P. 1
Folio Bola Baling

Folio Bola Baling

|Views: 7,191|Likes:
Published by annabelle_lourdes

More info:

Published by: annabelle_lourdes on Apr 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

Nama: Kelas: Subjek: Guru

:

Annabelle Gissong 2S Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Puan Jane Lupi

Kandungan
No. 1 . Perkara Penghargaan Muka Surat 1

2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 .

Sejarah Bola Baling

2

Permainan Bola Baling

3

Kemahiran Asas dalam Bola Baling

4-6

Gelanggang Bola Baling

7

Undang-undang dan Peraturan Permainan Bola Baling

8-10

Rumusan

11

Rujukan

12

Penghargaan
Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, David C. Gissong dan Doris A. Johnwyn atas sokongan dan tunjuk ajar yang telah mereka berikan kepada saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya, Puan Jane Lupi atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Tidak saya lupakan, rakan-rakan sekelas saya yang turut membantu saya dalam menyiapkan folio ini.

1

Sejarah Bola Baling:
Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun itu juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1932, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1946, IAHF telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Negara-negara yang menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula ialah Jepun, China dan Korea adalah antara negara yang terkuat. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IHF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Sukan ini diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1977. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Negeri Selangor merupakan negeri yang pertama menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

2

Permainan Bola Baling
Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam satu pasukan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang tertutup. Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung padang. Sebelum bermain, setiap pasukan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut a) Memakai pakaian jersi bernombor b) Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan c) Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal d) Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakan sukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan.

3

Kemahiran Asas dalam Bola Baling
• Hantaran Atas Kepala Menghasilkan hantaran tinggi dan jauh. Hantaran ini sukar disekat oleh pihak lawan. Latihan kemahiran: * Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan. * Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil fleksikan siku. * Ayunkan tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melintasi kepala. * Lepaskan bola dan ikut lajak.

-

• Hantaran Lantun Untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut Latihan kemahiran: * Kedudukan badan dalam keadaan sedia. * Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras bahu. * Mata sentiasa memandang arah sasaran bola. * Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.

• -

Hantaran Lompat

Digunakan untuk menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan. Latihan kemahiran: * Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki sambil memegang bola. * Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di bahagian peinggng. * Mendarat sambil badan dibongkokkan untuk menyerap daya.

Hantaran Aras Dada - Digunakan untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas. - Lebih berkesan apabila dua pemain yang membuat larian pecut dalam serangan

- Latihan kemahiran: * Kedudukan badan dalam keadaan sedia. * Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan rapat pada aras dada dengan cara mencekaknya dan siku difleksikan. * Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan. 4

Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan - Latihan kemahiran: * Kedudukan badan dalam keadaan sedia. * Kedua-dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola. * Sentiasa memandang arah atau laluan bola. * Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya. * Imbangkan kedudukan badan. • Mengelecek dengan bola Bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambil melantun. Membolehkan pemain bergerak dengan bola dari satu tempat ke tempat yang lain untuk melepasi pihak lawan. Latihan kemahiran: * Lantunkan bola dengan jari dibuka (bukan dengan tapak tangan) pada paras pinggang. * Badan dicondaongkan sedikit ke hadapan. * Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan.

Mengacah

- Merupakan pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan peluang menyerang pasukan lawan. - Terdapat dua cara mengacah tanpa bola dan mengacah dengan bola - Mengacah tanpa bola biasanya digunakan untuk melepaskan diri daripada kawalan pihak lawan. - Mengacah dengan bola bertujuan meneruskan serangan. - Latihan kemahiran: * Rendahkan kedudukan badan. * Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu untuk mendapatkan kestabilan pergerakan. * Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerkan. * Tangan diayun mengikut pergerakan kaki. * Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia untuk melepaskan diri. * Gunakan kekuatan bahagian kaki dan kelenturan badan untuk mengacah.

5 • Mengadang Mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang. Melambatkan pergerakan dan mengehadkan ruang serangan pihak lawan. Latiahan kemahiran: * Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi. * Kedudukan badan seimbang. * Mata sentiasa mengawasi pergerakan lawan. * Bergerak mengikut arah pergerakan lawan.

Menjaring

- Bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang. - Mendapatkan mata kemenangan. - Jaringan lompat: Menghantar bola ke gawang sambil melompat - Latihan kemahiran: * Bergerak dua langkah ke hadapan sambil memegang bola dengan sebelah tangan. * Pada langkah terakhir, lonjak tinggi ke hadapan sambil merejam bola ke gawang. * Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil merendahkan badan untuk menyerap daya.

- Jaringan junam: Mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol serta mengelirukan penjaga gol. - Latihan kemahiran: * Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memegang bola dengan sebelah tangan. * Loanjak ke udara, lemparkan badan ke dalam kawasan gol. * Lepaskan bola untuk jaringan sebelum badan mencecah tanah. * Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan ikut lajak dengan menggulingkan badan.

• -

Menjaga gol Menyekat bola daripada memasuki gawang. Menampan bola: Mengawal serangan pihak lawan yang datang berhadapan dengan penjaga gol. Latihan kemahiran: * Rebahkan badan sekiranya bola terlalu rendah. * Dalam keadaan sedia perhatikan arah bola. * Tampan bola dengan menggunakan tangan atau kaki.

6

Gelanggang Bola Baling

7

Undang-undang & Peraturan Permainan Bola Baling
1) Saiz Bola: Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm60sm dan berat di antara 425g-475g (saiz 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g (saiz 2). Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya (saiz 2) digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu. 2) Jaringan Gol: Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol pasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol. Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuat jaringan 3) Masa Permainan: Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja lelaki ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi remaja perempuan ialah 20 minit. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit.

Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang. 4) Pengadil: Satu perlawanan diadili oleh dua orang pengadil dan duaa orang penjaga masa y8y

5) Pendaftaran pemain: Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain (10 orang pemain gelanggang dan 2 penjaga gol) untuk satu perlawanan. 6) Syarat-syarat permainan: Seseorang pemain dalam pasukan dibenarkan: • • • • • • • • Membaling, melontar, menangkap, menahan dan memukul bola dengan tangan, lengan, paha, lutut atau kepala. Memegang bola, tidak melebihi 3 saat Melantunkan bola dari satu tempat ke tempat yang lain dalam kawasan permainan. Pemain yang membawa bola boleh berjalan/berlari tetapi tidak lebih daripada tiga langkah Penjaga gol boleh keluar dari kawasan gol ketika bermain akan dikira sebagai pemain gelanggang. Penjaga gol boleh menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk atau berbaring di tanah. Menahan bola dengan berlutut, duduk atau berbaring di atas tanah. Penjaga gol boleh menapis bola sekali ke tanah (melantun) dan menyambut semula.

Pemain tidak dibenarkan: • menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki • menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai • meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang • menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan • menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki • menarik baju atau menolak lawan secara kasar • membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya

7) Balingan Permulaan: Balingan permulaan diambil daripada tengah kawasan perlawanan. Selepas gol dijaringkan, permainan dimulakan dengan balingan permulaan. Semua pemain mesti berada di kawasan permainan masing-masing semasa balingan permulaan dimulakan. 8) Balingan Pengadil: Pengadil akan membaling bola menegak ke atas tanpa tiupan wisel di tempat berlaku gangguan permainan

i9i

9) Balingan Bola ke Dalam Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telah melepasi bahagian garisan tepiPasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang diberi peluang melakukan balingan Balingan dilakukan ditempat bola telah terkeluar, tetapi di penjuru gelanggang atau kawasan perminan. 10) Balingan Gol Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan lawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan. Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. 11) Balingan Penalti: Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut : Bermain dalam keadaan merbahaya Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja • Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar dari kawasan golnya • Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklah berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan balingan. Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukan bertahan hendaklah berada tiga meter. 12) Balingan Percuma: • • • •

Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahankesalahan berikut : • • • • • • Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol Kelakuan yang tidak sopan Melakukan kesalahan semasa membuat balingan

Balingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunya kesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter sehingga balingan dibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada tiga meter daripada pemain yang melakukan balingan percuma. 10

Rumusan
Selepas menjalankan kajian ini, saya dapat menambah pengetahuan saya dalam sejarah permainan bola baling, kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai serta peraturaperaturan yang harus saya patuhi semasa memainkan permainan ini. Melalu kajian ini juga, saya berjaya memupuk sikap suka akan bersukan dalam diri saya. Selain itu, saya dapat mengetahui bahawa permainan ini tidaklah sesusah yang saya fikirkan. Saya berharap agar permainan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam kalangan muda-mudi.

11

Rujukan:
• Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan = Topik 2.1 Bola Baling, Muka Surat 46-56 • • www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling www.scribd.com/doc/13592634/Asas-permainan-bola-baling

12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->