P. 1
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2010 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar KWAPM

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2010 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar KWAPM

|Views: 693|Likes:
Published by kit_y08

More info:

Published by: kit_y08 on Apr 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

.

.

.

2. pakaian seragam sekolah. Garis Panduan KWAPM 1 . Bantuan Persekolahan telah dipinda nama kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB). Menengah = 400 2007 (RM) 200 Sek. Rendah = 300 Sek.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan. Menengah = 600 Jenis Bantuan Bantuan Persekolahan Bantuan Am 2. LATAR BELAKANG 2. Rendah = 500 Sek.3 Bermula tahun 2008.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003. peralatan sekolah. Bantuan Persekolahan dan bantuan latihan dan bimbingan. 2.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007 seperti Jadual berikut: TAHUN 2006 (RM) 200 Sek. TUJUAN 1.GARIS PANDUAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 1.

2 Selaras dengan keputusan tersebut. Garis Panduan KWAPM 2 . PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH 3.3 ICU.177/174/1Klt.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil. Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil.3.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut. 3. murid yang layak menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 4. JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan UPP:BPK.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2009.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/ projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. TAFSIRAN 4.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). 3. Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah (KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR).2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.

4. pencen. Garis Panduan KWAPM 3 .3. 4. 5.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau swasta seperti Pungutan Zakat.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja.3.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman. 4. Murid 5. nafkah. dokumen permohonan pengesahan kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) boleh diguna pakai. Bagi murid Orang taraf Asli/Penan.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan. pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia. dan 4.3. royalti. pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat 4. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM A.4.3.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumbersumber berikut: 4. faedah dan dividen.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan dengan bilangan Isi Rumah.

KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 5. Sehingga kini.3 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.00 sebulan. PGK Nasional yang diguna pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti berikut: Kategori (Lokasi/Murid) Semenanjung Malaysia Sarawak Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita * Miskin RM720 bulanan/RM180 perkapita RM830 bulanan/RM190 perkapita RM960 bulanan/RM200 perkapita Miskin Tegar RM430 bulanan/RM100 perkapita RM520 bulanan/RM115 perkapita RM540 bulanan/RM110 perkapita Nota: * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa. tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan 5.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU).4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa.2 5. Garis Panduan KWAPM 4 .5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/ swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan KWAPM. mereka tidak layak dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU oleh KPM sebanyak RM150. 5.5.

00 RM1.7 Murid yang bertukar tidak ke layak Maktab Rendah Sains MARA KWAPM (MRSM) adalah menerima bantuan kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM.251.20 Sarawak RM190.00 RM1.00 RM1.251.251 / 6 = RM208.25 Sabah & WP Labuan RM200.251.251 / 12 = RM104. 5. Perkiraan Perkapita 5.00 6 = RM1. B.251 / 6 = RM208.00 6 = RM1.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut: MURID LAYAK Kriteria Kelayakan Perkapita Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bilangan Isi Rumah Pengiraan Perkapita Semenanjung RM180.50 Garis Panduan KWAPM 5 .00 RM1.50 Sabah & WP Labuan RM200.00 5 = RM1.25 MURID TIDAK LAYAK Kriteria Kelayakan Perkapita Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bilangan Tanggungan Pengiraan Perkapita Semenanjung RM180.251.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH.251.00 10 = RM1.5.00 12 = RM1.251 / 10 = RM125.00 RM1. pihak sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem tersebut.00 12 = RM1.00 RM1.251.251 / 12 = RM104.251 / 5 = RM250.10 Sarawak RM190.

6. JENIS DAN KADAR BANTUAN 6.00 setahun (RM50. 1. Kelayakan Murid Miskin Jenis Bantuan Kadar Bantuan Sekolah Rendah: RM 200.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: RM 300. Jenis Bantuan Bantuan Am Persekolahan (Pakaian seragam sekolah.00 setahun dan *BB = RM500.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut: Bil 1. peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid) Cara Agihan a) Masuk ke akaun murid.00 setahun (RM25.00 setahun dan *BB = RM300.00 sebulan x 10 bulan) BAP dan BB 2. atau b) Barangan.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: BAP = RM 300.00 setahun (RM60.00 setahun dan *BB = RM250.00 setahun (RM30.00 setahun dan *BB = RM600.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Rendah: BAP = RM 200. atau c) Tunai Garis Panduan KWAPM 6 .1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut: Bil. Miskin Tegar BAP dan BB * Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM.6.

2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH. Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah berdaftar dengan eKASIH. atau b) Tunai * Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus 6. murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran terlebih dahulu. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga murid berkenaan. Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin Tegar (MT). kemalangan dan kesihatan. mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www. 7.my.gov. 7. TATACARA PERMOHONAN 7. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas itu. Pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.2.ekasih. * Bantuan Bulanan (Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid) a) Masuk ke akaun murid. Garis Panduan KWAPM 7 .3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah seperti bencana alam.

Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan). pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid. 8. pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1).2 Ketua Kampung (sekiranya berkaitan). 7.1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang tunai.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah). 8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH 8.2. ii. dan iii. Garis Panduan KWAPM 8 . Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah adalah seperti berikut: 8. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut: i. data penerima KWAPM akan diambil daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem eKASIH.3 Bagi murid Orang Asli.7.

2 Bahagian Kewangan.3 Jawatankuasa Pengurusan mematuhi Bantuan kriteria peringkat dan sekolah yang bertanggungjawab peraturan ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam sistem eKASIH. dan 8. 8. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan.2. 8. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 9.2.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima bantuan berdasarkan senarai penerima.8. KPM. pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah). 9. KPM akan menghantar surat kepada JPN untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/PPD. Garis Panduan KWAPM 9 . 9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH.2. 8.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas. urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat.

Pihak sekolah boleh memilih kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut : Garis Panduan KWAPM 10 .4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Resit Rasmi Pejabat (RP. tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah. Resit Kew. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan. 9.5 Minit Mesyuarat tersebut . Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan secara tunai.9. 9.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan. 9. KPM serta direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM. selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa.6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. sekolah adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil. 9.“Tiada caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan”. KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain .01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank.Peruntukan KWAPM.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.1/2006 bertarikh 25 Januari 2006 di para 3.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank.

dan Insurans Takaful.8. 9.8.00. 5/2009 – Bayaranbayaran Tambahan Persekolahan : - 9.8.1.001.1 9.8.2 9.7. Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.8.6 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1.2 Pengeluaran wang dari RM2.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2.1. atau 9.1.000.1 Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi.1.2 Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kertas Ujian Dalaman. 9. 9. Sukan Tahunan Sekolah.1.9.4 Kokurikulum. Garis Panduan KWAPM 11 .8.8.3 Pengeluaran wang melebihi RM10.000.3 9.7. atau 9.000.7.00 boleh dibuat oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring.5 9. 9.8.00 hingga RM10.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru.

√ - - √ . 4.Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal.Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru. - √ √ - .1 Bagi murid yang bertukar sekolah.PPD baru akan uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. . .PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid.10.Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. . 3.PPD asal pindahkan peruntukan ke akaun PPD baru. MURID PINDAH SEKOLAH 10. Garis Panduan KWAPM 12 . - √ - √ Nota: .PPD asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru.Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. . .Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan. . Sekiranya murid tidak dapat dikesan. PPD hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa. prosedur berikut perlu dipatuhi: Sekolah Asal Bil Ada KWK √ Tiada KWK - Sekolah Baru Ada KWK √ Tiada KWK Tindakan 1. 2.

1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan. Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan seperti laporan polis.2. 12. 11.000. permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang berlaku dalam tahun semasa sahaja. laporan perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai. manakala 11.1 Bagi kes-kes kecemasan. Garis Panduan KWAPM 13 . Kementerian Pelajaran Malaysia” sebelum 31 Oktober tahun semasa.2 Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut: 11.2. KPM dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C).000. 11.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai.1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang RM10.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117). KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan.11. Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan. KES-KES KECEMASAN 12. LEBIHAN PERUNTUKAN 11.

1. ii) KIR tidak hilang punca pendapatan (Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak menyebabkan hilang punca pendapatan).3 Bagi kes-kes di atas.12. had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk seperti jadual berikut:- Bil. Jenis Bencana Hilang Punca Pendapatan Tidak Hilang Punca Pendapatan Had Kelayakan Pendapatan < RM1.500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem eKASIH ** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung KWAPM 12.500 * Mengikut kadar Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Bantuan Am Persekolahan √ Bantuan Bulanan ** √ 2. 12.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis: i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan (Contoh: KIR meninggal/sakit tenat menyara keluarga/hilang upaya.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan. √ X Nota: * RM1. tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam). ibu yang tidak berupaya yang ditinggalkan. KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut: Garis Panduan KWAPM 14 .

b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD.2 Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. 13. KPM untuk pertimbangan dan kelulusan khas.a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/ PPD. Garis Panduan KWAPM 15 . c) Laporan Polis. PENUTUP 14. 14. dan f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan). e) Sijil Kematian (jika berkaitan). KELULUSAN KHAS 13. d) Laporan perubatan (jika berkaitan).1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan. 14.1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah.

KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis ke alamat berikut:- Setiausaha Bahagian.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM. Blok E12. Kementerian Pelajaran Malaysia. Parcel E.14. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. (u. Bahagian Kewangan.p: Cawangan Bantuan) Garis Panduan KWAPM 16 . 62604 PUTRAJAYA. JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan. Aras 6-7.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->