You are on page 1of 9

1.

0 Latar belakang program doktor muda

Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada
perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar
sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka
menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter
dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting.
Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat
kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam
akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

2.0 Sejarah program doktor muda

Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada


tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram,
Pekan,Pahang. Bermula dari sini, program ini
telah berkembang dari tahun ke tahun dengan
bertambahnya bilangan sekolah yang
melaksanakannya.

Program ini kemudiannya bertapak di negeri


Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah
Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi
kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan
pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehingga tahun 2004, hanya negeri-negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka,


Kedah dan Selangor melaksanakan program doktor muda di sekolah rendah. Sebanyak
347 buah sekolah rendah di negeri-negeri berkenaan terlibat melaksanakan program
doktor muda.

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri termasuk Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan program doktor muda dengan
melibatkan sebanyak 735 buah sekolah.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor
Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai
Kelab Doktor Muda.

Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satu


pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang sememangnya
telah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah.

Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan program Doktor
Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor Muda.

3.0 Pengasas program doktor muda

Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat


sekolah rendahmerupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad,
Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan
(Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah
memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan,
Pahang.

Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantan


apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat
jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.

Program Doktor Muda ternyata


membawa banyak manfaat kepada
murid dan sekolah. Justeru program
ini dari tahun ke tahun telah
berkembang ke seluruh negara. Pada
Mei 2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menerima program ini
sebagai aktiviti kokurikulumdi sekolah
rendah dan dikenali sebagai Kelab
Doktor Muda.

Berpegang kepada prinsip bahawa membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat


kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di
peringkat dewasa, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagi
memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.

Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin
Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen
Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.

4.0 Definisi

5.0 Matlamat program doktor muda


 melahirkan golongan remaja berfikiran positif dalam hal-ehwal penjagaan
kesihatan apabila mereka meningkat remaja kelak.
 melahirkan golongan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran awal
dalam mengamalkan cara hidup yang sihat
 sebagai landasan utama di dalam usaha kerajaan untuk memerangi penyebaran
Pandemik H1N1, masalah keracunan makanan di sekolah dan pencegahan
wabak Demam Denggi dikalangan penduduk disamping mengalak mereka untuk
menjaga kebersihan kawasan sekolah
 merealisasikan harapan kerajaan dalam mempertingkat status penjagaan
kesihatan dikalangan penduduk dalam negara ini pada masa akan datang.

6.0 Visi dan misi program doktor muda


 Visi
Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang
promosi kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia
mengamalkan Cara Hidup Sihat dan seterusnya menikmati
kesihatan yang optima.
 Misi
untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui;
(i) Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan
cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu.
(ii) Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka
dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi
kesihatan mereka.
(iii) Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta.
7.0 Objektif program doktor muda

Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid-murid sekolah rendah dengan


meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka
dapat :

 Mangamalkan cara hidup sihat


 Menjadi pembimbing dan pendorong rakan sebaya dan anggota keluarga ke
arah mengamalkan gaya hidup sihat
 Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti
kesihatan di sekolah
 Menggalakkan ibu bapa atau penjaga memberikan perhatian yang wajar
kepada kesihatan anak-anak
 Memeperkukuhkan penglibatan guru serta waga sekolah lain dalam usaha
meningkatkan tahap kesihatan para murid di sekolah
 Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan
Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan
murid sekolah rendah

8.0 Organisasi program doktor muda

STRUKTUR ORGANISASI INDUK PROGRAM DOKTOR SEKOLAH

Guru Besar

Penolong Kanan Pentadbiran


Penolong Kanan HEM

Guru Penasihat

Ketua Program Doktor Muda

9.0 Aktiviti di dalam program doktor muda

 Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya


 Membimbing ke arah mengamalkan gaya hidup sihat
 Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
 Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah di dalam aktiviti kesihatan di
sekolah
 Pemberitahuan kepada penyakit atau masalah kesihatan
 Merawat kecederaan ringan
 Mencatat aktiviti yang dijalankan di dalam buku laporan
10.0 Pelaksanaan program doktor muda

Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:

i. Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.


ii. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.

iii. Murid belajar menghargai kesihatan.

iv. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.

v. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.

vi. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.

vii. Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.

viii. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.

ix. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan
kesihatan.

x. Sekolah bersih

xi. Sekolah bebas Aedes


xii. Imej sekolah meningkat

Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan sebagai panduan
dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda.
Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah Modul Latihan Kelab Doktor Muda
Sekolah Rendah (edisi ketiga, 2008).

Modul Latihan Kelab  Modul Untuk Pengajar  Modul Program Doktor 


Doktor Muda Sekolah  Program Doktor Muda.  Muda Sekolah Rendah
Rendah (Edisi 3, 2008) (Edisi 1.) (Edisi 2, 2003)

11.0 Garis panduan kurikulum

Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian


Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Garis Panduan
Kurikulum Kelab Doktor Muda sebagai panduan dan rujukan kepada Guru
Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda serta Garis Panduan
Kurikulum Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya Kelab Doktor Muda  sebagai
panduan dan rujukan kepada Doktor Muda dalam menjalankan aktiviti pembimbing rakan sebaya.
Garis Panduan Kurikulum  Garis Panduan Kurikulum 
Kelab Doktor Muda, 2008 Pembimbing Kesihatan Rakan 
Sebaya Kelab Doktor Muda, 2008.

12.0 Penilaian
13.0 Lampiran
14.0 Pamplet
15.0 Persembahan powerpoint

You might also like