P. 1
Konsep Psikologi Dan Psikologi Pendidikan

Konsep Psikologi Dan Psikologi Pendidikan

|Views: 108|Likes:
Published by rajaIPSAH

More info:

Published by: rajaIPSAH on Apr 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2013

pdf

text

original

KONSEP PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Situasi: Ketika keputusan SPM diumumkan, ada Calon menangis walaupun dapat 9A, ada yang berasa begitu gembira walaupun mendapat 3A. Cuba bincangkan .

Maka, sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Psikologi ialah sains yang mengkaji

tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung.

Kajian secara nyata atau overt merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contoh: cara kanak-kanak belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung atau covert adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya.

c. i. e. h. d. Meramal tingkah laku yang mungkin timbul dalam satu-satu situasi. b.Tujuan mengkaji psikologi: a. j. f. g. Menilai tingkah laku manusia Memahami perbezaan individu Memahami keperluan fisiologi dan psikologi manusia Memahami gangguan tingkah laku Memahami faktor pembentukan sahsiah Memahami faktor pembentukan konsep kendiri . Memahami tingkah laku manusia Membentuk tingkah laku yang diingini Mengawal tingkah laku yang tidak diingini.

KONSEP-KONSEP ASAS PSIKOLOGI: Naluri Keperluan Desakan motivasi .

2. ‡ 1. 8.NALURI ialah kuasa semula jadi biologi yang mendorong sesuatu organisma untuk bertindak mengikut satu-satu cara. Jenis-jenis naluri Naluri ingin tahu Naluri melarikan diri Naluri ingin berkumpul Naluri ingin meniru Naluri ingin berlawan Naluri mencari makan Naluri keibubapaan Naluri kejantinaan Naluri meminta pertolongan Naluri memperagakan diri Naluri merendahkan diri Naluri ingin meruntuh dan membina . 9. 10. 6. 4. 12. 5. 7. 11. 3.

Ia adalah kompleks dan agak kekal. 4.CIRI-CIRI NALURI 1. Ia wujud secara semula jadi dan bukan dipelajari. Kewujudannya bukan disebabkan oleh sebarang rangsangan. 2. 3. 5. Ia adalah hasil baka atau pun diwarisi. Tingkah laku yang wujud hasil daripada naluri adalah sama bagi semua ahli sesuatu kumpulan atau spesies. .

. 3. minuman dan oksigen. Ciri-ciri desakan: 1. 4. Ia tidak kekal dan akan hilang sebaik sahaja keperluan fisiologi dipenuhi. 2. Ia wujud akibat kekurangan keperluan fisiologi. Kadar desakan meningkat jika keperluan fisiologi tidak dipenuhi. Sebaliknya ia akan terhapus sebaik sahaja keperluan fisiologi dipenuhi. Desakan biasanya akan mendorong seseorang itu bertindak.Desakan ialah keadaan kekurangan keperluan atau ketegangan yang akan bertambah kurang atau terhapus sebaik sahaja keperluan itu dipenuhi. iaitu makanan.

Keperluan fisiologi adalah keperluan makanan atau minuman. Keperluan psikologi adalah keperluan keselamatan.Keperluan ialah suatu kekurangan (sama ada dari segi fisiologi atau psikologi) yang dihendaki seseorang individu agar dia dapat berfungsi dengan berkesan. . kasih sayang. penerimaan dan Penghargaan.

Ia tidak kekal. minuman.Ia merupakan satu keadaan yang wujud disebabkan satu-satu kekurangan tidak dipenuhi.keperluan asas. 3. penerimaan. Ciri-ciri keperluan: 1. oksigen. . . 2. 4. tidur dan sebagainya. penghargaan dan kebenaran diri.Ia boleh disebabkan kekurangan fisiologi ataupun kekurangan psikologi. iaitu keperluan makanan. berehat.Ia bukannya keadaan semula jadi.keperluan sekunder seperti keperluan keselamatan.Jenis-jenis keperluan: . kasih sayang.

Tingkah laku yang wujud menuju ke arah pencapaian matlamat.Urutan Motivasi keperluan ‡ desakan ‡ insentif ‡ ganjaran Motivasi atau penggerakan ialah kecenderungan organisma untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh suatu insentif. .

Motivasi tidak diwarisi. . 5. 2. 4. semakin tinggilah motivasinya. Semakin kuat keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu. 3. Motivasi tidak wujud secara semula jadi.CIRI-CIRI MOTIVASI: 1. Aras motivasi berbeza daripada seorang individu kepada individu yang lain. Motivasi mendorong ke arah pencapaian matlamat. Motivasi boleh diwujudkan oleh keperluan fisiologi atau keperluan psikologi.

Psikologi Pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku manusia yang berkaitan dengan pendidikan serta prinsip yang membolehkan pembelajaran meningkat. Pengetahuan tentang psikologi pendidikan akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.memahami pelajar-pelajarnya di bilik darjah .memahami peringkat-peringkat perkembangan yang mereka lalui dan caracara alam sekitar membentuk sahsiah serta memupuk minat mereka .memahami kebolehan pelajar-pelajarnya . .

memahami cara membantu pelajar-pelajar memperoleh pembelajaran yang maksimum .memahami cara pelajar-pelajar belajar .memahami proses-proses yang digunakan oleh pelajarnya dalam pemikiran serta penyelesaian masalah ..

proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak .pembelajaran di bilik darjah .perbezaan individu .perkembangan manusia .Perkara-perkara yang dikaji oleh ahli psikologi pendidikan: .cara-cara menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran .

Dengan ini dapatlah dia meningkatkan pengajarannya serta pembelajaran pelajar. Dengan pemahaman seperti ini guru dan pentadbir sekolah dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajajr-pelajar.Psikologi pendidikan membekalkan pengetahuan tentang perkembangan manusia.KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU 1.Psikologi pendidikan dapat membekalkan guru dengan pengetahuan. Dengan itu. . 3. Keupayaan mereka untuk memahami sesuatu yang abstrak dan rumit juga meningkat. proses pembelajaran berubah.Psikologi pendidikan dapat menyediakan pengetahuan tentang keperluan pelajar. kemahiran dan sikap yang berguna dalam pendidikan. Ketika pelajar-pelajar meningkat umurnya. psikologi pendidikan dapat membantu guru menentukan kesesuaian strategi pengajaran. 2.

Ini bermakna tindakan diambil berdasarkan maklumat. . 6. minat dan bakat pelajar dapat dikesan. Pendidikan dalam psikologi pendidikan akan menghasilkan maklumat serta data baru yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 5. data serta pemerhatian yang objektif. Pengetahuan dalam bidang psikologi pendidikan membolehkan guru bertindak secara saintifik. Melalui psikologi pendidikan. Guru dapat membantu pelajar membuat perancangan kerjaya masing-masing.4.

emosi dan rohani.7. 8 Psikologi pendidikan membantu guru bimbingan memahami masalah peribadi serta masalah pembelajaran para pelajar. Psikologi pendidikan membolehkan seseorang individu meramal serta mengawal tingkah laku pelajar-pelajar. 9. Psikologi pendidikan mendedahkan kepada guru betapa kuatnya pengaruh baka dan persekitaran ke atas perkembangan pelajar dari segi mental. jasmani. .

gaya pembelajaran serta cara memproses bahan pembelajaran. . Melalui psikologi pendidikan. Psikologi pendidikan membekalkan pengetahuan tentang perbezaan setiap kanak-kanak sama ada dari segi mental. sikap. minat dan motivasi.10. Psikologi pendidikan membantu guru memahami strategi penyelesaian masalah. cara-cara yang berkesan untuk menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran dapat dikenal pasti. 12. 11.

FAEDAH PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1. guru dapat merancang strategi pengajaran yang berbeza untuk pelajar=pelajar yang berlainan. 2. minat serta bakat pelajar yang berlainan. semakin tinggi keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah yang lebih abstrak dan rumit. Setelah memahami proses perkembangan manusia. Semakin meningkat umur pelajar. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan pelajar setelah dia memahami kebolehan. 3. guru dapat menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sejajar dengan peringkat kognitif pelajar-pelajar. Setelah mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. .

4. Ia dapat melatih dan memahirkan guru membuat rumusan dan hipotesis serta berfikiran luas semasa menyelesaikan masalah pelajar. 6. Ini bermakna usaha pencegahan boleh dilakukan sebelum satu-satu masalah itu timbul. Pengetahuan psikologi pendidikan dapat membantu guru meramal serta mengawal tingkah laku pelajar-pelajar. Pengetahuan psikologi pndidikan dapat membantu guru mengubah tingkah laku pelajar yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diharapkan oleh masyarakat. 5. .

Psikologi pendidikan dapat melengkapi guru dengan cara ²cara untuk memotivasikan pelajar dalam pembelajaran. guru dapat berusaha ke arah memenuhinya. 9. Ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk bergiat serta mengalami keadaan emosi yang lebih stabil. Pemahaman seperti ini membolehkan guru menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling yang lebih berkesan. 8. Pengetahuan psikologi pendidikan dapat membantu guru memahami pelajar-pelajar secara mendalam. Dengan mengkaji keperluan fisiologi dan psikologi pelajar-pelajar. .7.

12. guru dapat membantu pelajar membentuk konsep kendiri yang positif. bakat dan keperluan. Setelah memahami perbezaan pelajar individu dari segi kebolehan. teknik serta sumber pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa. minat. guru dapat menyesuaikan kaedah. Penyelidikan dalam bidang psikologi pendidikan membekalkan data serta maklumat baru yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar. Dengan itu. . 11.10. Ia membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar.

KONSEP PSIKOLOGI PERKEMBANGAN Psikologi perkembangan merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa pralahir hingga dewasa. .

Perkembangan mental yang akan menentukan bila masanya seseorang kanak-kanak boleh membaca atau mengira. . 4. Perkembangan emosi yang akan menentukan bila seseorang itu boleh mengawal perasaannya agar tidak cepat hilang akal. 3.ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN YANG BIASANYA DIKAJI: 1. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal. Perkembangan motor yang membolehkan seseorang kanak-kanak berjalan dengan betul atau memegang gunting atau krayon. 2.

Menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik agar pelajar-pelajar ingin menyertainya. 3. 4. menarik serta menyeronokkan.Menyediakan pelajaran yang mencabar.TUJUAN MENGKAJI PSIKOLOGI PERKEMBANGAAN 1. 2.Mengelolakan jenis aktiviti kumpulan yang membolehkan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. .Mengelolakan aktiviti fizikal yang secocok dengan kematangan atau kesediaan psikomotor murid-murid.

Memeringkatkan kandungan pelajaran agar sejajar dengan kematangan dan kesediaan mental pelajar-pelajar yang berbeza.Menyediakan sumber pembelajaran yang berbeza dengan tujuan untuk memenuhi kesediaan mental dan psikomotor pelajar yang berbeza. 8.Memberi layanan individu mengikut kematangan atau kesediaan belajar muridmurid. 7.5. . 6.Menyediakan bahan pelajaran yang berbeza serta secocok dengan kebolehan dan minat pelajar.

KONSEP PSIKOLOGI PEMBELAJARAN . Proses pembelajaran 4. ASPEK-ASPEK PMBELAJARAN YANG DIKAJI: 1. Prinsip pembelajaran 3. Jenis pembelajaran 5.Psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Teori pembelajaran . Ciri pembelajaran 2.

2. guru dapat menjamin pengajarannya akan dapat mencapai objektif yang ditetapkan. . Dengan ini.Konsep proses pembelajaran menarik perhatian tentang motivasi pelajar.Dengan berlandaskan prinsip pembelajaran. 3. guru akan berusaha untuk memotivasi pelajarnya sebelum memulakan satu-satu pelajaran.Ia membantu guru menyediakan bahan pelajaran yang boleh mendatangkan pembelajaran yang berkesan.TUJUAN MENGKAJI PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 1.

6. Guru dapat memeringkatkan pelajarannya agar mudah difahami serta diingati muridmurid. 5. Guru dapat menyediakan jenis-jenis aktiviti susulan yang dapat meneguhkan satu-satu aspek pelajaran yang telah disampaikan. 7. Guru dapat menyusun pelajaran mengikut tahap kesediaan murid-murid.4. . Guru dapat menyediakan sumber atau alat bantu mengajar yang menarik serta berguna bagi murid-muridnya.

8.Guru menyedari bahawa hasil yang baik hendaklah dipamerkan agar dapat dicontohi murid-murid lain. 9. 10.Guru akan menyedari peri pentingnya penggunaan set induksi untuk merangsangkan murid-murid sebelum pelajaran bermula. Guru akan berusaha untuk menggunakan pujian dan peneguhan dalam pengajarannya. . 11. Guru menyedari yang pembelajaran arah kendiri adalah penting untuk kanak-kanak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->