You are on page 1of 4

Suku Kaum Kenyah 1.

Asal-usul
- Menurut kajian, kedatangan suku kaum Kenyah adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia. Kaum Kenyah
pada zaman dahulu adalah sentiasa berpindah-randah dan suka mengembara terutamanya adalah di kawasan
hulu sungai. Petempatan utama suku kaum Kenyah di Sarawak adalah di Long San iaitu sepanjang Sungai
Baram dari Long Akah, Long Selaan, Long Moh, Long Mekaba, Long Jeeh, Long Belaong, Long Silat, Long
Tungan. Kawasan lain di Sarawak pula adalah seperti Data Kakus, Data Surau, Sg. Senep, Long Dungan,
Long Busang, Long Beyak, Bintulu, Miri, Sungai ASAP, Long Bulan, Long Jawe, and Belaga. Petempatan suku
kaum Kenyah di Kalimantan Timur, Indonesia pula adalah terletak di Apau Kayan, Bahau, Benua Lama serta
Baru, dan Mahakam. Suku kaum Kenyah terbahagi kepada beberapa suku iaitu termasuk Uma Bakah, Lepo
Tau, Lepu Jalan, Lepo’ Tepu, Uma Kelap, Badeng (Jamok, Lepo’ Aga’), Bakung, Kayan, Penan, Lepu Kulit,
Uma Alim, Uma Timai, Uma Lasan, Lepo Ma-ot, Sambop, Lepo’ Ke’, Lepo Ngao, Ngurek, Kiput, Long Ulai,
Long Tikan, Long Sabatu, Lepo Ga, Lepo Dikan, dan Lepo Pua. Suku kaum Kenyah mendirikan rumah
panjang (uma dado’) dan 40 buah keluarga untuk satu rumah panjang. Pemilihan ketua rumah panjang adalah
secara demokratik yang dipersetujui oleh setiap buah keluarga.

2. Adat resam
2.1 Perkahwinan - Kebiasaannya adat resam perkahwinan kaum Kenyah pada zaman dahulu adalah dimulai
oleh pihak lelaki iaitu pergi "peteng" (meminang pihak wanita). Lelaki yang berkenan tersebut akan pergi
bersama ibubapanya akan pergi ke rumah wanita untuk mendapatkan persetujuan daripada ibubapa wanita
tersebut. Selalunya dasar perkahwinan adalah lebih mementingkan pangkat dan kemampuan antara kedua-
dua belah pihak. Sebagai contoh, pihak lelaki tersebut hendaklah dari keluarga “paren” (yang memiliki
kedudukan yang tinggi dalam rumah panjang atau kawasan) atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya satu
kepala musuh maka pinangan selalunya akan ditolak. Sekiranya lelaki tersebut memperoleh satu kepala
musuh, ini menunjukkan dia adalah seorang yang berani dan dapat melindungi bakal keluarga daripada apa-
apa cabaran. Sekiranya perkara tersebut tidak dimiliki oleh pihak lelaki, lamaran atau pinangan akan ditolak
kerana pihak ibubapa wanita akan merasa malu bermenantukan lelaki tersebut dan boleh berlaku penceraian
setelah berkahwin. Pada zaman sekarang, adat resam adalah tidak berdasarkan kepada harta atau kedudukan
tetapi berdasarkan kepada pekerjaan yang boleh menyara kehidupan kedua-dua pengantin. Berkenaan
dengan hantaran pula, antaranya seperti “keluma” (kain sarung untuk perempuan dari wakil pengantin
perempuan), “baing puk” (parang hulunya berhiaskan bulu), “tawek” (gong di mana kedua-dua pengantin akan
duduk di atasnya), dan barang-barang lain yang ditetapkan oleh wakil pihak perempuan. Pondok kecil akan
dibina seperti pelamin dinamakan “uma’ jakok” atau rumah rokok tradisional orang Kenyah. Pakaian pengantin
pula ialah pakaian tradisional iaitu “ta’a” dan “avet”. Segala upacara perkahwinan pula berlangsung di rumah
pengantin. Menurut adat resam dahulu, wakil pengantin perempuan akan menjaga pintu utama semasa
pengantin lelaki serta wakilnya sampai dan akan membenarkan mereka masuk sekiranya semua permintaan
hantaran adalah mencukupi untuk “penjaga pintu utama” itu. Ini adalah untuk menguji sama ada pengantin
lelaki benar-benar mahu mengahwini pengantin perempuan. Upacara ini disambut dengan meriah dan seluruh
kampung akan dijemput untuk bermain alat musik serta “ne’nak’ (seperti syair atau pantun) oleh kedua-dua
pihak yang menunjukkan mereka rasa gembira atas perkahwinan tersebut.

2.2 Penceraian –
Antara punca penceraian seperti, setelah berkahwin pihak lelaki akan tinggal bersama dengan keluarga si
isteri selama 1 atau 2 tahun atas dasar untuk membalas jasa serta budi ibubapa pengantin perempuan. Punca
penceraian adalah mungkin kerana ibubapa si isteri atau si suami tidak sukakan tabiat atau sikap menantu
mereka setelah tinggal bersama.Sekiranya ini berlaku, maka hukuman atau denda yang dikenakan dinamakan
‘seri kasih’ yang mana hukuman tersebut dijatuhkan ke atas kedua-dua ibubapa dengan bayaran sebanyak
RM5 dan kalau dahulu, hukumannya adalah seekor babi atau barang-barang yang berharga. Penceraian ini
hanyalah boleh disahkan oleh ketua kampung atau yang berkedudukan tinggi dengan perbicaraan yang adil.

2 .3 Kematian –
Pada ketika dahulu, kebiasaannya si mati akan dimandikan oleh keluarganya dan dibaringkan dalam ‘lungun’
iaitu keranda yang diperbuat daripada batang yang ditebuk pada tengah-tengah batang tersebut yang
mencukupi badan si mati dan ditutup lalu diikat menggunakan rotan dengan ketat. Keranda ini akan diukir
dengan ukiran yang dinamakan sebagai “kalung udo’”. Hari perkabungan pula sekurang-kurangnya 2 atau 3
hari dan seluruh penduduk kampung akan turut serta berkabung. Kebiasaannya pada ketika dahulu, hari
berkabung bagi golongan “paren” iaitu golongan yang berpangkat tinggi adalah lebih lama sehingga seminggu
berbanding golongan “panyen” iaitu golongan orang biasa. Pada hari terakhir pengkebumian, sebelum si mati
dihantar ke kubur; sanak saudaranya akan memotong sedikit rambut dan dibuang ke lantai lalu disapu hingga
ke luar rumah oleh orang yang lebih tua atau yang pandai membaca jampi. Menurut kepercayaan orang
dahulu, ini adalah untuk membuang sial dan menghalau roh-roh dari kubur yang datang mengambil nyawa si
mati. Selain itu, seluruh penduduk kampung si mati tidak boleh pergi ke kebun atau sawah kerana jika ada
penduduk yang tidak menurut adat ini; maka tidak hairanlah akan ditimpa kemalangan atau tidak mendapat
hasil yang baik. Zaman sekarang, adat resam ini tidak begitu diamalkan lagi kerana tidak berpegang kepada
kepercayaan lama.

2.4 Pindah rumah


-Adat berpindah rumah sama dari rumah panjang atau rumah persendirian adalah sama iaitu tuan rumah yang
berpindah tidak boleh merobohkan rumahnya sekiranya rumah tersebut berada di tengah rumah panjang atau
ada rumah yang bersambung dengannya di sebelah kiri atau kanan rumah. Sekiranya tuan rumah didapati
melanggar adat resam ini, maka tindakan hukuman akan dikenakan iaitu bayaran atau mendirikan semula
rumah tersebut.
2.5 Perayaan
- Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada “tau nugan” (hari menanam padi dan “tau majau”
(hari menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran dengan seluruh kampung merayakannya bagi memuja “
bali pa’dei” (roh padi) agar memberikan hasil yang baik kepada setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara
dibuat sempena perayaan ini seperti persembahan “”, lawak jenaka, minum “burak” serta “payuh” iaitu menguji
kekuatan mempertahankan diri. Pada pagi keesokan selepas perayaan ini, seluruh ahli keluarga hingga ke
anak cucu akan pergi ke sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta rezeki yang baik agar
tetap berkekalan.

3. Budaya 3.1
- Kebudayaan tradisional kaum Kenyah dapat dikenali melalui tarian tradisional iaitu “ngajat”. Tarian ini
terbahagi kepada “ngajat leto” iaitu tarian wanita dan “ngajat laki”iaitu tarian lelaki. Ngajat ini sebenarnya salah
satu pergerakan untuk mempertahankan diri bagi tarian lelaki dan menunjukkan kelembutan serta keikhlasan
bagi tarian wanita.

3. 2 Pakaian tradisional -Kaum lelaki; Pakaian tradisional bagi lelaki bagi kaum Kenyah
adalah seperti “abet” iaitu cawat dan “tapung puk” atau juga “terega” iaitu topi yang dihiaskan dengan bulu
binatang atau bulu burung kenyalang serta “besunung” yang diperbuat daripada kulit rusa ataupun beruang.
Lelaki juga menggunakan gelang iaitu “gelam bete” untuk gelang dipakaikan pada betis dan “gelam lengen”
untuk gelang dipakaikan pada lengan.

-Kaum wanita; Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti “ta’a” iaitu baju dan skirt panjang disulam
dengan ukiran menggunakan manik. Kaum wanita juga menggunakan “lavung” sebagai hiasan kepala. Anting-
anting yang digunakan oleh kebanyakan kaum wanita dahulu dinamakan sebagai “belaong” yang khas untuk
wanita yang bertelinga panjang.

4. Pantang larang 4
.1 Berhuma/bersawah padi - Berhuma atau bersawah padi adalah kewajiban bagi kaum Kenyah dari zaman
dahulu dan masih diamalkan hingga ke hari ini. Berhuma atau bersawah padi mempunyai pantang larang yang
amat kuat dalam masyarakat kaum Kenyah. Contohnya, jika tuan sawah pergi ke sawah dan dalam perjalanan
ada terdengar atau terserempak dengan burung pipit yang terbang melintasi jalan dengan bunyi yang kuat;
maka itu adalah petanda yang sangat tidak baik. Oleh itu, tuan sawah terpaksa balik semula ke rumah dan
tidak boleh pergi ke sawah pada hari berkenaan. Sekiranya tuan sawah pergi juga ke sawah, maka kecelakaan
atau kemalangan akan menimpanya seperti pokok jatuh ke atasnya ataupun diserang binatang liar dan buas
tanpa disedarinya. Selain itu juga, sekiranya tuan sawah meminta kerjasama orang kampungnya untuk
menanam padi atau menuai; maka pekerjanya tidak lebih awal berada di sawah daripada tuannya. Seandainya
perkara ini berlaku, maka hukuman akan dikenakan ke atasnya menurut kepada peraturan ketua kampung
atau penghulu.

4.- P

HUTAN
Pantang larang ke hutan selalunya diamalkan oleh pemburu atau pemungut hasil hutan. Selalunya, sebelum
pergi memburu; pemburu tidak boleh bercakap besar atau cakap sombong kerana padahnya ialah tidak
mendapat seekor pun binatang buruan. Selain itu, pemburu juga tidak boleh pergi memburu dengan berlapar
dan harus makan dahulu dengan betul dan tidak tergopoh-gapah. Ini adalah mengelakkan pemburu berlapar
ketika tersesat. Ada juga yang membawa bekalan untuk pergi memburu pada jangka masa yang lama atau
jauh bagi mengelakkan lapar. Seterusnya ialah ketika dalam hutan iaitu tidak boleh menjerit atau memanggil
menggunakan nama sebenar. Ini mengelakkan “bali” iaitu roh hutan mengetahui nama sebenar dan akan
mengikuti balik ke rumah. Semasa di hutan juga, tidak boleh buang air kecil atau besar sesuka hati tanpa
mendapat kebenaran daripada “bali kayu” iaitu roh pokok dan juga tidak boleh mengatakan sesuatu yang tidak
baik.

4. 3PERUMPUAN
- Perempuan yang mengandung tidak boleh pergi ke sawah atau ke sungai. Ini kerana akan ditimpa
kemalangan kepadanya. Selain itu, perempuan juga tidak boleh mandi lewat malam kerana tidak baik untuk
tubuh badan.

You might also like