P. 1
Akhlak pelajar

Akhlak pelajar

|Views: 667|Likes:
Published by SirBP

More info:

Published by: SirBP on Apr 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/26/2013

pdf

text

original

Nasir Mohamad P17239 1.

PENDAHULUAN

Masalah yang ditimbulkan oleh pelajar pada hari ini semakin mencabar. Bukan sahaja dari segi bilangannya bertambah malahan jenis kesalahan itu juga bertambah. Apabila berlakunya masalah ini maka sistem pendidikan akan turut dipersoalkan. Adakah kurikulum yang dibina pada hari ini telah ketinggalan atau masihkah ada ruang yang yang perlu diperbaiki lagi.

“Melihat kepada realti yang kita hadapi sekarang tentang ketidakberkesanannya pendidikan agama terhadap pembentukan peribadi dan moral sebahagian besar pelajar Islam, maka kita mungkin akan bertanya apakah silapnya dan dimanakah kepincangan sistem pendidikan Islam kita sekarang ? “ (Ismail Ibrahim 1999).

Dalam menangani masalah ini, kurikulum ke arah pembentukan akhlak pelajar harus digubal. Pendidikan Agama Islam adalah dikenalpasti sebagai asas bagi membentuk pelajar berakhlak mulia ke arah masyarakat yang lebih bertaqwa. Dengan ini mata pelajaran ini seharusnya dijadikan mata pelajaran wajib bagi peperiksaan peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Menengah Vokesional (SPMV) bagi semua pelajar yang beragama Islam.

2 Abdul Halim Muhammad (1985) menganggap kegagalan Kurikulum Pengetahuan Agama Islam di dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) adalah kerana dasar penggubalannya yang bersifat sekular. Kajian oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) pula mendapati tumpuan pendidikan yang hanya kepada pemerolehan ilmu pendidikan dan prestasi akademik semata-mata menyebabkan matlamat untuk membentuk pelajar berakhlak mulia dan Insan yang Kamil tidak tercapai. Malah hasil pendidikan sebegini juga akan melahirkan pelajar yang hanya mampu menghafal tanpa memahami dan mengetahui apakah fungsi mereka dan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Orientasi Islam terhadap pembangunan insan mengambil kira semua dimensi kehidupan manusia. Elemen-elemen yang membantu penjanaan manusia berkualiti, proses dan persediaan serta saranan-saranan yang baik adalah antara faktor-faktor utama dalam membangun manusia dari segi rohaniah, aqliah, emosi dan jasmani. Penggembelengan kesemua dimensi dan elemen tersebut secara efisien dan efektif akan membawa kepada tercapainya objektif ‘character building’ yang dibina melalui proses ‘character training’ yang panjang. Matalamat akhirnya melahirkan manusia berkualti yang diungkapkan oleh Al-Ghazali sebagai Warga ideal yang mempunyai akhlak yang mulia (Abdul Ghafar Haji Don 1999).

2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3 Secara ringkas, unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dicerminkan dalam rajah di sebelah dengan menggambarkan Falsafah Pendidikan yang berpaksikan kepada ketuhanan.

INTELEK

Kepercayaan dan kepatuhan

ROHANI

Kepada Tuhan
ILMU DAN AKHLAK MULIA INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS Tanggungjawab dan sumbangan kepada

Masyarakat

JASMANI

EMOSI

Rajah 1.1 Falsafah Pendidikan Untuk Melahirkan Insan Berakhlak Mulia. Lahirnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini diharapkan dapat melahirkan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi disamping mempunyai akhlak yang mulia. Harapan yang begitu tinggi oleh pihak kerajaan ialah gejala keruntuhan akhlak yang berlaku di kalangan pemimpin seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya dapat di atasi. Begitu juga dapat mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja seperti ‘gengterisme’, ‘Vandalisme’, ‘Holirisme’ dan sebagainya.

P McKinney (1980). Rohani. Menurut J. Pendidikan akhlak sesuai untuk melahirkan insan yang mempunyai perseimbangan antara keperluan Jasmani. Emosi dan Intelek. benar atau salah dan sama ada seseorang itu ingini atau tidak diingini. 3.4 Salah satu kompenan yang penting di dalam pendidikan negara ialah pendidikan akhlak. Etika dan Akhlak. Definisi Nilai. Misalnya ahli ekonomi mengaitkan nilai dengan harga atau kuantiti.1 Definisi Nilai Konsep ‘nilai’ dalam pandangan orang-orang Barat dikaitkan dengan pelbagai istilah berpandukan kepada bidang atau didiplin ilmu. Ini bermakna. minat dan motif. terutama terhadap sesuatu perlakuan yang baik atau tidak baik. Recher juga mengusulkan beberapa cara untuk melihat pegangan nilai seseorang seperti berikut :1. nilai mempunyai pelbagai bentuk pertimbangan. Keadaan fizikal . ahli psikologi menghubungkan nilai dengan sikap. Moral. . sintimen. keperluan. murah hati dan telti. 3. nilai-nilai menjadi tenaga pendorong bagi manusia untuk melakukan sesuatu atau yang menjadi pegangan untuk tidak melakukan. bersih dan tegap .sihat. Rescher (1969) pula berpendapat bahawa nilai dan kehidupan manuisa sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana manusia sebagai insan yang rasional dan aktif berfikir sering membuat pertimbangan.berani. Motif dan perangai 2. Ia dilaksanakan secara bersepadu di dalam penyampaian semua displin keilmuan.

Nilai-nilai yang berkaitan dengan kehidupan manusia ialah yang berfeadah atau yang mendatangkan faedah serta memberi kesejahteraan.keadilan ekonomi. degil. seni. peka. Menurut Ee Ah Meng (1988) . saksama. Sentimental contoh Sihat. maju. Istilah ‘Moral’ berasal daripada perkataan Latin ‘Moralis’ yang bermakna tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Keupayaan dan kemahiran 4. Moral dan intrinsik 4. Material dan fizikal 2.tenang. Sosial 5.patriotik. halus taat. kreatif jaya diri. senang. Estetika 7. ikhlas. Politik 6. . . penindasan. 3. cekap . pemarah.5 3. Trait sifat 6. Intelek 9. Keadaan urusan . pemurah. taqwa. Keadaan pemikiran atau sikap 5. acuh tak acuh. taat indah.2 Definisi Moral Dan Etika. tabah. selamat. produktif jujur. Agama 8. antik. kerjasama adil. bebas. inisiatif cinta.cergas. cantik. Di sini Rescher (1969) mengkategorikan nilai-nilai yang berfeadah bagi kehidupan manusia seperti berikut :Kategori nilai 1. Profesional 10. Ekonomi 3. insaf pintar.

Walau bagaimanapun beliau berpendapat disiplin etika sebenarnya bukan sematamata berbentuk akademik atau teoritikal. Apabila kita katakan ‘etika perguruan” maka yang kita maksudkan adalah suatu kod yang dapat mengatur tindak tanduk guru-guru di dalam profesion perguruan. Moral selalunya disama ertikan dengan etika. bersopan santun. bekerjasama. Menurut A. Stroll dan R. kesederhanaan. berdikari. apabila kita katakan ‘etika perubatan’ maka ianya bermaksud suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada para doktor dalam perhubungan antara mereka dan juga dengan para pesakit. menepati masa. malah ianya juga berkait rapat dengan masalahmasalah hidup hari-hari. baik hati. maka dalam konteks ini ia boleh dikatakan sebagai moralist. hormat menghormati. kebersihan. Sebagai contohnya. Di antara pendapat yang mengatakan demikian ialah Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief (1971) menulis: “ Perkataan moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. bertoleransi. Walau bagaimanapun adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya. sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya”.6 perkataan Moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran. keadilan.H Popkin (1962). kerajinan. keberanian. kerasionalan serta semangat bermasyarakat. . kasih sayang. kesyukuran. pengertian etika adalah sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup kepada manusia.

kekuatan serta kombinasi yang membawa kecenderungan pada pemilikan akhlak yang benar dengan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan meninggalkan tingkahlaku yang jahat.7 3. watak dan pengetahuan yang berkaitan dengan kelakuan. budi pekerti. kelakuan. di dalam Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai tingkahlaku yang baik.' Menurut Dr. Ini sesuai dengan suruhan dan larangan Allah melalui petunjuk al-Quran dan hadis.3 Definisi Akhlak. Ibn Maskawih (1960) pula mendefinasikan akhlak ini sebagai 'keadaan jiwa seseorang yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Abdullah Diroz dalam bukunya " Kalimah fi Mabadi Al-Akhlak" menyatakan perkataan akhlak iaitu satu kekuatan dalaman yang mantap. Teuku Iskandar (1970). Akhlak menurut istilah ialah sikap keperibadian yang melahirkan laku perbuatan manusia terhadap Tuhan dan manusia termasuklah terhadap diri sendiri serta makhlukmakluk lain. .

Ia berbeza dengan pengertian moral kerana moral mempunyai maksud perlakuan baik mengikut norma. . Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci. mengamalkan falsafah pragmatisme. Daley dalam bukunya “ Philosophy of Education” telah mengariskan beberapa kriteria dalam menentukan aspek moral antaranya :  Nilai moral berubah kerana cita rasa masyarakat sering kali berubah. peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Ia hanya diterima oleh komuniti tersebut. Kebiasaanya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia dan hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar. Dengan lain perkataan moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Moral bagi pendekatan barat sekular. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan daripada Maha Pencipta. serta masa dan lingkungan yang tertentu sahaja. Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi SWT maka dia menjawab : “Akhlaknya adalah al-Quran”. Menurut Musak (1994) akhlak membawa pengertian perlakuan dan tingkahlaku yang baik bersumberkan wahyu (al-Quran). akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib. Moral hanya menekankan kepentingan dan keselesaan invidu dan masyarakat (Dunwell & Wendel. Justeru. (Daley. 1966). 1976) Oleh itu moral tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal metafizik. maruah dan merangkumi seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. pendidikan ta'dib islami akin membwa insan semakin dekat kepada penciptanya.8 Menurut Abdul Rauf Dalib (1986).

Sesuatu tingkahlaku akin dikatakan baik apabila masyarakat menganggap tingkahlaku itu memberi kesan yang baik dan berguna ke atas masyarakat tersebut. Jadi nilai akhlak ditentukan oleh Allah yang disampaikan kepada manusia melalui ilmu yang diwahyukan. 1994). Apa yang dikatakan berguna pada hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok. muktamad dan kekal abadi. moral.  Nilai moral lahir daripada kehendak individu dan sosial dengan idea bagi tingkah laku yang baik timbul daripada etika dan estitika yang dianggap penting oleh individu dan masyarakat. Apa yang diperkatakan sebagai baik. Oleh itu nilai akhlak dalam islam bersifat mutlak. .9  Nilai moral bersifat tempatan dan tidak bersifat sejagat kerana cita rasa umum adalah berbeza mengikut kebudayaan. (Nik Azis. benar dan mulia secara asasnya tidak berubah daripada satu generasi kepada generasi yang lain atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain.Nilai inilah yang menjadi teras pembinaan peribadi seorang muslim.  Nilai moral merupakan satu kemungkinan sahaja kerana manusia mempunyai pengalaman dan kebolehan penyelesaian masalah yang terbatas.  Nilai moral mempunyai akibat awam. Maka manusia hanya dianggap berakhlak mulia apabila mereka hidup mengikut kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. etika dan akhlak keselruhannya adalah menjurus ke arah mempastikan dua nilai iaitu nilai baik dan nilai buruk. Berdasarkan perbicaraan mengenai nilai. Nilai mutlak akhlak dalam islam diasaskan kepada keimanan kepada Allah.

10 4. a.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan a.1. Bagi mengukur keberkesanan Pendidikan Islam. Adakah Pendidikan akhlak yang disampaikan pula tidak diteliti dan dikaji keberkesanannya. Disamping itu pendekatan dan cara penyampainnya tidak menepati kehendak-kehendak dan perubahan semasa ? c. apakah perlu aspek tingkah laku mereka yang memperolehi pendidikan berkenaan harus juga dinilai pada akhirnya? 4. ISU-ISU PENDIDIKAN AKHLAK 4. Adakah warga pendidikan telah memahami dan melaksanakan konsep pendidikan sepadu seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara ? . Adakah di dalam Pendidikan Islam tidak menjadikan pendidikan akhlak sebagai satu perkara yang amat penting yang mampu memimpin insan ke jalan yang selamat ? b. Kurikulum Pendidikan Islam. Adakah Pendidikan Islam memerlukan kepada perubahan kurikulum Pendidikan Islam yang sekian kalinya untuk memantapkan unsur-unsur akhlak ? d.

beradab dan berhikmah. seterusnya membina keluarga penyayang dan masyarakat penyayang. . hampir kesemuanya dari barat. Isu paling nyata sekarang ialah teori-teori psikologi pendidikan yang dilaksanakan dalam pendidikan kita.4.3 Falsafah Sosial. ? 4. Isunya sekarang adalah : a. Falsafah Psikologi. Mampukah pendidikan kita menghasilkan pelajar yang berakhlak. Di awal penulisan (pendahuluan) telah dijelaskan bahawa dalam bersosial kita bergelumang dengan budaya sosial yang rendah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin atau remaja. Isunya sekarang bukan untuk memahami interaksi sosial dalam masyarakat sebaliknya bagaimana untuk membasmikan tingkahlaku tidak normal dalam kehidupan sosial para pelajar. Sejauhamana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. 4. Mampukah kita melahirkan insan yang berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan kita ? b.11 b. Pemikiran psikologi seluruhnya menurut pendekatan sains tabii. Maksudnya faktor emosi dan tingkah laku yang dikaji dan diukur dalam psikologi adalah mengikut parameter sainstifik dengan kaedah empikal.

6. kera. apakah kita terus menerima pemikiran asing yang mengatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator sahaja.12 Isu sekarang : a. Apabila memperkatakan pengajaran berpusatkan murid. masa dan tempat belajar dan nilai yang akan diterapkan dalam pembelajarannya. Adakah sesuai kita meneruskan kajian-kajian psikologi pendidikan berasaskan paradigma psikologi barat yang mengasaskan teori semata-mata kepada kajian terhadap haiwan-haiwan sosial seperti tikus. Pendekatan kurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dihasilkan bersifat robotik.5. Sebagai contoh sekarang kita digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan multemedia sehingga kita terlupa aspek-aspek pembinaan insan itu sendiri. apakah kita terus meninggalkan kurikulum pembinaan insan yang berlandaskan akhlak Islam. a. Falsafah Kurikulum Pendidikan Terdapat beberapa isu yang berkait dengan kurikulum. 4. Ini bermaksud murid adalah sebagai penentu matlamat belajar. . burung. Isu yang paling hangat dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kosep berpusatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Apabila kita begitu tertarik kurikulum futuristik ke arah teknologi dan industri. a. Aspek Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. apa yang hendak dipelajari. anjing dan haiwan mamalia yang lain ? 4.

Beberapa persoalan dapat ditimbulkan di sini. Mampukah kita menggubal satu sistem yang bersepadu di antara akademik dan akhlak ? b. Kita warga pendidikan perlu bekerjasama untuk mencari jawapan kepada isu sijil terbuka ini. Perspektif Penilaian dan Peperiksaan. Apakah pendekatan berpusatkan pelajar dapat diterima sepenuhnya mengikut acuan Falsafah Pendidikan Negara.13 b. penulis hanya lebih berminat untuk mengaitkan perspektif penilaian dengan isu keseimbangan di antara kecemerlangan dalam akademik dan akhlak. Di antaranya ialah bagaimana untuk menilai akhlak dalam setiap mata pelajaran ? . Walau bagaimanapun. Fakta disebabkan isu ini adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang paling cemerlang. yang ingin melahirkan insan yang berkahlak mulia ? 4. dalam kertas kerja ini. Isunya sekarang ialah : a. Sekarang isu penilaian dikaitkan dengan sistem peperiksaan terbuka.7.

mereka membawa kesemuanya walaupun barang yang tidak dikehendaki.1 Pendidikan Akhlak Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.A. TINJAUAN LITERATUR. sedikit sekali kes-kes di bawa ke mahkamah . Apabila harta rampasan diperintahkan menyerahkannya kepada ketua tentera.14 5. Ini terbukti melalui kejayaannya dalam melahirkan INSAN sebagaimana Naeem Siddiqi menggambarkan kejayaan Rasulullah SAW melahirkan manusia baru berteraskan Al-Quran dan Aqidah Islamiyyah: “ Apabila pegawai-pegawai kerajaan dipanggil untuk berkhidmat. Pendidikan akhlak yang meletakkan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya bersumber Al-Quran dan Hadis. 5.W di Madinah.(Ahmad bin Salleh 1999) . Jenayah jarang sekali berlaku dan dalam masa sepuluh tahun kehidupan Rasulullah S. dunia dapat menyaksikan buat pertama kalinya gabenor-gabenor bekerja dengan gaji sebanyak satu dirham sebulan.

15 Rahsia utama kejayaan pembangunan INSAN ini kerana masyarakat menghayati ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. pendidikan moden yang bersifat liberal dan sekular tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek pembentukan akhlak dan rohani yang sihat. Menurut al-Quran. Akhlak Di Dalam Sistem Pendidikan. Kamal Hassan (1988) . proses pendidikan akhlak tidak cukup hanya dengan menenamkan kesedaran nilai akhlak kepada diri seseorang tanpa disertai dengan persiapan-persiapan yang sempurna agar ia mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang sempurna prinsipprinsip akhlak dan menjauhi segala yang bersifat hina dan jahat dalam berbagai situasi dan keadaan. Mengikut Mohd. Iman dan agamanya akan menjadi sempurna seperti hadis Rasulullah SAW: Erinya : yang paling baik Islamnya diantara kamu sekelian adalah mereka yang paling baik akhlaknya seandainya mereka mengerti.2. Natijahnya ialah kewujudan generasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang- . 5. Dengan demikian tujuan-tujuan keahlian atau profesional dan tujuan-tujuan khusus lainnya bukan sahaja tidak terpisah daripada pembentukan akhlak malah dikawal oleh nilai-nilai dan norma-norma akhlak itu sendiri. maka pembentukan akhlak merupakan tujuan utama pendidikan untuk mencapai ketaqwaan dan amal salih. sekiranya kita menerima tujuan umum pendidikan dari kaca mata Islam. Menurut beliau lagi. iaitu persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat yang sesuai dengan kehendak Allah swt.

Nilai etika contohnya baik. Penulis hanya akan membincangkan beberapa perspektif umum falsafah pendidikan barat mengenai Ethika yang boleh dibahagikan kepada tiga aliran iaitu : 5. Pendidikan yang pincang ini ialah satu daripada sebab disebalik kenyataan pahit hari ini bahawa semakin maju manusia dalam mengukuhkan order teknologi semakin ia tidak mampu menegakkan order akhlak dalam dirinya dan dalam negara. politik wang dan manipulasi jahat untuk kepentingan diri di kalangan bijak pandai hari ini. Tidaklah menghairankan sekiranya terdapat banyak kes penipuan.1. nilai ethika adalah sempurna. Ini adalah antara akibat daripada pendidikan yang mengabaikan agama dan akhlak itu sendiri. Menurut golongan ini .3. pelajar harus diajar memelihara nilai-nilai ini dan menjadikannya nilai yang terpenting dalam kehidupan mereka. Nilai ethik ini bukanlah buatan manusia tetapi merupakan nilai sejagat. rasuah. Mazhab Idealisme Bagi golongan idealisme. dalam keghairahan yang melulu terhadap pendidikan profesionalisme dan pendidikan untuk mengisi keperluan kebendaan manusia. Mengikut golongan idealisme ini. 5.3. diasaskan daripada satu generasi kepada satu generasi dan daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat. pecah amanah. Aliran Falsafah Pendidikan Barat Mengenai Akhlak (Ethika).16 bidang ilmu keduniaan tetapi yang kurang mengahargai nilai akhlak dalam pofesion dan kehidupan mereka.

17 lagi. Dalam bukunya. Semua mereka ini menganuti fahaman idealisme. Mazhab Realisme.al. 1989). nilai perlu dihubungkan dengan kerohanian seseorang. . Harold (1957) mengatakan bahawa individu memperolehi kefahamannya dan mengamalkan sifat baik.(Albert.3.et. Guru juga harus menyoal sama ada dirinya merupakan yang baik atau tidak untuk diteladani oleh para pelajarnya. The Republic dalam Bandura (1972). Pendapat Kant di dalam Muhaidi (1981) juga menegaskan bahawa masyarakat ideal mempunyai manusia yang melayan satu sama lain sebagai suatu matlamat dan tidak setakat sebagai suatu cara. Mengikut Plato kehidupan yang baik hanya terdapat dalam masyarakat yang baik. Nilai ethika juga boleh menghalang manusia daripada melakukan kejahatan. beliau menghuraikan bahawa masyarakat yang ideal ialah masyarakat yang mengamalkan moral/akhlak yang baik. Nilai ethik ini merupakan asas bagi mengukuhkan pembentukan akhlak manusia. 5.2. Pandangan golongan idealisme ini menekankan pentingnya guru memperbaiki tingkahlaku atau kelakuan-kelakuan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh pelajar dengan menyedarkan mereka tentang apakah yang akan terjadi sekiranya setiap orang bertingkahlaku demikian. Golongan idealisme juga menekankan pentingnya pelajar menunjukkan contoh yang baik untuk menjadi teladan kepada rakan sedarjahnya.

Mengikut golongan ini. Golongan Mazhab realisme klasik lebih memberatkan nilai hukum moral sejagat. Golongan mazhab realisme klasik menekankan bahawa selain memberi keutamaan terhadap mata pelajaran. sekolah patut melahirkan atau mengeluarkan individu-individu yang seimbang. golongan realisme sainstifik mengakui bahawa manusia adalah tidak sempurna. menghormati atau menghargai sesuatu yang baik dan indah berasaskan moral dan estetik. Kanak-kanak atau para pelajar seharusnya diajar tentang bagaimana mengawal dan mengekalkan standard moral/akhlak supaya mereka dapat mempertahankan apa yang benar adalah benar bagi manusia sejagat dan tidak hanya untuk kepentingan sesuatu bangsa tertentu atau masyarakat. Golongan realisme saintifik menafikan yang nilai-nilai moral mempunyai sebarang penentuan kuasa luar biasa. Para pelajar atau kanak-kanak patut memahami dengan sejelas-jelasnya sifat benar dan salah. kebaikan dan keburukan adalah hasil pilihan dan perbuatan manusia. Golongan ini menyatakan dengan tegas bahawa hukum moral ini telah ditegakkan oleh Tuhan untuk dipetuhi dan diikuti. asas moral dan standard estetik yang diajarkan kepada pelajar tidak sepatutnya dipengaruhi oleh isu-isu semasa. tetapi nilai-nilai berkenaan berbeza disebabkan oleh alasan-alasan pemikiran. Adalah penting bagi . Dalam soal ini. Golongan realisme bersetuju tentang guru-guru patut menyampaikan beberapa nilai moral yang baik.18 Golongan realisme sependapat dengan golongan mazhab idealisme bahawa nilai-nilai asas moral/ethik pada dasarnya adalah kekal. Kebaikan dan keburukan pula datangnya dari Tuhan dan ditentukan oleh Tuhan. Mengikut golongan ini lagi.

.19 kanak-kanak menunjukkan tabiat-tabiat yang baik dan tabiat-tabiat-tabiat ini tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu dipelajari. Menurut golongan mazhab ini.3. Mengikut golongan ini lagi. 5. Apa yang penting bukan mengenakan peraturan-peraturan yang ketat tetapi mencari jalan bagi menentukan mana satukah peraturan-peraturan atau langkah-langkah yang boleh menghasilkan kesan-kesan yang baik kepada diri kanak-kanak itu. kita mesti meningkatkan kebaikan dengan cara membaiki susunan genetik kita dan mengatasi kejahatan dengan membaiki persekitaran kehidupan kita. moral patut berdasarkan asas-asas sainstifik yang menunjukkan faedah atau kebaikan kepada manusia sebagai haiwan yang mempunyai darjat yang tinggi. benar dan salah datangnya daripada kefahaman manusia terhadap keadaan dan bukannya daripada daripada prinsipprinsip agama. Mazhab Pragmatisme Bagi golongan pragmatisme.3. peraturan-peraturan etika dan moral adalah tidak kekal tetapi perlu diubah apabila berlaku perubahan budaya dan masyarakat. Mengikut golongan ini. nilai moral adalah relatif. Golongan mazhab realisme saintifik pula berpendapat. Kanak-kanak perlu diajar tentang bagaimana membuat keputusan dalam soal-soal dan masalah-masalah yang berkaitan dengan moral.

Ibu Pejabat Polis.1 di bawah menunjukkan dengan jelas kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di sekotor awam atau sektor swasta. PERBINCANGAN KERUNTUHAN AKHLAK 6.1 : Perangkaan Kesalahan Jenayah ‘Kolar Putih’ dan Kolar “Biru” Bagi Tahun 1993 hingga 1997. 154 240 308 268 288 1258 11 155 20 42 15 243 JADUAL 2.1.20 6. Bukit Aman Kuala Lumpur. Salah Laku Jenayah di Kalangan Pekerja “Kolar Biru” dan “Kolar Putih” Menurut perangkaan jenayah yang telah dikeluarkan daripada Jabatan Siasatan Jenayah. kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang diberikan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab sama ada di dalam sektor awam atau swasta amat membimbangkan. . TAHUN 1993 1994 1995 1996 1997 Jumlah PECAH AMANAH 672 1103 1092 775 948 3790 PENIPUAN 1731 2161 2110 1723 2342 10067 RASUAH 778 985 1046 338 218 3365 PEMALSUAN LAINDOKUMEN LAIN. Jadual 2.

Ibu Pejabat Polis. Bukit Aman Kuala Lumpur. sekiranya tidak ada sesuatu yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita.21 Sumber daripada Jabatan Siasatan Jenayah. . bertujuan untuk melihat sejauhmana seriusnya jenayah ini berlaku. Menurut perangkaan yang diperolehi menunjukkan kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai –pegawai yang dikenali jenayah ‘Kolar Biru’ ini pada tahap yang serius. Perangkaan kadar jenayah dikalangan pegawai kerajaan ini juga berbeza antara negeri-negeri di Malaysia. Ini kerana corak sistem pendidikan sekarang yang akan menentukan generasi yang akan datang. dan terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkannya. Jadual di sebelah menunjukkan perangkaan berdasarkan negari-negeri.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.22 TAHUN NEGERI KEDAH & PERLIS PULAU PINANG PERAK KUALA LUMPUR SELANGOR NEGERI SEMBILAN MELAKA JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN SABAH SARAWAK JUMLAH 1993 260 240 422 1135 409 76 168 411 121 22 8 83 84 3439 1994 291 457 509 1276 400 161 188 379 159 47 122 345 158 4492 1995 318 438 570 1112 613 235 183 413 221 42 77 334 316 4872 1996 170 85 445 894 520 262 143 366 138 9 8 242 259 3541 1997 890 325 448 1172 549 232 112 306 141 10 10 263 310 4080 JADUAL : PERANGKAAN JENAYAH KOLAR “BIRU” DAN KOLAR “PUTIH” NEGERI – NEGERI BAGI TAHUN 1993. Kuala Lumpur.1997 Sumber daripada Jabatan Siasatan Jenayah. .

6402 . (Oktober 1999). Kajian ini berdasarkan respons yang diperolehi daripada guru-guru sekolah.6) 625 (17.3) 1606 (44. Perlis dan Pulau Pinang) Zon Pantai Timur (Pahang.6) 15 (%) (%) 147 486 (%) 1365 (33.0) 1267 (37. melawan pengawas.3) .3) 939 (25.4) 20 (. iv.1) 814 (22. membawa senjata.9) 52 (1. negeri dan lokasi sekolah.6402 (4.1) 1153 (31. pelancuran. buli.5 1. Salahlaku Sangat Serius Serius Kurang Serius Tidak Serius X s.9) 121 (3.5 1. peras ugut.6579 Mencuri Melawan guru Melawan pengawas Peras Ugut Buli (.P Kuala Lumpur) Zon Selatan (Johor dan Melaka) Zon Utara (Kedah. mengancam guru dan menceroboh. menyalah guna dadah.0) 1492 (40.Sembilan. mencabul kehormatan.7545 . mengenai Kajian Gengsterisme Di Sekolah Menengah Harian mendapati keruntuhan akhlak dikalangan pelajar meliputi kes berjudi.5) 1267 (34. Kalantan dan Terengganu) dan Zon Sabah dan Serawak.4 .7046 .4) 52 (1. Sekolah yang pilih dengan menggunakan persampelan berstrata secara rawak atau Stratified sampling berdasarkan zon. Satu laporan kajian telah dibuat oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.7 1.9) 1. iii. v.2 Salah Laku Jenayah Di Kalangan Pelajar. Selangor dan W. mencuri.3) 191 (5.4) 361 (9.0) 249 (6. Zon Tengah (N.4) 34 (0. melawan guru.7537 .6 1.4 1. mengancam murid.2) (13.5) 22 (.p (%) Berjudi .8) 361 (8.23 6. Perak.7) 1422 (39. Lima zon yang telah dibentuk bagi maksud pungutan data adalah seperti berikut : i. ii.7) 1153 (27.

7) 1016 (27. yang menunjukkan salah laku tersebut pada tahap tidak serius.7) 86 (2.7) 25 (.2) 8 (.24 Pelacuran Salah guna dadah Bawa Senjata Cabul kehormatan 6 (. Walaupun min = 1.4690. 359 (9.4) 276 (7.7%) mencuri sebagai perbuatan salah laku jenayah oleh pelajar-pelajar terbabit berada tahap serius dan sangat serius.3 1. .8%) melawan guru dan 283 (7.5625 . Berdasarkan kiraan peratus pula adalah didapati seramai 413 (11.0) 584 (16.1) 0 (.4429 . satu.6474 dan (3) mencuri x= 1.3) 20 (.5442.8925.5869 .7169 (2) melawan guru x= 1.1 Perubahan Kepada Kurikulum Pendidikan Islam Bagi menghasilkan pelajar yang seimbang antara kebolehan akademik dengan keluhuran bidi pekerti.0) 14 (.0) 1.87.3 1.2 1.2) 2 (. CANDANGAN UNTUK MENGATASI 7.4) 49 (1.4963 Seperti yang disenaraikan dalam jadual tersebut seramai 22.2 . Crobach alfa =. maka konsep bersepadu telah dicadangkan iaitu merangkumi empat tahap iaitu tahap asas.5 % daripada guru sampel mengatakan bahawa pelajar-pelajar terlibat didalam salah laku jenayah yang disenaraikan dalam gambar rajah tersebut. dua dan tiga.8) 117 (3.8) 875 (24.3%) guru sampel menyatakan melawan pengawas. 7. Jadual di atas juga menunjukkan tiga salah laku diperingkat serius iaitu (1) melawan pengawas x = 1.6) 137 (3. Kajian ini mempunyai indeks kebolehpercayaan.4 % .2) 354 (9.

Tahap Dua meliputi : . agama. tahap tiga pula hanya tercapai setelah pembinaan insan. Pada tahap dua. Ia bagi melahirkan rakyat yang sanggup berbakti dan berkorban untuk mempertahankan agama. perkara yang perlu diberi perhatian ialah sikap cinta dan setia kepada negara. Tajul Ariffin ( 1999). akhlak. Pada tahap satu. ii. guru. rakan dan jiran tetangga Kebersihan jiwa. Inilah yang dikatakan sebagai patriotisme. diri dan persekitaran Rajin dengan tekun dan dedikasi. Contoh Kurikulum Pendidikan Islam yang perlu ditekankan ialah : Tahap Satu meliputi : i. bangsa dan negara.25 Tahap asas ialah pembinaan kekuatan akidah. iv. praktikal dan nyata. Tercapai atau tidak ia akin bergantung kepada kefahaman. penyayang dan ptriotisme terlaksana. Sifat penyayang ini adalah suatu tuntutan Allah SWT untuk seluruh hambanya. penghayatan dan pengenalan tahap asas dan tahap satu. pembinaan tingkahlaku penyayang perlu dimulakan daripada kefahaman mengenai konsep fitrah yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Yang lebih penting ialah budaya penyayang perlu dibuktikan dengan tingkahlaku yang murni secara sedar. Konsep ini perlu dihayati dan ditunjukkan secara praktik dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iii. Menurut Dr. etika dan estetika untuk membentuk insan yang mempunyai akhlak yang baik. Adab dengan Allah dan Rasul Adab dengan keluarga.

Menghormati hak umum dan individu serta mengutamakan kepentingan ramai. Menentang penganiayaan dan rasuah. iii. Pemupukan keharmonian hidup. iii. Semangat pengorbanan dan jihad Toleransi dalam Islam. ii. Amanah terhadap diri sendiri. Dr. Ibrahim Bajunid (2000) mengatakan cara yang perlu diterokai secara serius ialah aspek pembelajaran dan pengajaran berasaskan kepada konsep bagi membolehkan pelajar . berusaha mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga dan berusaha melenyapkan fitnah.26 i. Tahap Tiga meliputi : i. Tahap Empat meliputi : i. Kasih mengasihi antara satu sama lain Berusaha memupuk perpaduan dan mengelakkan perpecahan. harta dan kepentingan diri untuk kepentingan umum. ii. Kepentingan perpaduan umat dan kemajuannya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. keluarga dan masyarakat. v. iv. tenaga. Sanggup berkorban jiwa. ii.

Bagi mengukur kebersanan Pendidikan Islam ini. Antara konsep-konsep yang boleh memperkayakan kefahaman dan kehidupan individu ialah konsep Tauhid. aspek tingkahlaku mereka yang memperolehi pendidikan berkenaan harus juga dinilai pada akhirnya.1993).27 memahami pendidikan Islam secara konseptual. 2000) 7. dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Sejauhamana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. Adakah warga pendidikan telah memahami dan melaksanakan konsep pendidikan sepadu seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara ? ii. Isu-Isu Konsep Akhlak Dalam Pendidikan Kebangsaan Konsep pendidikan sepadu telah diilhamkan dan diterima sejak 16 tahun yang lalu. ? . Isunya sekarang adalah : i. (Ibrahim Bajunid. Penilaian keberkesanan juga hendaklah dipertimbangkan dan konteks masa dan persekitaran. Berasaskan fakta ini. akhlak dan alFalah.2. Dalam tempoh tersebut konsep ini telah dilaksanakan dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (1988). (Wan Mohd Zahid. bukan sekadar menganalisis kejayaan pelajar dalam mata pelajaran agama dalam peperiksaan awam. dan dalam gagasan agenda Wawasan Pendidikan Negara. penulis cukup yakin bahawa konsep pendidikan sepadu adalah pilihan terbaik untuk dilaksanakan dalam anjakan paradigma reformasi pendidikan ke arah pembangunan sakhsiah manusia ini.

Dalam kegahirahan yang rakus ini. saat kematian sains telah tiba kerana sains telah gagal mencari jawapan secara rasional dan emprikal tentang apakah tujuan dan makna hidup dan kewujudan manusia ?.2. iaitu : .28 Penulis cuba mengajak perubahan kepada konsep akhlak di dalam beberapa isu berikut : 7. dengan lain perkataan tiada lagi teori yang perli dikaji. Horgan telah membuat dua kesimpulan. Kedua. Pertama ahli sains telah berjaya semua teori sains besar seperti teori relativiti. Semua bidang dalam ilmu pendidikan dilaksanakan menurut pendekatan sains tabi’i dan keperluan teknologi tercanggih. Menerusi pendekatan ini matlamat pendidikan tertumpu kepada konsep profesionalisme. falsafah pendidikan untuk membangunkan insan yang berakhlak dan berhikmah semakin terpinggir. teori kosmologi dan sebagainya. John Haorgan (1988) dalam bukunya yang iaitu “The End of Science’ menegaskan bahawa sains moden hari ini telah sampai ketitik kematiannya kerana dua ekstrim. kepakaran dan pengkhususan dalam bidang-bidang yang diperlukan segera pada satu-satu masa oleh pihak majikan atau penganjur tertentu dalam agenda raksasa iaitu industri pendidikan.1 Falsafah Pendidikan Negara Isu yang paling besar dalam pendidikan mutakhir ini ialah pendidikan terlalu bersifat fizikal dan makanikal.

29 Pertama. Isunya sekarang bukan untuk memahami interaksi sosial dalam masyarakat sebaliknya bagaimana untuk . krisis nilai pemikiran yang dicetuskan oleh budaya hidup sains akan menggalakkan manusia kepada agama. Mampukah pendidikan kita menghasilkan pelajar yang berakhlak. Kedua. 7. Oleh itu falsafah pendidikan yang ingin melahirkan insan berakhlak mulia perlu dilaksanakan sepenuhnya. Maksudnya ada ilmu yang tidak dapat difahami semata-mata dengan proses berfikir (akal). ahli sains perlu yakin dan sedar bahawa akal itu mempunyai batasannya. diharmoniskan serta disepadukan.2. Di awal penulisan (pendahuluan) telah dijelaskan bahawa dalam bersosial kita bergelumang dengan budaya sosial yang rendah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin atau remaja. Mampukah kita melahirkan insan yang berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan kita ? ii.2 Falsafah Sosial. seterusnya membina keluarga penyayang dan masyarakat penyayang.Ini akan dapat dilaksanakan apabila tuntutan antara agama dan kehidupan diseimbangkan. beradab dan berhikmah. Maksudnya ditahun-tahun akan datang nilai keagamaan akan kembali gemilang menggantikan semula sains. Isunya sekarang adalah : i.

7. pengkotakkan dan pengkhususan kepada petak-petak tertentu dalam otak manusia menyebabkan kita hanya memahami tingkah laku dan emosi manusia dalam . Isu paling nyata sekarang ialah teori-teori psikologi pendidikan yang dilaksanakan dalam pendidikan kita. hampir kesemuanya dari barat. Otak manusia dianalisis pendekatan psikologi mengikut fungsi fungsi petak-petak dalam bahagian otak tersebut (yang dikenali kaedah 4MAT). Maksudnya faktor emosi dan tingkah laku yang dikaji dan diukur dalam psikologi adalah mengikut parameter sainstifik dengan kaedah empikal.3 Falsafah Psikologi. Kenyataan di atas mempunyai dua implikasi iaitu : Pertama. Di sinilah kita perlu anjakan paradigma sosial kita kepada kearah pembinaan sosial berlandaskan akhlak yang mulia.30 membasmikan tingkahlaku tidak normal dalam kehidupan sosial para pelajar.2. Pemikiran psikologi seluruhnya menurut pendekatan sains tabii. Maksudnya proses pendidikan kita bukan sahaja mengambil pandangan ahli sosialogi barat (yang berlandaskan aspek moral barat) tetapi pendidikan yang mampu mengahasilkan sosial budaya masyarakat berakhlak mulia melalui pandangan tokoh sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali. Nasih Ulwan dan sebagainya.

anjing dan haiwan mamalia yang lain ? Penulis mencadangkan satu perubahan paradigma kita dengan memahami psikolgi manusia bukan berdasarkan eksprimen dan emprikal yang sempit. kita terus meninggalkan kurikulum pembinaan insan yang berlandaskan akhlak Islam. Kedua. Pendekatan kurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dihasilkan bersifat robotik. Di antaranya ialah apabila kita begitu tertarik kurikulum furistik ke arah teknologi dan industri.4 Falsafah Kurikulum Terdapat beberapa isu yang berkait dengan kurikulum. . Sebagai contoh sekarang kita digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan multemedia sehingga kita terlupa aspek-aspek pembinaan insan itu sendiri.31 konteks pembolehubah yang digunakan dalam kajian sahaja. burung.2. psikologi barat walaupun maju dalam penyelidikan tetapi gagal memehami tabii manusia. Pendekatan ini dengan sendiri kita akan menghayati akhlak Islam yang sesuai dengan psikologi manusia secara holistik. terpisah dan mengkhusus tetapi lebih sesuai kita mengkaji psikologi dengan merujuk pengajaranpengajaran yang terdapat dalam al-Quran dan As-sunnah. Semakin mendalam kajian mereka semakin serius penyakit sosial dan tingkahlaku masyarakat mereka. Ini bermakna kita tidak dapat memahami tingkah laku manusia secara menyeluruh dan bersepadu. Isu sekarang adakah sesuai kita meneruskan kajian-kajian psikologi pendidikan berasaskan paradigma psikologi barat yang mengasaskan teori semata-mata kepada kajian terhadap haiwan-haiwan sosial seperti tikus. 7. kera.

2. (Wan Mohd Zahid . Guru hanya berperanan sebagai penasihat jika diperlukan dan menyediakan kemudahan yang dikehendaki oleh murid. kita jangan melupai kesapaduan dalam kurikulum yang menekankan hubungan tiga dimensi iaitu hubungan di antara manusia dengan Maha Pencipta dan alam sekitar. Isu yang paling hangat dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kosep berpusatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Sesungguhnya apabila kita telti dan hayati. Pertama janganlah kita terlalu cepat untuk mengarahkan sesuatu kurikulum berbentuk futuristik. Ini bermaksud murid adalah sebagai penentu matlamat belajar.5 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran. pendekatan berpusatkan pelajar tidak dapat diterima sepenuhnya mengikut acuan Falsafah Pendidikan Negara. 1993) 7.32 Dalam isu ini. kita jangan lupa kepada dua perkara iaitu. Apabila memperkatakan pengajaran berpusatkan murid kita terus menerima pemikiran asing yang mengatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator sahaja. Kedua. . apa yang hendak dipelajari. masa dan tempat belajar dan nilai yang akan diterapkan dalam pembelajarannya. Pendekatan ini mungkin sesuai di barat kerana mereka mengamalkan falsafah pendidikan yang mementingkan kebebasan dan hak mutlak individu (Falsafah Pendidikan aliran Pragmatisme). akhirnya akan melahirkan pelajar berbentuk robotik.

Perspektif Penilaian dan Peperiksaan. Kita warga pendidikan perlu bekerjasama untuk mencari jawapan kepada isu sijil terbuka ini. Di antaranya ialah bagaimana untuk menilai akhlak dalam setiap mata pelajaran ? Bagi penulis. Walaubagaimanapun dalam banyak hal guru perlu berwibawa daripada muridnya. penulis hanya lebih berminat untuk mengaitkan perspektif penilaian dengan isu keseimbangan di antara kecemerlangan dalam akademik dan akhlak. Walau bagaimanapun. terdapat beberapa cadangan menanggani masalah ini antaranya ialah: . 7. Isunya sekarang ialah : i.2. Beberapa persoalan dapat ditimbulkan di sini. Sekarang isu penilaian dikaitkan dengan sistem peperiksaan terbuka.33 Pendidikan di Malaysia. dalam kertas kerja ini. Fakta disebabkan isu ini adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang paling cemerlang. Guru hendaklah mempunyai kekuatan aqidah dan akhlak yang boleh diikuti oleh murid.6. Di sini memerlukan kepada ajakan paradigma bahawa untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kehidupan perlu diberi penekanan pembinaan insan yang bertnjangkan kepada paksi akhlak Islam. kita mengahayati konsep sepadu dengan meletakkan hubungan seimbang dan harmonis di antara guru dan murid. Mampukah kita menggubal satu sistem yang bersepadu di antara akademik dan akhlak ? ii.

‘holiganisme’. ‘Vandalisme’ dan sebabagainya. isu-isu terkini di dalam falsafah pendidikan negara dari aspek sosial. Ini perlu satu anjakan paradigma dalam perlaksanaan sistem penilaian kita.34 i. Semua ini gambaran gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja. kita perlu mengambil kira rekod tingkahlaku dan displin pelajar dan diberikan gred serta dimasukkan ke dalam keputusan. Mungkin asas bimbingan ini tidak di tanam di rumah dan dengan pengaruh rakan sebaya tetapi sistem pendidikan yang mempunyai dasar perlaksanaan pembentukan akhlak mulia . Ini kerana wajah. 8. ‘bohjan’. pengajaran dan pembelajaran dan perspektif penilaian perlu kepada perubahan supaya ia sesuai dengan tuntutan kehidupan berlandaskan kepada konsep akhlak atau moral. pelajar yang bermasalah atau salah laku ini di dapati tidak mendapat sistem pendidikan yang mengarahkan kepada pembentukan akhlak mulia. ‘gengterisme’. Gambaran media massa tentang sindrom budaya kuning. rupa dan jiwa generasi abad akan mendatang amat bergantung kepada sejauhmana aspek akhlak atau moral diberi perioriti dalam penilaian dan peperiksaan. gejala lepak. psikologi. Kita perlu mewajibkan pelajar lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Ia juga mengambarkan sistem perlaksanaan pendidikan akhlak belum berjaya sepenuhnya di dalam sistem pendidikan kita. ‘bohsia’. Pada hemat penulis. Ringkasnya. Rumusan. amat membimbangkan kita. kurikulum. ii. Sistem peperiksaan yang baru ini.

35 amat mustahak . pendiam. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang setiap hari diperhatikan oleh murid. pemurah. serta banyak beribadat. benar. adil. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. Jika diambil iktibar. mengajar peribadatan atau akhlak. Wallahu Waallam. siasah baginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan bukan Islam memeluk agama Islam. Walau apa pun institusi pendidikan harus menjalankan tanggungjawabnya memberikan pendidikan akhlak untuk kesinambungan pendidikan di rumah yang belum mencukupi. pemaaf. sopan santun.(Jabir Qamihah. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untuk menanamkan keimanan. Pendekatan Rasulullah saw bergantung kepada beberapa faktor. rendah diri. para guru di sekolah juga dapat menukar akhlak murid dengan diri sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada murid. belas kasihan. setia. 1993) Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah mneyebabkan umatnya sayang dan rasa hormat kepadanya. . zuhud. amanah. berani. menepati janji. Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. takut dan taat kepada Allah. baik pergaulan. luas budi pekerti. suka bersilaturahim. Murid berada di sekolah selama 11 tahun dan dari 6 hingga 8 jam sehari. Sifat amanahnya membuat sahabat amat percaya kepadanya. tahan derita. beliau mempunyai sifat terpuji sepeti tabah.

5. 1972. Tauhid. Sdn. 1987. Greet Britain : Cox & Wyman Limeted. Bhd. Ethics. Iqra Prinsip Utama Melalui Pendidikan Islam. Pendidikan Moral untuk bakal guru. Ee Ah Meng 1988. Ethics and Esthatics In The Behavioval Science and Philosophy. New York : American Book Company. Investing right and wrong. Ibu Pejabat Polis. Faundations of teaching and learning. Bukit Aman. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. New York : Praeger Publications. Pendidikan Islam (Dinamika Guru) Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Ahmad bin Mohd Salleh. Petaling Jaya. Titus. Ahmad Ibn Muhamad. Daley. 1957.36 Rujukan : Al-Quran dan terjemahan tafsir pimpinan Ar Rahman Abdul Raof Dalip. Longman. 1966. Abdul Rauf Dalip. L. Belief 1977. Kuala Lumpur. Ibn Maskawih. membentuk Ummah dan masyarakat : Teras KBSM. 1960. Encyclopedia of psychology : Search Press. 3 Feb 2000. Philosophy of Education. New York College note Inc. Bandura A. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM. Ibrahim Bajunid 2000. Illionois: Free Press. 1986. Tahzib al-Akhlak al-Bahasun filosofi Ahmad Ibn Maskawih. Ethic for Today. Dunwell. 1996. R. R. Jilid 12. “Gejala sosial di kalangan pelajar” 1999. 1976. Peranan Pendidikan sepadu menggerak. Albert et al. & Wendel. Falsafah dan pendidikan Islam di Malysia. 1989 A Selected Bibliography on Value. Beirut Dar al-Maktabah al-Hayah. Utusan Malaysia : bertarikh 6 Feb : 24 Harold H. Bhd. dlm seminar Pendidikan Kebangsaan dan Agama di Malaysia . Laporan Jabatan Siasatan Jenayah 19931997. .

Tajul Arrifin bin Noordin. J. New York : Holt. Bangi pada 24 April 1994. 1993. A. dlm M. Mahathir Mohamad 1991. 1969 Instroduction to value theory New Jersey : Prentice – hall. Boston : Allyn and Bacon Inc. Kuala Lumpur : DBP. Penghayatan wawasan pembangunan Negara. Falsafah Pendidikan Negara. Rescher. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Akhlak Yang Mulia. Mohd Nasir Omar . Windmiller. dalam ulasan buku. N. 1998. Singapura : Pustaka Nasional. & Popkin. Kementerian Pendidikan Malaysia 1982. Muhaidi Tata Pangarsa. 1986. Miqdad Yaljan. masyarakat dan Budaya alih bahasa oleh YS Tajuddin Nor. Inc. Engle wood Cliffs. John Horgan. Musak Mantrak. 1981. Kuala Lumpur : Nurin . 1986. Peranan Pendidikan Akhlak dalam membangun peribadi. Inc. N. 1994. (EPRD). Education Psychology : Contructing Learning . Introduction to Philosophy.H 1962. Nik Aziz Nik Pa.P 1980. INTAN. Turiel (eds). Kuala Lumpur : DINIE Publishers. Mc Inerney. perkembangan Akhlak dan Intelek pelajar. Stroll. Konsep Asas Pendidikan. Moral development and the consept of Value. 1988. Rinehart and Winston. dibentangkan di Fakulti Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia 1982. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. The End Of Sciences. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia 1999. Kuala Lumpur. Mc Kinney. Laporan Kajian Gengsterisme Di Sekolah Menengah Harian. Sydney : Prentice Hall. D & Mc lerney V. Sunday Star 26 Julai 1998. 1994. Falsafah etika perbandingan Islam dan Barat. Moral development and Socialization.37 Jabir Qaminah . Nilai-nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Lambert and E. R. Kuala Lumpur. Nilai-nilai murni : persepsi pendidik. 1994. Rasulullah SAW pemimpin Mithali. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979.

Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. T. Ke arah pelaksanaan Nilai Murni dalam KBSM : Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Subahan Mohd Meerah 1991. dalam buku Abu Bakar Noordin (penyt. . Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. 1993. Wan Zahid bin Mohd Noordin.): Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. 1993. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Zahid bin Mohd Nordin. Wan Mohd. KBSM : Penilaian penerapan dan sikap nilai Murni untuk membina Insan berdisplin. Displin dalam pendidikan. Teuku Iskandar. Kamus Dewan.38 Enterprise. 1970.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->