You are on page 1of 11

ASSIGNMENT FALSAFAH

JXEA1104

PANTUN AGAMA
NAMA : NORAINI SAHAINI

NOMBOR MATRIK : JEA080083

PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD


PENGENALAN PANTUN

Pantun adalah sejenis puisi tradisional melayu yang wujud sejak zaman-berzaman.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 1137, pantun bermaksud puisi lama
yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan
pembayang manakala dua baris terakhir mengandungi maksudnya ).

Pantun juga seperti yang kita tahu merupakan suatu pengucapan kemelayuan. Di
dalamnya terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan
dunia islam. Di dalam pantun juga terdapat umpama dan seperti sebagai makna kepada
sesebuah pantun.

Selain itu, di dalam pantun juga terdapat bicara dan mainan.Di dalamnya sarat dengan
kias dan makna, kasih sayang, seloka dan jenaka, pepatah dan perumpamaannya, nasihat
dan tunjuk ajar, ratapan dan derita rindu.

Pantun turut memiliki dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Kedua-duanya
ibarat dua struktur yang saling melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut
menjadi satu menjadi pantun. Ianya juga boleh dikategorikan sebagai sampiran dan isi
yang tertaut secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yang sangat indah.

Pantn turut memenuhi fungsi dan peranannya disamping terungkap dengan indahnya
dalam ritual dan acara kehidupan manusia seperti pelantikan pemimpin, lazim digunakan
dalam pelbagai persembahan kesenian melayu seperti lagunya, lagu melayu asli,
dondang sayang, dikir barat, boria, mendu dan bangsawan.

Kehalusan yang ada pada pantun melambangkan perwatakan, sahsiah, keturunan,


pendidikan, bendasari, moraliti dan etika melayu. Lambang tersebut selaras dengan sifat
yang amat diutamakan oleh orang melayu.
PENGENALAN PANTUN AGAMA

Pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan keagamaan. Dalam pantun
agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi di jadikan panduan
kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-
nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat
dan dapat dijadikan pedoman.Jika kita kaji dari aspek semantik,tidak dapat dinafikan
pantun agama memang terdapat 1001 pengajaran yang berguna kerana melalui pantun
tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu samaada ilmu dunia
atau akhirat.
PANTUN AGAMA

Sungguh indah pintu dipahat,


Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat sellau perintah Allah.

Halia ini tanam-tanaman,


Ke Barat juga akan rebahnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Ke akhirat juga akan sudahnya.

Belatuk di atas dahan,


Terbang pergi ke lain pokok,
Hidup mati di tangan Tuhan
Kepada Allah kita memohon.

Ramai orang menggali perigi,


Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari takkan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat.

Pak Kulup anak juragan,


Mati diracun muntahkan darah,
Hidup di dunia banyak dugaan,
Kepada Allah kita berserah.

Letak bunga di atas dulang,


Sisipkan daun hiasan tepinya,
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kepah bercampur dengan lokan,
Sedangkan Nabi kasihkan umatnya,
Inikan pula seorang insan.

Kulit lembu celup samak,


Mari buat tapak kasut,
Harta dunia janganlah tamak,
Kalau mati tidak diikut.
FALSAFAH PANTUN AGAMA

Sungguh indah pintu dipahat,


Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

Dari sudut falsafah, rangkap ini berkisarkan tentang setiap umat manusia akan
diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Allah telah menjanjikan ganjaran
syurga dan pahala bagi umatnya yang selalu taat, setia dan patuh kepada suruhan serta
perintah-Nya. Pintu dipahat yang terdapat dalam pembayang menggambarkan keindahan
dan kecantikkan seni ukiran yang dibuat sama seperti keindahan yang terdapat di syurga.
Keindahan flora dan fauna turut digambarkan pada pembayang burung puyuh di atas
dahan. Segala keindahan tersebut merupakan antara ganjaran yang Allah berikan kepada
umat manusia yang taat kepada perintah-Nya seperti mendirikan solat, bersedekah dan
amar makruf nahi munkar.Segala-galanya Allah telah janjikan pahala dan ganjaran
asalkan manusia tidak alpa dengan perintah-Nya.

Halia ini tanam-tanaman,


Ke barat juga akan rebahnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Ke akhirat juga akan sudahnya.

Seperti yang kita ketahui, kehidupan di dunia hanyalah sementara. Kehidupan di


akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Melalui pantun di atas, setiap makhluk yang
hidup di muka bumi pasti akan kembali kepada penciptanya. Begitu juga dengan tumbuh-
tumbuhan yang digambarkan pada pembayang pantun di atas yang akhirnya akan mati
bila tiba waktunya. Manusia tidak harus lalai dan leka terhadap keseronokan di dunia.
Segala nikmat yang Allah berikan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin
kerana semuanya hanya pinjaman semata-mata. Sekiranya nikmat yang diberikan
disalahgunakan, Allah boleh menarik balik pada bila-bila masa sahaja. Contoh yang kita
dapat lihat daripada peristiwa tsunami yang berlaku pada tahun 2004 di Acheh. Ramai
yang terkorban kerana masyarakat taksub terhadap keseronokan dunia dan mengabaikan
akhirat.

Belatuk di atas dahan,


Terbang pergi ke lain pokok,
Hidup mati di tangan Tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.

Rangkap ini menerangkan setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Allah yang
menentukan hidup mati seseorang. Sebagai seorang hamba yang kerdil, hanya Allah
tempat untuk bermohon pertolongan dikala suka atau duka umpama belatuk yang
terdapat dalam pembayang di atas yang menjadikan dahan pokok sebagai tempat untuk
bergantung hidup. Pokok menjadi tempat untuk keperluan asas kepada belatuk misalnya
membuat tempat tinggal. Begitu juga dengan manusia yang menjadikan Allah sebagai
tempat untuk bergantung.

Ramai orang menggali perigi,


Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu di cari tidak akan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat.

Pantun di atas menerangkap kepentingan ilmu kepada manusia kerana ia boleh


menjadi bekalan hidup di dunia wal alkhirat. Bak kata pepatah “ Tuntutlah ilmu biarlah
hingga ke liang lahad “. Hal ini menunjukkan menuntut ilmu itu wajib menurut Islam.
Melalui ilmu manusia dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara umpama
pembayang pantun di atas iaitu ramai orang menggali perigi yang membawa maksud
perigi yang digali memberikan banyak kegunaan kepada manusia sekiranya berlaku
darurat seperti kekurangan air. Begitu juga dengan manusia. Sekiranya ilmu tidak
dituntut, mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi kerana ilmu
merupakan cahaya kepada kegelapan. Begitu juga yang dimaksudkan pada pembayang
kedua iaitu ambil buluh lalu diikat. Ini bermaksud semakin banyak ilmu yang diperoleh
di dunia menjamin kehidupan seseorang di akhirat.

Pak Kulup anak juragan,


Mati diracun muntahkan darah,
Hidup di dunia banyak dugaan,
Kepada Allah kita berserah.

Kehidupan di dunia tidak akan lari dari dugaan. Allah tidak akan menguji umat-
Nya di luar kemampuan mereka. Jika doa dimakbulkan, tanda Allah menyayangi hamba-
Nya. Jika doa lambat dimakbulkan tanda Allah ingin menguji hamba-Nya. Jika doa tidak
dimakbulkan tanda Allah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebagai manusia,
kita hendaklah sabar dengan segala dugaan yang diturunkan oleh Allah kerana Allah
menurunkan dugaan tersebut tanpa mengira sesiapa sahaja. Begitulah yang digambarkan
pada pembayang pantung di atas. Allah tidak mengira setinggi mana darjat seseorang
sekiranya Allah ingin menguji hamba-Nya.

Letakkan bunga di atas dulang,


Sisipkan daun hiasan tepinya,
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Dari sudut falsafah yang terdapat pada rangkap ini, sembahyang merupakan salah
satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Sembahyang
merupakan tiang agama. Setiap umat digalakkan berdoa selepas selesai menunaikan solat
bagi memohon keampunan kepada Allah di atas dosa-dosa yang lalu. Melalui pembayang
“ letakkan bunga di atas dulang, sisipkan daun hiasan tepinya “ yang memberi maksud
untuk mencantikkan dan memperindahkan dulang tersebut perlulah ditambah hiasan di
tepinya. Begitu juga dengan manusia perlulah menghiasi diri dengan beramal ibadah
kepada Allah sebagai persiapan untuk berjumpa penciptanya di akhirat kelak. Hiasilah
diri dengan ketakwaan bagi mengukuhkan lagi cahaya keimanan dalam diri. Contohnya
dengan menunaikan sembahyang.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kepah bercampur dengan lokan,
Sedangkan nabi kasihkan umatnya,
Inikan pula seorang insan.

Islam menggalakkan umatnya mengamalkan sikap saling kasih mengasihi dan


hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan darjat.
Sedangkan Nabi yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah berbanding manusia
biasa, tetapi mempunyai sikap penyayang terhadap umatnya tanpa mengira agama, usia
dan harta. Contoh terdekat yang kita dapat lihat ialah Rasulullah S.A.W. Baginda tetap
memberikan layanan yang sama terhadap umatnya dengan adil dan saksama. Sikap
terpuji yang ada pada Baginda menyebabkan Baginda disenangi oleh seluruh pelusuk
masyarakat. Pembayang pada rangkap tersebut iaitu “ Inderagiri pasirnya lumat, Kepah
bercampur dengan lokan “ bermaksud biarpun kepah dan lokan berbeza dari segi rasa dan
habitatnya, namun kedua-duanya merupakan spesis yang sama. Begitu juga di antara
Nabi dan manusia. Keduanya merupakan makhluk ciptaan Tuhan tetapi mempunyai
peranan yang berbeza dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Kulit lembu celup samak,
Mari buat tapak kasut,
Harta dunia janganlah tamak,
Kalau mati tidak diikut.

Menurut sudut falsafah dalam rangkap ini berkisarkan tentang harta benda yang
tidak boleh dibawa mati. Hanya amal ibadat yang dijadikan ukuran. Oleh sebab itu,
manusia janganlah terlalu ghairah mengejar kebendaan yang hanya pinjaman daripada
Allah. Gunakan harta yang telah dikurniakan Allah dengan tujuan yang baik dan tidak
disalahgunakan. Contohnya gunakan harta tersebut untuk tujuan kebajikan iaitu memberi
derma misalnya menderma kepada rumah-rumah kebajikan. Sebagai manusia kita tidak
boleh tamak dengan kekayaan yang ada di dunia kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh
menarik balik nikmat tersebut.
BIBLIOGRAFI
1. http://penyair.wordpress.com/category/koleksi.pantun.melayu/
2. 2005, Kamus Dewan Edisi Ke Empat.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Mentifak melayu-Buku nota tamadun melayu

You might also like