You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK : KUPASAN FALSAFAH DALAM

PETIKAN HIKAYAT HANG TUAH

PENSYARAH :PROF. DR. AMRAN MUHAMAD

NAMA : NUR AZUAN BIN SHAMSUDDIN

NO. MATRIK : JEA 080095

SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI


PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI
MALAYA KUALA LUMPUR
Falsafah boleh ditaksirkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu

berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan

alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan,

berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data fakta yang diambil daripada semua

aspek alam wujud semesta. Ilmu falsafah seperti juga ilmu-ilmu yang lain, dianggap

sebagai sebagai satu penyelidikan dan pengkajian yang mempunyai kaedah matlamat asas

dan bahan kajian yang tersendiri.

Setelah mengambil pelbagai aspek, saya ingin mengupas tentang hikayat hang

Tuah. Terdapat banyak tajuk yang terkandung dalam hikayat Hang Tuah, saya ingin

mengambil tajuk pertama iaitu “LIMA SAHABAT”. Tajuk ini menceritakan tentang

kehidupan awal atau zaman kanak-kanak sehingga remaja Hang Tuah dan sahabat-

sahabatnya. Ia berkisarkan tentang zaman kanak-kanak Hang Tuah yang tekun menuntut

ilmu pengetahuan. Hang Tuah mempelajari pelbagai jenis ilmu, antaranya adalah Al-

Quran, nahu, bahasa Keling, bahasa Jawa, bahasa Siam, dan pelbagai jenis ilmu

persilatan. Tajuk ini juga menceritakan tentang Hang Tuah mengajak sahabat-sahabatnya

belayar mencari makanan disamping mencari pengalaman hidup. Dalam pelayaran

tersebut, Hang Tuah dan rakan-rakannya telah terserempak dengan tiga buah perahu

yang dianggap sebagai musuh yang sedang menghampiri perahu mereka. Hang Tuah dan

rakan-rakannya berhenti di sebuah pulau, maka berlakulah pertempuran antara mereka

berlima dengan musuh-musuh itu.


Dalam pertempuran itu, Hang Tuah dan rakan-rakannya telah berjaya menawan

sepuluh orang musuh-musuh. Kemudian, musuh-musuh itu diserahkan kepada Penghulu

Singapura yang kebetulan terserempak dengan mereka berlima, selepas itu penghulu

Singapura menyerahkan pula musuh-musuh itu kepada Bendahara Paduka Raja untuk

diberikan hukuman. Sesudah itu, Penghulu Singapura menziarahi rumah Hang Tuah dan

rakan-rakannya kerana dia telah menganggap mereka berlima seperti saudaranya. Tujuan

beliau pergi adalah untuk merapatkan lagi persaudaraan mereka.


Petikan dari Hikayat Hang Tuah

Bermula Hang Tuah pun besarlah;tahulah ia akan hal ibu bapanya itu. (Maka

Hang Mahmud pun diserahkankan anaknya mengaji kepa seorang lebai. Telah berapa

lamanya Hang Tuah mengaji Quran, maka pengajian itu pun tamatlah. Maka Hang Tuah

mengaji nahu pula. Setelah tamat pengajiannya, maka ia berkata kepada bapanya, “Ayo

bapaku, pada bicara hamba, hendak mengaji pada lebai Keling pula, supaya hamba tahu

pula bahasanya,” Maka kata Hang Madmud, “Benarlah seperti bicara anakku itu.” Maka

Hang Tuah pun mengajilah pula pada seorang lebai Keling. Hatta, beberapa lamanya,

maka tamatlah dengan bahasa Keling itu, habislah diketahuinya. Maka Hang Tuah pun

berkata kepada bapanya hendak mengaji pada lebai Siam pula supaya diketahui akan

bahasanya. Setelah sudah diketahuinya akan bahasa Siam itu maka Hang Tuah pun

mengaji pula pada seorang lebai Cina. Dengan tiada berapa lamanya maka ia pun

tamatlah mengaji bahasa Cina itu; maka habislah diketahuinya bahasa Cina itu.maka

Hang Tuah pun mengaji pula pada Lebai Jawa hendak diketahuinya akan bahasa Jawa itu.

Kalkian, setelah habislah rata diketahui diketahuinya dua belas bahasa itu, maka Hang

Tuah pun pulanglah ke rumahnya bersama-sama ibu bapany mencari makan sehari-hari.
Maka kata Hang Tuah, “Hai saudaraku keempat, kita ini lima bersaudara dapatlah

melayarkan sebuah perahu lading supaya kita pergi merantau barang ke mana mencari

makanan.” Maka kata Hang Jebat dan Hang Kasturi, “Mangapa tiada dapat kita berlima

bersaudara ini melayarkan sebuah perahu?”maka sahut Hang Tuah, “Baiklah jika

demikian. Perahu bapak hamba ada, sebuah lading lengkap dengan layarny; kita turun

dengan beras juga, sepuluh gantang pada seorang.” Maka sahut Hang Jebat dan Hang

Kasturi, “Marilah kita pulang kita berlengkap.”

Kupasan Falsafah dari Petikan Hikayat Hang Tuah

Berdasarkan dari petikan yang diambil dari Hikayat Hang Tuah, dapat dilihat

bahawa pengarang mengetengahkan falsafah ilmu pengetahuan. Menurut Profesor

Hashim bin Haji Musa, ilmu ialah sisfat mengetahui/mengerti yang dimiliki oeh manusia

dan Tuhan sebagai Yang Maha Berilmu. Ilmu boleh membawa kepada kepandaian,

kebijaksanaan. Manakala menurut Kamus Dewan, edisi keempat, ilmu ialah pengetahuan

dalam perkara dunia dan akhirat, serta zahir dan batin. Ini menunjukkan betapa

pentingnya ilmu kepada manusia. Ilmu pengetahuan mampu membuatkan manusia

membezakan sesuatu perkara itu baik atau sebaliknya. Sebagai manusia wajib bagi kita

untuk menuntu ilmu sama ada ilmu yang berkaitan dengan dunia ataupun akhirat. Ilmu

akan dapat mengubah nasib atau kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih baik kerana
dengan adanya ilmu seseorang itu akan bijak mengambil peluang yang ada serta pandai

mencari rezeki.

Seseorang yang mempunyai bamyak ilmu akan dipandang mulia dan dihormati

oleh masyarakat di sekelilingnya. Ilmu juga akan menjadikan seseorang itu berjaya

mencapai cita-cita atau hajat yang diingini sama ada di dunia atau akhirat. Ilmu

pengetahuan amat berguna atau penting dalam kita menempuh kehidupan yang penuh

dugaan dan cabaran. Petikan Hikayat Hang Tuah menunjukkkan watak Hhang Tuah yang

banyak mempelajari ilmu sehingga berjaya menjadi pembesar yang disegani.

Kebijaksanaan Hang Tuah menjadi sebutan banyak pihak bukan sahaja di dalam negeri

malah membuatkan pihak luar kagum akan kelebihannya itu. Antara ilmu yang dipelajari

oleh Hang Tuah ialah al-Quran, nahu, bahasa Keling, bahasa Jawa, bahasa Siam, bahasa

Cina, dan pelbagai ilmu persilatan. Hal ini menunjukkkan kepentingan ilmu itu sangat

perlu untuk dituntut oleh manusia bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W.

“Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”

Sabda Rasulullah S.A.W itu merupakan suatu huraian tentang kepentingan

menuntut ilmu yang tidak mempunyai batasan atau sempadan. Menuntut ilmu tidak

mencukupi dengan hanya seorang guru, bahkan perlu dituntut sepanjang hayat. Ilmu itu

jika dipelajari semakin bertambah dan tidak pernah berkesudahan.


Petikan juga memaparkan falsafah persahabatan selain daripada falsafah ilmu.

Persahabatan boleh diistilahkan sebagai satu perhubungan yang akrab antara seseorang

dengan orang lain sama ada ianya mempunyai hubungan persaudaraan ataupun tidak.

Persahabatan juga merangkumi semua orang termasuk ahli keluarga sendiri seperti ayah,

ibu, adik-beradik, atau saudara-mara. Persahabatan amat penting dalam kehidupan kita.

Hubungan persahabatan yang erat akan membuatkan seseorang itu tidak akan terasas

kesunyian dan keseorangan daklam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan

dugaan. Tali persahabatan yang erat juga dapat mewujudkan perhubungan yang boleh

melahirkan rasa kasih sayang yang berpanjangan. Hubungan persahabatan bukan sahaja

sekadar ikatan yang dizahirkan dari pandangan mata, malah ikatan ini turut disulami

dengan perasaan yang mendalam antara satu sama lain.

Agama Islam menggalakkan umatnya mengukuhkan ikatan persahabatan dengan

menjalinkan perhubungan sesama insan. Hubungan persahabatan yang erat akan dapat

mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat. Persahabatan dianggap

sebagai satu rahmat yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T kepada manusia. Orang-

orang melayu dahulu juga menganggap hubungan persahabatan lebih dari segala-galanya

sama ada pemerintah, diri sendiri, keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam

Hikayat Hang Tuah memaparkan tentang watak Hang Jebat yang sanggup menderhaka

kepada sultan kerana ingin menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat telah

menganggap Hang Tuah lebih dari sahabat dan sanggup melakukan apa sahaja demi
Hang Tuah. Hal ini jelas menunjukkan batapa kuatnya hubungan persahabatan dalam diri

Hang Jebat sehingga sangup menderhaka kepada raja.

Secara tuntasnya, persahabatan jika dilihat dari sudut falsafah terdapat unsur

positif dan negatif. Unsur positif dapat dilihat melalui watak Hang Tuah dan sahabat-

sahabatnya yang menganggap hubungan persahabatan antara mereka berlima adalah satu

hubungan persaudaraan yang begitu erat. Manakala unsure negatifnya dapat dilihat

melalui watak Hang Jebat. Walaupun watak Hang Jebat termasuk dalam unsur positif,

terdapat juga unsure negatifnya. Hal ini dapat dihat apabila Hang Jebat yang telah

menderhaka kepada Sultan kerana ingin menuntut bela atas kematian Hang Tuah.

Perbuatan Hang Jebat jelas menunjukkan nilai negatif kerana dalam masyarakat Melayu

pantang melayu derhaka kepada Sultan.

Manakala dari konteks ilmu pula, ilmu adalah penting kepada seseorang itu

kerana dengan ilmu seseorang itu akan dapat mengubah hidup kearah yang lebih

sempurna. Dengan mempelajari pelbagai jenis ilmu akan menjadikan seseorang itu

mampu untuk mengecapi kehidupan yang baik. Ilmu juga akan membuatkan kita terus

berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru.


BIBLIOGRAFI

• A . BAKAR. 1979. (PERISTIWA-PERISTIWA DARI HIKAYAT


HANG TUAH) KUALA LUMPUR. DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA.
• HASHIM BIN HAJI MUSA. 2001. (FALSAFAH, LOGIK, TEORI
NILAI DAN ETIKA MELAYU SUATU PENGENALAN )
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI
MALAYA.
• SHEIKH OTHMAN BIN SHEIKH SALIM. 2005. (KAMUS DEWAN
EDISI KEEMPAT) KUALA LUMPUR. DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA.

You might also like