You are on page 1of 19

TUGASAN INDIVIDU

BML 3043 :
FONETIK DAN FONOLOGI
BAHASA MELAYU

SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM

D20091035632

PENDIDIKAN GEOGRAFI (AT33)

SEMESTER 2 2010/2011

KUMPULAN : C

PENSYARAH : EN. NIK HASSAN BASRI NIK AB. KADIR


ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 Pendahulauan 1
2.0 Soalan Satu 2–4
3.0 Soalan Dua 5 – 11
4.0 Soalan Tiga 12
5.0 Soalan Empat 13 – 15
6.0 Kesimpulan 16
7.0 Bibliogarfi 17

Pendahuluan
Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang membincangkan mengenai
pembentukan bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang berfokuskan kepada
pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji
mengenai bunyi bahasa yang mempunyai sistem dan peraturan yang terdapat dalam bahasa
tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa
merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang
akan membentuk perkataan.

Pelbagai definasi diberikan terhadap bidang fonetik dan fonologi. Menurut Kamus
Dewan (2005), fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang
yang menunjukkan sebutannya. Manakala menurut Abdullah Hassan (1993), fonetik ialah
bidang kajian yang mengkaji mengenai bunyi bahasa daripada segi sebutan, pendengaran dan
sifatnya. Definasi fonologi pula ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-
rumus yang menentukan sebutan (F. Parker, 1974). Menurut Abdullah Hassan (1993) pula,
fonologi merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam bahasa tersebut.
Soalan Satu :

A. Dengan menggunakan simbol dan contoh-contoh yang sesuai melalui jadual yang
anda sediakan, huraikan sebanyak-banyak perbezaan dan persamaan antara
transkripsi fonetik dengan transkripsi fonemik.

Perbezaan transkipsi (simbol)


Fonetik Fonemik
Bil Huraian
1. Menggunakan simbol Menggunakan simbol Simbol yang digunakan
[] // menunjukkan perbezaan
antara transkipsi fonetik
atau fonemik. Simbol-
simbol ini digunakan
dihadapan ayat.
2. Mempunyai lambang- Tidak mempunyai Lambang-lambang fonetik
lambang koartikulasi lambang-lambang yang digunakan adalah
dan suprasegmental fonemik yang tertentu. bertujuan untuk
seperti paenyegauan mencatatkan setepat yang
[~], pembibiran [w], mungkin semua sifat yang
perengkungan [L, d, Z], terdapat pada pengucapan
Penglelangitkerasan [j], seorang penutur natif.
dan pengglotisan [Ɂ]. Manakala transkipsi
fonemik ialah untuk
memberikan lamban-
lambang bunyi dengan
mudah dalam bentuk bunyi
segmental saja.
3. Transkripsi fonetik Transkipsi fonemik
dikenali sebagai dikenali sebagai
transkripsi sempit. transkripsi luas.
Bil Persamaan transkipsi Fonetik dan Fonemik Huraian

1. Menggunakan simbol #. Penggunaan simbol #


melambangkan sebagai
tanda noktah atau berhenti.
2. Menggunakan simbol-simbol segmental seperti Penggunaan simbol-simbol
vokal dan konsonan segmental. segmantel adalah bertujuan
untuk membuat terjemahan
kepada transkripsi fonetik
atau fonemik.
3. Tidak menggunakan huruf besar dalam penulisan [#kǝwtowkohan#]
fonetik dan fonologi. Semua penulisan dimulai /# kǝtokohan#/
dengan huruf kecil.
4. Semua penulisan rumi tidak digunakan dalam
penulisan fonetik dan fonoligi
5. Tidak menggunakan noktah, tanda soal, tanda koma
dan sebagainya dalam penulisan fonetik dan
fonologi.

B. Tukarkan semua perkataan berikut dalam bentuk transkripsi fonetik dan


transkripsi fonemik mengikut sebutan Bahasa Melayu Baku.

Perkataan Transkripsi fonetik Transkripsi fonemik


Menyampaikan [ # məɲ̃ ãmpaḭkan # ] / # məɲampaikan # /
Penggunaan [ # pəŋwguna?an # ] / # pəŋgunaɂan # /
Mempengaruhi [ # mə̃mpəŋãwrohi # ] / # məmpəŋarohi # /
Keputusan [ # kəwpuwtusan # ] / # kəputusan # /
Menyetujui [ # mə̃ɲə̃wtuǰui # ] / # məɲətuǰui # /
Walau bagaimanapun [ # walawu bagaimãnãpon # ] / # walaw bagaimanapun # /
Minit mesyuaratnya [ # mĩnĩt mə̃sǰũaratɲa # ] / # minit məsǰuaratɲa # /
Pemangku- [ # pəmãŋwko pəmãŋwko / # pəmaŋko pəmaŋko
pemangku pengetua pəŋət̃ uwa # ] pəŋətua # /
Congek- cakdong [ # coŋəɁ cakwdoŋ # ] / # coŋəɁ cokdoŋ # /
Pesuruhanjaya tinggi [ # pəwsuwruhanjaǰa tiŋgi / # pəsuruhanjaǰa tiŋgi
Malaysia mãlaǰsḭa # ] malaǰsia # /
C. Salin semula petikan di bawah dalam bentuk transkripsi fonetik dan transkripsi
fonemik.

 Fonetik
[ # kəwtowkohan bəliawu mə̃mbičarakãn iwsu iwsu agamã islam təlah mə̃narḭɁ
pərhatian wsultan pəraɁ // wsultan Azlan Shah wunwtoɁ pərkənãn mə̃lantḭɁ Tan Sri
Dawtͻ ( Dr ) Haǰi Hawrussanĩ bin Haǰi Zakaria səbagaḭ wmũftḭ pəraɁ bərmũla 1985
səhiŋga kinĩ # ]

 Fonemik
/ # kətokohan bəliaw məmbicarakan isu isu agama Islam təlah mənariɁ pərhatian
sultan pəraɁ // sultan Azlan Shah untoɁ pərkənan məlantiɁ Tan Sri Datͻ Səri
( Dr ) Haǰi Harussani bin Haǰi Zakaria səbagai mufti pəraɁ bərmula 1985 hiŋga
kini # /

Soalan dua :

A. Huraikan perbezaan antara bunyi-bunyi yang berikut :


I. Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal Bunyi konsonan
 Bunyi vokal merupakan bunyi  Bunyi konsonan terjadi apabila
yang dihasilkan apabila udara arus udara dihalang atau disekat
yang melalui alat artikulasi tidak pada sebahagian alat artikulasi
mengalami apa-apa halangan semasa bunyi dihasilkan.
ketika melaluinya dan  Proses halangan arus udara ini
menyebabkan arus udara dapat menyebabkan pita suara
keluar terus-menerus tanpa bergetar. Hasil getaran pita
sebarang sekatan. suara berkenaan akan
 Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri menghasilkan bunyi konsonan
kelantangan dan kepanjangan yang bersuara dan tidak
yang berbeza mengikut bersuara.
kedudukan lidah dan bentuk  Bunyi konsonan bersuara
bibir yang berbeza dalam berlaku apabila semasa
menghasilkan vokal yang penghasilan bunyi pita suara
berbeza. digetarkan oleh arus udara yang
 Terdapat 3 jenis vokal dalam keluar daripada paru-paru
Bahasa Melayu iaitu vokal manakala bagi konsonan tidak
hadapan, vokal tengah dan vokal bersuara pula berlaku apabila
belakang. pita suara tidak mengalami
getaran semasa arus udara
melaluinya.

II. Bunyi nasal dan bunyi oral

Bunyi nasal Bunyi oral


 Bunyi nasal terjadi apabila  Bunyi oral terjadi kerana langit-
udara keluar atau disertai langit lembut beserta hujung
keluarnya udara melalui rongga anak tekak menarik menutupi
hidung dengan cara menurunnya rongga hidung sehingga udara
langit-langit lembut beserta keluar melalui rongga mulut
hujung anak tekaknya. saja.
 Bunyi nasal banyak terdapat  Bunyi oral boleh menghasilkan
dalam dialek Kelantan dan konsonan oral.
bahasa Aceh. Contohnya : ã, ĩ.  Contoh bagi bunyi oral ialah :
 Proses menghasilkan bunyi [b] dan [d].
nasal disebut sebagai nasalisasi
yang merupakan artikulasi
tambahan yang berlaku daripada
proses penyebutan bunyi
perkataan yang mengandungi
konsonan sengauan yang diikuti
oleh vokal.
 Lambang proses nasalisasi
ialah : ~
 Contoh bunyi nasal : [m] dan
[n].

III. Bunyi distingtif dan bunyi tidak distingtif

Bunyi distingtif Bunyi tidak distingtif


 Distingtif bermaksud  Bunyi tidak distingtif iaitu
membezakan makna kata. bunyi yang tidak membezakan
Sebagai contoh, [p] dan [b] makna kata dan dianggap juga
dapat berbeza dari segi fitur [+ sebagai alofon.
bersuara], kerana [b] bunyi  Alofon juga merupakan
bersuara, manakala [p] bunyi tak anggota-anggota kepada satu
bersuara. Perbezaan dari segi fonem dan mempunyai kelainan
bersuara dan tak bersuara ini bunyi antara satu sama lain
membezakan fonem /b/ daripada akibat daripada terpengaruh
fonem /p/. oleh bunyi tertentu sama ada
 Jika sesuatu bunyi itu bertaraf yang terdahulu atau
distingtif yang dapat terkemudian daripadanya.
membezakan makna, maka  Contoh : fonem /k/ yang
bunyi itu dianggap sebagai mempunyai beberapa kelainan
fonem. bunyi (alofon) kerana
 Contoh : padi terpengaruh oleh bunyi
pagi disekitarnya.

IV. Bunyi nyaring dan tidak nyaring

Perbezaan antara bunyi nyaring dan bunyi tidak nyaring adalah berdasarkan
darjah atau sifat kenyaringannya atau auditoris. Makin luas ruang resonansi
saluran pengucapan yang digunakan pada waktu menbentuk bunyi bahasa, maka
makin tinggi darjah kenyaringannya dan sebaliknya. Biasanya bunyi nyaring
biasanya dikaitkan dengan bunyi vokal dan silabik manakala bunyi tidak nyaring
dikaitkan dengan bunyi konsonan.

V. Bunyi panjang dan bunyi pendek.


Beza antara bunyi panjang dan bunyi pendek berdasarkan pada lamanya bunyi itu
diucapkan. Vokal dan konsonan dibahagikan atas bunyi panjang atau pendek.
Simbol bagi kepanjangan ialah dengan tanda garis pendek di atas huruf vokal atau
tanda titik bertindih di sebelah kanan vokal. Sebagai contoh ialah [ a: ] atau [ ã ],
[ u: ] atau [ ũ ] dan [ i: ] atau [ ĩ ].

B. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan Sistem Ejaan Rumi


Bahasa Melayu.

Sebelum ejaan Rumi diperkenalkan masyarakat Melayu menggunakan sistem ejaan


yang dipanggil sebagai tulisan Rencong. Apabila pengaruh Islam datang ke tanah Melayu,
pedagang Islam telah mengembangkan agama Islam dan telah menyesuaikan abjad-abjad
Arab untuk menulis bahasa Melayu dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Namun demikan,
selepas kemasukan penjajah ke tanah Melayu sistem tulisan Romawi telah diperkenalkan dan
dapat menyaingi sistem tulisan Jawi. Sehingga kini negara kita telah menggunakan sistem
tulisan Rumi dan telah mendapat pengistiharan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia daripada
Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Ogos 1981. Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula
pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini
adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Huraian mengenai
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

(i) Huruf vokal


Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang
melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u.

Huruf Fonem di depan di tengah di belakang


a [a] saya baju suka
e [ə] emak sena imperialisme
[e] enak petak tauge

i [i] ini situ inti

o [o] orkid kotak pidato

u [u] untuk tumpah saku

(ii) Huruf konsonan


Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf.

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang


/b/ b budaya sembelit adab

/c/ c cawan kucing Mac

/d/ d duit adik abad

/f/ f fadzil tafsiran maaf

/g/ g guni tingkatan beg

/ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h harimau seharian tuah

/j/ j jatuh majung kolej

/k/ k kita paksaan kakak

/x/ kh khusus akhir tarikh

/l/ l lambat alasan kekesal

/m/ m makanan kami diam

/n/ n nanas anak daun

/ŋ/ ng ngilu angkat pening

/ń/ ny nyata hanya -


/p/ p parut ampun siap

/q/ q Qur’an wuquf buraq

/r/ r ramai baran putar

/s/ s saja asli lemas

/ś/ sy syarat isytihar Quraisy

/t/ t takut mati rapat

/v/ v vitamin universiti -

/w/ w wau hawa -

/y/ y yang payung -

/z/ (i) z zaman lazat lafaz


(ii) x xenon - -

(iii) Pola keselarasan Vokal


 Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
 Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
 Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna
sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
 Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu.

Bil. Suku kata Suku kata Akhir Contoh Penggunaan


praakhir Tertutup
1. a a asal talak halaman
2. a i alih tarik parit
3. a u asuh datuk baruh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i betik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. i a bilah kilang selinap
11. i i intip pilih sisih
12. i u pikul ribut tidur
13. o a otak borang sekolah
14. o e (taling) oleh boleh celoteh
15. o o obor borong kelompok
16. u a ulat bulat ketupat
17. u i ulit kulit putih
18. u u untuk buluh seluruh

(iv) Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal


Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di
Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip
keselarasan huruf vokal.

Bil Pola Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris


Vokal
1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2. a-o calon lapor perabot atom faktor
3. e pepet – e taling gembleng
4. e pepet – o bendok jempol gabenor interkom
5. i-e taling imlek simen tiket
6. i-o ijon pilon diftong transistor
7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen
8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor
9. a-e pepet pakem teater
10 e taling hipotesis objektif
.
11 e taling-u petroleum spektrum
.
12 e pepet – e pepet demdem pepet
.
13 i-e pepet iseng artikel filem
.
14 o-i fosil hipokrit
.
15 o-u bonus forum
.
16 u-e pepet lumer skuter
.
17 e taling – e pepet meter
.
18 o-e pepet Oktober
.

Soalan 3 :

A. Apakah yang dimaksudkan dengan fonem suprasegmental?

Fonem suprasegmental juga disebut sebagai fonem suprapenggalan kerana mempunyai


ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksud bagi ciri
suprasegmental ialah fonem yang hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara
menumpangi bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental tetapi
ciri yang hadir bersama dengan cara menindihi atau menumpangi bunyi segmental. Fonem
suprasegmental terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.

B. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan sekurang-kurangnya perbezaan


antara bunyi segmental dengan bunyi suprasegmental.

Perbezaan
Bunyi segmental Bunyi suprasegmental
Bil Huraian
Bunyi segmental terdiri Bunyi suprasegmental ialah Pertindihan bunyi ini
1. daripada fonem vocal bunyi yang dihasilkan akan menghasilkan
iaitu a, i, o, u dan e. disebabkan oleh pertindihan kelainan pada bunyi
bunyi segmental seperti ã, ĩ. segmental yang asal.

2.

C. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan bagaimana tekanan boleh


membezakan makna sesuatu frasa atau ayat.

Tekanan wujud pada suku kata perkataan dan disimbolkan dengan lambang [ ' ].
Dalam Bahasa Melayu, tekanan keras selalunya berlaku pada suku kata kedua dalam
perkataan. Contohnya ialah [sa'ǰa] dan [ru'mah]. Manakala dalam bahasa asing, tekanan
dapat membezakan makna. Contohnya perkataan pro'gress bermaksud memajukan dan
'progress pula bermaksud kemajuan.

Soalan 4 :

A. Huraikan perbezaan arus udara berikut :

Bil Arus udara Huraian


1. Egresif pulmonik  Bunyi yang terbentuk kerana arus udara keluar dengan
mekanisma pulmonik. Mekanisma pulmonik ialah
udara dari paru-paru sebagai sumber utamanya
dihembuskan keluar dengan cara mengecilkan ruangan
paru-paru oleh otot paru-paru,otot perut dan rongga
dada. Kebanyakan bunyi bahasa dalam pertuturan
dihasilkan melalui arus udara egresif pulmonik.
2. Egresif glotalik  Merupakan bunyi yang terbentuk melalui arus udara
keluar dengan menggunakan kaedah glotalik.
Mekanisme glotalik terjadi disebabkan oleh pita suara
dirapatkan sehingga glotis dalam keadaan rapat sekali.
Serentak dengan itu, seluruh rongga pangkal tenggorok
disempitkan dan dinaikkan sehingga udara dalam
rongga mulut dan rongga kerongkong terhalang dan
tertekan. Saluran rongga hidung dan mulut ditutup.
Kemudian udara yang terhalang itu dihembus keluar
dengan cara membuka saluran rongga mulut.
 Bunyi ini banyak terdapat dalam kebanyakan bahasa di
Afrika, Indian-Amerika dan Kaukasus.
3. Ingresif glotalik  Bunyi bahasa yang terbentuk dengan arus udara masuk
dengan menggunakan mekanisma glotalik. Mekanisma
ini terjadi kerana pita suara ditutup secara rapat dan
menyebabkan glotis juga tertutup rapat. Serentak
dengan itu, rongga pangkal tenggorok yang disempitkan
diturunkan dan tidak dinaikkan dan menyebabkan aliran
udara masuk. Keadaan glotis yang berkeadaan hanya
tertutup dengan cara tidak terlalu rapat menyebabkan
pita suara turut bergetar.
4. Ingresif velarik  Merupakan bunyi yang terbentuk dengan arus udara
ingresif (masuk) menggunakan mekanisma velarik.
Mekanisma velarik terjadi dengan menaikkan pangkal
lidah ditempelkan pada langit-langit lembut. Serentak
dengan itu, kedua-dua bibir ditutup rapat atau hujung
daun lidah dan kedua-dua sisi lidah dirapatkan pada gusi
atas. Kemudian, hujung daun lidah dan kedua-dua sisi
lidah yang merapat pada gigi atas itu dilepaskan turun
serta dikebelakangkan, bibir dibuka sehingga ada
kerenggangan ruangan udara pada rongga mulut.
Keadaan itu memungkinkan udara masuk. Dalam
keadaan yang sama pangkal lidah masih lagi terkena
dengan langit-langit lembut. Keadaan ini akan
menyebabkan terjadinya bunyi klik sebagai akibat
proses ingresif velarik.

B. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara dan
bunyi tidak bersuara.

Bunyi bersuara ialah bunyi yang dihasilkan apabila pita suara bergetar semasa
menghasilkan bunyi tersebut. Manakala bunyi tidak bersuara ialah bunyi yang dihasilkan
yang tidak menyebabkan pita suara bergetar semasa menghasilkan bunyi tersebut.
Contoh bunyi bersuara ialah d, b, g, z dan bunyi tidak bersuara ialah t, p, k, s, č.
C. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan diftong menaik dan
diftong menurun.
Diftong menaik terjadi dengan cara vokal pertama dihasilkan dengan cara tidak
selesai dan vokal kedua akan menghasilkan sepenuhnya. Sebagai contoh ialah [ kuih ],
[ gua ] dan [ buah ]. Manakala diftong menurun pula terhasil dengan cara vokal pertama
dihasikan sepenuhnya dan vokal kedua dihasilkan separuh penuh. Sebagai contoh ialah
bagi perkataan [ amboi ], [ lambai ] dan [ tapai ].

D. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan antara pembibiran


dan pengglotisan.

Pembibiran atau labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku semasa ingin
menyebut vokal belakang. Artikulasi tambahan ini ditandai dengan simbol [ w ]. Sebagai
contoh ialah k ԝučiŋ. Manakala pengglotisan merupakn ciri suprasegmental yang
berlaku sebelum penyebutan bunyi vokal. Ianya terjadi pada awal bunyi vokal yang
hadir pada perkataan yang disebut satu persatu. Sebelum bunyi vokal tersebut
dilafazkan, alat artikulasi akan mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal
dan menyebabkan udara terhenti pada glotis. Contohnya ialah [ ?adeɁ ], [?abaŋ ] dan [ ?
alat ]. Selain itu glotis juga berlaku pada dua vokal berdekatan dalam perkataan.
Contohnya ialah [ sa?at ] dan [ fa?edah ].
Kesimpulan

Pemahaman mengenai ilmu fonetik dan fonologi dianggap penting dalam memahami
maksud setiap bunyi yang dihasilkan itu. Melalui pemahaman terhadap bunyi tersebut dapat
mengelakkan kejadian salah tafsiran terhadap sebarang bunyi yang dihasilkan. Berdasarkan
kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa telah memudahkan urusan
komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi yang dihasilkan dan mempunyai
makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat yang cuba disampaikan oleh penutur
yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak memgambarkan apa-apa makna tidak akan
ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap sebagai lumrah kejadian alam. Perbezaan pemahaman
antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa juga dapat mengelakkan kejadian salah tafsiran dan
sebagainya.
Bibliografi

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk guru Bahasa Malaysia. Selangor :


Pencetak Polygraphic.

Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like