You are on page 1of 26

Anatomi & fisiologi (pJm 3106)

“SISTEM URINARI”

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI
NO. K/P : 891207-03-5203
NO. A/G : 2010211310030
KURSUS : PISMP MATEMATIK KOHORT 5
AMBILAN JANUARI 2010
NAMA PENSYARAH : EN. HAMZAH BIN SARIMUN
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 1

2.0 FUNGSI-FUNGSI SISTEM 2-7


URINARI

3.0 PROSES PEMBENTUKAN AIR 8-12


KENCING

4.0 PENGURUSAN SISTEM URINARI 13

5.0 IMBANGAN CECAIR ELETROLIT 14

6.0 IMBANGAN ASID-ALKALI 16-17


SISTEM URINARI

1.0 PENGENALAN

Sistem urinari ialah kumpulan organ yang menyahkan air yang berlebihan dan
bahan-bahan yang tidak diperlukan keluar dari badan sebagai air kencing.

Organ sistem urinari terdiri daripada :

• 2 Ginjal

• 2 Ureter

• 1 Uretra

• 1 Pundi Kencing
2.0 FUNGSI-FUNGSI SISTEM URINARI

1. Ureter
 Saluran yang membawa air kencing dari kedua-dua ginjal ke pundi
kencing.

2. Pundi kencing
 Pundi kencing merupakan organ penakung air kencing.
 Air kencing yang dirembeskan oleh ginjal akan bertakung di bahagian
ini terlebih dahulu sebelum dibuang.

 Biasanya pundi kencing boleh mengandungi air sebanyak satu paun air
kencing, tetapi dalam keadaan luar biasa, isipadu bertambah tiga paun.
3. Uretra
 Dikenali juga sebagai salur kencing.
 Saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar.
 Salur kencing wanita adalah lebih pendek [1.5 inci] berbanding lelaki [6-
8 inci].
 Salur kencing lelaki menjalankan dua tugas. Tugas yang pertama ialah
menyalurkan air kencing dan yang kedua menyalurkan air mani.
 Air kencing dan air mani tidak akan bercampur walaupun keluar melalui
salur yang sama(uretra). Ini disebabkan terdapat kelenjar prostat yang
mengawal laluan persimpangan dengan cara mengecut dan
mengendur.
4. Ginjal

Struktur ginjal manusia

Kedudukan ginjal
 Buah
pinggang
kanan
terletak
ke
bawah
sedikit
dari aras
buah
pinggang
kiri
kerana
hati
menggunakan bahagian yang luas di sebelah kanan abdomen.

 Setiap ginjal terdiri daripada lebih sejuta unit berfungsi yang disebut nefron.
Ciri-ciri ginjal

• Berbentuk biji kacang

• Berwarna merah tua

• Diselaputi oleh lemak yang berfungsi menyangganya

• Ginjal dewasa mempunyai berat sekurang-kurangnya 230 gram, 4 ½ inci


panjang, 2 inci lebar dan 1 ¼ inci tebal.
FUNGSI-FUNGSI GINJAL

1. Rembesan

Ginjal menapis sejumlah besar bendalir daripada saluran darah. Ia menyingkirkan


sisa bernitrogen, dadah dan toksin daripada badan. Ia juga boleh menyerap semula
bahan yang diperlukan dan mengembalikannya ke dalam darah

2. Mengawal Tekanan Darah

Ginjal menghasilkan enzim renin yang membantu menyelaraskan tekanan turasan


(filtration)

3. Mengekalkan Kepekatan & Isipadu Darah

Ginjal mengawal kandungan baki air dan garam yang terlarut dengan mengekalkan
kepekatan ion dalam bendalir badan dan darah.

4. Kawalan pH

Ginjal mengawal kandungan ion hidrogen dalam darah & sekaligus membantu
mengawal kadar pH dalam badan

5. Kepekatan Sel Darah Merah (Erythrocyte)

Ginjal merembeskan protein hormon erythropoietin yang merangsang penghasilan


sel darah merah.
3.0 PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING

• Ultraturasan

• Penyerapan semula oleh salur halus kencing.

• Rembesan dari salur halus kencing.

PROSES ULTRATURASAN

Bergantung kepada :

 Keterlapan dinding yang memisahkan darah di dalam glomerulus dari lumen


kapsul Bowman

 Tekanan tinggi dalam glomerulus

 Darah yang mempunyai bahan-bahan kumuh seperti urea disalurkan ke dalam


ginjal melalui arteri renal.

 Darah dari arteri renal akan memasukki glomerulus melalui arteriol aferen dan
keluar melalui arteriol eferen
 Oleh sebab diameter arteriol aferen lebih besar daripada arteriol eferen, ini
akan menghasilkan tekanan hidrostatik di dalam glomerulus.

 Tekanan yang tinggi ini memaksa cecair dan bahan-bahan terlarut dalam
glomerulus terturas keluar menerusi dinding kapilarinya yang nipis ke dalam
lumen kapsul Bowman.

 Bendalir yang terkandung dalam kapsul Bowman dipanggil hasil turasan


glomerulus.

 Proses turasan terhasil akibat tekanan ini disebut ultraturasan.

 Kandungan hasil turasan glomerulus mempunyai semua komponen darah


yang bermolekul kecil seperti air, glukosa, garam, asid amino, dan urea
kecuali komponen-komponen yang bermolekul besar seperti sel-sel darah dan
protein plasma.

 Sebenarnya, daya yang menggerakkan cecair merentas dinding kapilari ialah


tekanan hidrostatik (iaitu tekanan darah) dan tekanan osmosis di dalam
kapilari berbanding dengan kapsul Bowman.

 Tekanan hidrostatik merupakan daya yang menolak, manakala tekanan


osmosis merupakan daya yang menarik.

Daya yang menggerakkan plasma merentas dinding kapilari glomerulus


PROSES PENYERAPAN SEMULA

 Proses ini berlaku di sepanjang tubul uriniferus.

 Hasil turasan glomerulus dari kapsul Bowman akan mengalir ke dalam tubul
berlingkar proksimal.

 Air diserap semula melalui proses osmosis.

 Di sini, glukosa,asid amino dan garam mineral diserap semula ke dalam


kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif.

 Di Liku Henle, 15% air daripada turasan diserap semula melalui proses
Osmosis.

 Sedikit garam mineral diserap melalui Pengangkutan Aktif

 Di Tubul Liku Distal, peratus air/garam mineral yang diserap ini dikawal oleh
Sistem Endokrin.

 Di tubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif ke dalamnya.

 Air kencing dialirkan ke tubul pengumpul. Air diserap lagi 9%.

 Kemudian, air kencing dialirkan ke pundi kencing.


 Komposisi air kencing dalam punfi kencing adalah terdiri daripada kira-kira
96% air, 2% urea, dan asid urik , dan 2% garam natrium, kalium, dan sulfat.

Komposisi Plasma darah (%) Air kencing (%)

Air 90-93 96.0

Urea 0.03 2.0

Asid urik 0.003 0.05

Ammonia 0.0001 0.04

Natrium 0.3 0.6

Klorida 0.37 0.6

Fosfat 0.003 0.12

 Komposisi plasma darah dibandingkan dengan air kencing

REMBESAN

 Suatu proses perembesan atau pengeluaran air kencing.

 Bahan yang tidak diperlukan seperti urea,racun,pigmen dan dadah dibiar


keluar melalui air kencing.

 Bahan yang dirembes termasuklah ion kalium, ion hidrogen, dan bahan lain
yang tidak diperlukan.

 Strategi rembesan dimanfaatkan untuk mengawal atur pH badan dan


menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan.

 Urea tidak dirembeskan secara aktif ke dalam tubul ginjal.

 Kira-kira separuh daripada urea yang dituras tidak diserap semula tetapi
dikumuhkan.
Ringkasan Proses pembentukan air kencing
4.0 PENGURUSAN SISTEM URINARI

Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing
ke bawah jauh daripada ginjal.

Jika air naik semula ke ginjal maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan
ginjal.

Setiap 10-15 saat ureter akan menghantar air kencing ke pundi kencing dalam
jumlah yang sedikit.

Dinding pundi kencing mengembang untuk menyimpan air kencing dan


mengecut untuk membuang air kencing.

Pundi kencing boleh menyimpan 400-500 cm3 air kencing.

Pundi kencing akan dikosongkan apabila isipadunya mencecah kira-kira


200cm3 (proses ini dipanggil Mikturition)

Otot sphincter ialah otot yg membantu menahan air kencing daripada bocor.

Uretra ialah tiub yang membuang air kencing. Otak memberi isyarat untuk otot
pundi kencing mengecut supaya air kencing keluar daripada pundi kencing.

Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphincter untuk
berehat bagi membenarkan air kencing keluar daripada pundi kencing dan ke
uretra.
5.0 IMBANGAN CECAIR ELETROLIT

 Ginjal mempertahankan keseimbangan cecair dalam tubuh dengan


menetapkan jumlah dan bahagian-bahagian cecair di dalam dan sekitar sel.

 Dalam keadaan normal, jumlah cecair yang masuk ke dalam tubuh adalah
sama banyak dengan jumlah cecair yang dibuang.

 Air dan eletrolit masuk ke dalam tubuh dalam bentuk minuman, cecair dan
makanan.

 Air dan eletrolit dibuang oleh tubuh melalui air kencing, peluh, wap air dan
najis.

AIR

 Membentuk 2/3 berat tubuh badan manusia


Fungsi Air:

 Pembawa zat-zat nutrisi spt karbohidrat, vitamin dan mineral

 Pembawa oksigen ke dalam sel-sel tubuh

Faktor yang mempengaruhi keperluan air dalam tubuh

 Senaman – peluh

 Persekitaran – cuaca

 Keadaan kesihatan – cirit-birit

 Hamil/menyusukan bayi

- wanita hamil perlu 2.4 liter (10 cawan) air setiap hari.

- wanita yang menyusukan bayi perlu mengambil 3 liter (12.5 cawan) shari.

Eletrolit

 Elektrolit yang terdapat pada cairan tubuh akan berada dalam bentuk ion
bebas (free ions).

 Secara umum elektrolit dapat diklasifikasikan menjadi 2 jenis yaitu kation


(+)dan anion(-).

Natrium (Na+)

 Dalam bentuk garam seperti natrium klorida (NaCl).

 Berfungsi untuk menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh, menjaga


aktiviti saraf , kontraksi otot dan juga akan berperan dalam proses absorpsi
glukosa.

 Pada keadaan normal, natrium (Na+) bersama dengan pasangan (terutama


klorida, Cl-) akan memberikan kontribusi lebih dari 90% terhadap efektif
osmolalitas di dalam cairan ekstrasellular.
Kalium(K+)

 Menjaga keseimbangan cairan-elektrolit dan asam basa, pembentukan


glikogen dan sintesis protein.

 Bersama dengan kalsium (Ca ) dan natrium (Na ), kalium akan berperan
dalam transmisi saraf, pengaturan enzim dan kontraksi otot.

 Hampir sama dengan natrium, kalium juga merupakan garam yang dapat
secara cepat diserap oleh tubuh. Setiap kelebihan kalium yang terdapat di
dalam tubuh akan dikeluarkan melalui urin.

6.0 IMBANGAN ASID-ALKALI

 Tahap keasidan/kealkalian diukur mengikut skala pH.

SKALA KEPUTUSAN

pH 1-5.5 ASID

pH 6.0-7.5 NEUTRAL

pH 8.0 -14 ALKALI

• Asid - ion bercas +ve

• Alkali - ion bercas –ve

• Tubuh hanya menyerap mineral dan nutrisi jika nilai pH seimbang.


Mineral dan sumber asid-alkali

• Mineral berasid termasuklah Klorin, Sulfur & Fosforus

• Cth: Protein daging,ikan ,telur dan minuman ringan

• Mineral beralkali – kalsium, kalium, magnesium & natrium

• Cth: teh, kopi, koko, wain, jus buah & sayur

Asid

 Dikeluarkan dari peredaran darah supaya jauh daripada organ-organ utama.

 Disimpan dalam lemak.

 Tisu yang berasid boleh menyebabkan pening, tekanan dan stress

 Asid yg berlebihan boleh menyebabkan

 Obesiti

 Diabetis

 Mempercepatkan proses penuaan

 Osteoporosis

 Melambatkan pencernaan

Alkali

 Meneutralkan asid yang berlebihan.

 Keseimbangan asid-alkali penting kerana jika kandungan alkali rendah, badan


akn menggunakan nutrisi daripada organ lain utk meneutralkan asid..

 Masalah ini akan menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit

Cara meningkatkan kealkalian dalam badan

 Senaman

 Makan mengikut jenis metabolisme

 Jauhi minuman ringan


 Banyakkan makan makanan yang pHnya beralkali
SOALAN
SOALAN OBJEKTIF
1. Nyatakan organ-organ dan struktur yang membentuk sistem urinari?
  A. Ginjal, pundi kencing, aorta dan korteks.
  B. Ginjal, pundi kencing, ureter dan uretra.
  C. Pundi kencing, paru-paru, usus dan pankreas.
D. Peparu, pankreas, hati dan ureter.

2. Apa itu ureter?


  A. Salur yang menyambungkan pundi kencing ke luar badan.
  B. Saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
  C. Lapisan dalam pundi kencing.
D. Kandungan air kencing yang dikumuhkan.

3. Antara berikut, yang manakah BENAR tentang uretra?


  A. Bagi wanita, panjangnya adalah sekitar 5-7 inci.
B. Salur yang menyambungkan pundi kencing ke luar tubuh.
  C. Tempat menakung air kencing.
D. Kelenjar yang berada dalam sistem urinari.

4. Apakah komponen utama urin?


  A. Air, hempedu dan karbon dioksida.
  B. Air, urea dan ammonia.
  C. Air, korbon dioksida, urea.
D. Air, hidrogen, fosfat.

5. Antara berikut, yang manakah SALAH tentang nefron?


A. Unit berfungsi bagi buah pinggang.
B. Nefron terdiri daripada tiga bahagian iaitu kapsul Bowman, glomerulus
dan tubul pengumpul.
C. Ginjal mempunyai lebih daripada 1 juta nefron.
D. Kedudukannya di dalam korteks.
SOALAN STRUKTUR

x
y
z

1. Labelkan bahagian yang bertanda X,Y dan Z.

X=

Y=

Z=

S
2. Labelkan bahagian yang bertanda P,Q,R dan S dan nyatakan fungsinya.

NAMA FUNGSI
P
Q
R
S
3. Rajah di bawah menunjukkan proses pembentukan air kencing. Lengkapkan
carta alir berikut di dalam kotak yang disediakan.

Ureters

x Uretra

Y z

SOALAN ESEI

1. Huraikan 2 proses pembentukan air kencing.

a) Proses Ultraturasan

b) Proses penyerapan semula


SKEMA JAWAPAN

OBJEKTIF

Semua B

SUBJEKTIF

1. X=Nefron, Y=Korteks, Z=Medula


2.

NAMA FUNGSI
P Ginjal • Mengawal Tekanan Darah
• Menyingkirkan sisa bernitrogen, dadah
dan toksin daripada badan
• Mengekalkan Kepekatan & Isipadu Darah
• Kawalan pH
• Lain-lain yang bersesuaian diterima.

Q Ureters Saluran yang membawa air kencing dari kedua-


dua ginjal ke pundi kencing.

R Pundi kencing Organ penakung air kencing

S Uretra Saluran yang membawa air kencing dari pundi


kencing ke luar

2. X=Tubul berlingkar proksimal,

Y=Liku Henle,

Z=Tubul berlingkar distal


ESEI
a) Proses Ultraturasan

 Darah yang mempunyai bahan-bahan kumuh seperti urea disalurkan ke


dalam ginjal melalui arteri renal.

 Darah dari arteri renal akan memasukki glomerulus melalui arteriol aferen dan
keluar melalui arteriol eferen

 Oleh sebab diameter arteriol aferen lebih besar daripada arteriol eferen, ini
akan menghasilkan tekanan hidrostatik di dalam glomerulus.

 Tekanan yang tinggi ini memaksa cecair dan bahan-bahan terlarut dalam
glomerulus terturas keluar menerusi dinding kapilarinya yang nipis ke dalam
lumen kapsul Bowman.

 Bendalir yang terkandung dalam kapsul Bowman dipanggil hasil turasan


glomerulus.

 Kandungan hasil turasan glomerulus mempunyai semua komponen darah


yang bermolekul kecil seperti air, glukosa, garam, asid amino, dan urea
kecuali komponen-komponen yang bermolekul besar seperti sel-sel darah dan
protein plasma.
b) Proses penyerapan semula

 Proses ini berlaku di sepanjang tubul uriniferus.

 Hasil turasan glomerulus dari kapsul Bowman akan mengalir ke dalam tubul
berlingkar proksimal.

 Air diserap semula melalui proses osmosis.

 Di sini, glukosa,asid amino dan garam mineral diserap semula ke dalam


kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif.

 Di Liku Henle, 15% air daripada turasan diserap semula melalui proses
Osmosis manakala sedikit garam mineral diserap melalui Pengangkutan Aktif.

 Di Tubul Liku Distal, Peratus air/garam mineral yang diserap ini dikawal oleh
Sistem Endokrin.

 Di tubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif ke dalamnya.

 Air kencing dialirkan ke tubul pengumpul. Air diserap lagi 9%.

 Kemudian, air kencing dialirkan ke pundi kencing.

 Komposisi air kencing dalam punfi kencing adalah terdiri daripada kira-kira
96% air, 2% urea, dan asid urik , dan 2% garam natrium, kalium, dan sulfat.

You might also like