You are on page 1of 34

Pendahuluan

Perundangan Islam atau syariah adalah perundangan wahyu yang bersumberkan


al-Qur’an dan as-Sunnah. Ada bahagian-bahagian perundangan itu diperuntukkan dengan
terperinci dan ada yang ringkas dan umum yang memerlukan huraian, tafsiran dan ijtihad.
Secara umum, terdapat tiga bentuk undang-undang Islam iaitu undang-undang jenayah,
undang-undang muamalat dan undang-undang keluarga Islam.

Perbincangan ini hanya melibatkan satu bentuk undang-undang Islam iaitu


undang-undang jenayah. Secara umum, jenayah ialah melakukan perbuatan yang ditegah
atau meninggalkan perkara-perkara yang diperintah untuk dilakukan oleh syarak dengan
disertakan amaran hukuman hudud, qisas dan takzir. Ia meliputi setiap kegiatan manusia
dalam hubungannya sesama manusia, termasuk keluarga dan diri sendiri “hablum min al-
Nas” dan menyentuh perlanggaran terhadap suruhan Allah “hablum min Allah” yang
berhubung dengan hak Allah seperti meninggalkan sembahyang, murtad dan sebagainya.

Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983: 249), kesalahan dan hukuman yang
dinaskan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah ditentukan sebagai hudud dan qisas. Pada
prinsipnya hukuman tersebut tidak boleh diubah atau dipinda oleh pemerintah atau
hakim. Berlainan dengan takzir yang mana hukumannya tidak dinaskan, pemerintah
boleh menentukan jenis-jenis kesalahan dengan kadar hukuman dan hakim pula ada
pilihan dalam menjatuhkan hukuman dan hak mereka sebagai penyempurnaan.

Tambah beliau lagi, tujuan ditentukan hudud dan qisas pada amnya adalah untuk
menjaga “maslahah” yang dikehendaki oleh syarak, iaitu untuk menjaga agama, nyawa,
akal, keturunan, harta dan keselamatan negara. Ditetapkan hukuman qisas adalah untuk
memelihara nyawa dan diri manusia, hukuman hadd ke atas pemunum arak adalah untuk
menjaga akal, dinaskan hadd zina adalah untuk memelihara keturunan, dinaskan hadd
curi dan rompak adalah untuk mengawal nyawa dan harta dan dinaskan hadd murtad
untuk mempertahankan dan menjaga kesucian agama Islam. Berdasarkan kepada hakikat
inilah Undang-Undang Jenayah Islam memperuntukkan hukuman yang setimpal dengan

1
jenayah yang dilakukan dengan tujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat semata-
mata. Diharuskan hukuman bertujuan untuk menjaga keamanan negara.

Hukuman qisas dan hudud dilaksanakan kerana hukuman denda atau penjara
sahaja tidak dapat menyekat dorongan seseorang untuk melakukan jenayah tersebut.
Seseorang mungkin sanggup melakukan sesuatu jenayah sama ada untuk memuaskan
perasaan marah atau sebagainya, kerana hukuman yang diterima tidak setimpal dan
seberat kesalahan yang dibuat. Akan tetapi dengan adanya hukuman qisas dan hudud
tentu akan dapat menjadi penghalang yang kuat dan berkesan dalam membanteras
jenayah ini.

1.0 Undang-Undang Islam Untuk Semua Manusia.

2
Terdapat tiga bentuk atau bahagian jenayah dalam Islam iaitu Hudud, Qisas dan
takzir. Setiap bahagian ada hukuman-hukumannya yang telah diberi panduan oleh syarak
dan dihuraikan oleh ulama’. Perbezaan antara satu bahagian jenayah dengan jenayah
yang lain ialah nas syarak, dan tafsiran ulama mengenainya. Hukuman itu ada kalanya
dikenakan hudud, qisas, kaffarah, diyah atau takzir.

1.1 Pengertian jenayah

Jenayah dalam Bahasa Arab ialah jarimah atau jinayah. Perkataan jarimah
berasal daripada kata kerja jarama, yajrimu, yang bererti berdosa, memperoleh dan
memotong. Perkataan jinayah pula berasal daripada kata kerja jana, yajni, yang
bermaksud berdosa dan memungut buah-buahan.
Dari segi istilah pula, terdapat satu definisi yang jelas daripada al-Mawardi dalam Alwi
Hj Abdul Rahman (2003; 27) , iaitu

“Jenayah ialah pelanggaran batas-batas yang ditetapkan oleh Syari’at Islam


yang dihukum oleh Allah dengan hukuman hadd atau ta’zir”.

Definisi di atas menjelaskan bahawa pelanggaran batas-batas yang ditetapkan


oleh syari’at Islam adalah meliputi melakukan sesuatu larangan secara positif dan juga
tidak melakukan sesuatu perintah dengan secara yang negatif . Menurut ‘Abd al-Qadir
‘Awdah dalam Alwi hj Abdul Rahman (2003:28), hukuman hadd yang dimaksudkan
dalam definisi sebagai hukuman yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh syari’at Islam
melalui nas-nas daripada al-Qur’an dan hadith, tidak ada batas minimum ataupun
maksimumnya. Sementara hukuman ta’zir ialah hukuman selain hukuman hudud dan
qiyas, yang mempunyai bataas minimum dan maksimumnya. Penentuannya terserah pada
budi bicara pemerintah mengikut keadaan pesalah (penjenayah).

Tambah “Abd al-Qadir ‘Awdah lagi, berdasarkan definisi tersebut, pelanggaran


batas-batas yang ditetapkan oleh syari’at Islam tidak dikira sebagai jenayah jika tidak
ditetapkan hukuman balas yang sepatutnya dikenakan ke atas penjenayah.

3
Kesimpulannya, jenayah ialah perbuatan yang melanggar undang-undang atau lebih tepat
lagi ialah perbuatan yang menjejaskan keamanan dan kesejahteraan masyarakat umum
dan menyebabkan pelakunya dihukum bersalah dan akan mendapat pembalasan.

1.2 Pengertian Jenayah Hudud

Perkataan hudud diulangi beberapakan kali di dalam al-Qur’an, diantaranya dalam


surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud,

“ Demikian itulah hudud Allah maka janganlah kamu melangarnya”

Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983: 123-223), hudud adalah perkataan ganda
(jamak) daripada hadd. Dari segi bahasa ia bererti sekatan, memisahkan, menahan dan
mencegah. Dari segi istilah syarak, hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang ditetapkan,
yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T., yang dimaksudkan dengan “yang
ditetapkan” ialah hukumannya telah ditetapkan oleh syarak tentang kadar dan jenisnya.
Pemerintah atau hakim tidak boleh meminda atau mengubahnya apabila cukup syarat-
syarat pelaksanaannya. Maksud “hak Allah SWT” ialah keseksaan ini diwajibkan untuk
menjaga kepentingan umum.

Mahfodz Mohammad juga berpendapat hudud berasal daripada kata majmuk


hadd. Malah tambah beliau, jenayah hudud ialah kesalahan yang dikenakan hukuman
hudud. Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan terhadap Allah kerana perbuatan ini
menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan ketenteraman keselamatan
orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka. Di samping itu,
kesalahan ini tidak dapat diampunkan oleh manusia sama ada mangsa jenayah sendiri,
warisnya ataupun masyarakat umum.
Kesalahan dalam bahaguan jenayah hudud ini terdiri daripada tujuh kesalahan
yang telah ditetapkan sebagaimana juga hukumannya (Mat Saad Abd Rahman,1989:10-
11) seperti yang berikut:- jenayah zina, Jenayah tuduh berzina tanpa empat saksi, Jenayah

4
minum arak atau yang memabukkan, Jenayah curi, Jenayah rompak, Jenayah murtad, dan
Jenayah penderhakaan terhadap pemerintah Islam yang adil.

1.3 Pengertian Jenayah Qisas

Menurut Ahmad Fathi Bahnasi (1983), qisas dari segi bahasa ialah persamaan.
Manakala dari segi syarak ialah keseksaan yang sama dan kesalahan terhadap bunuh dan
kecederaan anggota dengan sengaja. Menurut Mahfodz Mohamad dan Abd al-Qadir
‘Awdah dalam Alwi Hj Abdul Rahman (2003: 30) ‘berpendapat jenayah qisas ialah
kesalahan yang dikenakan hukuman qisas atau diyah. Kesalahan dalam bahagian jenayah
ini dianggap sebagai kesalahan terhadap hak manusia atau hak individu iaitu mangsa
jenayah ataupun warisnya berhak menuntut supaya pesalah dihukum atau diampun.

Kesalahan yang termasuk dalam bahagian jenayah qisas ini merangkumi


(Mahfodz Mohammad dalam Alwi Hj Abdul Rahman,2003; 30):-

a) Jenayah pembunuhan
b) Jenayah Kecederaan
c) Jenayah penguguran janin

Hukuman ini dinaskan dalam al-Qur’an dan Sunnah. Terdapat perbezaan pendapat dalam
cara pelaksanaan hukuman ke atas pesalah jenayah ini. Syarat-syarat yang ketat
dikenakan dalam pelaksanaan qisas pada anggota. Jika tidak dapat dilaksanakan qisas
maka hendaklah dikenakan diyah. Termasuk juga dalam bahagian jenayaj ke atas jenayah
sihir, jenayah racun dan jenayah bubuh diri.

1.4 Pengertian Jenayah Ta’zir

Ta’zir menurut pendapat Ahmad Fathi Bahnasi (1983:129-134) ialah hukuman


atau balasan yang dikenakan ke atas kesalahan, termasuk maksiat dan mencuaikan

5
kewajipan, yang tidak ditetapkan hukumannya oleh syarat; atau hukuman yang dikenakan
ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan hukumannya, tetapi tidak
mencukupi syarat bagi menjatuhkan hukuman tersebut. Oleh itu pemerintah boleh
menentukan kadar hukuman ta’zir dengan mengadakan undang-undang ke atas kesalahan
ini, sama ada kesalahan jenayah atau awam, dengan tujuan untuk memelihara
keselamatan, ketenteraman dan maslahah awam.

Beberapa ciri hukuman ta’zir iaitu:-

i. Berlainan dengan hukuman hudud, hukuman ta’zir boleh diminta syafaat dan
kemaafan daripada pemerintah.
ii. Dalam hukuman ta’zir, pertimbangan khas boleh diberi kepada “orang yang
berkenaan” dengan membezakan hukuman antara mereka kerana sebab-sebab
tertentu.
iii. Kerosakan yang berlaku akibat hukuman ta’zir boleh dikenakan ganti rugi.

Hukuman ta’zir berbeza dari segi cara dan kadarnya berdasarkan kecil dan besar
kesalahan yang dilakukan. Hukuman itu dalam berbagai bentuk-tidak terbatas kepada
sebat, penjara dan buang negeri bahkan termasuk juga penghinaan, cacian dan
seumpamanya. Jumhur ulama tidak mengharuskan demikian. Dalam keadaan ini wang
denda tersebut hendaklah dibelanjakan kepada apa yang difikirkan sesuai. Ulama juga
berbeza pendapat mengenai hukuman maksimum ke atas kesalahan ta’zir.

1.5 Konsep Masyarakat Majmuk

Perkataan “majmuk” adalah pinjaman daripada perkataan Arab iaitu pada asalnya
dari perkataan “majmu’” yang bermaksud sejumlah benda atau barang yang dikumpul.
Menurut Kamus Dewan edisi baru (1992:786), perkataan “majmuk” diertikan sebagai

6
terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi merupakan
kesatuan. Oleh itu, ungkapan masyarakat majmuk ditakrifkan sebagai masyarakat yang
terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.

Masyarakat majmuk juga dikatakan sebagai masyarakat yang berbilang kaum,


kebudayaan, agama dan bahasa. Menurut J.S.Furnivall ianya merupakan satu keadaan di
mana kaum-kaum di dalam sesebuah negara itu “bercampur tetapi tidak bersatu”.
(J.S.Furnivall, 1948:304)

Di Malaysia, konteks masyarakat majmuk adalah meluas yang terdiri daripada


berbilang kaum atau etnik, malah setiap kaum mempunyai latarbelakang kepercayaan dan
kebudayaan yang berbeza, berkongsi mendiami sebuah negara dan menjadi rakyatnya.
Hal ini kerana ianya diikat oleh kepentingan bersama di dalam pelbagai bidang
khususnya politik, ekonomi, dan pendidikan, sama-sama berusaha bagi mengekalkan
kestabilan negara dari pelbagai sudut serta mempertahankan keselamatannya. Firman
Allah SWT dalam surah Hujurat ayat 13 yang bermaksud,

“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-


laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang paling
bertaqwa di antara kamu”.

Menurut pandangan sebahagian penulis politik Islam yang dinyatakan oleh Mat
Saad Abdul Rahman (2006:29), rakyat bagi sebuah negara majmuk terbahagi kepada
rakyat Islam dan bukan Islam. Ini dapat dicontohi dengan negara Madinah yang didiami
oleh orang-orang Islam dan bukan Islam. Rakyat Islam dikenali sebagai muslim atau
muslimun dan rakyat bukan Islam dikenali sebagai dhimmi atau ahl al-dhimmah.
Sementara golongan pendatang pula dikenali sebagai musta’min atau musta’minun.
Masing-masing mengakui kedaulatan negara dan undang-undang, Rasulullah SAW

7
adalah ketua negara yang menghakimi sebagarang perbalahan di antara mereka,
mentadbir urusan negara dan rakyat serta mengetuai angkatan tentera.

Kafir dhimmi ialah orang bukan Islam yang telah membuat perjanjian dengan ketua
negara Islam atau naibnya untuk tinggal selama-lamanya di dalam negara Islam. Kafir
musta’min ialah orang bukan Islam yang telah diberi kebenaran tinggal sementara di
negara Islam setelah mendapat kebenaran daripada pemerintah Islam. Ulama’-ulama’
Islam juga membahagikan orang bukan Islam kepada kafir mu’ahad dan kafir harbi.
Kafir mu’ahad ialah kafir yang membuat perjanjian perdamaian dengan kerajaan Islam
untuk tidak berperang dengan kerajaan Islam dalam masa-masa tertentu. Perjanjian
perdamaian yang dibuat ini adalah sama ada semasa berlakunya peperangan ayai tidak.
Contohnya ialah kafir Quraysh yang membuat perdamauan Hudaibiyah dengan
Rasulullah SAW di Mekah. Manakala kafir harbi ialah kafir yang tidak ada keamanan
bagi diri dan harta bendanya berbanding dengan warganegara Islam. Kafir ini adalah
warganegara Harbi, iaitu negara bukan Islam yang tidak ada perjanjian perdamaian
dengan negara Islam.

Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Hujurat ayat 13 menjelaskan


undang-undang Islam tidak memusuhi orang-orang bukan Islam walaupun orang-orang
bukan Islam memusuhi undang-undang Islam. Hal ini kerana Islam tetap mempercayai
bahawa pelaksanaan undang-undang Islam adalah sesuai bagi memberi kebebasan,
keadilan dan keamanan bagi seluruh umat manusia sama ada beragama Islam atau bukan
Islam.
2.0 Kesesuaian undang- undang Islam dalam masyarakat majmuk

2.1 Pendahuluan

Sumber sesuatu undang- undang, dalam mana- mana masyarakat ialah pertamanya,
kesedaran anggota masyarakat itu tentang perlunya suatu sistem perundangan yang
mengikat. Kemudian barulah wujud persetujuan dalam masyarakat itu tentang bentuk
perwakilan yang daripadanya akan timbul pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan

8
bagi sesuatu sistem undang- undang, bagi membincangkan persoalan awam dan membuat
undang- undang (Said Ramadan,1990:1)

Islam adalah agama yang merangkumi prinsip,hukum, sejarah dan tradisi.


Elemen-elemen ini merupakan komponen utama yang mencorak kehidupan keagamaan
sesebuah masyarakat Islam. Umumnya, prinsip- prinsip serta hukum agama dilahirkan
dari sumber wahyu ilahi, iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah dan
tradisi keagamaan di dalam pengalaman umat Islam pula, dari sejak zaman Nabi
Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini, menunjukkan keanjalan Islam dan bagaimana
masyarakat Islam terdahulu berusaha mengharmoniskan di antara keperluan keagamaan
dan keadaan kehidupan mereka yang berubah- ubah.
Sebagaimana firman Allah s.w.t :

            
    
36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa Yang dilakukannya.
( al- isra’: 36)

Sejak Allah s.w.t menjadikan manusia di dunia yang luas terbentang ini, kita
dapat memerhati dan mengamati bahawa manusia sentiasa mencari keperluan asasinya
seperti makan,minum,tempat tinggal, pakaian, rawatan tubuh badan dan sebagainya, dan
juga kehendak rohaninya seperti selamat sejahtera di dunia mahupun di akhirat kelak.
Jika dibiarkan mereka hidup tanpa undang- undang atau peraturan, sudah tentu berlakulah
huru- hara dan kezaliman yang dasyat. Kehidupan manusia akan menjadi gelap dan sukar
sama seperti haiwan, tiap- tiap orang tidak memperdulikan orang lain, dan satu golongan
tidak menaruh belas kasihan terhadap golongan yang lain. Nilai keadilan hanya
ditafsirkan dengan keperluan peribadi dan suku sakat, dan seterusnya hal- hal kebajikan
dilaksanakan menurut selera nafsu masing- masing.

9
Demikianlah gambaran secara kasar atau fenomena tanpa undang- undang dan
peraturan yang mengikat manusia di antara satu sama lain. Keadaan ini mencabar nilai-
nilai semulajadi, iaitu Allah menjadikan manusia untuk mencari kepentingan bersama
iaitu manusia wajib hidup saling bantu- membantu.

Allah s.w.t menjadikan Adam dan Hawa, dan daripada kedua- duanya itu lahirlah
berbagai- bagai bangsa dan suku atau puak, untuk berkenalan dan bekerjasama di antara
satu sama lain. Oleh itu, Allah s.w.t telah menetapkan perlunya syariat dan undang-
undang yang mengatur kehidupan bersama, agar kehidupan manusia menjadi senang,
selesa, aman dan sejahtera. Allah berfirman :

        


          
  
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(surah al-hujurat: 13)

2.2 Undang- Undang Ciptaan Manusia

Undang- undang ciptaan manusia mempunyai dua bahagian, iaitu undang- undang umum
dan undang- undang khusus. Pihak berkuasa dalam sesebuah Negara melalui majlis
perundangannya membuat prinsip- prinsip perundangan bagi mengatur undang- undang
dalam negeri supaya ia selaras dengan ideologi atau falsafah masing- masing. Negara
komunis mengikut falsafah komunismenya dan Negara kapitalis mengikut falsafah
kapitalismenya.

Di Malaysia, dewan rakyat (parlimen) dan dewan Negara ( senat ) adalah pihak
berkuasa yang berhak membuat akta dan undang- undang, dan kedua- dua dewan ini
menjadi sumber perundangan di Negara ini. Pada dasarnya, undang- undang ciptaan
manusia digubal dan dicipta oleh fikiran manusia yang tinggal dalam sebuah masyarakat

10
atau Negara. Oleh itu, undang- undang ciptaan manusia bolehlah ditakrifkan sebagai
undang- undang yang dipilih oleh satu bangsa untuk dilaksanakan dalam pentadbiran
orang ramai dengan tujuan untuk menyusun kehidupan mereka

2.3 Ciri-Ciri Keistimewaan Syariat Islam

Syariat Islam dianggap paling kaya dan paling sempurna bagi memenuhi keperluan
manusia dalam semua bidang kehidupan, seperti mana yang telah diterangkan di dalam
buku al-tashri’ al-Islami, terdapat 8 ciri istimewa syariat Islam. Antaranya ialah:

1) Ia sanggup mengisi keperluan tiap- tiap insan dari segi jasmani dan rohani secara
sederhana dan sepadu tanpa melampaui batas di antara satu sama lain.
2) Ia mudah dan tidak membebankan. Firman Allah s.w.t:

…         


       

185 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Abu hurairah meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa seorang arab badawi memasuki
masjid untuk menunaikan sembahyang, kemudian dia membuang air kecil dalam
kawasan masjid, lalu ahli masjid berkerumun hendak memukulnya kerana kelakuannya
yang biadap itu, tetapi tiba- tiba Nabi melarang mereka mengambil tindakan tersebut.
Baginda berkata : “ sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan kemudahan bukan dengan
kesukaran, curahkanlah sebaldi air ke tempat air kencing itu”. Para fuqaha menganggap
tindakan Nabi itu merupakan satu daripada dasar kemudahan dalam Islam yang banyak
diamalkan dalam hukum syarak. Hukum ini, antara lain memberikan kemudahan

11
meninggalkan ibadat puasa kepada pesakit dan para musafir pada bulan Ramadhan dan
sebagainya.

3) Sedikit kewajipan dan mudah memahaminya. Ada seorang arab badawi yang
berjumpa Nabi untuk memeluk agama Islam, lalu baginda mengajarnya perkara –
perkara yang penting mengenai Islam, terutama tentang halal dan haram dalam
satu kursus sahaja. Kemudian beliau berjanji mematuhinya. Maka baginda
berkata : “ dia berjaya jika dia benar”. Di antara perkara yang menyokong dasar
seperti ini ialah sabda baginda yang bermaksud, “ sesungguhnya Allah telah
mewajibkan beberapa keperluan, maka janganlah kamu menetapkan beberapa
sempadan, maka janganlah kamu mencerobohinya dan seterusnya diharamkan
beberapa perkara, maka janganlah kamu menodainya dan akhirnya didiamkan
beberapa perkara semata- mata kerana kasihan kepada kamu tanpa melupainya,
maka janganlah kamu menghalusinya.
4) Tentang matlamat hukum- hukum syarak, baik yang mengenai hal- hal
perseorangan, perkara sivil,politik, perang mahupun damai, adalah untuk
mengawal sifat- sifat terpuji, seperti kebenaran, keadilan, kejujuran, amanah
dalam sebarang kontrak, kerahmatan, dan belas kasihan.
5) Seluruh hukum Islam ditegakkan di atas dasar persamaan, maka hendaklah
dijalankan hukuman itu ke atas tiap- tiap orang perseorangan dan kumpulan tanpa
memandang perbezaan dan kedudukan masing- masing. Semuanya mesti tunduk
di bawah hukum Allah s.w.t.
6) Syariat Islam mempunyai kaedah – kaedah kulliyah dan dasar- dasar umum yang
boleh diamalkan dalam segala zaman dan keadaan mengenai apa sahaja
persoalan baharu yang muncul dari masa ke semasa dalam masyarakat. Ini dapat
dijalankan oleh ahli- ahli ijtihad umat Islam.
7) Islam menganggap ‘urf’ sebagai satu daripada dasar perundangan apabila ia tidak
bertentangan dengan ‘ijmak’ atau satu daripada nas syarak yang tetap (qat’).
8) Syariat Islam adalah serasi dengan akal fikiran yang sempurna. Ia mempunyai
kerahmatan, kebijaksanaan, dan kenikmatan (Mohd Azam Hamzah, 90-91)

12
Justeru, bagaimana yang dikatakan dengan kesesuaian undang- undang Islam
dalam masyarakat majmuk ialah kita mengaplikasikan syariat Islam dalam masyarakat
yang berbilang kaum dan pelbagai agama. sebagai contoh pelaksanaan hukuman
hudud,qisas yang diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w sangat berkesan. Walaupun
nampak kejam, tetapi bilangan jenayah kurang kerana rakyat tahu bahawasanya
pelaksanaan hukuman Islam itu akan membuatkan pesalah itu benar- benar menyesal.
Di samping itu, hukuman hudud hanya akan dijalankan apabila pesalah betul- betul
didapati bersalah. Jika dia mencuri kerana mahu member makan kepada keluarganya
kerana kemiskinan, maka pelaksanaan hukum hudud itu tidak akan dilaksanakan.
Oleh itu, sekiranya hukuman pada zaman Rasulullah s.a.w dilaksanakan pada hari ini,
masyarakat akan menjadi takut untuk melakukan kesalahan, dan ini juga adalah bertindak
sebagai pengajaran kepada orang lain, kerana hukuman terhadap pesalah akan dijalankan
di khalayak ramai.

3.0 Keadilan Undang-Undang Islam Dalam Masyarakat Majmuk

Keadilan adalah asas yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila
melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat
terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran
yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah s.a.w sewaktu mengembangkan
agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada
budaya di zaman itu.

Dalam pemerintahan berteraskan wahyu, keadilan menjadi asas yang paling


utama dan ia dibawa oleh seluruh risalah ketuhanan semenjak dari zaman Nabi Adam a.s
hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Allah SWT telah menjelaskannya dalam Al-
Quran :

13
      
    
(Al-Quran, Al-Hadiid:25)

Mafhumnya: “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan


membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya
manusia dapat menjalankan keadilan”.

Prinsip utama keadilan dalam undang-undang Islam berdasarkan kepada sikap


saling hormat menghormati di antara sesama manusia , yang mana masyarakat yang adil
bererti masyarakat yang menjaga taraf dan memperolehi kehormatan serta melalui
berbagai-bagai peraturan kemasyarakatan yang menjadi kepentingan bersama.
(A.Rahman I.Doi 1992:7)

Firman Allah swt lagi :


         
         
           
         
(Al-Quran, An-Nisaa’:135)

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun
terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu
kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan
kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.
Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika
kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah
sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”.

Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kepada berlaku adil dalam
setiap aspek kehidupan. Termasuk juga tuntutan berlaku adil ini dalam sistem
perundangan Islam. Rasulullah s.a.w menjalankan sistem pemerintahan di Negara Islam
Madinah juga terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan pegangan. Cara mentadbir
masyarakat majmuk Madinah yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar
serta Yahudi dan Nasrani telah ditentukan oleh perlembagaann atau Sahifah Madinah
14
(Piagam Madinah). Orang Yahudi dan Nasrani selama mana mereka tinggal di Madinah,
tidak pernah dipaksa oleh Rasulullah saw untuk memeluk agama Islam. Sepertimana
firman ALLAH SWT:

    


(Al-Quran, Al-Baqorah:256)

Mafhumnya: “ Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)”.

Namun mereka ini tetap terikat dengan ketetapan undang-undang Islam. Hal ini
kerana mereka ini telah memeterai perjanjian zimmah atau perjanjian aman yang
menjadikan mereka berhak mendapat perlindungan oleh kerajaan Islam di bawah
peruntukan undang-undang Islam di Madinah ketika itu. Selain itu, mereka juga masing-
masing mengakui kedaulatan negara dan undang-undang, Rasulullah s.a.w adalah ketua
Negara, mentadbir urusan negara dan rakyat serta mengetuai angkatan tentera (Mat Saad
Abd Rahman 2006:30).

Dalam bidang jenayah, undang -undang Islam mewajibkan pelaksanaanya


meliputi orang Islam dan orang bukan Islam. Ini kerana Islam menganggap bahawa
kesalahan jenayah melibatkan individu, masyarakat dan negara. Oleh itu ia mestilah
dipatuhi oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama (Abu Bakar Abdullah
1986:222). Dalam perbincangan ini, kita akan melihat keadilan undang-undang Islam
dalam masyarakat majmuk dari sudut Undang-undang Jenayah Hudud dan Undang-
undang Jenayah Qisas berserta beberapa contoh berkaitan.

Secara umumnya, setiap orang Islam dan orang bukan Islam yang tinggal di
negara Islam adalah tertakluk di bawah bidang kuasa undang-undang Islam. Bagi orang
bukan Islam yang tinggal di negara Islam, mereka telah memeterai perjanjian zimmah
(perjanjian perlindungan daripada kerajaan Islam) yang mengikat mereka dengan
pertauran undang-undang Islam ini. Maka dengan itu mereka juga akan di hukum

15
sepertimana orang-orang Islam sekiranya melakukan jenayah qisas atau jenayah hudud.
Tujuannya adalah untuk member perlindungan yang adil sesama masyarakat yang
majmuk dalam sesebuah negara Islam itu (Mat Saad Abd Rahman 2006:34).

Sebagai contoh disini adalah berkaitan dengan hukuman bagi kesalahan jenayah
hudud. Hudud bermaksud pembalasan yang telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan
diwajibkan sebagai memenuhi hak Allah. Hudud bukanlah milik kita atau milik orang
lain. Ianya diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia kerana keihsanan Allah Yang
Maha Berkuasa. Perlaksanaan hudud sebagai satu pembalasan terhadap pesalah adalah
untuk tujuan-tujuan berikut, iaitu:

 Untuk mengawal kepentingan individu yang berkaitan dengan agama,


nyawa, keturunan, kehormatan diri, akal fikiran harta benda dan akhlak
serta keadilan dalam sesebuah negara.
 Untuk mengawal kepentingan umum berkaitan dengan keselamatan,
keharmonian dan keadilan dalam sesebuah negara.
 Untuk meneruskan kelangsungan tugas umat Islam yang dianggap sebagao
pewaris para anbiya’ dalam merealisasikan warisan yang ditinggalkan
kepada mereka (Mat Saad Abd Rahman 2006:88).

Menurut jumhur fuqaha’ hudud terbahagi kepada tujuh jenis kesalahan dan
hukuman. Kesalahan-kesalahan tersebut terdiri daripada:
 Zina
 Tuduhan zina (qadhaf)
 Minum arak
 Mencuri
 Merompak
 Murtad
 Penderhakaan

16
Kesalahan dan Hukuman Minum Arak

Meminum arak adalah haram bagi umat Islam samada sedikit ataupun banyak kadar yang
diminum itu. Firman Allah SWT:

       


       
(Al-Quran, Al-Maidah:90)

Mafhumnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya”.

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

‫ُك ُّل ُم ْس ِك ٍر مَخٌْر َو ُك ُّل ُم ْس ِك ٍر َحَر ٌام‬

(Sahih Muslim Juz 10:251)

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan
itu adalah haram”.

Maka berdasarkan kedua-dua dalil diatas jelas kepada kita bahawa meminum arak itu
dihukum haram. Kesalahan minum arak dalam kalangan orang Islam dikenakan hukuman
sebatan. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi:

ُ‫الرابِ َع ِة فَاق ُْتلُوه‬ َ ‫اجلِ ُدوهُ فَِإ ْن َع‬


َّ ‫اد ِفي‬ َ ‫َم ْن َش ِر‬
ْ َ‫ب الْ َخ ْم َر ف‬
(Sunan At-Tirmizi 5:355)

17
Maksudnya: “Barangsiapa yang meminum arak, maka hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika
dia meminumnya lagi pada kali keempatnya, maka hendaklah kamu membunuhnya”.

Menurut pendapat kebanyakkan ulama’, hukum bunuh seperti yang terdapat dalam hadis di atas
telah dimansukhkan. Namun bagi sebahagian yang lain, hukuman itu masih kekal dan harus
dilaksanakan oleh pemerintah ketika ia diperlukan (Abd Karim Zaidan 1976:401-402).

Kadar sebat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adakalanya sedikit dan adakalanya
banyak, tetapi tidak melebihi 40 kali sebatan (Faezah Ismail 2001:186). Hal ini disepakati oleh
kesemua ulama’ untuk dilaksanakan ke atas setiap orang Islam yang telah sabit melakukan
kesalahan meminum arak. Walaubagaimanapun, para ulama’ telah berselisih pendapat tentang
perlaksanaannya ke atas orang-orang bukan Islam yang meminum arak. Ini kerana dalam
kepercayaan agama sesetengah orang bukan Islam itu, meminum arak tidak dihukum sebagai
satu kesalahan malah ianya (arak) dianggap ‘halal’.

Jumhur fuqaha’ dari kalangan ulama’ mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafi’e
dan mazhab Hanbali telah mengecualikan orang-orang bukan Islam (zimmi dan musta’min)
daripada menerima pembalasan had (hudud) minum arak. Ini kerana mereka tidak menganggap
arak sebagai sejenis minuman yang diharamkan ke atas mereka.

Para ulama’ lain, terutamanya dari kalangan ulama’ mazhab Zahiri berpendapat bahawa
pembalasan had minum arak wajid dikenakan ke atas peminumnya sama ada dia seorang Islam
atau pun bukan Islam.

Manakala ulama’ mazhab Syi’ah Imamiyyah berpendapat bahawa mereka (orang bukan
Islam) wajib dikenakan had minum arak jika mereka terang-terangan melakukan kesalahan
tersebut (sama ada mereka mabuk ataupun tidak). Bagi ulama’ mazhab Syi’ah Zaidiyyah pula,
mereka berpendapat bahawa orang-orang bukan Islam yang meminum arak dikenakan hukuman
had minum arak jika mereka didapati dalam keadaan mabuk selepas meminumnya. Hal ini

18
kerana keadaan itu adalah punca ia diharamkan ke atas mereka. Pendapat ini dipersetujui oleh al-
Hassan bin Ziyad, salah seorang anak murid Abu Hanifah (Mat Saad Abd Rahman 2006:115).

Kebanyakan ulama’ salaf pula berpendapat tidak menjadi satu kesalahan bagi orang-
orang bukan Islam meminum arak dan tidak dikenakan ke atas mereka (Abu Bakar Abdullah
1986:228).

Oleh itu, berdasarkan pendapat-pendapat ulama’ yang telah dikemukakan diatas,


pendapat ulama’ mazhab Syia’ah Zaidiyyah yang mewajibkan hukuman had apabila mereka
sudah mabuk lebih diterima pakai. Ini kerana kesan arak yang memabukkan peminumnya boleh
mencetuskan pelbagai masalah dan mungkin juga jenayah lain yang lebih besar serta boleh juga
mendatangkan keburukan kepada masyarakat lain. Perbuatan ini juga boleh dianggap sebagai
mencabul kedaulatan undang-undang negara (Mat Saad Abd Rahman 2006:116).

Selain itu, Abdul al-Qadir ‘Awdah dan Muhammad Abu Zahrah juga berpendapat
bahawa menjadi satu kesalahan bagi seorang Islam mahupun bukan Islam yang meminum arak.
Maka menurut mereka, wajib dikenakan hukuman had ke atas mereka yang meminum arak (Abu
Bakar Abdullah 1986:228).

Muhammad Abu Zahrah dalam hujahnya mengatakan bahawa undang-undang Islam


tetap mengharamkan arak meliputi orang-orang bukan Islam. Ini kerana pada dasarnya
kebanyakkan agama di dunia tidak membenarkan penganutnya meminum minuman keras dan
hukuman hudud adalah merupakan satu peraturan umum dan undang-undang awam, tidak
membezakan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Meminum minuman keras membawa
keburukan bukan sahaja kepada diri peminum, tetapi juga kepada orang lain yang mungkin
mengakibatkan kerosakan kepada orang yang berada dalam negara tersebut (Muhammad Abu
Zahrah t.t:345).

Selain itu, fasal 25, fasal 36-b dan fasal 37 dalam Piagam Madinah juga masing-masing
memerihalkan hal berkaitan perlindungan ke atas seluruh umat manusia dalam sesebuah negera

19
Islam dan perlindungan ke atas orang-orang bukan Islam yang mendiami negara Islam.
Kandungannya adalah seperti berikut:

 Fasal 25 : Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah
bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama
mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka
(Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu
juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat
dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan
keluarganya sendiri.

 Fasal 36-b : Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan
oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa
membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan
keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah
akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

 Fasal 37 : Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara


seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai
negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong
menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang
menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-
menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan
dosa (http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah).

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa


pelaksanaan hukuman hudud ke atas peminum arak sama ada orang Islam mahupun orang bukan
Islam adalah wajar. Di sini dapat dilihat konsep keadilan yang terdapat dalam undang-undang
Islam. Walaupun orang-orang bukan Islam juga dikenakan hukuman hudud ini, ianya adalah
bertujuan untuk menjaga maslahah dan melindungi keselamatan serta kepentingan masyarakat
bukan Islam yang lain. Maka disini tidak timbul isu ketidakadilan ke atas golongan bukan Islam
20
walaupun agama mereka tidak memutuskan sebagai arak sebagai haram. Ini kerana arak yang
menyebabkan mabuk lebih membawa kemudharatan berbanding kebaikan. Sepertimana firman
Allah SWT:

          


      
(Al-Quran, Al-Baqarah:219)

Mafhumnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.

Maka dengan itu, wajarlah undang-undang Islam mengenakan hukuman had ke atas sesiapa
sahaja yang meminum arak tidak kira sama ada peminum itu seorang Islam mahupun bukan
Islam. Selain menunjukkan keadilan undang-undang Islam itu sendiri, ia juga mampu menjaga
kemaslahatan masyarakat bukan Islam yang telah memeterai perjanjian zimmah atau perjanjian
aman selama mana mereka tinggal di negara Islam.

Walaubagaimanapun, ada pendapat lain mengatakan bahawa hukuman hudud dan qisas
adalah dikecualikan ke atas orang-orang bukan Islam yang melakukan jenayah hudud dan qisas
di negara Islam.

Golongan ini menyatakan bahawa undang-undang Islam yang hendak dilaksanakan


adalah undang-undang untuk orang-orang Islam sahaja. Bagi orang bukan Islam terdapat sedikit
perbezaan dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mereka. Jika sesuatu kes atau kesalahan
yang dilakukan oleh orang bukan Islam (ahli zimmah) dalam negara Islam , pihak hakim selaku
wakil kepada pemerintah (Ulil Amri) boleh menolak kes itu ke mahkamah awam, iaitu kes
tersebut akan dibicarakan di mahkamah awam bagi mewakili masyarakat bukan Islam. Ini
dilakukan sebagai menepati kaedah Fiqh :

‫تصرف االمام على ال ــرعيـ ــة منوط بالمصـ ــلحة‬


21
“Tindakan yang dijalankan oleh Imam (Ketua Negara) terhadap rakyatnya adalah bergantung
kepada maslahah (perkara yang mendatangkan kebaikan untuk ummah)”

Kaedah tersebut dengan jelas menyatakan, sebarang tindakan atau keputusan yang
hendak diputuskan oleh Imam atau ketua negara atau hakim yang mewakili ulil amri yang tidak
terdapat nas atau dalilnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah mestilah melihat kepada maslahah
ummah dengan mengambil kira penjagaan terhadap semua aspek dalam kehidupan dan
kemasyarakatan. Perkara ini sudah tentu berkait rapat dengan kebijaksanaan hakim dalam
mengendalikan sesuatu kes (Abdul Karim Zaidan 2003:120).

Sebagai contoh, seorang bukan Islam yang telah melakukan kesalahan, kemudian dibawa
ke mahkamah Syariah untuk diadili mengikut undang-undang Islam. Hakim ketika itu mestilah
melihat kes tersebut dalam semua aspek yang berkaitan dengan maslahah umum. Sekiranya
pengadilan yang akan dibuat nanti mencetuskan kemarahan atau ketidakpuasan hati oleh
tertuduh atau ahli keluarga tertuduh yang mungkin akan menyebabkan perkara yang lebih buruk
berlaku, maka hakim berhak menolak kes tersebut untuk dibicarakan dan mengusulkan supaya
ianya dibawa ke mahkamah awam yang mungkin boleh memberikan ketenangan dan kepuasan
daripada tertuduh atau keluarganya walaupun hukuman yang akan diputuskan hakim mahkamah
awam itu lebih berat (Said Ibrahim 1998:153).
Selain itu firman Allah swt :

           
           
 

(Al-Quran, Al-Maidah:5)

Mafhumnya: “Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka
(dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau
engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun;
dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.

22
Firman Allah SWT di atas adalah ditujukan kepada para hakim. Maksudnya kes-kes
jenayah syar’iyyah yang dilakukan oleh orang yang bukan Islam, pihak hakim boleh
membicarakan kes itu dalam mahkamah syariah atau menolaknya (mengenepikan) kes itu untuk
dibicarakan dalam mahkamah awam dan dihakimi oleh hakim mahkamah awam (Said Ibrahim
1998:118).

Maka dengan ini, pengecualian yang diberikan kepada orang bukan Islam yang
melibatkan hukuman hudud sahaja adalah satu kaedah yang telah digariskan oleh Islam bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan umat manusia.

Meminjam kata-kata Ibn Al-Qayyim bahawa asas kepada syari ’ah adalah kearifan dan
kebijaksanaan serta perlindungan kepada kepentingan manusia duniawi dan ukhrawi.
Keseluruhan undang-undang syari’ah adalah keadilan ihsan dan kebijaksanaan. Maka
terpulanglah kepada badan kehakiman dan pegawai-pegawai perundangan di Mahkamah Syari’ah
untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa perundangan Islam bukanlah hanya terbaik dari
aspek teorinya sahaja, bahkan juga terbaik dalam pelaksanaannya (Siti Shamsiah Md Supi, Feb
2007:10).

Mereka juga telah mendatangkan contoh penghakiman terhadap orang bukan Islam di
zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w apabila dua orang Yahudi yang berzina, mereka dihukum
dengan hukuman yang terdapat dalam kitab Taurat. Menurut mereka, inilah bukti bahawa orang-
orang bukan Islam dihukum mengikut agama mereka sendiri yang jelas dilakukan sendiri oleh
Rasulullah s.a.w ketika di Madinah (A.Rahman I.Doi 1992:7).

Bagaimana pula jika timbul isu daripada sebahagian golongan orang Islam yang masih
tidak puas hati dengan pelaksanaan undang-undang Islam mengatakan tidak adil jika orang-
orang Islam dihukum dengan undang-undang Islam sementara orang-orang bukan Islam
dikecualikan?

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang diriwayatkan daripada cUbadah bin
As-Somit yang katanya :
23
“Pada satu ketika disatu majlis kami duduk bersama-sama Rasulullah saw ,kemudian baginda
saw telah bersabda :  Hendaklah kamu berjanji dan mengaku kepadaku bahawa kamu sekali-kali
tidak akan menyekutukan Allah SWT dan tidak akan melakukan penzinaan dan tidak akan
melakukan pencurian dan juga tidak akan membunuh orang yang diharamkan membunuhnya,
kecuali dengan jalan yang hak. Sesiapa dikalangan kamu yang menyempurnakan
(melaksanakan janji itu dengan sepenuhnya) maka ia akan menerima pahala dari Allah SWT.
Dan sesiapa yang melakukan sesuatu perkara dari apa yang dijanjikannya itu lalu mereka
dijatuhkan hukuman hudud , maka hukuman yang diterimanya itu adalah menghapuskan dosa
yang dilakukannya itu (mereka tidak akan diazab di akhirat)”. (Hadith riwayat Bukhari &
Muslim)

Daripada hadis di atas, perbuatan jenayah hudud yang dilakukan oleh orang Islam adalah
satu perbuatan yang dianggap sebagai mencabul kepentingan dan hak Allah SWT. Maka dalam
konteks ini, setiap kesalahan yang dihukum dengan hukum Allah swt akan menghapuskan
dosanya terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan, dan diakhirat nanti ianya akan terlepas
daripada hukuman atau azab Allah SWT.

Mengenai dengan orang bukan Islam yang melakukan jenayah syar’iyyah, walaupun
mereka dijatuhkan hukuman hudud di dunia ini, mereka tetap tidak akan terlepas daripada azab
dan siksaaan di akhirat dengan sebab kesyirikan dan kekufuran mereka terhadap Allah SWT.
Oleh itu tidak boleh ditafsirkan atau dianggap orang-orang bukan Islam yang melakukan jenayah
syar’iyyah dalam negara Islam tidak dikenakan dengan hukuman hudud, dan orang Islam yang
melakukan jenayah dikenakan hukuman hudud sebagai sesuatu yang bersifat kejam , zalim dan
tidak adil (Mohd Rafizal Zulkifli t.t:atas talian).

Maka berdasarkan dalil dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh golongan ini,
dapat disimpulkan bahawa, orang-orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam sekalipun
dikenakan hukuman hudud, mereka tidak akan terlepas diakhirat nanti. Menurut mereka,
golongan bukan Islam ini tetap akan dikenakan azab siksa daripa Allah SWT disebabkan oleh
kekufuran dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT. Walaupun hal ini mungkin boleh
24
dianggap strategi dakwah Islamiyyah untuk golongan ini, namun ianya bukanlah satu cara yang
tepat untuk menarik golongan ini untuk lebih mendekati Islam. Ini kerana, golongan bukan Islam
ini akan memutuskan bahawa jika mereka terus berada dalam agama mereka, maka mereka akan
selamat daripada sebarang hukuman hudud yang menyakitkan. Sekiranya mereka memeluk
Islam, maka mereka kelak akan dihukum dengan pelbagai hukuman hudud itu tadi. Maka
hilanglah sudah kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap undang-undang Islam yang
dikatakan adil. Harus diingatkan juga bahawa segala ketentuan azab dan siksa ke atas golongan
bukan Islam ini adalah hak Allah SWT untuk menghukum mereka kelak. Adalah diluar bidang
kuasa dan keupayaan manusia untuk menghukum mereka di akhirat kelak.

4.0 Bentuk Perlaksanaan Undang-undang Islam dalam Masyarakat Majmuk

Undang-undang Islam sebagai undang-undang yang bersifat (universal) adalah diciptakan oleh
Allah s.w.t untuk dilaksanakan oleh seluruh umat manusia di dalam masyarakat majmuk.
Hakikat ini ditegaskan dalam firman-Nya :
          
       
49. dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah dan
janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..

(Surah al-Maidah : 49)

Perbezaan agama di kalangan umat manusia bukanlah merupakan unsur yang tidak
membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan, kerana mengikut pandangan Islam hubungan

25
manusia sesama mereka adalah berasaskan (karimah insaniah) sebagaimana yang dijelaskan oleh
al-Qur’an mengenai kejadian manusia.

Islam mengakui perbezaan bahasa dan warna kulit manusia tetapi ianya bukanlah
merupakan unsur perpecahan, malahan sebagai tanda-tanda kekuasaaan dan kebenaran Allah
untuk manusia berkenal-kenalan dan memelihara hubungan baik sesama mereka. Menurut Ismail
Faruqi, Islam mengiktiran orang-orang bukan Islam dari kaca mata kemanusiaa sejagat, kerana
Islam adalah untuk seluruh umat manusia dan fitrah manusia mampu mengenal Allah dan
suruhan-Nya.

Zulkiflee Muhammad menegaskan bahawa keadaan masyarakat majmuk tidak boleh


dijadikan alasan untuk menolak perlaksanaan undang-undang Islam, kerana undang-undang
Islam penuh dengan keadilan, kesejahteraan, kebahagiaan dan memelihara kepentingan umat
manusia sama ada Islam atau bukan Islam.

Bagi melaksanakan undang-undang Islam dalam sesebuah negara terutamanya di kalangan orang
bukan Islam. Terdapat dua cara untuk melaksanakannya iaitu :

i. Dengan mengishtiharkan sesebuah negara itu sebagai negara Islam yang melaksanakan
sistem pemerintahan Islam dan mengamalkan undang-undang Islam.

atau

ii. Menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara.

Berhubung dengan perlaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat bukan Islam, Islam
menetapkan supaya dilaksanakan semua bidang undang-undang Islam termasuk jenayah, Sivil
dan Keluarga. Cuma dalam bidang keluarga diberi pilihan sama ada ingin mengikut undang-
undang Islam atau mengikut undang-undang agama mereka.

4.1 Undang-undang Jenayah


26
Dalam undang-undang jenayah, undang-undang Islam mewajibkan perlaksanaannya meliputi
orang Islam dan orang bukan Islam, kerana Islam menganggap bahawa kesalahan jenayah
melibatkan individu, masyarakat dan negara. Oleh itu ia mesti dipatuhi dan diikuti oleh semua
masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Undang-undang Islam tidak mengiktiraf mana-
mana undang jenayah lain yang dilaksanakan kecualilah undang-undang jenayah Islam (Abu
Bakar Abdullah, 1986: 222).

4.1.2 Kesalahan Hudud dan Hukumannya

Dalam bahagian kesalahan hudud ini membincangkan mengenai kesalahan hukuman zina, curi,
menuduh zina, minum arak, hirabah iaitu merompak sambil membunuh dan baghyi iaitu
memberontak terhadap pemerintah yang adil.

 Zina

Umumnya, kesalahan zina yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam sesama bukan Islam,
(kafir zimmi dan musta’min) maka hukumnya ialah rejam sampai mati (bagi yang pernah
berkahwin) dan sebat seratus kali di khalayak ramai (bagi yang belum pernah berkahwin).

Ahli fuqaha’ mazhab Hanafi, Hanbali, Syafie dan Zaydiyah berpendapat wajib dijatuhkan
hukuman terhadap had ke atas orang-orang kafir zimmi yang melakukan zina di kalangan
mereka. Pendapat ini berdasarkan Rasulullah s.a.w pernah merejam ke atas dua orang Yahudi
yang telah disabitkan melakukan zina.

27
Pendapat Mazhab Maliki berbeza dengan pendapat ahili fuqaha’ tersebut. Menurut mazhab
maliki, tidak dikenakan hukuman had ke atas kafir zimmi yang melakukan zina sesama mereka,
tetapi hendaklah dihukum mengikut hukuman agama mereka. Hujah mereka berdasarkan riwayat
daripada Umar dan Ali bahawa kedua-duanya telah ditanya berhubung dengan hukuman ke atas
dua orang kafir zimmi yang berzina. Umar dan Ali menjawab; serahkanlah kedua-duanya kepada
ahli agama mereka.

Walaubagaimanapun, pendapat Mazhab Maliki ditolak oleh Abu Hanifah dengan


mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w melaksanakan hukuman had ke atas kedua-dua orang
Yahudi yang berzina itu merupakan ikutan yang baik. Oleh kerana, kafir zimmi merupakan,
warganegara Islam, maka adalah wajar hukuman had dikenakan ke atas mereka sebagaimana
yang dikenakan ke atas orang-orang Islam bagi menghapuskan segala bentuk kejahatan dan
kerosakan dalam negara serta menjaga kemaslahatan masyarakat.

Berdasarkan perbincangan situasi di atas iaitu kafir berzina sesama sendiri, penulis
berpendapat dalam konteks nagara Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama penulis
memilih pendapat mazhab Hanafi sebagai jalan penyelesaian kepada aktiviti zina di kalangan
kafir. Hal ini kerana, memandangkan negara Malaysia kini tidak langsung mengamalkan
undang-undang jenayah Islam di kalangan umat Islam sendiri maka sebagai langkah awal
pelaksanaan undang-undang Islam dalam perbuatan jenayah ini tidak perlulah melibatkan
masyarakat bukan Islam. Ini kerana untuk memastikan undang-undang Islam tetap dilaksanakan
di kalangan umat Islam dan menolak dakwaan kafir yang mengatakan undang-undang Islam
bersifat zalim, memaksa mereka yang tidak memeluk Islam dan sebagainya. Inilah yang
dinamakan strategi dakwah melalui pelaksanaan undang-undang Islam. Jika dibandingkan
dengan apa yang berlaku pada hari ini, undang-undang Islam tidak digunapakai kerana dikhuatiri
masyarakat bukan Islam tidak dapat menerima undang-undang ini tetapi dalam masa yang sama
undang-undang Islam ini juga tidak dilaksanakan terhadap umat Islam yang mengaku Allah
sebabagai tuhan tetapi menafikan undang-undang yang diwajibkan ke atas mereka.

Ulama-ulama Islam bersependapat bahawa dikenakan hukuman had ke atas kafir zimmi
yang berzina dengan wanita Islam atau kafir musta’min. Tetapi mereka berbeza pendapat
28
sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh kafir musta’min dengan wanita Islam atau wanita zimmi.
Menurut pendapat Abu Hanifah dan Imam Muhammad tidak dijalankan hukuman had ke atas
kafir musta’min itu. Abu Yusuf berpendapat dikenakan hukuman had ke atasnya. Imam Malik
dan Ahmad bin Hanbal berpendapat tidak dijalankan hukuman had ke atas kafir musta’min yang
berzina dengan wanita bukan Islam, tetapi sekiranya mereka berzina dengan wanita Islam, maka
wajib dihukum bunuh sahaja.

Pada pendapat penulis, pendapat di kalangan kebanyakan ulama yang mengatakan tidak
dikenakan hukuman had ke atas orang Islam menuduh Zina ke atas orang bukan Islam lebih
utama untuk diterima, kerana hujjah yang dikemukakan oleh mereka adalah kuat di mana syarat
utama untuk dikenakan hukuman had mestilah orang yang dituduh itu beragama Islam.
Sekiranya orang kafir musta’min melakukan kesalahan qazaf ke atas orang Islam sama ada lelaki
atau perempuan, maka mengikut pendapat mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali
dokenakan hukuman had ke atas kafir musta’min itu. Sekiranya kafir musta’min melakukan
qazaf terhadap perempuan zimmi atau musta’min, maka kebanyakan ulama fikah berpendapat
tidak dikenakan hukuman had ke atas kafir musta’min itu, kerana antara syarat yang boleh
dikenakan hukuman had ialah mesti orang yang dituduh itu beragama Islam. Tetapi mazhab
Zahiriyah berpendapat dikenakan hukuman had.

Mengenai persaksian bagi orang kafir musta’min yang sabit melakukan kesalahan qazaf, maka
hukumannya tidak diterima persaksian itu, kecualilah ia memeluk Islam sebelum dilakukan
persaksian itu sama ada ke atas orang Islam atau bukan Islam.

ada pendapat penulis, pendapat di kalangan kebanyakan ulama feqh lebih utama diterima,
di mana tidak dikenakan hukuman had ke atas kafir musta’min yang menuduh zina sama ada ke
atas kafir musta’min atau kafir zimmi, kerana mengikut undang-undang Islam syarat yang boleh
dikenakan hukuman had ke atas penuduh zina itu mestilah orang yang dituduh itu beragama
Islam.

 Mencuri

29
Undang-undang jenayah Islam secara umumnya menetapkan kesalahan mencuri dan hukuman
potong tangan meliputi orang Islam dan bukan Islam. Iaitu apabila seorang kafir zimmi
melakukan kesalahan curi ke atas harta orang Islam atau kafir zimmi dan cukup syaratnya, maka
dikenakan hukuman potong tangan ke atas kafir zimmi itu.

Ulama-ulama fiqah berbeza pendapat sekiranya seseorang kafir zimmi mencuri harta
kafir musta’min. Mengikut mazhab Maliki dan Hanbali, kafir zimmi dikenakan hukuman had.
Tetapi menurut mazhab Syafie dan Hanafi tidak dikenakan hukuman had. Sekiranya benda yang
dicuri itu adalah arak ataupun babi, maka mengikut mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali
tidak dikenakan hukuman had ke atas orang yang mencuri itu sama ada ianya orang Islam
ataupun orang bukan Islam.

Tetapi menurut pendapat mazhab Hanbali dan Maliki, wajib dikenakan hukuman had ke
atas kafir musta’min yang melakukan perbuatan curi, kerana kafir musta’min tertakluk kepada
undang-undang Islam selagi mana ia berada dalam negara Islam. Tujuan dikenakan hukuman
tersebut adalah untuk memelihara harta benda seseorang yang merupakan salah satu daripada
hak asasi mereka.

Daripada pendapat di atas, maka pendapat yang lebih baik untuk diterima adalah
pendapat mazhab Maliki dan Hanbali, yang mengenakan hukuman had ke atas kesalahan curi
yang dilakukan oleh kafir musta’min kerana tujuan hukuman undang-undang Islam ialah untuk
memelihara hak asasi manusia termasuk harta benda mereka.

Pendapat yang mengatakan hukuman had dikenakan ke atas orang Islam yang mencuri
harta kafir zimmi adalah lebih sesuai diterima, kerana harta itu terpelihara di bawah perlindungan
keamanan yang diberikan kepada mereka. Kecualilah benda yang haram seperti arak dan babi
kerana menurut ulama’ fiqah, arak dan babi bukanlah merupakan harta di sisi undang-undang
Islam.

 Minum Arak

30
Kebanyakan ulama’ salaf tidaklah menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam untuk meminum
arak dan tidak dikenakan hukuman had ke atas mereka. Tetapi mengikut Ab. Kadir Awdah dan
Muhammad Abu Zahrah adalah menjadi suatu kesalahan bagi orang bukan Islam yang meminum
arak dan wajib dikenakan hukuman had ke atasnya sebagaimana dikenakan ke atas orang Islam.

Muhammad Abu Zahrah ketika mengemukakan pendapatnya mengatakan bahawa undang-


undang Islam tetap mengharamkan arak meliputi orang bukan Islamm kerana pada dasarnya
kebanyakan agama di dunia ini tidak membenarkan penganutnya meminum minuman keras dan
hukuman hudud adalah merupakan suatu peraturan umum dan undang-undang awam, tidak
membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Meminum minuman keras juga
membawa keburukan bukan sahaja kepada diri peminum, tetapi juga kepada orang lain yang
mungkin akan mengakibatkan kerosakan kepada orang yang berada dalam negara tersebut.

Daripada pendapat di atas maka pendapat Abd Qadir Awdah dan Muhammad Abu
Zahrah lebih baik diterima, iaitu dikira sebagai suatu kesalahan jenayah bagi orang bukan Islam
yang meminum arak dan wajib dikenakan hukuman had sebagaimana ianya dikenakan ke atas
orang Islam, kerana tujuan undang-undang Islam untuk menjaga akal manusia yang merupakan
salah satu hak asasi mereka yang mesti dijagai.

4.1.3 Kesalahan Qisas dan Hukumannya

Kesalahan qisas dan hukumannya meliputi orang Islam dan orang bukan Islam, kerana demi
menjaga kemaslahatan nyawa dan kesejahteraan tubuh badan manusia. Umpamanya dalam
kesalahan bunuh dengan sengaja yang dilakukan oleh kafir zimmi, ulama-ulama fiqah telah
mengemukakan pendapat masing-masing mengenainya. Mengikut mazhab Syafie, Hanafi,
Hanbali, Maliki dan Zahiri dikenakan hukuman bunuh balas ke atas kesalahan bunuh dengan
sengaja yang dilakukan oleh kafir zimmi ke atas kafir zimm, kerana darah kafir zimmi
terpelihara darahnya dan pembunuh adalah setaraf dengan mangsa yang dibunuh.

31
Mengenai pembunuhan sengaja yang dilakukan oleh lelaki zimmi ke atas perempua
zimmi, maka kebanyakan ulama fiqah berpendapat dikenakan hukuman bunuh balas ke atas
lelaki zimmi itu dan sekiranya perempuan zimmi itu membunuh dengan sengaja lelaki zimmi itu,
maka dibunuh balas perempuan zimmi itu. Sekiranya kafir zimmi itu membunuh orang Islam
sama ada sengaja atau disebabkan berlakunya permusuhan, maka ulama fiqah bersependapat
dihukum bunuh balas kafir zimmi itu. Penulis bersetuju dengan pendapat ini, kerana demi
menjaga nyawa umat Islam, maka pembunuh kafir harus dikenakan hukuman balas bunuh selagi
mana ianya tertakluk kepada undang-undang negara Islam.

Ulama fiqah berbeza pendapat mengenai pembunuhan sengaja yang dilakukan oleh orang
Islam ke atas kafir zimmi atau musta’min, mengikut pendapat kebanyakan ahli fiqah tidak
dikenakan hukuman balas bunuh ke atas orang Islam itu. Tetapi mazhab Abu Hanifah
berpendapat dikenakan hukuman bunuh balas. Manakala Mazhab Maliki dan al-Laythi
berpenapat dikenakan hukuman bunuh balas ke atas orang Islam itu sekiranya pembunuhan itu
dilakukan secara tipu helah. Daripada pendapat tersebut, penulis berpendapat pendapat Mazhab
Hanafi yang mengenakan hukuman balas bunuh ke atas orang Islam yang membunuh sengaja
atau tidak ke atas kafir zimmi atau musta’min lebih baik untuk diterimam kerana bagi
memelihara kehormatan nyawa manusia yang patut dijagai.

Penutup

Pelaksanaan undang-undang Islam sebagai strategi dakwah harus dijalankan dengan bijak dan
bersesuaian dengan konteks semasa masyarakat yang berbilang kaum. Ianya perlu dilaksanakan
secara teratur, berhemah dan tidak mendesak atau memaksa orang bukan Islam untuk turut
terlibat dalam pelaksanaan undang-undang Islam ini. Apa yang penting, perlaksanaan secara
menyeluruh perlu dilaksanakan di kalangan umat Islam bagi mempamerkan impaknya kerana
undang-undang Islam menjaminkan keamanaan dan keharmonian. Melalui impak yang terhasil
inilah yang akan membuka minda dan mata orang bukan Islam untuk memperakui bahawa
undang-undang Jenayah Islam adalah undang-undang yang universal untuk dilaksanakan dalam
32
sesebuah negara Islam. Inilah yang dinamakan pelaksanaan undang-undang Islam sebagai
strategi dakwah. Pemimpin seharusnya mengangkat undang-undang Islam secara praktikal dan
diamalkan dalam kalangan seluruh rakyat yang beragam Islam dan tidak hanya diwarwarkan
secara teorikal kerana ianya akan dipandang sebagai propaganda demi kepentingan politik dan
sebagainya. Wallahu A’lam.

Rujukan
Abdul Karim Zaidan.(1976).Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah.Mu’assasah al-Risalah:Beirut.

Abu Bakar Abdullah (1986), Ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia: masalah
dan penyelesaiannya, Terengganu: Pustaka Damai

Abu Bakar Abdullah.(1986).Kearah Perlaksanaan Undang-Undang Islam Di


Malaysia.Pustaka Damai:Kuala Terengganu.

Ahmad Fathi Bahnasi (1983), al-Siayasah al-Jinaiyyah fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, Kuala


Lumpur; IKIM.

Alwi Hj Abdul Rahman (2003), Jenayah kanak-kanak menurut undang-undang Islam, Selangor;
Darwana Sdn.Bhd.

Faezah Ismail (2001). al-Fiqh al-jina'i al-Islami. Intel Multimedia and Publication: Kuala
Lumpur.

Kamus dewan, edisi baru, 1992, kuala lumpur, DBP.

Mahmood zuhdi abd majid (1997), Pengantar Undang- Undang Islam Di Malaysia, UKM

Mat Saad Abd Rahman (2000), Uqubah di dalam jenayah hudud dan pelaksanaannya dalam
masyarakat majmuk, Kuala Lumpur; IKIM
33
Mat Saad Abd Rahman (2006), Pembalasan Kesalahan jenayah dalam masyarakat Majmuk,
Selangor: Intel Multimedia and Publication

Mat Saad Abd Rahman.(2006).Pembalasan Kesalahan Jenayah Dalam Masyarakat Majmuk


(Dengan Penumpuan Kepada Peruntukannya Terhadap Bukan Islam). Multimedia
and Publication:Selangor.

Mohd Azam Hamzah (1986), Falsafah Dan Prinsip Perundangan Islam, UKM

Mohd Rafizal Zulkifli.(2008).Bagaimana Kemungkinan Undang-Undang Islam Dilaksanakan


Di Zaman Moden.(atas talian)http://aljawhar.wordpress.com/2008/06/28/bagaimana-
kemungkinan-undang undang-islam-dapat-dilaksanakan-di-zaman-moden- diambil pada
5 Mac 2011.

Muhammad Abu Zahrah.(t.t).al-‘Uqubah.Dar al-Fikri al-Arabi:Mesir.

Piagam Madinah (atas talian) http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah diambil pada 8


Mac 2011.

Said Ibrahim (bekas mufti Sabah).(1998). Jenayah Murtad dari Sudut Hukum Syara’ Dan
Perundangan Islam.Dewan Bahasa & Pustaka:Kuala Lumpur.

Siti Shamsiah Md Supi.(2 Feb 2007). Penghakiman Mesti Adil. Utusan Malaysia.hlm.10

Wan Azmil Ramli dan Dr Muhammad Ariffin (penterjemah) A.Rahman I.Doi.(1992).Non-


Muslim under  Syariah (Islamic law) edisi terjemahan Orang bukan Islam dibawah
Undang-undang Syariah. A.S. Noordeen:Kuala Lumpur.

34

You might also like