You are on page 1of 6

Asas2 dalam amalan pedagogi

Prof. Dr. Isahak Haron

Prof. Madya Dr. Koh Boh Boon

Erti pengajaran & Model2 pengajaran

Interaksi dan alam sekeliling mempengaruhi perkembangan kognitif, afektif (sikap) dan
Psikomotor ( kemahiran gerak-geri) kanak2.

Pengajaran dan pembelajaran

P&P dlm keadaan bilik darjah yang mempunyai ciri2:

1. Rancangan pengajaran
2. Pembelajaran murid berjalan di bwh panduan & bimbingan s’org guru
3. Pengajaran berjalan dlm kump besar @ kecil m’ikut peringkat persekolahan
berkenaan.
4. Penilaian dlm btk ujian @ peperiksaan

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual


Oleh: Ahmad Sidi
17.03.2010

Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran adalah


digalakkan bagi memupuk minat murid serta perhatian murid di dalam bilik
darjah, terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran seperti


Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual,
Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ( ICT), Kemahiran Berfikir Secara Kr itis dan Kreatif, Belajar
Cara Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan
misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di dalam Pendidikan Seni Visual adalah digalakan bagi penggunaan strategi


pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata pelajaran lain.
Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat
dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan. Sesuatu
projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan,
kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang
menarik minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti
penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan
komputer.

Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang berterusan


perlu diberi penekanan dan penilaian. Jika terdapat hasil kerja murid, ia
hendaklah dipamerkan sebagai penghargaan. Murid digalakkan menyimpan
rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan
melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap
pembelajarannya untuk faedah sendiri. Rekod ini juga akan membolehkan
guru membantu dan menilai perkembangan pembelajaran murid.

Rujukan:

(1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni visual. KBSR. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Set induksi :

Pada awal pengajaran : 3-7 minit

Sbg mukaddimah

Perkaitan langsung dgn isi pelajaran

Langkah pertama utk mengembangkan isi pengajaran


Tujuan :

Membangkitkan kemahuan utk berinteraksi

Apbl menarik – pelajar akan tertanya2 utk mengetahui yg lanjut

Mewujudkan suasana konduksif utk belajar

Mengingat semula pengalaman lepas

Cth : gunakan surat khabar lama utk membalut buku

Menimbulkan minat utk belajar

Cth : ikut kreativi guru : gunakan video, cerita apa2 yg berkaitan yg guru suka lah..

Sumber internet :

Mengenai "set induksi" pengajaran ini yang amat penting sekali ialah kita kena fahami
apakah fungsi-fungisi "set induksi" itu mesti ada dalam setiap P&P. Berdasarkan kepada
fungsi-fungsinya itulah kita terjemahkan ke dalam bentuk ayat-ayat apakah yang cikgu nak
laksanakan bagi sesi set induksi itu dalam pengajaran.

Biasanya set induksi itu diperuntukkan masa antara 3 hingga 5 minit sahaja sebelum Langkah
1 dimulakan. Apakah yang cikgu hendak lakukan dan juga apakah yang cikgu mahu murid-
murid cikgu lakukan dalam sesi set induksi tersebut; perkara-perakar itulah yang cikgu
tuliskan sebagai set induksi pengajaran cikgu.

Adalah baik sekiranya dalam seti induksi itu sendiri cikgu rancangkan dengan
membahagikannya kepada 3, iaitu (a) Intro, (b) Pelaksanaan dan © Pentutup.

Bagi (a) Intro - memfokuskan minda murid kepada memberi tumpuan kepada subjek yang
cikgu nak mulakan pengajaran. Di sinilah minda murid di bawa daripada perkara-perkara
yang sedia ada dalam minda mereka sebelum cikgu masuk ke kelas, diubah kepada hanya
satu perkara saja, iaitu perkara yang cikgu hendak minda mereka berikan tumpuan.

Bagi (b) Pelaksanaan - mengemukakan soalan-soalan kepada murid untuk mereka jawab
yang jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin juga ajar dan di sinilah ketikanya
prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu:
- dari yang diketahui oleh murid kepada yang belum mereka ketahui
- dari yang dekat kepada murid kpd yang jauh
- dari sedia dialamai oleh murid kepada yang belum dialami

Bagi © Penutup - setelah diberitahu apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari
hendaklah dinyatakan kepada murid-murid apakah objektif eksplisit (yang telah cikgu
sediakan dalam Persediaan Pengajaran (Lesson Plan) cikgu kepada mereka; supaya mereka
dari awal-awal lagi mengetahuinya (apa-apa yang mereka kena buat atau perolehi sebagai
objektif eksplisit) sebelumnya pelajaran tamat.

Saya memerhatikan ramai guru yang lupa, iaitu tidak memberitahu apakah objektif ekspilisit
pembelajaran kepada murid-murid, sedangkan adalah amat penting mereka diberitahu awal-
awal sebagai menjadi garis panduan di minda murid-murid supaya mereka boleh mengetahui
apakah yang mereka dikehendaki hasil daripada P&P itu.

Demikianlah juga di akhir sesi set induksi itu cikgu hendaklah jelaskan kepada murid-murid
kenapa mereka perlu belajar tajuk yang cikgu nak ajarkan itu; apakah gunanya dalam
kehidupan sehari-hari, atau masa depan mereka atau apakah gunaannya di dunia ini. Dan elok
juga dikaitkan dengan jenis kerjaya di bidang kerjaya apakah tajuk itu adalah berkaitan.

Biasanya set induksi ini salah satu fungsi utamanya ialah untuk menarik perhatian murid-
murid maka dengan sebab itu sekiranya cikgu menggunakan media pengajaran seperti apa-
apa jua peralatan, carta atau gambarajah; pastikan kesemuanya adalah yang dapat menarik
perhatian murid-murid. Ini bererti cikgu mestilah sediakan sesuatu yang boleh misalnya
mengejutkan mereka, sesuatu yang sebelum ini mereka tak pernah lihat bergantung kepada
kreativiti cikgu.

Selamat berjaya! Wasalam.

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah


Posted in March 29th, 2008
by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid

1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar
seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar
serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara
berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management


Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak
boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini
disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara
perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku
pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)


Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan
potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan
pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku


Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai
pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan
untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka
untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan
isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan


Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan
peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif.
Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan
aktiviti di dalam bilik darjah.

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

 guru dan murid,


 guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
 hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
 melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
 melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
 ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
 boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta
berpusatkan sumber,
 meliputi rancangan mengajar (KOPI),
 proses yang melibatkan interaksi dua hala,
 ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau


kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan
yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Pembelajaran :

 Satu proses yang berterusan,


 Secara formal dan tak formal,
 Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
 Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
 Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
 Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

You might also like