You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROGRAM SELEPAS PMR

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan tamat menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR)


lebih awal sebelum tamat persekolahan tahun 2010. Pelajar-pelajar ini perlu diberikan
pelbagai pendedahan ilmu yang boleh dimanfaatkan bagi mengisi masa persekolahan
selepas PMR nanti. Program yang disusun merupakan pendedahan baru, pengetahuan
baru, kemahiran baru serta cetusan idea yang membantu melahirkan pelajar yang
berwawasan yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Keupayaan dan kecenderungan
pelajar menyertai secara fizikal dan mental dalam program ini akan memberi manfaat
yang maksimum kepada pelajar itu sendiri.

2.0 RASIONAL
Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam semua aspek.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu pelajar memilih pekej Tingkatan Empat yang secocok dengan
personaliti dan minat diri serta keperluan pasaran kerjaya.
3.2 Mewujudkan sikap kreatif dan inovatif dalam diri pelajar.
3.3 Menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan kemahiran.
3.4 Mengasah bakat terpendam pelajar.
3.5 Mewujudkan jalinan mesra anatara pelajar-pelajar yang terdiri daripada
pelbagai kaum.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar Tingkatan 3

5.0 TEMPAT PELAKSANAAN


Dewan Serikandi, kelas dan Padang SMK Puteri.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


13 OKTOBER hingga 16 NOVEMBER 2010
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Peruntukan panitia masing-masing.
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Hjh Azizah Bt Mohd Nor (Pengetua)
Naib Pengerusi : 1. Pn Norhashimah Bt Mohammed (PK HEM)
2. Pn Hjh Jamiah Bt Basar (PK 1)
3. Pn Poziah Bt Abdul Jalil (PK KOKO)
Penyelaras : 1. Pn Kohilavani a/p Sadasivam
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
: 2. Penyelaras Tingkatan
Setiausaha : Pn Lai Lee Juen
Penolong Setiausaha : 1. Pn Hasmaliza Bt Hassan
: 2. Pn Inah Bt Kuala
Pengurusan Pelajar : Guru Tingkatan dan Guru Subjek
AJK Pelajar : PRS dan 10 AJK Pelajar Tingkatan 3

9.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang khas akan dapat memberikan input kepada semua
pelajar Tingkatan 3 yang hadir serta dapat memperkembangkan potensi diri secara
maksimum dalam semua aspek.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………………… ………………………….
(PN KOHILAVAANI A/P SADASIVAM)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
Seremban.

You might also like