You are on page 1of 6

UNIVERSITI MALAYA

JXEA1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KARYA KLASIK:
SULALATUS SALATIN (HIKAYAT HANG
TUAH)

NAMA : NORDAYANA BINTI


HAMZAH
NO MATRIK : JEA080088
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN
MELAYU
PENGENALAN
Falsafah atau philosophia iaitu, cinta akan hikmah digambarkan sebagai sutu teori tentang

kehidupan yang kompleks atau perbincangan keilmuanyang sukar dicerakinkan dan

difahami. Pada hakikatnya persoalan kehidupan manusia mencakupi segenap lapisan

masyarakat tidak pernah terlepas daripada perbahasan falsafah secara disedari atau tidak,

terutama falsafah yang terserlah dan praktikal. Falsafah amat penting dalam membentuk

kesedaran manusia melalui proses mendidik, memahami, menilai, dan membuat

pertimbangan tentang kehidupan. Falsafah adalah hasil dari daya usaha akal manusia yang

rasional, kritis dan intergral untuk memahami dan menganalisis beberapa objek utama iaitu,

hakikat alam, hakikat manusia dan hakikat ketuhanan.

Karya klasik yang dipilih untuk tugasan subjek JXEA1104 Falsafah dan Logika

Melayu ialah cerita tentang tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

bermula pada bab 5 halaman 103. Kisah Hang Tuah bermula apabila utusan Melaka

memberitahu Raja di Goa bahawa Raja Melaka suka akan budak lelaki yang baik rupa dan

sikapnya serta berani. Raja di Goa telah menemukan anak Raja Bajung dan memberikanya

kepada Raja Melaka. Budak tersebut bernama Daeng Mampawah,berusia 12 tahun dan

pernah mengalahkan orang yang mengamuk. Raja Melaka telah menamakan budak itu Hang

Tuah, Hang Tuahmerupakan seorang pahlawan yang berani dan setia. Hang Tuah pernah

dititahkan hukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan bermukah dengan dayang.

Walaubagaimanapun, beliau terselamat daripada hukuman itu hasil pertolomgan Seri Nara

Diraja yang menyembunyikan dan memenjarakan beliau di sebuah dusun. Hang Tuah juga

telah menurut perintah Sultan supaya beliau membunuh Hang Jebat yang mengamuk,

walaupun Hang Jebat merupakan sahabat Karibnya. Berdasarkan pengenalan tentang kisah

Hang Tuah, bakal dilanjutkan pula kupasan falsafah yang terdapat dalam karya ini.

PETIKAN 1 (Hang Tuah Dihukum Bunuh)


Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang
pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksmana Hang Tuah orang
yang beratus-ratus iti tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke
dalam perlindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelah
kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik ; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai
ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah melihat kuda
baginda sudah naik itu, maka terlalulah sukacita bagida; beberapa puji baginda akan Hang Tuah, serta
dianugerahi persalinan dengan sepertinya.
Syahadan berapa lamanya maka datanglah hujjatu’l balighatakan Hang Tuah; maka ada
seorang dayang- dayang raja, orang yang keluar masuk, bukan orang yang tetap didalam, bermukah
dengan Hang Tuah. Maka diketahui oleh Sultan Mansur Syah; baginda pun terlalu murka. Hang
Tuah disuruh baginda bunuh kepada Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja dibawanya pulang
pulang kerumahnya; fikir dalam hatinya, “Adapun Hang Tuah ini, bukan barang-barang orang;
tiadalah dua orang, orang yang didalam negeri Melaka ini sebagainya pada zaman ini. Jikalau ia ini
mati, di mana duli Yang Dipertua beroleh hamba seperti Hang Tuahini? Lagipun belum sampai
dosanya patut dibunuh.” Setelah ia fikir demikian, maka kata Seri Nara Diraja pada Hang Tuah,
“Mana perintah Orang Kaya sahaya turut.” Maka sahut Hang Tuah, “Hanya jikalau Sahaya hendak
Orang Kaya taruh, pasunglah sahaya supaya jangan berjalan.” Maka oleh Seri Nara Diraja disuruhnya
bawa Hang Tuah kepada suatu dusunnya di hulu, di sana dipasungnya. Maka dipersembahkannya,
“Akan Hang Tuah telah matilah sudah, tuanku.” Maka Sultan Mansur Syah pun diamlah. Akan Hang
Tuah, sebilang hari disuruh Seri Nara Diraja hantari makanan yang berjenis-jenis. Sungguhpun
sekian halnya, ia didalam dukacita juga, malah beransur kurus.

PETIIKAN 2

Maka sembah Seri Nara Diraja, “Ampun tuanku beribu ribu ampun atas batu kepala patik.
Tatkala titah Dipertuan menyuruh membunuh Hang Tuah itu, maka fikir patik belum patut Hang Tuah
itu dibunuh sebab dosanya itu. Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke bawah duli Yang
Dipertuan; kalau-kalau ada perkenannya kepada kemudian hari. Sebab itulah maka ia patik taruh pada
dusun anak patik, patik pasung; melainkan ampun ke bawah duli Yang Dipertua juga akan patik.”
Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar sembah Seri Nara Diraja itu. Maka
titah baginda, “syabas! Bahawa Seri Nara Dirajalah sempurna hamba.” Maka dianugerahi baginda
persalin dengan sepertinya. Maka titah baginda pada Seri Nara Diraja, :segeralah si Tuah suruh bawa
kemari.
Maka Seri Nara Diraja pun menyuruhkan orang mengambil Hang Tuah; maka Hang Tuah
Datanglah dibawa orang kehadapan Sultan Mansur Syah. Pucat, kurus, berjalan teranggar-anggar.
Miskinan Hang Tuah belas segala yang memandang kerana lama dalam pasungan. Setelah Sultan
Mansur Syah melihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi baginda ayapan. Setelah sudah Hang
Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris daripada pinggang baginda, dianugerahi
pada Hang Tuah; maka titah baginda, “Basuhlah arang di muka aku.” Maka sembah Hang Tuah,
“Insya-Allah Taala, baiklah tuanku.” Maka Hang Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkan
Hang Jebat.

KUPASAN FALSAFAH

Melalui petikan diatas, dapatlah dikupaskan persoalan falsafah yang terdapat pada

kisah Hang Tuah iaitu, falsafah kesetiaan. Kesetiaan merupakan satu sifat keteguhan hati dan
patuh terhadapindividu. Ketaatan merupakan salah satu sikap yang dapat mengambarkan

perasaan hormat seseorang. Setiap individu perlu mempunyai sikap ketaatan, samaada

kepada orang yang lebih tua ataupun taat kepada raja dan negara. Sifat ketaatan dapat

dikesan apabila seseorang itu sanggup melakukan sesuatu perkara demi seseorang atau

sesuatu perkara tanpa mengharapkan pembalasan atau penghargaan.

Falsafah ketaatan dalam kisah Hang Tuah dapat dilihat pada peristiwa Hang Tuah

menyelamatkankuda Sultan Mansur Syah yang terjatuh kedalam lubang takungan najis.

Demi kesetiaannya kepada Raja, Hang Tuah telah mengesampingkan rasa jijik dan berjaya

mengeluarkan kuda tersebut, walaupun tubuhnya turut terkena najis. Dalam peristiwa ini

hanya Hang Tuah sahaja yang sanggup menurut kehendak raja, sedangkan hamba rakyat yang

lain mengelak untuk melakukannya. Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja demi

memuliakan kedudukan raja.

Dalam pemerintahan, kesetiaan rakyat kepada pemimpin adalah penting bagi

memastikan kelancaran dalam pentadbiran, kerana tanpa kesetiaan satu pihak kepada pihak

yang lain akan menyebabkan perselisihan dan penentangan. Contohnya dalam masyarakat

Melayu Tradisional rakyat perlu taat kepada pemerintah, kerana dikatakan rakyat atau hamba

Melayu yang yang tidak menuruti perintah raja atau melakukan penentangan serta

pengkhianatan akan bakal berdepan dengan musibah dan tulah. Konsep tulah digunakan

untuk memastikan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.Oleh itu jelas diperlihatkan kesetiaan

juga merupakan lambang keutuhan dan kestabilan sesebuah institiusi pemerintahan mahupun

keluarga.

Berdasarkan petikan dapat juga dapat dilihat sifat kesetiaan Hang Tuah yang tidak

berbelah bagi terhadap raja. Dalam hal ini, sifat setia ini terserlah semasa beliau dijatuhi

hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan yang belum terbukti kebenarannya.

Beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh
taat. Walaubagaimanapun, beliau telah diselamatkan oleh Seri Nara Diraja. Apabila Hang

Jebat menimbulkan keadaan huru –hara di Melaka,Hang Tuah telah dipanggil semula oleh

Sultan Mansur Syah. Hang Tuah tidak menggunakan kesempatan itu untuk membalas

dendam terhadap penganiayaan baginda, sebaliknya berbekalkansikap taat setianya, beliau

bersedia untuk membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya. Ketaatan yang

tinggi diperlihatkan dalam peristiwa ini iaitu, sehingga sanggup mengadaikan nyawa sendiri

demi mentaati pemerintah.

Ketaatan juga dicirikan dengan sifat hormat menghormati dan kepatuhan. Ketaatan

membabitkan hubungan dua pihak, begitu jugadengan hormat menghormati. Hal ini kerana

ketaatan merupakan salah satu sikap yang menggambarkan perasaan hormat seseorang.

Seseorang itu bukan sahaja dikehendaki patuh atau taat kepada individu lain, tetapi juga

patuh kepada undang-undang, malah perlu menghormati hak, kepercayaan dan adat orang

lain. Seseorang yang setia kepada Negara contohnya sanggup mempertahankan Negara

daripada ancaman musuh. Dengan adanya sikap ketaatan sesorang itu pasti turut menanam

perasaan cinta kepada keamanan dan kesejahteraan dalam seluruh kehidupannya.

Kesimpulannya, Kesetiaan merupakan satu sifat yang perlu adadalam diri setiap

individu, kerana ianya merupakan pelengkap kehidupan, hal ini kerana dalam kehidupan

manusia tidak terlepas daripada perbahasan falsafah secara disedari atau tidak. Dengan

falsafah kesetiaan maka dapat membentuk manusia yang berperinsip seterusnya dapat

memupuk keamanan dalam sesebuah masyarakat dan mengelakkan daripada timbulnya

kekacauan.

BIBLIOGRAFI
A.Samad Ahmad. 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu.
Selangor Darul Ehsan; Dawama Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu.


Selangor; Synergymate Sdn. Bhd.

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan.
Akademi Pengajian Melayu; Universiti Malaya.

You might also like