P. 1
Faktor Bencana Alam

Faktor Bencana Alam

|Views: 176|Likes:
Published by Hafizah Zaid

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Hafizah Zaid on Apr 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/29/2015

pdf

text

original

Laporan tentang Faktor-faktor Bencana Alam

Laporan tentang Faktor-faktor Bencana Alam dan Kesannya kepada Masyarakat dan Negara

1.0 Pendahuluan Malapetaka alam berlaku tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian itu berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Contohnya, bencana alam yang sering berlaku ialah banjir ribut taufan,gempa bumi,tanah runtuh dan sebagainya. Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Bencana alam yang direkodkan di negara ini ialah banjir lumpur ,banjir kilat dan tanah runtuh.Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower pada tahun 1993, Tragedi Ribut Greg di Sabah pada tahun 1996, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004 dan banyak lagi.Namun,tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004, taufan Nargis di Myanmar pada 2 Mei 2008 dan gempa bumi di Sichuan pada 12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian yang berlaku dan tidak dapat kita semua lupakan. Sebagai setiausaha Jawatankuasa Mengkaji Bencana alam, saya diberi tugas menyediakan suatu laporan tentang faktor-faktor bencana alam dan kesannya kepada masyarakat dan negara.

3.0 Faktor-Faktor 3.1 Perubahan cuaca Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, banjir kilat, ribut taufan dan sebagainya.Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama kepada terjadinya perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon monoksida daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon yang semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun ke setahun. Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah merupakan impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang semakin meningkat termasuk meningkatnya suhu di bahagian kutub utara yang menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan paras air laut yang naik yang menyebabkan terjadinya banjir kilat yang telah banyak meragut nyawa dan tempat tinggal.

3.2 Kegiatan ekonomi manusia Fenomena penipisan ozon yang berlaku akibat tindakan manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) dan halon dan membentuk klorin monosida yang akan menyebabkan lapisan ozon terhakis dan menipis. Penipisan lapisan ozon juga akan menyebabkan suhu meningkat.Industri yang menyebabkan fenomena penipisan ozon ialah industri pendingin udara dan industri pencuci atau pelarut. Industri pendingin udara yang menggunakan CFCs melibatkan pendinginan kenderaan,bangunan,perumahan dan juga penggunaan peti sejuk dan alat pendingin beku. Industri pencuci menggunakan CFCs dalam bentuk cecair sebagai bahan pencuci minyak dalam peralatan elektronik dan CFCs dalam bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.Aktiviti penyahutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan menyebabkan menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara di sampiang kehilangan kawasan tadahan air dan senang berlakunya banjir . Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan pembakaran hutan juga menyumbang peningkatan karbon dioksida.Sedikit masa lalu, negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air larian di permukaan bumi tidak dapat di halang dan sejumlah besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan kelodak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadian banjir kilat terutama di kawasan rendah. Contonhnya, pertambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan pembinaan Leburaya Kuala Lumpur di Karak. Projek pembinaan jalan raya yang melibatkan pemotongan bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh. 3.3 Pembangunan tidak terancang dengan sempurna Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna, pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Empangan yang dibina senang pecah dan mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir. Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang. Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh. Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama kejadian Highland Tower runtuh disebabkan sistem perparitan di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.

4.0 Kesan-kesan 4.1 Kemusnahan harta benda dan nyawa Banjir yang besar akan menggelamkan rumah kediaman dan merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Kejadian ini membawa kerugian kepada semua penduduk. Kemarau yang berlaku berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air untuk masa yang panjang juga banyak menyebabkan tumbuhan dan haiwan mati kerana kekurangan air. Selain itu, kebuluran dan kematian organisma juga turut berlaku Kejadian taufan juga akan menyebabkan kemusnahan harta benda manakala gempa bumi boleh membawa kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Contohnya, kejadian taufan Nargis di Myanmar telah meragut 84,537 nyawa dan 53,836 orang masih tidak dijumpai. Menurut pengumuman daripada Organisasi Pandan dan Pertanian (FAO), tragedi gempa bumi di Sichuan juga telah meragut 70,000 nyawa dan beratus orang masih belum dijumpai.Gempa bumi tersebut juga menyebabkan kerugian sebanyak 6 bilion di kawasan pertanian. Oleh itu, bencana alam yang berlaku akan memusnahkan persekitaran, hidupan dan harta benda dengan cepat hingga menyebabkan keseimbangan alam terjejas.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara mangsa bencana alam. 4.2 Masalah psikologi dan emosi mangsa Mangsa bencana alam menghadapi masalah trauma. Contohnya, mangsa tsunami di Acheh, Indonesia berjaya menyelamatkan diri ke kawasan tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut turun ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam akan berulang. Keadaan yang teruk menyebabkan mangsa bencana alam takut akan kejadian yang telah berlaku. Tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga mereka sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu. 4.3 Ekonomi Negara terjejas Kejadian bencana alam yang berlaku menyebabkan sesebuah negara mengalami kesusahan dalam pertumbuhan ekonomi. Contohnya, Negara China 20% pengeluaran padi dijalankan di Sichuan.Tragedi gempa bumi yang berlaku di Sichuan telah menyebabkan 20% pengeluaran padi tersebut terhancur di samping mengalami kerugian yang banyak.Sesebuah negara yang menghadapi bencana alam seperti banjir,taufan,gempa bumi dan sebagainya.Negara akan terpaksa menghadapi banyak masalah.Contohnya, banyak pelabur asing tidak yakin melabur,hasil pertanian terhancur,bursa saham tutup,syarikat korporat tutup dan lain-lain.Kesannya,kadar pengangguran semakin meningkat kerana tiada peluang pekerjaan.Oleh itu,bencana alam yang berlaku di sesebuah negara

akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. 4.4 Masalah kesihatan Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di kebanyakan negara.Kesan yang paling teruk dibawa oleh banjir adalah menjejaskan kesihatan manusia.Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama lumpahan air.Najis ini juga akan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di dalam udara. Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka,asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian telah menyebabkan gas-gas yang bahaya kepada kesihatan manusia hadir di dalam udara.Contohnya gas karbon monosida boleh menyebabkan kematian kepada manusia,sulfur dioksida dan nitrogen dioksda boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan serta kesan kerosakan kepada paru-paru dan sesak nafas dan sebagainya.

5.0 Kesimpulan Bencana alam merupakan petanda semula jadi ekoran dariapda perubahan ekoloji atau ekosistem alam.Pelbagai factor telah mencetus perubahan ekoloji secara mendadak sehingga meranap bangunan pencakar langit dan meragut nyawa tidak berdosa.Walaupun kejadian ini berlaku secara semula jadi tetapi langkah-langkah bersedia menghadapi bencana alam perlu disuntik kesedaran berjaga-jaga semasa menghadapi bencana alam.Amalan sediakan payung sebelum hujan perlu diamalkan untuk mengelakkan nyawa manusia terkorban.Semua pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan.Usaha murni ini berupaya meringankan kesengsaran mangsa.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->