You are on page 1of 2

Id, Ego, Super Ego

Apa itu Id, Ego dan Super Ego

1) Id
Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam
pandangan psikoanalisis, cirri id seseorang itu sudah wujud semasa ia dilahirkan. Id
dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi,
satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah
sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Ia tidak teratur, tidak rasional dan
penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO.
Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak
(immediate gratification ). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi
maksud yang tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu tenaga yang begitu
primitif, id juga merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari.

2) Ego
Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa dilahirkan. Sebaliknya, ego
berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan
persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.
Perkembangan ego adalah melalui hubungan seara social dan identifikasinya dengan
orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri
pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah
laku dan personaliti individu.

3) Superego
Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku
psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau ‘conscience’ seseorang
individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.
Moral yang dipelajari, dikenalpasti daripada ibubapa mahupun dari masyarakat.
Moral yang demikian juga dipelajari hasil daripada asuhan semasa seseorang individu
itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sehingga
sebati dengan hati nuraninya.

1
Id, Ego, Super Ego

Hubungan saling interaksi di antara Id, Ego dan Superego

1. Ego bertindak semasa berlakunya acara yang mendatangkan kecemasan seperti


konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk
bertindak dalam keadaan kecemasan iaitu:
i) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran
yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya ego boleh bertindak terhadap
tingkah laku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.
ii) Ego juga boleh menggunakan kaedah menetang, menolak, tipu helah dengan
memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak
dan mengambilalih tingkah laku, kaedah ini ternyata sebagai mekanisma
beladiri ego. Antara mekanisma beladiri ego adalah pendaman, rosotan dan
sublimisi.
2. Super ego mengawal id dan ego. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibubapa
seorang individu iaitu ia saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi,
pemikiran, emosi, perasaan, sikap dan tingkah laku. Di sebalik super ego pula sentiasa
wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang melayu, apabila
hendak keluar rumah, secara automtik, akan terlintas di fikiran untuk memakai kasut.
Keadaan menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah kediaman juga menjadi
kelaziman adat orang melayu.

Rujukan

© othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

You might also like