You are on page 1of 12

Zulkifli Abdullah

770403-03-6675

Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek


Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui
Cara Permainan Bahasa

Oleh
Zulkifli Bin Abdullah
SJK (T) Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Guru Bahasa Melayu sering menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana
murid tidak menguasai aspek tatabahasa. Kemahiran tatabahasa ini perlu dikuasai oleh murid
kerana kemahiran ini amat berguna dalam penulisan Bahasa Melayu lebih-lebih lagi kepada
murid di sekolah Cina dan Tamil di mana Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua selepas
Bahasa Ibunda mereka. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek
tatabahasa. Seramai 20 murid dari tahun 5 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan
kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa . Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan
Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa yang terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata
seru dan kata tanya. Tindakan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa responden
berkenaan adalah penggunaan permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad.
Murid-murid berasa gembira dalam menyertai aktiviti-aktiviti ini kerana mereka berlumba-
lumba untuk memenangi pertandingan dan permainan ini. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek tatabahasa.
Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa dalam tajuk Kata Tanya,
Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung. Pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian
kerana dapat menarik minat murid belajar kemahiran ini tetapi perlu ditambah baikkan lagi
dengan tindakan baru yang lebih efisyen serta menarik minat murid .

1
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

FOKUS KAJIAN

Pelajar Malaysia dikehendaki menguasai Bahasa Melayu kerana bahasa ini amat penting
bagi kehidupan harian kita di Malaysia. Pelajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu dalam
peperiksaan dalaman sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan juga
PMR dan SPM bagi murid sekolah menengah.
Selain itu pendidikan di Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata
pelajaran Bahasa Melayu. Salah satu syarat yang penting bagi kemasukan ke IPTA ialah pelajar
mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajari
Bahasa Melayu dalam semua aspek iaitu perlu menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam
penulisan Bahasa Melayu. Jika tidak mereka mungkin menghadapi masalah dalam menjalani
kehidupan seharian. Dalam aspek tatabahasa murid-murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk
seperti kata tanya, kata seru, kata hubung, kata adjektif, kata sendi, kata bilangan, penjodoh
bilangan, simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan dan jenis-jenis ayat. Manakala, dalam
penulisan pula murid-murid harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan yang baik.
Biasanya guru-guru bahasa berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Ini kerana murid-murid agak sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Melayu.
Oleh itu, guru-guru bahasa dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran yang baru dan mencabar bagi memudahkan pemahaman murid dalam Bahasa
Melayu iaitu dalam aspek tatabahasa dan juga penulisan karangan.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah


sering menjadi buah mulut. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Statistik juga menunjukkan bahawa murid-murid sekolah berasa sukar untuk memahami
tatabahasa Bahasa Melayu. Tambahan pula Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertuturan seharian
mereka. Buktinya adalah kemerosotan keputusan peperiksaan UPSR 2009 dalam subjek
pemahaman Bahasa

2
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

Melayu. Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi murid-murid
menghadapi masalah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Laporan prestasi UPSR
2009 dan ujian bulanan sekolah menunjukkan kelemahan pelajar dalam Bahasa Melayu.
Misalnya dalam UPSR tahun 2009, 10% daripada murid-murid tahun 6 gagal dalam kertas
pemahaman berbanding subjek lain yang mencapai 100%. Ini merupakan petanda bahawa
Bahasa Melayu merupakan subjek yang kritikal di sekolah ini. . Hal ini berlaku kerana murid-
murid yang tidak menguasai tatabahasa tidak boleh menjawab soalan pemahaman. Ini kerana 30
daripada 40 soalan pemahaman meliputi tajuk tatabahasa. Jika murid tidak menguasai aspek
tatabahasa maka mereka tidak boleh menjawab soalan pemahaman. Guru- guru Bahasa Melayu
di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi telah mengkaji masalah ini dan
cuba untuk mengatasi masalah ini. Guru-guru bahasa membuat kajian untuk mendapat tahu
punca masalah ini .Daripada kajian ini, didapati bahawa murid-murid lemah dalam penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas membaca surat khabar, buku-buku cerita,
membaca buku rujukan, rujuk kamus, berjumpa guru, perbincangan kumpulan dan sebagainya.
Salah satu punca penting mengapa murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa
Melayu ialah kurang berminat membaca surat khabar. Jika murid-murid rajin membaca surat
khabar mereka boleh memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya mereka boleh
menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Bagi mengatasi masalah ini guru–guru perlu
menggalakkan murid-murid supaya rajin membaca surat khabar dan memberi penerangan
tentang kebaikan membaca surat khabar. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman
penyelidik sendiri yang menghadapi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran
penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu, menyebabkan penyelidik mencuba kaedah yang sesuai
untuk mengatasi masalah tersebut.
Dalam kajian ini permainan bahasa dipilih untuk menyelesaikan masalah tadi. Kami
memilih cara ini kerana permainan bahasa sangat diminati oleh murid. Ini mungkin disebabkan
permainan bahasa ini memberangsangkan minat murid dan menggalakkan murid untuk
mengambil bahagian. Dengan ini diharap supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran
tatabahasa. Dalam permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang kecil iaitu kuiz,
mencantum kad dan latih tubi. Namun apa yang menggembirakan saya selaku guru Bahasa
Melayu adalah kini murid-murid lebih mahir dan boleh menguasai aspek tatabahasa dengan baik.
Keputusan murid dalam ujian pasca iaitu ujian yang dibuat selepas permainan bahasa ini agak

3
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

baik dan memberangsangkan. Hampir keseluruhan murid Tahun 5 mahir dan kini telah
menguasai aspek tatabahasa. Jadi saya mencadangkan permainan bahasa ini kepada guru-guru
yang lain untuk dicuba di dalam kelas mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk :


1. Mengenal pasti kelemahan pelajar tahun 5 dalam aspek tatabahasa.
2. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam
tatabahasa Bahasa Melayu.
3. Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha
meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu.
4. Guru-guru menilai keberkesanan penggunaan permainan bahasa dalam meningkatkan prestasi
murid dari segi pengguasaan tatabahasa Bahasa Melayu.

KUMPULAN SASARAN

Saya memilih murid Tahun 5 Kamban sebagai kumpulan sasaran dalam mengkaji masalah
penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Murid-murid kelas ini agak lemah dalam penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu. Boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan murid kelas ini tidak
boleh menjawab soalan tatabahasa Bahasa Melayu.
Saya sebagai Guru Bahasa Melayu kelas ini menghadapi masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa
Melayu, maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Maka
saya terpaksa menjalankan kelas pemulihan. Inilah yang menyebabkan saya memilih kelas dan
tajuk ini bagi menjalankan kajian tindakan ini.

4
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Pra
Dijalankan pada 15 Februari 2010 untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam
penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti
kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya. (Rujuk lampiran A)

Ujian Pasca
Dijalankan pada 1 Mac 2010 untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui sama ada
pelajar benar-benar memiliki kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan telah diambil.
Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung, kata adjektif, kata seru dan
kata tanya (Rujuk lampiran A). Ujian pra dan ujian pasca ini saya sediakan dengan dibantu oleh
guru-guru bahasa yang lain. Kami telah berbincang dan menyediakan soalan–soalan tatabahasa
bagi ujian pra dan ujian pasca. Semasa menyediakan soalan ini kami juga menghadapi beberapa
masalah. Bagi mengatasi masalah ini kami meminta bantuan ketua panitia Bahasa Melayu.
Beliau membantu kami dengan menyemak soalan –soalan yang kami sediakan. Selain itu, kami
berasa amat bangga dan gembira kerana dapat menyediakan soalan tatabahasa ini. Kami juga
berazam untuk menangani masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid
tahun 5 sekolah kami. Ini kerana murid-murid ini akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun
hadapan.

LANGKAH – LANGKAH TINDAKAN


Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ini diadakan pada 15
Februari 2010. Manakala, ujian pasca diadakan pada 1 Mac 2010. Guru bahasa dan ketua panitia
Bahasa Melayu berganding bahu dalam menyediakan ujian-ujian ini. Setelah dikaji tentang
keputusan ujian pra, maka guru dapat memahami tentang kelemahan murid dalam penguasaan
tatabahasa. Guru telah menjalankan beberapa tindakan untuk mengatasi kelemahan tatabahasa
murid dalam Bahasa Melayu. Permainan bahasa dipilih sebagai alat yang penting dalam
mengatasi kelemahan murid. Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz , mencantum kad
dan latih tubi.

5
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

Permainan Bahasa
1. Kuiz
Guru–guru menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa. Soalan–soalan kuiz ini
dibincang dan disediakan oleh guru–guru Bahasa Melayu. Kuiz ini dijalankan pada 18 Februari
2010. Semasa menjalankan kuiz ini murid-murid tahun 5 dibahagikan kepada dua kumpulan
yang berasingan dan diberi nama iaitu Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Gemilang. Setiap
kumpulan diberikan masa 1 minit untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Markah bagi
kumpulan pertama yang menjawab dengan betul ialah sebanyak 3 markah. Manakala, bagi
kumpulan yang kedua menjawab soalan dengan betul diberikan 1 markah. Kuiz ini dijalankan
selama 1 minggu dan setiap hari soalan kuiz berbeza iaitu berdasarkan tajuk–tajuk yang berbeza.
Contohnya, kata hubung, kata adjektif, kata seru, kata tanya dan sebagainya. Contoh soalan kuiz
adalah seperti berikut:
Senaraikan 3 kata tanya
1)
2)
3)
Senaraikan 2 kata seru
1)
2)

2. Mencantum Kad
Guru-guru bahasa juga mengadakan permainan mencantum kad. Permainan ini diadakan pada 22
Februari 2010. Dalam kad manila ditulis soalan-soalan tatabahasa dan jawapannya ditulis
berasingan dalam kad manila yang lain. Murid-murid dibahagikan dalam 2 kumpulan . Satu
kumpulan diberikan soalan dan satu lagi kumpulan diberikan jawapan. Murid-murid dikehendaki
membaca soalan dan mencari jawapan pada rakan mereka. Kemudian mereka akan
mencantumkan kad manila tersebut dan melekatkan kad manila tersebut di hadapan kelas.
Contoh Soalan :
Mereka berbual ________________ berjalan.

sambil

6
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

3. Latih Tubi
Selain daripada soalan kuiz dan permainan mencantum kad, murid-murid juga diberi latih tubi.
Latih tubi ini diadakan pada 24 Februari 2010. Dalam latih tubi ini murid-murid diberikan 10
soalan tatabahasa dan mereka diminta menjawab soalan-soalan ini dalam masa yang ditetapkan.
Dalam melaksanakan langkah-langkah tindakan seperti yang disebut di atas guru-guru
menghadapi pelbagai masalah. Contohnya, menyediakan soalan kuiz. Walau bagaimanapun,
murid-murid berasa gembira dan cenderung untuk terlibat dalam kuiz. Mereka berebut-rebut
untuk menjawab soalan kuiz. Begitu juga semasa permainan mencantum kad, murid-murid
begitu aktif menjawab soalan. Walau bagaimanapun, murid-murid tidak aktif menjawab soalan
latih tubi.

KEPUTUSAN
Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk menentukan kelemahan murid
dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu pelbagai langkah telah diambil. Ujian Pra berupa soalan
tatabahasa diadakan pada 15 Februari 2010 untuk menentukan dan melihat tahap pemahaman
murid tentang tatabahasa Bahasa Melayu. Guru telah menyediakan beberapa soalan tatabahasa
Bahasa Melayu.

UJIAN PRA
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra
Peratus 0-19 20-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah
Pelajar
Bilangan 2 3 5 8 2 20
pelajar

Jadual 1 di atas menunjukkan tentang keputusan ujian pra. Jadual di atas menunjukkan bahawa
seramai 5 (25%) murid gagal menjawab soalan tatabahasa yang diberikan. Markah lulus yang
ditetapkan ialah 40 %. Apa yang mengecewakan ialah 5 daripada 20 murid gagal mendapat 40
markah. 25% adalah satu peratus yang besar bagi sekolah kami. Hanya 10 orang murid sahaja
yang berjaya mendapat markah diantara 60-100. Ini bermakna separuh murid tidak dapat
menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayudengan baik. Daripada analisis ini, didapati bahawa
murid-murid Tahun 5 terlalu lemah dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu.
7
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

UJIAN PASCA
Jadual 2 menunjukkan tentang keputusan ujian pasca yang dijalankan. Ujian pasca dilaksanakan
selepas tindakan diambil. Berikut adalah hasil analisis pencapaian Ujian pasca selepas
pengajaran dan pembelajaran yang diadakan pada 1 Mac 2010.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca


Peratus 0-19 20-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah
Pelajar
Bilangan - 1 4 10 5 20
pelajar

Dari keputusan di atas didapati hampir semua murid dapat memahami dan menjawab soalan
tatabahasa dengan mudah selepas ujian pasca. Ini kerana permainan bahasa yang dijalankan
selepas ujian pra amat berkesan dan mendapat respon yang baik daripada murid. Daripada
keputusan di atas didapati bahawa 19 murid telah lulus dalam ujian pasca ini. Seramai 15 murid
telah berjaya mendapat pangkat A dan B. Pencapaian ini amat memberangsangkan dan
menunjukkan bahawa murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Pencapaian ini
juga menunjukkan bahawa permainan bahasa yang dibuat oleh guru selepas ujian pra amat
berkesan dan murid-murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu.

ANALISIS DATA
Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Bil Nama Pra Pasca Beza
1. Punitian 15 25 10
2. David 42 50 18
3. Thanaraj 50 63 13
4. Prema 33 60 27
5. Primila 52 63 12
6. Sharvin 45 60 15
7. Meganathan 60 70 10
8. Loganathan 55 65 10

8
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

9. Ramesh 68 75 07
10. Pavithra 65 73 08
11. Gangai 75 83 08
12. Thayala 75 85 10
13. Raj 18 43 23
14. Vijay 90 93 03
15. Baga 88 90 02
16. Mani 68 80 12
17. Arasu 60 73 13
18. Guna 28 45 17
19. Mano 73 75 02
20. Shanti 25 45 20

Jadual 3 menunjukkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca secara terperinci. Daripada
jadual di atas didapati dalam ujian pra, 15 murid daripada 20 murid sahaja yang lulus iaitu
berjaya mendapat markah 40%. Bakinya iaitu 5 murid gagal dalam ujian pra ini. Ini
menunjukkan bahawa hampir 25% murid gagal dalam ujian pra.
Bagi mengatasi masalah ini maka guru bahasa bersama-sama dengan guru-guru lain
berganding bahu. Melalui perbincangan, kami membuat keputusan untuk mengadakan
permainan bahasa bagi mengatasi masalah ini. Permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 iaitu
kuiz, mencantum kad dan latih tubi. Setelah murid-murid menguasai tatabahasa Bahasa Melayu
maka ujian pasca pula diadakan. Keputusan ujian pasca ini agak memberangsangkan dan
menggembirakan. Ini kerana hampir kesemua murid telah lulus dalam ujian pasca ini. Terdapat 5
murid yang berjaya mendapat pangkat A dan10 murid berjaya mendapat pangkat B. Manakala,
seramai 4 murid atau 20% murid berada pada tahap pencapaian C. Hanya seorang murid sahaja
yang masih gagal.

REFLEKSI TINDAKAN

9
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang masalah
pelajar dan kelemahan pelajar dalam penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Penyelidikan
ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan membantu penyelidik
mencari cara penambahbaikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengesan kelemahan dan
kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran
dan pembelajaran guru. Walaupun penyelidik mempunyai banyak tugasan lain yang terpaksa
dilaksanakan, namun dengan semangat untuk memperbaiki kelemahan murid dengan penuh
ikhlas dan tanggungjawab, kajian ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang dirancangkan.
Sebagai kesimpulannya, saya telah berjaya dalam kajian ini. Hampir keseluruhan murid
telah berjaya menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Jadi saya sebagai guru Bahasa Melayu
Tahun 5 berasa gembira atas pencapaian murid-murid. Saya juga berazam untuk memastikan
para pelajar saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Saya sebagai penyelidik ingin mengesyorkan permainan bahasa ini
kepada semua guru bahasa bagi mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu.
Hasilnya tentu baik. Saya juga telah mencadangkan kepada pentadbiran sekolah supaya meminta
semua guru Bahasa Melayu supaya menggunakan cara permainan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Misalnya guru-guru yang mengajar tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3
sepatutnya mengunakan permainan bahasa ini.
Sebagai tindakan lanjutan saya akan menggunakan teknik permainan bahasa ini untuk
mengajar tajuk-tajuk yang lain. Misalnya menggunakan kaedah ini untuk mengajar penulisan
Bahasa Melayu.

PENUTUP

10
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian ini
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar tetapi dapat juga memperbaiki teknik
pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Penyelidik berbangga dapat menjalankan kajian
tindakan ini pada gelungan pertama. Oleh yang demikian, penyelidik berharap dapat meneruskan
penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa akan datang dan akan cuba menerapkan dalam
tajuk lain yang akan diajar. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada
penyelidik sebagai tenaga pengajar yang bertanggungjawab untuk melihat kejayaan pelajarnya
dalam bidang bahasa.

LAMPIRAN A
(CONTOH AYAT)

11
Zulkifli Abdullah
770403-03-6675

TAJUK : KATA HUBUNG


Gariskan jawapan yang betul.
1. Ramesh……………………… (dan, dengan) Suresh pergi melawat Kuala Lumpur
pada cuti penggal yang lalu.
2. Rina pergi ke kedai ……………………… (sambil, untuk) membeli kek.
TAJUK : KATA TANYA
Tuliskan jawapan yang betul.
1. ……………………………….. nama guru kelas kamu?
2. ……………………………….. keadaan nenek kamu di hospital?
TAJUK : KATA SERU
Nyatakan kata seru yang betul.
1. ………………………. , nahas kau!
2. ………………………. , besarnya rumah kamu!
3. ………………………. , cantiknya baju k!

12

You might also like