1.

0

Pendahuluan Keusahawanan merupakan bidang strategik yang sentiasa menjadi perhatian dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagi umat Islam, keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam sejak dari zaman Rasulullah lagi. Keusahawanan atau lebih dikenali dengan perniagaan merupakan bidang pilihan umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam, malah tidak terkecuali Rasulullah sendiri. Berdagang menyusuri semenanjung Tanah Arab bersama kafilah dagang Arab yang lain, Rasulullah telah membuktikan bahawa keusahawanan merupakan kerjaya strategik yang perlu dihayati oleh umat Islam seluruhnya. Bermula dari zaman tersebut, kegemilangan Islam terus disokong oleh golongan-golongan usahawan yang terdiri daripada para sahabat dan tabi‟in. Para sahabat telah membuktikan bahawa perniagaan merupakan sumber utama dalam menggerakkan ekonomi umat Islam. Malah mereka telah menunjukkan bahawa mereka lebih berkaliber dalam bidang ini berbanding bangsa lain termasuk Yahudi. Perniagaan yang dijalankan pada ketika itu lebih telus dan jauh daripada masalahmasalah penipuan. Islam juga secara langsung amat menyokong dan memberikan ruang yang cukup luas bagi urusan jual beli dan perniagaan ini.

2.0

Teori Keusahawanan Dari Persepktif Psikologi Awal abad ke 18, Richard Cantilon telah membangunkan teori awal tentang

usahawan, karya “Essai sur la de commerce en general “ merupakan terbitan pertama selepas 20 tahun kematian beliau dalma karya tersebut beliau menjalankan perniagaan yang mendapat perhatian daripada saudagar, tukang dan pemilik tunggal perniagaan beli pada harga lain dan jual pada harga lain. Istilah entrepreneur merujuk kepada individu yang sanggup mengambil risiko dan mengejar peluang- peluang yang ada di persekitaran mereka. Selain itu, berkecimpung dalam pertukaran yang mengaut keuntungan disamping amalan pertimbangan perniagaan dalam menghadapi risiko yang yang tidak dijangkakan. Usahawan juga ditakrifkan sebagai seorang yang telah melakukan inovasi. Beadar (1730-1790) Keusahawanan mempunyai definisi yang meluas dan pelbagai mengikut ciri-ciri dan stituasi tertentu, seperti yang dinyatakan oleh Schumpeter (1954) beliau menyatakan bahawa seorang usahawan perlu mempunyai ciri inovasi dengan istilah ciptaan.beliau kurang setuju usahawan dikaitkan dengan inovasi sebaliknya bagaimana usahawan menjalankan perniagan tanpa melakukan inovasi. Schumpeter menyatakan bahawa inovasi mungkin terdiri daripada banyak jenis dan berpunca daripada penghasilan produk baru dan penambahbaikkan dalam kualiti, kemajuan kaedah penghasilan produk yang baru, pembukaan pasaran baru dan penguasan sumber bekalan baru serta organisasi yang baru dalam industri. Namun dalam perspektif ahli psikologi usahawan ini didefinisikan berdasarkan kepada sikap atau ciri-ciri usahawan itu sendiri dan bagaimana tingkah laku mereka dalam menguruskan perniagaan yang mereka jalankan. Para ahli psikologi telah mengemukakan tentang model baka,teori kehendak pencapaian dan juga lokus kawalan dalaman seorang usahawan dalam model ini ahli psikologi memandang golongan usahawan ini sebagai individu atau golongan yang mempunyai identiti tersendiri jika dibandingkan dengan individu yang lain. Disamping itu, model baka ini juga menyatakan bahawa indentiti usahawan wujud semulajadi dalam diri mereka. Terdapat kelebihan yang ada pada diri usahawan tetapi tidak ada pada orang lain seprti sifat yang sepatutnya ada iaitu, berinisiatif, keupayaan, merancang, mengambil risiko, kecekalan, bijak mencari peluang dan banyak lag sifat yang lain, pendokong utama model ini ialah Mc Celland, Lyn dan Schrage. KAJIAN MENGENAI TEORI KEUSAHAWANAN BERDASARKAN MODEL BAKA

Satu kajian telah dilakukan oleh David McClelland dan Mc Ber & Co, kajian ini dilakukan merentas budaya di tiga buah negara iaitu India, Malawi dan Equador. Penyelidik mengkaji kompetensi yang dimiliki oleh usahawan yang dianggap penting dari segi nilai, sikap dan motivasi keusahawanan. Menurut hasil daripada kajian kompetensi atau keterampilan diri wujud daripada pengaruh nilai hidup, sikap dan dorongan atau desakan dalaman diri seseorang untuk melakukan tugasnya dengan lebih sempuran dan penghasilan kerja yang cemerlang. Gabungan nilai dan sikap boleh melahirkan semangat. Kajian ini menghasilkan 13 kompetensi keusahawanan, kompetensi keusahawanan merupakan cirri-ciri utama yang ada pada diri seseorang individu bagi membolehkan ia melaksanakan tugas sebagai usahawan dengan jayanya. Terdapat 13 kompetensi keusahawanan antaranya ialah inisiatif, melihat dan betindak terhadap peluang, bercekalan, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, mencari maklumat, komitmen terhadap perjanjian kerja dan orientasi kearah kecekapan, seterusnya perancangan yang sistematik, penyelesaian masalah , keyakinan diri, ketegasan, kemampuan menyakinkan orang lain dan menggunakan strategi pengaruh. Kompetensi keusahawanan  Inisiatif Individu yang memilik daya inisiatif yang tinggi akan cenderung untuk memulakan sesuatu tindakan tanpa menunggu diarah atau dipaksa, melakukan kerja secara sukarela. Sebagai contoh, ia bertindak mempelbagaikan barangan atau mengembangkan perniagaan atas inisiatifnya sendiri tanpa menunggu keadaan memaksa atau dipaksa. Dengan memiliki ciri ini usahawan mampu lebih maju. Pada peringkat permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif atau proaktif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi. (Mohd Shaffie Ariffin, 2009). Daya inisiatif adalah salah satu kemahiran keusahawanan yang sangat penting .usahawan berjaya adalah usahawan yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi. Usahawan tidak hanya berdiam diri dan duduk menunggu peluang datang kepadanya sebaliknya, mereka berusaha dengan mencari dan mengali peluang-peluang yang ada secara berterusan dan tidak berputus asa, walaupun apa yang bakal dilakukan belum pernah dilakukan oleh orang lain dan asing

bagi orang ramai. Mohd Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hamed, Abd. Isa Ismail, Aini hayati, Aini Hayati, Hanissah dan Salniza (1997)

Melihat dan bertindak terhadap peluang Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang bermaksud

mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan untuk merebut peluang sama ada memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan atau lain-lain. Ciri ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan untuk berjaya pada peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan. Mohd Azim (2009) Individu ini sentiasa mencari dan melihat dengan kreatif segala peluang yang wujud di persekitarannya. Ia juga memilik kemampuan untuk merebut pelaung tersebut. Tidak mensiasiakan peluang yang ada, walaupun peluang yang datang adalah sangat tipis, namun usahawan cuba sedaya upaya untuk merebut peluang tersebut. Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seorang usahawan. Majalah sukses (2009). Individu yang mempunyai keupayaan untuk melihat peluang-peluang ekonomi dan merangka langkah untuk mengeksploitasinya, Cole (1959). Usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan pencapaian dan matlamat. Setiap apa yang dilakukan mereka akan menetapkan matlamat dan strategi yang harus digunakan. Ini adalah disebabkan oleh keupayaan mencari dan mengambil peluang yang ada. Peluang perniagaan wujud kesan daripada masalah atau perubahan yang berlaku pada persekitaran seperti perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai, peraturan dn undang-undang kerajaan dan sebagainya, perubahan –perubahan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf hidup masyarakat dan kehendak yang tidak terhad. Sudin haron (1990)

Kecekalan individu ini mempunyai kecekalan yang tinggi dan sentiasa tabah dalam menghadapi

segala halangan dan rintangan dalam mencapai matlamat. Individu tersebut akan berusaha

berulang kali dengan berbagai strategi untuk mengatasi halangan dan rintangan tersebut tanpa mengenal erti putus asa. Usahawan adalah seorang yang berdikari. Gartner,W.B (1990). Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna hanya usahawan yang bertanggungjawab membuat keputusan dan hanya keputusan seorang usahawan sahaja yang diterima. Seorang usahawan mempunyai hak membuat keputusan yang penting. Sikap cekal dan tabah dilihat melalui tindakan usahawan seperti tidak berasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah dan sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat. Usahawan sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga barang mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pernah mengalami kegagalan. Mohd azim (2009)  Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi Sikap individu yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah lebih cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi. Selain itu, sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya standing atau berada pada peringkat yang lebih baik. Bukan hanya semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu. Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkanimej usahawan dan perniagaan. Dengan ini usahawan berpeluang untuk berjaya. Mohd Azim (2009) Individu ini cenderung untuk memastikan kerja yang dilakukan sentiasa menepati piawaian sedia ada atau lebih cemerlang lagi. Dia tidak mengamalkan budaya “budaya cincai” iaitu melakukan kerja sambil lewa dan tidak bersungguh. Seorang usahawan sentiasa berkeinginan untuk menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Usahawan yang berjaya menitikberatkan mutu kerja dan sentiasa memastikan standard penghasilan barangan atau perkhidmatan mencapai tahap cemerlang Gartner, W.B.(1989)

Mencari maklumat Individu ini sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat

perniagaan atau untuk menyelesaikan masalah. Antara usaha yang dilakukan termasuklah melakukan penyelidikan sendiri, mendapatkan khidmat nasihat pakar, mengkaji maklum balas pelanggan dan menggunakan maklumat dari rakan peniaga yang lain. Usahawan

memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya berdasarkan maklumat yang diperolehinya. Justeru, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat menggunakan agensi sebaik mungkin. Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah individu yang melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan.selain itu, mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan dan membuat kajian pasaran serta membuat analisisnya. Untuk berjaya seorang usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumbersumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meneningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Mohd shafiee (2009) Seorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan bagi memperbaiki prestasi mereka P.F. Druckers (1985). Cirri-ciri ini sangat berkait rapat dengan kemahuan untuk belajar dari kesilapan lalu. Hasilnya, usahawan selalunya menjadi rujukan sebagai pendengar yang baik dan cemerlang serta seorang yang dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat. terbaru dan

Komited terhadap perjanjian kerja Sikap usahawan yang mempunyai ciri ini dapat dilihat dengan kesanggupan individu

tersebut melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Sentiasa mengambil dan melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan tugas dan sanggup membantu kakitangan untuk menyelesaikan tugas dan member kepuasan kepada pelanggan. Seorang usahawan juga menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan

kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan perjanjian yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui. Sikap ini akan membolehkan orang lain percaya terhadap usahawan dan perniagaannya, dan dapat membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan perniagaan. Mohd Shafie (2009) Individu ini sentiasa memberi keutamaan dalam memastikan sesuatu tugas disiapkan mengikut perjanjian. Sentiasa menepati janji dan kontrak yang dibuat dengan pelanggan agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Usahawan juga akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang masalah dengan pelanggan. Seorang usahawan itu bertanggungjawab secara peribadi ke atas natijah atau kesan ke atas usahanya untuk menceburi bidang tersebut. Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab terhadap natijah yang dihasilkan melalui usaha teroka mereka adalah berkait rapat dengan keinginan usahawan untuk mengekalkan lokus dalaman. Rotter (1966). Komitmen merupakan salah satu bentuk personality usahawan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan usaha mereka dalam menjalankan sesebuah perniagaan.kebanyakkan usaha memerlukan seorang usahawan melibatkan diri mereka sepenuhnya dengan perniagaan mereka. Di peringkat awal perniagaan, usahawan bertindak sebagai pengusaha dan pemilik yang terlibat dalam seluruh operasi perniagaan. Seorang usahawan meletakan segala tanggungjawab di atas bahunya dan tidak sekali-kali membiarkan orang lain memikul tanggungjawabnya seperti yang dilakukan oleh pengurus tradisional yang banyak mengagihkan tugas kepada orang lain. Seorang usahawan memerlukan komitmen yang tinggi dan nekad terhadap semua keputusan yang diambil. Shaver and Scott (1991). dan kemajuan

Orientasi kearah kecekapan Sikap individu yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah sentiasa mencari jalan

melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat dari kebiasaannya. Selain itu, sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan daripada sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan dengan menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan dengan pengunaan maklumat yang tepat dan strategi yang sesuai perniagaan yang dijalanakan sudah pasti akan mengalami perubahan yang positif dan berkembang

dengan baik. Kecekapan mengurus perniagaan

dengan baik akan dapat meningkatkan

keuntungan dan mengurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu dalam mewujudkan perniagaan yang berjaya dan berkembang. Mohd Azim (2009) Individu ini sentiasa cenderung untuk mempertingkatkan tahap kecekapan syarikat dalam penggunaan input perniagaan dan sentiasa memastikan kerja dilakukan dengan lebih pantas dan menjimatkan kos. Mereka berusaha mengelakkan pembaziran dan member perhatian terhadap perbandingan antara kos dan keuntungan atau faedah. Kajian menunjukkan bahawa usahawab yang sentiasa berusaha dalam menjalankan kegiatan perniagaannya sangat prihatin terhadap masa depan perniagaannya. Usahawan yang bijak dapat melihat, mengenal pasti dan mengambil peluang daripada persekitaran melalui proses unjuran dan pemantauan yang berterusan. Miner, J.B.(1996)  Perancangan yang sistematik Individu ini membuat perancangan yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat perniagaan perancangan yang baik akan mengambil kira analisis kekuatan dan kelemahan perniagaan serta peluang dan ancaman yang wujud. Ia juga merancang strategi untuk

mengatasi masalah dan halangan.Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan. Mohd Shafie (2009) Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik adalah membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah. Selain itu, membuat rancangan mengatasi halangan yang dijangkakan dengan membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik sesuatu tindakan dan mengambil pendekatan yang sistematik dan logical untuk mencapai matlamat. Usahawan perlu merancang dan menyediakan rancangan perniagaan dalam bidang perniagaan yang akan diceburi. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat mengenai sesuatu perniagaan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut.

Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strenghs, Weakness, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Perancangan yang akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek sesuatu perniagaan, dan akan menghasilkan pembuatan keputusan yang terbaik untuk kebaikan dan mewujudkan perniagaan yang berjaya dan stabil. Mohd Azim (2009)

Penyelesaian masalah Individu ini akan mengenalpasti idea baru yang inovatif dalam menyelesaikan masalah

bagi mencapai matlamat dan sentiasa merangka strategi alternative yang lebih baik. Individu ini akan mencetus idea-idea perniagaan, membentuk organisasi syarikat, menambah modal, mengaji pekerja, menjalinkan hubungan dengan pembekal, pelanggan dan pemerintah serta menukarkan konsep menjadi sebuah organisasi yang berfungsi, Hugen (1968). Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin dan mencari dna melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian. Kreativiti dalam penyelesaian masalah adalah penting untuk membuat keputusan dan menaggung risiko hasil daripada keputusan yang dibuat. Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta : sebaliknya segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seseorang usahawan melibatakan diri dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Pemikiran yang kreatif perlu diasah dan dibina dalam diri usahawan dan perlu menyedari bahawa terdapat lebh daripada satu jawapan bagi setiap masalah atau persoalan. Ini menunjukan usahawan tidak seharusnya terikat dengan satu jalan penyelesaian semata-mata kerana seorang usahawan yang kreatif mampu melihat daripada itu dan berfikir diluar kotak fikiran. Mohd Shaffie (2009) Usahawan tulen mestilah berupaya menyesuaikan diri dengan dengan perubahan. Porter , dan Lawler (1968). Tanpa keanjalan ini, usahawan akan sukar untuk terus mempertahankan perniagaan yang ditubuhkan dalam dunia hari ini yang mengalami perubahan ekonomi, teknologi dan cara hidup yang pesat. Keupayaan untuk bertindak balas secara anjal ini memerlukan darjah kreativiti yang tinggi. Memandangkan kreativiti boleh dipelajari, seorang usahawan boleh meningkatkan keupayan melalui beberapa cara. Antaranya ialah sentiasa

bertanya soalan seprti “adakah cara atau kaedah yang lebih baik?‟, usahawan hendaklah mampu mencabar suatu kebiasaan yang sudah menjadi tradisi atau keluar dari kehidupan yang biasa. Selain itu, bermain dengan permainan mental dan melihat kesilapan dan kegagalan hanyalah halangan untuk menuju kejayaan E. Depilis dan K. Reardon (2001). Disamping itu, mengaitkan idea yang kelihatan tidak berkaitan dengan masalah yang cuba diselesaikan bagi menghasilakan penyelesaian yang lebih kreatif.

Keyakinan diri Individu mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan dirinya sendiri dan

menunjukkan sikap yakin ketika menyelesaikan sesuatu tugas atau apabila menghadapi sesuatu cabaran. Seorang usahawan juga mempunyai pendirian yang tetap dalam menyatakan keputusannya walaupun mendapat tentangan hebat daripada pihak lain. Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung. Individu yang bersikap yakin terhadap diri, mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapatkan perkara yang dinginkan atau dihajati. Dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu tugas atau menyahut cabaran dan boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu. Disamping itu, banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutamanya dalam bidang-bidang diluar bidang pengkhususan dan tidak takut mencuba dan tidak takut gagal. Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan yang dijalankan. Mohd Shafiee (2009) Seorang usahawan memilki usahawan memiliki keyakinan yang tinggi terhadap keupayan diri sendiri. Mereka juga seorang yang optimis. Memandangkan dunia keusahawan ini penuh dengan cabaran, maka seorang usahawan hendaklah berani dan yakin dengan kemampuan diri dalam meyahut cabaran. Tsao, Frank, (1993). Untuk menambahkan keyakinan diri, usahawan hendaklah menuntut ilmu secara berterusan sepanjang hidup. Seorang usahawan haruslah banyak membaca buku –buku yang berkaitan dengan usahawan dan perniagaan serta cara-cara untuk membuat keputusan dan mencari peluang, melibatkan diri dalam kegiatan

persatuan, membina hubungan dengan orang ramai dan melengkapkan diri dengan bentuk kemahiran yang diperlukan secara khusus dalam bidang perniagaan pada masa kini dan juga masa hadapan. Usahawan yang berjaya tidak takut kepada kegagalan. Jamaluddin (1992). Mereka menumpukan seluruh tenaga kearah usaha kejayaan. Adalah sangat penting untuk membezakan kegagalan dalam perniagaan dan kegagalan seorang usahawan . kegagalan seseuatu perniagaan tidak semestinya bermaksud suatu kerugian Ong Hean, Yap sin dan Takashi (1997). Walaupun perniagaan yang gagal itu tidak wujud lagi sumber-sumber makronya masih boleh diedarkan semula. Tambahan pula, apa yang lebih teruk lagi adalah apabila seseorang usahawan tidak belajar daripada kegagalan atau pengalaman lepas.  Ketegasan Seorang usahawan sanggup menghadapi masalah atau isu dengan berterus terang. Sentiasa tegas dalam memberi amaran atau mengambil tindakan sekiranya terdapat pihak lain yang gagal dalam melaksanakan tugas seperti yang diharapkan dan berani memberitahu orang lain tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan dan yang tidak patut dilakukan. Sikap tegas boleh dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentang daripada pihak lain. Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Hal ini, adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Sebagai contoh, masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kelas sekiranya diambil tindakan dengan tegas boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukan kesilapan yang sama. Mohd Azim dan Mohd Shafie (2009)

Kemampuan meyakinkan orang lain Individu ini mempunyai kemampuan untuk memujuk atau meyakinkan orang lain dalam

konteks perniagaan seperti menjual barangan, mendapatkan pinjaman, mencari pelabur dan mendapatkan kontrak. Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah, mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti serta bermaklumat dan berpengalaman. Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan

berjalan dengan lancer, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan

kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat menyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri. Mohd Azim dan Mohd Shafiee. Usahawan yang berjaya merupakan seseorang yang berpengalaman memiliki

pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di mana dia beroperasi R. J Arend,(1999). Jarang sekali dapat dilihat sesuatu usaha teroka yang berjaya dikendalikan oleh seorang seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang diterokainya. Usahawan yang berjaya mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya Shapero, A dan Sokol, S.(1982). Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai matlamat dan wawasan ini memerlukan perancangan dan penelitian yang rapi serta pola pemikiran yang cemerlang. Matlamat dan wawasan ini bukanlah sekadar untuk jangka masa terdekat tetapi menjangkaui jangka masa panjang dan ke depan Peter H. (1998). Persekitaran peluang ,cabaran, ancaman dan risiko sudah dipertimbangkan dengan teliti dan secara realistik.

Menggunakan strategi pengaruh Individu ini menggunakan pelbagai strategi untuk mempengaruhi orang lain bagi

mencapai matlamat perniagaan yang dijalankannya. Strategi yang digunakan ini tidak termasuk tipu helah atau rasuah dan ia mewujudkan jaringan perhubungan dengan mereka yang mempunyai pengaruh. Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industry dan pasaran yang terlibat dengannya. Mohd Azim (2009). Sikap individu yang menggunakan yang menggunakan strategi pengaruh adalah lebih cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah sesuatu matlamat perniagaan. Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja dan industry yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya. Terdapat lima asas pengaruh digunakan iaitu pengaruh berdasarkan kuasa mutlak, pengaruh berdasarkan kuasa menghukum, pengaruh berdasarkan kuasa member ganjaran kepada pekerja, pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran dan pengaruh berdasarkan kuasa member teladan. Mohd Azim (2009)

Beriman dan beretika Seorang usahawan perlu beriman untuk membolehkan keputusan perniagaan dibuat

denngan lebih member kemakmuran manusia sejagat dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Perniagaan yang member kemakmuran kepada manusia sejagat akan kekal beroperasi untuk satu jangka masa yang panjang, dan akan memberikan pulangan yang tinggi kepada usahawan tersebut. Amalan perniagaan yang beretika juga akan membolehkan perniagaan kekal dan betahan lama. Mohd Azim (2009) TEORI KEHENDAK PENCAPAIAN Teori kehendak pencapaian ini telah dipelopori oleh Mc Clelland(1961). Beliau telah mengaitkan tentang ilmu keusahawanan dengan teori kehendak pencapaian. Menurut Mc Clelland individu yang ada kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Model ini telah diuji di India dan menjadi bahan rujukan bagi negara-negara dunia ketiga bagi mencari penyelesaian masalah sosioekonomi. Teori ini menerangkan bagaimana seorang individu sanggup berkorban untuk mencapai keinginannya. Teori kehendak pencapaian usahawan dikaitkan teori hirarki kehendak

Maslow,menurut Abraham Maslow kehendak manusia boleh dikategorikan dalam lima peringkat mengikut hirarki, daripada peringkat paling rendah kepada yang tertinggi, pada peringkat satu iaitu peringkat paling rendah: kehendak fisiologi iaitu kehendak paling asas manusia seperti makanan, minuman, udara dan lain-lain, kehendak ini sangat penting untuk manusia meneruskan kehidupan. Peringkat kedua ialah kehendak keselamatan iaitu keinginan manusia untuk dilindungi daripada ancaman dan bahaya. Seterusnya, peringkat ketiga iaitu kehendak sosial iaitu kehendak manusia untuk berkasih saying. Bersosial dan berhubungan sesame manusia. Dan peringkat keempat iaitu kehendak penghormatan iaitu kehendak manusia untuk dihormati dan diiktiraf oleh manusia lain. Steven R.Covey dalam buku beliau yang berjudul The Seven Habits of Highly Effective people (1989) telah menyenaraikan tujuh tabiat yang perlu diamalkan oleh individu untuk menjadikan seorang individu itu lebih berkesan. Tabiat-tabiat tersebut ialah mengamalkan sikap proaktif, memulakan sesuatu dengan bermatlamat akhir, melakukan perkara utama dahulu, berfikiran secara menang-menang, perlu memahami orang lain

sebelum mahu difahami oleh orang lain dan melakukan tindakan yang bersinergi atau sama haluan dengan organisasi serta melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan daya fikiran dan kesihatan diri. Tabiat –tabiat tersebut jika diamalkan boleh meningkatkan pencapaian individu dalam semua jenis bidang yang diceburi mereka. Tabiat- tabiat tersebut juga perlu diamalkan oleh usahawan untuk menjadikan diri mereka lebih cemerlang. Mohd Azim dan Mod shaffie (2009). Berbanding dengan semua cirri-ciri psikologi yang dianggap mempunyai kaitan dengan keusahawanan, motivasi pencapaian mempunyai sejarah yang paling lama. Shaver dan Scott, 1991). David McClelland menyatakan dalam kajiannya tentang hubungan di antarakeperluan pencapaian dan gelagat semenjak tahun 1940an lagi. Beliau mendefinisikan keperluan pencapaian sebagai keinginan untuk melakukan sesuatu yang sukar dengan jayanya. Ini dikaitkan lagi dengan ciri-ciri lain termasuklah kesedaran diri (self-awareness), kemampuan perancangan (planning ability), inisiatif (initiative), penyelesaian masalah

(problem solving), tenaga (energy), inovasi (innovation), keazaman (determination), motivasi, kemahiran pengambilan risiko (skilled risktaking), tanggungjawab (responsibility), pembuatan keputusan (McClelland, 1968) dan kekuatan superego (superego strength) (Lynn, 1966). Teori McClelland (1961) menyatakan bahawa keperluan pencapaian adalah satu kekuatan psikologikal disebalik tindakan manusia dan telah di cadangkan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi gelagat keusahawanan. Mengikut Teori McClelland, individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi adalah mereka yang ingin menyelesaikan masalah sendiri, menetapkan sasaran, dan berjuang mencapai sasaran melalui usaha sendiri. Teori ini mencadangkan bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat selalu menjumpai jalan ke arah keusahawanan dan lebih berjaya berbanding orang lain sebagai usahawan. Adalah dipercayai bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi akan mempunyai pencapaian yang lebih baik dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Kajian-kajian terbaru juga melaporkan yang usahawan mempunyai keperluan pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan bukan usahawan (Robinson,Huefiner, and Hunt,1991); Robinson, Stimpson, Huefiner and Hunt,1991). Kajian oleh Shaver (1995) juga mendapati bahawa usahawan mempunyai keperluan pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan bukan usahawan. Bagi mengukur keperluan pencapaian usahawan, Cassidy dan Lynn

(1989) telah menggunakan empat dimensi yang berbeza yang mengandungi enam belas item. Dimensi-dimensi ini termasuklah etika kerja (workethics); mengejar kecermerlangan (pursuit of excellence), kemahiran (mastery), dan berpengaruh (dominance) LOKUS KAWALAN USAHAWAN Lokus kawalan didefinisikan sebagai setakat mana seseorang individu itu merasakan mampu untuk mengawal hidupnya sendiri dengan mengambil kira orientasi dalaman-luaran individu itu (Schermerhorn, Hunt, dan Osborn, 2003). Lokus kawalan mengambarkan persepsi individu mengenai ganjaran dan hukuman di dalam hidupnya (Pervin, 1965). Julian Rotter seorang penyelidik personaliti mengenalpasti dimensi personaliti yang dinamakan lokus kawalan bagi menjelaskan perbezaan ini. Teori Lokus Kawalan Rotter (1966) melihat individu mempunyai lokus kawalan samada dalaman atau luaran. Individu yang percaya mereka mampu mengawal apa yang berlaku kepada diri mereka sebagai individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman, sementara mereka yang percaya keadaan atau orang lain (faktorfaktor luaran seperti nasib, peluang,dan takdir) yang mengawal nasib mereka dianggap mempunyai lokus kawalan luaran. Kajian oleh Howard (1996) mendefinisikan lokus kawalan dalaman sebagai setakat mana seseorang usahawan menyedari sebarang situasi yang berlaku kepada dirinya adalah disebabkan oleh perlakuan dan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Usahawan yang berjaya adalah individu yang percaya kepada diri sendiri serta tidak mempercayai kejayaan dan kegagalannya adalah disebabkan oleh nasib atau faktor-faktor luaran. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi dimotivasikan oleh pencapaian yang tinggi, keupayaan memegang tanggungjawab dan mempunyai keyakinan diri. Sementara kajian oleh Brockhaus dan Horwitz (1986) mendapati ciri lokus kawalan boleh digunakan bagi membezakan usahawan yang berjaya dengan yang tidak berjaya. Mengikut Rotter (1966), individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman akan lebih mencuba untuk pencapaian jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai lokus kawalan luaran. Hasil penemuan empirikal oleh Ho dan Koh (1992) dan Robinson et.al (1991) menunjukkan bahawa lokus kawalan dalaman adalah salah satu cirri keusahawanan. Sebahagian kajian mendapati terdapat perbezaan antara usahawan dengan pengurus menggunakan ciri lokus kawalan dalaman (Cromie dan Johns, 1984), sementara sebahagian kajian lain tidak menyokong penemuan itu (Begley dan Boyd, 1987). Walaubagaimanapun lokus kawalan dalaman juga dikaitkan dengan set ciri-ciri positif seperti berinisiatif, toleransi,

dominasi, pencapaian, kefahaman yang mendalam, tegas, bebas, berkesan, sihat, efektif, boleh bersosial dan kecekapan intelektual (Joe, 1971). Hasil kajian yang dijalankan oleh Lewin dan Stephens (1994) mendapati terdapat perhubungan yang positif di antara lokus kawalan dalaman dengan pencapaian. Kebanyakan usahawan sebenarnya berjaya kerana lokus kawalan dalaman mereka menolong mereka mengatasi kekecewaan dan halangan. Mereka melihat diri mereka sebagai pencorak kepada takdir mereka sendiri dan bukannya semata-mata bergantung kepada nasib. Pengukuran lokus kawalan dalaman menjelaskan sejauh manakah individu itu percaya yang pelaksanaan bergantung kepada gelagat mereka sendiri (Rotter ,1966; Levenson ,1972). Menurut Levenson (1981) lokus kawalan mempunyai tiga tiga dimensi yang berbeza yang mengandungi 12 item. Dimensi itu ialah sifat semula jadi dalaman (internal attributing), peluang semula jadi (chance attributing), dan menguasai yang lain (power others). Kesemua dimensi ini mempengaruhi seorang usahawan. KESIMPULAN Secara kesimpulannya usahawan di labelkan atau didefiniskan berdasarkan kepada ciri-ciri dan sifat mereka dalam menguruskan sesebuah perniagaan yang mereka jalankan. Semua orang mempunyai potensi menjadi seorang usahawan namun bukan semua orang boleh menjadi seorang usahawan yang sejati. Berdasarka perspektif ahli pskologi usahawan mempunyai identity tersendiri, lebih istimewa jika dibandingkan dengan yang bukan usahawan, kerana bukan semua orang mampu menjadi usahawan yang sejati dan mampu menguruskan perniagaan dengan baik dan bertahan lama dalam bidang perniagan dengan halangan –halangan pada masa kini yang semakin mencabar dan sangat pesat membangun. Keusahanan merupakan antara perkara terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Bidang keusahawanan merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap. Kemahiran dan

pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. Keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti pelaung perniagaan, mengendalikan usaha perniagaan yang

menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai, mendapatkann kejayaan melalui usahausaha yang dapat memenuhi keperluan masyarakat, mengambil risiko yang telah

diperhitungkan dan sentiasa bersedia dan berusaha untuk membuat penambahbaikan yang boleh meningkatkan perniagaan. Wawasan negara untuk menjadi maju menjelang wawasan 2020 juga telah menjurus kepada dasar-dasar kerajaan bagi terus mengerakkan negara kea rah perdagagan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi peluang-peluang perniagaan dan melahirkan ramai usahawan daripada pelbagai kaum. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursuskursus berkaitan dengan bidang perniagaan dan perubahan kemajuan dalam pembanguan ekonomi negara menyebabkan ramai orang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan kepentingan keusahawanan telah mula disedari oleh semua pihak. Dengan itu, lebih ramai yang memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya mereka

2.0

Usahawan Dari Aspek Ekonomi Usahawan mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri dan telah dikemukakan oleh

pelbagai pelopor. Sebenarnya, perkataan usahawan diterjemahkan daripada perkataan „entrepreneur‟ yang diambil daripada istilah bahasa Inggeris. Perkataan tersebut berasal daripada perkataan Perancis iaitu „entreprendre‟ yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba. Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri usahawan dari aspek ekonomi iaitu tidak takut untuk mencuba dan sanggup menanggung sebarang risiko yang bakal dihadapi ketika menjalankan perniagaan. Bukan itu sahaja, usahawan juga dikaitkan dengan istilah bahasa Melayu iaitu „usaha‟ dalam menyempurnakan sesuatu perniagaan. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa usahawan merupakan individu yang berusaha bersungguh-sungguh ketika menjalankan sesuatu perniagaan. Usaha tersebut dibantu dengan ciri-ciri usahawan yang positif untuk membolehkan perniagaan mereka berjaya (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim et al, 2005). Istilah usahawan juga dapat dilihat di dalam Kamus Webster‟s New World. Istilah tersebut menjelaskan bahawa usahawan merujuk kepada individu yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan dan mengandaikan risiko demi keuntungan (Slideshare, 2011). Hal ini menunjukkan bahawa usahawan merupakan individu yang peka dan sistematik dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Mereka sudah bersedia dengan sebarang risiko yang bakal dihadapi oleh mereka supaya mereka dapat menghadapinya dengan baik tanpa menganggu aktiviti perniagaan. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menguruskan sumber dengan baik

supaya pembaharuan yang dilaksanakan berjaya dan dapat memenuhi permintaan individu lain yang bakal menjadi pelanggan. Salah seorang ahli ekonomi yang memperkenalkan konsep dan keusahawanan adalah seperti Richard Cantillon pada tahun 1725. Richard Cantillon merupakan antara ahli

ekonomi paling awal yang memperkenalkan konsep usahawan dan keusahawanan. Beliau menerangkan bahawa usahawan merujuk kepada ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dipasarkan. Hal ini bermaksud bahawa usahawan merupakan individu yang cuba untuk memenuhi kehendak orang lain dengan melakukan inovasi terhadap idea mereka. Bukan itu sahaja, Richard Cantillon juga berpendapat bahawa usahawan merupakan individu yang sanggup menghadapi risiko kerana mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan mereka bertanggungjawab terhadap hasil kerja mereka (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Selain itu, Adam Smith juga merupakan salah seorang ahli ekonomi yang telah memperkenalkan definisi usahawan pada tahun 1776. Beliau beranggapan bahawa usahawan merupakan individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa usahawan merujuk kepada individu yang bijak mengambil peluang dan peka dengan persekitaran. Hal ini demikian kerana mereka mampu mengenalpasti potensi permintaan terhadap produk untuk memastikan sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh mereka selari dengan permintaan terhadap produk. Keadaan ini penting untuk membolehkan idea baru mereka diterima oleh individu lain. Di samping itu, Jean Baptiste Say juga telah memperkenalkan definisi usahawan pada tahun 1803. Beliau menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang memerlukan wang dan bukan individu yang mempunyai wang atau kapitalis (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa syarat untuk menjadi usahawan tidak semestinya perlu mempunyai wang, tetapi mereka perlu memperkenalkan pembaharuan terhadap produk untuk mencipta wang daripada hasil pembaharuan tersebut. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa semua individu boleh menjadi usahawan walaupun tidak mempunyai wang yang banyak. Namun, mereka perlu berusaha untuk mendapatkan wang dengan usaha yang tiada hentinya selagi mereka ingin bergelar seorang usahawan.

Ahli ekonomi lain yang menerangkan definisi sebenar usahawan adalah seperti Joseph A.Schumpeter pada tahun 1934. Beliau telah menjelaskan tentang definisi usahawan di dalam bukunya yang berjudul Theory of Economics Development. Usahawan dikatakan merujuk kepada individu atau inovator yang boleh menyebabkan berlaku sesuatu pembaharuan dalam dunia perniagaan (Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim Shafeeyullagan, 2009). Individu ini akan cuba memperkenalkan idea-idea baru untuk membolehkan perniagaan dapat memenuhi kehendak individu lain. Pembaharuan tersebut bertepatan dengan kehendak manusia yang sering berubah-ubah dari semasa ke semasa. Usahawan juga akan berpuas hati dengan penerimaan terhadap pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh mereka. Ahli ekonomi seterusnya adalah seperti Hull, Bosley dan Udel yang terkenal pada era 1980-an. Mereka telah mendefinisikan usahawan sebagai individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat dan usaha yang berterusan untuk meluaskannya (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Elemen usaha yang berterusan dan tiada hentinya merupakan salah satu ciri usahawan yang berjaya. Hal ini demikian kerana setiap individu yang ingin memperkenalkan pembaharuan terhadap sesuatu idea perlu sentiasa menghadapi risiko seperti kegagalan. Kegagalan mampu mematahkan usaha individu kerana mereka beranggapan mereka tidak layak untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sebagai seorang usahawan, individu perlu berani berhadapan dengan kegagalan dan menjadikannya sebagai suatu motivasi untuk mencipta pembaharuan yang lebih baik dari sebelumnya. Hal ini penting bagi individu yang ingin menjadi usahawan yang berjaya kelak. Meredith, Nelson dan Neck juga merupakan antara ahli ekonomi yang terkenal pada era 1980-an. Beliau juga telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan. Hal ini bermakna mereka sentiasa peka dengan persekitaran supaya mereka tidak terlepas peluang yang baik untuk perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, usahawan juga dikatakan sebagai individu yang bijak menggabungkan keperluan sumber-sumber setelah memiliki sesuatu peluang. Keadaan ini menunjukkan bahawa usahawan memiliki sikap tidak suka mensia-siakan sesuatu peluang yang telah dimiliki oleh mereka. Penggabungan sumber-sumber dengan baik pula membolehkan individu memilih inisiatif terbaik untuk melakukan sebarang pembaharuan terhadap idea. Hal ini penting untuk membolehkan individu menjalankan perniagaan mereka dengan jayanya (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).

Ahli ekonomi yang turut terkenal pada era 1980-an adalah seperti Harword. Harword menjelaskan bahawa usahawan merupakan individu yang suka mengambil inisiatif untuk memastikan kejayaan perniagaannya, mengandaikan autonomi dalam organisasi dan pengurusan sumber, berkongsi risiko aset, berkongsi keuntungan yang tidak menentu dan sebagainya (Slideshare, 2011). Lazimnya, hal ini dapat dilihat dalam perniagaan yang melibatkan perkongsian. Setiap rakan kongsi perlu saling bantu-membantu dan melengkapi antara satu sama lain supaya perniagaan yang dilangsungkan berjaya. Mereka yang perlu berbincang dan bertindak untuk mendapatkan inisiatif terbaik bagi kepentingan perniagaan mereka bersama. Mereka bukan sahaja perlu bersama memperoleh keuntungan, malahan mereka juga perlu menanggung risiko seperti kegagalan. Hal ini demikian kerana kegagalan yang mengajar mereka untuk lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran pada masa akan datang. Persekitaran sentiasa berubah-ubah dan mereka akan ketinggalan jauh sekiranya mereka tidak cuba untuk mengambil segala peluang baik yang ada di hadapan mata mereka.

3.0

Definisi Keusahawanan Dari Aspek Ekonomi Secara umumnya, keusahawanan dikatakan sebagai ciri-ciri yang dibentuk dan diasah

dalam diri individu dan ciri ini boleh dipaparkan di dalam dan luar organisasi perniagaan atau bukan perniagaan yang tidak bermatlamatkan keuntungan (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim et al, 2005). Dalam hal ini, dapat disimpulkan bahawa individu boleh dilatih untuk menjadi usahawan yang berjaya dan bidang keusahawanan tidak boleh diwariskan jika individu tidak berminat untuk mendalaminya. Bidang keusahawanan juga amat berkait rapat dengan unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan (Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim Shafeeyullagan, 2009). Elemen-elemen tersebut dapat menentukan sejauhmana kejayaan seseorang usahawan. Oleh sebab itu, sebagai seorang usahawan, individu perlu memiliki sikap-sikap yang positif, kemahiran selok-belok perniagaan yang dijalankan dan pengetahuan tentang ilmu perniagaan supaya perniagaan yang dijalankan berjaya. Usahawan dan keusahawanan merupakan dua perkara yang berbeza. Usahawan lebih berfokuskan kepada individu yang terlibat dalam mengusahakan sesuatu perniagaan dan mereka memiliki ciri-ciri seperti sanggup menanggung risiko, bijak mengambil peluang, kreatif dan inovatif dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan keusahawanan yang merupakan suatu bidang yang dinamik yang boleh mewujudkan penambahan kekayaan kepada individu

yang melibatkan diri dalam bidang tersebut (Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim Shafeeyullagan, 2009). Dalam hal ini dapat dilihat secara sepenuhnya bahawa usahawan merupakan individu yang melaksanakan sesuatu perniagaan, manakala keusahawanan merupakan bidang atau landasan yang diceburi oleh individu yang menjalankan perniagaan. Hal ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang penting kepada individu yang ingin menjadi seorang usahawan. Bukan itu sahaja, keusahawanan juga merupakan proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan dan menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara (Prof Madya Dr Mohamed Dahlan Ibrahim, 2003). Salah seorang ahli ekonomi yang mengemukakan definisi keusahawanan adalah Knight yang terkenal pada era 1920-an. Beliau mengatakan bahawa keusahawanan merupakan penghasilan keuntungan kesan daripada sanggup menerima risiko dan ketidakpastian. Hal ini menunjukkan usaha seseorang usahawan yang sanggup menghadapi sebarang cabaran dan risiko dalam perniagaannya amat berbaloi dengan keuntungan yang bakal diperoleh mereka. Oleh sebab itu, seseorang individu yang ingin menjadi usahawan perlu memiliki sikap yang positif seperti tidak mudah berputus asa, sanggup menghadapi sebarang risiko dan ketidakpastian yang berlaku dalam perniagaan mereka. Ketiadaan sikap ini boleh menyebabkan seseorang usahawan menemui kegagalan dalam perniagaannya (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Hal ini berbeza dengan Schumpeter yang menyatakan keusahawanan sebagai satu proses menjalankan kombinasi baru organisasi firma. Hal ini melibatkan produk atau servis, sumber-sumber baru bahan mentah, kaedah pengeluaran yang baru, pasaran baru dan bentuk organisasi baru (Scribd, 2011). Sebagai seorang usahawan, mereka perlu mengurus kombinasi tersebut dengan baik. Kombinasi ini penting untuk menentukan seseorang usahawan sama ada berjaya atau tidak dalam bidang keusahawanan yang diceburi oleh mereka. Misalnya, sumber perlu digunakan dengan baik untuk memperoleh keuntungan dan selari dengan kaedah pengeluaran yang akan digunakan oleh organisasi. Bagi Sexton dan Bowman Upton mereka berpendapat bahawa keusahawanan dilihat sebagai satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumbersumber untuk mencapai objektif organisasi dan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang (Norita

Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa bidang keusahawanan penting untuk membolehkan seseorang usahawan peka dengan persekitaran mereka kerana mereka akan terlepas peluang sekiranya mereka leka. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu bijak dalam menyusun dan mengorganisasi sumber supaya sumber tidak dibazirkan untuk sesuatu perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan. Hal ini penting kerana pembaziran sumber dapat mendatangkan kerugian kepada perniagaan seseorang usahawan. Oleh sebab itu, seseorang usahawan perlu memiliki sikap bijak dalam menguruskan sumber supaya mereka dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Pendapat mereka berbeza dengan Cole yang merupakan salah seorang ahli ekonomi yang terkenal pada era 1950-an. Beliau beranggapan bahawa keusahawanan merupakan aktiviti yang bertujuan untuk memulakan dan membangunkan perniagaan yang

berorientasikan keuntungan (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Hal ini bermaksud individu yang ingin memulakan sesebuah perniagaan perlu membuat perancangan yang bijak supaya perniagaan mereka dapat mendatangkan keuntungan. Perancangan yang bijak merangkumi pengurusan dan penggunaan sumber dengan baik, pengurusan organisasi yang sistematik dan matlamat yang jelas dapat mendatangkan keuntungan kepada perniagaan. Hisrich dan Peter pula merupakan ahli ekonomi yang terkenal pada era 1990-an. Mereka berpendapat bahawa keusahawanan merupakan proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan usaha yang diperlukan sepenuhnya terhadap penghasilan sesuatu produk. Bukan itu sahaja, keusahawanan juga melibatkan penanggungan risiko yang meliputi risiko psikologikal dan sosial dan mendapat ganjaran dalam bentuk ganjaran atau kepuasan diri setelah perniagaan berjaya dilaksanakan dengan baik (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa seseorang yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu memiliki sikap seperti sanggup berkorban wang dan tenaga, sanggup berhadapan dengan sebarang risiko dalam perniagaan dan sebagainya. Hal ini membuktikan bahawa keusahawanan merupakan suatu bidang yang sangat mencabar dan mampu mempengaruhi emosi seseorang individu yang melibatkan diri dalam bidang tersebut. Selain itu, Timmons juga merupakan salah seorang ahli ekonomi yang terkenal pada tahun 1999. Beliau merumuskan bahawa keusahawanan boleh wujud dalam pelbagai bentuk,

misalnya seperti perniagaan yang besar atau kecil, jenis perniagaan sama ada baru atau lama. Dalam hal ini dapat dilihat bahawa semua organisasi termasuk dalam bidang keusahawanan termasuklan organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim et al, 2005). Keusahawanan merupakan suatu bidang yang luas kerana bidang ini terhad dan memerlukan mereka yang mendalami bidang tersebut supaya berpandangan jauh. Sikap tersebut penting supaya perniagaan mereka mudah berkembang dan tidak tetap di satu peringkat sahaja. Perkembangan penting untuk usahawan sentiasa mencipta inovasi melalui terjemahan idea kreatif yang dimiliki oleh mereka.

4.0

Sejarah Keusahawanan Dari Aspek Ekonomi Keusahawanan tidak berkembang terus dalam satu peringkat, sebaliknya bidang

tersebut berkembang secara berperingkat-peringkat. Hal ini demikian kerana peringkatperingkat tersebut penting untuk menunjukkan perkembangan bidang tersebut dari peringkat permulaan sehingga kini. 4.1 Peringkat Awal Pada peringkat ini, usahawan telah wujud dan mereka terdiri daripada pedagang yang berlayar ke pelbagai tempat untuk menjual sesuatu barangan kepada penduduk di tempat persinggahan mereka (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Perniagaan pada ketika ini turut dijalankan mengikut sistem barter. Sistem ini melibatkan pertukaran barang dengan wang atau barang dengan barangan lain. Namun, sistem ini dikatakan tidak adil kerana kadangkala barangan tukaran tidak mempunyai nilai yang sama (Scribd, 2011). Oleh sebab itu, sistem itu jarang digunakan berbanding dengan wang. Pedagang dikatakan sebagai seorang mereka memiliki sikap seperti seorang usahawan. Mereka sanggup menanggung sebarang risiko ketika menjalankan penjualan barangan, tidak mudah berputus asa, menunjukkan usaha yang gigih untuk belayar ke merata tempat bagi menjalankan perniagaan mereka dan sebagainya. Pada peringkat ini, seorang pedagang yang terkenal pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka telah memperkenalkan konsep „go-between‟. Konsep ini menjelaskan bahawa peminjam atau pemilik wang akan meminjamkan wang kepada pedagang untuk dijadikan modal bagi mereka menjalankan perniagaan. Namun, konsep ini tidak

sesuai digunakan kerana terdapat peminjam yang mengamalkan amalam riba dengan cuba mengambil keuntungan daripada perniagaan pedagang tersebut. Hal ini menyebabkan terdapat sesetengah pedagang yang mengalami masalah kewangan yang serius dan terpaksa menghentikan perniagaan mereka buat sementara waktu. Walaupun peminjam dikatakan sebagai bijak dalam mendapatkan keuntungan, mereka sebenarnya tidak pandai menguruskan organisasi dengan baik dan tidak memiliki ciri usahawan sejati dalam mencari keuntungan untuk organisasi. Hal ini dapat dibuktikan apabila peminjam menindas pedagang yang meminjam wang mereka dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari wang yang telah dipinjam sehingga kadangkala menyebabkan sesetengah pedagang tidak dapat membayarnya (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).

4.2

Peringkat Pertengahan Pada peringkat ini, keusahawanan dikatakan sebagai pengurus projek

pengeluaran yang besar. Hal ini melibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai supaya perniagaan atau organisasi dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, individu yang menjadi usahawan pada zaman tersebut masih tidak yakin untuk menanggung sebarang risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan yang dijalankan oleh mereka (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Mereka hanya mahu mengurus tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap hasil akhir mereka. Secara tidak langsung, mereka kehilangan sikap usahawan yang mempunyai akauntabiliti iaitu akan menanggung segala hasil kerja yang telah dilakukan oleh mereka untuk organisasi. Tambahan lagi, usahawan pada peringkat ini hanya mahu menggunakan sumber yang telah diperuntukkan untuk aktiviti perniagaan yang akan dijalankan oleh mereka. Mereka tidak mahu menggunakan sumber peribadi untuk mengembangkan perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak sanggup menghadapi risiko sekiranya perniagaan yang dijalankan akan menemui kegagalan (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Kegagalan tersebut akan menyebabkan mereka mengalami kerugian dan hal ini menyebabkan mereka tidak yakin dengan kemampuan mereka menggunakan sumber

demi mencapai matlamat organisasi. Sebenarnya, peringkat ini penting untuk menguji seseorang usahawan sama ada mereka merupakan usahawan yang sejati ataupun tidak. Usahawan sejati sentiasa yakin dengan keputusan yang telah dibuat, sanggup menanggung sebarang risiko pada masa akan datang, mampu menggunakan sumber dengan baik dan sebagainya. Pengurusan dan pengorganisasian sumber yang baik akan mewujudkan satu perniagaan yang menuju ke arah perkembangan dan kemajuan.

4.3

Abad Ke-17 Pada abad ke-17 Richard Cantillon telah mula memperkenalkan istilah

keusahawanan. Beliau menerangkan bahawa keusahawanan melibatkan usahawan sebagai seorang ejen untuk melaksanakan proses pengeluaran untuk menghasilkan produk yang boleh dipasarkan kepada individu lain (Scribd, 2010). Hal ini bermakna usahawan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan keperluan dan kehendak individu lain. Keadaan ini amat sukar kerana setiap individu mempunyai perspektif dan persepsi mereka yang tersendiri terhadap sesebuah produk dan hal ini memerlukan individu yang bergelar usahawan menghasilkan produk yang dapat memuaskan hati pelanggan. Misalnya, produk tersebut perlu disesuaikan dengan semua citarasa semua individu. Pada peringkat ini, keusahawanan dikaitkan dengan pengambilan risiko. Peringkat ini berkesinambungan daripada peringkat zaman pertengahan yang menyatakan usahawan tidak berani mengambil risiko dalam perniagaan mereka. Sebaliknya, pada peringkat ini usahawan mula sedar tentang kepentingan mereka mencuba sesuatu yang baru dan sanggup menanggung sebarang risiko dalam perniagaan mereka. Mereka yang perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil oleh mereka dalam organisasi pada setiap masa. Lazimnya, perniagaan tidak semestinya mendatangkan keuntungan kepada sesetengah usahawan kerana keuntungan tersebut tidak dapat dijangka oleh mereka. Oleh sebab itu, setiap usahawan perlu bersedia untuk menanggung sebarang risiko yang akan berlaku dalam perniagaan mereka sama ada produk mereka diterima atau tidak oleh individu lain. Bukan itu sahaja, risiko juga mampu mendatangkan kesan terhadap kewangan seseorang usahawan, menjatuhkan imej atau reputasi diri mereka dan memberi

tekanan kepada keluarga (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim et al, 2005). Usahawan perlu tahu cara untuk menangani risiko tersebut dengan sebaiknya supaya perniagaan mereka masih dapat diselamatkan daripada sebarang risiko yang boleh menghancurkan perniagaan tersebut. Secara keseluruhannya, usahawan dikatakan mahu menanggung sebarang risiko dalam perniagaan pada peringkat ini. Dalam hal ini, dapat dilihat usahawan pada ketika itu merupakan seorang yang bertanggungjkawab terhadap hasil kerja mereka dan mereka tidak menyalahkan orang lain atas hasil kerja mereka yang mendatangkan kesan negatif terhadap perniagaan. 4.4 Abad ke-18 Pada peringkat ini, keusahawanan dapat dilihat berdasarkan kepada perbezaan antara individu yang mempunyai modal dan individu yang memerlukan modal. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa usahawan tidak semestinya terdiri daripada mereka yang mempunyai modal. Individu yang mempunyai merujuk kepada usahawan yang melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan. Golongan ini dikenali sebagai pengurus kewangan profesional kerana mereka melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang lebih lumayan berbanding dengan modal yang telah dicagarkan untuk aktiviti tersebut (Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar, 2008). Namun, golongan ini dilihat sebagai tidak aktif dalam sesebuah perniagaan atau organisasi. Namun begitu, risiko adalah lebih tinggi bagi individu yang mempunyai modal untuk mengalami sebarang kegagalan seperti kerugian. Hal ini disebabkan oleh usaha individu tersebut yang hanya ingin melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Kadangkala, individu yang mempunyai modal juga menjadi seorang pemberi modal kepada individu lain untuk menjalankan perniagaan mereka. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa individu yang mempunyai modal saling bergantungan dengan individu yang memerlukan modal. Namun, hal ini berbeza dengan usahawan yang memerlukan modal. Mereka ini kelihatan lebih aktif dalam sesebuah perniagaan atau organisasi kerana mereka terlibat secara langsung dalam perniagaan mereka. Usahawan bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang perindustrian kerana mereka perlu merebut peluang yang wujud akibat kemajuan tersebut. Oleh sebab itu, mereka perlu peka dengan sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran mereka supaya perniagaan mereka tidak ketinggalan. Bukan itu sahaja, rekaan produk juga semakin bertambah dan pelbagai

pada abad ini (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Usahawan perlu mencipta produk yang lebih unik dan berkesan untuk menarik minat individu lain bagi mendapatkan mereka. Kehendak dan keperluan individu lain juga mula mengalami perubahan dan setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Justeru, usahawan harus mencipta pembaharuan terhadap produk yang mampu menarik minat individu lain untuk memilikinya. Ketika ini juga dapat dilihat usahawan saling bersaing untuk mencipta rekaan dan inovasi yang lebih menarik dan berguna untuk individu lain. 4.5 Pertengahan Abad Ke-20 Pada peringkat ini, usahawan dikatakan sebagai agen perubahan kerana mereka perlu melakukan sebarang perubahan sama ada dari aspek produk, proses dan sistem. Dalam aspek produk, mereka perlu melakukan satu inovasi supaya produk mereka mendapat permintaan (Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar, 2008). Oleh sebab itu, seseorang usahawan perlu berpandangan jauh dan peka dengan persekitaran perniagaan mereka untuk membolehkan mereka mencipta satu inovasi yang mampu menarik minat individu lain demi kepentingan perniagaan mereka. Inovasi mereka juga perlu disesuaikan dengan budaya tempat perniagaan dijalankan supaya tidak bertentangan kerana hal ini boleh mewujudkan ketidakselesaan individu lain. Hal ini penting untuk memastikan usaha mereka dianggap berbaloi apabila mereka mendapat faedah daripada inovasi yang telah dilakukan oleh mereka. Dalam aspek proses, usahawan perlu mencipta satu proses pengeluaran yang baru supaya lebih sesuai dengan aktiviti perniagaan. Mereka menentukan teknologi yang paling sesuai untuk menghasilkan produk. Hal ini penting untuk memastikan segala aktiviti pengeluaran perniagaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang boleh menghalang penghasilan produk perniagaan. Bukan itu sahaja, usahawan juga perlu melakukan perubahan dalam aspek sistem perniagaan (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Mereka perlu menggunakan alternatif sistem yang paling berkesan demi faedah perniagaan. Misalnya, sistem pengagihan yang baru membolehkan produk disampaikan dengan lebih pantas dan cekap kepada individu lain untuk mendapatkannya. Hal ini penting untuk mendapatkan kesetiaan individu lain terhadap

produk perniagaan. Sistem yang tersusun juga membolehkan segala urusan perniagaan dijalankan dengan lancar dan potensi permintaan terhadap produk juga dapat dijangka oleh usahawan. Potensi ini penting untuk melihat sejauhmana prestasi organisasi dan langkah segera dapat diambil oleh usahawan sekiranya permintaan sebenar lebih rendah berbanding dengan potensi permintaan yang telah ditetapkan oleh usahawan. Dalam hal ini, dapat dilihat begitu pentingnya sistem yang teratur dalam membantu mengembangkan sesebuah perniagaan kerana aspek ini merupakan kekuatan dan kelemahan bagi perniagaan yang telah dijalankan. 4.6 Abad Ke-21 Pada peringkat ini, usahawan menuju ke arah yang lebih moden dan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran tersebut berlaku kerana adanya kepelbagaian dalam inovasi dan hal ini memerlukan usahawan lebih kreatif supaya produk mereka mendapat tempat di hati individu lain. Hal ini penting supaya perniagaan tidak berhadapan dengan risiko yang boleh mendatangkan kerugian sekiranya individu lain telah memilih produk perniagaan tersebut. Bukan itu sahaja, usahawan perlu lebih peka dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam persekitaran supaya perniagaan mereka tidak ketinggalan (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Misalnya, perubahan teknologi menyebabkan wujudnya persaingan sengit yang mampu mencabar usahawan untuk menyediakan produk yang lebih menarik dan bermutu. Hal ini demikian kerana teknologi dapat membantu dalam meningkatkan proses pengeluaran dalam perniagaan. Selain itu, usahawan juga terpaksa berhadapan dengan cabaran tenaga kerja yang semakin meningkat apabila perniagaan semakin berkembang. Usahawan perlu mengenalpasti potensi pekerjanya supaya perniagaan mendapat faedah daripada potensi tersebut. Bukan itu sahaja, usahawan sebagai pemilik perniagaan juga terpaksa berhadapan dengan tingkah laku pekerjanya yang pelbagai (Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar, 2008). Mereka perlu memastikan kebajikan pekerjanya terjaga dan keselamatannya terjamin. Hal ini demikian kerana pekerja pada peringkat ini sudah tahu mengenai hak-hak mereka dan tindakan akan dilaksanakan oleh mereka sekiranya hak mereka tidak dipenuhi oleh pemilik perniagaan. Pekerjanya juga mempunyai pelbagai latar

belakang yang berbeza. Oleh sebab itu, usahawan perlu mengurus perniagaan dengan lebih terancang dan tersusun. Mereka perlu menyesuaikan pengurusan organisasi dengan budaya pekerjanya yang meliputi aspek personaliti, gaya kepimpinan dan pendekatan dalam komunikasi. Aspek ini penting untuk meningkatkan produktiviti perniagaan kerana pekerja akan berasa lebih selesa dengan iklim organisasi yang sesuai dengan budaya kerja yang diamalkan oleh mereka. Perhubungan antara pengurus perniagaan dengan pekerja juga haruslah baik demi kepentingan perniagaan.

.1

Keusahawanan daripada perspektif Islam Islam dan konsep keusahawan tidak pernah terpisah sejak zaman dahulu lagi walaupun ada penulisan yang mengasingkan keusahawan Islam daripada yang lai terutama aliran pendapat dan perkembangan di Barat. Islam yang merupakan satu cara hidup telah mengiktirafkan keusahawanan sebagai salah satu daripada cabang ibadat dengan mengakui bahawa 90% daripada sumber rezeki datangnya daripada hasil perniagaan. perniagaan dalam istilah fiqah dipanggil „jual beli‟ dan dalam bahasa Arab disebut „al-Buyu‟ (Norita Deraman et. Al, 2010). Dalam Islam, perniagaan Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba”.

adalah sangat digalakkan seperti yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud “

Perniagaan merupakan satu bidang terpenting dan terluas dalam bidang ekonomi dan segala kegiatan ekonomi tidak terlepas daripada perniagaan. perniagaan juga merupakan satu kegiatan yang amat fleksibel dari segi tempat dan suasana. Dari pandangan Islam, kegiatan perniagaan dipandang tinggi dan mulia selagi perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak (Muhammad Syukri Salleh, 2001). 4.1 Islam dan Keusahawanan Islam sebagai al-din yang mencakupi segala bidang telah menyedari kepentingan keusahawanan ini sejak sekian lama dan memberikan galakan kepada umatnya agar menceburi bidang ini. Walaupun Islam mengiktiraf bekerja di bawah orang lain merupakan pekerjaan yang baik, bekerja sendiri tetap merupakan pilihan terbaik. Islam amat menggalakkan umatnya bekerja sendiri dan menceburi bidang keusahawanan. Ini kerana bidang ini bukan sahaja menjana pendapatan peribadi dan

menghalang seseorang daripada meminta-minta, malah dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002). Keusahawanan dari perspektif islam ialah merupakan pencarian kekayaan yang perlu diiringi dengan niat, maksud, pengurusan dan penggunaan seperti yang ditetapkan oleh Islam. Usahawan dan keusahawanan mempunyai tempat yang istimewa dalam Islam. Menurut Hadis Riwayat Tirmizi, “ Sembilan per sepuluh sumber rezeki adalah melalui perniagaan”. Keusahawanan merangkumi aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. Golongan usahawan yang berjaya ialah usahawan yang mencapai Al-Falah iaitu mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. (Norita Deraman et. Al, 2010). Kedudukan yang begitu istimewa dijanjikan oleh Allah melalui Rasulnya kepada golongan usahawan dengan syarat mereka benar-benar jujur dan ikhlas serta tidak mengejar keuntungan semata-mata. Cabaran inilah yang sukar ditempuhi oleh usahawan-usahawan masa kini. Seiring dengan perkembangannya, Islam telah menunjukkan contoh-contoh terbaik golongan usahawan. Model-model tersebut merupakan sahabat-sahabat rapat Rasulullah sendiri yang sama-sama mempertahan dan memperjuangkan Islam dengan sepenuh jiwa raga mereka. Antara mereka adalah Saydina Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Sayyidatina Khadijah, Abu Talhah dan beberapa tokoh lagi. (Norita Deraman et. Al, 2010). 4.2 Konsep perniagaan dan keusahawanan dalam islam Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Konsep perniagaan dalam Islam melebihi objektif dunia yang hanya berlegar di sekitar keuntungan sahaja. Dalam Islam, perniagaan mempunyai nilai dan objektif yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat. Konsep-konsep perniagaan dalam Islam meliputi perkara-perkara tersebut antaranya: (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002). i. Konsep Ubudiyah Islam sebagai agama yang syumul tidak memisahkan segala urusan kehidupan seharian dengan nilai-nilai agama. Semuanya mempunyai objektif tertentu dan akan diberi ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti. Begitu juga dalam bidang perniagaan, usahawan haruslah mempunyai niat yang ikhlas mencari keredhaan Allah.

Usahawan Muslim tidak seharusnya menjadikan untung material semata-mata sebagai objektif tertinggi. Mereka harus sedar bahawa manusia adalah khalifah yang mengurus dan memakmurkan bumi dan bukanlah pemilik mutlak. Sebagai khalifah yang mentadbir dan memakmurkan bumi Allah, manusia haruslah sentiasa menuruti segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Manusia tidak mempunyai kuasa yang mutlak dalam semua hal, bahkan segalagalanya adalah dalam pengetahuan dan ketentuan Allah semata-mata. Inilah yang menjadikan banyak konsep yang berbeza antara perniagaan dalam Islam dan konvensional. Selain daripada pemaksimuman untung, beberapa konsep seperti penetuan harga juga berbeza antara Islam dan konvensional. Dalam konsep penetuan harga, Islam berpendapat bahawa harga di pasaran terbuka bergerak atas ketentuan dan kehendak Allah. Ini berbeza dengan pendapat ahli ekonomi barat yang menyatakan bahawa penyelarasan harga berdasarkan permintaan dan pengeluaran dibuat oleh “tangan yang ghaib” meskipun terdapat kecenderungan wujudnya perncangan tuhan. (http://plus.maths.org) Konsep ubudiyah ini juga mempunyai pertalian rapat dengan konsep nilai dan ikhsan yang menjadi garis panduan dan berfungsi sebagai kawalan kepada individu usahawan. Individu usahawan bukan sahaja dinilai dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tetapi merangkumi personaliti dan penampilan peribadi serta akhlak. Akhlak yang baik mencerminkan keimanan yang akan mengawal individu tersebut daripada melakukan sebarang salah laku dalam perniagaan. (Muhammad Syukri Salleh, 2001). ii. Perniagaan mempunyai fungsi ekonomi, sosial dan agama Perniagaan merupakan bidang yang strategik dalam menggembleng sumbersumber dalam ekonomi bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat serta mendapatkan keuntungan. Melalui perniagaan, masyarakat akan dapat mencapai dan memenuhi apa yang mereka perlukan di samping menawarkan peluang-peluang pekerjaan yang menjadi tunjang ekonomi Negara. Dengan wujudnya peluang pekerjaan yang mencukupi, taraf hidup dan sosial masyarakat akan meningkat seterusnya mengurangkan pelbagai gejala yang tidak diingini.

Selain daripada peranan dalam ekonomi dan sosial, perniagaan mempunyai peranan yang besar dalam Islam. Usahawan yang jujur dan baik akan dikasihi Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang istimewa sebagaimana hadis yang dinyatakan sebelum ini. Penyebaran dan pembangunan Islam pada zaman dahulu juga merupakan kesan daripada peranan aktif para peniaga dan pedagang. Ini termasuklah proses penyebaran Islam ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. iii. Sebagai perkhidmatan memenuhi kepeluan manusia Perniagaan dijalankan adalah berdasarkan kepada permintaan dan keperluan manusia. Keperluan berbeza-beza memerlukan ramai usahawan yang bersedia memenuhi permintaan yang pelbagai. Konsep berkhidmat untuk memenuhi

keperluan manusia ini amat dituntut oleh Islam. Bagi umat Islam, golongan usahawan ini amat diperlukan memandangkan mereka mempunyai pelbagai keperluan untuk dipenuhi. Hukum hakam yang menentukan adanya halal dan haram sesuatu barangan membentuk keperluan yang tersendiri dan unik berbanding dengan masyarakat agama lain. Atas sensitiviti dan tanggungjawab sebagai individu Muslim, peniaga dan usahawan sepatutnya berbesar hati dan terus ikhlas menjalankan tanggungjawab yang besar dan penting di sisi masyarakat (Khalid Muhammad Khalid, 1968). iv. Hubungan baik dengan masyarakat Sebagai pihak yang memenuhi keperluan masyarakat, usahawan perlu mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak termasuk sesame usahawan dan juga masyarakat sekeliling. konsep asas ini perlu diterjemahkan dalam bentuk urusan perniagaan. Hubungan baik sesame korporat atau networking menjadi kunci kejayaan usahawan pada hari ini. Networking yang tidak begitu kukuh akan menyukarkan sesebuah perniagaan untuk terus berkembang maju. Masalah ini juga dialami oleh usahawan Melayu dan tidak mempunyai asas networking yang kukuh. Oleh sebab itu kerajaan perlu melaksanakan beberapa dasar untuk membantu usahawan-usahawan tersebut. (Patricia Sloane, 1999). Dalam urusan muamalat Islam, persetujuan dan kesepakatan antara kedua-dua belah pihak (pembeli dan penjual) merupakan elemen yang amat penting. Ianya menjadi asas sama ada sesuatu kontrak itu sah atau sebaliknya. Ini bermakna

setiap urusniaga perlulah didasari oleh persetujuan dan sama-sama berpuashati dengan urusniaga tersebut. Selaras dengan konsep ini para usahawan atau peniaga tidak seharusnya memaksa atau mempengaruhi pelanggan secara melampau untuk memastikan produk mereka laku. Ini termasuklah melakukan perkara seperti mempengaruhi pelanggan dengan memujuk mereka untuk membeli barangan yang tidak mereka perlukan, mempengaruhi dengan mendakwa bahawa barangan mereka berkualiti tinngi atau murah sedangkan dakwaan itu tidak benar dan juga mempengaruhi pelanggan dengan menimbulkan perasaan takut atau khuatir mengenai kekurangan bekalan atau kenaikan harga yang bakal berlaku (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002). Dengan menjauhi perkara-perkara di atas, suasana pasaran yang lebih sihat akan berjaya diwujudkan. Peniaga seharusnya menawarkan sesuatu yang benarbenar sepadan dengan harga dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan salah anggap melalui pengaruh iklan. Hubungan yang baik antara pelanggan dan peniaga sebenarnya merupakan hubungan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang berbanding keuntungan sementara dengan jalan penipuan (Muhammad Syukri Salleh, 2001). v. Berpegang teguh dengan nilai Nilai dan akhlak tidak dapat dipisahkan dengan keusahawanan. Ia merupakan tunjang bukan sahaja kepada pemilik perniagaan tetapi juga kepada setiap individu muslim. Dalam bidang perniagaan, Islam mewajibkan setiap usahawan untuk berpegang teguh dengan nilai yang baik dan menjauhi nilai-nilai yang buruk. Oleh itu, jaminan hanya diberikan kepada usahawan yang benar-benar jujur dan ikhlas sahaja (Muhammad Syukri Salleh, 2001). Terdapat banyak nilai-nilai baik yang perlu diamalkan oleh para usahawan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak nilai-nilai murni dan gelagat yang baik wujud dalam diri usahawan. Nilai dan gelagat inilah yang menyebabkan mereka berjaya mengharungi pelbagai rintangan dalam perniagaan. Antara nilai dan gelagat yang wujud menurut beberapa kajian adalah seperti berani menanggung risiko, berdikari, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, murah hati, optimis, kuasa, prihatin, keperluan pencapaian yang tinggi, keyakinan diri dan banyak lagi. (Litzinger, W.D., 1965).

Ciri-ciri, gelagat serta sikap-sikap tersebut boleh dikategorikan sebagai sikap yang positif atau terpuji (mahmudah). Dan oleh kerana Rasulullah sewaktu hidupnya merupakan seorang peniaga yang berjaya, baginda sememangnya mempunyai ciri-ciri tersebut. Baginda berjaya menmbuktikan bahawa dengan mengamalkan sifat-sifat yang baik, perniagaan masih dapat keuntungan malah lebih baik daripada peniaga yang tidak jujur. Keuntungan yang menjadi objektif baginda bukanlah semata-mata keuntungan kebendaan tetapi keredhaan Allah yang lebih utama. (Patricia Sloane, 1999). Secara mudahnya, usahawan Muslim haruslah mengamalkan sikap terpuji yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sebagaimana yang telah digambarkan melalui al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu usahawan juga perlu menghindari daripada mengamalkan larangan Allah seperti riba, judi, rasuah, sorok, mengambil keuntungan melampau, hasad dengki dan sifat-sifat mazmumah yang lain (Khalid Muhammad Khalid, 1968). 4.3 Membudayakan Masyarakat Islam dengan keusahawanan Sebagaimana yang telah diperbincangkan, budaya keusahawan sememangnya selari dengan nilai-nilai Islam dan harus diterap dan diamalkan oleh umat Islam. Umat Islam bukan sahaja harus mengubah persepsi mereka terhadap bidang perniagaan tetapi menghayati nilai-nilai yang wujud dalam keusahawanan itu sendiri. Ini penting kerana nilai keusahawanan perlu ada pada setiap orang meskipun tidak bekerja sendiri. Konsep ini dikenali sebagai keusahawanan dalaman (John C. Aplin Jr & Leveto A. Greg, 1976). Untuk mencapai objektif ini, pelbagai usaha oleh pelbagai pihak perlu digembleng secara kolektif. Antara inisiatif-inisiatif yang boleh diambil adalah seperti berikut. 1. Pengukuhan melalui institusi keluarga Institusi keluarga merupakan permulaan pembentukan individu dan

masyarakat. Melalui peranan ibu bapa, anak akan dibentuk mengikut acuan yang mereka kehendaki. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi yang bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w berkata:

“ Setiap anak Adam dilahirkan secara fitrah, maka ibu bapanya yang mencorakkannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Hadis ini menegaskan betapa kuatnya pengaruh pendidikan awal kanak-kanak dalam mencorakkan peribadi individu pada masa akan datang. Kajian telah menunjukkan bahawa ibu bapa mempengaruhi sikap anak-anak sama ada berminat untuk berkecimpung dalam keusahawanan. Anak-anak yang mempunyai ibu bapa atau keluarga terdekat yang bekerja sendiri didapati lebih cenderung kepada bidang keusahawanan berbandin mereka yang tidak mempunyai latar belakang seperti tersebut (Patricia Sloane, 1999). Oleh yang demikian, kesedaran mengenai kepentingan keusahawanan ini perlulah wujud daripada diri ibu bapa terlebih dahulu. Memang tidak dinafikan bahawa ramai, ramai ibu bapa di kalangan masyarakat Islam yang tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjadi role model kepada anak-anak mereka. Walaubagaimanapun mereka haruslah menggalakkan sebarang usaha anak-anak mencuba bidang ini dan tidak bertindak menghalang niat mereka. Mereka juga harus menyemai nilai-nilai keusahawanan seperti berani mengambil risiko, kreatif dan sabar sejak kecil lagi. Ini secara tidak langsung akan mengembangkan potensi diri mereka (Khalid Muhammad Khalid, 1968). 2. Meningkatkan ilmu pengetahuan Pepatah Melayu ada menyatakan “kalau tak kenal maka tak cinta”. Pepatah tersebut membawa maksud bahawa, seseorang itu akan cenderung atau meminati sesuatu hanya apabila dia benar-benar memahami perkara tersebut. Begitu juga dengan bidang keusahawanan, pengetahuan yan mendalam amat perlu untuk memastikan seseorang itu berjaya dalam bidang yang diceburi (Khalid Muhammad Khalid, 1968). Masalah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup merupakan masalah yang agak membimbangkan di kalangan usahawan Muslim. Pengetahuan yang dangkal menyebabkan usahawan Muslim tidak dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Mereka tidak dapat mengurus dengan baik akibat tidak mempunyai pengurusan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa usahawan Melayu kurang berpengetahuan dalam

pengurusan syarikat meliputi aktiviti-aktiviti seperti delegasi dan urusan pengajian berbanding syarikat-syarikat milik bukan Melayu khususnya Cina (Patricia Sloane, 1999). Dalam era teknologi maklumat, pengetahuan merupakan sumber yang amat penting dan strategik. Islam telah lama menyeru umatnya untuk menuntut ilmu yang merupakan proses berterusan sepanjang hayat. Ini bertepatan dengan sabda Rasul yang bermaksud: Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda: “ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”. Oleh yang demikian, budaya menuntut ilmu ini perlulah dihayati oleh semua pihak, lebih-lebih lagi usahawan Muslim merupakan golongan yang disegani dalam bidang ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Pendekatan pendidikan ini juga harus ditekankan oleh pihak-pihak berwajib dalam mendidik masyarakat. Kursuskursus dan seminar secara formal mahupun tidak formal perlu diperbanyakkan untuk memastikan budaya ini dapat dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat. (Khalid Muhammad Khalid, 1968). 3. Contoh yang baik oleh usahawan Peranan membudayakan masyarakat dengan keusahawanan perlulah

ditunjangi oleh usahawan sendiri. usahawan perlu menunjukkan contoh yang baik dan menjadi role model kepada masyarakat. Persepsi buruk terhadap mereka perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa. Usahawan perlu mencontohi para sahabat Rasul yang sentiasa menjadi penyokong kuat terhadap perkembangan Islam. Sebagai contoh Abdul Rahman „Auf telah menginfaqkan barang dagangannya yang baru pulang dari Syam sebanyak 700 tunggangan penuh dengan barang dagangan. Selain itu, beliau juga telah menyumbang sebanyak seratus tunggangan penuh dengan muatan untuk para pejuang Islam di Madinah (Khalid Muhammad Khalid, 1968). Selain Abdul Rahman Auf, Saydina Uthman juga merupakan usahawan yang sentiasa bermurah hati. Pada suatu ketika, beliau telah menderma sebanyak 300 tunggangan dengan muatannya sekali kepada tentera Islam. Beliau juga telah menyumbang gandum, minyak dan kismis sejumlah muatan 1000 ekor unta kepada

umat Islam pada zaman pemerintahan Saydina Abu Bakar ketika berlaku kemelesetan ekonomi. Pada ketika itu terdapat pedagang-pedagang Madinah yang sanggup membeli barangan tersebut dengan harga yang tinggi sehingga 5 kali ganda. Ini membuktikan keimanan beliau yang lebih rela melepaskan kemewahan di dunia dan keimanan lebih mementingkan janji Allah yang jauh lebih baik di akhirat. (Muhammad Syukri Sallah, 2001). 4. Sokongan berterusan daripada pihak kerajaan Sejak sekian lama, kerajaan Malaysia telah lama komited untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam masyarakat Islam. Melalui Dasar Ekonomi Baru, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan pegangan orang Melayu dalam ekonomi. Selepas Dasar Ekonomi Baru, kerajaan tetap meneruskan usaha murni ini dengan mewujudkan Dasar Pembangunan Negara. Penyertaan masyarakat Melayu dalam bidang keusahawanan di berikan dorongan dan bimbingan padu daripada pelbagai sudut. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai agensi untuk menyokong usaha-usaha ini. Antaranya adalah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, MARA, MARDI, PERNAS, MIDA, dan banyak lagi badanbadan lain. Agensi dan badan-badan ini membantu usahawan dari segi kewangan, pemasaran, kemahiran teknologi dan pelbagai aspek lain (Patricia Sloane, 1999). Melalui dasar-dasar tersebut kerajaan secara langsung ataupun tidak langsung telah cuba menerapkan budaya keusahawanan kepada seluruh masyarakat. Program yang dirangka oleh agensi dan kementerian terbabit bukan sahaja meliputi individu yang berkecimpung dalam perniagaan tetapi juga meliputi pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Malah, kesedaran dan motivasi perniagaan juga diberikan kepada golongan-golongan tertentu seperti ibu tunggal dan masyarakat di bawah kategori miskin. Program-program seperti ini sebenarnya memberikan gambaran kepada masyarakat betapa pentingnya keusahawanan dan perlunya kepada masyarakat betapa pentingnya keusahawanan dan perlunya kepada masyarakat betapa pentingnya keusahawanan dan perlunya mereka menghayati budaya dan nilai-nilai dalam keusahawanan tersebut. (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002).

4.4

Penutup Keusahawanan Islam Keusahawanan merupakan bidang strategik yang perlu diceburi oleh lebih ramai umat Islam di Malaysia. Selain daripada objektif ekonomi, keusahawanan mengandungi nilai-nilai murni yang harus dihayati oleh masyarakat Islam. Antara nilai-nilai yang wujud meliputi sifat sabar, berani menanggung risiko, kreatif, berpengetahuan tinggi, bersungguh-sungguh dan pelbagai sifat mahmudah yang lain. Ciri-ciri dan nilai dalam keusahawanan ini sebenarnya merupakan nilai-nilai yang sejajar dengan tuntutan Islam. Selain itu, perniagaan dan keusahawanan itu sendiri merupakan kerjaya yang mendapat tempat yang cukup istimewa dalam Islam. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam kini tidak lagi mempelopori bidang ini hanya lebih selesa sebagai golongan pengguna dan pembeli sahaja. Ini menimbulkan pelbagai masalah terhadap umat Islam secara keseluruhan. Oleh yang demikian, usaha perlulah digembleng agar bidang keusahawanan dan perniagaan ini menjadi bidang pilihan umat Islam semula sebagaimnana yang telah ditunjukkan melalui sejarah Rasulullah dan para sahabat. Sebagai permulaan, kesedaran perlulah diterapkan kepada keseluruhan lapisan masyarakat Islam melalui pembudayaan nilai dan sikap usahawan. Dengan menghayati dan membudayakan nilai-nilai

keusahawanan ini, masyarakat Islam akan secara langsung atau tidak langsung akan berusaha dengan lebih keras dan cuba meningkatkan kemampuan diri untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Ini akan mendekatkan mereka dan seterusnya menjadikan perniagaan dan keusahawanan sebagai bidang kerjaya pilihan di masa akan datang.

DARI SUDUT SOSIOLOGI Keusahawanan menurut kamus dewan (2005), adalah usaha yang membawa maksud upaya iaitu dari segi ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan menjdai semakin kompleks seiring dengan perubahan dari segi ekonomi dan interpretasi sosial. Kemajuan dalam bidang keusahawanan ini juga seiring dengan berkembangnya bidang pengurusan, pengurusan strategik, ekonomi, sosiologi dan psikologi (Zaidatol, 1997). Keusahawanan adalah salah satu proses untuk mengenal pasti dan mengeksploitasi sesuatu peluang supaya ia memberi nilai dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dengan mengandaikan segala risiko yang dihadapi dapat dilaksanakan dalam kadar masa yang singkat. Oleh itu, usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru bagi meingkatkan daya saing dengan memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat serta kesejahteraan mereka (Ab. Aziz, 2000). Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori dan model yang dikemukakan. Salah seorang ali sosiologi bernama Max Weber (1958) telah menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa, kejayaan golongan Protestant dalam kegiatan ekonomi disebabkan oleh ajaran agama yang terkandung dalam mazhab Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan golongan ini adalah disebabkan pegangan yang kuat pada agama yang menjadi dorongan utama kepada golongan protestant ini mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi. Weber telah menulis panjang lebar mengenai model keusahwanan dalam bukunya yang bertajuk ‘The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism’. Model psikodinamik yang diutarakan oleh De Vries dalam Doliinger (1995) menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang sama kecilnya tidak berpeluang

untuk mendapat kemudahan tertentu menyebabkan mereka memberontak dan mencari satu alternatif bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin. Kajian ini disokong oleh Everette Hegen yang mendapati kedudukan status sosial yang rendah membuatkan ahli kumpulan bersikap memberontak dan dizahirkan dalam bentuk semangat keusahawanan bagi memperbaiki mobiliti ekonomi sosial mereka (Salleh,2003). Golongan kumpulan status bawahan ini merasa tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima sehingga menyebabkan pemberontakan yang bersifatkan semangat keusahawanan ini berjaya membawa kemajuan dalam kalangan golongan bawahan. Sementara itu, Gibbs (1972) pula mengemukakan model keusahawanan yang dikenali sebagai model pembangunan sosial. Model ini menerangkan proses dan perhubungan sosial yang dilakukan oleh seseorang yang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Model ini memerlukan kesungguhan, persiapan mental, fizikal, kewangan dan personaliti yang tertentu. Sementara itu, model yang diperkenalkan oleh Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan, iaitu faktor yang dorongan keusahawanan dan faktor situasi. Rajah 1 dapat menjelaskan model sosiologi kemunculan seorang usahawan.

Rajah 1 – Model Sosiologi Kemunculan Seseorang usahawan. DORONGAN KEPADA KEUSAHAWANAN Persepsi Dorongan Anjakan Negatif Status Imigran, Diberhentikan Kerja, Bosan, Marah, Krisis pertengahan umur, Bercerai, Kematian Pasangan. KEUSAHAWANAN Tempoh Peralihan Militari, Sekolah, Penjara Budaya/Nilai/Sikap, Keluarga, Rakan sekerja, Mentor, Rakan sebaya, Masyarakat CIRI SITUASI

Persepsi Kebolehlaksanaan Sokongan/ Bantuan, Demonstrasi, Model, Mentor, Rakan Kongsi, Peluang

Tarikan Positif Daripada rakan kongsi, mentor, pelabur, pelanggan Acara Aktiviti Keusahawanan Mengambil inisiatif, penggabungan sumber, Pengurusan sumber, Pengurursan organisasi, Menanggung risiko, Membuat perancangan.

Tolakan Positif Bapa, Kerjaya, Pendidikan, Pengalaman

Sumber : A. Shapero dan L.Sokol, „The Social Dimensions of Entrepreneurship, „ in C. Kent D. Sexton and K. Vesper, eds, Encylopedia of Entrepreneurship.

Merujuk kepada rajah 1 diatas, model tersebut mempunyai 4 faktor yang mendorong seseorang kearah keusahawanan. Iaitu : a) Anjakan Negatif Anjakan negatif bermaksud penyisihan seseorang atau kumpulan daripada masyarakat umum. Golongan ini biasanya tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung dalam hidupnya dan keadaan ini memerlukan mereka untuk lebih berdikari. Contoh yang jelas adalah seperti kecenderungan golongan imigran untuk menjadi seorang usahawan di Britain dan orang Asia yang menjadi usahawan di Australia.

Anjakan negatif juga boleh disebabkan oleh seseorang yang dibuang kerja akibat pengecilan saiz organisasi atau kemelesetan ekonomi yang boleh menyebabkan seseorang beralih kepada bidang keusahawanan. Bosan dengan pekerjaan sedia ada kerana terlalu rutin atau tiada autonomi juga merupakan salah satu bentuk anjakan negatif yang membuatkan seseorang beralih kepada bidang keusahawanan. Contohnya, ramai pengurus dan eksekutif yang meninggalkan pekerjaan mereka untuk menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar dan lebih bebas. Usahawan juga boleh muncul akibat krisis pertengahan umur, perceraian, dan kematian pasangan.

b) Tempoh Peralihan Seseorang yang berada antara kedudukan yang tertentu (tentu peralihan) juga lebih terdorong untuk menjadi usahawan. Seperti golongan imigran, mereka juga dianggap sebagai orang luar daripada masyarakat teras. Tiga contoh tempoh peralihan adalah antara kehidupan sebagai askar dengan orang awam, kehidupan pelajar dengan kerjaya dan kehidupan di penjara dengan orang bebas.

c) Tarikan positif Pengaruh positif yang dikenali sebagai tarikan positif juga mampu menarik seseorang membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan. Pengaruh ini boleh datang daripada bakal rakan kongsi, mentor, ahli keluarga, pelabur, pelanggan dan pembekal. Rakan kongsi menggalakkan seseorang itu untuk menjadi usahawan dengan tawaran untuk berkongsi modal, pengalaman, membantu kerja, dan mengurangkan risiko. Sementara mentor pula boleh meningkatkan keyakinan diri dan perasaan hormat seseorang. Mentor dan rakan kongsi juga boleh memperkenalkan seseorang usahawan kepada jaringan sosial dan ekodinamik bagi melancarkan perniagaan mereka. Terdapat juga hubungan yang kuat antara kerjaya atau latar belakang keluarga dengan pemilihan kerjaya usahawan. Terdapat kajian yang dijalankan yang menunjukkan ramai usahawan yang berjaya mempunyai keluarga yang terlibat dengan bidang keusahawanan. Pelabur dan bakal pelanggan juga mempunyai pengaruh terhadap seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan.

d) Tolakan Positif. Faktor-faktor tolakan positif ini termasuklah laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang untuk menjalankan kegiatan keusahawanan dan juga faktor pendidikan yang memberikan pengetahuan dan peluang untuk individu menjadi seorang usahawan. Faktor ini memberi tolakan positif kepada individu dan mendorong seseorang untuk menjadi usahawan. Pada bahagian kanan model ini menunjukkan ciri-ciri situasi yang dapat membantu seseorang menentukan perniagaan baharu dapat direalisasikan dengan jayanya. Dua faktor situasi itu ialah :

1. Persepsi dorongan Faktor yang mempengaruhi persepsi dorongan datangnya daripada latar belakang budaya seseorang, keluarga, sahabat handai, masyarakat atau mentor. Ini boleh dilihat bagaimana bangsa cina yang kebanyakannya menjadi usahawan kerana pengaruh budaya, keluarga dan masyarakat.

I.

Sosiologi pada zaman awal. Sejarah keusahawanan telah dirungkaikan mengikut struktur dan zaman dan abad

yang menceritakan tentang perkembangan yang berlaku dalam keusahawanan. Merujuk kepada sejarah keusahawanan zaman awal, kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar yang merupakan pegembara. Marco Polo merupakan seorang pegembara yang telah memperkenalkan istilah „go-between‟ di mana beliau cuba mewujudkan „laluan perniagaan‟ bagi menjual produk ke timur jauh. Dalam proses ini, pedagang menandatagani kontrak dengan pemilik wang kapitalis bagi menjual produknya (Ab. Aziz, 2000). Dalam konteks ini, pemilik wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar-saudagar pegembara. Saudagar sangat berperanan aktif dalam perniagaan yang dijalankan. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif, manakala pedagang pula terpaksa menerima risiko fizikal dan emosi. Dalam keadaan tertentu, pemodal mengaut keuntungan yang melampau daripada sistem riba sehingga menindas peniaga yang menjalankan perniagaan (Ab. Aziz, 2000).

II.

Sosiologi pada zaman pertengahan. Keusahawanan pada zaman pertengahan lebih menjurus kepada individu yang

menguruskan sesebuah perniagaan, individu ini akan menanggung semua risiko dalaman dan luaran yang dihadapi semasa mengendalikan perniagaan tersebut. Setiap perlakuan dalam

sebarang tindakan yang dilakukan dipengaruhi oleh sosiologi dan persekitaran yang berdekatan dengan pengurus tersebut (Salleh,2003). Hal ini boleh dijelaskan dengan situasi yang berlaku mengikut abad ke 17 dan 18 pada zaman pertengahan ini. Pada abad ke 17, menampakkan perubahan risiko yang dihadapi oleh usahawan. Usahawan semakin bijak dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mengembangkan perniagaan melalui kerjasama dalam kontrak yang ditandatagani secara bersama. Setiap hasil dan kerugian yang berlaku akan dibahagikan mengikut nilai perjanjian yang telah dipersetujui. Menurut Hisrich dan Peter (1998), mereka mengatakan bahawa, perkataan usahawan pertama kali digunakan adalah daripada Richard Cantillon pada 1975 dan beliau merupakan pengasas kepada istilah keusahawanan. Beliau juga mengatakan bahawa usahawan merupakan pengambil risiko ekonomi iaitu “buy at certain price-sell at certain price”. Merujuk kepada perkara tersebut, usahawan akan bijak menggunakan masa dan peluang untuk mendapatkan hasil serta potensi untuk mengembangkan prestasi diri seperti membuat unjuran kewangan dan analisis untuk kajian. Namun demikian, pada abad ke 18, keusahawanan pada abad ke 18 pula dilihat seperti interaksi antara individu yang mempunyai modal dengan individu yang memerlukan modal. Hal ini boleh dikalsifikasikan sebagai antara pelabur dan usahawan. Pemberi modal ini kenali sebagai (venture capitalist) yang merujuk kepada pengurus kewangan profesional yang membuat pelaburan lebih tinggi keatas pelaburan awal yang dibuat oleh seseorang usahawan dalam organisasi atau perniagaan yang dijalankan. Perkembangan sektor perindustrian yang pantas pada ketika itu mendesak usahawan untuk lebih berusaha merebut peluang dan memajukan perniagaan seperti mendorong usahawan untuk merekabentuk atau inovasi produk yang lebih baik dan berkesan. III. Pada abad ke 20.

Abad ke 20 merupakan akhir zaman pertengahan dalam sosiologi perubahan yang berlaku pada usahawan yang dianggap sebagai ejen kepada perubahan dalam melaksanakan penciptaan produk, proses atau sistem baru. Konsep perubahan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam memahami dengan lebih mudah proses perubahan yang berlaku pada ketika itu. Sebagai contoh, inovasi secara konseptualnya adalah mencipta sesuatu yang baru dan merupakan salah satu tugas yang berat kepada usahawan kerana memerlukan kebolehan dan keupayaan yang teguh dalam setiap hasil yang diperolehi. Keupayaan untuk melakukan inovasi merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh usahawan yang akan membezakan mereka dengan orang lain yang bukan usahawan. IV. Senario usahawan pada abad ke 21. Kepelbagaian kemahiran dan kecekapan perlu ada dalam diri seseorang usahawan bila berhadapan dengan situasi lebih mencabar pada abad ke 21. Terdapat dua sebab yang dikenalpasti tentang bagaimana isu cabaran yang dikatakan pada abad ke 21. Antara sebab tersebut adalah, usahawan perlu bijak dalam heterogeneti tenaga kerja yang semakin meningkat. Hetergeneti membawa maksud campuran daripada dua situasi yang dihadapi dalam masa yang sama tetapi perkara yang berbeza, seperti usahawan berhadapan dengan benyak masalah pada satu masa. Kedua adalah, apabila mempunyai tenaga kerja yang pelbagai, maka wujudlah kelebihan bersaing yang menjadi unjuran kepada usaha untuk memperkembangkan perniagaan. Keusahawanan pada abad ke 21 sudah menunjukkan bahawa usahawan perlu berhadapan dengan peningkatan teknologi. Usahawan perlu peka dan mempunyai minat untuk belajar dalam teknologi yang semakin canggih. Selain daripada itu, persaingan yang berlaku pada abad ke 21 ini lebih sengit dan kompleks. Para pekerja akan bersikap

lebih mendesak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Perkara ini juga menjadi cabaran kepada usahawan untuk bijak menagani apabila golongan pekerja mula mengambil tindakan yang drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah, mengadu ke kesatuan sekerja, malah mungkin akan meletakkan jawatan dan menyertai syarikat pesaing. Hal ini kerana, perkara ini merupakan mobiliti pekerja mengenai hak mereka yang fleksibel. V. Keusahawanan di Malaysia. Bidang keusahawanan telah mengalami evolusi dan perkembangan yang ketara di Malaysia jika dibandingkan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulu yang mengamalkan sistem barter. Hal ini di ikuti dengan penggunaan logam sebagai matawang dan seterusnya penggunaan matawang sebagai medium pertukaran sama ada jualan atau belian. Perkembangan keusahawanan di Malaysia sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) iaitu semasa pemerintahan British (1957-1970), kegiatan keusahawanan dikuasai oleh warganegara asing dan bukan bumiputera. Bumiputera majoritinya pada ketika itu terdiri daripada golongan petani dan nelayan yang hanya mempunyai Rm172 sebulan iaitu dibawah paras kemiskinan (Norasmah 2002). Bumiputera kurang melibatkan diri dalam sektor keusahawanan dibebakan oleh beberapa desakan seperti dasar „pecah dan perintah‟ yang diamalkan oleh pemerintahan british yakni bumiputera harus menjadi petani dan nelayan sahaja. Dasar yang dilaksanakan pada masa ini merupakan dasar ekonomi bebas iaitu bumiputera tidak diberi galakan dan latihan untuk menceburi bidang keusahawanan (Zaidatol, 1998). Oleh yang demikian, bumiputera tidak mendapat pengalaman, latihan mahupun modal untuk menceburi bidang keusahawanan. Berikut merupakan analisis

daripada laporan ekonomi 1973-1974 iaitu unjuran pendapatan purata di Malaysia pada ketika itu. Jadual 1.0 : Semenanjung Malaysia : Kadar kemiskinan dan pendapatan purata keluarga mengikut kumpulan etnik, 1970.

Sumber : laporan ekonomi 1973-1974

Jadual 2.0 : Semenajung Malaysia : Hak milik modal saham mengikut kumpulan etnik bagi syarikat berhad, 1970.

Sumber : Laporan ekonomi 1973-1974.

Terdapat banyak faktor lain yang membawa kepada perkembangan keusahawanan di malaysia. Menyedari hakikat bahawa mula wujudnya budaya keusahawanan dalam diri masyarakat Malaysia, maka penubuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). MPPB dilaksanakan bagi tujuan melahirkan masyarakat bumiputera yang mempunyai jatidiri, daya tahan, dan mampu bersaing dengan bangsa lain dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Selain itu, bagi meningkatkan lagi penglibatan bumiputera, maka kerajaan telah memperluaskan kegiatan agensi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Sebagai

tambahannya, penubuhan agensi baru juga dilaksanakan seperti Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan sebagainya. Dalam menyokong perkembangan keusahawanan ini juga, Kementerian

Pembangunan Usahawan dan koperasi (MECD) yang akan bertanggungjawab menyelia perkembangan bidang keusahawanan. Selain daripada itu, kerajaan telah menubuhkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang akan bertanggungjawab mengurus perkembangan keusahawanan di Malaysia dan berupaya mendedahkan bidang ini kepada golongan muda. Pelbagai program latihan berbentuk teknikal dan vokasional yang memberikan latihan keusahawanan dan menyediakan sumber kewangan yang diperlukan kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan. Bagi meningkatkan lagi perkembangan keusahawanan di Malaysia dan

memperbanyakkan penglibatan menyeluruh daripada kaum bumiputera dalam bidang ini, maka Dasar Pembangunan Negara (DPN) ditubuhkan pada 28 Februari 1991. Sementara itu, institusi pengajian tinggi juga turut menyediakan pelajar-pelajar yang dipimpin dapat membentuk remaja kepada budaya keusahawanan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2006: 15-16) seperti yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia iaitu menubuhkan Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) pada tahun 2009 yang kini

dikenali sebagai Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) (Sumber: Laman Web CEDI,UUM). Begitu juga dengan penubuhan Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC) pada 1980 di Universiti Teknologi Mara (UITM). (sumber: Laporan yang bertajuk „ Pengenalan kepada MEDEC‟, 1980). Tambahan lagi, media menjadi medium untuk menyampaikan maklumat kepada semua golongan masyarkat bumiputera khususnya untuk berminat menceburi bidang keusahawan di Malaysia sehingga kini. Pelbagai perubahan demi perubahan telah berlaku dalam perkembangan

keusahawanan di Malaysia, menurut Norhashim (1994), perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Namun demikian, wujud ketidak seimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Human (1992) mendapati penduduk bukan bumiputera tidak dapat menguasai sektor ekonomi sepenuhnya mneyebabkan DEB gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia, 2001). Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan bersama egensi sokongan kerajaan, pendapatan isirumah di Malaysia telah bertambah baik dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9. (Norasmah, 2009). VI. Kemahiran Keusahawanan dalam perniagaan Terdapat tiga domain kemahiran yang menjadi medium untuk usahawan khususnya di Malaysia yang dikenalpasti dapat membantu usahawan untuk mengurus dan menyelenggara perniagaan. Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM). Rajah 3 dibawah menunjukkan perkaitan antara tiga domain kemahiran utama dan kesannya kepada aktiviti perniagaan.

Rajah 2 : Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM)

TIGA DOMAIN KEMAHIRAN      

KOMPONEN

KESAN

PENGURUSAN

LOKASI PRODUK AGAMA HUBUNGAN PENGALAMAN UNDANG-UNDANG

PERMINTAAN TERHADAP PRODUK

PEMASARAN

   

HARGA KOMPETITF HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN PROMOSI PASARAN

JUALAN PRODUK

PENGURUSAN

  

AKAUN GAJI JUALAN

PENDAPATN PERNIAGAAN

Sumber : Muhammad Haron Husaini dan Khairul Anuar Ahmad, dalam Kemahiran Keusahawanan : satu kajian analisis kandungan buku-buku teks.)

Merujuk kepada rajah diatas, ikatan yang ditunjukkan antara ketiga-tiga domain kemahiran dianggap sebai kemahiran generik dan setiap domain mampu memberikan impak kepada permintaan terhadap produk, jualan dan pendapatan perniagaan. Harga yang

ditetapkan juga boleh mendatangkan kesan kepada permintaan dan selepas jualan dibuat, kemahiran dalam mengurus pendapatan perniagaan memberikan impak kepada prestasi keseluruhan perniagaan. Bagi mengukuhkan penguasaan dalam setiap domain berkenaan, para usahawan telah menceritakan langkah-langkah yang perlu dilakukan mereka terus berdaya saing dan bertahan dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif. Setiap cabaran yang dihadapi oleh usahawan perlu ditagani dengan bijak dan proaktif, daripada sejarah keusahawanan mengikut kronologi yang teratur dan juga penjelasan mengenai pembangunan usahawan di Malaysia sebenarnya dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang peluang-peluang sediaada dan penjelasan mengenai kaitan kepada sosiologinya iaitu situasi perubahan dan perkembangan sepanjang usahawan mula bertapak di bumi sehinggalah menjadi budaya keusahawanan khususnya di Malaysia.

Bibliografi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi - MECD lahir 20,000 usahawan baru pelbagai bidang. (2008, 1 Januari). Berita Harian, ms. 26. Longenecker, J. G., Moore, C.W., Petty, J.W. & Palich, L.E. (2006). Small business management: An entrepreneurial emphasis (13th ed.). Mason, OH: Thompson South-Western. Madura, J. (2007). Introduction to business. (4th ed.). Western. Mason, OH: Thompson South-

Miles, M.B. & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis (2ndEdition). Thousand Oaks: SAGE Publications. Strauss, A. & Corbin, J. (1998). Basics of qualitative research – Techniques and procedures for developing grounded theory (2nd ed). Thousand Oaks: SAGE. Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing individual level enterprising competencies. Kertas kerja yang dibentangkan di 17th Global Conference – Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 – 11 July, 2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of Technology. Gdansk: Poland. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Usahawan & Keusahawanan: Satu Perspektif Pendidikan.Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (1998). Keusahawanan & Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Scarborough, N. M & Zimmerer, T. W. (2006). Essentials of entrepreneurship and small business management. Upper Saddle River, NJ: Pearson/Prentice Hall. Aziz, A,(2003).Hubungan trait personaliti dengan kecenderungan keusahawanan di kalangan mahasiswa pentadbiran perniagaan UUM, Laporan Akhir PenyelidikanUniversiti,UUM. Yusof, A. A. (2003). Prinsip Keusahawanan, Edisi Pertama,Pearson Malaysia Sdn. Bhd, pp 59 – 61. Yusof, M. K. (2001). Locus of Control and Malaysian Entrepreneurship: A Survey of Literature. Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan & Perniagaan Kecil Anjuran Bersama Sekolah Pengurusan & Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia Kedah Darul Aman. Ibrahim, A. B. (1986). Perceived Courses Of Success In Small Business. American Journal Of Small Business 11(2): 41-49 Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di Sekolah Menengah. Disertasi Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Norhashim Nordin. (1994). Towards Strengthening Smis. The Bank Pembangunan Perspective. Kertas Kerja Dibentangkan Di 1st National Conference For Smis, Kuala Lumpur, Malaysia. Shahril Marzuki. (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1993). Preparation And Training Needs Of Teachers To Teach Entrepreneurship In Vocational Programs. Pertanika J Soc. Sci. Hum. 1(2): 123-132. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Dan Zakaria Kasa. (2000). Professional Traits Needed For Career Success: How It Relates To Education Of Future Workers. Journal Psikologi 14: 75-86. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd. Majid Konting, Ab. Rahim Bakar Dan A. Genevieve. (1998). Dasar Dan Strategi Program Peningkatan Keberkesanan Pendidikan Keusahawanan Untuk Abad Ke 21. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Pendidikan Keusahawanan: Pendidikan Keusahawanan Abad Ke-21. Selangor: Upm, Serdang.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Dan Habibah. (1997). Keusahawanan Dan Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din et al (2005). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur. Thomson Learning.

Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Petaling Jaya. Prentice Hall.

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat (2007). Keusahawanan: Teori dan praktis. Kuala Lumpur. McGraw-Hill Education.

Prof Madya Dr Mohamed Dahlan Ibrahim (2003). Modul: Teori dan falsafah keusahawanan. Diperolehi daripada laman web dunia:http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache: qGIpgyh2iQJ:www.moe.edu.my/rnd/simulasi/LAP7/NOTA/Teori%2520%2520%26 %2520Falsafah%2520Keusahawanan.ppt+proses+pewujudan+dan+pengembangan+p erniagaan+secara+berterusan+dan+menyumbang+kepada+ekonomi+sesebuah+negara & pada Mac 15, 2011.

Scribd (2010). Definisi Usahawan dan Keusahawanan. Diperoleh daripada laman web dunia: http://www.scribd.com/doc/13744679/Definisi-Usahawan-Dan-Keusahawanan pada Mac 15, 2011.

Scribd

(2011). Keusahawanan. Diperoleh daripada laman web dunia: http://www.scribd.com/doc/13301579/PP2-KEUSAHAWANAN pada Mac 15, 2011.

Slideshare (2011). Asas Keusahawanan. Diperoleh daripada laman http://www.slideshare.net/wanbk/bab-1-2994262 pada Mac 15, 2011.

web

dunia:

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful