You are on page 1of 8

FALSAFAH

DAN
LOGIKA MELAYU
JXEA1104
TAJUK TUGASAN :

KARYA KLASIK:

KEJAHILAN ILMU
DALAM
“SELOKA PAK KADUK”

NAMA : NURAINI BINTI AHMAD


NO. MATRIK : JEA080099
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
PETIKAN KARYA KLASIK

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk


KUPASAN KARYA KLASIK

Karya melayu klasik yang digambarkan dalam bentuk seloka jelas menunjukkan jiwa

masyarakat Melayu pada zaman itu yang mementingkan kesopanan dan tatasusila apabila

mengungkapkan cerita Pak Kaduk ini dalam terjemahan seloka.Seloka merujuk kepada

puisi Melayu bebas yang mempunyai satu ciri penting iaitu bermaksud untuk

mengejek,menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat

negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.Menurut kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka edisi ke-empat,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti

sindiran mahupun jenaka.Masyarakat Melayu pada zaman tersebut mencerminkan

ketidakpuasan hati mereka kepada seseorang dengan mencipta seloka yang

memperincikan sikap negatif yang tidak disukai oleh mereka.Seloka Pak Kaduk

diterjemahkan oleh masyarakat Melayu dahulu sebagai satu wahana yang memberi

iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk

bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri. Rentetan kisah Pak Kaduk

yang diisytiharkan ayam miliknya menang dalam perlawanan namun tanah miliknya

tergadai apabila dia telah bersepakat dengan raja di negerinya itu untuk menukar ayam

masing-masing sebelum perlawanan sabung ayam berlangsung.Ketika perjalanan pulang

ke rumah,dia kelaparan kerana bekal yang dibawanya ketika perlawanan sabung ayam itu

dia buang di tengah jalan.Apabila dia berperahu ketika pulang,dia mengalami kesukaran

untuk mengendalikan perahu miliknya itu kerana apabila dia hendak menghala perahunya

ke hulu,didayungnya ke arah hilir dan sebaliknya.Setelah lama mendayung barulah dia

sampai ke rumah dengan keadaan yang penat dan lapar.Isterinya pula tidak memasak

kerana menyangka dia telah makan sebelum pulang ke rumah.Dia mula naik angin dan
isterinya nyaris mati dipukulnya kerana tidak menyediakan makanan.Sudahlah ketika dia

berperahu pulang ke rumah mengalami masalah,apabila sampai di rumah isterinya tidak

memasak dan rumahnya pula diambil oleh raja negeri tersebut akibat kalah dalam taruhan

sabung ayam.

Nasib malang Pak Kaduk sinonim dengan segelintir individu dalam masyarakat

Melayu zaman pasca moden ini kerana masyarakat kini mengejar kebendaan semata-mata

tanpa berfikir panjang.Mereka sanggup menggadai maruah diri dan keluarga apabila

ingin mencapai sesuatu.Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara

faktor kejahilan diri sendiri.Individu-individu yang lalai ini tidak dapat membezakan

samada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun

berkekalan.Seloka Pak Kaduk ini memberi seribu satu pengajaran kepada golongan yang

alpa dengan keseronokan duniawi semata-mata.

Dalam seloka ini,Pak Kaduk kehilangan tanah yang merupakan satu-satunya harta

yang dia ada kerana terpengaruh dengan omongan kosong raja yang tidak berhati perut

itu.Jika di zaman serba canggih ini,Pak Kaduk moden boleh diklasifikasikan dengan

individu yang mudah terpedaya dengan janji-janji kosong “along” yang dikenali sebagai

pemiutang.Gara-gara ingin hidup senang individu ini berani mengambil risiko dengan

meminjam sejumlah wang pada pemiutang ini tanpa mengambil kira soal faedah yang

cukup tinggi akan dikenakan kepada penghutang.Apabila si penghutang ini gagal

membayar balik sejumlah wang yang dipinjamnya dalam tempoh masa yang

ditetapkan maka bermulalah episod tragis dalam hidup mereka.Kehilangan nyawa

orang yang mereka sayang dan nyawa mereka sendiri pasti akan terjadi kelak apabila
gagal membayar balik hutang tersebut seperti yang terjadi pada Pak Kaduk yang

kehilangan seluruh harta miliknya akibat kalah dalam perlawanan sabung ayam ayam.

Setengah orang menyangka bahawa kemajuan yang telah dicapai umat manusia

sekarang ini,yang begitu canggih,mengagumkan,itulah tujuan daripada hidup.Itulah

matlamat yang akan dicapai oleh setiap orang.Tidak ada lagi perhentian atau

persinggahan di sebalik itu.Jika telah tercapai kemajuan dan kelengkapan hidup

sempurnalah kemanusiaan kita.Hidup di zaman moden serba maju,serba pantas,serba

teknologi tetapi juga serba gelisah,serba tidak ada pegangan dan serba diliputi oleh rasa

takut.Kesenangan hidup moden hanya nampak pada kulit,namun jauh di dasar hati

manusianya penuh dengan keresahan.Kebanyakannya bersembunyi di sebalik

kemewahan dunia yang serba tidak kekal ini.

Kebudayaan saat ini,mengajar kepada manusia bagaimana hendak hidup tetapi ia

tidak mampu menerangkan kerana apakah manusia itu hidup dan apakah hikmah

daripada kehadiran manusia hidup di dunia ini.Mereka hanya mencari kesenangan hidup

menurut cara mereka sendiri.Mungkin dengan mencuri,berjudi dan membuat

kezaliman.Jika dahulu,orang mencuri dengan cara sembunyi-sembunyi,tetapi kini

kebanyakannya mencuri dengan terang-terangan di depan mata.Mereka mencuri dengan

cara riba,rasuah dan menerima sogokan.

Jahiliyah di abad moden kini jauh lebih kejam dibandingkan dengan jahiliyah

ketika sebelum Nabi Muhammad S.A.W.Cuma kezaliman ketika ini direka bentuk

dengan cara yang canggih sehingga seakan-akan tidak nampak akibat tertutup oleh tipu

daya manusia itu sendiri.Kejadian-kejadian itu sebagai suatu gambaran bahawa jiwa yang

hidup di kurun ini,kebanyakannya jiwa yang kosong dari nilai-nilai keagamaan.Mereka


jauh daripada konsep ajaran yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.Kehidupan umat

Islam banyak mengambil cara Barat yang lebih mementingkan kehidupan material tanpa

menghitung bahawa jiwa juga perlu diisi dengan agama.Kini kehidupan yang serba bebas

dari segi hubungan sosial dan pergaulan dilihat tanpa menghitung nilai halal dan haram

lagi.

Di dalam Islam,segala aspek kehidupan telah diatur dengan lengkap kerana

sesungguhnya Islam merupakan agama yang mengatur seluruh aspek dalam kehidupan

umat manusia.Hanya tinggal sejauh mana umat Islam itu sendiri mahu menjadikan Islam

sebagai cara hidup mereka.Jika masa silam dari kehidupan yang kita lalui diwarnai

dengan pelbagai corak dosa dan noda,ada baiknya kita behijrah dari alam yang penuh

kesalahan dan dosa-dosa kepada alam kehidupan yang baru serta lebih baik.Kehidupan

yang dituntut sesuai dengan ajaran Islam,yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah

S.W.T.

Kejayaan dalam hidup tidak semestinya memiliki wang berjuta-juta ringgit atau

harta benda yang melimpah ruah serta memegang jawatan tinggi.Kejayaan yang

sebenarnya,tercapai suatu wawasan yang dapat membahagiakan kita hidup di dunia dan

di akhirat.Oleh sebab itu,kejayaan atau kegagalan hidup kita banyak bergantung kepada

matlamat utama kita diutuskan ke dunia ini.Apabila seseorang itu telah tunduk kepada

Tuhannya,maka tidak perlu khuatir lagi untuk menempuh apa-apa kegagalan di dunia

ini.Hamba yang soleh,telah dijanjikan oleh Allah S.W.T akan keampunan dan dijamin

masuk ke dal am syurga yang indah.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Bayyinah ayat

7-8 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan


amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk balasan mereka di sisi Allah

mereka ialah Syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di

dalamnya selama-lamanya.

Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya.

Yang demikian itu adalah balasan bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya”
BIBLIOGRAFI

Haji Mohd Taib Azamuddin Md Taib.(1989).Anasir-anasir Mungkar dan Maksiat.Kuala


Lumpur:Pustaka Al Mizan.

Mohd Isa Selamat.(1994).Penawar Jiwa.Kuala Lumpur:Darul Nu’man.

Mohd Hassan Ismail.(2000).Bagaimana Mengenal Allah.Pulau Pinang:Pencetakan Al


Muarif Sdn.Bhd.

Md Yusnan Yusof.(2005).Tanggungjawab Muslim dalam Memikul Risalah.Kuala


Lumpur:AGDAL Consultant.

Imam Habib Abdullah Haddad.(1981).Nasihat Agama dan Wasiat


Iman.Singapura:Pustaka Nasional Private Limited.

Othman Puteh & Aripin Said.(2003).Himpunan 366 Cerita Rakyat


Malaysia.Singapura:Buona Vista Drive.

R.O.Winstedt & A.J.Sturrock.(1908).Raja Haji Yahya Cherita Jenaka.Singapura:Malayan


Publishing House.

Dipetik daripada Ashtech :http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat /pak_kaduk.html


yang diambil pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008.

You might also like