You are on page 1of 3

KESAN PEMBALAKAN TANPA PENGURUSAN YANG BAIK.

1. Ini disebabkan kawasan hutan negara kita juga berkurangan.Keluasan kawasan


perhutanan di Semenanjung Malaysia,misalnya telah berkurangan daripada 13 juta
hektar pada tahun 1900 kepada 6.3 juta hektar pada tahun 1987.
2. Daripada seluruh kawasan seluas 13.2 juta  di Semenanjung Malaysia, peratusan
kawasan hutan telah berkurangan daripada 98% pada tahun 1900 kepada 48% pada
tahun 1987. 
3. Kawasan hutan yang semakin berkurangan ini menunjukkan bahawa sektor perhutanan
kurang diberi perhatian yang sewajarnya.
4. Selama ini, yang diberi keutamaan ialah sektor pertanian terutama dalam soal
penggunaan tanah.
5. Bagi tujuan pembalakan dan pembangunan rancangan tanah, beribu-ribu hektar
kawasan hutan telah diterokai.Pembukaan kawasan hutan ini mungkin menjejaskan
kesejahteraan negara dalam jangka panjang.
6. Ramalan ekonomi telah menunjukkan bahawa sekiranya kita tidak menguruskan sektor
perhutanan kita dengan baik, kemungkinan besar negara kita akan bertukar status
daripada pengeksport balak kepada pengimport. 
7. Jika keadaan ini berlaku, ini bermakna kita tidak lagi menerima pertukaran wang asing
tetapi adalah sebaliknya.
8. Tanda-tanda juga menunjukkan bahawa penerokaan tanah perhutanan telah
menimbulkan masalah sosioekonomi.
9. Di Semenanjung Malaysia, daripada keratan akhbar, didapati bahawa kegiatan
pembalakan telah mencemarkan air sungai dari semasa ke semasa.
10. Di Sabah dan Sarawak,kegiatan pembalakan yang dikatakan tidak diurus dengan cekap
telah ditentang oleh kaum asli yang mengamalkan pertanian pindah.
11. Di samping itu, masalah banjir yang berlaku dari semasa ke semasa juga telah
dikaitkan dengan kegiatan pembalakan yang keterlaluan.
12. Sungguhpun demikian , ini tidak bermakna bahawa negara kita tidak mempunyai satu
sistem pengurusan sumber perhutanan yang baik.
13. Pada tahun 1978, satu Dasar Perhutanan Negara telah diluluskan dan secara prinsipnya
telah diterima oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia.
14. Dengan pengisytiharan Dasar Perhutanan Negara ini, usaha penyelidikan, pengurusan
dan pembangunan sumber hutan dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan
saintifik sejajar dengan konsep sustained yield.
15. Dasar perhutanan Negara ini memberi garis panduan yang kukuh bagi menjamin
pengekalan khazanah negara.Yang penting bagi kita ialah melaksanakan Dasar
Perhutanan Negara dengan sepenuhnya.  
MASALAH YANG TIMBUL EKORAN PEMBALAKAN YANG BERLELUASA.

1. Pengalaman negara jiran kita adalah satu contoh yang baik. Daripada jumlah keluasan
Negara Thai, peratusan kawasan hutan telah berkurangan daripada 70% pada tahun
1945 kepada 20% pada tahun 1988. \
2. Kegiatan pembalakan yang keterlaluan dan pembalakan secara haram telah
mengakibatkan masalah ketidakseimbangan keadaan alam sekitar.
3. Di negara Thai, salah satu masalah yang serius ialah kaitan kegiatan pembalakan
dengan banjir besar pada tahun 1988 apabila sebanyak 460 orang telah terkorban,
250,000 orang kehilangan rumah kediaman dan pemusnahan harta benda yang bernilai
67 juta dolar atau lebih kurang RM300 juta ringgit.
4. Akibatnya, Kerajaan Thai terpaksa mengharamkan kegiatan pembalakan mulai bulan
Januari 1989.
5. Selain itu, Negara Thai juga telah mulai mengimport kayu balak sebanyak satu juta m3
setahun kerana pengeluaran sendiri sebanyak tiga juta m3 tidak mencukupi.
6.  Begitu juga pembalakan yang keterlaluan di Filipina telah mengakibatkan kawasan
hutan cuma tinggal 20% daripada keluasan negara itu.
7. Pengalaman Negara Thai dan Filipina patut dijadikan teladan kepada negara kita
dalam soal pemeliharaan sumber hutan

PERANAN PENDUDUK BANDAR  MEMELIHARA SUMBER HUTAN.

Di kalangan penduduk Melayu di bandar pula,penghidupan moden tidak bermaksud


kita harus memisahkan diri dengan cara hidup tradisional.Orang Melayu bandar boleh
mengekalkan kaitan dengan hutan dalam konteks hutan melalui penggunaan perkakas dan
perabot buatan daripada sumber hutan.                                                 

Alat permainan seperti congkak,sepak takraw,gasing dan wau boleh diperkenalkan


kepada kanak-kanak disamping alat teknologi moden seperti komputer.

Golongan ini juga boleh membantu dalam pemeliharaan hutan dengan menggunakan
keluaran kayu getah yang boleh menjadi pengganti hasil buatan daripada sumber hutan
semula jadi.Ahli keluarga harus digalakkan melawat hutan lipur yang berhampiran.Perubatan
tradisional yang mementingkan penggunaan sumber hutan harus dipentingkan untuk
mengubati penyakit moden yang tertentu.
Dengan cara ini, orang Melayu di bandar tidak akan terasing daripada sumber hutan
alam semula jadi selain menikmati berbagai-bagai kemudahan sains dan teknologi.Mereka
akan lebih merasai kepentingan pemeliharaan sumber hutan dan seterusnya menyokong usaha
yang mulia in

You might also like