You are on page 1of 17

1(a) Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu

(b) Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi

2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong dihasilkan
dalam bahasa Melayu

(b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut.

3. Berdasarkan petikan yang berbentuk pidato, dialog, atau ucapan yang mengandungi
anggaran 500 patah perkataan, tulislah petikan tersebut dalam bentuk transkripsi
fonetik.
Soalan 1(a)

Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu

Jawapan:

Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi. Terdapat tiga jenis ilmu fonetik
dalam bahasa Melayu iaitu:

a) Fonetik Akustik
b) Fonetik Artikulasi
c) Fonetik Auditori

a)Fonetik Akustik

Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur
kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini
dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua
perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri.
Namun, norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang
mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik
kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)

“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi
itu diucapkan.”

Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya


menunjukkan makna “Ya” dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak”
apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh
perbualan berikut:
1. em yang menunjukkan makna “Ya”

Awak yang menghabiskan makanan itu?

em..

2. em yang menunjukkan makna “Tidak”

Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu?

emmmmm..

Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda


bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian
komputer yang diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik
seperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi
dalam unit saat. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-
masing sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga
parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik.

b)Fonetik Artikulasi

Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara


produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ
artikulasi.

Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak
tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ
artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.
Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif
dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak
seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak
dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras.

Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga


menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara,
sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan
sebagainya.

c)Fonetik Auditori

Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar.
Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza
mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur
signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya
mempunyai makna emosi.

Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap
penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.
Soalan 1(b)

Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi

Jawapan:

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini.
Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami
bidang fonologi.

Bil. Fonetik Fonologi


1. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi
semula jadi, produksi dan persepsi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. tersebut secara umum. Kajian dilakukan
terhadap segala yang berkaitan dengan
sistem bahasa seperti pasangan terkecil
dan fonotaktik.

2. Kajian fonetik dapat dipecahkan Kajian fonologi adalah berkaitan dengan


kepada tiga bahagian iaitu fonetik hubungan antara butir-butir lekasikal
akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik dengan butir-butir lekasikal lain yang
auditori. membentuk ayat.

3. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap Bidang fonologi mengkaji pola-pola


bunyi. intonasi.

4. Bidang fonetik menghasilkan Bidang fonologi menghasilkan sistem


transkripsi fonetik untuk semua bunyi ejaan sesuatu bahasa.
dari semua bahasa.
2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong
dihasilkan dalam bahasa Melayu.

(b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut.

Jawapan:

Membunyikan huruf konsonan dalam bahasa Melayu.

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara
atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima
sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga
hidung.

Secara ringkasnya bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara,
bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.

ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. Jika
glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan apabila arus udara keluar dari
paru-paru, maka akan terhasillah bunyi konsonan bersuara. Jika glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar pula, maka terhasillah bunyi tidak
bersuara.

iii. Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori
bunyi konsonan. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu
letusan, letupan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.

iv. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada
keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Jika lelangit lembut
dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika
lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga
hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.
v. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan
menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir,
konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-
lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.

KONSONAN LETUSAN

• Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi


dengan daerah artikulasi.

• Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus
udara dari paru-paru.

• Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi


letusan.

• Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan
gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j].

• Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara:

• Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

• Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang
pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras.

• Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.

• Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara
tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak
bersuara [c].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah
konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:

• cuka jumlah

• baca panji

• Mac caj

KONSONAN LETUPAN

 Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat


sekatan di antara alat artikulasi.

 Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus
udara dari paru-paru.

 Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi


letupan.

• Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah:

i. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan
menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang
pertemuan dua bibir.

iii. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.

iv. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak
bersuara [p].

v. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah
konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

vi. Contoh penggunaan dalam perkataan:


pakar bungkus

api abadi

tiap sebab

LETUPAN GUSI

• Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah:

i. Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding
belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di
belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi.

iii. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.

iv. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].

v. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah
letupan gusi bersuara [d].

vi. Contoh penggunaan dalam perkataan:

tiap datin

atas adegan

LETUPAN LELANGIT LEMBUT

• Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah:

i. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.


ii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang
pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

iii. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta.

LETUPAN LELANGIT LEMBUT

• Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah
letupan lelangit lembut bersuara [g].

• Contoh perkataan:

kapak gila

laksa sagu

HENTIAN GLOTIS

• Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara:

i. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke


dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara.

iii. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita


suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis.

iv. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:

[budak]

[kapak]
[tidak]

KONSONAN GESERAN

 Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara


alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

 Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser.

 Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan
geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h].

GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA

• Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara:

i. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.

ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak.

iii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser
dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.

iv. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

v. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].

vi. Contoh perkataan:

Semut

Asap

Keras
GESERAN GLOTIS

• Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara:

i. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang
rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam
rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

iii. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Hutan

Sahaja

Suluh

KONSONAN GETARAN

 Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat
artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara
menggetarkan lidah.

 Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan
getaran gusi [r].

• Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:

i. Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah.

ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

iii. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

iv. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Rambut
Seru

Sukar

KONSONAN SISIAN

 Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah
dalam rongga mulut.

 Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].

 Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara:

 Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
dinding belakang rongga tekak.

 Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah).

 Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

 Contoh kehadiran dalam perkataan:

 Lambat

 Tuala

 Cekal

KONSONAN SENGAU

• Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi


dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.

• Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar


melaui rongga hidung.
• Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat
bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui
rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan.

• Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau
ɲ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ].
dua bibir [ɲ

KONSONAN SENGAU DUA BIBIR

• Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke
bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui
rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .

• Contoh kehadiran dalam perkataan:

Malam

Aman

Siam

KONSONAN SENGAU GUSI

• Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan
gusi atas.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

• Contoh kehadiran dalam perkataan:


Nampak

Tanak

Daun

KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS

• ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau


Konsonan sengau lelangit keras [ɲ
dirapatkan ke langit keras.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga
hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

• ɲ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi


Oleh sebab lambang [ɲ
bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.

• Contoh kehadiran dalaam perkataan:

Nyawa

Anyam

KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT

• Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat


ke lelangit lembut.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga
hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.


• Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan
dengan dua huruf, iaitu ng.

• Contoh kehadiran daalam perkataan:

Ngilu

Angan

Bising

DIFTONG

Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang
lain.

• Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak
kelantangan.

• Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan kerana posisi lidah
ketika menghasilkan bunyi.

• Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak sama.
Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian lidah yang
bergerak, serta strukturknya.

• Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun.

 Contoh :

[ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi

* capai, hairan

[ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi


* kacau, kalau

[ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi

* baloi, kaloi

Rujukan :

• Permulaan Linguistik. Arbak Othman. Kuala Lumpur. 1983. Sarjana Enterprise.

• Fonetik dan fonologi. PTS Professional. 2006. Inderawati Zahid. Kuala Lumpur.

You might also like