You are on page 1of 10

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK MEMBAJA
GETAH DEWASA /
MATANG
PENGENALAN
• Pembajaan penting untuk kesihatan pokok kerana pokok
yang kurang zat mudah diserang penyakit.
• Pembajaan boleh merangsang pemulihan kulit baru setelah
ditoreh.
• Meningkatkan hasil lateks dan kayu getah.
• Dapat mengelak dan memulihkan pokok getah daripada
serangan penyakit akar daun.
• Pokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar
yang mencukupi.
• Keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan
berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun
yang diambil.
KEBERKESANAN BAJA
Bergantung Kepada :

Ø Penyerapan Baja Oleh Pokok

Ø Penjimatan Tenaga Dan Kos

Ø Jenis Baja

Ø Kadar Baja

Ø Masa Membaja

Ø Kekerapan Membaja
CARA MENGIRA
KEPERLUAN BAJA
Contoh :
Berapa banyak baja UREA, TSP dan MOP untuk
membaja sehektar kebun getah dengan kombinasi
N : 60 kg, P : 30 kg dan K : 30 kg.
Urea : 100 x 60
= 130 kg
46

TSP : 100 x 30
= 65 kg
46

MOP : 100 x 30
= 65 kg
60
PEMBAJAAN POKOK GETAH
MATANG
• Pokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar
yang mencukupi berpandukan kepada pengesyoran
pembajaan.

• Keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan


berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun
yang diambil.

• Masa pembajaan yang sesuai penting memandangkan ini


akan membantu pengambilan nutrien oleh pokok.

• Baja perlu untuk mendapatkan pokok getah yang subur dan


berkeupayaan mengeluarkan hasil torehan yang tinggi.
CARA – CARA MEMBAJA
 Bagi pokok matang dewasa, baja hendaklah ditabur di atas
lorong tanaman yang bersih dari rumpai sejarak 300
hingga 350sm dari pangkal pokok sebelah menyebelah.

 Oleh kerana pangkal pokok tidak banyak akar rambut,


eloklah kawasan kira-kira 60sm keliling dari pangkal pokok
tidak dibaja.

 Baja boleh juga ditabur keseluruhan kawasan kecuali


kawasan 60sm dari pangkal pokok andainya kawasan bersih
dari rumpai.

 Bukan satu kaedah yang baik melonggokkan baja secara


memanjang di antara barisan pokok. Cara ini tidak
membolehkan semua akar rambut mendapatkan baja.
CARA-CARA MEMBAJA : GAMBARAJAH

Kawasan ditabur baja

Lorong tanaman
300 – 350 cm

Kawasan 60 cm keliling pokok


tidak dibaja
MASA SESUAI MEMBAJA GETAH
MATANG
• Pembajaan bagi getah matang sesuai dilakukan sebaik
sahaja daun mula terbentuk dalam musim daun luruh.

• Kadar pengambilan nutrien paling aktif ialah di antara


waktu pendaunan semula sehingga 5 bulan berikutnya.

• Baja tambahan tidak diperlukan sekiranya ranggasan


atau pendaunan kali kedua berlaku

• Pada dasarnya, pembajaan pokok dewasa dibaja


setahun sekali sehingga dua ke tiga tahun sebelum
pokoknya ditanam semula.
KAWASAN YANG PERLU
DIBAJA
• Apabila pokok meningkat umur 4 tahun,
akar-akar akan meluas ke pertengahan
antara barisan.

• Apabila pokok berumur 18 bulan, baja


ditabur di jalur yang bersih di antara
barisan pokok dan elakkan menabur di
pangkal pokok.
KESIMPULAN
• Pemilihan jenis baja serta kadar
penggunaanya hendaklah sesuai
dengan keadaan tanah dan peringkat
tanah dan peringkat umur pokok
supaya mendapatkan kesan yang baik
terhadap pertumbuhan pokok.

• Baja adalah satu input penting dalam


kesuburan kebun.

You might also like