You are on page 1of 28

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Pencemaran Alam Sekitar

di Pusat Bandar Sandakan,

Sandakan, Sabah

Gan Ming Jiang-3B(2011) 1


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Cik Lee

Shuk Mengk kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi

Tempatan (KGT).

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SM Sung Siew,

Encik Lee Chin Hoi yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Mu Su Mui dan

Gan Ping Sin, yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang

saya menjalankan kajian ini sehinggalah kajian ini selesai.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulam saya, iaitu Wendell

Lu dan Yeung Pui Yee kerana dapat mengumpul maklumat bersama-sama.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 2


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Pendahuluan

Nama saya Gan Ming Jiang.Saya belajar di Tingkatan 3B, Sekolah Menengah

Kebangsaan Sung Siew, Sandakan, Sabah.Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran

Geografi, kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi tempatan

(KGT).Saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan,

Sabah.

Kami telah memilih Pusat BandarSandakan sebagai kawasan kajian kerana pencemaran

banyak berlaku di pusat bandar dan Pusat Bandar Sandakan terletak di pinggir laut yang kita

beranggap tercemar.

Kami menjalankan kajian ini di luar waktu persekolahan.Tempoh masa yang diberikan

untuk menyiapkan kerja khusus ini adalah dari Februari hingga Jun 2011.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 3


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Objektif Kajian

1. Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar.

2. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah.

3. Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah.

4. Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah.

5. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Pusat

Bandar Sandakan, Sandakan,Sabah.

6. Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam kalangan murid dan masyarakat.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 4


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang kami pilih ialah Pusat Bandar Sandakan.Pusat Bandar Sandakan terletak

di perairan Sabah dan merupakan Pusat Bandar yang paling timur bagi negeri Sabah.Pusat Bandar

Sandakan terletak 0.5 km arah selatan dari sekolah saya. Jarak relatif antara sekolah saya dengan

kawasan tersebut ialah 10 minit dengan berjalan kaki dan RM1.00 dikenakan dengan menaiki bas.

Catatan sejarah mengenai bandar ini bermula pada abad ke-15 hinggalah kini.  Bandar ini

pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh suku kaum Taosug (Suluk), pedagang

dari Austria, German dan Scotland. Ia menjadi bandar di bawah kuasa British sejak tahun 1879

hingga 1969 sebelum Sabah menyertai Malaysia. Zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942-

1945 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit di kalangan penduduk Sandakan terutamanya

golongan peniaga bangsa Cina. Bandar Sandakan merupakan bandar yang cukup unik dengan

tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan sehingga kini. 

Pusat Bandar Sandakan terletak di kawasan Bandar di Sandakan.Muka bumi Sandakan

yang rata penting sebagai pusat perniagaan .Selain itu, projek Sandakan Harbour Squareyang

merangkumi komersil bersepadu, runcit, hotel dan pembangunan rekreasi di sekitar

'pelabuhan'adalah langkah lebih lanjut dalam evolusi Sandakan untuk menjadi destinasi

pelancongan yang terkemuka di wilayahnya. Setelah selesai pada tahun 2011, Sandakan Harbour

Square akan menjadi hub untuk berkilauan peluang tempatan dan antarabangsa, sehingga

menjadikannya sebagai kisah sukses ekonomi di tahun mendatang.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 5


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Peta 1.1 :

Kedudukan Sandakan di Sabah

Gan Ming Jiang-3B(2011) 6


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

WARNA - KAWASAN
  - Bandar
  - Separa Bandar
  - Luar Bandar
  - Pulau-Pulau

Peta 1.2: Kedudukan Pusat Bandar

Sandakan di Sandakan (Bandar)

Gan Ming Jiang-3B(2011) 7


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Gan Ming Jiang-3B(2011) 8


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Peta 1.3: Kedudukan Pusat Bandar Sandakan di Sandakan

Gan Ming Jiang-3B(2011) 9


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Peta 1.3: Kawasan Kajian-Pusat Bandar Sandakan

Gan Ming Jiang-3B(2011) 10


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Kaedah Kajian
Saya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Geografi Tempatan.Antara kaedah-

kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan kaedah rujukan.

Melalui kaedah pemerhatian, saya telah memerhatikan perkara pencemaran alam sekitar di

Pusat Bandar Sandakan. Dapatan saya terdapat dalam bahagian Dapatan Kajian.

Selain itu, melalui kaedah rujukan, saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk

mendapat informasi tentang kajian saya.Semua rujukan dicatat dalam bahagian Rujukan.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 11


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Dapatan Kajian

8.1 Konsep pencemaran alam sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah

suatuperbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan

kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari

aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian

kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara

langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-

mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan

hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan

berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau

organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya

pencemaran udara, air, tanih, radioaktif, bunyi, cahaya, terma dan visual

Gan Ming Jiang-3B(2011) 12


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Antara jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Pusat Bandar Sandakan ialah

pencemaran udara dan pencemaran air.

Pencemaran air boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang

terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-

bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,

tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui

pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh

menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, dan anaemia. Habuk,

asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan

pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran air pula berlaku apabila berlakunya perubahan sumber air dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila

digunakan.Pencemaran berlakusama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.Pencemaran air bukan

hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan boleh berlaku secara sengaja atau

tidak.Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 13


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian


Melalui pemerhatian saya, salah satu punca pencemaran alam sekitar ialah

kenderaan.Pelepasan asap dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Antara

bahan pencemar yang dilepaskan dari kenderaan ialah habuk, asap dan gas lain seperti karbon

monoksida. Enjin kereta yang kurang baik akan melepaskan asap yang lebih ke udara.

Gambar 1.1:

Asap-asap dilepaskan dari kenderaan di Pusat Bandar Sandakan

Selain itu, penambakkan laut turut menjadi punca pencemaran alam sekitar di Pusat

Bandar Sandakan.Laut ditambak untuk mendirikan bangunan seperti hotel, pusat perniagaan dan

pasar.Pasir, tanah dan simen yang ditimbus telah mengubah landskap perairan Pusat Bandar

Sandakan.

Di samping itu, pembuangan sampah sarap di merata- rata tempat menjadi punca

pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan. Penduduk yang tidak bertanggungjawab

Gan Ming Jiang-3B(2011) 14


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

membuang sampah seperti sisa-sisa makanan, beg plastik dan sebagainya di tepi jalan raya atau

ke dalam laut.

Gambar 1.2:

Sampah-sarap dibuang di tepi jalan

Tambahan pula, pembinaan di Pusat Bandar Sandakan turut mencemar alam

sekitar.Bunyi dan habuk banyak dihasilkan menyebabkan pencemaran berlaku.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 15


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Gambar 1.2: Pembinaan di Pusat Bandar Sandakan

Oleh itu, semangat patriotisme dan perpaduan amat penting supaya kita prihatin terhadap

alam sekitar dan mengurangkan pencemaran yang berlaku.

8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, salah satu kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

ialah kawasan perairan tercemar. Bahan buangan yang dibuang seperti sisa-sisa makanan dan

beg plastik terapung di permukaan air menyebabkan air laut kotor.

Gambar 2.1:

Sampah-sarap dibuang ke dalam laut

Selain itu, hidupan akuatik akan terancam. Sampah sarap yang terapung di permukaan

air akan mengancam hidupan akuatik di perairan Pusat Bandar Sandakan diancam kerana air laut

dicemari oleh sampah sarap yang dibuang oleh manusia.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 16


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Tambahan pula, pelepasan asap dari kenderaan menyebabkan udara tercemar. Bahan-

bahan seperti yang dilepaskan dari kenderaan akan menggangu sistem pernafasan kita dan

karbon monoksida yang dilepaskan akan menjejaskan kesihatan kita.

Seterusnya, penyakit juga akan merebak. Penyakit-penyakit seperti asma, bronkitis, dan

batuk berlaku disebabkan pelepasan asap dari kereta. Penyakit ini akan menjejaskan kesihatan

kita.

Di samping itu, bau busukakan berlaku. Sisa-sisa makanan dan sampah sarap yang

dibuang di sekitar Pusat Bandar Sandakan akan mereput dan menghasilkan bau busuk. Bau

busuk ini sukar untuk ditahan.

Gambar 2.2:

Sampah-sarap akan menghasilkan bau busuk yang sukar ditahan

Oleh itu, semangat patriotisme dan perpaduan amat penting supaya kita dapat menangani

masalah pencemaran ini dengan efisien.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 17


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, salah satu cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran

alam sekitar di kawasan kajian ialah menguat kuasakan undang-undang. Dengan ini,

penduduk di Pusat Bandar Sandakan akan menjadi lebih berdisiplin dan pembuangan sampah

sarap di merata-rata tempat akan dikurangkan.

Selain itu, kempen mencintai alam sekitar harus diadakan.Melalui kempen ini,

penduduk dapat disedari tentang pencemaran yang berlaku di Pusat Bandar Sandakan dan

dipupuk untuk menangani masalah pencemaran.Dengan ini, pencemaran dapat dikurangkan.

Tambahan pula, Catalytic Converter harus dipasang dalam kereta.PenggunaanCatalytic

Conventerdalamekzoskeretabolehmengurangkan karbon monoksida yang

dilepaskan oleh  kereta.Alat ini

dapat menukar karbon

monoksida yang beracun

kepada karbon dioksida.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 18


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Gambar 3.1: Catalytic Converter

Seterusnya, petrol tanpa plumbum harus digunakan. Pengunaan petrol tanpa plumbum

dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Dengan ini,

pelepasan gas-gas yang berbahaya dapat dikurangkan.

Kita haruslah prihatin terhadap masalah pencemaran di kawasan kita dan cuba menangani

dengan sebaik mungkin supaya kita dapat hidup dengan penuh keselesaan dan kesihatan kita

dapat terjamin.

Gan Ming Jiang-3B(2011) 19


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Bahan Grafik

Peta Minda

Gan Ming Jiang-3B(2011) 20


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Pelepasan asap dari


kenderaan

Penambakkan laut

Punca
Pembuangan
sampah sarap

Pembinaan

Kawasan perairan
tercemar

Hidupan akuatik
terancam

Pencemaran alam sekitar di Kesan


Pusat Bandar Sandakan Udara tercemar

Penyakit merebak

Bau busuk

Menguat kuasakan
undang-undang

Mengadakan
kempen cintai alam
sekitar
Cadangan
Memasang catalytic
converter

Menggunakan
petrol tanpa
plumbum

Rajah 1: Peta Minda pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan

Rajah aliran

Gan Ming Jiang-3B(2011) 21


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Punca
Pelepasan asap dari kenderaan

Kesan
Udara tercemar

Cadangan
Menggunakan petrol tanpa plumbum

Rajah 2: Rajah aliran pencemaran udara

Rumusan

Gan Ming Jiang-3B(2011) 22


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk

di Pusat Bandar Sandakan.Kegiatan penduduk di Pusat Bandar Sandakan bukan hanya membawa

kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan dan menyediakan banyak

kemudahan tetapi membawa kesan negatif.

Punca- punca pencemaran yang terdapat di Pusat Bandar Sandakan ialah pelepasan asap dari

kenderaan, penambakkan laut, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat dan pembinaan

di Pusat Bandar Sandakan.

Kesan-kesan pencemaran di Pusat Bandar Sandakan ialah kawasan perairan di Pusat Bandar

Sandakan tercemar, hidupan akuatik terancam, udara tercemar, penyakit merebak dan bau busuk

berlaku.

Cadangan bagi menangani masalah pencemaran ialah menguatkuasakan undang-undang,

mengadakan kempen cintai alam sekitar, memasang Catalytic Converter dan menggunakan

petrol tanpa plumbum.

Sebagai konklusi, saya berharap penduduk di Pusat Bandar Sandakan dapat bekerjasama

dengan pihak kerajaan supaya masalah pencemaran ini boleh dikurangkan pada masa yang akan

dating. Jika masalah pencemaran dapat diselesaikan, kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.

Lampiran

Gan Ming Jiang-3B(2011) 23


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Lampiran 1 - Surat kebenaran membuat kajian

Lampiran 2 - Surat makluman kepada ibu bapa

Gan Ming Jiang-3B(2011) 24


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Lampiran 3 - Gambar

Gan Ming Jiang-3B(2011) 25


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Gambar 4.1: Laut ditimbus untuk

menjadi Pusat Perniagaan

Gambar 4.2: Sampah-sarap berapung di permukaan laut

Gan Ming Jiang-3B(2011) 26


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

Gambar 4.1: Bahan pembinaan seperti pasir akan menggangu sistem pernafasan kita

Rujukan

Gan Ming Jiang-3B(2011) 27


Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3 2011

1. Buku teks

Mohd. Jamil Bin Mohamed, HJ.Rodzli bin HJ. Hashim, HJH. Mahani binti HJ.Mahbab. (2004).

Geogafi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn. Bhd.

2. Buku Rujukan

S. L. Kang, Rufina Mansor.(2009). My Resos Geografi PMR,Petaling Jaya: PEP Publications

Sdn. Bhd.

3. Internet

http://www.google.com

http://www.scribd.com

Gan Ming Jiang-3B(2011) 28

You might also like