You are on page 1of 18

KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG ELEKTRIK

PENGENALAN

Dalam era kehidupan masa kini, tenaga elektrik merupakan keperluan asasi untuk
menikmati nilai hidup yang lebih selesa dan berdaya maju seiring dengan peredaran masa
serta perubahan alam sekitar. Namun begitu, kita harus sedar bahawa elektrik amat berbahaya
dan boleh membawa maut sekiranya disalahguna.

Panduan keselamatan dalam sistem pepasangan elektrik ini bertujuan memastikan


tahap keselamatan pepasangan elektrik dalam bangunan adalah tinggi bagi mengelakkan
sebarang bahaya dan kemalangan elektrik dan juga memenuhi peraturan-peraturan
pendawaian dalam bangunan dan kehendak Akta 447, Akta Bekalan Elektrik 1990.Berikut
adalah antara contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:-

 Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.

 Mengganggu pergerakan jangka.

 Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.

 . Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.

 Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.

 Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.

 Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).

 Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun


tidak berkualiti.

Bidang-bidang yang diliputi oleh panduan ini adalah rekabentuk, perlaksanaan


kerja, ujian penerimaan, kendalian, senggaraan, ubahsuai dan tambah upaya, penyeliaan
bekalan, pendaftaran, rekod pemasangan dan kebersihan.

1
FAKTOR KESELAMATAN BAGI KILANG ELEKTRIK

Faktor keselamatan merupakan ciri-ciri utama dalam kerja-kerja rekabentuk


pepasangan elektrik di samping ciri-ciri lain seperti kos pemasangan dan astetik. Keselamatan
memerlukan kualiti dari segi reka bentuk dan perkakas elektrik (switchgear) yang digunakan.
Oleh itu kualiti perkakasan perlindungan dan pengendalian elektrik yang dipilih mestilah
yang menepati penentuan di samping reka bentuk sistem pembahagian yang cekap.

Selain dari itu faktor kemudahan penyelenggaraan juga perlu dititikberatkan bagi
memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan serta kemudahan mendapatkan alat
ganti. Kesilapan dalam sesuatu reka bentuk pemasangan boleh menyebabkan seringnya
berlaku gangguan bekalan, kemalangan elektrik dan kebakaran bangunan. Lazimnya
rekabentuk pemasangan elektrik berpandukan peraturan-peraturan berikut:

 Peraturan IEE (Institution of Electrical Engineers)

 Piawan tempatan

 Akta Bekalan Elektrik

 Peraturan Pihak Pembekal Tenaga (Tenaga Nasional Berhad)

PERATURAN KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG KERJA-


KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK

Dalam kerja-kerja pemasangan elektrik di antara peraturan keselamatan


yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

Sebarang kerja baikpulih, tambahan dan pemasangan elektrik hendaklah


hanya dijalankan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja. Jika kerja-kerja tersebut
dilakukan oleh sesiapa sahaja dikhuatiri akan terjadi kelebihan beban dari yang
sepatutnya atau kesalahan dalam menggunakan suis, kabel dan alat-alat yang
berkaitan. Perkara ini tentulah membahayakan pengguna.

Sewaktu memotong penebat kabel, kita mestilah menggunakan alat khas dan
sentiasa berhati-hati supaya tidak mencacatkan pengalir. Pengalir tercacat akan
kurang daya ketahanannya untuk membawa arus dan seterusnya akan menyebabkan

2
kebakaran.Alat tangan yang digunakan hendaklah daripada jenis yang tangkainya
bertebat serta masih sesuai dan selamat digunakan.

Pakaian sewaktu bekerja mestilah sesuai seperti pakaian “overall” atau lain-
lain. Cincin, gelang, jam tangan atau yang seumpamanya janganlah dipakai sewaktu
bekerja. Kasut bertapak nipis bertumit tinggi serta berpaku tidak dibenarkan dipakai,
sebaliknya kasut yang bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya lebih digalakkan.
Jika sekiranya menggunakan baju berlengan panjang, lengan baju itu hendaklah
dilipatkan ke atas.

Gambarajah 1. Pakaian Keselamatan

3
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA
PEMASANGAN ELEKTRIK

Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi, ia mestilah
sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah
disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin
mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh
juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga.
Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan
menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia
tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.

Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa yang boleh matikan suis
utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutupkan pemutus litar.
Bekerja pada litar yang hidup amat merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan
kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi
langkah-langkah berikut:-

 Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu dengan menggunakan


pakaian bertebat.

 Bekerja hanya pada satu litar sahaja.

 Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di atas benda bukan


logam.

 Semua alat mestilah kering.

4
KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN

Secara menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-

 Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik mestilah orang yang


berkelayakan dan alat yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan
yang diakui sahaja.

 Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan


baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang dipertanggungjawabkan

 Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan penebatannya


supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.

 Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar arusnya.

 Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.

 Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali
mendapat kebenaran.

5
PERATURAN KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG ELEKTRIK 

 Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit mestilah


dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.

 Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi


kecederaan ringan.

 Jangan bergurau senda semasa bekerja.

 Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dankawasan-


kawasan yang dibenarkan.

 Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.

 Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.

 Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.

 Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.

 Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.

 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan
menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.

 Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang
rosak jangan digunakan.

 Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa berada di atas


palet yang dinaikkan dengan forklif.

 Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang
sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.

 Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan
apabila perlu.

 Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah digunakan


dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.

 Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga
atau perancah.

 Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya
dan dilarang sama sekali.

6
 Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga
atau perancah.

 Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).

 Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh
melebihi had laju yang ditetapkan.

 Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan mengambil


kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.

 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat


perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.

 Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak
digunakan lagi.

 Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri,
seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat
pernafasan jika perlu.
 Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama
sekali.

MENCEGAH BAHAYA KEBAKARAN

 Jangan gunakan bahan yang mudah terbakar atau meruap untuk kerja mencuci.
 Gasine, cecair mudah terbakar, gas dan dll. Hendaklah disimpan di kawasan khas.
 Kertas, kayu, pepejal dan bahan mudah terbakar jangan disimpan di kawasan khas.
 Tanda ‘Dilarang Merokok’ hendaklah dipatuhi.
 Pastikan laluan ke arah alat pemadam api dan alat pencegah kebakaran yang lain tidak
terhalang.
 Alat pemadam api yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera ke
Jabatan Keselamatan.
 Kebakaran kebanyakannya berpunca daripada kelalaian atau cara kerja yang tidak
mengikut peraturan. Semua bahan sisa hendaklah dibuang dengan cara yang selamat.
Sebarang kebakaran biar kecil sekalipun yang berlaku di kawasan syarikat mestilah
dilaporkan oleh pekerja kepada penyelia.

7
JIKA BERLAKU KEBAKARAN

 Teriak API! API! API! Seberapa kuat yang boleh.


 Dapatkan bantuan segera untuk memanggil Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL
Water dan Perkhidmatan Kecemasan yang diperlukan.
 Bunyikan Penggera (loceng) kebakaran dengan memecahkan Kaca Suis Penggera
yang berhampiran.
 Pindahkan mangsa (jika ada) ke tempat yang selamat.
 Padamkan kebakaran dengan menggunakan Alat Pemadam Api yang bersesuaian
jika keadaannya selamat.
 Lari untuk menyelamatkan diri jika api terlalu besar atau tidak dapat dipadamkan
GUNAKAN PINTU KELUAR YANG BERHAMPIRAN.
 Melaporkan diri di Tempat Perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal. Kekal di
tempat berkenaan sehingga pihak BOMBA atau Pegawai kebakaran memberi
pengumuman selamat bertugas.

ASAP BERACUN ATAU KEBOCORAN GAS

 Cuba tutupkan punca pengeluaran asap / gas yang berkenaan.


 Bukakan pintu dan tingkap untuk peredaran udara.

 Pindahkan mangsa (jika ada) ke tempat yang selamat. Gunakan alat pernafasan jika
diperlukan.
 Sentiasa bekerja berpasangan atau berpasukan. Seorang hendaklah berada di luar
kawasan pencemaran dalam lingkungan perhubungan suara.
 Dapatkan bantuan segera untuk memanggil perkhidmatan kecemasan seperti tersebut
di atas.

8
PERATURAN MENYELAMATKAN DIRI

 Tutupkan semua pintu dan tingkap (ini mencegah api daripada merebak).
 Pastikan semua pekerja-pekerja keluar daripada bangunan dengan selamat.
 Matikan semua suis bekalan elektrik sebelum meninggalkan bangunan.
 Melapurkan diri di tempat perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal.
 Semua Penyelia dan ketua jabatan hendaklah membuat pemanggilan nama untuk
menentukan yang hadir dan siapa yang tidak.
 Beritahu kepada Pegawai Kebakaran atau Pegawai Keselamatan jika ada pekerja
yang hilang semasa kebakaran supaya tindakan menyelamat dapat diuruskan oleh
Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL Water atau BOMBA.
 Tunggu isyarat selamat daripada BOMBA atau Pegawai Kebakaran sebelum
memasuki semula ke dalam bangunan.

KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK

 Semua kerja elektrik hendaklah dilakukan oleh pekerja-pekerja yang layak


(mempunyai Sijil Kelayakan)
 Juruelektrik bertanggungjawab terhadap keselamatan pekerja-pekerja yang
bertugas bersamanya dan sesiapa sahaja yang mungkin berada berhampiran
dengan kawasan kerja, termasuk keselamatan dirinya sendiri.
 Semua litar elektrik hendaklah dianggapkan hidup sehinggalah disahkan oleh
pekerja yang layak.
 Tanda keselamatan yang sesuai hendaklah dilekatkan pada semua alat elektrik dan
litar elektrik apabila kerja penyenggaraan dilaksanakan.
 Juruelektrik mestilah tahu cara-cara pemulihan pernafasan mangsa kemalangan.
 Juruelektrik mestilah tahu cara-cara pemulihan pernafasan mangsa kemalangan.
 Laporkan segera kepada penyelia / foremen sebarang keadaan litar elektrik yang
kurang selamat, seperti wayar longgar, sambungan litar pintas atau petak elektrik
yang terbuka.
 Hanya pekerja-pekerja yang diarahkan atau layak sahaja dibenarkan memasuki
bilik suis bilik transformer / alatubah.
 Kebakaran elektrik boleh dipadamkan dengan menggunakan pemadam api ABC
atau CO2. Sekiranya berlaku kebakaran elektrik, pencilkan bekalan kuasa jika
boleh kemudian baru padamkan kebakaran.

9
Untuk menyelamatkan seseorang yang tersentuh litar elektrik:

 pencilkan bekalan elektrik jika boleh


 jika bekalan tidak dapat dipencilkan, cuba gunakan kayu kering, tali, kain atau
sebarang bahan anti pengaliran untuk dililit pada mangsa, kemudian menariknya
ke tempat selamat, jauh dari litar elektrik itu. Pertolongan cemas dan pemulihan
pernafasan hendaklah dijalankan dengan segera, kemudian minta bantuan
perubatan jika dapat.

KESELAMATAN KENDERAAN BERMOTOR DAN FOKLIF

 Semua kenderaan yang bergerak di dalam kawasan kilang hendaklah mematuhi


had laju yang ditetapkan 10kmj.
 Tidak seorang pun dibenarkan menumpang naik foklif.
 Dilarang merokok semasa memandu foklif atau semasa mengisi semula silinder
gas (LPG).
 Matikan enjin kenderaan semasa mengisi silinder gas (LPG).
 Jangan cuba turun semasa kenderaan mengisi silinder gas (LPG).
 Jangan merokok di kawasan mengecas bateri oleh kerana bateri melepaskan
hidrogen semasa proses cas/
 Pastikan hon, lampu isyarat, cermin pandang belakang dan lampu kenderaan di
dalam keadaan baik.
 Adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk memastikan kederanan yang
digunakan didalam keadaan selamat.

PERATURAN KESELAMATAN MENGANGKAT DAN MEMBAWA

 Jangan Angkat Barang (muatan) yang terlalu berat.


 Pastikan tulang belakang lurus, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut semasa
mengangkat.
 Pakailah sarung tangan keselamatan yang sesuai untuk menggangkat barang.
 Pakailah kasut keselamatan.

 Jangan berdiri sambil memegang barangang berat.

10
 Jangan ubah pegangang semasa membawa barang berat.

PERTOLONGAN CEMAS DAN RESUSITASI

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.
Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat
terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu
kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum
tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di
antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki
batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik
ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di
dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan


apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan
kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk
mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat
boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan
perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan
menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

KAEDAH PERTOLONGAN CEMAS

o Jangan panik. Anda perlu bertenang.

o Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang


logik. .

o Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.

o Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan


tindakan mereka dengan pantas.

o Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota
badan.

11
o Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami
pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu
pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah
untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda.

o Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat
mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.

o Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan


mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk
menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat
seketika untuk membuat panggilan telefon.

12
RENJATAN ELEKTRIK

Elektrik adalah merbahaya, oleh itu berhati-hati ketika melakukan kerja yang
berkaitan dengan elektrik seperti pemasangan, pembaikan, menguji dan sebagainya. Kejutan
elektrik belaku apabila seseorang tersentuh punca bekalan hidup, iaitu arus elektrik mengalir
melalui badan manusia.

Berikut adalah jadual anggaran arus dan bahayanya :

Kadaran Arus Kesan Bahaya

1mA hingga 3mA Tidak merbahaya

10mA hingga 15mA Boleh menjadi kaku dan rasa kebas

25mA hingga 30mA Kaku yang ketara sehingga boleh lumpuh

Denyutan jantung behenti dan boleh membawa


50mA ke atas
maut

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA


RENJATAN ELEKTRIK

o Berlaku kerosakan pada kelengkapan peralatan elektrik.

o Kecuaian pada manusia seperti :

o Tidak mematuhi peaturan penggunaan peralatan elektrik.

o Melakukan ubahsuai ke atas peralatan elektrik.

o Mengabaikan kerosakan kecil pada peralatan elektrik.

13
o Tidak mengamalkan langkah keselamatan penggunaan elektrik.

o Pemasangan yang tidak diuji sebelum ianya digunakan.

CARA-CARA UNTUK MERAWAT RENJATAN ELEKTRIK

o Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan


dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah
punca kemalangan dialihkan.

o Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk


meningkatkan aliran darah ke otak.

o Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun


kehilangan haba

o Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan
di kawasan leher, dada ataupun pinggang.

o Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah
jika diberi melalui mulut.

o Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin.

RESUSITASI

14
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)
adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti
pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen
ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih
mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-
mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

MULUT-KE-MULUT Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa


dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut.

1. Look, listen and


feel for breathing or pulse
is absent, open the airway

2. Tilt the head back


close the nose, and give 2 full
breath. Check the pulse. If
there is no pulse, or breathing,
start CPR

3. Start chest compressions :


If one person is performing CPR, do
15 chest compressions, then two
full breaths. Repeat.

If two people are performing CPR,


one person does 5 chest
compressions, then the other gives
one full breath. Repeat.

Gambarajah 1. Resusitasi Mulut-Ke-Mulut

SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN DI KILANG ELEKTRIK

15
Dalam langkah-langkah keselamatan perlu diambil kira tanda-tanda khas untuk menjaga
keselamatan pengguna dan orang awam. Berikut adalah beberapa contoh bagi tanda amaran atau
tanda bejaga-jaga yang mengikut piawaian. Biasanya bewarna kuning dan hitam seperti contoh yang
diberikan.

Gambarajah 2. Tanda Keselamatan

KESIMPULAN

16
Pekerja di dalam industri pembinaan terdedah kepada pelbagai bahaya dan
menghadapi risiko kematian atau kecederaan semasa berkerja yang lebih tinggi berbanding
dengan mereka yang berkerja di dalam industri yang lain. Jestru itu usaha untuk melindungi
pekerja di tapak pembinaan akan berhadapan dengan cabaran yang besar berbanding dengan
melindingi pekerja di sektor yang lain. Pelbagai usaha boleh boleh dilaksanakan untuk
mengurangkan kemalangan di dalam industri pembinaan.

Penyelidikan ini mencadangkan satu pendekatan yang boleh membantu usaha-


usaha yang sedang berjalan yang bertujuan mengurangkan kadar kematian dan kemalangan di
dalam industri pembinaan. Pengurusan tapak bina memerlukan maklumat keselamatan dan
kesihatan semasa merancang dan segala maklumat ini boleh di perolehi dengan mudah dan
pantas. Keadaan ini akan mendorong pengurusan tapak memastikan aktiviti yang dirancang
menepati keperluan keselamatan.

Jestru, penyelidikan ini mencadangkan penyebaran maklumat dibuat dengan


menyepadukan system berasaskan pengtahuan dengan perisian penjadualan projek. Temubual
dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan perancangan aktiviti pembinaan dan
keselamatan pembinaan membayangkan sistem yang dicadangkan amat berpotensi untuk
digunakan di tapak pembinaan. Ianya boleh menjadi alat yang berharga kepada individu yang
bertanggung jawab kepada perancangan aktiviti pembinaan pembinaan dan mereka yang
membangunkan program keselamatan di tapak pembinaan.

Penyelidikan ini juga mencadangkan bentuk perlaksanaan sistem berasaskan


pengetahuan dan struktur pangkalan data untuk sistem tersebut. Kesemua cadangan ini di
buat berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh responden terhadap bentuk
perkhidmatan dan tahap bantuan yang perlu disediakan oleh sistem. Sistem yang dicadangkan
mesti mudah digunakan, mengandungi maklumat OSH yang komperhensif, boleh
disepadukan dengan perisian penjadualan kerja, dan menyediakan platform untuk pengguna
berkongsi pengetahuan.

17
18

You might also like