You are on page 1of 2

RUJUKAN KAMI : mcsb(u)/stud/sr/01/11

TARIKH : 11hb April 2011

KEPADA YANG BERKENAAN,

Tuan/Puan,

PER : MAKLUMAN PENJELASAN TUNGGAKAN YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, berikutan arahan daripada Ketua Eksekutif, Multimedia
College Sdn Bhd(MCSB), pihak MCSB(Utara) telah membuat sedikit perubahan pada polisi pembayaran
yuran pengajian. Polisi ini telah dikuatkuasakan dikesemua kolej-kolej cawangan dibawah Multimedia
College Sdn Bhd(MCSB) bermula pada 26hb Mac 2011.

3. Mengikut polisi ini, semua mahasiswa/wi dikehendaki membuat penjelasan yuran pengajian
secara berperingkat-peringkat pada setiap semester pengajian. Berikut adalah peringkat-peringkat
pembayaran yang perlu dibuat :

I. Peringkat 1 (40%) : Sebelum Pendaftaran Subjek


II. Peringkat 2 (20%) : Sebelum Memduduki Peperiksaan
III. Peringkat 3 (40%) : Sebelum Keputusan Peperiksaan Dikeluarkan

*Jumlah peratusan pembayaran adalah mengikut jumlah yuran pengajian pada semester tersebut. Sila
rujuk bahagian lampiran untuk maklumat lanjut.

Sekiranya pembayaran tidak dijelaskan seperti yang ditetapkan, anak-anak tuan/puan boleh dikenakan
tindakan untuk tidak dibenarkan membuat pendaftaran subjek/menduduki peperiksaan/mendapatkan
keputusan peperiksaan. Sila rujuk bahagian lampiran untuk maklumat yuran pengajian terkini.

4. Bagi pembayaran yuran asrama (Sekiranya anak tuan/puan mendiami asrama sahaja), tuan/puan
adalah dikehendaki untuk memastikan anak-anak tuan/puan menjelaskannya pada setiap hujung bulan,
bulan semasa. Bagi anak-anak tuan/puan yang terpaksa berpindah keluar, mereka dikehendaki
menjelaskan yuran asrama sehingga bulan terkini iaitu Mac 2011. Kegagalan untuk menjelaskan
yuran asrama akan turut menyebabkan anak tuan/puan disekat daripada menduduki peperiksaan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah amat diharapkan oleh pihak MCSB bagi mengelakkan
anak-anak tuan/puan daripada dikenakan tindakan berikutan kegagalan untuk menjelaskan tunggakan
hutang.

6. Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

TAJUDIN RAMLEE
Ketua, Kolej Cawangan unit Taiping
Multimedia College (Northen) Sdn Bhd
LAMPIRAN :

TEMPOH PENJELASAN YURAN PENGAJIAN (SEMESTER 1) :

I. Peringkat 1 : 23 Mei 2011 – 10 Jun 2011


II. Peringkat 2 : 5 September 2011 – 9 September 2011
III. Peringkat 3 : 3 Oktober 2011 – 14 Oktober 2011

1) DIPLOMA IN TECHNOLOGY (TELECOMMUNICATION ENGINEERING) – OKTOBER 2010

YURAN PENGAJIAN SEMASA : RM 2,560.00

PERINGKAT 1 : RM 1,024.00 (RM 2,560 x 40%)


PERINGKAT 2 : RM 512.00 (RM 2,560 x 20%)
PERINGKAT 3 : RM 1,024.00 (RM 2,560 x 40%)
JUMLAH KESELURUHAN : RM 2,560.00

2) DIPLOMA IN MANAGEMENT WITH MULTIMEDIA – OKTOBER 2010

YURAN PENGAJIAN SEMASA : RM 2,260.00

PERINGKAT 1 : RM 904.00 (RM2,260 x 40%)


PERINGKAT 2 : RM 452.00 (RM2,260 x 20%)
PERINGKAT 3 : RM 904.00 (RM2,260 x 40%)
JUMLAH KESELURUHAN : RM 2,260.00

3) YURAN ASRAMA

Yuran Bulanan : RM 150.00

*Sila pastikan anak tuan/puan membuat penjelasan yuran asrama sehingga bulan Mac 2011. Sila buat
semakan bayaran yuran asrama anda di Bahagian Admin untuk mengetahui status terkini pembayaran
anda.

You might also like