You are on page 1of 25

UJIAN

PEMASANGAN
ASAS

1
Keperluan Pengujian Pemasangan

• Setiap pemasangan yang telah / baru siap atau


sebarang pemasangan tambahan ataupun sebarang
perubahan yang dibuat terhadap sesuatu
pemasangan, perlu diuji dengan beberapa ujian
sebelum boleh digunakan dengan selamat.

• Oleh itu Pengujian bolehlah dianggap sebagai


penentuan sama ada sesebuah pemasangan itu siap
atau tidak.

2
Tujuan Pengujian Pemasangan

• Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan


dijalankan bagi suatu pemasangan atau pendawaian
adalah untuk:
1. Memastikan keselamatan pemasangan. dan
2. Mematuhi kehendak peraturan IEE (STM,
SESB dll)
Di samping itu, pengujian juga dapat mengenalpasti
3. kekurangan & kelemahan pemasangan dan
4. mencari punca kerosakkan ( jika ada )

3
Jenis-jenis Pengujian Pemasangan

• Pada amnya pengujian boleh dibahagikan kepada tiga


jenis, iaitu:
• 1. Pengujian Dalaman - Pengujian awal sebelum
bekalan hidup diberikan.
• 2. Pengujian Rasmi - Pengujian yang dijalankan
oleh Pihak Pembekal sebelum
disambungkan ke bekalan utama. ( TEN / SESB ).
• 3. Pengujian Mencari - Pengujian mencari kerosakan
Punca Kerosakkan. Pada pemasangan lama atau
baru ( jika ada ).

4
Pemeriksaan Mata Kasar

• Sebelum sesuatu ujian pemasangan dijalankan,


pemeriksaan secara penglihatan ( pemeriksaan mata
kasar ) perlu terlebih dahulu dilakukan.

• Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan


setiap perkara yang bersangkut-paut dengan kerja-
kerja pemasangan itu tiada sebarang kerosakan fizikal
pada alat-alat pemasangan atau kabel yang
disambungkan kepadanya dan mematuhi kehendak
IEE.

5
Pemeriksaan Mata Kasar ( sambungan )

• Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa


membuat pemeriksaan secara mata kasar ialah seperti
berikut:
1. Sambungan pengalir - ketat dan baik
2. Penggunaan kod warna kabel - betul
3. Pemilihan saiz kabel – betul
4. Jenis fius dan nilainya - betul dan sesuai
5. Sambungan kabel fasa (hidup) sahaja pada suis.
6. Kabel pelindung disambungkan kepada elektrod bumi.
7. Pemasangan elektord bumi dilakukan dengan betul.
8. Papan tanda amaran diletakkan di tempat sesuai
9. Kedudukan (lokasi) papan suis & peralatan sesuai dll.
10. Alat pelindungan daripada renjatan- disediakan dan
masih boleh berfungsi.
6
Jujukan Ujian Pemasangan

• Jujukan ujian mengikut Peraturan IEE, ialah :


1. Ujian Keterusan Litar gelang
2. Menguji Keterusan Pengalir Pelindung
3. Mengukur Rintangan Elektrod Bumi
4. Mengukur Rintangan Penebatan
5. Menentukan Kekutuban
6. Mengukur Galangan Gegelung Rosak ke Bumi
7. Menguji Kendalian Pemutus Litar ke Bumi
• Ujian-ujian ini hendaklah dijalankan mengikut urutan agar
sebarang bahaya dapat dielakkan terhadap orang yang membuat
pengujian dan juga menjamin pemasangan itu sempurna.

7
Cara-cara Pengujian pemasangan dijalankan

• 1. Ujian Keterusan Litar Gelang.


• Tujuan pengujian ini dilakukan ialah bagi memastikan
setiap pengalir pada litar gelang mempunyai keterusan
yang baik. ( Pengalir pada litar gelang ini seolah-olah seperti
gelang yang tidak putus dan rintangannya hampir sifar ).

• Pengujian ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter


pelbagai atau penguji loceng dan bateri.

• Terdapat dua cara bagaimana ujian ini dijalankan:


i. Menguji dipangkal litar – di Kotak Fius Agihan.
Ii. Menguji di pangkal dan dipertengahan litar.

8
Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)

• 2. Ujian Keterusan Pengalir pelindung.


• Ujian ini dijalankan bagi memastikan pengalir pelindung
itu betul sambungannya dan mempunyai sambungan
yang baik dari segi elektrik dan mekanik.

• Ujian ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter


pelbagai atau menggunakan penguji loceng dan bateri.

• * Nama lama pengalir pelindung ialah pengalir keterusan bumi (e.c.c)

9
Cara-cara Pengujian dijalankan ( sambungan )

• 3. Ujian Rintangan Elektrod Bumi.


Bumi (T5)

• Ujian ini dijalankan apabila sesuatu pemasangan itu


gagal memperolehi nilai galangan gelung bumi yang
dikehendaki ataupun untuk menguji keterusan
elektrod bumi yang telah dipasang.
• Ujian ini dijalankan dengan menggunakan alat yang
dikenali sebagai – Meggar Penguji Bumi.

10
Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)

• 4. Ujian Rintangan Penebatan.

• Bagi memastikan ketahanan penebatan antara


pengalir dan ketahanan penebatan pengalir dengan
bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar
pintas.
• Ujian ini dijalankan dengan menggunakan Penguji
Megger.
• Ujian rintangan penebatan terbahagi kepada dua:
i. Ujian penebatan antara pengalir.
Ii. Ujian penebatan antara pengalir dengan Bumi.
Bacaan ujian mestilah tidak kurang dari 1M. Jika kurang daripada nilai
itu, bererti pemasangan itu telah mengalami kerosakan.

11
Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)

• 5. Ujian Kekutuban
• Tujuan pengujian ini dijalankan ialah untuk
memastikan semua alat kawalan satu kutub berada
pada pengalir hidup ( fasa ) sahaja.
• Ujian ini juga adalah untuk memastikan sambungan
tepi pemegang lampu edison, dan bahagian kiri soket
alur keluar dan palam berada pada pengalir Neutral.
• Kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya
renjatan elektrik semasa membuat pemasangan atau
penggunaan alat.

12
Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)

• 6. Ujian Galangan Gegelung rosak ke bumi. (T5)

• Ujian ini dijalankan bagi mengetahui nilai galangan


gelung bumi pada sesuatu pemasangan.
• Nilai tersebut kemudiannya digunakan untuk
menentukan jenis peranti perlindungan kebocoran
arus ke bumi (PLBB) yang sesuai.
• Sekiranya PLBB telah sedia ada, kita akan dapat
mengetahui sama ada ianya berkesan ( berfungsi )
atau tidak apabila berlaku kebocoran pada
pemasangan itu.

13
Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)

• 7. Ujian Pemutus Litar Bocor ke Bumi.


• Ujian ini dijalankan bagi memastikan sama ada
pemutus litar yang digunakan akan berkendali apabila
berlaku arus bocor ke bumi.
• Biasanya peranti ini akan bekerja pada voltan minimum
45V ( tidak lebih 50V ), antara pengalir bumi dengan
pengalir hidup.
• Ujian ini perlu dijalankan sesingkat yang boleh bagi
mengelakkan bahaya kebocoran yang mungkin terjadi
sekiranya peranti itu tidak berkendali ( rosak ).

14
Alat-alat Pengujian

• Diantara alat-alat kelengkapan pengujian yang asas,


ialah seperti berikut:

1. Meter Pelbagai ( Multimeter )


2. Loceng dan Bateri
3. Penguji Megger
4. Penguji Pemutus litar – jenis arus.

15
Alat-alat Pengujian ( sambungan )

• 1. Meter Pelbagai (Multimeter).


• Meter ini boleh digunakan untuk
mengambil bacaan Voltan ( Volt ),
Arus (Ampere), dan Rintangan
(Ohm).

• Peranti ini digunakan untuk


membuat pengujian:
i. Menguji Keterusan litar
gelang.
ii. Menguji Keterusan
pengalir pelindung.
iii. Menentukan Kekutuban.

16
Alat-alat Pengujian ( sambungan )

• 2. Loceng dan Bateri.

• Bateri dan loceng ini


disambungkan secara siri
dengan 2 punca dibiarkan
tidak bercantum dan
digunakan sebagai punca uji.

• Alat ini sesuai di gunakan


untuk menguji keterusan
(sambungan). Jika ada
keterusan / sambungan -
loceng akan berbunyi.

17
Alat-alat Pengujian ( sambungan )

• 3. Penguji Megger.

• Megger ialah alat penguji


Rintangan Penebatan.
• Voltannya diperolehi dari
janakuasa yang diputar oleh
tangan atau dari bateri
bersama litar elektronik.
• Megger mampu mengeluarkan
500V pada punca ujinya dan
skala pengujinya mampu
menyukat dalam kilo-ohm dan
Mega-ohm.

18
Tempoh Pengujian

• Pengujian-pengujian yang dijalankan seperti diatas,


tidak dapat menjamin keselamatan pemasangan itu
selama-lamanya, oleh itu pengujian semula perlu
dilakukan dari masa ke semasa mengikut tempoh yang
dikehendaki supaya sebarang bahaya dapat dielakkan.
• Tempoh sesuatu pemasangan itu hendak diuji, biasanya
bergantung kepada jenis pendawaian yang digunakan ,
keadaan tempat dan kebenaran yang diberikan oleh
pihak pembekal.

( Lihat Jadual yang dilampirkan ).

19
Tempoh Pemeriksaan Pemasangan - IEE

Tempoh antara
Bil Jenis Pemasangan
Pemeriksaan
1 Pemasangan biasa 5 Tahun
2 Pemasangan Pertanian 3 Tahun
3. Masjid / Gereja 2 Tahun
4. Penggera Kebakaran 1 Tahun
5. Jentera berkereta 1 Tahun
6. Panggung / Stesen minyak / K.Dobi 1 Tahun
7. Kilang Kerap kali
8. Lampu Kecemasan Tidak tetap
9. Pemasangan Sementara 3 Bulan

20
Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian

• Jenis-jenis kerosakan yang mungkin berlaku ke


atas pendawaian elektrik adalah seperti berikut:

(i). Litar Buka.


(ii). Litar Pintas.
(iii). Kerosakan Bumi.

21
Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )

• (1). Litar Buka.

• Ini bermakna arus tidak dapat mengalir di dalam litar kerana punca
bekalan terpotong ( putus ).
• Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan
kerosakan litar buka iaitu seperti:

a). Pengalir di dalam kabel terputus.


b). Sesentuh suis tidak berfungsi dengan baik.
c). Sambungan pengalir kabel terkeluar dari punca tamatan.
d). Kerosakan mekanikal pada pemegang lampu, soket keluaran
dan suis.

22
Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )

• (2). Litar Pintas.

• Litar Pintas terjadi apabila punca fasa dan punca


neutral bersentuhan di antara satu dengan lain
tanpa beban.

• Jika berlaku litar pintas, peranti pelindung akan


terpelantik ( trip ) lalu memotong bekalan
elektrik. ( jika tidak trip, kabel menjadi panas
dan boleh menyebabkan kebakaran ).

23
Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )

• Di antara sebab berlakunya Litar Pintas ialah:


a). Berlaku kerosakan pada penebat kabel.
b). Sambungan pengalir kabel longgar di punca
tamatan sehingga bersentuhan dengan kutub / fasa
yang berlawanan.
c). Berlaku kerosakan pintas pada aksesori pendawaian
– suis, soket, pemegang lampu dan lain-lain.
d). Berlaku kerosakan pintas pada peralatan elektrik –
kipas, seterika, cerek elektrik dan perkakas lain.

24
Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )

• (3). Kerosakan Bumi.


• Kerosakan yang berlaku apabila punca fasa ( hidup )
bersentuh dengan pengalir bumi atau mana-mana
bahagian logam bagi sistem pendawaian atau pada
punca perkakas elektrik.

• Kerosakan ini akan menyebabkan bahagian logam


menjadi punca fasa dan merbahaya kepada pengguna,
jika tersentuh boleh menyebabkan renjatan elektrik.

• Alat penguji megger digunakan untuk menguji


kerosakan bumi, dan bacaannya hendaklah tidak kurang
dari 0.5M bagi peralatan yang baik.
25

You might also like