You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU
JXEA 1104

TAJUK : KARYA KLASIK


NAMA : NORAZAM BIN HASAN
NO. MATRIK : JEA 080085
SESI : 2008/2009
NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : C.HADIJAH BT ABD RAHMAN
FAKULTI/AKADEMI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PENGENALAN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada

penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja, puisi ini juga yang paling mendapat

perhatian para pengkaji untuk diteliti,tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar.

Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan difinisi pantun berdasarkan aspek dalaman

dan luaran atau struktur visialnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema

dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang

berkaitan penggunaan lambang- lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut

tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan

makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau

abstrak.

Berdasarkan pada aspek isi ( tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir

seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa

kepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik ( Harun Mat Piah, 1989:63), sepeti

pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat,

pantun teka- teki, pantun puji- pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun

agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan

sebagainya.

Falsafah yang ingin dikaji kali ini ialah falsafah tentang adat. Falsafah adat dapat dilihat

menerusi pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi

pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang

kehidupan. Selain itu juga, ia juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan
isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam

sesuatu upacara atau majlis rasmi.

Ikan berenang di dalam lubuk,

Ikan belida dadanya panjang,

adat pinang pulang ke tampuk,

adat sireh pulang ke gagang.

Pantun ini menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat

melayu sejak dari dulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan

menjadi kebanggaan orang melayu. pantun ini menceritakan tentang sudah lumrah atau

menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan

memilih pasangan hidupnya apbila sudah sampai masanya. Setiap lelaki akan mencari

seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebisaannya pihak lelaki akan

menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Didalam adat

ini seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua selalunya bapa kepada kerumah pihak

perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan

mereka.pemuda yang ingin mengahwini gadis itu. Pihak lelaki akan pergi

Selepas itu pula, adat ini akan diteruskan pula dengan adat meminang setelah adat

merisik itu selesai dan diterima oleh pihak perempuan. Pada ketika ini pihak lelaki akan

sekali lagi akan pergi ke rumah pihak perempuan dan meminang gadis tersebut.selain itu

juga, pada waktu ini lah tarihk perkahwinan akan ditetapkan dan segala keperluan

perkahwinan juga akan dibincangkan.


Adat perkahwinan juga amat penting untuk mematangkan pasangan yang baru mendirikan

rumah tangga atau pasangan yang baru berkahwin. Hal ini kerana didalam adat ini diterapkan

juga cara- cara untuk menjaga rumah tangga supaya bertahan lama. Didalam adat ini juga

terdapat nasihat dan juga panduan yang amat berguna kepada pasangan yang baru

berkahwin.

Adat perkahwinan ini haruslah dijaga dan diamalkan supaya ia tidak luput dan dilupakan

oleh generasi akan datang. Pelbagai usaha perlulah dilakukan oleh semua pihak supaya

amalan ini dapat diteruskan. Adat ini juga amat penting untuk melambangkan kedaulatan

tamadun melayu. Falsafah adat perkahwinan ini amat penting kerana ia juga akan

mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua- dua belah pihak sama ada lelaki dan

perempuan.

Menanam kelapa di pulau bukom,

Tinggi sedepa sudah berbuah,

Adat bermula dengan hokum,

Hokum bersandar kitabullah.

Pantun adat diatas menceritakan tentang permulaan adat itu yang dikatakan bermula dari

kitab. Maksud yang ingin disampaikan melalui pantun adat diatas ialah segala adat yang

diamalkan oleh mereka terdapat dan bermu;a dengan hokum. Dan hokum itu juga

berdasarkan kitab yang diturunkan oleh allah. Ini juga menggambarkan segala adat yang

diamalkan itu dibenarkan dalam islam.


Selain itu, adat juga dikatakan sebagai alat untuk mengukur sesuatu tamadun itu sama

ada tamadun itu layak digelar bertamadun ataupun tidak. Seperti yang kita ketahui adat yang

elok dan terpuji akan menyebabkan sesebuah tamadun itu dipandang mulia dan di sanjung

tinggi oleh tamadun lain. Secara amnya adat yang diamalkan oleh orang melayu ini

berlandaskan hokum islam dan ini menyebakan adat melayu ini disukai oleh tamadun lain

kerana nilai- nilai yang terdapat dalam adat melayu ini bersifat murni.

Contohnya seperti adat menghormati orang tua dan segala makhluk yang diciptakan oleh

allah. Adat ini juga amat penting untuk kita pelajari dan ikuti nya. Hal ini kerana adat ini

membawa keharmonian dalam hidup bermasyarakatan yang diamalkan sejak dari dulu lagi.

Apabila adat ini diamalkan hidup kita akan lebih teratur dan segala urusan akan menjadi lebih

mudah dan tersusun kerana pengamalan adat yang baik ini. Selain itu juga adat ini menyeru

kita untuk mengingati siapa diri kita ini. Hal ini kerana apabila kita mengamalkan adat ini

secara tidak langsungnya menyedarkan kita tentang kekuasan allah kerana adat ini bermula

daripada kitab.

Selain itu juga, ia juga menceritakan bahawa adat ini tidak boleh dipersendakan atau

diperlekehkan kerana ia merupakan ajaran yang terdapat dalam kitab. Pada kebiasaannya

sesuatu adat itu akan dimulakan dengan ayat- ayat suci al quran dan jelaslah bahawa adat ini

diterima dalam islam. Oleh kereana itulah adat ini tidak boleh diperlekeh dan dipersendakan

oleh sesiapa pun.

Oleh itu segala adat yang terdapat dalam tamadun melayu haruslah dipelihara supaya ia

akan terus di pertahan dan diamalkan oleh generasi yang lain. Pelbagai usaha haruslah

dilakukan untuk memastikan adat ini akan berkekalan dan tidak luput ditelan oleh

permodenan zaman. Adat seperti ini haruslah dipelihara dan dijaga kerana ia merupakan
lambang kepada kemajuan sesebuah tamadun itu.secara keseluruhannya kita dapat lihat

bahawa adat pantun adat ini amat penting kepada kehidupan masyarakat melayu. pantun adat

ini amat mendalam maknanya di dalam masyarakat melayu sehinggakan adat itu dianggap

sebagai sebahagian daripada orang melayu itu sendiri.

Biblografi

Pantun: manifestasi minda masyarakat selenggaraan dan


suntingan Wan Abdul Kadir Wan Yusoff
Analisis autentik sastera, mutiara sastera melayu tradisional.
Abdul Rahman Abdul Rashid, Mohd Rosli Saludin Zakaria
Perngis.

You might also like