Perak: “Akan tuan hamba dijadikan
Duli Yang Dipertuan bentara, dianugerahi sebilah pedang itu juga tuan hamba
peliharakan; baik-baik asami jangan diberi makan karat; akan pekerjaan kami orang
memegang negeri di mana tuan hamba tahu. Jikalau sebesar tempurung sekalipun,
negeri namanya; baik juga pada kami maka kami kerjakan, kerana Duli Yang
Dipertuan tahu akan baiknya juga pada kami, tiada tahu akan jahatnya; tetapi
jikalau Duli Yang Dipertuan akan membicarakan hamba dengan dia, pecatlah hamba
dahulu, maka bicarakanlah hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat,
Maka berkenan pada hati Sultan Muzaffar Syah kata Tun Perak itu; maka titah
baginda, “Adapun Tun Perak itu tiadalah patut menjadi bentara lagi, patut menjadi
menteri. Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri
Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri
dan kejatuhan zaman Melayu Melaka. Sulalatus Salatin juga dikenali dengan nama Sejarah
Melayu atau Hikayat Melayu. Karya ini disusun oleh Tun Muhammad, atau nama timangannya
Tun Seri Lanang. Beliau merupakan bendahara pada masa itu di bawah pemerintahan Paduka
Seri Sultan Alau’d-Din Riayat Syah III. Tujuan karya ini ditulis adalah untuk memperlihatkan
kebesaran, keagungan, kedudukan, dan sejarah silam Raja-Raja Melayu. Hal ini bersesuaian
dengan maksud Sulalatus Salatin itu sendiri iatu “Salasilah Sultan-Sultan” atau “Peraturan
Segala Raja-Raja”. Selain itu, Sulalatus Salatin juga memaparkan kehebatan dan kegemilangan
kerajaan-kerajaan Melayu, contohnya seperti kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu ini
dikatakan tiada tandingannya dengan kerajaan lain. Di samping itu, karya ini juga menunjukkan
kebesaran dan kebijaksanaan bangsa Melayu itu sendiri. Hal ini dapat dilihat pada pembesar-
pembesar dan pahlawan Melayu pada masa itu. Contohnya seperti Tun Perak dan Hang Tuah
yang dikatakan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi serta kepimpinan yang unggul.
Sinopsis petikan yang telah saya ambil daripada karya sulalatus salatin dibawah tajuk
bakat kebijaksanaan tun perak mengisahkan tentang Tun Perak menggunakan akalnya
menewaskan musuh dan menjawab segala pertuduhan ke atasnya. Tun perak ialah bendahara seri
wak raja dan merupakan penghulu kelang dari tahun 1445 ketika bermulanya permusuhan antara
kerajaan Melaka dan Siam. Kisah bermula apabila kerajaan Melaka pada masa itu yang
diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah enggan tunduk pada raja Siam iaitu Raja Bubunnya. Tun
Perak diperintahkan datang ke Melaka untuk membantu menentang Siam. Tun perak datang ke
Melaka bersama-sama orang Kelang termasuk lelaki dan perempuan. Tindakan beliau
menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana turut membawa perempuan untuk
berperang.
Berdasarkan petikan yang telah saya baca dan fahami, dapatlah dikupaskan persoalan
falsafah didalamnya iaitu mengenai falsafah kebijaksanaan. Allah telah menciptakan manusia
dengan sebaik-baik kejadian. Allah mengurniakan keistimewaan yang tidak terhingga kepada
manusia iaitu akal. Akal membolehkan manusia berfikir, bertindak, membezakan yang baik dan
buruk, serta merancang sesuatu yang boleh membawa kepada keharmonian. Dengan akal juga
manusia mampu mengenali apa sahaja kewujudan dan menghuraikan segala kejadian. Tanpa akal
ini mana mungkin seseorang itu mampu menjadi bijak. Kebijaksanaan merujuk kepada
kemampuan berfikir yang tinggi atau kita boleh katakan nilai-nilai yang dimiliki seseorang
individu termasuklah sikap yang positif dan kemampuan berfikir di luar kotak. Kebijaksanaan
atau kecerdikan seseorang individu datangnya daripada akal yang terlebih dahulu diisi, dicanai,
mahupun ditambah dengan ilmu pengetahuan. Kebijaksanaan seseorang itu bertambah kerana
Persoalan kebijaksanaan dibuktikan oleh pengarang melalui watak Tun Perak yang
diceritakan mempunyai tahap pemikiran dan kecerdikan yang tinggi. Kebijaksanaan Tun Perak
telah membantu kerajaan Melaka menghadapi serangan Siam pada ketika itu. Tindakan beliau
yang agak pelik dengan membawa perempuan untuk turut serta dalam peperangan telah
menimbulkan banyak persoalan. Secara harfiahnya, kita akan melihat ianya seperti sesuatu yang
tidak normal ataupun perbuatan yang sia-sia kerana kita menganggap kaum hawa ini lemah dan
tidak mungkin membantu malah kita juga berpendapat kaum hawa ini hanya akan merumitkan
keadaan sahaja. Kita boleh katakan ianya nampak seperti menyusahkan dan menjadi gangguan
dalam menggerakkan angkatan bersenjata di medan perang. Namun, inilah yang dikatakan
sebagai kebijaksanaan. Nampak seperti ganjil tetapi membawa kepada hasil yang bermanfaat.
Raja Melaka sendiri iaitu Sultan Muzaffar Syah yang memerintah pada ketika itu tertanya-tanya
apakah sebenarnya niat Tun Perak membawa perempuan turut serta dalam pertempuran tersebut.
Mengapa beliau tidak membawa golongan lelaki sahaja sama seperti pemimpin tempat-tempat
yang lain. Tindakan Tun Perak membawa perempuan ke medan perang memberi kesan yang
amat ketara. Kehadiran isteri dan anak di medan perang telah menaikkan semangat kaum lelaki
atau suami untuk berjuang habis-habisan di depan mata insan tersayang. Mereka tidak mungkin
sanggup melihat anak dan isteri dibunuh oleh musuh. Oleh itu, mereka akan berjuang
keselamatan anak dan isteri masing-masing.. Inilah sebenarnya persoalan yang tersirat daripada
tindakan Tun Perak itu. Beliau ingin mencetuskan semangat perjuangan yang tinggi dalam diri
masyarakat melayu pada ketika itu. Jika tidak dengan kebijaksanaan Tun Perak, mungkin kaum
lelaki Melaka pada ketika itu tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Kebijaksanaan
Tun Perak mengatur strategi berperang telah membawa kepada kemenangan kerajaan Melaka.
kekuatan peribadi yang perlu ada pada seseorang pemimpin. Pemimpin yang bijak dalam
mengatur, menyusun, atau merancang strategi akan membuatkan rakyatnya sentiasa bersatu-
padu dan mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam masyarakat. Sifat putus asa tidak
mungkin akan timbul sama sekali dalam diri setiap individu masyarakat kerana mereka yakin
dengan tindakan yang dibuat oleh pemimpin mereka. Bayangkan jika Tun Perak cetek
pemikirannya. Adakah beliau mampu memikirkan sejauh ini? Ataupun adakah rakyat yang
dipimpinnya akan yakin dengan tindakannya? Sudah pastinya tidak. Tun Perak mungkin akan
membawa golongan lelaki sahaja untuk berperang. Tambahan pula, rakyat akan meragui segala
tindak-tanduk ataupun perancangan yang diaturnya. Hal ini membuktikan betapa pentingnya
Kebijaksanaan pada seseorang bukan hanya sekadar pandai mengatur atau merancang
sesuatu, malah kebijaksanaan seseorang individu juga boleh ditentukan melalui kata-katanya.
Ciri ini turut dipaparkan oleh pengarang melalui watak Tun Perak. Tun Perak bukan sahaja bijak
dalam mengatur strategi malah bijak berkata-kata. Hal ini dapat kita lihat semasa seorang orang
Keling yang tinggal di Kelang mengadap Sultan Muzaffar Syah menyatakan bahawa dia telah
teraniaya oleh Tun Perak. Justeru, Sultan Muzaffar Syah telah menitahkan Seri Amerta untuk
menyoal Tun Perak tentang perkara itu. Kebijaksanaan Tun Perak terbukti berdasarkan
”Akan tuan hamba dijadikan duli Yang Dipertuan bentara, dianugerahi pedang sebilah itu
juga tuan hamba peliharakan; baik-baik asami jangan diberi makan karat; akan pekerjaan kami
orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu. Jikalau sebesar tempering sekalipun, negeri
namanya; baik juga pada kami maka kami kerjakan, kerana duli Yang Dipertuan tahu akan
baiknya juga pada kami, tiada tahu akan jahatnya; tetapi jikalau duli Yang Dipertuan akan
membicarakan hamba dengan dia, pecatlah hamba dahulu, maka bicaralah hamba dengan dia.
Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba dibicarakan dengan sakai hamba?”
Kata-kata Tun Perak itu menegaskan bahawa masalah orang bawahannya sepatutnya
diselesaikan oleh beliau sendiri dan bukannya sultan. Oleh itu, jika sultan hendak mengadili
perkara tersebut, Tun Perak haruslah dipecat terlebih dahulu. Kita dapat lihat di sini betapa
dalamnya maksud kata-kata yang telah dilemparkan oleh Tun Perak itu. Perkara yang ingin di
utarakan dalam petikan ini ialah kemampuan kita dalam berhujah. Kemampuan individu
berhujah membuktikan dia seorang yang arif dalam sesuatu bidang. Mana mungkin seorang
individu yang tidak mengetahui atau arif dalam sesuatu perkara dapat berhujah atau
Secara keseluruhannya, apa yang dapat kita simpulkan ialah akal yang bijaksana pastinya
akan membawa kepada keharmonian dan kebahagiaan pada setiap individu dan negaranya jika
digunakan pada jalan dan niat yang betul. Setiap individu mestilah mempunyai tahap pemikiran
yang tinggi ataupun mampu berfikir diluar kotak pemikirannya. Hal ini akan menjamin
kehidupan setiap individu dan masyarakat kerana sudah pastinya tidak ada seorang pun yang
akan tertinggal dalam peningkatan arus dunia.Manusia mempunyai kesedaran, keinginan dan
dapat berfikir, bercakap, meneliti, membuat keputusan, dan membentuk pertimbangan. Seperti
yang kita ketahui, manusia yang menggerakkan negaranya. Bahkan, kemajuan sesebuah negara
adalah berdasarkan kepada peranan, tindakan, dan kebijaksanaan manusia itu sendiri.
Kegeniusan dan kebijaksanaan manusia mengolah, merancang, dan menyusun strategi akan
menjadikan negara sentiasa berkembang maju. Walau bagaimanapun, pemikiran manusia amat
terhad. Oleh itu, mereka harus bersatu-padu untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
http://ms.wikipedia.org/wiki/sulalatus _salatin
http://www.worldcat.org/wcpatop3mset/7385926
http://wapedia.mobi/ms/sejarah_melayu_6k
http://www.ujanailmu.com.my/pd)hikayat.ofm