You are on page 1of 6

FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU

JXEA 11O4

TAJUK: ABDUL RAHMAN ABU ZAID


WALIYUDDIN BIN KHALDUN AL-MALIKI
AL-KHARAMI ( IBNU KHALDUN )

PENSYARAH: Prof. Dr. Amran Muhammad


NAMA: Mohd Faizul Bin Ismail
NO. METRIK: JEA 080041

Semesta 1, Sesi 2008/2009 Akademi Penganjian Melayu


Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba da pertama kali
digunakan oleh Pythogoras (570-504 sebelum masihi (S.M)).Pythogoras ialah seorang
ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 S.M. Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua
perkataan iaitu “Philo’’ yang bermaksud “Cinta’’ dan “Sophia’’ yang bermaksud
“kebijaksanaan’’.Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta’’ dan “kebenaran’’.
Namun takrif ilmu falsafah seharusnya lebih terperinci daripada pengertian yang bergitu
luas dan longgar itu.

Ibnu Khaldun atau nama asalnya Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al-
Maliki Al-kharami.beliau dilahirkan di Tunis pada 1 Ramadhan 732H. Keluarga Ibnu
Khaldun berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville,
Italy dan Sepanyol dan akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa
pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, iaitu pemerintah Tunis pada masa itu.

Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal dalam pelbagai ilmu Islam seperti Al-Quran
dan Al’Hadith.Apabila meningkat dewasa, beliau mempelajari pula tentang perundangan
Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan manik. Antara bahasa yang dipelajari oleh
beliau ialah Lingustik Bahasa Arab seperti Nahu dan Saraf. Antara guru yang
mengajarnya dalam ilmu-ilmu yang dipelajarinya adalah Muhammad Ibrahim Al-Abiliti,
Abu Abd Allah Al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd Al- Salam dan lain-lain lagi.

Beliau mempunyai sifat peribadi yang tegas dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan. Selain itu juga, kebolehan beliau dalam bidang sosiologi mengangkatkan
lagi belaiu sebagai seorang ahli cendekiawan yang agung. Beliau mengamalkan sifat
rendah diri dan tidak mementingkan pangkat dan bijak menyelesaikan masalah. Beliau
mempunyai kepakaran dalam ilmu kemasyarakatan, pendidikan, keagamaan, tamadun,
undang-undang dan falsafah. Dalam perjalanan hidup beliau dipenuhi berbagai peristiwa,
pengembaraan dan perubahan.

Ibnu Khaldun menjadi seorang seorang cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh
ramai cendekiawan Barat kerana buah fikiran belau. Tetapi jarang umat Islam mengkaji
tentang ilmu beliau. Sumbangan beliu dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil
karya beliau, Al-Muqaddimah. Al-Muqaddimah merupakan hasil teragung yang beliau
hasilkan. Antara teori ekonomi dalam buku itu masih lagi releven dengan masalah
ekonomi semasa pada masa kini. Kitab Al-Muqaddimah atau bermaksud pendahuluan ini
merupakan kitab terbesar yang dihasilkan oleh beliau. Didalam kitabnya memuatkan
tentang pesuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi termasuk juga pendidikan.

Tema utama dalam kitab beliau adalah mengecam fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam
sekitar dan juga kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan
peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau telah membuat pelbagai analisis
tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana
setiakawan dan perpaduan sosial.

Dalam karya tulisannya, beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah
ekonomi seperti keadilan ( justice ), kerjasama (cooperation), kesederhanaan
(moderation), kerja keras (hardworking dan kelemahan (fairness). Pemikiran cemerlang
beliau telah menjadikan beliau seorang seorang yang berpengaruh besar bagi
cendiakawan-cendiakawan barat dan timur. Pemikiran beliau telah membawa perubahan
yang besar dalam jabatan politik, ilmiah dan peradilan.

Ibnu Khaldun telah mejalankan analisis yang mendalam tentang teori ekonomi. Beliau
menjalankan kesemua kajian beliau tentang teori ekonomi berdasarkan kepada prinsip-
prinsip dan falsafah islam. Ibnu Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam
aktiviti ekonomi yang mereka jalankan setiap hari tetapi beliau telah menganggap
manusia sebagai manusia islam ( Islam man/Homo Islamicus) yang memerlukan
pengetauhan dan pembelajaran ilmu tentang ekonomi untuk memenuhi atau menjalankan
misinya diatas muka bumi ini. Oleh itu, beliau menekanakan bahawa manusia perlu
menjauhi perbuatan jahat sebaliknya manusia seharusnya dan wajib mengikuti ajaran
islam. Selain itu juga, beliau menekankan manusia perlu menjadikan Islam sebagai model
untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Ibnu Khaldun telah mengemukan pelbagai teori tentang ilmu ekonomi ini. Teori yang
dikemukan dalam ilmu ekonomi adalah teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harga dan
teori pengagihan. Beliau mengemukan teori bahawa kehidupan ekonomi sentiasa
menghala kearah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.
Menurut beliau tentang teori pengeluaran adalah berasaskan tentang factor buruh daan
juga kerjasama masyarakat. Beliau juga mengangap buruh merupakan factor terpenting
dalam proses pengeluaran walaupun factor-faktor lain seperti tanah yang tersedia, tenaga
buruh adalah perlu untuk menghasilkan matlamat akhir sesuatu pekerjaan.

Beliau juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga yang tetap juga amat perlu untuk
mengekalkan tahap produktiviti. Dalam perkara ini, beliau menyarankan supaya
masyarakat dapt melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh
orang yang mahir dan cekap. Walaubagaimanapun, pertubuhan ekonomi dan
pembahagian tenaga buruh juga bergantung kepada pasaran semasa. Disini kita dapat
menyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh dan
pertukaran yang dikemukakan oelh Ibnu Khaldun 100 tahun lebih awal daripada teori
yang digunakan oleh Adam Smith.

Ibnu Khaldun secara tidak jelas juga membezakan tentang teori nilai yang digunakan
dengan nilai pertukaran. Beliau telah berhujah dengan tegas tentang nilai sesuatu
barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.
Beliau berkata “ semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk
mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk
mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh’’. Dengan kata-kata
beliau jelas la bahawa pendapat beliau tentang pengunaan buruh adalah amat penting
dalam sistem pengeluaran. Keuntungan akan hanya diperolehi dengan pengunaan buruh
untuk menghasilkan sesuatu produk.

Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa harga barangan terdiri daripada tiga elemen iaitu
gaji atau upah, keuntungan dan juga cukai. Beliau berpendapat ketiga-tiga elemen ini
merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh itu, beliu membahagikan ekonomi kepada
tiga sector iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut beliau
juga, nilai dan harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam
proses pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan
harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme
permintaan danpenawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada
perbezaan yang diperolehi oleh perniaga daripada harga jualan dengan harga belian.

Teori-teori yang dihasilkan oleh Ibnu khaldun menunjukkan bahawa beliau merupakan
tokoh pertama dalam meninjau tentang aliran ekonomi ini. Pemikiran beliau tentang
ekonomi ini menunjukkan pemikiran para ilmuwan islam melampaui pemikiran
ilmuwan-ilmuwan barat dan jauh mendahului mereka. Kebanyakkan buku ilmuwan-
ilmuwan dari barat tidak memasukkan nama para pemikir ilmuwan islam padahal sejarah
membuktikan bahawa ilmuwan islam banyak menulis tentang dan mengkaji tentang
ekonomi secara normatif. Ini dapat dilihat dalam Buku Sejarah Permikiran Ekonomi
tulisan Belanda Zimmerman, Beliau tidak memasukkan pemikiran ekonomi islam dalam
buku tulisannya.

Ibnu Khaldun pernah berkata “manusia memperolehi sedikit keuntungan tanpa melalui
usahanya seperti air hujan yang menjadikan ladangnya subur dan lain-lain perkara yang
seumpamanya. Walau agaimanapun, kesemua perkara ini hanya berperanan sebagai ejen
penyumbang, usaha manusia mesti digembelingkan dengan perkara tersebut……’’. Kata-
kata beliau ini jelas menunjukkan bahawa manusia perlu berusaha untuk membaiki
kehidupan mereka dari keadaan kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Selain itu
juga, kata-kata beliau juga menunjukkan pergunaan dari tenaga manusia untuk
mendapatkan satu produk. Ia boleh di ibaratkan bahawa tenaga buruh amat diperlukan
untuk menjalankan atau menghasilkan sesuatu produk.

Selain teori ekonomi yang telah dikemukannya, Ibnu Khaldun juga merupakan ahli
falsafah sosial. Ini dapat dilihat dari buku yang ditulis oleh beliau yang bertajuk
Muqaddimah. Kenyataan beliau dalam buku yang ditulis menyentuh tentang kesan agama
dalam kalangan orang Arab. Beliau menulis tentang pembinaan kerajaan dalam
masyarakat Arab untuk menjadi sebuah kerajaan yang teguh. Tetapi pandangan beliau
terhadap orang Arab adalah agak buruk dan berpendapat sikap orang Arab adalah lebih
bersifat buas berbanding dengan kemajuan mereka. Beliau telah menegaskan bahawa
orang arab tidak memperolehi sebuah kerajaan kecuali atas sifat agama.

Pendapat beliau menunjukkan pandangan beliau terhadap orang Arab yang mempunyai
sikap yang sombong dan bongkak. Beliau berpendapat orang Arab ini susah untuk saling
tunduk iaitu hormat antara satu sama lain. Ini kera sikap kebencian dan bersifat merebut
kuasa dan sifat penyatuan amat sukar ditemui dalam hati mereka. Beliau juga
berpendapat, kedatangan agama Islam telah menyamtukan Orang Arab menjadi sebuah
kerajaan yang teguh. Ini kerana kedatangan agama Islam telah mengubah semua gaya
pemikiran Orang Arab dahulu kepada satu pemikiran yang lebih baik.
Ibnu Khaldun juga telah menuliskan satu fasal khas yang menegaskan bahawa dakwah
diniyyah telah menambahkan lagi kekuatan Negara keatas kekuatan asabiyyah yang telah
sedia ada. Ini kerana acuan agama islam telah menghilangkan sifat suka merebut dan
saling berdengki yang wujud di kalangan ahli Asabiyyah dan membawa kepada
kebenaran. Selepas menemui jalan kebenaran, maka tiada lagi pepecahan yang telah
berlaku.

Ibnu Khaldun juga berbicara berkenaan dengan falsafah menulis.Beliau berpendapat, bila
seseorang terlibat dengan menulis maka ia akan terlibat dalam satu kegiatan yang
membabitkan tangannya yang bergerak semasa menulis. Ini bermula apabila daya
khiyalnya yang membentuk huruf sesuai dengan maksudnya dan nafs al-natikahnya iaitu
dari segi dirinya yang telah memahami makna yang hendak diungkapkan. Dengan
seseorang itu menulis maka ia akan berpindah dari satu kepada paras yang lain. Ini
bermaksud, apabila seseorang yang bertulis menggunakan tangan iaitu mengunakan
khiyal dan kemudian menukarnya kepada huruf yang juga dipanggil nafs al-natikahnya.
Ia juga terjadi sebaliknya iaitu dari nafs al-natikahnya kepada khiyal dan kemudian
melalui tangannya yang bergerak untuk mencatit lambing atau makna bagi sesuatu ilmu
itu.

Orang yang terlibat dengan proses ini akan menulis dengan berfikir dan memahami
makna yang ada dalam nafs natikahnya dan nilai kemanusiaannya menjadi lebih tinggi
dan mulia. Dengan huraian yang telah beliau buat ini, kiata dapat memahami kepentingan
menulis dan juga membaca untuk memahami sesuatu perkara dan dengan cara ini juga
juga ia akan meninggikan nilai kemanusiaan yang ada pada kita lebih tinggi dan juga
mulia.

Beliau juga ada menyebut tentang hubungan dengan ilmu. Beliau menegaskan bagaimana
ilmu perlu dijadikan malakah atau kemahiran dan kecekapan yang medalam dalam diri
seseorang. Dan bagi mencapainya, seseorang itu perlu menjadikan ilmu sebagai tabiat
keduanya dalam hidup mereka. Selain dari itu juga, malakah ini juga akan berlaku
apabila manusia membuat latihan dengan menggunakan fikiran dan percakapan dalam
ilmu dengan perbincangan dan juga pertukaran pendapat dan pendapat. Beliau
menyatakan, “Cara yang mudah untuk memperolehi malakah ini adalah dengan jalan
melalui latihan lidah guna mengungkapkan fikiran-fikiran dengan jelas dalam pendebatan
masalah-masalah ilmiah. Inilah cara yang mampu menjernihkan persoalan….’’

Dari kata-kata beliau itu menunjukkan bahawa sesuatu ilmu itu dapat diperolehi dari
ungkapan tentang membincangkan sesuatu masalah dengan menukar-nukar pendapat.
Dengan menggunakan cara ini, sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah dan
berjaya. Beliau juga berpendapat ilmu ini juga akan diperolehi dengan lebih mudah
dengan menggunakan kata-kata.

Apa yang dapat dilihat, Ibnu Khaldun menjunjung tinggi ilmu pengetahuan dan beliau
tidak meremehkan akan sesebuah sejarah. Beliau adalah seorang peneliti yang tidak kenal
akan lelah dengan dasar ilmu dan pengetahuan yang luas Kerana pemikiran yang
ditunjukkan itu, beliau telah dipandang sebagai peletak dasar ilmu-ilmu sosial dan politik
islam.

Selain itu juga, sumbangan beliau dalam ekonomi islam telah menjadikan beliau seorang
yang dikenali dan dipanggil sebagai Bapak Ekonomi. Beliau lebih layak menerima
gelaran ini berbanding dengan Adam Smith yang dikatakan sebagai Bapak Ekonomi oleh
barat melalui buku The Wealth Of Nation. Ini kerana teori yang telah beliau gunakan
masih lagi digunakan pada masa kini. Pemikiran beliau yang lebih mendalam lagi untuk
menyelesaikan masalah ekonomi baik dari segi mikro ataupun makro membuktikan teori
beliau lebih digunakan daripada ahli falsafah barat. Pemikiran yang telah beliau
kemukakan adalah pada abad 14 dan pada ketika itu Eropah masih lagi dibelakang.

Selain daripada itu juga, penjelasan beliau dalam aspek dasar ekonomi yang berkaitan
dengan pendapatan dan pengeluaran telah diterima oleh semua Negara. Beliau juga
menerangkan juga tentang memupuk semangat kesedaran dan kefahaman antara
masyarakat dan mewujudkan satu dasar ekonomi yang sebaiknya. Semua teori yang
beliau gunakan adalah menggunakan kaedah secara islam. Beliau menganggap bahawa
rezeki yang dikurniakan oleh Allah mestilah dibahagikan sama rata dan dibelanjakan
kepada perkara-perkara baik demi kesejahteraan manusia sejagat.

Didalam artikel Dr. Bryan s. Turnel yang bertajuk “The Islamic Review & Arabic
Affairs” juga ada menyatakan bahawa tulisan-tulisan dari Ibnu Kahldun dalam hal yang
berkaitan dengan social dan sejarah telah diterima dan diakui oleh dunia barat. Beliau
telah menganalisis tentang apa yang disebut dengan ‘gejala-gejala sosial’ dan dapat
dilihat bahawa beliau memahami dan menguasai akan analisis yang telah beliau buat itu.

Selain dari teori ekonomi, pemikiran beliau dalam analisis aspek kemasyarakatan, politik
dan pendidikan juga telah menjadi tumpuan dalam pemikiran moden kini. Semua karya
beliau telah dijadikan sebagai rujukan dan juga kajian dan karya-karya beliau ini sering
menjadi wacana, tema, judul buku dan juga sebagai tesis. Sumbangan beliau dalam
tamadun juga menunjukkan beliau merupakan seorang tokoh dalam pelbagai bidang.

Kerana pemikiran-pemikiran yang telah ditunjukkan itu, Ibnu khaldun telah dipandang
sebagai seorang peletak dasar dalam ilmu-ilmu sosial dan politik Islam. Jelas ditunjukan
pemikiran Ibnu Khaldun telah membantu umat islam dalam pengurusan semua aspek
kehidupan dan ekonomi. Kajian yang beliau buat juga telah diterima oleh pemikir-
pemikir dari barat. Pemikiran yang beliau tunjukan membuktikan islam mempunyai
tokoh-tokoh ilmuwan yang lebih hebat dari tokoh-tokoh barat.

Rujukan

Home page for tradisional


islam:www.geocities.com/traditionalislam/traditionalislam.tripod.com

You might also like