P. 1
Isu-Isu Dalam perlembagaan

Isu-Isu Dalam perlembagaan

1.0

|Views: 884|Likes:
Published by arinarodzi

More info:

Published by: arinarodzi on Apr 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/01/2014

pdf

text

original

1.

0

PENDAHULUAN

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintah negeri. Manakala dari sudut istilah pula bererti satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.1 Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada pemerintahan dan pentadbiran negara serta memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting kepada sesebuah negara terutamanya kepada aspek pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Hal ini adalah untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua pihak. Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepada corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, perlembagaan turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan telah memastikan segala urusan yang membabaitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya rakyat kerana kebiasaannya perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan serta pandangan warganegara itu sendiri. Maka wajarlah di Malaysia, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia juga turut berperanan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Perkara-perkara seperti agama, bahasa, kewarganegaraan dan hak keistimewaan bumiputera telah menjadi punca keuntuhan hubungan etnik di Malaysia. Namun begitu, dalam mencapai keharmonian dan kesepakatan daripada pelbagai etnik bagi mendapat persetujuan ketika menggubal perlembagaan, pelbagai cabaran telah dihadapi oleh masyarakat di Malaysia. 2.0 SEJARAH TERBENTUKNYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman telah terpilih sebagai Ketua Menteri Pertama setelah memenangi pilihanraya pertama pada tahun 1955. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Beliau telah mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk Negara.

1

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 788

1|P ag e

Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah diketuai oleh Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingan itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan dikenali sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuaan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.

3.0

CABARAN-CABARAN

DALAM

PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

YANG

TELAH

DIPERSETUJUI BERSAMA Kontrak Sosial Menyentuh soal perkara yang telah dipersetujui bersama dalam perlembagaan Malaysia , isu yang tidak boleh dikesampingkan ialah kontrak sosial. Kontrak sosial merujuk kepada persepakatan antara Melayu dan bukan Melayu dalam memelihara kepentingan bangsa masing-masing dan kemudian menjadi asas merangka Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka2. Secara lebih spesifik, kontrak sosial ini merujuk kepada persetujuan dalam kalangan pemimpin moderat dalam UMNO, MCA dan MIC berkait soal agama, bahasa, kewarganegaraan dan kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi negara ini dalam perlembagaan Malaysia3. Perjuangan nasionalisme Melayu yang menentang Malayan Union sepanjang 1946 yang menghakis kuasa, kedudukan dan kedaulatan sultan serta menentang pemberian longgar kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada penduduk Tanah Melayu menunjukkan semangat cinta akan tanah air yang kuat dalam kalangan nasionalisme Melayu. Namun, imigrin
2 3

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_%28Malaysia%29

Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 47

2|P ag e

Cina dan India yang mahu menetap di Tanah Melayu mencabar pendirian nasionalisme Melayu ini. Bagi kaum Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu, mereka menganggap Tanah Melayu merupakan leluhur mereka, tetapi mereka tidak mengetepikan jati diri mereka sebagai orang Cina dan India. Orang Cina dan India menuntut kewarganegaraan Tanah Melayu tetapi mereka masih mempersoalkan pemberian hak istimewa kepada orang Melayu dan masih keberatan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Bagi mereka, Hak Istimewa Orang Melayu dilihat bercanggah dengan demokrasi serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menyebabkan bahasa ibunda mereka diketepikan. Dalam kalangan pemimpin Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu mencari jalan mendamaikan kepentingan-kepentingan bertentangan supaya matlamat untuk mengecapi kemerdekaan di Tanah Melayu akan tercapai. Pihak Inggeris sudah menetapkan bahawa sekiranya Tanah Melayu ingin menjadi sebuah negara yang merdeka, maka penduduk Melayu dan bukan Melayu hendaklah mengadakan kerjasama politik. Hal ini bermakna, setiap kaum harus bertolak ansur antara satu sama lain untuk mengecapi kemerdekaan ini. Dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC sedar bahawa tuntutan-tuntutan ini hanya boleh diselesaikan sekiranya wujud dialog dan rundingan meja bulat. Parti Perikatan yang merupakan gabungan ketiga-tiga kompenan parti utama pelbagai kaum ini merupakan landasan terbaik untuk merealisasikan hasrat mencapai kemerdekaan memandangkan parti Perikatan ini telah menang besar dalam pilihan raya Persekutuan 1955. UMNO di bawah Tun Abdul Rahman dan MCA di bawah Tun Tan Cheng Lock sepakat untuk menghasilkan satu persefahaman untuk mewujudkan kontrak sosial. Tolak ansur dalam kontrak sosial ini bermula dengan keputusan UMNO yang mengubah pendirian dalam pemberian kewarganegaraan kepada penduduk imigran bukan melayu seperti mana yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu sebelum ini. Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, orang Melayu yang tinggal menjadi rakyat Raja-Raja Melayu dan rakyat British di negeri-negeri Selat secara automatik menjadi warganegara persekutuan. Namun , bagi kaum imigran yang ingin menjadi penduduk Tanah Melayu, mereka perlu memenuhi syarat kewarganegaraan yang lebih ketat dan bukannya berdasarkan prinsip jus soli. Namun, selepas kemenangan dalam pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah menilai semula perjanjian ini dan mewujudkan kesefahaman baru yang memberi syarat 3|P ag e

kewarganegaraan yang baru dengan menyatakan bahawa kewarganegaraan tidak hanya terbatas kepada rakyat Raja-raja Melayu sahaja tetapi kepada sesiapa yang lahir dan bermastautin di Tanah Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga telah dipersetujui tanpa meminggirkan bahasa lain yang boleh digunakan untuk pembangunan kaum-kaum tersebut tetapi mengkehendaki bahasa Melayu menjadi salah satu mata pelajaran wajib di setiap sekolah dan kurikulum pembelajaran mestilah berasaskan tanah melayu. Persepakatan ini kemudian telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Anggota Suruhanjaya Reid dianggotai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jennings, yang dilantik oleh kerajaan United Kingdom, Sir William Mckell yang dilantik kerajaan Australia, Mr. B. Malik yang dilantik kerajaan India dan Mr. Justice Abdul Hamid yang dilantik oleh kerajaan Pakistan. Perlantikan mereka telah dipersetujui oleh DYMM Ratu United Kingdom dan DYMM Raja-raja Melayu4. Apa yang dipersetujui dalam rundingan tiga pihak ini diterima oleh parlimen Inggeris dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Akhirnya, kontrak sosial ini telah diterima pakai dalam penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang kekal sehingga ke hari ini. Tidak dapat dinafikan, bahawa masih terdapat tentangan dalam perlaksanaan kontrak sosial ini sehingga ke hari ini. Ada sesetengah pihak yang mempersoalkan persetujuan dalam kontrak sosial ini. Mereka mahukan kontrak sosial ini dirunding semula kerana mereka katakana bahawa kontrak sosial ini berat sebelah dan member keutamaan kepada kaum Melayu berbanding kaum Cina dan India. Oleh itu, timbul pelbagai propaganda yang boleh menghancurkan keharmonian negara sekiranya isu ini tidak dipandang secara serius. Maka, cabaran-cabaran yang timbul selepas wujudnya perlembagaan perlu diperhalusi dan dicari jalan penyelesaian supaya isu ini tidak mengundang malapetaka kepada negara seperti mana terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. 3.1 Cabaran dalam Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera 3.1.1 Cabaran daripada Malaysian Chinese Association (MCA) 1958 Dari masa ke semasa, kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum kemerdekaan sering dipersoalkan terutama kontrak sosial yang melibatkan pemberian keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera. Dalam kalangan bukan Melayu,
4

En Zainur Zakaria Perhimpunan Melayu Perak 2010

4|P ag e

mereka tidak dapat menerima pemberian hak-hak ini kepada orang Melayu yang dianggap sebagai satu pembahagian yang tidak adil. Mereka mencadangkan agar kontrak sosial 1957 ini dikaji semula dengan mengambil kira senario politik yang kian berubah selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan. Cabaran awal terhadap ketuanan Melayu dapat dilihat ialah sekitar Pilihan Raya Umum 1959. Cabaran ini datangnya dari Malaysian Chinese Association (MCA) yang bertukar kepimpinan. Pada pemilihan MCA pada Mac 1958, Dr. Lim Chong Eu telah dipilih sebagai presiden MCA mengalahkan Tun Tan Cheng Lock 5. Dr. Lim dianggap radikal dalam memperjuangkan kepentingan orang Cina. Diane K Mauzy yang merupakan antara jawatankuasa baru MCA di bawah pimpinan Dr. Lim telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk Barisan Nasional, Coalition Government in Malaysia berjaya mempengaruhi kepimpinan MCA untuk mengkaji semula apa yang telah dipersetujui oleh parti itu sewaktu menuntut kemerdekaan 6. Secara lebih khusus, mereka mahu agar dasar berkaitan bahasa dan pendidikan disemak semula dan menuntut agar dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dikaji semula. Segala tuntutan ini sebenarnya mencabar UMNO yang pada masa itu merupakan parti utama dalam Perikatan yang rata-ratanya dianggotai oleh orang Melayu. Dr. Lim yang taksub memperjuangkan kepentingan bangsanya, telah menulis sepucuk surat yang rahsia kepada Tunku Abdul Rahman yang meminta agar dasar-dasar bahasa dan pendidikan dikaji semula disamping menuntut agar parti MCA diberi 40 kerusi dalam pilihanraya 1959. Namun, belum pun rundingan ini dibincangkan, Dr. Lim telah membocorkan surat rahsia ini kepada akhbar dan perbuatan Dr Lim ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman berang kerana mendedahkan tuntutan ini kepada umum dan menunjukkan bahawa surat tersebut merupakan bukti niat MCA untuk keluar dari Perikatan. Perbuatan Dr. Lim ini menyebabkan beliau dipecat sebagai presiden MCA apabila cadangan Tunku Abdul Rahman supaya semua golongan radikal dalam MCA dipecat. Beliau bertindak keluar parti pada tahun 1961 dan menubuhkan parti United Democratic Party (UDP).

5

Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 99 Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 99

6

5|P ag e

Tindakan Dr Lim dan sekutunya merupakan antara penentangan awal yang berlaku terhadap kontrak sosial dan ketuanan melayu yang telah dipersetujui bersama. Perkara ini akan mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan Melayu yang lantang untuk mempertahankan hak dan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu sebagaimana yang telah dipersetuji. Tindakan Dr. Lim ini tidak wajar memandangkan Tanah Melayu itu di diami oleh pelbagai kaum dan majoritinya kaum Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu. Secara konklusinya, Dr Lim dilihat sebagai individu yang terlalu mementingkan hak kaumnya. Beliau melihat negara ini sebagai satu medan untuk merampas tampuk kepimpinan daripada pemerintah. Sifat radikal yang dipertontonkan menggambarkan niat buruk Dr. Lim yang ingin memecah belahkan perpaduan yang dibina. Beliau masih tidak memahami Perkara 153 dalam perlembagaan yang membicarakan soal Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dengan tajuk Perezapan quota mengenai perkhidmatan awam, permit dsb untuk orang-orang Melayu. Perkara 153(1)

menjelaskan bahawa ³adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di mana-mana negeri Sabah dan Serawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini´ 7. Dr Lim perlu memahami perkara 153 ini yang menyatakan hak istimewa orang Melayu di bawah bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong. Dr Lim yang cuba mempertikai perkara ini seolah-olah bertindak biadap dan derhaka kepada sultan yang menjadi penaung kepada orang Melayu. Tindakan pemecatan beliau daripada parti MCA yang bergabung dengan kerajaan untuk membina kerajaan adalah wajar supaya benih-benih radikalisme tidak dapat disemai.

7

Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 99

6|P ag e

3.1.2

Cabaran daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Isu hak istimewa orang Melayu ini diisytihar sebagai isu sensitif yang tidak harus

dibagkitkan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hasutan 19718 tetapi sampai sekarang perkara ini terus dibangkitkan secara senyap atau terang-terangan. Berita Harian 1 September 2004 melaporkan tindakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang mengemukakan usul mendesak kerajaan mempercepatkan pemansuhan kategori Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam negara. Alasan bahagian Gerakan ini kononnya untuk membentuk negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum. Bagi Gerakan, mereka menganggap pemansuhan ini merupakan satu usaha murni kerana ingin melahirkan satu bangsa Malaysia tanpa mengira mereka adalah Cina, Melayu, India, Dayak, Kadazan, Iban dan sebagainya. Apabila usul ini diselami, perbuatan ini sebenarnya cuba mempersoalkan hak istimewa orang Melayu. Mengikut pandangan kumpulan ini, dengan mewujudkan kategori yang membeza-bezakan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, selagi itulah usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum negara ini tidak akan berkesan dan terus menghadapi kesulitan. Menurut Parti Gerakan , perpaduan yang diinginkan hanya akan wujud sekiranya rakyat Malaysia menikmati peluang yang sama dalam segala kegiatan seperti ekonomi yang merangkumi perniagaan, perdagangan, dan perindustrian. Tindakan Parti Gerakan ini telah mencabar Perkara 153 yang termaktub dalam perlembagaan yang memberi hak dan keistimewaan kepada orang Melayu dalam beberapa bidang. Contohnya, Perkara 153 (6) menjelaskan ³ jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan apa-apa tret atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undangundang persekutuan yang ada, maka Yanag di-Pertuan boleh menjalankan tugas-tugas dibawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau member apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang di atas pemberian lesen dan permit itu, sebagaimana yang dikehendaki bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit dan lesen itu untuk orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Sabah dan Serawak sebagaimana yang
8

Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.

7|P ag e

difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna´ 9. 153(6) ini menjelaskan bahawa kuasa dalam menentukan pembahagian dalam ekonomi orang Melayu tertakluk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong dan semua pihak tidak boleh mempertikaikannya. Hak istimemewa orang Melayu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tindakan Parti Gerakan yang mempertikai hak eksklusif orang Melayu ini telah mencabar kedudukan Sultan sebagai ketua kepada orang Melayu. Pertikaian ini bagaimanapun telah senyap seketika apabila Presiden Gerakan iaitu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik meminta ahli Gerakan memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan dan menghormati hak istimewa orang Melayu. Beliau menyatakan penting bagi setiap kaum Cina untuk menghormati hak istimewa ini kerana kedudukan ekonomi orang Melayu belum mantap dan ketinggalan berbanding pencapaian kaum bukan bumiputera. Walaupun nasihat daripada Presiden ini seolaholah meredakan seketika keadaan dan desakan kaum Cina, tetapi sebenarnya isu ini akan terus dibangkitkan mereka kerana selagi hak ini kekal dinikmati mereka, hasrat untuk memerintah negara ini akan terus terkubur. 3.1.3 Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura dan Perkara 153 Punca 13 Mei adalah cukup mudah iaitu sikap kaum Cina terhadap Perkara 153 Perlembagaan Malaysia . Amnya kaum Cina tersangat benci kepada Perkara 153. Bagi masyarakat Cina Perkara 153 meletakkan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar kerana Perkara 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Perkara ini mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan
9

Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 90

8|P ag e

awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu ² kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia. Sebutlah apa perbalahan kaum antara Melayu dengan Cina, baik di Sungai Manek, Batu Pahat Rusuhan Maulud Nabi di Singapura dalam tahun 1964 , dengan kemuncaknya pada 13 Mei di Kuala Lumpur; atau carilah punca terbakarnya semangat cauvanis dan ethno-centric Cina yang diklimakskan dengan Operasi Lalang ² Perkara 153 Perlembangaan Malaysia adalah puncanya cuma, kaum China tidak berani berterus terang menyebutnya tetapi menyerang secara sipi. Antara punca berlakunya peristiwa pada tahun 1964, ialah Sentimen perkauman di Singapura dibangkitkan melalui berbagai cara. Pada 12hb.Julai 1964, UMNO mengadakan persidangan yang disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di Singapura. Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agong UMNO di Malaya. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari kerajaan PAP memandangkan mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi material. Beliau telah menggesa orang-orang Melayu supaya bersatu bagi menghadapi layanan yang tidak adil ini. Utusan Melayu, akhbar Melayu di Malaya, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang terkemuka, juga sering menyuarakan pendirian yang sama di dalam penerbitan mereka, dan ia telah menuduh PAP sebagai menghina dan cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu di Singapura 10. Tidak mudah bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengawal pertambahan elemenelemen perkauman di dalam UMNO kerana beliau akan dilihat sebagai tidak menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Sebelum itu saban hari terdapat tuduhan-tuduhan dari Indonesia yang mengatakan bahawa beliau telah menjual bangsa Melayu kepada saudagar-saudagar Cina dan India di Malaysia. Selepas rusuhan kaum, Tunku memberi pendapat bahawa ianya disebabkan oleh pengabaian yang terlalu lama orang-orang Melayu Singapura, dengan merujuk perkara berikut sebagai contoh, orang-orang melayu telah dipaksa keluar dari rumah-rumah milik mereka untuk memberi jalan kepada pembangunan rumah-rumah pangsa baru dan lain-lain.'
10

MM (2001) Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura : http://lamankm2b.tripod.com/cgibin/m/KM2A1/4564.html

9|P ag e

MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke arah kebangkitan suasana perkauman. Menterinya di dalam kerajaan, Khaw Kai Boh, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya, mendakwa bahawa kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di Singapura. Pendirian PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Singapura, yang dibayangkan. Tindakan ini diambil oleh PAP memandangkan kaum Cina merupakan majoriti kaum yang tinggal di Singapura. Mereka beranggapan hanya kaum cina layak untuk tinggal dan mendapat keistimewaan di Singapura. Parti PAP dibawah pimpinan Lee Kuan Yew pada 27 April 1965 telah mengadakan satu konvensyen untuk membentuk United Opposition Front yang memperjuangkan Malaysia Malaysian yang memberi hak sama rata kepada semua kaum tidak kira dalam bidang ekonomi ataupun bidang-bidang lain. Secara manisnya, slogan ini dilihat sebagai satu ungkapan yang manis, sebaliknya ia merupakan satu cubaan untuk menafikan hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang terkandung dalam Perkara 153. Pada 9 Mei 1965, sekali lagi PAP telah menjalankan satu konvensyen Perpaduan Malaysia yang semakin menyatukan orang Cina untuk terus memusuhi orang Melayu. Tindakan Lee Kuan Yew ini tidak disenangi UMNO terutama Jaafar Albar dan pemimpin MCA iaitu Tan Siew Sin dan Senator T.H Tan Mencadangkan perpisahan Singapura dari Malaysia. Akhirnya pada 9 Ogos 1965, parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang perpisahan Singapura dengan rasminya keluar dari Malaysia dan menubuhkan republic 11. Sekali lagi, orang Melayu telah selamat daripada cubaan orang Cina untuk menafikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Namun nasib orang Melayu di Singapura seperti telur di hujung tanduk kerana mereka menjadi kaum minoriti dan tiada kuasa sebaliknya kaum cina yang dahulunya imigren merampas hak dan menakluki sebuah negara pulau bernama Singapura.

11

Singapura - Kenapa Keluar dari Persekutuan Malaysia? http://www.ehoza.com

10 | P a g e

3.1.3

Sistem Meritokrasi dan Hak Istimewa Orang Melayu Meritokrasi merujuk kepada satu sistem sosial yang menyanjung tinggi

kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat, keturunan, kaum dan agama. Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di negara kita, Malaysia. Pengambilan para pelajar ke sekolah berasrama penuh adalah berdasarkan pencapaian mereka di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kaedah ini dianggap sesuai oleh semua pihak memandangkan kekosongan yang ada di sekolah berasrama penuh dan universiti-universiti tempatan adalah terhad12. Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam(IPTA). Orang Melayu umumnya membantah sekeras-kerasnya jika sistem meritokrasi ini dilaksanakan. Sebenarnya tanpa mereka sedari sistem ini telah diguna pakai sejak lama dahulu. Jika kemasukkan pelajar bukan berdasarkan kecemerlangan (meritokrasi) dalam akedemik mereka,cara apakah yang kita gunakan sekarang?.Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata. Namun, penggunaan sistem ini seolah-olah memberi lebih peluang kepada kaum buka melayu terutama kaum Cina untuk memasuki universiti dan mengurangkan bilangan pelajar Melayu di universiti. Hal ini terjadi kerana kebanyakkan pelajar Melayu tinggal di kawasan perkampungan yang mempunyai taraf infrastruktur yang rendah berbanding kaum cina dan india yang tinggal di kawasan bandar yang mana para pelajarnya lebih berkualiti dihasilkan memandangkan kemudahan infrastruktur pendidikan yang lebih teratur. Sekiranya sistem meritokrasi ini terus diamalkan, peratusan pelajar melayu dan bumiputera di sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti akan berkurangan dan dipenuhi kaum bukan melayu.

12

al-misri, Bagaimana Sistem Meritokrasi dalam Pendidikan Membezakan Individu, http://almisri.blogspot.com/2007/12/bagaimana-sistem-meritokrasi-dalam.html

11 | P a g e

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana menurut perlembagaan perkara 153 yang membicarakan hak istimewa orang melayu terdapat satu fasal iaitu fasal 8A yang membicarakan tentang kemasukkan pelajar melayu ke universiti dan pusat-pusat pengajian lain. Perkara 8A menyebut, ³walau apa pun yang terkandung salam perlembagaan ini, jika dalam sesuatu university, maktab dan yayasan pelajaran yang member pelajaran selepas sijil pelajaran Malaysia, atau setaraf dengannya, bilangan tempat ke universiti, maktab dan yayasan itu kepada calon-calon untuk kursus pengajian ialah kurang daripada calon yang berkelayakan , bagi tempat-tempat iru, maka sahlah bagi Yang di-Pertuan Agong, menurut perkara ini memberi apa-apa arahan

sebagaimana yang dikehendaki kepada pihak berkuasa bagi mennetukan rezap sesuatu kadar daripada tenpat-tempat itu bagi orang Melayu dan Bumiputera dan mana-mana negeri Sabah dan Serawak«13´ 3.2 Cabaran-cabaran di dalam isu kewarganegaraan Malaysia sebelum tahun 1948, kita tidak mempunyai undang-undang

kewarganegaraan yang khusus. Pada masa itu, yang ada hanyalah undang-undang mengawal kemasukan orang-orang asing keluar masuk dalam negara ini sahaja.14 Keadaan ini berlaku kerana dasar pemerintahan British yang membuka pintu negara ini seluas-luasnya kepada orang-orang asing. Dasar tersebut dikenali sebagai Dasar Pintu terbuka. Sebelum Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948, Pemberian kewarganegaraan sebenarnya telah muncul dalam Malayan Union yang diistiharkan pada 1 April 1946 namun, ianya mendapat tentangan daripada kaum Melayu. Hal ini kerana Perlembagaan Malayan union itu telah memberikan kewarganegaraan kepada semua kaum berdasarkan prinsip jus soli. Hal ini ditentang keras oleh kaum Melayu kerana mereka berasa yang mereka telah ditipu oleh pihak British. Syarat-syarat kerakyatan dalam prinsip jus soli begitu longgar jika diteliti. Antara syarat-syarat yang terdapat dalam prinsip jus soli ialah:

14

Perlembagaan Persekutuan (Jun 2009), Selangor: International Law Book Services ,Hlmn 113 Mohd Salleh Abas (2006). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 266.

13

12 | P a g e

a) Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura selepas penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 diterima sebagai warganegara Malayan Union. b) Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun dari 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. c) Sesiapa yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura tetapi bapanya menjadi warganegara Malayan Union d) Sesiapa yang telah bermastautin lima hingga lapan tahun, mempunyai tingkah laku yang baik, fasih berbahasa Inggeris dan Melayu dan mengaku taat setia kepada Malayan Union.15

Kewarganegaraan Malayan Union yang longgar ini dilihat akan memberikan hakhak yang sama kepada kaum bukan Melayu. Syarat kerakyatan berdasarkan jus soli ini dilihat terlalu longgar sehingga membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu masih lagi meragui taat setia orang Cina dan India pada waktu itu kerana sebelum Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme mereka masih lagi terarah kepada negara asal masing-masing. Sekiranya Malayan Union dilaksanakan, dianggarkan bahawa kira-kira 85 peratus orang cina dan 75 peratus orang India akan mendapat taraf kewarganegaraan di Tanah Melayu. Jika orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu, keadaan ini akan menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. Situasi ini dianggap berbahaya untuk kedudukan ekonomi, politik dan masa depan orang Melayu. Berikutan penentangan yang hebat daripada orang Melayu terhadap Malayan Union antaranya dalam soal pemberian kewarganegaraan secara liberal berasaskan prinsip jus soli, pelaksanaannya terpaksa dimansuhkan. Sebagai ganti, diperkenalkan pula warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang dikuatkuaskan mulai 1 April 1948. Taraf kewarganegaraan orang bukan Melayu dalam gagasan baru ini diberi secara lebih ketat bergantung kepada tempoh pemastautinan mereka di Tanah Melayu. Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu kemudiannya diliberalkan syarat-syaratnya pada tahun 1952. Di bawah undang-undang baru itu pemberian kewarganegaraan automatik diperluaskan dan perolehan kewarganegaraan secara

Mahdi Shuid, Suzani Osman & Sazlina Othman (2007). Teks Pra-u STPM Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : PEARSON MALAYSIA SDN BHD hlm 207.

15

13 | P a g e

pendaftaran dan naturalisasi dilonggarkan berbanding sebelum ini. Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dipinda inilah yang menjadi asas kewarganegaraan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya kewarganegaraan Malaysia apabila Persekutuan yang lebih besar ditubuhkan pada 16 September 1963.16 Mengikut perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang, terdapat empat kaedah untuk seseorang menjadi warganegara Malaysia iaitu kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, masukan dan percantuman wilayah.17 3.2.1 Hak keistimewaan orang Melayu dipersoalkan Setelah mendapat kewarganegaraan, terdapat segelintir daripada orang-orang yang bukan Melayu yang cuba mempersoalkan tentang hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Terdapat pihak tertentu membangkitkan peruntukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun hak keistimewaan ini diisytiharkan sebagai isu sensitif yang tidak harus dibangkitkan sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Hasutan 1971, ia tidak pula menjadi penghalang perkara ini terus dibangkitkan. Sebaliknya, setelah mereka mendapat keistimewaan dengan perolehan taraf warganegara di negara ini, banyak pula isu yang cuba dipersoalkan dan ditimbulkan oleh orang bukan Melayu ini terutamanya daripada kaum Cina. Kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan kesaksamaan daripada pihak kerajaan. Sebagai contohnya, terdapat usaha daripada satu bahagian Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), iaitu sebuah parti komponen Barisan Nasional telah mengemukakan usul mendesak pihak kerajaan agar mempercepatkan pemansuhan kategori Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam negara. Alasan bahagian Gerakan ini kononnya adalah untuk membentuk negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya pemanhaman terhadap Perkara 153 dalam perlembagaan yang membicarakan soal Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dengan tajuk Perezapan quota mengenai perkhidmatan awam, permit dsb untuk orang-orang Melayu. Perkara 153(1) menjelaskan bahawa ³adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan orang Melayu dan
Chamil Wariya (2010). Asas Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Media Global Metrik, hlm 53. Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2009). Perlembagaan Persekutuan. Selangor : International Law Book Services hlm 8
17 16

14 | P a g e

Bumiputera di mana-mana negeri Sabah dan Serawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini´. Persoalan dan pertikaian yang cuba ditimbulkan oeh kaum lain terhadap Perlembagaan itu tidak seharusnya berlaku. Tindakan mencabar perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan hanyalah akan mendatangkan kesan yang buruk sahaja. Hal ini kerana perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan di negara ini adalah memelihara kepentingan semua warganegara tanpa mengira kaum. Perkaraperkara yang temaktub dalam Perlembagaan ini juga adalah perkara yang telah disepakati bersama iaitu setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak, bukan daripada kaum melayu semata-mata. Jadi, seharusnya ianya tidak dipertikaikanlah oleh mana-mana pihak di negara ini. Kaum bukan Melayu dan bukan bumiputera prrlu ingat, kewarganegaraan yang mereka dapat sekarang bukanlah suatu hak, tetapi ianya adalah suatu keistimewaan. Dalam erti kata lain, dengan kewarganegaraan inilah yang membolehkan mereka bergerak bebas dalam negara ini, boleh hidup selesa dan seterusnya dapat menjadi pengundi. 3.2.2 Keistimewaan kewarganegaraan yang tidak sama Sebelum ini ada dijelaskan bahawa apabila seseorang itu mendapat taraf menjadi warganegara di negara ini mereka bebas untuk bergerak kemana-mana sahaja dalam negara ini. Namun terdapat sedikit perbezaan di antara kebebasan bergerak antara penduduk negeri-negeri di Tanah Semenanjung dengan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Hal ini adalah disebabkan oleh perjanjian yang telah dibuat antara negeri-negeri tanah Melayu dengan negeri-negeri borneo. Sepatutnya memang seseorang warganegara itu berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah negeri dalam negara ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri pun. Tetapi, disebabkan negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam keadaan yang khas oleh pembentukpembentuk Malaysia, maka Perlembagaan telah memberi kuasa kepada Parlimen supaya dapat mengenakan sekatan-sekatan ke atas kebebasan warganegara dalam hal itu yang terkandung dalam dalam Perkara 9 Fasal 3 dalam Perlembagaan Malaysia.

15 | P a g e

Mengikut Akta Imigresen 1963, seseorang warganegara Persekutuan iaitu penduduk Tanah Semenanjung yang hendak pergi ke Sabah atau ke Sarawak hendaklah terlebih dahulu mendapatkan permit atau pas.18 Mereka yang terdiri daripada senarai di bawah ini dikecualikan daripada syarat tersebut iaitu : a) Warganegara itu ialah orang negeri tersebut; b) Anggota kerajaan Persekutuan, misalnya Menteri dan sebagainaya; c) Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah bagi negeri-negeri Borneo, atau orang yang ditetapkan menjalankan tugas-tugas hakim bagi mahkamah tersebut, anggota suruhanjaya atau anggota majlis yang dilantik oleh Perlembagaan Malaysia atau pelembagaan negeri-negei Borneo; d) Anggota perkhidmatan awam Persekutuan atau negeri-negeri Borneo atau anggota-anggota perkhidmatan awam bersama; e) Orang yang hendak pergi ke negeri Borneo untuk menjalankan tugas politik yang sah dan f) Orang yang dikehendaki pergi ke negeri itu oleh kerajaan Persekutuan buat sementara sahaja untuk menjalankan tanggungjawab kerajaan dari segi Perlembagaan dan pemerintahan. Selain daripada mereka yang disebut di atas, seseorang warganegara yang hendak pergi ke Sabah atau ke Sarawak, mereka memerlukan pas atau permit. Jika diteliti, peraturan yang telah ditetapkan ini hanyalah menyekat kebebasan orang Semenanjung yang hendak berkunjung ke negeri Borneo dan hanyalah akan mengehadkan kebebasan bergerak di dalam negara mereka sendiri. Orang yang berada di Semenanjung juga akan merasakan bahawa peraturan yang telah ditetapkan itu adalah tidak adil dan berat sebelah. Hal ini adalah kerana orang-orang Borneo yang hendak datang ke Tanah Semenanjung tidak pula memerlukan permit atau pas seperti yang dikenakan ke atas orang Semenanjung yang hendak masuk ke sana. Situasi ini seterusnya akan menyebabkan terdapat rasa tidak puas hati di sebelah pihak orang semenanjung kerana mereka berasa seperti orang asing di negara sendiri walaupun telah mempunyai taraf kewarganegaraan yang sah.

18

Mohd Salleh Abas (2006). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 240.

16 | P a g e

3.3

Cabaran-cabaran di dalam isu pendidikan di Tanah Melayu Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu boleh

dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pertama; pendidikan Inggeris rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua; sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh Inggeris dengan matlamat untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibubapa mereka. Pihak Inggeris juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Al-Quran. Pada peringkat ini, tiada sekolah menengah Melayu. Peringkat ketiga; sekolah vernakular Cina dan Tamil. Sekolah Cina ini dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri. Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman sistem pendidikan vernakular juga dapat
19

dilihat

daripada sudut

kurikulum, sukatan mata pelajaran

serta orientasi

matlamatnya . Bagi pendidikan aliran Cina dan Tamil, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya adalah berasaskan negara asal mereka. . Penetapan lokasi sekolah yang berbeza juga (Melayu di perkampungan, Cina di pekan atau bandar, dan India di estet) menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk perkauman yang terpisah dari segi interaksi sosial, di mana hubungan antara kaum tidak akrab, meskipun keadaan sosialnya aman. Kewujudan sekolah vernakular masih menjadi pertikaian beberapa pihak. Sekolah ini kononnya menunjukkan bahawa bangsa Melayu gagal mendaulatkan bahasa di tanah air sendiri. Justeru hal ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pihak terbabit dan ini adalah salah satu punca meletusnya ketidak sefahaman antara pelbagai kaum. Walaubagaimanapun pada era pasca merdeka, sistem pendidikan negara telah berubah kepada satu corak baru yang berorientasikan unsur-unsur tempatan. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk

berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Ia penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat membentuk identiti kebangsaan Malaysia.

Kandungan kurikulum yang berbeza menyebabkan wujud fahaman politik yang berbeza dan tiada penyatuan. Sebagai contoh, selepas Revolusi 1911 di China, pengaruh unsur-unsur politik negara China telah diserap masuk dalam sekolah Cina di Tanah Melayu. Begitu juga sekolah Melayu dan India yang juga mempunyai fahaman sendiri.

19

17 | P a g e

Usaha

ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak

sebelum

merdeka

lagi

khususnya melalui dua laporan iaitu Laporan Razak tahun 195620 dan Laporan Rahman Talib tahun 1960. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Lebih jauh daripada itu, dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dengan Bahasa Inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi. Walau bagaimanapun pucuk pimpinan Parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip-prinsip seperti pertama; sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Kedua; oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; dan prinsip yang ketiga; pendekatan dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara China dan India (John Lowe, 1960). Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap Penyata Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 adalah melalui proses musyawarah telah secara langsung mengiktiraf penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga mempunyai motif ekonomi yang tersirat. Perkara ini tercatat dalam laporan jawatankuasa Barnes tahun 1951, antara lain menegaskan untuk menggalak dan membolehkan etnik Melayu mendapat kedudukan dalam jabatan-jabatan tertentu. Walaupun Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirangka berasaskan Laporan Razak, kemudian diperkukuhkan oleh Laporan Rahman Talib dan perlaksanaannya dibuat menerusi Akta Pelajaran 1961 dipersetujui secara consensus, tetapi ada kalangan bukan Melayu yang secara terus-menerus mempersoalkan dasar itu terutamanya berkait dengan masa depan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Ini kerana Akta Pelajaran itu

20

Tujuan dan maksud Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah dijadikan landasan yang kukuh untuk mencapai matlamat perpaduan Negara, dijelaskan oleh Laporan Pelajaran Razak 1956, yang mengatakan: .dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

18 | P a g e

terdapat satu peruntukan yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukar manamana sekolah rendah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan pada bila-bila masa saja sekiranya beliau merasakan pertukaran itu dirasakan perlu dibuat. Walaupun sebelum ini tidak pernah Menteri Pelajaran berbuat demikian, tetapi dalam kalangan masyarakat Cina ada kebimbangan bahawa menteri akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjadikan sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menjadi sekolah kebangsaan. Mereka berpendapat sekiranya hal itu terjadi, maka peluang untuk generasi bukan Melayu untuk mempelajari bahasa mereka terhapus. Kerana itu, dari masa ke semasa soal kuasa menteri yang diperuntukkan dalam Fasal 21 (2) Akta Pelajaran 1961 kerap kali ditimbulkan. Nyata selagi peruntukan itu dipertahankan masyarakat Cina masih tidak berpuas hati, walaupun jaminan sudah banyak kali diberikan, baik oleh Menteri Pelajaran yang ada, mahupun oleh menteri-menteri pelajaran sebelum ini, yang kerajaan tidak akan sesuka hati menggunakan kuasa menukar sekolah rendah jenis kebangsaan itu. Secara beransur, bermula pada Julai 1969, kerajaan telah melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan. Pada masa yang sama, golongan bukan Bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah pendidikan. Oleh yang demikian, masyarakat Cina masih mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina. Namun begitu, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini penting untuk memastikan perpaduann dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.

3.4

Cabaran-cabaran dalam isu kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara,

Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembgaan di bawah Perkara 159 (5). Selain kedudukan Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan, terdapat tiga lagi peruntukan yang tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja iaitu agama Islam sebagai agama 19 | P a g e

rasmi, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan soal kerakyatan. Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan. Contohnya, definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160 (2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10 (4) yang turut meletakkan bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Meskipun begitu, Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikian tidak harus dipraktikkan secara zalim dan mneyekat bahasa lain. Inilah yang dapat dikatakan apabila fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152 diteliti. Fasal 1 (a) dan (b) umpanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ianya tidak dalam konteks kegunaan rasmi. Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam beberapa tahun tahun kebelakangan ini sahaja undang-undang dan dasar-dasar tertentu yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan dan persoalan yang sangat serius tentang kesasihan telah timbul. Tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan kekeliruan. Selain itu, kelemahan dan kealpaaan pelaksanaan Perkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri. Isu sebegini hendaklah ditangani dan diambil tindakan oleh pihak mahkamah kerana para hakim telah diwajibkan oelh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan. Dalam memperkatakan isu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, suara perkauman tidak seharusnya dilaungkan bersama. Bahasa Melayu adalah bersifat supraetnik iaitu mengatasi batas etnik penutur asalnya yang walaupun secara harfiah namanya berkait rapat dengan orang Melayu yang hakikatnya bukan lagi bahasa mutlak orang Melayu sebaliknya adalah bahasa kepunyaan bersama semua rakyat di Malaysia. Adalah satu pandangan yang amat sempit apabila melihat bahasa Melayu sebagai hak istimewa orang Melayu. Ini kerana hak istimewa orang Melayu adalah imbangan kepada penerimaan keturunan lain yang bukan bumiputera untuk menjadi rakyat negara ini sementara peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah proses pembinaan sebuah 20 | P a g e

negara bangsa. Hambatan psikologi sebegini seharusnya ditinggalkan dari batas bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu. Pilihanraya 1969 menyaksikan pihak parti Perikatan menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu. Bagaimanapun, rakyat bukan Melayu ternyata kurang senang dengan kedudukan Bahasa Melayu. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan bagi urusan rasmi selama 10 tahun iaitu sehingga 1967. Jadi, menjelang tahun 1967, timbul soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bangsa Malaysia. Pilihanraya pada 12 Me1 1969 ternyata dihadapi oleh semua pihak dengan penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa atau budaya penduduk bukan Melayu menjadi topikhangat dalam kempen pilihanraya. Malah, rakyat bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkiatan politik, bahasa dan budaya kebangsaan. Natijahnya, undi bagi parti Perikatan telah susut sebnayak 10 peratus dan parti Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Penyokong Gerakan dan DAP meraikan ³kemenangan´ mereka dengan mengadakan ³pesta´ di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan ³pesta´ bagi meraikan kejayaan. Dengan ini, tercetuslah peristiwa 13 Me1 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu padu. Krisis 13 Mei ternyata membawa perubahan drastik pada polisi kerajaan atau pemerintah. Perpaduan nasional, toleransi antara kaum, usaha menghapuskan jurang perkauman dan seumpamanya menajdi agenda utama rakyat dan kerajaan. Pada tahun 1970, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan di mana bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi kebangsaan mula dikenali sebagai bahasa Malaysia. Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan dengan cogan kata ³Bahasa Jiwa Bangsa´. Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Polisi Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni kerajaan dan rakyat Malaysia menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Ini adalah satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebgai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama.

21 | P a g e

Pada tahun 1998, terdapat usaha menafikan kewujudan dan kesahihan istilah Bahasa Malaysia dan kononnya hanya istilah Bahasa Melayu sah digunakan di Malaysia. Isu ini dimulakan oleh seorang editor di sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air. Jika kewujudan istilah Bahasa Malaysia cuba dinafikan oleh mana-mana pihak, nescaya konflik 13 Mei akan berulang dan golongan berjiwa Malaysia dan para sasterawan tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan semangat kebangsaan dan perpaduan nasional.

4.0

Kesimpulan Konklusinya, dapat diperkatakan bahawa walaupun mendapat persetujuan diantara

semua kaum di Tanah Melayu bagi membentuk perlembagaan Malaysia namun masih wujud rasa tidak puas hati dengan perlembagaan tersebut. Hal ini dapat dilihat daripada cabarancabaran di dalam isu-isu panas yang melibatkan ketiga-tiga kaum di negara ini. Antara isu-isu yang hangat dibahaskan tersebut ialah isu hak keistimewaan orang Melayu yang telah myebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina. Disamping itu juga, kesan daripada penjajahan British yang telah membentuk sistem pendidikan di negara ini telah memberikan kesan kepada ketiga-tiga kaum di negara ini. Hal ini telah menyebabkan isu pendidikan iaitu tertubuhnya Sekolah Kebangsaan telah menyebabkan kaum Cina dan India tidak berpuas hati. Walaupun sistem pendidikan sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Kebangsaan Tamil masih dikekalkan namun mereka masih perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di sekolah mereka. Oleh yang demikian, walaupun telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia namun rasa tidak puas hati itu masih wujud. Akhirnya, bagi memuaskan hati semua pihak, perlembagaan Malaysia perlu dilihat semula serta perlu memikirkan mengenai hak ketiga-tiga kaum di negara ini bagi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia.

22 | P a g e

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->