You are on page 1of 7

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU

SESI 2008/2008

TAJUK : KARYA KLASIK


(SYAIR BURUNG PUNGGUK)

NAMA : MUHAMAD REDZUAN BIN MAT YUSOFF


NO. MATRIK : JEAO8OO53
PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD
TUTOR : SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN
TAHUN : SATU (1)

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Syair Burung Pungguk

Pertama mula Pungguk merindu,


1
Berbunyilah guruh mendayu-dayu,
Hatinya rawan bercampur pilu,
Seperti dihiris dengan sembilu.

Pungguk bermadah seraya merawan,


“wahai Bulan,terbitlah tuan,
Gundahku tidak berketahuan,
Keluarlah tercelah awan,”

Sebuah tilam kita beradu,


Mendengarkan pungguk merindu,
Suaranya halus tersedu-sedu,
Laksana orang berahikan jodoh

Pungguk merawan setiap bulan,


Sebilang jitun berlompatan,
Bulan mengandung disebelah lautan,
Mendengarnya bersambut-sambutan….

Di atas beraksa berapa lama,


Gilakan cahaya bulan purnama,
Jikalau bulan jatuh kerama,
Di manakah dapat pungguk bersama.

“Pungguk bermadah seraya merawan,


Wahai bulan terbitlah tuan,
Gundahku tidak berketahuan,
Keluarlah bulan tercelah awan,”
2
Syair Brung Pungguk mempunyai pelbagai versi dan antara salah satu yang menjadi

bahan rujukan saya ialah syair burung yang terdapat di atas. Secara kesimpulan daripada

keseluruhan syair tersebut, dapat dilihat secara tersurat syairini lebih tertumpu kepada hal

mengenai percintaan antara lelaki dan perempuan yang tidak kesampaian. Gambaran seorang

lelaki diberikan sebagai watak “pungguk” manakala watak seorang wanita pula di berikan

gambaran sebagai “bulan”yang mempunyai rupa paras yang cantik dan darjat yang tinggi

berbanding si pungguk. Kesetiaan dan ketabahan menjadi lambang keagungan terhadap syair

burung pungguk tersebut. Kesetiaan dan ketabahan digambarkan melalui watak “si pungguk”

menjadi contoh terhadap setiap pasangan yang bercinta, sebagai contoh walaupun halangan dan

rintangan yang di hadapi oleh si pungguk untuk bertemu dengan kekasih hatinya namun dia tetap

terus “mendonggak ke langit memerhatikan bulan”.

Ilmu falsafah merupakan satu cabang ilmu yang luas, ilmu ini memerhatikan dan

mentafsir setiap yang berlaku bukan sahaj dari sudut yang tersurat malah lebih tertumpu kea rah

yang lebih tersirat. Syair burung pungguk juga mempunyai satu makna falsafah yang tersendiri

ditafsirkan oleh setiap pembaca sama ada penafsiran tersebut lebih cenderung ke arah yang

tersurat ataupun yang tersirat. Saya telah memetik satu contoh rangkap syair daripada syair

burung pungguk yang mempunyai falsafah yang tersendiri yang mempunyai makna yang lebih

tersirat daripada makna yang tersurat.

Rangkap syair burung pungguk yang telah saya petik di atas bagi saya mempunyai satu

makna falsafah yang berbeza daripada falsafah mengenai unsur-unsur percintaan antara dua

insan seperti kesetiaan dan sebagainya. Melalui rangkap syair tersebut, penulis cuba

3
menyanpaikan sesuatu yang lebih bermakna, lebih tersurat dan sukar untuk di fahami tanpa

penggunaan pancaindera kedua. Pada pandangan saya sekiranya rangkap syair tersebut dilihat

dari sudut keagamaan (tasauf), di sini penyair menggambarkan satu hubungan antara pencipta

dengan makhluknya. Kegelisahan dan penantian yang mengharapkan keredhaan tuhan dalam

kehidupan di dunia ini menjadi mesej utama penyair.falsafah yang terdapat dalam rangkap di atas

mengikut pendapat saya ialah “kehidupan yang mengharapkan hidayah Maha Pencipta.”

Manusia sememangnya memerlukan petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t dalam

memimpin dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian agar sentiasa berada di landasan

yang betul dan diredhai. Kehiudpan tanpa hidayah ibarat hidup tanpa hala tuju dan terumbang-

ambing dalam mencari kebahagiaan yang hakiki. Kehidupan di dunia merupakan satu

persinggahan yang sementara, mencari hidayah dalam hayat ini merupakan satu tanggungjawab

terhadap manusia agar hidup di alam yang hakiki lebih sentosa. Hidayah merupakan sesuatu

yang sukar dilihat tetapi dapat diraai oleh hati nurani seseorang. Hidayah adalah anugerah yang

agung yang di berikan oleh Allah terhadap seseorang yang dikehendakinya, untuk mendapatkan

sesuatu hidayah daripada Allah keimanan dan ketakwaan yang tinggi dan sepenuh hati

merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh manusia.

Petikan rangkap daripada syair burung pungguk di atas telah memperlihatkan satu

falsafah mengenai hidayah ingin disampaikan melalui syair tersebut, penyair cuba

menggambarkan falsafah mengenai hidayah melalui bulan. Bulan biasanya digambarkan sesuatu

yang cantik,mulia dan bercahaya. Kebiasaannya cahaya bulan mampu menerangi alam semesta

sewaktu hadirnya malam (kegelapan),begitu juga dengan falsafah ingin ditonjolkan dalam

4
rangkap syair tersebut, bulan dilambangkan sebagai suatu hidayah yang di nantikan oleh penyair

agar menerangi hatinya yang dalam kegelapan.

Setiap makhluk yang hidup di dunia ini sentiasa memohon hidayah daripada Tuhan agar

hidup lebih bahagia sama ada di dunia dan kehidupan di akhirat supaya tidak terus berada dalam

kesesatan dan kegelapan. Kehidupan merupakan suatu makhluk yang mempunyai jasad yamg

dapat dilihat dengan mata kasar seperti manusia, pokok, binatang dan sebagainya. Namun

begitu, terdapat juga kehidupan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan wujud di alam yang

lain iaitu alam ghaib seperti jin, syaitan dan sebagainya. Sebaik-baik makhluk yang di ciptakan

oleh Allah s.w.t merupakan manusia yang di berikan akal sebagai manusia yang diberikan akal

sebagai anugerah yang paling besar yang tiada pada makhluk lain. Akal di berikan adalah untuk

manusia berfikir mengenai kebesaran Allah seterusnya beribadat kepadaNya.

Makhluk yang di gambarkan dalam petikan rangkap yang terdapat di atas diberikan

sebagai satu jasad sebagai seekor burung pungguk yang menjadi lambing sebagai watak

manusia,pungguk merupakan binatang yang hanya keluar pada waktu malam. Malam di

klasifikasikan sebagai satu lambang kegelapan, gambaran ini menunjukkan bahawa penyair

memberi gambaran seseorang yang hatinay berada dalam kejahilan. Berdasarkan rangkap syair

tersebut menggambarkan seseorang manusia berdoa memohon sesuatu daripada penciptanya dan

terus menanti agar apa yang dihajatinya akan dimakbulkan oleh Allah.

Kegelapan merupakan satu ketakutan bagi setiap manusia sama ada kegelapan

malam,kegelapan hati dan sebagainya. Kegelapan selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang

hitam dan misteri yang selalu bermain dalam fikiran manusia. Kegelapan hati menyebabkan

5
manusia hilang pedoman dan hidup dalam keadaan terumbang-ambing dalam mencari hala tuju

hidup yang sebenar. Manusia yang hidup dalam kegelapan (tanpa hidayah) ini biasanya mencari-

cari siapakah diri mereka yang sebenardan tujuan hidup di dunia ini. Keadaan menyebabka n

mereka hanya mencari keseronokan semata-mata serta melakukan perkara yang menyalahi

undang-undang tetapi tidak melakukan tanggungjawab hidup.

Dalam syair burung pungguk, penyair ingin menggambarkan satu kegelapan dalam

rangkap yang telah dipetik melalui gambaran awan yang digambarkan sebagai satu halangan

daripada cahaya bulan (hidayah) menyinari dalam hidup “si pungguk”, namun begitu “si

pungguk” sentiasa berdoa dan tetap menanti hidayah dari Allah s.w.t menyinari hidupnya suatu

hari nanti. Gambaran menerusi awan sebagai lambang kegelapan dan kesukaran dalan hidup si

pungguk dijadikan sebagai satu falsafah dalam syair burung pungguk sekiranya direnungi dan

diperhatikan dengan lebih mendalam. Ternyata falsafah yang terdapat dalam syair burung

pungguk bukan sahaja sebagai satu lambang percintaan, tetapi juga mempunyai falsafah dalam

aspek keagamaan (tasauf).

Syair burung pungguk secara umumnya dari pelbagai versi yang telah ditulis dan di

terbitkan sama ada di buku, majalah, dan internet secara kesimpulannya

kebanyakannyamenunjukkan unsur-unsur percintaan antara lelaki dan perempuan yang ingin di

tonjolkan. Lambang kesetiaan dan ketabahan yang terdapat dalam syair tersebut menjadi mesej

kepada setiap pasangan yang bercinta dalam menempuhi halangan dan cabaran agar tidak mudah

berputus asa.tentangan demi tentangan yang dihadapi oleh si pungguk menyebabkan pungguk

tidak dapat bersama dengan si bulan selamanya-lamanya,ini menyebabkan berlaku pelbagai

penafsiran dan cerita-cerita mengenai syair burung pungguk tersebut sehingga ke hari ini, selain

6
daripada unsur-unsur percintaan sesama manusia syair burung pungguk juga memperlihatkan

unsur cinta terhadap Maha Pencipta. Jika dilihat dengan lebih mendalam mesej yang ingin di

sampaikan dalam syair burung pungguk menunjukkan seseorang yang mencari-cari kebenaran

dalam kehidupannya. Falsafah yang terdapat dalam syair ini tidak seharusnya dilihat dan di

tafsir dengan hanya sepintas lalu dan satu satu sudut pandangan sahaja, tetapi haruslah dilihat

dari pelbagai sudut dan aspek kerana ilmu falsafah tidak hanya merangkumi satu sudut

pandangan sahaja tetapi merangkumi pelbagai sudut pandangan.

Bibliografi
Awang Sariyan 2008. Falsafah dan logikal Melayu. Selangor : Synergate Sdn. Bhd

Hashim Haji Musa2001. Falsafah, logik, teori nilai, dan etika Melayu.Selangor:Akademi

Pengajian Melayu

Harun Mat Piah 1999. Puisi Melayu Traditional: Suatu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid 1996. Sastera Rakyat Suatu Warisan. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Mohd Taib Osman 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur. Oxford Universiti Press.

You might also like