You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT UNIT ICT KALI PERTAMA TAHUN 2011

TARIKH : 10/02/2011

MASA : 12:30 P.M

TEMPAT : MAKMAL ICT

KEHADIRAN:

1. EN MASROM BIN MISWAN (GPK HEM)


2. EN SAHARDI BIN ISMAIL (PENYELARAS)
3. EN HASNUL HADI BIN HAMZAH
4. EN MOHD HAMZAH BIN HAMAT
5. EN NORHAMIDI BIN MD ANSOR
6. PN RODZITA BT ARIS
7. PN KAMARUHANA BT
8. PN ZARINA BT SHAARI

AGENDA:

1. Kata-kata aluan
1.1. Penyelaras unit ICT mengucapkan selamat datang kepada semua AJK yang hadir ke
mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2011.
1.2. Penyelaraskan memaklumkan bahawa En Abu Nuaim iaitu Fasilitator Schollnet(FS)
telah tamat kontrak pada bulan disember 2010.
1.3. Penyelaras memaklumkan bahawa Pn Zarina akan mengambil alih tugas sebagai
penyelaras bestari selepas mendapat surat lantikan rasmi.

Tindakan: makluman
2. Ucapan GPK HEM
2.1. En Masrom mengucapkan tahniah kepada semua AJK kerana dapat menjalankan tugas
dengan cemerlang dan makmal ICT dalam keadaan ceria dan bersih sepanjang tahun
2011.
2.2. En Masrom menjelaskan unit ICT sedikit terbeban bagi 2011 kerana ketiadaan FS dan
juruteknik komputer.
Tindakan: makluman
3. Kandungan Mesyuarat
3.1. Penyelaras memperkenalkan organisi unit ICT bagi tahun 2011.
(sila rujuk lampiran)

3.2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2011

Penyelaras En Sahardi bin Ismail


S/U dan perkembangan staf En Mohd Hamzah bin Hamat
Pengurusan aset dan dokumentasi En Hasnul hadi bin Hamzah
Keceriaan Pn Rodzita bt Aris
Pembelajaran dan pengajaran Pn Zarina bt Shaari
Pusat Akses Pn Kamaruhana
Pengurusan dan penyelenggaraan En Norhamidi

Tindakan: semua AJK

3.3. Penyelaras menjelaskan bahawa makmal ICT tidak dapat dibuka sepenuh masa kerana
terbeban dengan ketiadaan FS dan juruteknik dan tugasan yang lain. Guru-guru yang
ingin menggunakan makmal ICT bolehlah beritahu awal ataupun mendapatkan kunci
daripada penyelaras.
Tindakan: penyelaras

3.4. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT


3.4.1. 18 buah komputer dapat berfungsi dengan baik
3.4.2. 10 buah komputer menpunyai sambungan internet
3.4.3. Komputer guru berfungsi dengan baik
3.4.4. Projektor boleh digunakan
3.4.5. Printer laser jet masih boleh berfungi tetapi dakwatnya kabur
(sila rujuk lampiran)
3.5. Pertukaran rangkaian internet dari schoolnet kepada TM net broadband
3.5.1. Penyelaras yang mewakili pihak guru besar telah hadir ke taklimat rangkaian
internet di Gold Course pada 28/01/2011 yang lalu
3.5.2. Rangkaian internat schoolnet telah tamat kontrak pada disember 2010 dan akan
diganti dengan TM net broadband. Kos rangkaian schoolnet ialah RM1000.00
sebulan manakala TM net broadband ialah RM600.00 sebulan.
3.5.3. Perkhidmatan internat masih boleh digunakan tetapi tanpa tapisan daripada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan: makluman
3.6. Bridged Siber telah dilantik secara rasmi pada 24/01/2011 iaitu terdiri daripada 6 murid
lelaki dan 7 murid perempuan.
Tindakan: makluman
3.7. Jadual waktu penggunaan makmal ICT
3.7.1. Jadual waktu penggunaan makmal ICT masih belum disediakan kerana menunggu
perubahan jadual waktu sekolah daripada guru besar yang akan dilakukan pada
bulan mac. Untuk tempoh itu guru-guru boleh menggunakan makmal ICT pada bila-
bila masa.
Tindakan: penyelaras

3.8. ICTL tahun satu telah dimansuhkan dan akan diganti dengan matapelajaran sains dan
TMK. Manakala ICTL tahun 2 hingga 6 masih berjalan seperti biasa.

Tindakan: semua AJK

3.9. Rangkaian internet dipusat akses tidak dapat digunakan kerana mengalami masalah plug
elektrik dan memerlukan bantuan daripada pihak JKR elektrik bagi menangani masalah
ini.
Tindakan:semua AJK

3.10. Laman sesawang SKRP


3.10.1. Laman sesawang telah dibangunkan oleh En Abu Nuaim (FS) pada mac 2010
tetapi tidak dikemaskini sehingga kini
3.10.2. Alamat laman sesawang SKRP http://skrpbestarijaya.webs.com
3.11. Pertandigan School Got Talent
3.11.1. Penyelaras mengucapkan terima kasih kepada Pn Rodzita, En Nurasyid dan En
abu nuaim kerana telah menyertai pertandingan ini dan pihak sekolah telah
mendapat sijil penyertaan.
Tindakan: makluman

3.12. Penggunaan makmal ICT


3.12.1. Pada 7/03/2010 yang lalu makmal ICT telah dilawati oleh pegawai JPNS iaitu EN
Azmi dan mendapat teguran kerana makmal ICT jarang digunakan untuk proses
PnP.
3.12.2. Penyelaras berharap pada tahun 2011 lebih ramai guru-guru menggunakan
makmal ICT dan menulis rekod penggunaan.

Tindakan: semua AJK

4. Hal-hal lain
4.1. Masalah kamera
4.1.1. Kamera unit ICT tidak dapat berfungsi kerana pengecas bateri rosak
4.1.2. AJK unit ICT telah membuat permohonan daripada pihak PIBG bagi
mendapatkan kamera yang baru pada 7/03/2010 yang lalu tetapi masih belum ada
jawapan.
4.2. Penyelaras meminta kerjasama semua AJK untuk membuat gotong-royong menceriakan
makmal ICT.
4.3. AJK memberi cadangan agar pihak sekolah dapat menyediakan perkhidmatan internet
dipejabat sekolah bagi memudahkan urusan kerja harian pejabat.
Tindakan: semua AJK

5. Ucapan penangguhan
5.1. Berharap semua AJK unit ICT dapat memberi kerjasama dan komitmen yang penuh
sepanjang tahun 2011 agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik
5.2. Mesyuarat ditangguh pada 1:30 p.m.

Disediakan oleh, disemak oleh,

……………………………………… ………………………….......
(MOHD HAMZAH BIN HAMAT)
Setiausaha
Unit ICT
SK RANTAU PANJANG

You might also like