P. 1
Nota CTU151

Nota CTU151

5.0

|Views: 32,651|Likes:
Published by Azfar Zack

More info:

Published by: Azfar Zack on Apr 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/22/2014

pdf

text

original

Sections

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, isu kewarganegaraan adalah isu

yang cukup mencabar. Perlembagaan mengiktiraf faktor jus sanguinis (by birth)

atau menjadi warganegara kerana faktor kelahiran, tetapi dengan kematangan

politik pemimpin negara, faktor jus soli atau pengiktirafan warganegara secara

undang-undang (by act of law) juga dapat diterima. Kematangan politik melalui

musyawarah dan perundingan telah dapat menyelesaikan pelbagai isu di dalam

negara berdaulat Malaysia.

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu jati

diri kebangsaan bagi warganegaranya. Asas-asas kebangsaan tersebut telah sedia

ada seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa

(1967). Namun selepas Tragedi 13 Met 1969, satu dasar ekonomi diperkenalkan,

dengan nama Dasar Ekonomi Baru (1971) untuk digunakan sebagai instrumen

atau wahana perpaduan kaum dan negara. Dasar kebudayaan kebangsaan (1971)

dan Rukunegara (1971) juga antara wahana untuk mencapai perpaduan kaum.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) sudah diterima sebagai dasar negara untuk

mewujudkan jati diri tersebut. Dasar ini menyatakan bahawa, kebudayaan

kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini,

Islam sebagai agama yang universal ialah teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-

nilai yang baik dari budaya lain akan diambil kira. Dasar ini telah mengambil kira

bahawa imej atau ciri kebangsaan mestilah ciri kemelayuan, iaitu ciri yang sudah

sebati dengan wilayah budaya rantau ini. Dasar ini tidak pula melarang budaya-

budaya lain untuk berkembang atau dipertontonkan kepada orang luar.

175

Rukunegara (1971) telah dirangka sebagai ideologi negara agar rakyat Malaysia

memiliki sistem nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama.

Prinsip-prinsip tersebut ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja

dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan

kesusilaan. Prinsip-prinsip tersebut dilihat universal, tetapi memiliki unsur

setempat. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Kepelbagaian tersebut adalah merupakan suatu kekuatan bukannya suatu

kelemahan. Lantaran itu setiap kepelbagaian perlu diikat dengan prinsip-prinsip

yang dapat diterima oleh semua pihak untuk menyatupadukan mereka.

Cabaran Dalam Aspek Pendidikan

Akta Pendidikan (1961) yang kemudiannya mendasari Dasar Pendidikan

Kebangsaan; Akta Bahasa Kebangsaan (1967); Dasar Kebudayaan Kebangsaan

(1971) dan Rukunegara (1971); merupakan akta dan dasar yang tidak dapat

dipisahkan daripada keseluruhan roh dan falsafah yang termaktub di dalam

perlembagaan negara. Keseluruhan dasar-dasar tersebut merupakan instrumen

yang menyumbang kepada pembinaan bangsa Malaysia dan Tamadun Malaysia

khususnya dari segi sosiobudaya dan sosiopolitik. Keseluruhan dasar-dasar

tersebut dimantapkan pula dengan proses penerapan nilai-nilai Islam di dalam

pentadbiran negara. Islam terus memainkan peranan penting di dalam pembinaan

Tamadun Malaysia dan dikemukakan sebagai alternatif kepada sistem sekular

Barat. Kekuatan sistem nilai Islam, yang berpaksikan ketauhidan, sama ada nilai

sosial politik dan budaya berasaskan prinsip 'pertengahan' yang selaras dengan

konsep Konfucius Chun Yung dan konsep etika Aristotles The Golden Mean,

telah terbukti dari segi sejarah mengukuhkan dan memantapkan jati diri serta

176

identiti Melayu dan kemelayuan. Kekuatan inilah yang mengukuhkan Tamadun

Melayu sebagai asas Tamadun Malaysia.

Cabaran Dalam Aspek Ekonomi

Tamadun Malaysia kini dibina di atas asas modenisasi, khususnya dari segi

infrastruktur. Kelangsungan Tamadun Melayu di dalam Tamadun Malaysia

bertitik tolak kepada usaha-usaha untuk memodenkan orang Melayu dari segi

ekonomi khususnya. Disebabkan kepintaran penjajah menyekat dan menguasai

terusan perdagangan di Alam Melayu, ekonomi orang Melayu yang pada suatu

masa dahulu berasaskan ekonomi maritim seperti di Langkasuka, Srivijaya,

Samudra-Pasai, Temasik, Melaka, Acheh, Johor-Riau, telah berusaha mengubah

strategi kehidupan kepada ekonomi pertanian. Pada zaman penjajahan, ekonomi

orang Melayu terikat kepada sistem ekonomi dualisme. Di satu segi mereka harus

hidup secara sara diri dan terlibat dengan ekonomi sara diri dan merekajuga

terpaksa pula masuk ke sistem ekonomi wang dengan menghasilkan tanam-

tanaman berasaskan wang seperti getah. Sistem ekonomi seperti ini juga disebut

sebagai ekonomi pertanian yang terdapat di kawasan luar bandar.

Di sebalik sistem ekonomi sedemikian, orang Melayu juga menghadapi masalah

kemiskinan, disebabkan saiz pemilikan tanah yang kecil, malah ada yang tidak

bertanah, menghasilkan pengeluaran yang kecil, yang menyebabkan kadar

simpanan yang rendah atau tiada langsung. Orang Melayu terperangkap di dalam

lingkaran ganas kemiskinan. Pihak kerajaan berusaha untuk membantu

menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan tanah kepada mereka

melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau yang dikenali

sekarang sebagai FELDA, yang ditubuhkan pada 1956. Rancangan pembangunan

tanah merupakan tumpuan utama kerajaan untuk berusaha memodenkan orang

Melayu di luar bandar. Usaha ini untuk mengimbangi rancangan pembukaan dan

177

pemberian tanah oleh pemerintah kolonial British kepada syarikat-syarikat gergasi

seperti Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Socfin dan lain-lain yang dipunyai oleh

golongan mereka dan kaum pendatang.

Setelah berlaku Tragedi 13 Mei 1969, yang memberi kesan kepada hubungan dan

perpaduan antara kaum, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka pada tahun

1970 dan menjadi kerangka serta matlamat utama Rancangan Malaysia Kedua

(1970-75) dan rancangan pembangunan lima tahun seterusnya dalam tempoh

Rancangan Jangka Panjang Pembangunan I (RJPP I) (1970-90). DEB

direncanakan kerana terdapatnya data statistik yang menunjukkan bahawa

pendapatan keluarga Melayu sebulan pada tahun 1970 ialah sebanyak RM179

berbanding pendapatan keluarga Cina sebanyak RM387 sebulan dan India

RM310 sebulan. Terdapatjuga keadaan ketidakseimbangan yang serius dalam

sektor pekerjaan dan pemilikan saham antara orang Melayu dengan bukan

Melayu. Tragedi 13 Mei memerlukan iktibar untuk mewujudkan kesamarataan

dan mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia. Jurang kesamarataan yang

meluas boleh menggugat perpaduan kaum di Malaysia.

Matlamat DEB yang tercatat di dalam Rancangan Malaysia Kedua (1970-75)

seperti yang dibentangkan di Parlimen menyatakan:

1. Bermatlamat menghapuskan kemiskinan tanpa kaum.

2. Bermatlamat menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum melalui

fungsi-fungsi ekonomi akan berkurangan. Tindakan ini perlu untuk

memodenkan kehidupan luar bandar, pertumbuhan yang seimbang di dalam

aktiviti perbandaran, pembentukan masyarakat perniagaan, perdagangan dan

perindustrian bumiputera.

178

3. Adalah diharapkan pada tahun 1990, orang Melayu akan menguasai

sekurang-kurangnya 30 peratus keseluruhan aktiviti perdagangan industrial,

dan ekuiti permodalan.

DEB juga merupakan kerangka rujukan kepada dasar pembangunan Malaysia.

Matlamat tersebut merupakan usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui

tindakan sosiopolitik yang bercorak ekonomi. Kesan penjajahan telah

meminggirkan ekonomi Melayu, tetapi sebagai negara berdaulat, Malaysia sedar,

bahawa matlamat utamanya ialah perpaduan kaum dan menjaga kepentingan

orang Melayu serta bumiputera sebagai kelompok majoriti di negara ini. Di dalam

tempoh 20 tahun, penubuhan struktur berlaku; orang Melayu tidak lagi semata-

mata terlibat dengan pertanian tetapi telah berubah kepada perindustrian. Struktur

pekerjaan mereka juga berubah selain daripada pertanian, ada yang bekerja

dengan kerajaan dan ada pula terlibat di dalam perniagaan serta perindustrian.

Proses modenisasi ini juga melibatkan peningkatan peluang pendidikan dari

pelbagaijurusan dan sektor yang diwujudkan untuk orang Melayu bumiputera.

Ramai daripada kalangan mereka mendapat pendidikan tinggi sehingga

memenuhi bidang pekerjaan profesional dan pengurusan.

Bank Bumiputra, Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk

melaksanakan matlamat mewujudkan masyarakat perniagaan, perdagangan,

perindustrian bumiputera, sesuai dengan kedudukan dan hak istimewa seperti

mana termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Institut Teknologi Mara (ITM)

ditubuhkan untuk memberi latihan iktisas kepada pelajar-pelajar Melayu dan

bumiputera juga sebagai usaha mencapai matlamat pembentukan masyarakat

perniagaan, perdagangan dan perindustrian bumiputera.

179

Usaha juga dibuat untuk mempertingkatkan ekuiti dan pemilikan saham Melayu

dan bumiputera di dalam pelbagai sektor ekonomi. Pemodalan Nasional Berhad,

ditubuhkan untuk menggalakkan tabungan dan simpanan orang Melayu melabur

di dalam pasaran saham melalui Amanah Saham Nasional (ASN) serta Amanah

Saham Bumiputera (ASB). Sistem ekonomi Islam sebagai altematif kepada sistem

ekonomi konvensional yang berasaskan ekonomi sekular Barat diketengahkan,

misalnya Bank Islam, Insurans Islam dan Pajak Gadai Islam. Lembaga Tabung

Haji (LTH) dipertingkatkan peranan bukan sahaja sebagai agensi simpanan untuk

menunaikan fardu haji dan menyempurnakan rukun Islam kelima, tetapi LTH

juga berperanan sebagai agensi pelaburan dan perdagangan.

Usaha pemodenan melalui ekonomi tidak terhenti setakat RJPP (1970-90) dan

rancangan tersebut dilanjutkan di dalam RJPP II (1990-2020). Perpaduan kaum,

perpaduan nasional (hubungan Malaysia Barat dan Malaysia Timur) terus

dilipatgandakan tetapi dalam semangat baru, iaitu usaha untuk mewujudkan satu

bangsa Malaysia di abad ke-21.

Arus pembangunan negara tidak dapat dipisahkan daripada suasana global. Proses

globalisasi bukanlah satu perkara yang baru berlaku kepada orang Melayu.

Semasa Barat berusaha memperluaskan empayarnya. Tanah Melayu juga turut

terserap ke dalam perluasan jajahan tersebut. Para petani Melayu khususnya

penanam getah juga secara langsung turut terseret ke dalam penentuan harga oleh

pasaran dunia. Kali ini proses globalisasi lebih meluas sifatnya kerana ia

melibatkan teknologi maklumat dan sistem komunikasi. Globalisasi secara tidak

langsung adalah usaha memantapkan kembali imperialisme Barat ke atas negara-

negara sedang membangun dan negara mundur. Orang Melayu dan Tamadun

180

Malaysia turut tidak terlepas dari asakan pengaruh kultural, sosial, ekonomi dan

politik barat.

Dalam usaha memajukan negara sebagai sebuah negara industri, dalam acuan

sendiri, Malaysia juga berusaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang

bersatu padu pada abad ke-21. Wawasan 2020 dikemukakan sebagai asas utama

RJPP II (1990-2020) yang mengandungi sembilan cabaran diatasi dan dipenuhi.

Cabaran Ke Arah Mencapai Impian/Wawasan 2020

Idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad

mempunyai matlamat jangka masa panjang, iaitu selama 30 tahun. Menjelang

tahun 2020, Malaysia diharapkan dapat menjadi sebuah negara perindustrian.

Pada tahun tersebut, Malaysia dijangka dapat menempatkan diri di kalangan

negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Britain dan

Perancis. Sekiranya impian Dr. Mahathir ini menjadi kenyataan, maka Malaysia

sudah pasti akan berubah daripada sebuah negara yang ekonominya berasaskan

pertanian kepada sebuah negara industri. Ini juga bermakna Malaysia akan

memasuki era baru dengan kemajuan teknologi yang canggih dan moden.

Wawasan 2020 sebenarnya bukan suatu visi dan impian seorang pemimpin.

Wawasan ini menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati

kehidupan yang lebih baik. Wawasan ini bukan sahaja merangkumi aspek

ekonomi, tetapi meliputi keseluruhan bidang kehidupan termasuk aspek budaya

dan politik. Namun begitu untuk menjadikan wawasan ini sebagai suatu

kenyataan bukanlah semudah yang disangkakan. Kerjasama diperlukan daripada

seluruh rakyat Malaysia dalam pelaksanaannya. Untuk menjayakan wawasan

2020, terdapat sembilan cabaran yang perlu dihadapi sebelum hasilnya dapat

dinikmati dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang.

181

Cabaran yang pertama untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu yang

mempunyai matlamat dikongsi bersama. Bagi mengatasi cabaran ini, seluruh

rakyat Malaysia harus bersatu padu. Setiap kaum perlu berganding bahu dengan

melupakan persengketaan sesama mereka. Identifikasi kaum patut dihapuskan

supaya seluruh rakyat dapat bersatu sebagai bangsa Malaysia. Unsur-unsur

perkauman, chauvinism dan polarisasi kaum harus dibendung sebelum ia

meracuni fikiran rakyat sekiranya kita hendak melihat penyatuan negara Malaysia

berlaku sepenuhnya.

Melahirkan penyatuan di kalangan rakyat belum dapat menjayakan Wawasan

2020. Ini kerana Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas,

tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa

yang ada dan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Setiap

rakyat perlu ditanamkan dalam jiwa mereka semangat keyakinan untuk

menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Rakyat harus berbangga dengan

pencapaian negara dan apa yang menjadi milik mereka.

Kebebasan amat penting untuk mencapai kemajuan dan sifat ini harus ada pada

setiap rakyat supaya matlamat yang dirancang tercapai tanpa apa-apa halangan

dan kongkongan.

Seterusnya, Malaysia seboleh-bolehnya berusaha agar dapat mewujudkan dan

membangunkan sebuah masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu

bentuk persefahaman yang matang dan sebuah masyarakat yang boleh menjadi

contoh kepada semua negara membangun. Ini bermakna masyarakat Malaysia

perlu menjadi contoh dan teladan untuk masyarakat dunia yang lain kerana ia

dapat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah progresif, dinamik dan

182

demokratik. Sudah terlalu lama kita menjadikan masyarakat di negara-negara

maju sebagai contoh dan panduan dalam meniti jambatan kejayaan. Kini telah

sampai masanya untuk kita menjadi pemimpin bagi penduduk dunia.

Dalam membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, dua unsur tidak

harus diabaikan, iaitu moral dan etika. Penting diwujudkan masyarakat yang

bermoral dan beretika. Pencapaian Wawasan 2020 sangat bergantung kepada

sebuah masyarakat yang mengamalkan kedua-dua nilai ini. Keruntuhan nilai ini di

negara-negara maju sekarang perlu dijadikan pengajaran oleh Malaysia kerana

kesannya telah menyebabkan kehidupan masyarakat di negara-negara maju

semakin tidak bahagia. Oleh itu, kedua-dua nilai tersebut amat diperlukan sekali

dan diberikan perhatian utama sebelum langkah-langkah seterusnya diambil untuk

menjayakan Wawasan 2020.

Cabaran yang kelima, mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat

pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama

masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada

satu negara. Dalam mana-mana negara, semangat cintakan negara sangat penting

dalam proses pembangunan. Begitujuga dengan semangat bertolak ansur. Tanpa

tolak ansur adalah sukar untuk kaum-kaum di Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Setiap kaum perlu memahami kebudayaan kaum yang lain. Apabila persefahaman

dapat diwujudkan, maka perasaan bertolak ansur akan lahir dalam perhubungan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tolak ansur tidak membawa

apa-apa makna sekiranya setiap rakyat tidak memiliki kebebasan beragama. Dari

itu, kepercayaan setiap kaum wajar dihormati dan dilindungi. Dasar yang liberal

daripada kerajaan terhadap kebebasan beragama sudah tentu dapat melahirkan

perhubungan yang lebih intim dalam masyarakat Malaysia yang unik dan pelbagai

budaya.

183

Malaysia juga perlu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai

daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi

pengguna terknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa hadapan. Sesuai dengan kepesatan dan pencapaian sains dan

teknologi, Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited

terhadap kerjayanya. Dalam konteks ini, Malaysia bukan sahaja memerlukan

pekerja-pekerja yang tahu menggunakan teknologi, malah tahu mencipta

teknologi baru untuk keperluan industri. Sampai bilakah kita harus bergantung

kepada teknologi negara maju? Sudah tiba masanya, Malaysia melahirkan

segolongan saintis, jurutera, juruteknik, teknokrat dan ahli industri. Insentif yang

diberikan kepada golongan ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka

mencipta dan mereka teknologi yang lebih maju lagi.

Sesuatu yang tidak patut dilupakan adalah mewujudkan masyarakat penyayang

dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan

masyarakat, kebajikan insan yang tidak hanya berkisar kepada negara atau orang

perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Sememangnya tidak

dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam sesebuah negara akan menyebabkan

ikatan kekeluargaan menjadi semakin longgar. Pengalaman di negara maju

memberikan kita banyak bukti keruntuhan dalam sistem kekeluargaan. Untuk

mengelakkan masyarakat Malaysia mengalami nasib yang sama cabaran ini perlu

diberi perhatian oleh setiap lapisan anggota masyarakat.

Oleh itu, kebajikan setiap ahli masyarakat harus diberikan tumpuan jika hendak

melihat kewujudan sebuah masyarakat yang penyayang. Kemajuan ekonomi yang

dicapai sebaik-baiknya dapat memastikan masyarakat mendapat pengagihan yang

adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir individu diharapkan tidak

184

lagi berlaku demi mencapai kestabilan negara, setiap rakyat patut diberi peluang

dan hak yang sama rata untuk memkmati kejayaan negara. Sering kedengaran

kritikan-kritikan dilemparkan kepada kerajaan terhadap ketidaksamarataan dalam

pengagihan kekayaan negara. Isu ini dieksploitasi dan digunakan bagi

membangkitkan kemarahan kaum di Malaysia. Oleh itu, aspek lain penting

dititikberatkan dalam Wawasan 2020.

Cabaran terakhir adalah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai

ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Setiap rakyat perlu bekerja lebih kuat

lagi. Semua masalah harus dihadapi dengan semangat kental dan hati yang tabah.

Sikap dinamik dan berani bersaing dengan bangsa yang lebih maju disemai dalam

jiwa setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mahu rakyat Malaysia mempunyai jiwa

penakut dan lemah kerana matlamat Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya

masyarakat masih mewarisi perasaan negatif ini.

Sembilan cabaran ini wajib diatasi dahulu dan dijadikan sebahagian daripada

kehidupan sebelum Wawasan 2020 menjadi realiti. Tidak mustahil kita dapat

mencapai taraf sebuah negara maju tetapi yang menjadi persoalan ialah

bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan suasana yang serba maju pada tahun

2020 nanti. Wawasan 2020 akan tinggal angan-angan sahaja jika rakyat dan

kerajaan tidak bekerjasama. Idea Wawasan 2020 berkemungkinan menjadi 'was-

was 2020' sekiranya masyarakat tidak berganjak daripada keadaan mereka

sekarang ini. Rakyat harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah

untuk memasuki abad ke-21.

Dalam kelangsungan Tamadun Melayu, orang Melayu juga turut menghadapi

pelbagai cabaran dari dalam dan luar. Cabaran dari dalam ialah cabaran

sosiobudaya, kesan daripada kemajuan yang dicapai. Remaja Melayu menghadapi

185

pelbagai masalah sosial seperti dadah, salah laku juvana dan lain-lain. Cabaran

dalaman yang lain ialah pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup

yang membawa kepada pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa,

rasuah dan lain-lain. Situasi yang memuncak kepada sekularisme (segala manfaat

dan keutamaan ialah untuk masa di dunia sahaja, tidak benar-benar yakin tentang

pembalasan akhirat) dan juga pragmatisme yang melampau yang menegaskan

bahawa 'sesuatu matlamat yang hendak dicapai itu menjustifikasikan sebarang

tindakan ke arahnya' (the end justifies the means). Cabaran-cabaran dalaman

demikian seperti yang dibuktikan oleh sejarah Tamadun Melayu hanya dapat

diatasi melalui kekuatan pembersihan dalaman berdasarkan Islam yang

menekankan penghisaban atau akauntabiliti, ketakwaan (sentiasa sedar akan

pengawasan Tuhan), kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip pertengahan dan

sebagainya.

Cabaran Dalam Pemerintahan Dan Isu Pembangunan

Walaupun negara Malaysia sudah menerima Islam sejak beberapa abad yang

lampau, namun oleh sebab peredaran masa dalam beberapa dasar yang bersilih

ganti, ditambah pula dengan kejutan budaya dan Tamadun Barat yang telah

banyak mempengaruhi pemikiran dan cara hidup manusia moden menyebabkan

kefahamam masyarakat tentang Islam semakin berkurangan. Justeru, kedudukan

masyarakat dan pentadbiran negara telah mengalami kepincangan. Untuk

mengembalikan semula kedaulatan negara dan umat Islam, maka tidak ada pilihan

lain kecuali kembali kepada ajaran Islam yang maha suci. Tugas para ulama dan

intelek Islam ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat dan

pemimpin tentang konsep pembangunan menurut Islam yang sebenar. Adalah

jelas bahawa Islam tidak menentang konsep pembangunan, sama ada dari segi

moral, mental atau fizikal.

186

Membangunkan sesebuah negara Islam merupakan usaha dan cita-cita suci dan

salah satu aspek penting dalam pemikiran Islam kini. Ini perlu diambil perhatian

kerana adalah tidak wajar membataskan diri kita dalam ruang lingkup masalah-

masalah yang ditimbulkan pada zaman silam. Masalah perselisihan mazhab,

masalah khilafah bukan lagi merupakan masalah yang berkaitan langsung dengan

masyarakat Islam hari ini. Cabaran utama kepada umat Islam hari ini ialah

masalah 'sinkretisme' di antara pelbagai kebudayaan atau yang diimport langsung

dari Barat yang kian mengancam masyarakat Islam. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003).

Secara umumnya cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Islam Hadhari ialah

antaranya masyarakat Islam melihat agama Islam secara terpisah dengan urusan

keduniaan. Di samping itu wujudnya perpecahan umat Islam, penyelewengan

dalam masyarakat Islam, Islam tidak difahami secara syumul. Juga berlaku

percampuran pelbagai ideologi, kefahaman, khurafat, bid'ah dalam lain-lain lagi.

Untuk mengatasinya maka umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran al-Quran

dan al-Hadis serta menterjemahkan Islam secara lengkap. Seterusnya melakukan

proses Islamisasi ilmu dan melaksanakan gerakan Tajdid secara bersungguh-

sungguh. Akhir sekali yang amat penting ialah gandingan yang mantap dan

sepadu antara ulama', umara' dan cendikiawan.

187

Bab 5

Isu-Isu Kontemporari Dunia Islam

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->