You are on page 1of 17

Dengan merujuk kepada SATU (1) bandar khusus di

Malaysia, huraikan bagaimana pembandaran boleh


mendatangkan kesan terhadap ekonomi dan sosial
penduduk.

HGM 3043 :
GEOGRAFI BANDAR DAN METROPOLITAN

SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM

D20091035632

PENDIDIKAN GEOGRAFI (AT33)

SEMESTER 2 2010/2011

KUMPULAN : A

PENSYARAH : DR. FAUZIAH BT CHE LEH


Isi kandungan

Bil Isi Kandungan Muka Surat


1.0 Pendahuluan 1

2.0 Proses pembandaran di Kuala Lumpur 2-3

3.0 Kesan proses pembandaran terhadap ekonomi penduduk 4-7

3.1 Kesan positif proses pembandaran terhadap ekonomi penduduk

3.2 Kesan negatif proses pembandaran terhadap ekonomi penduduk

4.0 Kesan proses pembandaran terhadap sosial penduduk 7 - 11

4.1 Kesan positif proses pembandaran terhadap sosial penduduk

4.2 Kesan negatif proses pembandaran terhadap sosial penduduk

5.0 Kesimpulan 12

Bibliografi 13 - 14
1.0 Pendahuluan

Bandar boleh ditakrifkan dengan pelbagai definisi. Terdapat segelintir pengkaji

menyatakan maksud bandar berdasarkan kepada aspek fizikal sahaja. Namun demikian, terdapat

juga segelintir pengkaji menyatakan maksud bandar berdasarkan kepada aspek manusia.

Menurut Katimah Rostam (1988), maksud bandar dapat diterjemahkan melalui saiz penduduk

yang lebih mudah didapati berbanding dengan maklumat-maklumat lain. Oleh sebab itu, apabila

sesebuah petempatan telah memenuhi kriteria penduduk minimum maka kriteria lain juga

dianggap dapat memenuhi kehendak pentakrifan. Malaysia telah menetapkan apabila sesebuah

kawasan telah mencapai jumlah penduduk seramai 10000 orang maka kawasan tersebut boleh

diiktiraf sebagai bandar. Proses pembandaran pula merupakan suatu proses perubahan penduduk

dari kawasan desa menjadi kawasan bandar. Proses pembandaran akan menyebabkan sesuatu

kawasan tersebut akan mengalami perubahan sosioekonomi terutamanya dari segi pekerjaan,

pendidikan dah taraf hidup masyarakat (Katimah Rostam, 2002).

Proses pembandaran juga merupakan satu proses penumpuan penduduk di kawasan

sesuatu bandar. Dalam erti kata lain, proses pembandaran juga dikenali sebagai proses

urbanisasi. Akibat daripada proses urbanisasi ini akan menyebabkan perubahan dalam jumlah

penduduk, fungsi bandar, penggunaan tanah dan cara hidup masyarakat di kawasan bandar

tersebut (Pacione Michael, 2009). Dalam konteks pembandaran di Malaysia, bandar-bandar di

Malaysia mengalami proses pembandaran yang pesat sesudah negara mencapai kemerdekaan.

Jumlah penduduk di bandar bertambah dengan pesat kerana wujudnya migrasi luar bandar ke

bandar. Antara bandar-bandar besar di Malaysia yang giat berlaku proses pembandaran ialah

Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Johor baharu, Bandaraya Georgetown dan sebagainya

(Scribd, 2010).
2.0 Proses pembandaran di Kuala Lumpur

Gambarajah : Kedudukan Kuala Lumpur


Sumber : Google Images

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terletak di negara Malaysia.

Bandaraya Kuala Lumpur telah menjadi bandaraya utama negara kerana di sini terletaknya pusat

pentadbiran utama kerajaan Malaysia. Nama Kuala Lumpur diberi bersempena kawasan tersebut

berlumpur kerana terletak di muara kuala sungai Gombak dan Klang. Sebelum Kuala Lumpur

menjadi pusat pentadbiran negara yang utama, Kuala Lumpur merupakan satu kawasan yang

menjadi pusat perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu. Perlombongan bijih timah

dilakukan bagi memenuhi permintaan penjajah pada ketika itu yang menguasai Kuala Lumpur

dan Selangor. Ekonomi Bandaraya Kuala Lumpur pada suatu ketika itu hanya berfokuskan

kepada ekonomi primer iaitu ekonomi yang berasaskan kepada perlombongan dan pertanian.

Bandaraya Kuala Lumpur berkembang selepas kemasukan migran dari China yang

mengusahakan bidang perlombongan dan akhrinya berkembang menjadi sebuah bandar

(Wikipedia, 2011).
Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur telah dijadikan

sebagai pusat pemerintahan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan bertukar menjadi pusat

pentadbiran Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perubahan yang pesat telah berlaku di

Bandaraya Kuala Lumpur termasuklah dari segi ekonomi, sosial dan perubahan penstrukturan

bandar. Dari segi ekonomi, Kuala Lumpur telah berubah fungsi ekonominya daripada ekonomi

primer kepada ekonomi skunder selepas era kemerdekaan. Banyak kilang-kilang pembuatan

dibina di kawasan Kuala Lumpur dan pasaran pekerjaan mulai banyak. Migrasi dari luar bandar

ke Kuala Lumpur giat berlaku pada ketika ini bagi memenuhi pasaran buruh yang tinggi di

Bandaraya Kuala Lumpur. Kini Bandaraya Kuala Lumpur tidak lagi berfokuskan kepada

ekonomi skunder sahaja tetapi telah berkembang menjangkaui ekonomi tertier malah terlibat

secara langsung dalam arus ekonomi globalisasi dunia (Katimah Rostam, 2002).

Manakala dari segi sosial dan perubahan penstrukturan bandar pula Bandaraya Kuala

Lumpur telah menyaksikan banyak perubahan yang telah berlaku. Bandaraya Kuala Lumpur

bukan saja bertindak sebagai pusat ekonomi negara malahan merupakan pusat sosial bagi

masyarakat Malaysia. Pelbagai jenis kemudahan terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur antaranya

ialah pusat pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia

dan pelbagai pusat intitusi pengajian tinggi swasta yang lain. Selain daripada itu juga, pusat

kesihatan juga terdapat disini yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden seperti Institut

Jantung Negara. Dari segi perstukturan bandar pula, terdapat perubahan yang drastik iaitu

sebelum merdeka dengan sekarang. Kini Bandaraya Kuala Lumpur penuh sesak dengan manusia

dan pelbagai bangunan yang mencakar langit bagi memenuhi tuntutan pengguna. Hal ini

menyebabkan Kuala Lumpur mengalami krisis kekurangan tanah yang memerlukan bangunan

yang tinggi dibina bagi mengatasi masalah tersebut.


3.0 Kesan proses pembandaran terhadap ekonomi penduduk

Kuala Lumpur telah mengalami proses pembandaran yang pesat sejak tahun 1970-an lagi

malahan menjadi bandar yang terpesat membangun di Malaysia dalam tahun 1980-an.

Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan oleh perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah

dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (Malaysia, 1971).

3.1 Kesan positif proses pembandaran terhadap ekonomi penduduk

Proses pembandaran yang giat dilakukan di kuala lumpur ialah pemusatan bagi

sektor skunder dan perkhidmatan. Antara kesan positif proses pemusatan sektor

berkenaan terhadap ekonomi penduduk ialah dapat menambahkan peluang pekerjaan dan

pendapatan penduduk disekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Hal ini adalah kerana proses

pembandaran yang pesat berlaku dalam sektor ekonomi di sekitar kawasan kuala Lumpur

memerlukan ramai tenaga kerja bagi menjayakan setiap agenda pembangunan yang cuba

dilaksanakan. Peluang pekerjaan yang banyak tersedia ini memberi ruang kepada

penduduk setempat untuk menambahkan pendapatan mereka. Peluang pekerjaan dalam

sektor perindustrian dan perkhidmatan yang banyak di Kuala Lumpur telah menarik

ramai masyarakat luar untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mengisi kekosongan

peluang pekerjaan tersebut (Kasim, 1991).

Berdasarkan graf dibawah dapat disimpulkan bahawa jumlah pekerjaan yang

wujud di Kuala Lumpur saban tahun akan bertambah kerana proses pembandaran yang

berlaku di Kuala Lumpur kian giat berkembang. Dengan wujudnya peluang pekerjaan

yang banyak di Kuala Lumpur maka masyarakat tempatan dapat menambahkan

pendapatan mereka sekali gus akan meningkatkan taraf hidup mereka.


Jumlah pekerjaan kosong (bil)
100000
90000 92753
80000
70000 Jumlah
60000 pekerjaa
50000 n
40000 kosong
37489 (bil)
30000
20000
10000 6086
0
2004 2005 2007

Gambarajah : Jumlah pekerjaan kosong di Kuala Lumpur


Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2005, 2006,2008)

Selain daripada itu juga, proses pembandaran di Kuala Lumpur akan

mendatangkan kesan positif kepada ekonomi penduduk kerana ekoran daripada proses

globalisasi yang berlaku di bandaraya tersebut dan akan meletakkan bandaraya Kuala

Lumpur sebagai salah sebuah bandaraya globalisasi. Perkembangan bandaraya yang

selaras dengan arus globalisasi dunia telah menyebabkan suatu proses pengintegrasian

ekonomi yang sebelum ini bersifat nasional bertukar menjadi kepada suatu proses yang

bersifat global. Kesan daripada bandaraya bersifat global ini, penduduk setempat akan

berpeluang bergiat secara aktif dalam pasaran ekonomi tersebut. Proses globalisasi ini

membolehkan semua pergerakan barang, modal, maklumat dan buruh berlaku bebas

merentasi sempadan negara dan pergerakan ini lebih bermotifkan kepada sektor ekonomi

(Katimah Rostam, 2006). Oleh sebab itu, masyarakat Kuala Lumpur tidak akan

ketinggalan dalam perkembangan arus globalisasi ini kerana proses pembangunan di

Kuala Lumpur telah meletakkan badaraya tersebut setanding dengan negara-negara maju

yang lain.
3.2 Kesan negatif proses pembandaran terhadap ekonomi penduduk

Di sebalik kesan positif proses pembandaran terdapat juga kesan negatif.

Tahun Kadar penyertaan tenaga buruh (%)


2004 68.0
2005 67.2
2007 67.1
Jadual : Kadar penyertaan tenaga buruh di Kuala Lumpur
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2005, 2006,2008)

Antaranya ialah akan menyebabkan masalah kemiskinan dan pengganguran kesan

daripada proses pembandaran. Jadual tersebut menunjukkan bahawa kadar penyertaan

tenaga buruh di Bandaraya Kuala Lumpur semakin menurun saban tahun kerana tenaga

buruh haruslah mempunyai nilai tambah dan kepakaran dalam bidang tertentu bagi

mendapatkan sesuatu pekerjaan. Hal ini adalah kerana bagi memenuhi bagi pasaran kerja

tenaga buruh yang diperlukan seharusnya memiliki ciri-ciri seperti yang dicari oleh

majikan. Bagi tenaga buruh yang kurang berpendidikan tinggi mereka akan ketinggalan

dalam persaingan mendapatkan pekerjaan (Lim, 1981). Perkara ini akan mendatangkan

kesan kepada tenga buruh yang tidak berkemahiran tinggi dan mereka akan menganggur

dan hilang sumber pendapatan mereka.

Aliran migrasi luar bandar yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur akan

menambahkan lagi masalah penggangguran tersebut kerana kadang-kala migran yang

datang ke bandar tidak mempunyai persediaan yang lengkap dan semata-mata untuk

mengubah nasib di bandar. Namun demikian, mereka tidak berdaya saing dalam

memenuhi pasaran kerja yang ada dan seterusnya akan menyebabkan masalah

pengangguran (Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron).


Selain daripada itu juga, proses pemilikan rumah dan kadar hartanah yang tinggi

di Kuala Lumpur akan menyebab wujudnya segelintir masyarakat di Bandaraya Kuala

Lumpur yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri mahupun rumah sewa kerana

kos perumahan agak mahal di Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, maka wujudlah

kejadian setinggan bandar. Bagi masyarakat yang berpendapatan rendah dan penganggur

mereka kebanyakannya tinggal di sini. Walaupun kawasan setinggan ini tidak

mempunyai kemudahan yang baik seperti di kawasan perumahan yang lain, mereka tiada

pilihan yang lain kerana mereka tidak mampu untuk menyewa di kediaman yang lebih

baik (Katimah Rostam, 1988). Berdasarkan jadual dibawah, Bandaraya Kuala lumpur

merupakan negeri kedua paling tinggi kadar bilangan keluarga setinggan.

Negeri Bil. Keluarga setinggan yang belum


dipindahkan
W.p.kuala lumpur 11,181
Johor 11,411

Pulau Pinang 6,370


Jadual : Bilangan keluarga setinggan di beberapa negeri terpilih pada tahun 2007.
Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2007.

4.0 Kesan proses pembandaran terhadap sosial penduduk.

Pelbagai isu yang berkaitan timbul dan saling kait-mengait di antara satu sama lain yang

melibatkan kualiti hidup dan sosial penduduk bandar yang terjejas daripada kepesatan proses

pembandaran.

4.1 Kesan positif proses pembandaran terhadap sosial penduduk


Antara proses pembandaran yang banyak dilakukan di Kuala Lumpur ialah

daripada segi penerapan nilai dan inovasi kepada para penduduk supaya lebih bersifat

kreatif dan inovatif dalam menyusuri arus globalisasi dunia. Hal bertujuan untuk

melahirkan masyarakat Kuala Lumpur yang mudah untuk berubah dan menerima

sebarang perubahan berbanding dengan penduduk di kawasan lain. Hal ini adalah kerana

setiap pembangunan yang cuba dilakukan akan diterapkan dalam masyarakat Kuala

Lumpur terlebih dahulu berbanding dengan kawasan lain. Oleh sebab itu, penduduk

Kuala Lumpur akan lebih awal menerima sebarang perubahan dan inovasi berbanding

dengan penduduk di kawasan lain. Sebagai contoh, masyarakat Kuala Lumpur lebih

terdedah dalam kepada arus globalisasi berbanding dengan penduduk di kawasan luar

bandar kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan dalam bidang IT (information

technology) berbanding dengan kawasan lain. Di samping itu juga, kebanyakan

masyarakat Kuala Lumpur lebih celik IT berbanding dengan kawasan luar bandar yang

banyak ketinggalan dalam arus pembanggunan IT negara (Katimah Rostam, 2006).

Selain daripada itu juga, pertambahan penduduk yang ramai di Kuala Lumpur

akan meningkatkan lagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur bagi menambahkan

lagi keselesaan penduduk di bandaraya tersebut. Oleh sebab itu, daripada segi

pembangunan prasarana dan infrastuktur telah dapat menaikkan taraf kehidupan

masyarakat di Kuala lumpur khasnya dan masyarakat seluruh negara amnya. Di samping

itu juga, Kuala Lumpur merupakan pusat pendidikan tinggi negara kerana di sini terdapat

pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta

(IPTS). Antaranya ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan

pelbagai lagi. Oleh kerana Bandaraya Kuala Lumpur dikenali sebagai imej kawasan
pendidikan dan perntadbiran negara maka segala pembangunan yang dilakukan di

kawasan tersebut akan mendapat peruntukan yang banyak daripada kerajaan persekutuan.

Pelbagai kemudahan akan dinaiktarafkan bagi mengurangkan masalah kesesakan yang

berlaku di Kuala Lumpur. Kesan sosial kepada masyarakat setempat ialah mereka

berpeluang menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan dalam kawasan bandar

tersebut.

Proses pembandaran di Bandaraya Kuala Lumpur dalam sektor ekonomi telah

banyak menarik pelabur asing (FBI) datang melabur di Bandaraya Kuala Lumpur dalam

sektor peruncitan. Antara sektor peruncitan yang diceburi oleh FBI ini ialah peruncitan

skala besar atau hypermarket. Ekoran daripada perlambakan hypermarker di Bandaraya

Kuala Lumpur masyarakat setempat memperolehi kemudahan dari segi mendapatkan

pelbagai barangan keperluan yang mereka perlukan. Selain daripada itu juga, kerajaan

akan meningkatkan kemudahan di kawasana terbabit bagi menarik minat para pelabur

asing melabur. Penduduk setempat dapat menikmati kemudahan yang disediakan seperti

pelebaran jalan raya, wujudnya taman rekreasi di kawasan sekitar. Penduduk tempatan

boleh menghabiskan masa cuti minggu mereka bersama keluaga sambil membeli-belah

dan menikmati keindahan alam yang disediakan (Abd. Rahman Roslan, 2007).

4.2 Kesan negatif proses pembangunan terhadap sosial penduduk

Proses pembandaran yang berlaku banyak mendatangkan kesan negatif kepada

penduduk setempat. Antaranya ialah ekoran daripada terlalu banyak peluang pekerjaan

dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan di Kuala Lumpur telah menarik ramai

golongan migran datang berhijrah ke bandar. Hal ini akan menyebabkan penduduk di
Kuala Lumpur terlalu ramai dan kehidupan di bandar tersebut terlalu sesak dengan

manusia, kenderaan dan pembangunan di persekitarannya. Kuala Lumpur kini sedang

mengalami proses pembandaran yang pesat dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi,

pergerakan barangan dan manusia serta jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang

bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan proses perbandaran yang tidak

terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat awalnya

telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan kesesakan lalu lintas.

Pembangunan yang pesat bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’

dan kualiti hidup penduduk akan menurun (Wan Rozali Wan Hussin,2007).

Isu kemiskinan masyarakat bandar mempunyai hubungan yang sangat rapat

dengan isu penyediaan kemudahan asas dan juga isu penghijrahan penduduk. Rata-rata

penduduk miskin berada di kawasan yang kurang selesa dan tidak mendapat kemudahan

asas yang cukup dan kebanyakannya merupakan penghijrah yang datang dari pelbagai

destinasi. Kesan daripada proses migrasi dan pembangunan kawasan bandar yang tidak

diagihkan secara menyeluruh ini akan mendatangkan kesan kepada penduduk miskin dan

berpendapatan rendah. Mereka akan tercicir daripada arus pembangunan dan kemudahan

yang disediakan di bandar tersebut. Isu ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain

termasuk penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran yang melampau (Wan

Rozali Wan Hussin,2007) .

Kesan negatif yang paling ketara di kawasan bandar ekoran daripada proses

pembangunan dan migrasi ini ialah masalah jenayah yang berlaku di Bandaraya Kuala

Lumpur semakin meningkat saban tahun.


700
600 610
500
400 417 398
300
200
100
0
2004 2005 2007

Gambarajah : Bilangan kejadian jenayah di Kuala Lumpur


Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2005,2006,2008)

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (2005,2006,2008), jumlah kejadian

jenayah pada tiga tahun tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara. Hal ini adalah

kerana, ekoran daripada proses pembangunan yang terlalu drastik di Kuala Lumpur telah

menyebabkan terdapat segelintir masyarakat hidup dalam keadaan terdesak dan

seterusnya memaksa mereka untuk melakukan jenayah bagi meneruskan kehidupan

mereka di bandar. Mereka terpaksa merompak dan mencuri kerana desakan hidup di

bandar ditambahkan lagi dengan masalah pengangguran yang tinggi di kawasan bandar.

Selain daripada itu juga, kesan migrasi daripada destinasi yang berlainan juga turut

membawa budaya negatif daripada tempat asal mereka ke Kuala Lumpur seperti

keganasan dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat di

bandaraya tersebut.
5.0 Kesimpulan

Bagi melaksanakan segala rancangan yang dirancang dalam memenuhi kualiti hidup

sosial dalam arus pembangunan di Bandaraya Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang mudah.

Tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapai matlamat dan objektifnya. Apa yang penting ialah

penglibatan dan komitmen semua pihak untuk memberi perhatian dan tumpuan dalam mencari

penyelesaian pelbagai isu pembandaran dan memperbaiki kualiti hidup sosial dalam pelbagai

sudut dan perspektif. Oleh sebab itu, panduan terhadap Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172) amat penting. Setiap individu atau agensi yang terlibat perlu memahami

bahawa proses perancangan itu bermula daripada kajian di peringkat awal, kemudiannya

penyediaan pelan dan seterusnya perlaksanaan yang melibatkan pengurusan dan pengawalan

melalui struktur organisasi yang benar-benar dapat mengurus, mentadbir dan mengendalikan

segala perancangan termasuk dasar-dasar perancangan pengangkutan dan perbandaran yang

terkandung di bawah Rancangan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan. Oleh sebab itu, segala

perancangan yang cuba dilakukan seharusnya meneliti pelbagai aspek dari sudut pembandaran

termasuk aspek ekonomi dan sosial agar tidak mendatangkan kesan yang negatif terhadap

penduduk setempat.
Biblografi

Abd Rahman Roslan (2007). Fenomena kebanjiran hypermarket asing di Lembah Klang, satu
tinjauan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aiken S. Robert, Leinbach R. Thomas, Leigh H. Colin, Moss R. Michael (1994). Pembangunan
dan persekitaran di semenanjung Malaysia (Sulong Mohamad, Terjemah). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chung Hui Hon (2010). House price diffusions across three urban areas in Malaysia
[Electronic version]. Diperolehi pada 08/03/2011 daripada Emerald.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2005, 2006, 2008). Bank data negeri/daerah Malaysia.
Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Katimah Rostam (1988). Pengantar geografi bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Katimah Rostam (2002). Prinsip asas persekitaran manusia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Katiman Rostam, (2006) Migrasi ke kawasan pi nggiran Wilayah Metropolitan Lembah


Klang .Akademika, 68 (January 2006) di peroleh daripada
http://myais.fsktm.um.edu.my/view/subjects/G.html pada 17/08/2010.

Katimah Rostam (2006). Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan


Lembah Klang-Langat, Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2007). Projek PPR (dimiliki). Diperoleh
daripada http://ehome.kpkt.gov.my/ehome/profil/pprdimiliki.cfm#milik pada
08/03/2011.

Lim Lin Lean. (1981). “Labour Shortages in the Rural Agricultural Sector- A Search for
Explanations and Solutions”. Population Studies Unit Discussion Paper, No. 1,
Februari

Malaysia (1971): Dasar Ekonomi Baru, Kuala Lumpur. Jabatan Percetakan Negara.

Pacione Michael (2009). Urban geography a global perspective. London: Routledge.


Scribd (2010). Bandar dan proses pembandaran. Diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/18652575/Bandar-Dan-Proses-Pembandaran pada
04/03/2011.

Scribd (2010). Pembandaran. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/34379884/Bab-


13-PERBANDARAN pada 04/03/2011.

Scribd (2010). Proses pembandaran menyebabkan wujudnya masalah hubungan sosial (konsep
kejiranan yang semakin longgar). Diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/28066437/Proses-Pembandaran-Meninggalkan-Pelbagai-
Kesan-Terhadap-Masyarakat-Sama-Ada-Kesan-Negative-Mahupun-Positif pada
04/03/2011.
Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron. Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Wan Rozali Wan Hussin (2007). Kualiti Hidup Sosial Dan Proses Perbandaran Di Malaysia.
Diperoleh daripada http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/kualiti-hidup-sosial-dan-
proses-perbandaran-di-malaysia.pdf pada 04/03/2011.

Wikipedia (2011). Sejarah Kuala Lumpur. Diperoleh daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuala_Lumpur pada 05/03/2011.

You might also like