You are on page 1of 10

Falsafah

dan Logika
Melayu
[ Jxea 1104 ]
[ Karya ]
Hamzah Fansuri
Ontologi Syair Perahu.

Pensyarah : Dr. Amran Muhammad


Nama : Nor Haznie bte Suhaili
No.Matrix : Jea 080074

1
Ontologi ialah cabang ilmu falsafah atau
metafizik yang berkaitan dengan fitrah
manusia. Iaitu setiap bentuk pemikiran
manusia dapat dikembalikan kepada
dasarnya. Dalam kajian ini, mendapati karya
klasik Melayu sememangnya kaya dengan
unsure-unsur mikrokosmos, antrophos dan
mistik yang empirikal. Dalam karya Melayu
banyak menerapkan unsure nasihat,
peringatan, tauladan, dan pengajaran
menjadikannya sebuah disiplin ilmu yang
tinggi nilainya. Hal ini juga menjadikannya
suatu falsafah Melayu yang pragmatik. Untuk
memahami ilmu yang disampaikan melalui
sebuah karya, kita mestilah mengkaji dan
memahami setiap disiplin ilmu yang
dihujahkan seperti yang diterangkan oleh
ahli sufi Jalalludin Rumi,
“Ucapan merupakan bagian yang tak terpisahkan
dari manusia. Ia seperti air yang dialirkan oleh
penjaga waduk, tidak tahu ke mana air akan
dialirkan – menuju kebun timun, ladang bawang,
2
atau ke sebuah taman? Aku banyak tahu tentang
hal ini: Jika air mengalir deras, banyak tanah
kering disekitarnya. Tapi jika air sedikit mengalir,
sedikit tanah disekitarnya; sebuah kebun atau
halaman yang sempit. Nabi bersabda, “Tuhan
menanam kebijaksanaan pada lidah para da’i,
disesuaikan dengan tingkat pemahaman orang
yang mendengarkannya.” Aku adalah seorang
tukang sepatu, dengan sedikit kulit, ku potong-
potong ia dan kujahit sesuai dengan ukuran kaki.”
[F 108/119]
Wahai muda kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke Akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif budiman,
Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insane.
Dalam petikan tersebut terlalu puitis untuk
kita perdengarkan malah terdapat nasihat
yang elok untuk dipatuhi. Dalam rangkap

3
syair yang dihasilkan banyak mengaitkan
hubungan antara manusia dengan alam
semesta (kosmologi), manusia dengan alam
ghaib (teologi), dan manusia dengan
manusia itu sendiri (berkaitan dengan
aksiologi). Penulis banyak menyalitkan
maksud tersirat dan tersurat di dalam karya
ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengupas lebih lanjut tentang ontologi yang
terdapat dalam karya tersebut.

Berdasarkan rangkap tersebut kita dapat


rasakan penulis menyeru masyarakat muda
khususnya, supaya mengenali diri sendiri
agar sentiasa berwaspada dan beringat-ingat
selalu. Dalam masa yang sama penulis
mengingatkan kita agar sentiasa melakukan
amal ibadat yang berfaedah. Beliau telah
menyampaikan idea beliau melalui tiga cara
iaitu techne iaitu cara menyampaikan
hujahan melalui sistem tulisan yang boleh di
baca oleh setiap lapisan masyarakat.
Kemudian praxis iaitu menerapkan amalan-
amalan murni, seperti menyeru masyarakat

4
tidak mudah leka dan sentiasa beringat
untuk melakukan ibadah sepanjang
hayatnya. Dan pentaakulan, iaitu beliau telah
membuat pertimbangan akal untuk
menghasilkan karyanya itu untuk
dipersembahkan khalayak ramai.

Dalam karya ini dapat kita lihat penulis


menyampaikan idea melalui idiologi Islam, di
mana terdapat unsure-unsur alam ghaib atau
mistik (teologi) melalui mengaitkan konsep
wujudnya alam akhirat. Beliau telah
mengaitkan unsur-unsur yang empirikal
untuk menyampaikan hujahan, seperti
menakrifkan diri seperti perahu.
Perlambangan ini membawa maksud yang
mendalam kepada pembaca. Seperti yang
kita tahu perahu dibina menggunakan papan.
Jika tidak di jaga dengan sempurna maka ia
akan cepat menjadi rosak. Fungsi perahu
juga kita dapat fahami iaitu sebagai alat
untuk memudahkan kita bergerak di atas
permukaan air. Sekiranya salah tuju kemudi
maka kita akan karam didasar laut. Dengan

5
ini kita dapat saksikan bahawa penulis bijak
menghasilkan dan menghujahkan idea
dengan hal-hal yang empirikal dengan
aksiologi kehidupan. Secara rasionalnya
penulis telah menghubungkan pembaca
dengan Penciptanya melalui pengalaman hati
kalbu.

Menerusi aksiologi yang ingin di


ketengahkan oleh penulis beliau telah
menasihati para pembaca agar sentiasa
menjaga batas-batas kehidupan
berlandaskan hukum syarak. Di sini beliau
telah melunaskan falsafah beliau mengikut
falsafah Islam. Di mana menurut kajian Prof.
Dr. Awang Sariyan, ’Islam telah mengalihkan
pandangan sarwa orang Melayu yang asalnya
berlandaskan anismisme, yakni pahaman
yang berlandaskan kepercayaan akan kuasa
benda-benda di alam’. Yang di petik melalui
karyanya Falsafah dan Logika Melayu. Begitu
juga dengan pendapat Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas (1969) menegaskan bahawa
Islam telah mengalihkan paksi Tamadun

6
Melayu daripada prospektif ketuhanan
kepada aspek-aspek kehidupan
keseluruhannya.

Dalam karya alam Melayu, penulis banyak


memasukan eleman-eleman yang berkaitan
mikroslogi sebagai tamsilan, seperti
‘hasilkan kemudimu dengan pedoman, alat
perahumu jua kerjakan,’. Hal ini
menunjukkan bahawa penulis telah
mengalami atau menyedari sesuatu hakikat
yakni epistemologi yang diperolehi daripada
hal-hal alam sekeliling (mikrokosmos) dan
telah merungkaikan ilmu atau suatu falsafah
di dalam suatu karya. Yang menjadikan karya
tersebut memiliki nilai estetika yang tinggi
dan lambang kearifan ahli ilmuan tersebut.
Daripada kajian ini maka hujah itu
disampaikan melalui etimologi kepada para
pembaca. Pembacalah yang mengalami di
mana proses membuat tafsiran (hemeneutik)
berdasarkan sintax. Maka wujudnya suatu
fahaman atau makna falsafah yang
disampaikan.

7
Dalam rangkap kedua ini juga
memperlihatkan bertapa halusnya pemikiran
si penulis dalam mengadaptasikan sumber
ilmu melalui pengalaman langsung, kepada
sebuah karya agung ini. Di mana ilmu ini
diperoleh melalui imbasan yang
menggunakan deria dan diproses melalui
akal. Serta digabungkan dengan pengalaman
langsung yang mistik iaitu ilham yang
kebenaranya di ukur melalui rasa kalbu.
Seterusnya dilahirkan dengan pengucapan,
dan akhirnya dicatatkan sebagai sastera.
Maka dari situlah ilmu falsafah itu dibiaskan
kepada setiap pembaca khususnya, untuk
mengenali ilmu tersebut. Di mana pembaca
akan mengkaji, menganalisis, dan memahami
suatu disiplin ilmu yang abstrak dan hanya
mampu dirasa menggunakan rasa kalbu
dengan pertimbangan yang logic.

Tidak dapat di nafikan lagi bahawa falsafah


Melayutidak lari daripada lunas pendidikan
Islam. Di mana penerapan aspek-aspek
8
agama dan nilai-nilai murni di dalamnya
menjadikannya cabang ilmu yang mampat
dan teratur. Petikan syair hasil karya Hamzah
Fansuri ini menjelaskan bahawa falsafah
yang di bawa oleh beliau berasaskan Islam
yang empirikal. Aksiologi yang dibincangkan
di dalam karya tersebut juga
memperlihatkan bertapa indahnya budi dan
santun, gaya bahasa, tutur kata masyarakat
Melayu, serta agungnya pemikiran orang-
orang Melayu.

Sebagai kesimpulannya, karya-karya klasik


mempunyai nilai yang tinggi dengan hujahan
yang cukup puitis untuk diperdengarkan.
Malah idea-idea yang disampaikan juga
sangat bermakna untuk dimanfaatkan dalam
kehidupan.

9
Nota Rujukan:
-Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Estika Melayu
Suatu Pengalaman: Hasyim Musa, Ph.D
-Falsafah dan Logika Melayu: Prof Dr. Awang
Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu Akedemi
Pengajian Melayu Universiti Malaya.
-Comments On The Re-examination Of Ai-Raniri’s
Hujjatul-Siddiq: A Refutation: Syed Muhammad al-
Naquib al-Attas,Muzium Negara, Kuala
Lumpur,Malaysia.
-Jalan Cinta Sang Sufi Ajaran-ajaran Spiritual
Jalaluddin Rumi: William C.Chittick Qalam, Pustaka
Pemikiran.
-Kamus Dewan Bahasa edesi ke empat: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

10

You might also like