You are on page 1of 9

UNIVERSITI MALAYA

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


( JXEA 1104 )
PELAJAR SEMESTER 1 2008 /2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
(APM )

TAJUK : KUPASAN FALSAFAH DALAM PANTUN


BUDI DAN AGAMA

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN


MUHAMMAD

TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN

NAMA PELAJAR : NUR MUNIRAH BINTI KAMARUL


ZAMAN
NO. MATRIK : JEA080097

Pengenalan Pantun

Pantun merupakan puisi melayu tradisional yang paling popular dalam kalangan

masyarakat melayu tradisional hinggalah kepada masyarakat melayu moden. Pantun

sama ertinya dengan laksana, seperti, umpama yang telah digunakan dan difahami oleh

masyarakat melayu. Maksud dalam pantun itu sendiri merujuk kepada sesuatu yang

teratur, lurus, baik secara konkrit mahupun abstrak dan ianya bertujuan untuk memimpin,

mendidik dan memberikan panduan. Pantun memberikan konotasi kesopanan atau

kehormatan.

Salah satu daripada beberapa ciri utama pantun melayu ialah sifatnya yang

fungsional di mana ianya berfungsi dalam kehidupan masyarakat. Rangkap – rangkap

pantun juga merupakan hasil kegunaan dan peranannya dalam sesuatu fungsi atau sesuatu

kegiatan sosial bersifat hiburan, pengajaran, pengisi acara sebuah majlis mahupun

sebagai upacara ritual. Selain untuk hiburan dan pengajaran, fungsi pantun juga terdapat

dalam kegiatan – kegiatan yang berbentuk ritual, upacara, malah mantera untuk

pengubatan dan pakaian diri. Pantun dinyanyikan beramai – ramai dalam bentuk dikir,

diiringi tarian beramai-ramai, lelaki dan perempuan, biasanya dalam kumpulan yang

berasingan.
Pantun pertama:

Anak teruna menanam betik,

Buah cempedak dalam raga,

Apalah guna berwajah cantik,

Kalau kurang berbudi bahasa.

Pantun kedua :

Halia ini tanam – tanaman,

Di barat saja akan tumbuhnya,

Dunia ini pinjam – pinjaman,

Akhirat juga akan sungguhnya.


Falsafah yang terdapat dalam pantun yang pertama, adalah berkenaan budi bahasa

yang lebih dititikberatkan oleh pemantun. Pemantun juga menegaskan kecantikan

dalaman adalah lebih penting berbanding kecantikan luaran kerana yang indah di luar

tidak selalu pula indah di dalam. Cantik pada wajah tidak bermakna cantik pada

perlakuan, begitu juga sebaliknya. Lumrah, naluri manusia sukakan kepada kecantikan,

namun budi bahasa juga penting sebagai lambang jati diri seseorang. Wanita dan

kecantikan memang tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu sehingga para pendeta

menceritakan perihal kecantikan seorang wanita yang diadaptasikannya dalam pantun

yang cukup puitis seperti ‘bibir bak delima merekah’, pipi bagai pauh dilayang, hidung

bak dasun tunggal, dahi sehari bulan dan sebagainya.

Namun, kecantikan luaran hanyalah berupa sementara dan ianya tidak akan kekal.

Walaubagaimanapun, ramai yang ingin tampak cantik pada fizikalnya sedangkan pada

hakikatnya cantik itu sesuatu yang subjektif. Lazimnya, manusia kerap mengagung –

agungkan kecantikan luaran dan terlalu obses dengan kecantikan sehingga ada yang

sanggup berhabis wang ringgit demi kecantikan, malah ada sebilangan masyarakat

melayu yang sanggup memakai susuk, sedangkan mereka tahu ianya berupa sementara

dan ianya adalah permainan syaitan semata – mata yang ingin menipu daya penglihatan

kita supaya terus sesat. Kenyataan saya ini di sokong oleh Raja Ali Haji yang

mengganggap dunia ini penuh dengan tipu daya dan mudarat. Disini, dapat dijelaskan,

semua nikmat yang dimiliki hanyalah pinjaman semata – mata begitu juga dengan

kecantikan yang merupakan anugerah Allah, dan seharusnya tidak disalahgunakan

kecantikan tersebut. Dunia juga adalah sementara dan yang kekal abadi adalah di akhirat
sana. Kecantikan bukanlah terletak pada luaran saja tetapi kecantikan juga adalah dalam

diri seseorang itu. Kecantikan luaran haruslah disertai dengan kecantikan dalaman atau

seimbang dari sudut fizikalnya dan rohaninya agar dapat membentuk kesempurnaan diri.

Budi pula ialah konsepsi dan persepsi yang menjadi ukuran menjelaskan

pandangan hidup orang melayu. Kemanusiaan melayu memiliki ciri khas yang

dinamakan budi. Budi bukan sahaja dapat dikesan daripada perlakuan (budi pekerti),

tetapi juga dari segi pemikiran (akal budi), perasaan (hati budi), pertimbangan (budi

bicara) dan bahasa serta pertuturan (budi bahasa). Keseluruhan konsep budi di atas

merupakan jati diri orang Melayu yang disertai adab dan adat Melayu dan diperkukuhkan

serta dimantapkan oleh keseluruhan akhlak Islam. Islam dan adat Melayu ialah dua

struktur yang saling melengkapi. Ini kerana ia merupakan suatu yang fitrah atau sesuatu

peraturan alam yang perlu dilaksanakan. Ini penting bagi menjaga hubungan sosial atau

interaksi sosial manusia sesama manusia.

Budi bahasa adalah salah satu aspek peribadi individu yang dinilai tinggi oleh

masyarakat. Ianya terserlah dalam pertuturan dan pemilihan kata – kata yang digunakan.

Bahasa yang diucapkan sentiasa teratur, baik, indah, tepat dan benar. Kehalusan akhlak,

watak, sahsiah dan peribadi yang beradat, beradab akan melahirkan manusia yang

budiman serta berbudi bahasa. Ungkapan, ‘kalau kurang budi bahasa’ yang ditekankan

oleh pemantun menggambarkan bahawa jikalau hidup tidak berbudi ia adalah satu

penghinaan iaitu penghinaan terhadap diri sendiri, penghinaan terhadap keturunan dan di

hina masyarakat.
Orang yang berbudi bahasa juga dikatakan berhemah tinggi dan dipandang mulia

kerana mereka itu tahu adat atau beradat. Pembentukan manusia beradat atau berbudi ini

jelas telah dipupuk dalam diri sendiri sejak kecil lagi serta ia juga telah terserap dalam

kalbu orang melayu. Sekiranya manusia ingin dihormati dan disegani, maka haruslah

menjaga tingkah laku serta akhlak supaya dapat mencerminkan watak yang baik, halus

dan sopan serta akan melahirkan masyarakat yang sentiasa berbudi bahasa. Apa yang

dapat disimpulkan di sini, budi bahasa adalah merupakan kecantikan dalaman yang

sememangnya perlu ada pada setiap individu bagi membentuk masyarakat yang halus

budi pekertinya dan seterusnya dapat melahirkan insan yang budiman .

Falsafah yang terdapat dalam pantun kedua pula, dapat dilihat bahawa pandangan

hidup melayu yang di pengaruhi oleh agama islam. Hidup di dunia ini hanyalah

sementara dan segala nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T adalah pinjaman semata-

mata. Manusia adalah sebagai khalifah di bumi ini, dan dituntut untuk mencari ilmu serta

berusaha untuk mengumpul rezeki. Islam juga menganjurkan manusia hidup

bersederhana iaitu jangan terlalu berlebihan, tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga

lupa, leka dan lalai terhadap tanggungjawab sebagai umat islam. Hidup sebagai umat

islam mestilah seimbang antara dunia dan akhirat. Ini kerana, dunia yang fana ini

hanyalah pinjaman yang diberi oleh Allah dan yang kekal hanyalah di alam akhirat iaitu

alam yang abadi. Lantaran itu, apabila sudah berumur, umat islam dituntut pula supaya

banyak beribadat, sentiasa ke masjid dan sentiasa mengingati tuhan.


Umat Islam harus berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, rukun iman dan rukun

Islam supaya dapat melahirkan muslim sejati yang beriman dan bertaqwa. Allah tuhan

yang satu dan dia juga menjadikan langit dan bumi, maka umat islam harus menjalankan

‘amar makruf nahi mungkar’ iaitu mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan

segala larangannya sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Imran : ayat 104.

Ertinya : “Hendaklah kamu tergolong umat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh

mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah. Mereka itulah orang yang

beruntung.” Maka, umat islam diingatkan untuk bersyukur di atas segala nikmat yang

diberi oleh Allah kerana nikmat yang di beri itu juga tidak kekal dan bersifat sementara.

Dengan itu, umat Islam perlu mengingati lima perkara sebelum lima perkara yang lain

seperti di bawah ini iaitu : -

• Sihat sebelum sakit


• Muda sebelum tua
• Kaya sebelum miskin
• Lapang sebelum sempit
• Hidup sebelum mati

Sepuluh perkara di atas menggambarkan hidup ini umpama putaran roda dan ada

pasang surutnya. Di mana jika manusia itu di beri nikmat sihat, ia tidak semestinya akan

kekal sihat selama – lamanya, tuhan juga akan memberi sakit kepada manusia untuk

menguji ketabahan umatnya menempuh ujian tuhan. Kitaran hidup manusia juga bermula

dari bayi, seterusnya kanak – kanak, remaja, dewasa dan tua. Ini bermaksud yang muda

tidak akan kekal muda, maka diperintahkan manusia untuk mengerjakan ibadat dan

menuntut ilmu selagi hayat masih ada bagi bekalan di akhirat kelak. Manusia juga perlu

bijak membahagikan masa supaya tidak terbuang begitu sahaja kerana kita tidak tahu bila
kita akan sibuk semula dan pada masa itu manusia akan menyesal kerana tidak

menggunakan masa yang ada sebaik mungkin.

Harta di dunia ini juga nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia. Seharusnya

manusia dituntut untuk mencari harta sebanyak mungkin kerana rezeki itu ada sekiranya

manusia berusaha bersungguh – sungguh mencarinya, setelah itu hendaklah mereka

bertawakal kepada Allah. Dengan itu, umat islam dituntut untuk mencari rezeki yang

halal kerana ia datang dari Allah. Sekiranya rezeki yang di cari oleh manusia adalah

datang dari sumber yang tidak halal, maka Allah tidak akan memberkati hidupnya, dan

sentiasa akan diuji oleh Allah serta akan menerima balasan yang setimpal di akhirat

kelak.

Kesimpulan bagi pantun kedua, ianya menggambarkan kehidupan manusia

terdapat onak dan duri iaitu dalam meniti kehidupan ini pastinya manusia akan diuji

dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak akan diketahui oleh manusia itu sendiri.

Ianya bergantung kepada iman seseorang itu samada mampu atau tidak untuk menempuhi

ujian tuhan tersebut. Ini kerana, manusia tidak akan kekal hidup di dunia yang fana ini

dan semua yang hidup pasti akan kembali kepada Allah S.W.T.
Bibliografi

Harun Mat Piah.2001.Pantun Melayu : Bingkisan Permata.Selangor : Utusan Printeorp


Sdn. Bhd.

Hashim Bin Hj Musa, Ph. D. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala
Lumpur : Akademi Pengajian Melayu

Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu . Midmodal Industries Sdn. Bhd

Rogayah A. Hamid.2006.Pandangan Semesta Melayu Pantun.Kuala Lumpur : Dawama


Sdn. Bhd.

Rosli Ahmad. Cantik Rupa atau Budi Bahasa dalam Remaja, Bil 518, halaman 95, 15
Mac 2008

You might also like