You are on page 1of 8

FALSAFAH

DAN
LOGIKAL MELAYU
( JXEA 1104 )
KARYA KLASIK
TAJUK: KUPASAN FALSAFAH “HENDAK
MENGETAHUI ISI LAUT”

SESI : 2008/2009

SEMESTER : 1

NAMA : MOHD LOKHMAN BIN MOHAMAD


NO.MATRIK : JEA 080046
NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD
TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU(APM)
UNVERSITI : UNIVERSITI MALAYA.(UM)
Petikan karya klasik “Hendak Mengetahui Isi Laut”

Maka Raja Suran Fikir dalam hatinya, “Bahawa isi darat telah aku ketahuilah , dan segala
isi laut bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut,
supaya aku ketahui betapa halnya.” Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun
menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat
sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam. Maka diperbuatlah oleh segala utus
itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas.
Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran ; maka baginda pun terlalulah
sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim
dan utus itu, tiada terkira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti
itu, maka segala yang diluar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu
peti itu dari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun
tenggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan
Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat
Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang Dika.
Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan melihat segala yang
indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan
teguhnya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda
dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa
mengetahui bilangannya; tetapi mereka itu setengah Islam dan setengah kafir.
Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran, maka sekalian orang itu hairan
tercengang-cengang dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala
mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu
Raja Aktabu’l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada
orang yang membawa baginda itu, “Orang mana ini?”Maka sembah orang itu, “Baharu
datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu.” Maka
Raja Aktabu’l-Ard bertanya kepada Raja Suran, “Orang mana kamu ini? Dan dari mana
kamu datang ke mari ini?” Maka
sahut Raja Suran, “Adalah hamba ini datang dari dalam dunia: hambalah raja segala
manusia, nama hamba Raja Suran.” Maka Raja Aktabu’l-Ard pun terlalu hairan
mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, “ Adakah dunia lain daripada dunia kami
itu?” Maka sahut Raja Suran, “Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di
dalamnya. “ Setelah Raja Aktabu’l-Ard mendengar kata Raja Suran itu, terlalu amat
takjub ia, seraya mengucap subhana ‘llahu’l malikul’l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu’l-
Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.
Kupasan karya klasik

Falsafah merupakan suatu ilmu pemikiran yang berfikir secara mendalam, kritis,

kreatif, dan inovatif. Perkataan falsafah berasal daripada gabungan dua perkataaan iaitu “

philo “ bermaksud cinta dan “ Sophia “ yang membawa maksud kebijaksanaan. Oleh hal

yang demikian, falsafah boleh ditakrifkan sebagai cinta akan kebijaksanaan. Falsafah

juga boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan

( reflective) dan pentaakulan ( reasoning) bagi merumuskan sifat, hakikat, dan

kandungan alam wujud. Menurut Plato ( 428-347 S.M ) , falsafah ialah meneliti hakikat

yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat fizikalnya. Manakala menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005:406 ) , falsafah bermaksud pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang

lain. Ilmu falsafah juga dianggap sebagai suatu penyelidikan dan kajian yang

mempunyai misi, matlamat, dan bahan yang tersendiri.

Setiap bidang ilmu falsafah itu mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri.

Falsafah mencakupi setiap aspek ilmu yang sedia ada. Ilmu falsafah juga melihat sesuatu

kejadian dalam alam semesta dari perspektif keseluruhan. Selain itu, falsafah juga dapat

ditakrifkan sebagai suatu pengkajian yang merumuskan pemikiran akal fikiran manusia

yang akan membentuk suatu asas pemikiran. Ilmu falsafah hendaklah di kaji, di fahami,

dan diamati sebaik mungkin agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Kini, takrif

falsafah adalah berbagai-bagai dan ianya bergantung kepada sudut pandangan dan

pegangan prinsip hidup pentakrifnya.

Melalui petikan cerita diatas, falsafah yang dapat saya utarakan ialah mengenai

kisah dan sjfat Raja Suran yang suka mencari ilmu. Melalui cerita tersebut, Raja Suran
ialah seorang yang suka mencari ilmu untuk menambahkan lagi pengetahuannya dalam

sesuatu perkara. Didalam cerita tersebut, Raja Suran sanggup turun ke dalam laut untuk

untuk mengetahui isi atau benda-benda yang terdapat di dalam laut. Raja Suran telah

mengupah rakyatnya yang pandai dan mahir dalam ilmu pertukangan untuk membuat

satu benda seolah-olah kenderaan untuk memasuki ke dalam laut. Raja Suran sanggup

membelanjakan banyak harta dan wang untuk mengupah rakyatnya bagi membina dan

menyiapkan kenderaan untuknya masuk ke dalam laut. Apabila kenderaan tersebut siap

dibina, Raja Suran sangat gembira kerana hajatnya untuk menerokai isi laut tercapai.

Dengan sifatnya yang suka meneroka untuk mencari ilmu untuk mengetahui sesuatu

perkara, Raja Suran begitu bersemangat menaiki kenderaan yang di bina rakyatnya dan

terus masuk ke dalam laut untuk meneroka. Melalui kisah tersebut, falsafah yang dapat

kita lihat ialah apabila seseorang mempunyai sifat cintakan ilmu sepertimana sifat yang

ada pada Raja Suran ia akan membuat atau menjadikan seseorang itu bersemangat untuk

melakukan sesuatu untuk mendapatkan ilmu. Hal ini demikian kerana, ilmu sangat

penting dalam kehidupan manusia bagi menghadapi segala dugaan yang mendatang

Tanpa ilmu seseorang tidak akan dapat menghadapi dugaan dengan jayanya kerana hanya

dengan ilmu sahaja sesuatu dugaan atau masalah dapat diatasi.

Falsafah yang dapat saya keluarkan daripada petikan cerita kisah Raja Suran

tersebut ialah mengenai kesungguhan usaha Raja Suran. Sikap Raja Suran yang

bersungguh-sungguh untuk mengetahui isi laut menunjukkan suatu falsafah atau prinsip

hidup Raja Suran yang suka membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh

sehingga matlamat yang ingin dicapainya tercapai dengan jayanya. Melalui petikan

cerita Raja Suran tersebut, Raja Suran telah menunjukkan satu sikap yang bersungguh-
sungguh dalam usahanya untuk menerokai lautan. Dengan semangat Raja Suran yang

membara untuk mengetahui isi laut, baginda telah mengupah orang bawahannya yang

mahir dalam bidang pertukangan untuk membuat peti kaca berkunci bagi membolehkan

Raja Suran menaikinya untuk masuk ke dalam laut dan menerokainya. Raja Suran

bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan peti kaca tersebut agar baginda dapat

menerokai lautan secepat mungkin. Berdasarkan cerita tersebut, ianya telah dapat

menggambarkan suatu sikap dan prinsip hidup Raja Suran yang suka melakukan sesuatu

kerja dengan dan bersungguh-sungguh. Disitu telah dapat memberi gambaran satu

falsafah iaitu falsafah apabila melakukan sesuatu kerja, ia hendaklah dilakukan dengan

tekun dan bersungguh-sungguh. Sekiranya sesuatu pekerjaan itu tidak dilakukan dengan

tekun dan bersungguh-sungguh, pekerjaan tersebut tidak akan sempurna dan mungkin

akan menyusahkan hidup kita. Hasil pekerjaan tersebut juga tidak akan dapat menepati

kehendak yang diinginkan. Lantaran daripada petikan cerita Raja Suran tersebut,

sikapnya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja dapat

kita contohi. Hal ini demikian kerana, sikap yang ditunjukkan oleh Raja Suran tersebut

adalah satu sikap yang positif untuk diikuti sekiranya seseorang itu ingin berjaya.

Perbicaraan falsafah ini amat berguna untuk membentuk suatu

pemikiran yang positif.

Seterusnya, melalui petikan cerita Raja Suran tersebut ketertinggian martabat

seseorang juga dapat membantu diri untuk mencapai sesuatu perkara. Mengambil contoh

daripada petikan cerita tersebut, ketinggian kedudukan Raja Suran sebagai raja di bumi

telah berjaya menyakinkan raja di sebuah negeri di dasar laut iaitu Raja Aktabu’i-Ard

bahawa baginda berasal dari dunia dan terdapat alam lain selain daripada alam lautan. Ini
menunjukkan bahawa ketinggian martabat juga dapat membantu kita dalam sesetangah

perkara. Jika dilihat dari sudut yang lain, kita dapati satu falsafah iaitu berfikir dari

konteks luar dari skop tersebut iaitu ketinggian martabat diri akan meningkatkan maruah

dan status diri kita. Semakin tinggi martabat diri kita, kita akan dipandang tinggi oleh

orang atau masyarakat. Oleh hal yang demikian, martabat diri hendaklah sentiasa kita

pelihara dan sentiasa kita tingkatkan.

Keberanian Raja Suran meneroka ke dalam alam lautan seorang diri juga dapat

dilihat dari sudut falsafah. Hal ini demikian kerana, keberanian amat penting sebagai

pencetus semangat. Tanpa keberanian kita akan kurang yakin untuk melakukan sesuatu

dan kesannya kita tidak akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Keberanian

juga membantu dan menjadikan kita seorang yang tabah mengharungi dugaan yang

mendatang. Tanpa keberanian juga seseorang akan lemah dalam menghadapi dugaan

yang melanda. Melalui petikan cerita Raja Suran tersebut, Raja Suran telah berani dan

bersemangat mengambil keputusan dan risiko dengan meneroka ke dalam alam seorang

diri. Itu menunjukkan keberanian akan memungkinkan segalanya walaupun mustahil.

Kesimpulannya, melalui perbicaraan falsafah yang terdapat di dalam petikan

cerita Raja Suran yang ingin mengetahui isi laut daripada teks Sulalatus Salatin, dapat

saya simpulkan bahawa falsafah yang terdapat dalam petikan cerita tersebut amatlah

pelbagai dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Falsafah yang terdapat di dalam

cerita Raja Suran tersebut juga dapat kita jadikan sebagai pengajaran dan pegangan.

Falsafah daripada petikan cerita tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Satu-satu

falsafah tersebut mempunyai makna dan fungsinya yang tersendiri. Falsafah-falsafah

tersebut jika dihayati mempunyai nilai positif yang tersendiri. Sebagai contoh, kisah
keberanian Raja Suran meneroka alam lautan seorang diri. Daripada kisah tersebut kita

dapat jadikan keberanian Raja Suran tersebut sebagai satu pencetus semangat kepada kita

untuk menjadi berani sepertinya. Ilmu falsafah merupakan ilmu yang berguna kerana ia

membantu membentuk pemikiran kita kearah pemikiran yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Falsafah yang telah saya tonjolkan daripada petikan cerita tersebut merupakan falsafah

daripada pemikiran yang bebas iaitu tidak terikat dengan orang lain. Kisah Raja Suran

tersebut dapat kita falsafahkan dari pelbagai sudut sama ada sudut realisme, pragmatisme

dan sebagainya,
RUJUKAN

Ahmad Sunawari2006.Sejarah Falsafah.Bangi: Fakulti


Pengajian Islam

Awang Sarian.2007.Falsafah dan Logika Melayu.Selangor : Synergymate.


Sdn.Bhd.

Hashim Musa.1998.Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu.Kuala Lumpur :


Akademi Pengajian Melayu

Dipetik daripada Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah


yang diambil pada hari Sabtu, 16 Ogos 2008.

You might also like